Posts Tagged ‘task’

Cluster Computing Success ?

7 April 2010 : Tarikh keramat sebab kena present cluster computing. Tentang tajuk di atas, saya Tanya, cluster computing punya presentation success ke tak ? Jom story..

Baiklah, what is cluster computing ? In my words la, cluster computing ni linked of computers that worked together to increase the performance of the processor. Jadi, bila makin banyak nodes, jadi run time needed for processor to run is decrease.

sumber : abang google

My Group members for this project are : Kak Liza, Ain, Syuzana, Hafizah Noor & Haziqah Auni. First of all, congratulations sebab finally dapat juga finished this task on time. Walaupun result tak dapat sebab bukan kami yang salah, tapi macam lecturer kata, kami guna Linux Redhat yang version yang maybe tak support for this clustering. Nak ping nodes lain pun agak lambat. Nak SSH pun memang tak response sampai connection timed out, nak test gridmpi pun tak response & scampi pun bad RSH/SSH. Saya tahu yang bukan computer science’s people tak faham apa saya merepek ni. Ahah. Mesti dah bosan kan.

Kak Liza : Selaku paling kakak & paling ‘bijok’

Teamwork : Memang penting. Nampak macam ramai dalam satu group ada 6 orang kan. Tapi ni bukan main-main punya task. Even saya rasa macam tak cukup pun. Haha. Tamak woo.. Yang ni nak wat report, yang ni nak search kat internet, yang ni nak jaga master punya node, & other two client’s nodes lagi, nak setup switch lagi. Eh, susah ke nak main-main sambung switch, cable, nodes ? Cuma malas nak gerak-gerak pergi sana sini. Nak jadi static je, tak nak jadi macam dynamic IP. Err ?

Sejak bulan February kot kitaorang start buat project ni. Bayangkan, every weekend after zohor start berkumpul kat rumah angah, buat discussion sampai sebelum subuh esoknya baru balik bilik masing-masing. Actually, campur dengan diaorang tengok movie. Ahah.

Last night, ngam-ngam je siap. Last night punya la kemuncaknya sebab saya tak tidur langsung pun. Group members yang lain pun tidur dalam kul 4am dan ke atas. Kesian habis. Bukan setakat tu, ada dua orang yang tidur di first class, dua lagi di business class & ada yang tidur di economy class. Haha. First class ni sebab tidur kat bed, business class tidur kat sofa & economy class tidur kat atas lantai je. Kesian habis.

Lepas subuh tadi, baru kami balik. Presentation kan pukul 9am. Jadi saya ambil masa sekejap untuk tidur. Masa nak balik tu, cuak habis. Masa tu pukul 7am, student campus Kota dah siap tunggu bus nak pergi kelas dah. Banyak pula tu bus kat situ, dengan pok sekali ada. Cuak dah, takkan nak melintas depan diaorang dengan baju tidur macam ni kan ? then, ikut jalan lain yang perlu langkah drain yang besar. Kitaorang penat, pening tak cukup tidur pun asyik gelak je tengok each other bila terkenangkan macam-macam hal kitaorang ni dalam masa buat project ni.

Sampai dekat blok, rupa-rupanya ada group lain pun tak tidur juga, siap duk kat tepi blok lagi sampai pagi. Lagi kesian kan. At least kitaorang bersyukur dah, takdela nak merempat kat tepi blok, kat luar berperang dengan nyamuk lagi, dengan pak guard lagi. Haha.

Ain & Syu

Presentation tadi pukul 9am, tapi 9.15am baru start sebab nak setup all those things lagi kan. Mujur la lecturer ok je, faham je kitaorang semua tak tidur, mengantuk, penat & agak blur. Group saya first yang present, even lecturer dah point awal-awal dalam last class. “ok, group eda first present” aiyyyoo. Anyway, Dressing tak payah cakapla. Memang selekeh habis. Sejak akhir-akhir ni, dressing selekeh habis pergi kelas sebab tak sempat nak iron baju, tudung semua ni. dah berapa malam asyik tak cukup tidur, even last two nights pun, sebab siapkan project compiler, juga tidur dalam pukul 4am. Masa tengah busy nak setup itu ini, suddenly sempat lagi menjeling-jeling pada … haha. Ain pun cakap, “sempat lagi eda jelling-jeling kat tu”. Haha. Guest yang En. Faisal jemput pun apa kurangnya. Ehem. Aku ni kan ! Macam pok kata “pale bocor sek-sek ni”

