Posts Tagged ‘talk’
Yang di katakan SAHABAT
Suddenly saya punya hati tergerak nak create entry macam ni. First of all, syukran jazilan kepada seseorang di Jordan, kerana hasil dari perbincangan dengan dia di YM tadi la saya terfikir tentang Siapa yang di katakan SAHABAT. Siapa dia yang saya maksudkan ? tidak perlu la saya nyatakan di sini. Bimbang jika ia boleh menimbulkan fitnah kerana dia adalah bukan mahram saya. Dia juga seorang blogger yang hebat, penulisannya mantap, dakwah nya indah. Banyak yang saya dapat pengajaran dari penulisan dia selama ni.
Benar, saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini. Tidak. Saya bukan yang sepatutnya. Masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan. Nak di bandingkan dengan orang lain, mereka lebih jauh baik dari saya. Bukan setakat tu, siapala saya nak menasihati sesiapa sekalipun. Tapi, seperti saya nyatakan di atas tadi, dia sahabat saya di Jordan telah menyedarkan saya & memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugas saya, tanggungjawab saya jika saya ingin jadi sahabat kepada sahabat saya.
“tiada prasyarat dalam memberikan nasihat. diri baik ke tak cukup baik ke semua orang bleh bagi nasihat kalau cara bagi nasihat tu betul”
Sebelum itu, saya ada satu short story. Actually a very long story, but I will try to summarize it. Sahabat dan kawan. Apa bezanya ? memangla, semua boleh di katakan kawan bila kita dah kenal seseorang tu. Tapi tak semua mereka adalah sahabat kita. Dan saya juga bukanlah sahabat kepada semua orang walaupun saya adalah kawan kepada mereka semua.
Saya mengenali seorang muslimah ini kerana cita-cita. Kerana cita-cita saya & juga cita-cita dia, kami membina ukhwah di situ. Huluran persahabatan di sambut dengan penuh barakah. Hari makin hari, kami makin memantapkan ukhwah ini. Jika nak di bandingkan dengan saya, perwatakannya jauh lebih sopan dari saya, auratnya jauh lebih terjaga dari saya, dan segala-galanya semuanya jauh lebih baik dari saya.
Holding Hands Together
Masa berlalu dengan begitu pantas, suara-suara sumbang makin kedengaran di sana sini. “kenapa dia begitu, kenapa dia dah berubah, kenapa dia bebas dengan lelaki. Korang tak nasihat dia ke” dan pelbagai soalan yang bertubi-tubi.
Benar, saya tak mampu untuk memberi kata-kata nasihat andai saya pun juga begitu. Walaupun pernah saya menyampaikan secara kiasan, dan saya hanya mendapat feedback “aku tahu. InsyaAllah. Thanks tegur aku.” Siapala saya untuk menyedarkan dia, sedangkan seorang lagi sahabat dia yang lain yang juga jauh lebih baik dari saya bagi nasihat pun, tiada apa terkesan padanya. Ibarat mencurah air ke daun keladi.
Couple : Bila selalu bersama, siang malam berkepit sana sini, tak cukup waktu pembelajaran, sehingga sampai satu masa, saya terkejut dengan satu perkara yang berlaku. Katakan pada masa itu campus saya di Melaka. Dari Melaka, dia pergi KL dengan lelaki itu pada malam itu lebih kurang pukul 10pm. Sedar-sedar, tengah hari esoknya baru balik ke campus balik. Bila di Tanya apa dia buat, dia tidur di mana, rupa-rupanya malam itu tidur berdua di dalam kereta, berhenti di tengah-tengah perjalanan.
Ya, mungkin tak pelik bagi sesetengah pihak. Maybe benda tu dah biasa bagi sesetengah pihak. Tapi dari segi agama, biasakah ? baiklah, saya masih boleh bersangka baik. “Tak buat apa-apa, lagipun dalam kereta je. Tak mungkin sesuatu yang pelik berlaku. Lagipun dia memang baik..” bisik hati kecil saya. Hanya Allah saja yang tahu bukan ? tak mustahil apa-apa pun boleh jadi bila berdua. “bila lelaki & perempuan berdua, di tengah-tengahnya adalah syaitan.”
Bila saya menyuarakan soalan ini, & bertanyakan pendapat kepada sahabat saya di Jordan itu, dia berkata : “Nasihat lagi. Lagi lagi lagi dan lagi. sampai la sampai salah satu dari dua mati atau pun matahari terbit dari dua..”
Baiklah. Siapa dia pada saya sebenarnya ? Dia sahabat saya atau saya ni sahabat dia ? Ataupun saya ni hanya kawan kepada dia, & dia hanya kawan kepada saya ? Kalau saya sahabat, apa tindakan saya ?
Apa yang saya faham dari maksud SAHABAT ialah “mereka yang mendalami kita, mencintai kita, mengasihani kita, mengasihi kita, membawa kita bersama ke arah kebaikan..” Bukan mereka yang membiarkan kita terus hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tidak di katakan sahabat jika mereka terus menggalakkan kita terus melakukan kesalahan, terus bermaksiat, terus mengheret kita ke arah kejahilan. Tidak, tidak. Mereka bukan di katakan sahabat.
Saya ni sahabat kepada siapa sebenarnya ? Dan siapa sahabat saya sebenarnya ? Baiklah, memang saya tak dapat nak jadi sahabat kepada semua orang. Tapi saya dah try nak jadi sahabat kepada mereka yang rapat dengan saya. Bila saya try untuk tegur mereka, menasihati mereka, mungkin ada yang boleh terima, mungkin ada yang tak boleh terima. Saya ada satu lagi cerita. Saya pernah menasihati seorang muslimah yang lain “jangan keluar dengan lelaki tu lagi. Dia jahat. Saya tahu, kalau awak keluar dengan dia, mesti dia nak ambil kesempatan pada awak. Tolong janji dengan saya awak tak akan keluar dengan dia lagi” Bila jadi macam ni, dia pula yang tipu saya bila saya bertanya :
“awak balik dengan siapa semalam”
“owh, saya balik dengan Siti semalam”
“owh, betul balik dengan Siti ? bukan balik dengan lelaki tu ?” (Sedangkan saya dah tahu dia balik dengan siapa, saja nak uji lagi.)
“mana awak tahu saya balik dengan lelaki tu. Awak nampak ke saya semalam ?”
