Posts Tagged ‘Song’

Tiada Lagi Ulang Tahun

Monolog hati beberapa hari lepas : “Ehh 3 Sept ? Macam pernah ada something je pada date ni. Apa benda ehh ? Ler.. huhu”

Kesinambungan entry 3Sept2009; Kalau rajin, pergi belek blogspot aku sekarang ! haha

Well, Tiada Lagi Ulang tayang sebenarnya. Tapi apa ada pada 3Sept sebenarnya ? recall balik. Ok old story. Yang mana kita tak tahu ianya akan berulang lagi atau tak.

Sorry. Entry kali ni maybe membuatkan sesetengah pihak terasa; lagi-lagi orang yang sayang saya. But I have to. Babe, percayalah, saya tak bermaksud apa-apa. Saya dengan awak, saya dengan awak. Saya dengan dia, saya dengan dia. Saya dengan mereka, saya dengan mereka.

Baiklah, saya bukan sengaja-sengaja gatal-gatal nak ingat balik kisah lalu. Bukan bukan. Ada something saya nak cakap kat bawah-bawah nanti. Kita layan dulu lagu ni.

Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

[[ala, cantikla guitar dalam VC ni ! haha ! (sempat lagi)]]

Kalau tahun lepas, saya suka lagu ni, suka liriknya, very meaningful. Tapi tidak lagi selepas itu. Tidak juga sekarang. Ye, saya tahu dia sudah terbang pulang untuk sementara waktu. Saya tahu itu. Hanya itu kot yang saya tahu ? ~~~

Baiklah, benar ini urusan hidup saya. Tak siapa yang tahu apa yang terjadi sejak akhir-akhir ni, yang tahu hanyalah sahabat terdekat, yang betul-betul rapat dengan saya. Mereka tempat saya meluahkan, tempat saya bertanya pendapat. Korang yang tak berkenaan lagi lah tak perlu tahu. Sebab saya pun tak ganggu hidup korang.

Apa yang saya nak sampaikan kat sini : korang yang tak berkenaan tak perlu mengatur urusan hidup saya. Tak perlu nak bercakap-cakap, tak perlu nak ambil peduli tentang ini. Tak perlu. Kembalikah dia, tidakkah dia, apa jua sekalipun, biar saya yang menguruskannya. Biar saya sendiri yang settle hal ini. Tak payah nak excited, ini bukan kisah cinta snow white, bukan kisah cinta cinderella. Bukan bukan, tapi ini hanya kisah evilolyta.com..

Antara saya dengan dia; Biar kami yang settle sendiri. Tunggu masanya, pasti akan tiba. Jika tak tiba juga, itu takdir Allah. Saya tak nak comment apa-apa di sini. Tidak. Tiada. Nothing.

Memang saya tak expect, tak hope apa-apa pun. Tapi, semuanya berlaku tanpa di sangka. Atau ada yang dah sangka ? saya tahu apa saya buat, saya tahu itu. Saya tak sebodoh itu.

**Tiada lagi Historia De Un Amor, tiada lagi Besame Muchooo…**

Saya tak menanti kepulangan sesiapa. Saya tak mengharapkan apa-apa. Tapi jika benar dia kembali untuk saya, itu takdir Allah. Saya, dia, kamu, mereka; kita semua tak dapat nak lawan ketentuanNya. Saya tak mampu. Sekian.

Tak nak fikir pape. Nak raya dah. Hooray~ saya dengan life saya. I’m strong enough. Saya ignore gitu je dengan mana-mana gangguan. Jadi, tak payah susah-susah ganggu saya, sebab tak menjadi juga. Keh keh keh~

Connection hati; 3Sept~ Selamat Ulang Tahun Sayanggg~…

Filed under heart

I Found : Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Please people. Please open your eyes. Buat apa nak teruskan sesuatu perhubungan jika perhubungan tu memang penuh dengan dusta, jika perhubungan tu penuh pura-pura, jika asyik makan hati je setiap masa. Untuk apa nak teruskan kan ?

Kadang-kadang, setegar mana pun kita mempertahankan sesuatu perhubungan tu, jika memang ianya bukan untuk kita, takdir telah menentukan kita tak akan bersama dia, maka sia-sia je kita buang masa fikir pasal dia, buang duit je banyak contact dia.

Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Again, I talked based on my experiences. Yup, I got a lot of experience. Memangla, bila kita sayang orang tu, kita jadi sayang gila kat orang tu. Of course lah kita akan sangatlah hurt bila dia lukakan hati kita. Lagi terluka, pedih, perit bila dia berlalu tinggalkan kita macam tu je.

Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh. Cinta tu boleh buat orang berkorban segala-galanya. Cinta boleh buat seorang hamba Allah lupa pada penciptaNya, cinta boleh buat manusia hilang akal hilang arah tujuan. Ini semua berlaku bila seseorang itu letakkan seluruh hati perasaannya pada sesama manusia, bila manusia lupa bahawa perasaan yang terindah itu datang dari PenciptaNya sendiri.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam

Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Setiap masalah ada penyelesaiannya. For me, perpisahan juga merupakan salah satu jalan penyelesaian. Bukan untuk meleraikan ikatan silaturrahim sesama manusia, tapi sebagai penyelesaian masalah di antara dua pihak, demi kebahagiaan dan ketenangan kedua-dua pihak.

Cakap la banyak mana pun, bincang banyak mana pun, kalau memang dah takde persefahaman, maka tiadalah. Tak guna menegakkan benang yang basah. Juga ibarat seperti mencantumkan serpihan-serpihan kaca yang pecah. Bukankah masih ada kesan-kesan retakan itu ?

About me : lebih senang dengan life macam ni. Sebab saya dah temui kebahagiaan dalam perpisahan itu sejak 8 bulan yang lalu. Walaupun tiada sepatah kata, tiada hitam putih mengatakan yang membawa maksud “putus. Tiada apa-apa lagi”. Hanya tergantung begitu je. Boleh jadi 1001 anggapan, tafsiran tentang ni. Tapi, hanya Allah yang tahu pada hati pihak tersebut. Saya tak tahu, malah saya makin tak faham dengan apa yang terjadi sekarang. Perlukah ?

Filed under MyLife

Suratan atau Kebetulan

More than three days saya tak update blog. Dalam mood sekarang ni pun, saya tak ikhlas pun nak update ni. jadi, tak baca pun takpe. Sebab penulisan yang tak ikhlas memang selamanya tak akan ok pun. But, I have to update it.

Biasala manusia. Makin di larang jangan buat, makin dia buat. Jadi, makin saya cakap jangan baca, lagilah korang makin nak baca kan.

Suratan atau Kebetulan ? Bagi saya masa untuk berfikir sekejap. Bagi saya ruang untuk diri saya sendiri. Bagi saya peluang untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni sekejap. Saya terduduk terdiam terfikir. Semua yang jadi ni; ianya suratan atau kebetulan ?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita

Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan

Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

saya dah tak boleh nak teruskan luahan hati ni. biarkan saya pendam macam ni je. Tak boleh nak teruskan. Dah hilang semua kata-kata. !@#$%^&* ~

& saya tak berniat nak menghukum, nak menyeksa perasaan sesiapa. Tapi saya juga tak boleh nak teruskan dengan keadaan macam ni. tak boleh.

==========================================

5-8 August, saya sepatutnya join abg Ji punya program motivasi di Kota Bharu. Kita semua daie & kita perlu meneruskan perjuangan mendidik generasi muda. Tapi seriously saya rasa saya tak layak. Dengan apa yang berlaku baru-baru ni lagi, lagi saya rasa saya langsung tak layak nak pikul tanggungjawab ni. saya rasa !@#$%^&* worst sangat. Tapi saya perlu. Cuma saya dah hilang keyakinan pada diri saya. Macam mana saya nak jawab, nak cakap pada adik-adik supaya jangan buat itu, jangan buat ini sedangkan saya buat lebih dari itu lagi. Saya tak layak. Masih ada beberapa adik-adik di bawah didikan saya yang masih contact saya, minta nasihat, pendapat. Masih berada di bawah tanggungjawab saya, amanah yang abang Ji beri untuk saya. Tapi saya masih rasa saya langsung tak layak. Tak siapa yang tahu.

Naqibah usrah saya cadangkan supaya saya ambil adik-adik usrah lain di bawah saya. Saya tak mampu. Bukan saya mengalah sebelum saya buat. Bukan saya dah kata saya tak boleh sebelum saya try. Tapi saya tahu kemampuan diri saya, saya tahu apa yang saya buat yang mana orang lain tak tahu, yang mana hanya Allah yang tahu. Saya tak nak jadi hipokrit. Saya nak jadi diri saya sendiri. Macam saya kata di atas tadi, saya cakap kat orang lain jangan buat, tapi saya buat sebaliknya dengan lebih lagi. Saya tak nak macam tu.

