Posts Tagged ‘visit’

Family Gathering – KL 2010

Simple update~ Promise to myself, memang tak nak control makan pun until Sunday. Starts Monday, I akan diet balik. haha…

Shopping. Ikea Mutiara Damansara. Ikut mummy beli household items. ahah. Lunch here also. Foods best je. 2 set meals for me. heeee :P .. Spaghetti, meatballs, muffin & etc.

Lunch at Ikea

Shopping lagi. Ariani Kota Damansara. ohh more choices here compared to Kota Bharu branch.

Ariani Kota Damansara

Konon I tak berkenanlah, tak sukalah, tak sesuailah tudung Ariani. Just follow mummy & sis Elia nak shopping tudung. Sekali, phew~ I pun terberkenan sama. tadaaa~~~ tak banyak sangatlah. Tak mampu nak beli banyak walaupun berkenan semua colors kat sana. ahah

For me & mummy~

Family gathering. Makan-makan at aunty Nik Bainura’s house in Bukit Jelutong. Dapat jumpa cousins yang dah lama tak jumpa. Walaupun tak semua ada, tapi happening je. ohh how much I love them ! So much lah. Fun, gelak-gelak, borak-borak, shares some stories~

Grandma with the grandchildrens

Aunty Ros cooked for us. Soto ayam + Puding Buih + Pengat Ubi. Very nice. Aunty Ros is a good chef !

Breakfast at Aunty Nora’s house lagi. Nasi Lemak made by Aunty Nora. Then visit cousin kak Olind at Kinrara Puchong.

Razin Rafflin~ Cute lah. My cousin’s son.

at Kak Olind’s house~

Yeap, I have a very big family !

Will update later.. Moreeee~~~ Just wait yea !

Filed under Uncategorized

Ziarah dari Jordan ?

Iyer la. Saya pernah story bukan adik sedara yang study Medical di JUST ? Nik Muhammad ‘Aizat Bin ‘Adros, but I called him Jaq. ok, sekarang dia tengah sem-break & fly to Malaysia. Actually sedara jauh-jauh & seingat saya tak pernah jumpa pun. Jumpa-jumpa pun kat blog & facebook. Hehe.

One day before, dapat call dari dia. Jaq is here, in Kelate. Nanti nak datang rumah saya, nak cupcakes. Hehe.

Hari ni, 20 June ok. Belum 21 June. Alhamdulillah rezeki saya dapat jumpa dia. Iyer, dia datang rumah saya !!! hehe excited kejap. Saya macam biasala, malu-malu sedikit. First time jumpa kan. Lagi-lagi his parents pun ada sekali. Ok, siap jumpa parents sekali. Thanks aunty Azma & uncle Adros. Happy dapat jumpa mereka semua, happy dapat kenal semua. Saya ni kan type of berkeluarga~

Me, Jaq & His Parents

Saya tak sempat nak ready pape. Saya sempat buat cupcake yang tak comel je. Sorry sangat banyak kekurangan. Rasa sedap (ehh puji diri sendiri), Cuma rupa je tak berapa nak sedap mata memandang.

Jaq ada bagitahu tadi kat Skype, uncle (his dad) rupanya ada baca blog saya ni juga. hehe. Uncle kata “kat blog nampak matured, kat luar nampak budak-budak lagi” .. hehe funny.. Thanks uncle.

Dan ini, saya dapat chocolate batu-batu dari Jordan. Syukran ya akhi~ kat atas tu tulisan arab. Macam saya tak faham apa di maksudkan hehe.

Ok, story lepas ni bukan pasal ziarah dari Jordan lagi. Tapi ziarah dari friends yang terdekat saja. hehe. Chu E & Ainni. Mereka sangat best la. Tolong saya itu ini & bermacam-macam lagi. Haha.

Then lepak-lepak in my room. Diaorang asyik wat lawak je. Haha. Mereka pun perasan saya makin +++++ . ok faham sendiri makin apa. haha.