“takpela. Maybe saya silap kot. A’ah betul la awak balik dengan Siti. Awak tak balik dengan lelaki tu” (Saja nak kenakan balik..)
“ok, saya minta maaf. Memang saya balik dengan lelaki tu. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi saya segan kat awak. Saya malu kat awak. Sebab awak dah pesan kat saya jangan keluar dengan lelaki tu tapi saya buat juga. Saya kata tak nak layan lelaki tu lagi, tapi saya layan juga.”
Lebih kurang beginila situasi nya. Tapi memang saya amat yakin dengan kebenaran dari Allah. Jadi saya tak risau sekalipun manusia menipu kita. Pasti Allah akan tunjuk kebenaran. bila saya cuba untuk jadi sahabat, sekalipun saya ditipu olehnya.
Berbalik pada cerita asal, siapa yang di katakan sahabat ? kalau sekalipun saya ingin rapat dengan dia, cuba untuk menjadi sahabat dia, adakah dia terima ? benar, hati saya mengatakan macam mana saya nak rapat dengan dia sekiranya dia selalu bersama ‘kawan’ dia itu dan selalu berkepit dengan pakwenya. Bila masa pula saya boleh untuk mendekatinya ? sekejap ye sekejap, kenapa saya mesti bersungguh-sungguh untuk menjadi sahabat dia ? kerana satu masa dulu dia pernah tegur saya tentang aurat, pergaulan saya dengan lelaki. Dia pernah menyedarkan saya. Saya menghargai kata-katanya satu masa dulu walaupun sekarang dia juga jauh lagi terlibat dari saya. Walaupun dia tak cakap serupa bikin.
Kerana saya sayang dia. Kerana saya sayang iman dia. Kerana saya sayang dia sebagai seorang muslimah. Jangan Tanya saya lagi kenapa saya kesian pada dia, kerana Allah yang memiliki hati saya, & Allah juga yang menggerakkan hati saya supaya menggapai kembali tangannya dari tangan-tangan yang membawa dia ke arah keburukan. Sahabat saya di Jordan berkata lagi “saya tak rasa kawan rapat dia itu adalah SAHABAT dia” ..
Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.
Memang saya kesian pada dia. Susah payah orang tua dia mendidik dia, menjaga dia. Tapi akhirnya hanyut begini. Dia terdiri dari family yang baik-baik, ayahnya seorang ustaz. Benar, dia di uji. Mungkin dia tak ingin berada dalam keadaan sebegini. Mungkin dia try untuk keluar dari situasi begini, tapi mungkin dia belum ada kekuatan. Tapi, sudah bertubi-tubi mereka yang lain menasihati dia, kenapa masih tak tergerak hatinya ? ya, dia perlukan masa. Saya tahu dia boleh, kerana satu masa dulu saya juga boleh meninggalkan semua perkara itu, saya juga boleh meninggalkan lelaki itu semua.
Sedarlah sahabat, berkali-kali saya katakan, semuanya sudah faham, sudah tahu. Jodoh pertemuan Allah sudah tentukan. Niat tak menghalalkan cara. Benar, kita hendak buat benda baik, tapi jangan sampai di campur dengan keburukan. Contohnya macam nak tolong mak ayah kat kampung, kita perlukan duit. Lepas tu, pergi mencuri sana sini, dan bagi duit tu untuk mak ayah di kampung. Nak tolong mak ayah tu memang baik, tapi duit yang di gunakan untuk tolong mak ayah itu adalah hasil mencuri. Haram bukan ? begitula perumpamaannya. Bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak akan bersama juga. Saya selalu pesan pada diri saya ni. tak guna nak pertahankan hubungan dengan bukan mahram andainya dia belum tentu menjadi milik kita. Tak guna jika dalam hubungan cinta itu hanya semata-mata di sirami dengan air mata kekecewaan, kesedihan, sentiasa makan hati, di duakan. Sampai bilakah ? semoga cinta manusia tidak mengaburi mata serta hatimu lagi.
Berusahalah menjadi sahabat, Bukan sekadar menjadi seorang kawan. Jika kita mahu orang lain jadi sahabat pada kita, kita terlebih dulu perlu jadi sahabat kepada orang lain. Hiasi peribadi.. Benar, saya sayang kamu, saya mengasihi kamu, saya kesiankan kamu..
Entry penutup Februari 2010. Februari 2010 yang mencatat 1001 kebahagiaan, kemanisan pada saya. Benar, sujud syukur Pada Ilahi atas segala Cinta.. Indahnya nikmat Allah..
UPDATED at 7.35am 28Feb2010 : Sebagai tambahan, boleh merujuk kepada http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh…/ .. Quite similar entry, quite similar story. Entry yang muncul beberapa jam selepas entry saya yang ini. Sekian.
Tiada lagi entry ketiga.
Tidak tidak. Sepatutnya memang benar, tiada lagi entry version ketiga. Tiada ulasan, tiada conclusion. Tak payah nak elaborate panjang-panjang. Jadi, saya harap ini adalah entry yang terakhir untuk story kali ni.
About second entry http://www.evilolyta.com/2010/02/kesinambungan-dari-entry-yang-lepas-%e2%80%93busy-body/, macam biasala, orang yang saya laser habis tu, dia masuk lagi blog saya pada waktu kebiasaannya yang dia masuk kira-kira pukul 5am++ waktu Malaysia. Waktu kat sana, kira sendiri la. Saya ikut gmt +8 Kuala Lumpur sajala kan. Haha. Owh, memang benar, memang pasti dia still follow saya sampai ke saat itu. Agak-agaknya apa la dia rasa bila baca that entry sehinggakan memang dia terus senyap sepi tak drop comment pun. Tak berani lagi la tu takut kena lagi dua kali ganda.
Macam mana saya pasti dia ? saya pastila. Based on location, OS, browser. Yang ni saya guna live feedjit sajala. Senang bukan ? tapi bila nak lagi correct, saya check je kat dashboard saya, plugin yang ada dalam dashboard ni. jadi memang confirm la. Haha. Yang tu lagi detail.
About first entry. Suddenly makin naik amount of top post kat sidebar saya ni. Kenapa ? Siapa yang berminat ? nanti saya explain sekejap lagi.
Ok saya dah kata, saya tak marah pun, even saya biarkan benda macam ni berlalu begitu saja. Tak terkesan pun kat hati ni. Kalau tak, memang saya akan terus point laser personally, privately la kan. Tidak tidak. Saya tak begitu.