Iman sering berperang dengan nafsu. Iman kata jangan buat perkara haram, nafsu kata buatla perkara haram. Iman kata perbanyakkan pahala, nafsu kata perbanyakkanlah dosa. Dua benda yang selalu berperang dalam diri saya, dalam hati saya, dalam jiwa saya. Saya tak tahula pada orang lain. bila saya buat sesuatu yang saya rasa itu memang dosa, cepat-cepat saya tersedar & saya rasa bersalah pada diri saya, iman saya, pada pencipta saya. Sebab tu saya perlukan ruang untuk diri saya muhasabah diri saya balik. Sekalipun kita terpaksa meninggalkan sesuatu yang kita sayang, yang kita kasih, cinta.

Saya punya tarbiyah lain, awak punya tarbiyah lain, mereka punya tarbiyah pun lain. Semua lain-lain. tapi semua berada di bawah ad-din yang sama.

Saya tahu saya tak layak nak bercakap pasal ni. Cuma saya nak luahkan apa yang saya rasa. Apa yang terjadi, memberi 1001 pengajaran pada kita. Kita sendiri yang menentukan jalan mana yang kita perlu pilih. Nak terus berada dalam kemungkaran; atau balik kepada fitrah insani. saya takut saya jatuh lagi. Saya takut kalau saya ulangi kesilapan lalu lagi. Saya takut.

Filed under Uncategorized

Dah Puas Dah ?

dah puas ke ? Dah puas sakitkan hati orang ? Dah puas tunjuk ego ? Dah puas rasa hebat ? dah puas marah-marah ? yelah. silakanlah…

“nak bagi lagu ni, nak bluetooth lagu ni, cepatlah on bluetooth”

“tak payah. tak nak. send gambar dah la. tak payah lagu tu”

“biar nak jugak ! nak jugak bagi lagu”

“tak payah orang kata”

sekali.. tadaaaaa~~~ Wali Band- Puaskah kat handset tu. “ler dah ada. geram aku” haha..

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku

Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

ok, saya puas. 16April~16July. ler genap 3 months rupanya. haha. ok saya puas dengan apa yang saya buat. I mean, last night lah. saya puas. tak tahu nak cakap macam mana. Tapi begitulah. Maybe sebab saya dapat capai apa yang saya nak buat. phew~

I’m here without you baby
But you’re still on my lonely mind
I think about you baby
And I dream about you all the time

I’m here without you baby
But you’re still with me in my dreams
And tonight it’s only you and me, yeah ;)

Filed under Song

Bila Cinta…

Bila Cinta… ? Bila Cinta apa ? Bila Cinta akan hadirkah ? Bila Cinta itu tak lagi untukku kah ? Bila Cinta itu sudah tiada lagi kah ? Bila Cinta … ?

Tiada bila-bila apa… main-main je lah. ok, This song~ titled Bila Cinta. Huda yang suggest suruh dengar. Bila dengar, ok lah best. Macam meaningful jugala lyric ni. Tapi meaningless untuk I. Tiada. Tak berkaitan.. Movie ni pun I tak tengok pun. Credit to Huda~…

Bila Cinta by Gio – OST Lagenda Budak Setan~

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu

Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Hye 6 July 2010 ! Two days left~ Two days ok; two days. Hanya dua hari lagi berada di rumah. Tak sampai 48 jam lagi saya akan meninggalkan rumah ini. ceyceycey macam nak pergi mana je. Bukanlah mana pun, balik ke second hometown lah, Kuala Terengganu.

Yeap, plan changed. Asalnya KB-KL-KB-KT, Tapi sekarang dah jadi KB-KT-KL-KT. Tukar sikit je, memandangkan tak nak ponteng kelas lama sangat & I’ve got a lot of works to do in campus. Macam banyak lah. Fly back to KT on Monday. Pergi KT Khamis ni hanya untuk hantar barang, hantar my car, apa lagi ? & apa-apa yang I boleh buatlah kat sana. Then, KL, wait for me yay ! friends, wait for me yay ! haha

Baru ni mengada sangat tak sabar nak balik campus, nak balik KT. Now ? Rasa macam sayu pula nak tinggalkan beloved bedroom. haha. Takpela, perjuangan mesti di teruskan.

err tak tahula bila lagi akan update blog. Banyak sangat barang yang nak kena pack. I need to divide into two sides; untuk KL & untuk KT. phew~ Resume lagi untuk industrial training. lagi lagi lagi ? tunggulah, tak boleh nak cakap banyak. Ini express punya update~ see you bloggers ! .x.Love.x.~

Filed under Song

Sandaran Cinta

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia.

Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka.

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dalam Iman walau hari-hari dipenuhi dengan dugaan.

Berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…

Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi… Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani…

Sandaran Cinta by Saff One

Percaya atau tidak. About 7 months dah kot I tak dengar this song. But why suddenly felt like wanna hear this song ? Ermm.. sedih je bila dengar lagu ni. I have my own reason ler..

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya…ooo…

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Just hope that this song bagi manfaat la kat I. Fikir balik, renung balik. Selama ni kita sandarkan cinta pada siapa ? pada manusia semata-mata, pada hamba Allah atau pada pencipta kita ? I tahu I banyak lalai selama ni, leka dengan keindahan dunia semata-mata. Biasala manusia. Kalau kita ni perfect, kita tak jadi manusia, tak jadi hamba Allah ler pula kan.

Sekadar perkongsian. Bukan untuk I je, tapi juga untuk readers. Kita memang selalu buat silap salah. Muhasabah diri, perbetulkan balik kesalahan tu. Juga untuk myself. Jangan biarkan diri kita kecewa dengan benda-benda yang tak sepatutnya.

**Jika kita terpaksa lepaskan ia pergi, maka lepaskanlah jika itu yang akan membahagiakan kita & juga dia..

Filed under Song

Kasih.. Dengarlah Hatiku Berkata

Today I macam takde kerja nak buat. Di tambah lagi sakit perut sikit-sikit & menambah-nambah lagi perangai mengada-ngada bila sakit sikit, jadi macam tak nak buat pape & tak nak makan sangat pun.

Jadi hanya terlantar terbaring begitu saja. Malas nak mengadap laptop di awal pagi sebegitu. bila dah takde apa nak buat, baru rasa nak explore handphone. Ohh handphone celcom dah sebulan tak delete any SMS. Handphone maxis pula memang tak delete SMS dalam inbox sejak 16 April yang lalu. Jangan Tanya kenapa, sebab I rasa macam nak simpan all those SMS since last April. Phew meaningful.

Well, memory card dalam handphone celcom ni bukan memory card I la. Memory card siapa tak payah Tanya la. Sebab hari tu dia ikut suka dia main tukar memory card bagi yang dia punya 2gb, nak compare dengan memory card aku yang hanya 512mb. Haha. Banyak beza tu.

Bila membelek-belek memory card orang, banyak ler kan gambar dia & songs yang dia punya taste. Ok, sekali terjumpa lagu ni titled Kasih. Then terus Tanya dia, siapa yang nyanyi lagu ni ? ingat dia jawab main-main, rupa-rupanya betul ler Hetty Koes Endang.

First dengar, macam I pernah dengar je. Then dengar lagi, memang sah pernah dengar. Lepas tu layan je lirik. Ehh I suka sangat la. Romantic nye. Kenapa la tak pernah ada yang dedicate this song to me ? haha lepas tu I hantar je some of lyric yang I suka ni kat tuan punya memory card ni. haha

Macam takpela tiada siapa nak dedicate pun. Biar I dedicate to myself. Takpela.

Kasih by Hetty Koes Endang

Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

Bila best je tengah layan tu, suddenly dia nak berperang dengan aku. Sebab hal kecil je. Ehh tadi elok je. Biasala, orang garang kan. Aku pun jenis lawan balik juga. Masa tu dah start dah kasar-kasar keluar bengong la, gila la. Haha. Aku macam, eh lantak la kan. Aku pun relax je.

Dalam sejam lepas tu kot, phew~ suddenly dia send lyric yang aku suka tu kat aku balik. Ok that time aku dah cool balik dah. Cepat je cair. Haha. Bukan senang nak pujuk aku, tapi kalau kena pada cara, senang je. Haha. Jangan tahu kat mana kelemahan aku bila di pujuk sudah. Tapi selama aku kenal sesiapa, macam tak siapa tahu pun cara macam mana yang kena dengan aku. Aku takkan bagitahu pun. Biar mereka sendiri yang faham.

Ok fine. Sebab lagu lama kan, ala-ala keroncong sikit. Tapi aku rasa~ ermmm yangg nyanyi lagi best. Eh semua dia nyanyi best la bagi aku. Hahaha.

Sudah. Layan sekejap. Pastu tidur. zzzZZZZzzzz. Nyte people~

Filed under Song

I’m Sorry Goodbye

Aku sangat sejukkk sekarang. Menggigil-gigil. Bukan sejuk sebab air-cond, bukan sejuk sebab hujan lebat. Bukan bukan. Tapi sejuk sebab sekarang kat Cameron Highlands. Iye, aku tak balik rumah lagi. Balik esok insyaAllah.