Last night tak dapat tidur sampai pagi. Berdebar kot ? hehe. Tonight nak tidur awal, qada tidur. zzzZZZZzzz…

Ok ler, esok ok esok. 21June. Going 22. Cantik number 22 ni. Cantekkk~~

Filed under Uncategorized

Two Visits on Friday

Today I pergi visit two places. Ziarah jumaat ler kiranya. Suka hati je bagi nama ziarah Jumaat.

Actually I takut-takut juga nak update blog ni. siapala tak takut. Tadi pun dah berdebar semacam tatkala diri ni melangkah masuk ke perkarangan kawasan itu.

First, atas dasar family friends, juga sebab my late grandpa yang rapat with royal family, then all of us went to Istana Mahkota Kubang Kerian, pergi visit & mengadap Tuanku & RPK. Alhamdulillah, everything’s fine. Happy dapat jumpa baginda. Yeap, it’s not easy to meet the royal family. My little brother buat appointment with ku TT, then bodyguard called, arranged, settled. It’s not easy to entered the palace. Bukan calang-calang orang ler boleh masuk & visit HRH.

Tuanku said “sihat dah” . we all happy sangat to hear that.

No pictures ler for this visit. Thanks to royal family yang sambut baik sangat. I tak boleh ler nak story lebih-lebih. Cuma I boleh cakap, royal family baik sangat. Foods, sangat best. Hehe. That time, seriously I missed my late grandpa so much. Teringat habis. Kalau grandpa ada lagi, mesti grandpa yang paling happy dapat bersama macam ni.

Gift from RPK. All of us dapat.

Get well soon Tuanku Al-Sultan Kelantan. Kami mendoakan KDYMM Tuanku & DYMM RPK sentiasa di dalam redha Ilahi. Ameen.. Bloggers, readers, people out there, sama-sama doakan kesejahteraan Sultan Kelantan & RPK. Ameen…

Second Visit.

two weeks old baby

I dapat anak sepupu lagi. My cousin baru dapat baby. Baby girl. Ok, I bukan jenis yang selalu pegang baby, I bukan jenis yang pandai pegang baby. Kekok habis. I pun bukan jenis yang suka baby sangat kan. Dulu lagi la, baby pun I tak pandang. Macam anti baby & budak kecik. My friends dah faham dah. Now I macam dah boleh accept baby sikit-sikit la. Tadi I rasa macam nak pegang baby. Haha. Takut. Kecik. Lembik. Ok apa lagi I nak describe pasal baby ? haha.

Ada gaya macam seorang ibu mithali tak ? Nampak macam tak biasa pegang baby kan ? Memangla, sama ada I tak pernah pegang baby seusia macam ni ataupun memang sekali dua je seumur hidup I pernah pegang.

That’s all. Tengok la kalau I dapat baby nanti macam mana. Seriously I nak about 5 kids. Then ? kalau I pun tak minat baby sangat, macam mana nak jadi mummy nanti ? haha. Ok I dah nak start belajar pegang baby, manage baby, settle baby. I tak boleh nak kasar-kasar macam diri I yang biasa. I kena soft sikit. Jadi girly habis. Nanti patah leher & pinggang baby. haha

Filed under Family

Aku Sangat Gerun

Aku sangat gerun dengan apa-apa yang berkaitan dengan hospital. Biasanya orang takut kat hantu kan. Alhamdulillah, setakat ni aku memang tak takut kat hantu. Tapi tak tahula kalau Allah tarik nikmat keberanian aku ni nanti. Kalau turun bawah sorang-sorang tengah-tengah malam pun aku ok je. Kalau tengok cerita hantu tengah malam sorang-sorang pun takpe.

Lagi satu, datuk aku kan meninggal tahun lepas & rumah dia kat sebelah ni je. Siapa yang pernah datang rumah aku, mesti dah tengok betapa scary rumah datuk aku lagi-lagi nenek aku duduk sorang-sorang. Macam diaorang ni, kalau malam-malam, takut nak pandang ke rumah sebelah ni takut ternampak bayang datuk moyang yang dah meninggal. Tapi aku relax je intai rumah sebelah ni tengah-tengah malam. Siap fikir-fikir kalau ternampak ke, apa ke. Aku relax je.