Jadi, dalam pukul 10am ++ tadi, dipendekkan cerita, ada orang hantar email pada email address yang saya dah tak active lagi. Email tu sejak 10 tahun lepas. Masa saya form 2. Lama kan ? haha. For all of your information, saya dah tak active mana-mana Yahoo Mail lagi. Tidak tidak. Dah tak pakai dah Yahoo Mail. Command sangat la. I have my own official mail & another one is putraMail la. Haha. Email apa tu, tak pernah dengar pun wakakaka.. tinggal lagi saja belum create email@evilolyta.com . nice bukan ?
Disebabkan saya ni takde masa sangat nak layan-layan email ni, yela kan, siapa la nak hantar email kat saya ni. Takde takde. Jadi, punyala buat habis masa saya je nak tengok balik email tu. Nak korek-korek lagi, baru terjumpa kat Spam. Email nya simple saja. Sangat lembut, sungguh berhikmah macam dulu juga. Sangat la manis. But for me, sama je saya dapat email macam tu atau tak. Bukan tak appreciates, tapi saya tak rasa itu satu keperluan untuk saya & tak rasa itu satu kepuasan untuk sender tu.
Jadi, di sebabkan itu juga, melambung-lambung tinggit makin naik entry tu kat top posts tu sebab check out banyak kali kat entry tu. Bukan tu je, saya tersenyum je tengok traffic dalam blog saya ni asyik arrive je dari location tu, browser tu, OS tu. Di dashboard pula, samala macam saya stated kat atas tadi. 5 6 kali dalam masa 5 6 jam. Lebih kurang sejam sekali kot kan ? dan every traffic itu jugala sampai ke entry tersebut.
Sudahla cakap pasal traffic, lepas ni kita install plugin best-best lagi. Jangan risau, jangan takut untuk masuk blog saya. Saya takdela kaji semua traffic yang masuk. Cuma yang mana saya tengok pelik je sikit baru saya kaji sikit-sikit. Sikit je. Macam saya takde kerja nak kaji semua traffic yang masuk beratus-ratus hits setiap hari, unique IPs lagi.
Jadi, saya mohon, saya minta, seperti saya telah mohon, requested kepada sesiapa sajala kan. Tak perlu untuk elaborate any small things. No need k. Faham sendiri. Ini general. Bukan specifically tuju kepada sesiapa. Bukan bukan. Saya dah kata, saya sudah senang dengan hidup saya, saya sudah bahagia dengan hidup saya. Saya tak perlu mana-mana gangguan.
Susah juga kan bila di katakan single ni. haha. Eh kejap. Siapa kata saya single ? memang betul la single. Sebab belum mempunyai suami lagi, belum ada ikatan yang sah lagi. Tapi siapa sangka saya available or not available ? haha. Suka hati sayala. Nak tahu, Tanya saya sendiri. Itu pun kalau saya nak jawab. Tak semestinya sahabat rapat saya pun tahu. Ada je mereka tak tahu. Yang penting, hanya Allah saja yang tahu. Nice bukan ? Saya dah kata saya sudah cukup senang, bahagia dengan nikmat Allah kurniakan pada saya. Berulang-ulang kali saya panjatkan Sujud syukur pada Ilahi atas segala cinta. Kalau saya ada someone sekalipun, saya tak kecoh-kecoh heboh-heboh macam kat friendster la, facebook la. Tidak tidak. Lagi terpana seketika bila tengok yang publish secara besar-besaran itu terdiri dari orang yang lebih mendalami agama dari saya. Adehh.. kalau orang yang jenis dah biasa-biasa, saya tak terkejut la, sebab saya hanya boleh bersangka baik bahawa, mereka belum tahu sepenuhnya, mereka belum ada kesedaran, insyaAllah satu hari nanti mereka diberi hidayah. Saya tak pandang rendah pun pada mereka sebegini. Tapi pada mereka yang fully known ni ?
Why you have to go & make thing’s so complicated ? Kenapa perlu ada yang menyibuk Tanya sahabat-sahabat rapat saya, “evilolyta ada boyfren ke tak ?” lebih kurang begitula soalannya dan apa-apa soalan yang membawa maksud sebegitu. Sesetengah orang saya senyum je, sesetengah orang saya menyampah je. Haha. Biarla. Mereka tak akan lari dari semua benda ni. Saya juga manusia biasa. Tak lari dari kesilapan. Jadi kalau dah buat salah tu, taula kan apa nak buat.
Kepada mana-mana Lelaki yang bukan mahram pada saya, tidak perlu mendekati saya jika tanpa perkara mahupun hal yang penting. Saya tidak anti lelaki. Tidak. Cuma saya tak nak mengundang perkara lagha pada diri saya, hati saya, pemikiran saya. Jika benar kamu ingin mendekati saya dengan niat yang suci, sila terus berjumpa orang yang melahirkan saya & menjaga saya sejak saja baby lagi. Ok ? Saya open minded. saya tidak menghalang mana-mana niat suci seorang lelaki terhadap saya. Sekian..
Tidak perlu mengganggu saya lagi. Tidak perlu menunggu jawapan dari saya. Kesemuanya saya dah nyatakan disini.
Ok, lepas ni saya nak post entry lain pula.
Kesinambungan dari entry yang lepas.. –Busy Body
Macam drama bersiri pula ada kesinambungan dari entry lepas. Actually ini bukanlah kesinambungan. Sepatutnya story ni memang dalam satu entry yang lepas. Tapi disebabkan entry yang sebelum ni teramat la panjang, jadi saya cut yang ini untuk di letakkan dalam entry seterusnya iaitu entry ini la.
Sahabat saya siap cakap yang tak larat nak baca entry saya yang sebelum ni sebab panjang sangat. Apa kata buat secara bersiri. Haha. Bukan tak nak buat sambungan macam tu, tapi ianya sememangnya adalah dalam satu entry. Dah tak boleh cut lagi dah.
Apa yang saya nak nyatakan sebagai sambungan dari entry yang lepas ialah tentang manusia yang busy body. Ok busy body ! belum sempat saya publish entry tentang busy body, tiba-tiba datang lagi orang yang busy body. Bukan baru datang, dah lama dah sebenarnya dia muncul.