1 laptop untuk master, dua untuk client’s nodes, 1 lagi laptop for reference ready nak click abang google kalau-kalau lecturer fire soalan, 1 lagi backup untuk jawab soalan juga sebab penuh dengan notes dalam tu. Ahah. Skill yang bijok. Ready awal-awal, dah plan nak kelentong lecturer. Haha

Bila dah selesai, dah lega, dah happy. Rasa macam tak percaya pun ada bila confident habis nak jawab semua tu. Then boleh pula suka hati je breakfast dalam lab. Kami memang dah jenis biasa breakfast dalam lab, dah la tak cover langsung. Siap share dengan lecturer juga biscuits semua tu.

Well done to my group. Ingat, ada 1 report & 1 proposal yang belum siap. Belum boleh relax. Weekend nanti ada discussion lagi macam biasa, lepas zohor sampai sebelum subuh keesokan harinya. Sorry pada semua group members jika ada salah silap, kalau saya ada terkasar ke, tegas sangat ke, arah itu ini ke, itu  bukan saja-saja. Tu semua untuk kita semua juga kan.

Angah & Haziqah. Not fair, sebab mereka ni tidur kat first class punya tempat. ahah. Ni dalam lab tadi, lecturer kami tu, yang kat belakang tu.

En. Faisal Amri : lecturer yang sangat di sayangi oleh kami semua. Suka sangat. Apa yang dia ajar, memang faham. Clear je. Lepas tu suka bagi task yang mencabar untuk kami. Task yang mencabar yang amat berguna, bukan yang sia-sia. Harap jumpa sem depan lagi. Thanks for everything. Tengah fikir nak buat final year project cluster computing yang lagi advance ? insyaAllah. Thanks again for the suggestion.

All the best for finals. Timetable dah ada. 5 papers. Focus untuk final. Yesterday saya dah mengeluh kat mummy :

“mummy, penat la. Tidur tak cukup, banyak je kerja”

“takpela, dalam menuntut ilmu mestila ada macam tu. Kenala berkorban, focus untuk study je, jangan fikir benda lain. Tanggungjawab seorang student, study je. Belum ada suami, takde bebanan lain pun, tak payah fikir pasal suami, tak payah fikir pasal anak. Tapi study je. Ni kan untuk masa depan juga kan.. kita dah diberi nikmat kesenangan, apa lagi yang kita nak. menuntut ilmu habis-habis”

General sentences from mummy. Terus bersemangat. Betul-betul. Syukur dah sebab kita di beri peluang untuk menuntut ilmu dalam keadaan senang macam ni. nak banding dengan yang lain, ada yang lagi susah. Walaupun tak perfect macam tempat lain yang lebih mantap ke, apa ke, tapi bukan ke menuntut ilmu itu boleh di mana-mana saja. Kan ? tentang tanggungjawab, memang belum berkeluarga, jadi ia lebih senang untuk kita prepare semua ni untuk diri kita je. So friends, tak payah gatal nak nikah awal-awal. Dahulukan yang patut di dahulukan. Lagi-lagi dalam usia awal 20 –an macam ni. Mentality tu jangan di bawah tempurung sangat. Ni bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Asal umur dah 18, 19, terus nak nikah. Bukan bukan. Tak perlu nak fikir pasal remeh-temeh. Perjalanan masih jauh. Ini hanyala pendapat saya. Balas jasa parents dulu sebelum bina keluarga lain. Nanti ada entry pasal nikah awal pula.

Imam Syafie, “Siapa belajar Quran besarlah harganya. Siapa belajar feqah agung wawasannya. Siapa belajar Hadis, kuatlah hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yg pelik lembutlah wataknya Dan siapa tidak menahan nafsunya akan tidak bermanfaat ilmunya.”

Filed under Uncategorized

Bulan March Bulan Sibuk

Now tak payah susah susah nak menghitung hari. Sebab masa berlalu dengan cepat sekali sampai sedar tak sedar dah sampai bulan March dah. March~ Dah mid-term dah. That’s why lately ni sibuk je dengan mid-term test. Alhamdulillah this week dah lepas Quiz Chapter 5 & 6 for subject Software Project Management, and today dah lepas mid-term test for Client-server computing. Walaupun macam kelam kabut & soalan tak payah cakapla level mana yang memang quite hard la kan.

