Posts Tagged ‘UDM’
Majlis Makan-makan Sekretariat & UDM-Hotspot
Last night, just simple punya majlis makan-makan sajala untuk secretariat MPP 08/09 kat Pejabat Asrama Baru & saya selaku ‘bekas’ secretariat di bawah exco Helwanis, iaitu Cik Habsah sebagai Big Boss saya haha.
UDM-Hotspot
Baiklah, ini main topic yang saya nak story sebenarnya. Kita semua dah maklum bahawa baru-baru ni wireless macam tak ok kan. Okla, saya nak start story dah ni. Heee
14 Dec 2009 : Masa ni semua student cuti kan. Tapi saya & coursemates dah 2 weeks ada je kat campus, sebab ada kursus Microsoft Sharepoint with Mr. Albert Jeremy (macam teringat saja) haha. Tiba-tiba hari tu blackout. Tak ingat dah berapa lama masa yang di ambil untuk berada dalam ketiadaan electric tu. Sekali, bila dah ada electric balik, wireless pula tak dapat. I mean, tak dapat detect pun signal. Ingat kejap-kejap je. Lagipun, 15 Dec 2009 tu saya pun dah nak balik rumah (balik awal sebab nak fly to Singapore). Tapi yang peliknya, area bilik opposite saya boleh pula online. Confuse~
27 Dec 2009 : Saya balik ke campus. Wireless masih tak dapat juga. Start la complain kat ayah sepupu kat PTM (tak payah bagitahu siapa, orang dah tahu siapa). Then dia kata lebih kurang macam ni, “ok je ni, ada je orang access kat blok sana..” Then macam-macam lagi la saya complain lagi tapi tak berkesan pun. Haha sebab orang lain siap pergi bawa laptop jumpa ayah sepupu saya. Tapi saya ? Masih ego tak nak bawa laptop sebab confident laptop saya tak ada problem pun. Wireless yang ada problem.
Research session : Yang ini saya pergi Tanya semua orang. Intel Centrino yang tak dapat detect, tak dapat connect. Orang lain yang guna Intel Pentium, Intel, (bermaksud selain Centrino using Intel Pro Wireless), juga using Atheros & Broadcom boleh je online. Lagi-lagi diaorang datang bilik saya, boleh je online. Tapi laptop saya dengan roommate tak dapat pun. Lagi tak puasa hati sebab Centrino should be the best for wireless. Mengadu kat lecturer pasal ni lagi. Haha. Macam pelik. Ke salah configuration ? Suka hati je buat assumption.
Bila dah macam pening kepala, hairan nak fikir. Saya pun dah stop fikir. Sampaila semalam, terjadi la satu kisah yang membolehkan wireless sudah dapat di guna oleh kami. Haha. Selepas saya balik dari majlis makan-makan tu, sampai je kat blok, terus nampak Mawardi dengan Alang kat situ. Then saya pun join la diaorang “korang watpe sini ? “
“buat method”
“oo korang group dengan sape ey ?”
Tiba-tiba senyap.
“ehh, korang group dengan aku kan. Kita sama group”
Hahaha boleh pula saya tak ingat group saya. Muka Mawardi dengan Alang macam dah pelik apa pasal saya ni. Then Mawardi cakap “kena potong markah ni tak ingat group sendiri ni” Hahaha
Then sambung borak-borak, lagi-lagi pasal wireless. Kalau borak dengan si Mawardi ni, mesti pasal computing je. Lepas tu, entah macam mana terfikir, dia suggest : “ko tau tak antenna kat mana ?”