Nanti aku update blog aku pergi mana tiga empat hari ni. Actually aku pergi tempat lain, tapi singgah je kat Cameron ni. ok kat sini aku sempat update sekejap sebab aku stay sorang je kat hotel room ni. Diaorang keluar jalan-jalan kat luar. Aku tak tahan sejukkk. Aku dah terbungkus diri dalam blanket ni dah. ahah. ++ mood aku tak ok sikit tadi.

Well, song titled I’m Sorry Goodbye by Kris Dayanti ni agak lama dah kot lagu ni. Tapi boleh pula aku tak tahu. Aku baru tahu tadi. Serious, aku baru tahu tadi. Masa dalam kereta on the way tadi, mummy daddy layan lagu ni. CD mummy punya kot ? Aku macam, ehhh ? Bila ada lagu ni. heh lambat pula aku kali ni. haha.

Ulang-ulang banyak kali lagu ni. Mummy pun explain la lagu ni pasal bla bla bla~ Mummy siap cakap, “boleh la tuju kat ex-bf dulu yang jauh tu” ~ phew~ haha. Memang pun. Sesuai sangat dengan lirik ni. Ehh aku ok je, relax je. Macam tiada terkesan pun dengan lagu ni.

Ok, aku nak berkomunikasi dengan dia sekejap di blog ni. (sebab aku tahu dia baca blog aku). ok yang lain jangan fikir bukan-bukan. Ni aku communicate di blog ini, yang korang pun boleh baca apa yang aku nak sampaikan. Kira boleh aku panggil dia Ustaz F, “ok sila faham lirik yang aku nak sampaikan kat ko. Memang sesuai ah”. Memang aku dah lama ber “aku ko” dengan dia sejak aku mula gaduh dengan dia dulu.

sebelum bertemu denganmu hidupku bahagia
semenjak bertemu denganmu ku makin bahagia
semakin lama aku semakin tahu tentang engkau
sedikit kecewa ternyata engkau tak baik

pertama-tama semua manis yg engkau berikan
membuat aku merasakan cinta sebenarnya
semakin hari semakin terungkap yg sesungguhnya
ku makin kecewa ternyata kau penuh dusta

maafkan ku harus pergi
ku tak suka dengan ini
aku tak bodoh
seperti kekasihmu yg lain

terima kasih oh Tuhan
tunjukkan siapa dia

maaf kita putus
so thank you so much
I’m sorry, goodbye

seribu cara kau membuaiku dengan puitis
maybe kau lupa bahwa aku pun juga manusia
yg punya mata, punya hati, dan perasaan
maaf aku pergi dan takkan untukmu lagi

Ehh, kisah ni tak habis lagi ? Bukan tak habis lagi. Cuma sebab aku baru jumpa lagu baru yang sesuai untuk aku tujukan pada makhluk ini. Not necessary aku ingat dia la. Macam aku cakap la, tipu la kalau dah boleh lupa terus. Dan aku tahu dia pun sama, still ingat aku. Walaupun aku ada yang lain sekalipun, memang tak boleh nak tipu diri teringat hal lama. Cuma aku ingat ni, tiada perasaan la kan.

Benar, sebelum aku kenal dia aku bahagia je. Pastu bila kenal, makin bahagia la kejap kan. Rasa je indahnya perasaan tu. Tapi bila betul-betul kenal, dah tahu perangai, macam kecewa la kan, sebab selama ni tunjuk je baik. Tapi hakikatnya, hampeh. Pura-pura. Ok, aku memang nak pergi jauh dari dirinya.. Berkali-kali nak jauh. Sorry la ey, aku tak bodoh macam betina lain yang pernah kau mainkan. Mereka percaya bulat-bulat pada ko, tapi aku memang prejudis pun. Ohh tuhan, Thank you Allah sebab tunjukkan aku siapa dia sebenarnya. Banyak je Allah bagi petunjuk kat aku. Sujud syukur kepadaNya. Banyak Allah tolong aku. Yeap, all those sweet words, janji-janji yang gila punya manis kan. Ok, dia lupa yang aku juga manusia biasa, seorang perempuan yang punyai hati, perasaan. Dia lupa, that’s why dia buat macam orang lain tiada perasaan.