Tapi aku sangat alah dengan hospital. Bukan aku takut sebab hospital tu berhantu ke, sebab kat hospital tu ramai yang meninggal ke. Bukan bukan. Aku tak takut pasal mayat ke apa, tapi aku gerun dengan alatan hospital. Dengan jarum, pisau bedah, wire yang banyak gila, darah yang banyak serta yang berkaitan dengan semua tu. Macam pesakit kat atas katil dalam wad, aku memang gerun. Bukan gerun tak suka kat dia, tapi gerun sebab wire itu ini masuk kat badan dia.

Dulu masa datuk aku kat ICU, setiap hari, setiap malam aku & termasuk family aku semua ulang alik kat hospital USM. Lebih kurang 4 5 malam jugala duk ulang alik macam tu. Lastly, aku yang demam teruk lepas datuk aku meninggal. Aku jarang demam, tapi sekali demam teruk la. Aku tahan je pergi hospital. Pasal wad ICU, kira yang critical memang stay situ kan. Masuk HUSM sebab Hospital Pakar Perdana tak cukup alat for kidney. Sepatutnya kat ICU ada time melawat & di benarkan 2 orang je dalam satu masa kan. Time melawat hanya pada tengah hari & petang. Tu pun dalam sejam hingga 2 jam je waktu melawat. Tapi di sebabkan family aku ramai sangat & orang yang datang melawat pun ramai, jadi kami ni suka hati buat rules sendiri. Sampai malam pun suka hati masuk je. Memangla doctors & nurses tak berani nak bertegas, tak berani nak larang sebab datuk aku punya title kan. Aku tak la buat kepala sangat, tapi adala certain of them yang slumber je. Aku ikut je orang-orang tua. & mummy kata, confirm orang hospital dah cop dah family kami ni. bukan setakat tu, pada sesiapa yang mak ayah dia @ family dia yang kerja kat HUSM, mesti tahu pasal Raja Perempuan Kelantan (RPK) pun turut sama berangkat menziarahi arwah. So, semua staff HUSM lagi-lagi yang boss tu kena turun sama sambut RPK. Semua jadi kalut kat HUSM setiap kali baginda berangkat. Itu memang protocol la kan. One more thing, masa 3 malam terakhir masa arwah nazak pun, dalam pukul 2am jugala RPK pun turut berangkat sama & staff yang shift tengah malam pun kena ready la kan.

Sebenarnya aku kalau macam takde hal sangat, kalau bukan saudara dekat sangat, aku memang tak jejak kaki kat hospital. Even masa ayah masuk wad kejap kat Hosp Pakar Perdana pun, aku macam nak tak nak je pergi. Aku gerun sangat lagi-lagi ayah aku buat treatment apa entah yang berkaitan dengan jantung dulu. Mummy kerja, so mummy minta tolong habis pujuk aku supaya tunggu ayah sekejap je. Tapi aku masuk kejap & aku duk kat luar, biarkan adik aku yang teman ayah.

Last night pergi dinner kat The Red Warriors Station kat sebelah Hospital Pakar Perdana. Phew~ ramai sangat orang. Fanatic bola juga ey korang-korang. Then masa on the way tu, ada cousin aku called ayah. Dia cakap anak saudara kepada bapa saudara sabit aku masuk ICU. So, mummy daddy decide nak pergi visit terus after dinner. Aku dah cuak dah. Aku sabar lagi. After dinner, pergi la hospital kat sebelah ni. kebetulan pula kan. Aku tak masuk pun mula-mula. Then aku masuk kejap tak sampai 3 minit, aku keluar balik. Aku stay kat luar dengan adik & uncle aku. Tu pun aku tengok jauh-jauh. Aku duk jauh dengan katil pesakit tu. Masa tu aku pening dah sikit rasa. Dahla pakai long dress, aku rasa macam tak selesa habis. After pergi hospital, aku rasa macam lapar lagi (biasala banyak makan kan), & terus pergi supper roti canai pisang kat mamak spicy. Ala malam jumaat, live band takde kat sana. If not, memang ada live band kat mamak spicy. Phew~

Balik rumah, aku terus buang long dress aku tu kat luar bilik. Tak buat masuk bilik pun sebab aku gerun lekat-lekat bau ubat kat hospital. Aku tak boleh nak tidur sangat & aku rasa berdebar semacam. pening-pening pun ada sikit.