“taula. Kat blok depan aku. Depan bilik aku je”
“ko pergi tengok antenna tu, pergi cari switch dia, lepas tu off, on balik. Sebab tu akan reset balik”
“eh, aku mana tau kat ne. silap off switch baru tau, huru-hara la blok ni. Haha. Ko la g wat”
“mana boleh. Ni blok pempuan. Takkan aku nak masuk kawasan blok pempuan”
“ala takpe. Kejap je. Antenna tu kat blok surau, kat sbelah rumah ustaz”
Then, kitaorang pun pergi la cari antenna tu. Saya just guide dia, then jumpa antenna tu. Sekali lalu depan rumah ustaz, berdebar sangat. Kalau la ustaz tahu, teruk kitaorang kena. Haha. Punyala ikut je pipe wire antenna tu, sampaila hujung blok. Penat lagi, nervous lagi. Rupa-rupanya switch besar tu kat dalam bilik kecil yang gelap. Masa tu dah cuak dah, kalau kena dengan pak guard ke, memang teruk juga kena. Bila dah off on balik, tengok kat laptop alang tak ok juga. Mawardi suruh saya pergi off on sekali lagi. Penat pun penat la. Saya takut dalam bilik gelap tu. Tapi tahan je. Then, terus balik bilik dengan harapan dapat detect signal. Hancur. Sebab tak dapat. Saya pun buat tak tau je. Dalam 2 3 minit, tiba-tiba roommate saya bersuara “eh dah boleh wireless la”
Hahaha. Dalam hati ni “aku Berjaya” haha. At the same time, Win student Multimedia baru datang bilik saya. Kecoh juga la kan. Then, saya pun bagitahu la diaorang apa saya buat dengan wireless ni. Okla, lepas sorang, sorang datang bilik Tanya apa saya buat dengan wireless ni, pastu ada yang YM saya berterima kasih. Simple saja. “Main OFF ON switch saja” haha. Macam stupid je kan ?
Punyala selama ni saya dengan roommate nak baling batu la kat antenna tu sebab geram. Haih vandalisme. Harap-harap ayah sepupu tak baca entry ni. Haha. Lagi la menyalahkan Intel Centrino. Lagi menyalahkan configuration tak betul & macam-macam lagi. Then terus bagitahu ayah sepupu tentang ni. “macam mana buat boleh wireless ?”
“ayah sepupu tahu tak anak sepupu pergi main off on switch kat box tu”
“lorr ingatkan dah check yang tu. Aduss boleh mati ooo fikir hahaha”
“tu pasal. Benda simple je”
“pastu marah2 kat kita ehh”
Memang pun saya macam marah-marah merajuk. Haha. Tapi bukan apa pun, sebab tension kan masa tu. Haha. So, lepas ni, kalau benda ni buat hal lagi, sila pergi off on switch tu. Ok, persoalan lagi. Kenapa laptop lain boleh je wireless, kenapa ada yang tak boleh ? Sebab maybe dia catch access point blok lain. Ok understood ? haha. Kisah ini sangat lawak dan bagi pengajaran juga la.
Kenapala dalam kita ramai-ramai ni tak fikir tentang tu ? Kenapala technician PTM pun tak fikir benda ni ? Kenapa kami student yang boleh detect pasal ni ? Adehh.. Maybe sebab saya saja yang bersemangat nak kaji tentang wireless ni. Orang lain macam relax & redha je wireless tak dapat. Eh kejap, kenapa saya kecoh sangat ? Guna sajala broadband. Haha. Tak tak. Saya rasa saya nak guna juga wireless. Haha. Dan saya rasa saya nak biar semua kawan-kawan saya dapat guna wireless. Ok ?
Sebab dah penat nak jawab persoalan demi persoalan orang datang Tanya apa saya buat dengan ni, jadi lebih baik saya cerita kat blog biar semua orang baca & tak perlu saya nak explain lagi. Walaupun kerja ni agak tak bermoral, lagi-lagi bawa masuk lelaki ke kawasan blok perempuan, tapi ni semua untuk korang juga kan. Bukan saya saja-saja gatal buat ni. Jadi harap perbetulkan impression korang semua yang nampak saya buat apa semalam.
Selamat ber wireless~ Kadang-kadang rasa wireless lagi laju dari broadband. Tapi tak apala, sebab bila guna wireless ni, setiap sejam kena masuk gateway, lepas tu ada certain website kena block, facebook masa office hours tak boleh access & seangkatan dengannya. lalala~
Family is Everything
Family.. They are everything to me.. I really love my big family. I do..