Bila tengok schedule, lebih kurang sebulan lagi study week. Haih~ banyak benda yang nak kena buat. Dengan cluster computing nya, dengan projek System untuk subject Bengkel, tambah lagi proposal for Software Project Management, Assignment compiler lagi, & bermacam-macam assignment, test lagi. Memang kena betul-betul susun schedule kali ni.

Alhamdulillah, saya hanya sakit kepala biasa-biasa saja. Itu doctor la yang cakap. Actually sejak malam Ahad lepas, kepala sebelah kanan ni mencucuk sangat. Maybe sebab tidur lambat kot malam tu sebab buat cluster computing. Then, pagi semalam terus tak pergi kelas. Alhamdulillah getting better, & saya memerlukan kesihatan yang baik untuk activity best hari Khamis ni. Dari pagi sampai tengah malam. Jadi pada hari tu saya tidak akan berada di campus. *sob*sob* tak dapat balik rumah walaupun dah memang plan nak balik.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kesihatan yang baik untukku.. Dengan kesibukanku, semoga aku tidak lalai dengan perintahMu, semoga aku tidak mengutamakan & melebihkan dunia semata-mata, semoga aku tidak lupa tahajud cinta denganMu di sepertiga malam. Kuatkan hatiku serta tabahkanlah hatiku ini ya Allah. Hanya engkau tempat aku berharap ya Allah.

Actually pada weekend yang lepas saya berkesempatan tengok movie “pisau cukur” . tidak tidak. Semestinya saya bukan pisau cukur walaupun saya hanya menjadi pisau cukur pada mummy daddy sebab selalu ask money, things from them. Haha. Saya ni kan jarang layan movie. Jarang sangat. Kalau saya rasa nak tengok, baru saya tengok. Boleh kira je berapa movie je saya layan tengok. Kalau orang lain sibuk-sibuk tengok movie yang dari pelakon yang mata sepet-sepet tu, saya adalah terkecuali. Tidak tidak. Saya langsung tak minat movie macam tu. Pelik bila ramai tergilakan actor, actress yang mata semua sepet macam tu.

Saya suka tengok sebab dress dia cantik. Cantik sangat. Semestinya la saya tak pakai dress macam tu, tapi tak salahkan kalau cover dengan cardigan, inner or anything. Paling tak pun, pakai dress macam tu kat dalam bilik je. Haha. Then, dah terikut-ikut dengan trademark si Fazura tu “panassss” . haha…

It’s MATF ~ Mata Fair Time 22Feb-7March 2010. Kepada sesiapa peminat Malaysia Airlines, boleh booking ticket yang quite cheap as usual. Malaysia Airlines saja. Airasia jangan tanya saya, saya tak tahu. All the best & happy holiday. Me ? Hoho budget takde la nak pergi holiday mana-mana. Paling tak pun, in Malaysia je. Seperti telah diketahui, international passport saya di simpan oleh mummy. Macam mana nak pergi overseas kan ? Kalau nak pergi, mesti kena dengan mummy je. Kalau domestic boleh je saya booking lepas tu fly sorang-sorang. ok itu dah biasa. tak pelik. Di sebabkan mummy tahu & yakin dengan keberanian saya buat apa saja ikut suka hati, nak kemana saja ikut langkah kaki itula mummy ambil tindakan untuk saya tidak bebas pegang passport sendiri. haha..

Ku ingin kau tahu isi hatiku. Kau lah yang terakhir dalam hidupku. Tak ada yang lain hanya kamu. Tak pernah ada. Takkan Pernah ada..  -By Geisha

**Semoga March membawa 1001 kebahagiaan lagi seperti February yang lalu. Subhanallah..

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya – Yusuf Al-Qardawi (Syukran saudara Hafiz, Cairo Mesir)

Filed under Uncategorized

Web Application Server Success

Saya nak rehat.. Tolong bagi masa untuk saya rehat. Saya nak rehat dari khamis petang sampai ahad pagi. Thanks..

Life yang makin busy. Busy ? Busy dengan dunia saja ? Siang hari busy dengan dunia, Malam busy dengan akhirat. InsyaAllah.. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah..

Group Assignment yang kena present. Client-Server Computing : Web Application Server. Best betul task kali ni. Saya suka. Sebab tak melibatkan coding. Saya suka networking. Bila suka, bila minat, mestila bersemangat & excited sangat. Saya buat connection saja, yang web tu group members lain yang buat.