Bangun pagi, Alhamdulillah ok. Then, petang tadi my family including grandma & aunty nak pergi ziarah abang ipar kepada ibu saudara sabit aku. Then, pergi Pasir Mas kat rumah dia sebab dia dah balik from hospital. Mujur tak kena pergi hospital lagi. Actually, dia baru buat operation pasal jantung juga kot. Ow lupa, yang last night aku pergi ziarah tu pun, aku dengar-dengar cerita dinding jantung pun dah pecah & takde harapan lagi. Masa aku dengar tu, aku dah menggelepar dalam kereta. Adeiii

Then pergi Pasir Mas (lama aku tak pergi Pasir Mas), pergi rumah uncle yang baru buat operation tu last two weeks. Then masuk dalam bilik tempat uncle tu rest. Biasala, greetings semua dulu kan. Then ayah aku dah start Tanya macam mana operate dulu semua. Haaaaaaaaaaa ambikkkkk ko. Dia selak kain pelikat, then tunjuk jahitan dari betis & dia start cerita dah. Masa tu aku dah pusing kat lain, aku dah buat muka bercampur dengan aku dah sikit berdebar & pening kepala. That time adik aku dah pandang aku & dia terus bersuara & heret aku keluar dari bilik tu. Aku tak dapat buat apa-apa dah masa tu. Pastu mummy daddy explain kat diaorang la aku ni sangat tak boleh dengan benda macam ni.

Then aku duduk & lepak luar je. Kalau aku stay lagi, maybe aku dah pengsan kot. Lama tu, aunty ajak aku masuk balik dalam bilik sebab dia kata diaorang dah tutup cerita pasal operation. Bila aku masuk balik, baru je nak duduk, sekali dia cerita pasal gergaji tulang kat jantung apa entah. Phew~ aku lari keluar balik. Diaorang gelak je kat aku sebab aku gerun sangat.

So, senang cerita, kepada sesiapa yang tak tahu lagi & lepas ni bakal tahu la kan. Seriously, aku tak boleh dengar apa-apa berkaitan dengan hospital. Aku tak boleh tengok luka, tak boleh dengar cerita pasal sakit la, operate la, pasal tulang patah la, apa la. Aku tak boleh. Jadi tolong jangan story depan aku. Aku pun tak tahula macam mana nanti kalau aku nak deliver baby. Dahla aku nak ramai babies. Hehe.

Bila fikir balik, sakit ni bila-bila masa boleh datang. Jadi bersyukur la masa kita berada dalam kesihatan yang baik ni. Aku doakan supaya mereka semua cepat sembuh & semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua. Semoga Allah mengurangkan keseksaan serta kesakitan yang di alami. Ameen…

Err petang tadi dekat maghrib aku pergi jalan-jalan dengan ayah, ambil angin petang. Phew~ suka sebab adik aku tak ikut. Haha. Kalau aku jalan dengan ayah, mesti aku asyik pegang tangan ayah je. Phew~ nanti kalau aku kawen, agaknya memang aku tak lepas dah kot tangan suami aku. Tapi sekarang ni tak boleh la nak pegang tangan boyfriend kan, sebab bukan muhrim. Harammm…

Malam pula, dapat free tazkirah pasal hari kiamat dari mummy. Kira macam “tazkirah maghrib” la kan. Phew~ sampai aku lambat solat isyak. Tapi takpe kan, di kira majlis ilmu kan. Masa tu aku macam insaf la sekejap. Ehh kenapa kejap je ? adeii… aku rasa aku kena lagi banyak menghadiri majlis ilmu supaya aku tak pergi jauh lagi buat dosa. Supaya hati aku ni lembut sikit & tak langgar hukum agama. Harap-harap macam tu. Ameenn…

Filed under Hosp.