Pedas Pedas Pedas
Sekejap ye sekejap. Memang di takdirkan ex saya ni akan cari saya balik ke ? eh tak malu ke muka korang ni, saya punya la dump habis, tak kurang juga dump saya, main dimp dump dimp dump, tapi akhirnya cari saya juga ? yang ini macam nak gelak uhuk uhuk.
Sebelum tu, saya tak kata semua orang busy body. Saya tak kata ok. Saya tak kata readers, followers blog saya ni busy body. Tidak tidak. Saya tak mention begitu pun. Bukan setakat tu, sahabat saya ada je inform kat saya, ada orang lain Tanya pasal saya kat dia. Biasala tu. Tapi orang macam ini ada dua category.
First one is, macam saya kata, dia memang interested dengan life kita, dia minat cara kita, suka cara kita. Ok yang ini saya tak kisah, malah lebih suka la kan kalau orang niat baik kat kira.
The second one is orang yang memang gila menyibuk, jealous, tak puas hati, sakit hati je dengan kebahagiaan kita. Jadi dia still follow kita, tapi dalam hati dia tu Allah je tau betapa buruknya hati dia.
Apa yang saya nak katakan di sini, adalah sorang ni kan. Dia seorang lelaki la. Gila punya bapak menyibuk ah tahapnya. Ala yang saya buat entry http://www.evilolyta.com/2010/01/mengapa-mesti-menipu/ tu. Yang saya tuju pada orang ni la. Tapi punya la dia buat tak tahu je tentang entry ni. macam tak bersalah, macam tak terasa kah kah kah ! lepas tu memang saya tau je dia still enter blog saya secara senyap tanpa tinggalkan jejak. Memang kepala otak dia la tak tinggalkan jejak. Dekat dashboard saya mana la dia tahu memang dah sah dia tinggalkan jejak kan ? bukan sebarang jejak, tapi memang jejak yang real punyala. Sudahla, korang yang tak faham memang tak akan faham. Dia lagi la dua kali ganda tak faham. Dia cakap macam orang tak ada otak boleh la. Macam kata “dia hack facebook aku, dia edit gambar, dia edit video” hahaha.. macam orang !@#$%^&* habis cakap. Adehhh..
Lepas saya tau dia ada je enter blog saya, (saya tak kira la pula berapa kali), tapi dalam seminggu tu memang adala, memang follow habisla apa saya tulis ni kan. Punya semangat nak tahu perkembangan saya. Apa, still nak harapkan cinta saya ini lagi ke ? hahaha. Go to hell la owh k. I deserve someone better than you, someone educated than you, someone loyal & honest than you, & someone richer than you (ambikk ko yang ni) haha. Kidding~~..
Baiklah, bukan setakat itu, tapi punyala apa kena dengan angin dia untuk entry yang sebelum ni, tiba-tiba dia drop comment kat entry sebelum ni. Punya macam baik sangat dia punya comment, haha kalau korang nak tau korang bacala sendiri. Tapi saya punya la guling-guling geli menyampah. Eh, macam masalah kat ko je aku buat entry macam tu. Bukan tuju kat ko sangat pun. Tu aku kata, aku tuju kat orang lain, orang lain yang terasa. Orang yang di tuju tu tak terasa la pula. Memang orang macam korang yang (………………..) memang macam ni ey perangai ? Kalau dah memang kampung hulu tu, jangan la duk tunjuk pemikiran lagi kampung ok ?

Jadi, senang ceritala kan. Tak payah la ko susah-susah nak cari aku balik ya wahai si hipokrit. Tak payah tak payah. Not nice ok. Not nice. Buruk jugak. Mesti macam berasap je telinga ko kan, panas je kan baca entry yang gila habis aku laser ko. Bukan setakat tu, readers lain pun dah boleh tahu siapa ko sebenarnya.
Memangla, siapala aku ni kan nak bagi nasihat kat ko tu. Ginila senang cakap, aku cakap sikit je. Sebab tak guna aku cakap banyak memang ko tak akan faham. Haha. Sebelum ko susah-susah nak masuk blog aku, nak drop comment yang konon baik, konon nasihat kat aku, tapi hakikatnya ko ni cakap tak serupa bikin, lebih baik la ko pergi bayar hutang beratus-ratus dinar dengan kawan ko dulu, lepas tu pergi mengaji elok-elok, betulkan makhraj, tajwid, buat malu je konon mengaku hafal quran sana sini tapi bacaan pun tak betul, lepas tu pergi minta maaf pada orang yang ko menipu, yang ko fitnah. Banyak kan ? banyak ! lepas tu, jangan nak bagi ajaran sesat pada anak-anak buah halaqoh ko tu. Aku macam geli hati, geli telinga, geli mata bila ada orang inform kat aku, yang ko ni di lantik ketua halaqoh untuk mereka. Bukan setakat tu, ko tak perasan ke anak buah ko punya feedback pun hentam ko balik secara sindiran ? tapi biasala, ko akan buat muka yang tak sampai seposen tu, lebih kurang nilai 1 sen berkarat je kat orang lain, buat muka tak bersalah, tak terkesan apa-apa. Sedangkan memang orang dah tahu dah.
Eh, tak payah la ey terhegeh-hegeh nak cari aku lagi, nak aku lagi. No no. tak payah. Kantoi sangat ko still follow aku, sedangkan aku langsung tak peduli hal ko. Ko ingat aku pandang orang macam ko ni ? bukan setakat aku, masyarakat pun tak pandang orang hipokrit, munafik macam ko. Tapi kalau ko still nak tengok blog aku, rasa rindu ke hahahaha, terpulang pada ko. Tapi memang aku still dapat detect la. Tapi aku ni jenis senyap je. Tak kecoh-kecoh. Sehingga la ko sendiri yang buat kecoh, buat comment konon baik kat aku. Haha…
Err.. tiba-tiba mood jadi baik bila terkenangkan something someone bla bla bla.. sungguh bahagia. Kisah saya, lebih kurang saja dengan kisah Anna & Khairul Azzam mula-mula kenal dalam movie KCB. Begitu juga dengan saya. Benar, masih terbayang-bayang di fikiran ini walaupun masanya sudah berlalu. Sweet ok sweet ! Ya Allah, sujud syukur padaMu atas segala cinta.. Benar.. Ketika Cinta Bertasbih.. Juga benar Cinta Madinah ? Bukan, bukan, ianya adalah cinta Jeddah. Haih sudah melayang jauh fikiran ni.