26 Dec 2009 :
Family Gathering lagi. Seronok bila makan beramai-ramai. Pada malam itu kami semua dinner kat Satay Malaysia. Saya pun mood ok & makan banyak sangat. Satay Malaysia, the best satay in Kota Bharu. Most of Kelantanese knew this place that is located at Pengkalan Chepa.
After dinner, diaorang decide nak shopping. Only for women at Wakaf Che Yeh. My cousin & aunty from Kuching yang nak beli tudung semua. So saya pun ikut je la. Tak adala nak shopping sangat, just tengok-tengok je. Actually petang tu dah shopping with mummy & daddy. Haha. Ingat balik from Singapore tak nak shopping lagi dah. Tapi shopping juga. Lalala~
Dah rambang mata tengok tudung banyak sangat. Diaorang pun dah pening tengok. Aunty Jae & Aunty Dah buat lawak je, asyik melayan orang yang jual tu. Kami just dengar & gelak je. Ahah. Tak sedar dah lewat malam. Masa tu dah pukul 12 lebih. Kesian uncle, Aufa & Anas sampai tertidur dalam kereta. Ahah. Then pergi minum-minum & balik.
Balik penat sangat. Terus tidur.. zzZZZzzzz
27 Dec 2009 :
Campus Life. Welcome back to Campus Life. Cepatnya masa berlalu. I’m in second semester of third year. Third year students already~ haih.. Means that tak sampai setahun lagi saya akan meninggalkan campus life. Next sem final project. Oh tidak ! Nak build software apa ni ? Rasa macam sekarang pun dah nak kena fikir. Berat.. Sebab itu otak ini memerlukan ruang yang banyak untuk berfikir tentang belajar. Hanya belajar. Benda lain dah boleh kick-out. Itu semua tak penting. Menuntut ilmu serta Mendekatkan diri kepada Allah swt itu matlamat utama. Berusaha mengumpul ilmu serta mengumpul pahala untuk bekalan di akhirat kelak.
17 jam kredit.. Kurang sikit dari sem lepas. Walaupun kurang, all of subjects memang lebih tough. I need more concentration in my studies. Congratulations sebab koko semua dah lepas. Means that hari sabtu tak perlu berkejar-kejar nak pergi koko. Lepas tu boleh selalu balik rumah. Haha. Assignments, projects mana nak tinggal kalau asyik balik rumah~ haih~
Six subjects for this semester.. I will write down it later. Jadual untuk subject elektif luar fakulti pun belum dapat. Tadi pergi FKI pun ustaz tak keluarkan lagi. Still in courses registration.
“Layarkan ku ke arah CintaMu..Tuntuniku Menggapai Redhamu.. Rimbunan kasihMu ku Berteduh… Leraikan Aku dari Pautan Nafsu.. Biarpun Sukar Bagiku Melamar RedhaMu.. Namun ku Masih Mengharapkan AmpunanMu.. Harapanku Moga Dikurniakan Manisnya Iman yang Berpanjangan..”
Goodbye MS Sharepoint
Goodbye MS Sharepoint. Macam sedih saja rasa. Macam sebak pun ada. Sensitif sungguh sejak akhir-akhir ni. haha. Alhamdulillah selesai sudah kursus ini petang tadi. Habis je, terus balik tidur. Berakhirnya kursus hari ni bererti tak payah pergi lab seawal pukul 8.45am & berada di lab sampai pukul 5pm. Kira macam 8 jam mengadap computer saja. Belajar hanya 2 3 jam, selebihnya online & blogwalking. haha. YM pun ada juga la sikit-sikit. Lepas tu layan perasaan. Apakah itu perasaan ? haha

Mr. Albert Jeremy.. A very good trainer/instructor. Memang ‘bijok’ la. haha. Lepas tu tak kisah menjawab segala persoalan. Lagi-lagi saya yang memang banyak tanya. We have a very great time with u Sir. Macam sedih pula nak berpisah. haha. Control Evi, control.