Ri-yaz Short Visit & Red Warriors Station Opening Ceremony

2 in 1. Dalam sehari, boleh pula terpergi banyak tempat. Pagi di Kota Bharu, Tengah hari sampai petang di Kuala Terengganu, malam di Kota Bharu balik pergi The Red Warriors Station punya opening ceremony kat KTC. Sekarang tengah holiday, tiada di KT, tapi cakap cepat kenapa aku sanggup ulang-alik pergi sana. Is it all about Ri-yaz itself ? haha

Story satu persatu dulu k. Pagi Jumaat 21 May 2010, saya rush pergi Kuala Terengganu. Takde la rush sangat. Sebab dah plan nak pergi tapi macam confirm tak confirm je. Bila dah dapat green light from mummy, tapi macam yellow light dari daddy sebab dia macam asyik kata “buat apa nak pergi”~ haha. Dad, dad takkan faham bila hati dah rindu dad ! haha.. at the same time, my cousin Nik Ellina Nik Hassan ada sama, then saya pun pergi dengan dia, nenek & my little brother. Ohh not so little ! haha

Kebetulan pula, mummy suruh pergi hantar barang-barang kat my aunty kat Kuala Ibai. Then bawa cousin jalan-jalan sikit, then terus pergi Ri-yaz, pergi Hi-tea. Ok, ni dah start dah. Seriously hati ni macam gila rindu kat sana. Phew~ macam ada maksud lain. Ok ok, I love the place, I love the view, I love the foods ! ok enough. Memang aku tak boleh nak tahan rindu ni.

Phew~ best. Kali ni aku datang, lain sikit. Not with friends, but with family. Baik gila. haha. Then, two of them waiter waitress yang biasa cam aku selalu selalu, macam terkejut kot suddenly ada kat sana. Haha. Yang sorang ni tak habis-habis perli kata aku makan banyak. Macam ok je. Haha. Happy je spend time with them, grandma, cousin & adik ! Aku macam baik gila kan, time macam ni pun pergi dengan family lagi. Takdela pergi gatal-gatal sorang-sorang ke apa kan. Mummy kata, “pergi dating bawa family. haha”

Masa tengah makan watermelon, boleh pula terjatuh kat white trousers dia ni. sorrrryyyyyy… haha. Macam dup dap dup dap kot that time. Ahah.

I Knew that I’ll do anything for people I Love, for people that makes me happy all the time. Habis story pasal Ri-yaz. Dah bosan. Bila nak stop ni haha. Thanks yangggg…

Cintailah aku sepenuh hati. Sesungguhnya aku tak ingin kau pergi. Takkan mampu ku hadapi dunia ini. Tiada erti semua bila kau pergi. Genggamlah tanganku & peluklah diriku saat ku jatuh nanti, meraih sepi –Cintailah Aku Sepenuh Hati by Ari Lasso.

Then, terus drive balik KB & sampai dalam pukul 8pm++ kot. Pukul 9.45pm keluar lagi. Tak rest langsung. Masa ni mood baik sangat & energy sangat power ahah.

*******************************************************

The Red Warriors Station Opening Ceremony.

Tahu bukan, Red Warriors ini apa ? Itu Kelantan punya football punya fan club punya apa-apa je la berkaitan dengan Kelantan punya football. So, mereka berusaha untuk jadi macam MU punya team. Redddddd. Comel je. Ok sekejap, I’m not so fanatic into football, tapi kalau benda macam ni, aku layan je lagipun ni berkaitan dengan my uncle, my family kan.

So, terbinalah The Red Warriors Station macam MU Café. Tak jauh dari stadium, hanya betul-betul depan stadium kot location dia. Kat building Kota Bharu Trade Centre, betul-betul kat sebelah Hospital Pakar Perdana. Kira-kira hanya 4km from my home, straight je lalu three traffic lights from my home. Senang, tak payah belok-belok, dari my home, straight je & sampai kat sini on the left.

Uncle Nik Aminaldin

So, that night TRW Station punya opening ceremony. The owners of this are my uncle Nik Aminaldin Bin Dato’ Nik Jaafar~Bendahari Kelantan FA (KAFA) & his share partner Datuk Siti Hamidah yang juga mummy punya classmate zaman sekolah dulu-dulu & juga owner of Villa Danialla Tok Bali. Congratulations to both of you. Theme colors : White + Red.