Orang Lain Yang Terasa, Orang Lain Pula Yang Lebih-lebih
Warning : Entry kali ni agak berat & may be offend people’s feelings. Jadi, kalau nak baca, baca sampai habis. Kalau tak nak baca, tak payah baca. Kalau rasa tension je dengan entry berupa hentam orang, boleh get out saja. Thank you.
Susahla bila status kita kat Facebook ni di salah erti oleh orang lain. Lagi punya susah bila kita tuju pada orang lain tapi orang lain pula yang terasa. Lagi dua kali ganda susah bila orang yang kita specifically dedicate tu tak pernah-pernah nak terasa. Act like nothing happened. Punyala tambah lagi satu mamarazzi yang entah apa-apa suddenly muncul menyampaikan keterangan based on their tafsiran sendiri.
Status di Facebook : Dalam beberapa minggu lepas, if I’m not mistaken, adala saya write down status ni. Bukan satu dua status, tapi beberapa status yang berupa ingin tuju pada orang lain la kan. Juga di tujukan kepada beberapa orang yang berlainan.
Kisah Sebelum saya fly ke Jakarta : Di satu lewat pagi ketika hamba Allah yang lain sibuk untuk bangun bertahajud cinta di sepertiga malam, tiba-tiba saya dapat 1 SMS dari orang yang saya teramat la kenal. SMS tu berupa macam lebih kurang kata, dia lebih-lebih terasa dengan apa saya wrote down status kat Facebook saya satu masa dulu. Kenapa baru sekarang nak terasa ? Sebab dia punya makwe la gila habis explore saya punya wall. Macam dulu-dulu juga la gila habis find me kat Friendster, Facebook, YM. Actually status tu dah lama jugala kan, macam dah basi dah. Of course la makwe dia baru online & explore habis my previous status. Kalau tak, kenapa baru sekarang nak pertikaikan kan. Lagipun, setahu saya memang perempuan itu lebih kurang macam berada di asrama, & balik cuti baru online.
Yang ni macam nak gelak. Saya pun tak pasti status saya mana satu yang dia lebih-lebih nak terasa saya tuju pada dia. Punyala semangat explore my past status, even my blog sekalipun. Dahla saya punya wall tu berserabut dengan application yang diaorang ni send. Gift itula, gift inila. Banyak sangat, sampai saya pun tak peduli tentang apa ada kat wall tu. Saya tak marah, tapi biarkan saja mereka nak bagi saya gift apa-apa. Haha. Saya tak pertikaikan pun.
Manusia ni, kalau dia tak peduli pasal kita, kalau dia tak ingat kat kita, kalau dia tak nak ambil tahu pasal kita, dia takkan sanggup menyusahkan diri dia, spend time lama-lama nak explore semua tu. Tak penat ke nak click all those older posts ? Kita sendiri dah boleh faham, sama ada dua perkara je kenapa seseorang tu bersemangat nak tahu pasal kita. Two reasons are :
~Dia berminat nak tahu perkembangan kita. Dia suka nak tahu life kita macam mana. Dia adore kita, admire kita. Dia suka untuk make friend dengan kita. Dan apa-apa saja positive feelings yang dia rasa pada kita.
~Dia ni jealous dengan kita. Dia tak puas hati. Saja nak tahu apa perkembangan kita. Sama ada kita ni ada ganggu partner dia ke, ada ganggu si buah hati jantung dia ke. Haha ini macam direct sangat la pula ayat ni.
Jadi, kalau dia tak berminat nak tahu apa kita buat, memang dia tak perlu nak fikir-fikir & tertanya-tanya apa yang berlaku pada kita. Nak take care pasal kita tu macam kepala otak la kan. Kalau tiada kaitan, baik saja dipersilakan buat benda yang lebih bermanfaat pada diri sendiri. Memangla siapala saya ni kan nak bagi nasihat pada orang pula, tapi lebih baik la pergi mengulang hafazan Al-quran tu, dari menyibuk je pasal orang. Adehh ini ayat macam direct pula lagi.
Harap maklum la, status berupa sindiran tu bukan exactly tuju pada dia. Apa dia ingat dia saja yang SMS saya ? Apa dia ingat pakwe dia yang merupakan ex saya tu saja yang SMS saya ? Kejap ye kejap. Saya tak minta pun mana-mana lelaki SMS saya, contact saya personally through SMS or phone. Kalau setakat buat comment kat facebook ke, kat blog ke apa sangatla kan. Itu general. Lagi satu, orang itu pernah kata lebih kurang macam “makwe saya menangis-nangis bila dia tahu saya contact awak” .. The I replied, “takpela, tak payah la kita contact lagi. Saya tak nak sakitkan hati orang lain, saya nak jaga hati orang lain”
Lepas tu saya memang tak berminat nak ganggu mana-mana couple lagi ok. Saya bukan jenis macam itu. Kalau saya nak buat, boleh je. Bukan setakat pakwe orang, suami orang pun boleh je saya layan. Tapi saya ni jenis ada kepala otak yang boleh nak beza mana nak jaga hati orang, mana nak sakitkan hati orang. Excuse me, jangan salahkan saya. Bukan saya yang mulakan dulu contact pakwe awak balik. Apahal kalau saya yang dapat SMS pukul 2 3 pagi ? Walaupun masa tu mestila saya dah tidur & saya hanya akan tengok SMS selepas subuh. Kalau saya nak ganggu, nak kacau, nak sakitkan hati orang lain, dah lama dah saya layan habis, saya goda habis, saya tackle habis. Kalau saya nak, lama dah. Ok, lama dah saya boleh buat. Even masa putus pun, three weeks after that boleh pula dia cari saya balik juga. Kalau saya nak, boleh je saya gatal-gatal gedik-gedik terima balik. Boleh sangat.