Macam duduk lepak saja dalam lab. Dengan pelbagai posing. Petang tadi saya tertidur dalam lab. Penat la ok ! Macam ngantuk sangat. ahah. Selalu je online, cuma tolak masa tidur saja. Balik bilik online lagi. Tapi, pukul 12am dah kena offline, kena off laptop, kena off lampu, kena baring, lepas tu saya di dodoi sampai tertidur. Selagi tak tidur, tak akan letak phone. Siapakah itu ? Rahsia. Baik sungguh dapat saudara macam ni ahah. Bagus juga, bangun pagi rasa fresh sangat. Semangat nak pergi lab.

Ok, Congratulations & thank you so much. Saya dah grad dah. Dah grad MS Sharepoint. Pasni boleh kerja terus. haha. Bajet macam dah terror sangat. Pre-test tadi pun tak dapat full mark, 1 soalan salah. Orang lain ramai yang betul semua & dapat full mark. Itula Evi, tak focus sangat ! Main-main lagi.
Next week real exam, real test, the final one. Jom la study. Tapi sir dah cakap awal-awal “i don’t trust that you will study” . haha.. memang betul pun. Malam nak exam baru study. Classmate saya ni macam dah ‘bijok‘ semacam sebab tu study last minute.
Sir excited nak snap class photo. Jadi kita pun lebih excited juga. Pilih tempat yang macam best, depan block G. Macam ala-ala garden gitu. ahah. Mesti terus nampak saya yang mana 1. Hari ni pakai baju cos jadi macam menyerlah sangat. Sampai tadi masa lunch pun kena tegur dengan tauke kat cafe, dia kata “menyerlah baju awak. dalam ramai-ramai, awak paling nampak..” haha.. malu sudah saya.

To Mr. Albert Jeremy~ Thanks for being so nice trainer to us. You are such a workaholic, brilliant trainer. Thanks for everything, thanks for the useful knowledge. All of that meant a lot to us. We will practice what u had teaches us. Thanks for known me as Evi LoLyta. Thanks for always mentioned, use example of my blog. We appreciates u a lot.. See you in Singapore next week sir ! haha..
By The Lake
Hari ni kepala pusing-pusing & sangat mengantuk. Selepas pukul 2pm, terus tak boleh nak focus dah. Macam dah muak dah tengok computer. I mean tengok virtual machine tu. Tengok blog tak bosan pun. haha.
Pagi-pagi nak pergi lab, sangat teruja sebab jalan nak pergi lab banjir. Pagi-pagi dah main air sampai buku lali. Baik pakai slipper toilet je kan. Habis rosak sandal i. haha. Dah tak adala high heels ni. Sebab kak Iqa cakap high heels tak elok, nati tak subur susah nak dapat baby. Terus saya takut & tak nak pakai high heels lagi. Terus pakai yang biasa-biasa je.
Kali ni nak tunjuk keindahan tasik dalam UDM. Tak terkira la berapa tasik semulajadi yang tiba-tiba wujud dalam UDM ni. Maybe dalam 7 8 tasik kot. haha entah. buat ‘bijok’ je. Petang pukul 5 lepas lab, masa nak balik, tiba-tiba excited nak snap picture tasik depan FKI. Then kak Lily cakap, “mari akak tunjuk satu lagi tasik yang lagi best, lagi cun, marila marila..”

haha yang ni memang best. Kira size XL la. macam dalam jugak tasik tu. Kak Iqa cakap, boleh bawa kayak main kat sini. Yang lain-lain pula cakap, nanti Monsoon Cup buat kat sini sudah, tak payah susah-susah buat kat Pulau Duyong nak kena sewa Ri-Yaz Heritage yang mahal lagi tu. UDM punya apartment pun apa kurangnya. Best jugak. haha
Kira classmate saya teruja la dengan tasik-tasik sekitar dalam campus ni. Bagusla, mengagumi ciptaan Ilahi, kekuasaan Ilahi.
Kisah sharepoint : memang main-main la masa belajar. Ada yang baca cerpen, ada yang surf blog, ada yang main game online, ada yang tengok video kat Youtube. haha..