Adik ! Reddddddd

So, last night aku macam tak expect la kan secara besar-besaran punya opening ceremony. Mummy cakap awal-awal, “nanti ada live band kat sana. Evi ni, petang tadi layan LB kat Ri-yaz, malam ni layan LB kat TRW Station pula..” Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa pun memang confirm ada sama. Then, yang merasmikan TRW Station that night is Menteri Belia & Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery Chik. If I’m not mistaken, aku memang terdengar masa tu, Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud (VC UDM) pun ada sama masa Tan Sri Anuar Musa bagi short speech. Phew, VC UDM aku ! haha. Cuma aku blur, tak nampak orang that time.

Ketua Jurulatih : Mr. Sathianathan

Pukul 1am macam tu baru balik kot. Memang late night punya opening ceremony. Makan-makan, borak-borak & cuci mata. Ehem. Lain macam bunyinya. Haha. Well, saja nak promote TRW Station all the best for Kelantan punya football club. So after this, ada tempat lepak baru yang best !

That’s all for this entry. You can visit : http://www.theredwarriors.com/v2/

Filed under Uncategorized

Wedding Planning

Hari Busy dah habis dah. Sambung sikit je lagi petang nanti. Lepas tu sambung hari busy lagi kat campus. Kiranya memang tak akan habis la kerja nak kena buat.

Macam sedih sikit bila tak dapat online macam biasa-biasa. Nak update blog pun tak sempat. Bertimbun cerita dalam draft ni. Tak publish je lagi. Tunggu tunggu. Selesaikan mana yang patut dulu. Future entries yang panassss~~ Pada masa ni, hari ni, saya sepatutnya berada di lecture Falak Syarie. Tapi suka hati saya saja tak menghadirkan diri & masih lagi kat rumah.

Sejak hari Khamis, Jumaat & Sabtu lagi sibuk tolong family kat rumah. Itu la, ini la. Then, Jumaat malam tu, suddenly ada siaran ulangan Formula 1 yang kat Bahrain hari tu yang memang saya tak sempat nak tengok last week. Jadi saya melayan saja sampai pukul 2am++ baru tidur. Then pagi sabtu bangun awal & pergi ke segala macam tempat, kedai pengantin la, kedai batik la, & taylor untuk jahit segala baju kurung, kebaya & jubah. Dengan jalan jam lagi, jadi kepala dah start berdenyut merdu dah. Saya suka wedding planner tu, dia memang creative !

Last night, ada makan-makan lagi kat my home ni. Memang langsung dah tak larat dah. Tapi kuatkan juga sebab aunties, cousins semua ada. Her future family in law pun datang. Then makan-makan, diaorang discuss untuk my sis punya wedding this May. Macam-macam plan. Saya tak join pun. Melayan drama with uncle & cousins je.

Err saya ada kerja lagi. Nanti sambung ! Sangat beruntung sebab entry semakin pendek sejak akhir-akhir ni. Eh hari ni hari Ahad, bittaufiq wannajah fil imtihan untuk mereka di Jordan, iaitu Untuk dia & dia saja. Ok dua orang je. Semoga awak cepat sihat. Haha. Ok dah, habis.

Filed under Uncategorized

Happy Birthday Angah + Tired Day

This week asyik entry pasal birthday je. Ini entry ketiga pasal birthday for this week.

First of All, Happy Birthday to my Classmate~ called Angah. Real Name dia Hafizah Noor Bt. Ismail. Saya tak faham la macam mana boleh lekat nama Angah tu. Tu kena Tanya sejarah gang dia sejak sem 1.

Birthday Gurl

Sejak hari Khamis lepas, my classmate (called her Alang), sibuk je duk plan nak pergi beli barang kat town on Saturday. Bila saya dengar diaorang borak-borak, terus saya pun menyibuk nak join. Orang tak ajak, tapi kita sibuk nak join. Haha. Actually sambil nak celebrate birthday Angah juga.

