Posts Tagged ‘YM’
Mentor Mentee FIT
Last night saya tidur agak lewat, dekat-dekat pukul 3am. Kenapa lambat ? Sebab siapkan assignment Software Project Management kat bilik Syu. Sampai sakit-sakit badan. Siap dalam pukul 1am++ macam tu la. So bajet balik bilik terus tidur la kan. After that, rasa nak YM pula. haha. Yang ni macam tak boleh mengawal rasa nak YM. YM dengan siapa je pukul 2am macam tu kan ? Mesti la ramai yang dah tidur. Well, mestila saya YM dengan orang yang bukan duk kat Malaysia. Masa tu diaorang pukul 8pm macam tu la.
First, saya YM dengan adik sedara saya yang kat Jordan tu yang selalu busy dah sekarang. ok kakak sedara dah merajuk-merajuk. haha. Bila dah YM tu, tak payah cakapla kan. Macam-macam saya akan share cerita dengan adik sedara ni. Dalam pada masa tu juga, saya pun ter YM dengan someone, that is presiden……kat Jordan juga. ok adik sedara, senyap sajala, rahsia kita. haha. Actually, just nak tanya pasal pemergian Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi. Al-fatihah. Then, jadi macam ter YM lama sikit & macam-macam.
Pagi ni bangun, boleh pula macam mamai marahkan alarm clock kenapa awal sangat. padahal dah pukul 6.30 dah masa tu. haha. adehh. Saya dah agak, memang saya tak boleh tidur lambat dah sekarang ni. Kalau tak, mesti akan ada je yang tak kena pada saya. Jadi, lepas ni kena jaga la bedtime story ni. As usual, pergi lab pukul 8.15am. Sampai kat lab, sibuk duk upload assignment nak submit kat lecturer, lepas tu sibuk pula nak siapkan assignment CS (quiz 2), special assignment untuk beberapa orang seperti saya yang tak buat quiz 2 before CNY hari tu. Di sebabkan saya balik awal, lepas tu tak pergi kelas CS & tak buat quiz 2. haha.
Petang tadi pukul 2 ada sukaneka yang macam budak-budak, yang di anjurkan oleh Faculty of Informatics la kan. Di sebabkan saya kurang sihat & mengalami masalah stomachache, jadi saya tidur je after lunch. Rasa macam nak operate je my stomach ni nak tahu apa yang tak kena dalam ni sebab sakit-sakit. haha. Terlanjur tidur sampai pukul 2, saya tak sedar langsung & di fahamkan my roommate yang merupakan my junior Computer Science juga telah pergi buat report kat Syu kata saya tak bangun lagi. Baik punya roommate sebab tak kejut, tapi pergi report kat Syu. haha. Suddenly Syu datang kejut dengan gaya memang mengejutkan.
Sukaneka ni macam untuk suka-suka sajala kan. Tiada pemenang, tiada juga pengKALAH. tiada tiada. So divide group ikut mentor mentee la kan. Sem ni mentor saya ialah En. Kamir iaitu lecturer saya masa sem 4 yang teached subject Human-computer Interaction. En. Kamir yang berbaju biru dalam gambar bawah ni. Sukaneka ni mula-mula nak buat kat Padang Memanah sebelah jalan blok saya ni je. Sekali pergi tukar tempat buat kat padang belakang cafe Halimatun Saadiah. Acara pass balloons la, masukkan getah dalam piring, makan watermelon, minum nescafe pahit, cari kertas dalam tepung, gigit & buat puzzle. Not fair sebab mentor saya sporting habis main tipu. haha.
After that, ok dah menang dapat hamper dah ! Then terus pergi makan-makan dengan mentee lain. Borak-borak. Lepas tu extra borak dengan Ain & kak QB.. Fun time & tonight mesti tidur lambat lagi sebab nak buat Cluster Computing~~ lalala~~
Masih berfikir pagi esok nak pergi ke tak nak pergi Family Camping kat Sekayu esok. dari usrah JIM. adehh. 3 hari lepas baru dapat SMS dari junior, Izhar Syafawi. Pening pening. Dengan kerja banyak lagi. Rasa nak pergi, nak bersama ahli usrah lain. Tapi entah… Ahad ada quiz lagi. adehh