Siang malam sejak hari ahad lagi ada group discussion. Macam-macam halangan. Cable tak cukup la, itu la, ini la. Sabar je la kan. Sabar la ni. Kalau tak sabar, dah lama saya baling semua switch, laptop, cable. Haha.

Pagi ni kelas pukul 8. Bukan kelas saja, tapi ada quiz. Malam semalam saya penat. Kami penat. Penat bergelak ketawa sambil buat kerja. Bila berkumpul ramai-ramai, campur dengan group lain lagi, macam-macam la jadinya. Memang happening. Lagi-lagi bila datang junior yang ‘galok’. Macam-macam buat lawak secara spontan diaorang ni. Hahaha.. Saya gelak tak tahan. Haih~

Pagi ni macam nak bangun awal sebab nak study untuk quiz. Awal. Tapi macam ter YM pula. Bila dah mengantuk sangat, tertidur lepas subuh dan sedar pukul 7.45am. Sangat best. 15 minit, rush pergi kelas. Mujur Syu baik hati tunggu saya sambil bagitahu saya apa yang kena study masa bersiap nak pergi kelas.. Sampai kat kelas, semua dah start quiz. Haih~

Kalau sesiapa yang tengok saya pergi kelas dressing tak match baju kurung, tudung dan apa-apa berkaitan, harap maklum. Itu bermaksud saya ada masalah di waktu pagi iaitu terbangun lambat, tak sempat nak pilih baju, tak sempat nak iron & bla bla bla. Haha. Macam hari ni la, dressing bertaburan.

Saya roommate yang baik (perasan). Saya busy macam mana sekalipun, saya masih ada masa untuk bawa roommate pergi clinic sebab dia tak sihat. Caring kan saya. Ini macam puji diri sendiri la. Roommate saya macam serba salah juga la kan nampak saya kalut ke sana ke mari. Saya tak kisah pun. Tapi, untuk roommate tersayang, saya berkorban je. Hehe sayang Madi.

Kehidupan yang tak terurus. Jangan tengok dressing. Peduli la pakai long cardigan saja & sleep pants pun masa group discussion. Haha. Hidup yang berserabut dengan all those things. Inila client-server.

Sambung discussion sampai tengah hari. Begitula. Saya memang tegas bila masa buat kerja. Walaupun di lain masa saya macam main-main, saya relax, tapi bila saya serious, serious la. Saya tak suka bila saja-saja nak datang lambat masa discussion. Sorry to all of you my group members, bilamana saya tiba-tiba tegas teramat sangat ke, itu la ini la. Sampai kak Liza pun kata takut dengan saya. Adeh.. sorry.. Tapi semua boleh terima sebab ni pun untuk kebaikan semua. Thanks..

Presentataion : En. Faisal hentam soalan macam-macam. Saya suka. Sebab buatkan kami berfikir, buat kami lagi nak tahu. Sangat cuak bila suggest supaya 7 client access web at the same time. Cuak sebab laptop saya itu adalah server. Haha. “habisla hang laptop aku. Habis..” Ni untuk tahu apa jadi pada server kalau ramai client access at the same time. Hang ke, slow ke, hancur ke. haha..

Harap maklum, memerlukan laptop yang banyak, dan straight cable, switch.. Berserabut tapi fun.

Tapi bila diaorang access at the same time, make registration, ok pula. Saya pun macam tak percaya. Ok je masuk data dalam database. Lecturer pun Tanya soalan lagi, “Evi, your laptop used processor core 2 duo ?” “bagi reasons kenapa your server ok”..

Saya ni dalam sedar tak sedar. Haha. Saya jawab “saya rasa la kan Encik, sebab processor ni bla bla bla” Macam pandai pula reka ayat. Ahah..

Anyway, congrats to all of us, Me, Ain, Syu, Kak Iqa, Angah & kak Liza. Sorry pada mana yang terlebih, terkurang. Just accept me the way I am. Thanks sebab bagi commitment semua tu.

Focus.. Saya boleh focus dengan sepenuhnya dengan apa yang saya buat. Kerana apa ? Kerana dalam mind saya ni, saya dah kick-out semua benda yang tak berfaedah. Dah tak ada nak ingat si lelaki itu ini. Tak ada. Tapi perasaan itu adala. Saya normal la. Handphone~saya campak saja ke mana-mana. Tiada masa nak melayan SMS tak penting. Saya, diri saya, tugas saya. Itu saja yang saya perlukan.

Saya ada discussion lagi ni. Last for this week.. Lepas tu, Saya nak rehat…

Filed under Uncategorized