Angah, Syu, Me, Alang. Yus camerawoman~

Hari ni saya keluar dengan gang lama + gang baru. Apa tu gang lama + gang baru ? Sebab gang saya dengan gang Alang exchange member. Haha. So today, kitaorang combine gang la. Haha. Ini semua plan diaorang, saya hanya jadi driver & ikut mana je diaorang nak pergi. Harap maklum. Saya ni macam sahabat yang baik sajala kan ? haha

Kitaorang keluar sejak pukul 10am lagi. First, pergi hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Last week pun hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Every week Syu ni sibuk je dengan kerja dia. Haha. Then, diaorang plan nak pergi Pasar Payang. Nak beli keropok la, dodol la, apa la. Saya fikir jap. Macam dah lama saya tak pergi sana. Agak-agak dalam masa 2 sem, sekali pergi. Haha. Orang lain sibuk nak bawa balik buah tangan untuk family kat kampung. Saya ? Tak bawa balik apa-apa, hanya bawa balik sebaldi kain yang belum dibasuh. Ok, itu rutin. Tak payah terkejut kalau tengok saya bawa baldi turun dari aras 3, pastu letak dalam kereta, dengan baldi itu penuh dengan baju. Haha

Punyala lama baru nak sampai kat Pasar Payang. Kejap singgah sana, kejap singgah sini. Macam-macam. Lepas Pasar Payang, pergi MPKT pula. Diaorang ni tak habis-habis beli tudung. Ajak saya join sama kenapa ? Mujur dapat kawal nafsu nak beli tudung nanti. Memang jihad kubra habis la tadi. Sebab teringat masih ada 4 tudung baru yang belum di pakai. Haha.

After that, terus menuju ke Giant sebab tak lunch lagi. Masa ni, real time-estimate la. Haha. Sebab at the same time Syu pun finished kerja dia kat tempat dia tu. Sampai Giant, dah zohor dah. Solat dulu sebelum bersuka ria ok. Kali ni pilih Pizza Hut sebab macam jakun dah lama tak makan pizza. Haha. Kat Gong Badak ada Pizza ke ?

Bila dah kenyang, proceed to shopping. Bukan saya la, diaorang yang shopping. Saya macam baik je hari ni tak ada nafsu shopping. Pergi Mydin Mall beli barang-barang keperluan, Syu nak beli tikus la, macam-macam. Masatu energy saya dah low sangat. Penat tak payah cakap la. Macam kena recharge balik. Recharge means, continue makan ice-cream kat Mc Donalds. Haha. Macam tak kenal erti kenyang saja. Pergi Mc Donalds, Continue pergi Giant balik. Solat asar, jalan-jalan menghabiskan masa lagi. Haih~

Bila Daddy Call suruh pergi rumah aunty saya kat Bukit Besar :

Yesterday, my aunty yang kat KT ni semua balik KB then berkumpul kat sana. Bila di suarakan bahawa saya sebagai anak saudara kedua bongsu yang jarang menjejakkan kaki serta menziarahi ke mana-mana rumah aunty saya di sini, Dad terus call saya. “Evi, pergi rumah aunty. Pergi !” ehh macam garang ? haha. Bukan saya tak nak pergi la. Saya segan. Lagi-lagi saya busy. Lagi saya not that type yang keluar jauh-jauh. Setakat berlegar-legar di kawasan Gong Badak apa sajala kan.

Rumah Che Ani yang macam Castle

Selesai kerja jalan-jalan, terus pergi rumah Che Ani (Toh Puan Sri Nik Mahani Bt Nik Mat Rashid). Dia kakak ketiga ayah saya. Suami Che Ani, iaitu juga Uncle saya, bekas Dato’ Setiawangsa Negeri Terengganu. Che Ani baik je, sporting je. Masa sampai tu, Che Ani tak ada kat rumah, Che Ani ada kat Maahad Tahsin kat depan rumah dia je. Then saya pun pergi sana juga kejap, jumpa aunty sorang lagi, Che Yah (Nik Shamsiah Bt Nik Mat Rashid), kakak sulung pada ayah la.