Macam sia-sia nak jaga nak hati orang kan. Lagi satu, kenapala perlu di ungkit-ungkit kisah lama ? sama ada saya yang tak faham atau dia yang berfikiran tak matang. Hanya Allah yang tahu. Boleh tak satu masa dulu perempuan ini pernah mengungkit mengatakan kat saya yang someone (orang lain) dulu pernah minat kat seorang perempuan sekolah dia masa tujuh tahun lepas. Masa tu budak-budak tak matang lagi dan belum baligh lagi. Nak kata stupid kan melampau pula kan. tak baik mengata orang macam tu. Memangla benda tu takde apa-apa, tapi untuk apa ungkit benda sebegitu & semata-mata buat hati orang lain terasa ? macam saja nak porak-perandakan hubungan orang lain. Eh, pernah ke saya ni ungkit juga kat awak tentang saya dengan pakwe awak sekarang ni yang merupakan ex saya, pernah ke saya story kat awak all those sweet things happened between us ? sanggup tak nak dengar ? boleh je saya nak story kat awak, bukan kat awak je, tapi kat seluruh readers kat blog ni. Ok saya nak cerita juga ni. Agak-agak mesti telinga awak tengah panas & dada awak berdebar-debar bukan ? Selama ni memang saya tak terfikir pun nak ungkit semua ni, tapi macam biasala, bila orang dah mula cari pasal dengan saya, saya boleh je mulakan juga. Saya hanya jaga hati orang yang boleh jaga hati saya & yang buat baik pada saya saja.
Ok, saya ni jenis memendam. Tapi, sekali saya meletup, habisla. Saya tak rasa apa yang dia cakap kat saya, all those sweet words, all those sweet things happened between us, saya tak rasa special sebegitu. Bila saya ni adalah orang pertama pada dia, first girl in his life, his first love, saya tetap first la. Nice bukan ? walaupun dia bukanlah yang first bagi saya. Boleh tak lagi bila saya kata, baru-baru ni pun dia ada sebut yang dia tak pernah lupakan saya, tak dapat lupakan pun, first love memang susah nak lupa.
Masih ingat dengan lagu cintamu by Dygta Feat. Ira ? Memang terkejut tengok lagu tu seolah-olah melambangkan lagu cinta korang. Tapi sebenarnya, lagu tu dah basi dah. Lagu tu dah lama untuk kami satu masa dulu. Haha. Cuma boleh pula main replace that song into second relationship. Kalau sayala, saya tak nak share-share macam ni walaupun lagu yang dah basi tu. Saya pernah Tanya pasal lagu ni kat dia, & dia memang cakap awak yang dedicate kat dia. Owh~~ tidakkah awak tahu lagu itu juga lagu untuk kami ? kalau sayala, kalau saya tahu perempuan lain pernah dedicate kat si dia cinta hati saya, saya tak akan dedicate kat dia the same song. Mesti dia ingat kisah yang lama lagi. Tapi yela, kita ni manusia mana la boleh nak baca hati orang lain kan. Memang banyak awak tak tahu kisah sebenar semua terjadi semua tu.
Awak yakin pasti awak tahu hati orang macam mana ? nice bukan ? mujurla saya ni jenis tak melayan sampai melarat. Kalau tak, menjadi je sebenarnya. Tapi takpela, memang dia seorang lelaki yang baik. Memang baik habis ah. Saya tak kata dia jahat. Saya kenal dia lebih lama dari awak kenal dia, saya tahu di mana kelemahan dia. Saya nak goda, boleh je. Walaupun saya memang dah takde feelings, tapi boleh je saya nak main-main. Boleh je nak balik pada perangai lama balik. Cuma tak nak je. Tak guna saya bertaubat tak nak playing with people’s hearts lagi jika saya memang ada niat nak buat lagi macam tu.
Apa hal SMS lewat-lewat pukul 2 3 pagi ? saya memang tidur awal & hanya akan bangun lebih kurang pukul 5am, jadi saya takde masa nak melayan mana-mana SMS & calls lewat malam selepas pukul 12am. Saya dah muak dengan benda-benda lagha ni. Lagi-lagi lelaki. Kalau saya nak layan, boleh je sampai subuh pun, sampai tak tidur pun, sampai tinggal tahajud cinta dengan Pencipta di sepertiga malam pun. Ni nak ungkit lagi sikit, dulu SMS sampai subuh tak tidur, biasa je. Sejak kat matriculation lagi, macam-macam sweet things happened between us. Nanti bagitahu kat sini kan, tak pasal-pasal ada yang menangis-nangis terasa pula kan. Haha..
Boleh pula satu masa dulu si perempuan ini Tanya saya : “awak ada perasaan kat pakwe saya lagi ke ?” Kah Kah Kah macam gelak guling-guling pula saya. Please~~ kisah sejak August 2008 itu dah lama tercampak ke dunia lain. Jangan perasan la ok. Macam saya kata, kalau saya nak, sejak August 2008 lagi saya akan terima balik pakwe awak tu masa dia cari saya balik. Tapi saya katakan yang saya memang tak nak. Dia pun pernah kata kat saya : “saya masih ingat awak kata yang awak tak akan terima saya lagi” See.. semua benda dia boleh ingat apa berlaku antara saya dengan dia..
Banyak kali dia kata dia tak akan contact saya lagi, dia tak boleh terima yang saya bandingkan dia dengan orang lain kat blog saya pada tahun 2008, & apa-apa benda yang menyakitkan hati dia yang berupa macam dia tak nak contact saya lagi. Tapi apakan daya ? kami masih juga contact.
Begini la senang kan, selagi saya tak ganggu hidup awak, tak payah nak risau tentang saya, tak payah nak menyibuk pasal saya, tak payah nak simpan sakit hati dengan saya. tak payahla awak nak berusaha nak jarakkan saya dengan dia. Kisah saya dengan dia banyak sangat. Awak buat la macam mana pun, tak akan terpadam semua tu. Sejarah tetap sejarah. Sahabat-sahabat, lecturers, juga bumi Matrik Melaka menjadi saksi segala-galanya antara saya dengan dia. Kalau setakat awak nak batu api saya dengan pakwe awak supaya kami betul-betul tak contact lagi, terpulang. Apa awak ingat saya ni sangat-sangat memerlukan lelaki yang bukan mahram pada saya ? ingat saya ni gila lelaki sangat ? eh, saya tak heran pun la. Sikit punya pun tak heran. Jangan samakan saya dengan awak. Tapi takpela, rahsia punya rahsia, biar saya dengan dia serta Allah saja yang tahu apa antara saya dengan dia. ok ? Kepada pakwe awak, jangan risaula, saya takkan buka rahsia punya apa yang pernah terjadi, apa yang kami pernah cakap pasal~~ ok apa-apa je la.
Kalau setakat awak nak menangis-nangis kerana lelaki, kalau setakat nak isytihar perang semata-mata nak pertahankan seorang lelaki yang belum tentu jadi milik awak, lupakan saja nak perang-perang ni. banyak lagi benda lain nak kena buat. Kalau umat Islam pun dah berpecah-belah, macam manala agama nak mantap ? tak guna kalau punya hafal Quran tapi lawan je apa yang di hafal tu.
Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Tinggal lagi hanya kita yang perlu berusaha, juga tak putus-putus minta doa, solat hajat minta dari Allah semua tu. Tapi kalau Allah tak izinkan juga, nak buat macam mana. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Bercinta bertahun-tahun pun, kalau bukan jodoh, tak akan bersama juga. Lagikan orang yang bertunang boleh putus, lagi yang dah nikah boleh cerai. Anything can happen. Jangan rasa senang dengan apa kita ada, jangan rasa dah selesa dengan semua nikmat yang kita kecapi sekarang.
Bukan nak riak, nak ujub, takbur dengan apa saya ada. Saya selalu pesan kat diri saya, saya selalu ingatkan diri saya, apa saya ada ni, apa yang Allah kurniakan kat saya ni, semua ni milik Allah, pinjaman dari Allah, & ini hanyala ujian buat saya. Lagi saya selalu bisikkan pada diri saya bahawa apa yang Allah jadikan, apa yang Allah tentukan, semua Allah buat elok dah. Elok sangat dah. Kita je kadang-kadang masih kabur, masih tak nampak.
Lelaki.. cinta lelaki yang bukan mahram , yang belum tentu jadi milik kita. Belum tentu sah jadi milik kita. Tak salah nak berusaha, tapi biarlah berpada-pada, jangan terlalu berharap. Niat tak menghalalkan cara.
Baiklah, saya tak kata saya marah. Sikit punya pun tak marah. Ini blog saya, blog saya yang berbayar, bukan macam blog lain yang free tu. Jadi, saya bebas untuk manage my own site. Tak payah nak complain dengan apa saya tulis ni. ok ? Saya tak suka orang yang tak penting macam ini ganggu hidup saya, ganggu ketenangan, kedamaian life saya. Saya tak suka. Saya tak invite orang macam ini masuk dalam life saya. Tak payah la lepas ni sibuk-sibuk terhegeh-hegeh nak contact saya, nak minta maaf ke, apa ke. Sebab watak-watak macam ni tak wujud dalam life saya. Saya dah cukup punya banyak bahagia, yang saya rasa sekarang. Saya tak perlukan orang macam kamu ok. Saya dah kata, entry macam ni tak akan publish kalau tiada yang cari pasal. Jadi, jangan nak salahkan saya.
Saya punya mood baik semacam je ni. sebab tu tak kasar sangat kata-kata untuk entry kali ni. Banyak punya bertuah awak saya tak laser banyak-banyak. Macam susah-susah je kan saya ni buat entry panjang-panjang. Berat kepala nak ingat balik kisah lama saya untuk di ungkit di sini untuk bukan setakat awak baca, tapi the whole world baca. Be professional, takde masa nak personally text nak cakap panjang-panjang. Kita post entry secara global macam ni lagi best. Kenapa mood saya baik semacam ? memang mood saya sangat punya baik, berbunga-bunga hati ni. ehem ehem..
Sekian, truly by nik.ratusyahadah..
For This Sem
Subjects for this semester 2, 2009/2010 session~
TKE 4213 Client-Server Computing (En. Faisal Amri)
TPF 4023 Research Methodology (Dr. Nordin)
TKS 4143 Software Project Management (Miss Fatimah Ghazali)
TKS 4153 Compiler Development (En. Suhailan)
ISE 4023 Falak Syarie (Dr. Baharuddin)
TKS 4163 Bengkel (Puan Aznida Hayati)
Haih~ Killer subjects ? I’ve no idea. Need more concentrations on these subjects. Wish me all the best~ Final exam hanya 5 paper. Sebab subject bengkel masuk lab every week, siapkan system. Lecturer suggest for my group, buat system yang automatic system hantar sms kat handphone. Wuwuwu my group members keep asking me, how Evi LoLyta ? I answered “it’s ok. Relax.. finish our proposal first”
Macam relax saja saya. Padahal dalam kepala ni berat fikir macam-macam, bercampur semua. But it’s ok. Anyone ada idea ? Do inform me ok. Thanks.. After this, I need to be more hardworking.. InsyaAllah..
Client-server Computing~ Client-server la. Itu kata En. Faisal. Saya pun fikir client-server la. Client request, server reply. Dan seterusnya macam-macam…
Research Methodology~ Saya suka buat research ? Suka, minat ? Saya suka berfikir. Sampai terlalu banyak benda saya fikir. Bila dalam class, cakap pasal research, fikiran saya jauh menerawang. Lepas tu tiba-tiba boleh jawab, boleh bagi idea masa lecture. Idea dengan ayat tak lengkap. Haha. Masih tak boleh lupa kisah dalam kelas hari tu.
Compiler Development~ Kenapa belajar compiler ? Sebab kita student SMSKPP. Itu kata lecturer saya. Haha. Kelas yang funny. Baru saya terfikir selama ni buat system kenapa ada error, tak complete, function does not work. Masalah coding, masalah compiler ? Saya masih buat research lagi. Ahah
Subject Software Project Management~ Tak terfikir nak jadi Project Manager. Focus pun kurang sikit. My ambition is, I told u, I want to be a domestic engineer. Guess what ? haha.. Bahagiala siapa jadi suami saya kalau itu jawatan saya. Lalala~
Falak Syarie~ Saya suka sangat. Mesti bangga Dr. Baharuddin kalau tau student dia yang excited macam ni. Ilmu falak yang boleh buat kita berfikir tentang alam, tentang ciptaan Allah, tentang kekuasaannya. Lecturer yang best. Ada dua buku ilmu falak yang di tulis oleh beliau sendiri.
Rajinkanlah diri anda. Ikhlaskanlah diri anda. Persiapkanlah diri anda. Berusahalah untuk diri anda. Don’t Give up on the Good Times. Use well this opportunity.. Focus on what we have now..
Saya kata saya jarang online, jarang la. Penat dah nak jawab. Laptop atau wireless UDM yang ada problem saya pun tak tahu. Now tengah cari alternative lain untuk online. Selain tu, life getting busy. Yeap, busy busy and busy. Kalau online pun kejap-kejap je. YM pun tak sangat. Conclusion, saya tiada masa untuk menggedik di facebook & YM.
Kenapa mesti ada 2 3 pilihan dalam satu masa ? “sandarkan perasaan itu pada Ilahi” itu kata-katanya. Dia tahukah ? Soalan dia sungguh direct, tanpa filter pun. Alhamdulillah. Terima orang yang sayang kita, bukan kita je yang sayang orang tu. Yup, exactly.. teringat kata-kata seorang kakak usrah “istikharah 40 hari 40 malam” .. Jadi saya ? Teruskan beristikharah kah ? Sungguh berdebar hati ni..
“Rabbi Ad Khilni Mudkhala Sidqin Wa Akhrijni Mukhraja Sidqin Waj Alni Min Ladunka Sultana Nasira”
Busy with Client-Server Computing~ Web Application Server..~ Haih~
Mood Switching
Mood bertukar bila tiba-tiba dapat call dari ayah. *sigh*
Ayah : Bila balik cuti ?
Evi : Tak tahu lagi. 19 @ 20..
Ayah : Balik la awal sket
Evi : Cmane nk blik awl, exam habis 19.
Ayah : ok pas exam terus balik, paling lewat balik 20 k.
Evi : yela2..
Haih, ayah risau semacam je. Macam la saya ni tak nak balik rumah. Yela, dah dekat sebulan tak balik rumah. Ayah asyik nak suruh balik rumah je. Suka sangat la kalau saya ada kat rumah, ada depan mata dia, tau apa saya buat, pastu boleh jadi chef kat rumah, suka kalau anak-anak ada dengan dia, suka saya duk rumah menghabiskan duit diaorang. Tak sangka pula. Haha. Saya tak balik rumah bukan sebab saja tak nak balik, tapi banyak kerja. Yela, nak compare dengan dulu-dulu 2 minggu sekali balik. Mana boleh nak sama dengan dulu.. Ok sambung lagi bila ayah call kali kedua.
Ayah : Dengan sape sekarang ni ? Jangan dengan mana-mana lelaki.
Evi : ehh mana ada. Bila masa pulak ?
Ayah : Takpela kalau macam tu. Jangan dating2, couple serious sume. Kuar malam sume, tak elok gitu, tak baik. Jangan wat gitu k.
Evi : ehh mana ada. Tak kuar pun. Tak kuar dengan mana-mana laki pun. Kuar dengan roommate je. Tgkla blog dgn facebook, ada je on9 tiap2 mlm. Bila masa kuar. Kalu kuar pun g mkn jap2 je. (*sigh* ayah kawal sy je, kawal la kakak sy jugak)
Ayah : ok2. Ayah cya Evi. Asalkan jgn wat gtu.
Evi : dah memang x wat, nk wat cmana. Lagipun single. Nk kuar dgn sape plak.
Ayah : ni 1 hal lg. br ni ska sgt, pastu benci sgt dgn yg tu. tak baik buat orang gtu.
Evi : dh dia tu ada pmpuan len. Watpe nk suka lagi.
Ayah : dah biarla. Jgn hiraukan lg. Org perempuan jangan wat prangai, elok2 sikit. Lagi 1, jgn duk jual mahal sgt org tu org ni mcm2, biarla bersederhana. Perempuan, tak boleh nak riak-riak dengan org laki apa sume.
Evi : (sjak bila plak jual mahal ? heh sebab sy dump & reject laki ke ? habis dh xnk, xkn ckp nk.) bukan gtu, dh memang x suka nak wat cmana. Isk.
Bla bla bla… Masih di tapis.. Ni yang boleh share kat sini je.
Ok fine, sudah terganggu mood ini. Kira senang, habis study, kerja kat rumah, sambil jaga mak ayah. Takpela, ayah terlalu menjaga anak perempuan ini. Sabar-sabar.. Alhamdulillah, at least saya tahula ayah sayang saya sangat, tak nak apa-apa jadi kat saya.. Kalau tak, dah lama ayah biarkan tak kisah apa saya nk buat kan ? Mujurla saya ni jenis mendengar kata parents, jujur bagitahu semua dengan siapa saya berkawan, tak melawan cakap diaorang. Heh puji diri sendiri pulak. haha
Sekarang siapa nak jadi 4 orang saksi yang adil untuk saya, saksi sebagai apa saya buat tiap-tiap hari, keluar dengan siapa, malam keluar pergi mana. Malam-malam saya online kat bilik, facebook, blog, kalau keluar pun makan kat kopitiam dengan kawan perempuan, tu je. Fine ! Facebook pun boleh jadi saksi. haha
Cousins Talk
Firstly, laptop baru sihat. Tak kritikal pun, cuma demam sikit-sikit. Tak adala heart attack pun haha. Tiba-tiba pagi jumaat ‘windows corrupt’ . Mula-mula macam tak percaya je. Sebab selama 2 tahun lebih laptop tak pernah buat hal, tak pernah di format, tak pernah masuk virus. Jadi cuak sangat bila jadi macam ni. Terus call someone. Bila saya cerita apa prob, dia macam gelak-gelak. Saya pelik jugak. haha.. Mujurla tak termenangis. Tapi takdela sampai nak nangis pun kan. Alhamdulillah, petang tadi dah ok setelah di hantar ke Clinic berdekatan dlm UDM jugak. Thanks for gave ‘the best treatment’ for my laptop
Tengah hari semalam, saya menghabiskan masa sampai petang kat rumah aunty saya, che Ani kat Pasir Panjang. Actually dah seminggu saya, kak Shila & kak Jana plan nak jumpa & borak-borak. hoho Womens Talk. ahah.
Kak Shila & kak Jana ni 2 2 cousin sebelah ayah. 2 2 dah bersuami, saya je belum. kak Jana kata “Evi cepat-cepatla kawen” , “Takde calon lagi la kak Jana”.. Anyway, kak Jana baru je dapat baby nama Nik Aidan Harraz Bin Nik Khalid
Congrats ey..

Me, Kak Jana & Kak Shila
Kitaorang borak macam-macam. Ahah. Sampai rasa macam tak habis gosip lagi. haha. Yang saya paling suka tentang 2 orang cousin saya ni, 2 2 mummy orang, tapi 2 2 sangatla active main cafe world & farmville kat facebook. Dahla diaorang punya level lagi tinggi dari saya. ahah mummy modern. Borak-borak pun cakap pasal facebook, cafe world semua tu.
Anyway, thanks to all of you my cousins. Kalau nak saya kawen cepat-cepat, carila calon untuk saya. haha
It’s time for study, so turn of your wireless please