Then, borak-borak dengan Che Ani, bukan setakat tu, Che Ani siap bagi tazkirah lagi. Baca quran, Baca tafsir, baca dengan tajwid & makhraj yang betul, Solat biar ikhlas, jangan cincai-cincai saja, kena selalu ingat Allah, selalu bersyukur & pelbagai 1001 kata-kata nasihat, ajar doa. Hehe. Walaupun 5 6 kali di ulang doa tu, saya tak ingat dah. Hehe. Kena Tanya sahabat-sahabat saya yang ingat doa tadi tu.

Bertenggek je kat tepi pond

Then makan-makan. Best je duduk sini. Tenang je rasa. Suasana yang di berkati Allah je. Lagi-lagi rasa macam nak terjun dalam swimming pool pun ada. Haha. Sambung borak-borak lagi. Dekat maghrib baru balik.

Ehh.. Kenapa saya rajin sangat type panjang-panjang ni ? Kata penat ? haha.. Patutla penat, silap pakai high heels hari ni. Manala tau diaorang nak jalan banyak sangat.

Okla, saya suka, saya happy, saya gembira. Haha. Sebab saya dapat membahagiakan sahabat-sahabat saya, orang di sekeliling saya.

Filed under Uncategorized

A Visit by Old Friend

Saya sayang sahabat-sahabat saya. Petang semalam saya menerima kunjungan dari sahabat lama saya sejak primary school lagi. She is Masyi.. Now Masyi study TESL in Plymouth UK.

Bulan ni saja dah menerima kunjungan dari dua sahabat. Terharu bukan bila sahabat dari jauh sanggup datang untuk visit kita sebab lama dah tak jumpa. Haha. Actually Masyi datang sambil nak jumpa seseorang. At the same time, before dia drive from KB, dah siap SMS saya inform nak datang. Masa tu, Allah je tahu feeling saya ni, tak sabar nak jumpa dia.

Kami borak-borak dan bercerita panjang sekali. Sampai lambat je nak habis makan. Ahah..

Walaupun tak selalu, tapi ada je sahabat yang sanggup datang sini untuk visit saya. Best bukan ? Apa yang special sangat diri saya ni ? Saya tak special pun. Tapi mengamalkan tips untuk mengekalkan persahabatan itu teramat penting. Bagi saya, dalam apa jua hubungan sekalipun, saya mesti mengamalkan KEJUJURAN & KESETIAAN. Hubungan dengan sahabat ke, dengan ibu bapa ke, mahupun dengan kekasih. Bagi saya, dengan sesiapa saja kita perlu amalkan dua sifat itu.. Tapi dengan kekasih tu cerita lama la kan. *Ku Tinggalkan Cinta Manusia Kerana Cinta Ilahi*

Bila kita jujur, semua kita jujur. Kita jujur berkawan dengan dia, kita tak tipu dia. Bila kita jujur lagi, kita tak akan burukkan dia, tak akan mengumpat, tak mengata dia. Bukankah kejujuran dan kesetiaan itu adalah segala-galanya ? Dan setia.. Kita setia bersama dia walau apa jua keadaan sekalipun. Kawan masa susah & senang.

Ni macam masuk topic tips bersahabat pula la kan. Satu lagi, saya cuba untuk memahami seseorang itu. Try untuk sesuaikan diri dengan dia dalam apa jua keadaan sekalipun. No wonder la kalau orang kata saya mudah masuk dengan sesiapa walaupun baru kenal.

Last night ada kelas ganti. Funny lagi-lagi bila campur dengan students Dip. Dakwah. Saya suka subject elektif FKI ni sebab ia buatkan saya makin fikir tentang kekuasaan ciptaan Ilahi.. Jumaat ni kami ada program yang best..

Saya fikir macam mana hati ni boleh berubah.. Uish… Bagusla kalau ada orang doakan saya supaya berubah hati dan lupakan kisah lalu. Congrats. Allah dah makbulkan doa kamu. Jangan terkejut jika saya tiba-tiba berubah jadi luar biasa.. Saya baru baca satu new entry kat blog ni. Touching sangat kata-katanya. Kalaula saya ni memenuhi apa yang dia katakan, kalaula dia itu bakal milik saya, bahagianya saya.. Errr… Lupakan.. :)

Filed under Uncategorized