Phew~ macam song translator pula. Ehh sudahla. Mari kita rest & relax. Kita lupakan kenangan lalu. Kita Bina hidup baru. haha gedix je ayat ni kan..~


Filed under Song

Penantian di Bulan June

Welcome June. Nearly half way of 2010 dah. Rasa macam baru je January. & I’m going 22 soon ! hehe. Getting older right ?

Yesterday, aku flu lagi. Last month on 4th May pun aku flu for a week. 1st June aku flu pula. Haih~ weather memang panas, tapi Alhamdulillah aku tak demam. Aku larat je ke mana-mana. Berselera je makan walaupun masa flu ni macam tak rasa sangat flavor foods tu. Ya Allah, get well soon Evi. Weekend ni long journey~

1st June should ada entry baru. Tapi aku out of ideas & that entry tergantung macam tu je. Sebab entry tu entry dari hati ke hati. Jadi aku kena feeling habis untuk menulis. Tapi aku macam tak boleh nak focus untuk teruskan that entry. Kalau entry berupa dear diaries ni, tak kisah. Tengah tak betul pun boleh write down apa-apa pun.

Last night tengok tv9 sekejap. I mean, late night. Macam biasala, late night before sleep, mesti aku tengok tv kejap & terus tidur. Dah rutin harian macam tu. Then ada Elyana dengan siapa entah duet lagu Penantian by Harmoni. Lagu ni dah lama, aku dah pernah dengar dulu-dulu. Cuma kali ni lain sikit sebab duet & seriously voice that guy sangat best. Aku sukeeeee…. Feeling habis walaupun tiada kaitan dengan diri aku buat masa ni. But maybe ada certain lyrics tu yang meaningful habis.

Penantian by Harmoni

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka

Yang meniti hidupku

I’m sick of people yang tak faham bahasa. Berkali-kali aku explain, aku kata aku tak nak involve with those things anymore, aku takde feelings pun kat dia, aku takde pape dengan dia. Even aku tak layan pun. Tapi aku tak layan pun, ianya makin menjadi-jadi. Aku tak angkat calls, tak reply SMS. Boleh pula dia kata kat aku : “awak tipu diri sendiri, saya tahu awak ada perasaan kat saya, saya tahu awak sayang saya. tolong jangan tipu diri sendiri. saya tahu awak rasa perasaan yang sama dengan saya rasa” .. ya Allah, aku tak tahu nak explain macam mana lagi. Kalau aku kata aku ada orang lain sekalipun, dia still tak percaya. Dia bajet aku memang berperasaan pada dia. Seriously aku tak pernah ada sikit pun rasa lebih dari kawan. Maybe dia yang salah anggap dengan layanan aku. Even selama ni pun, jarang je SMS, contact. Tapi kenapa dia begitu berperasaan ?

Aku rasa aku suka life macam ni, I mean my single life. Sebab aku penat, malas nak kena jaga hati orang tu orang ni. Buat hal sendiri lagi bagus. If one day I need to push it away, I’ll push it. Jangan try untuk tambah problem pada diri sendiri & orang lain. Sunyi ke, sepi ke, Allah tetap bersama kita. Innalla hama ana~

Kita sering di beri pilihan. Sometimes, aku takut untuk buat pilihan & keputusan. Aku takut tersalah pilih, tersalah buat keputusan. Kalau ada yang lebih baik, lebih terbaik, kenapa kita pilih yang kurang baik ? one day, aku harap orang yang aku pilih tu lebih appreciate aku. Sebab aku pilih dia, di antara banyak pilihan, aku pilih dia. Jadi jangan sia-siakan aku yang pilih dia sedangkan dalam pilihan yang banyak itu, dia yang terpilih. Faham bukan ?

See you for the next few days. Tak tahu bila akan update blog lagi. depends on my mood~

Filed under heart

To Tell You Through Songs

Blog aku.. Blog yang tiada privacy. Semua orang boleh baca. Dan aku perlu lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata aku dalam blog ni.

Entry ini tiada bermaksud apa-apa. Tapi mungkin memberi maksud pada yang memahami. Aku tak minta, tak paksa untuk faham. Tapi kalau nak faham, fahamla. Relationship Needs Understanding.

Baru-baru ni aku terjumpa CD Broery Marantika yang entah zaman bila entah. Owh masa tu terjumpa dalam mummy’s car. So layan sajala kan. Dan aku rasa aku suka & tertarik dengan satu lagu yang lama ni.

Aku pun tak tahu kenapa aku suka lirik ni. Maybe ada kaitan, maybe tiada. Biasala, aku kan suka luahkan through songs, aku suka dedicate songs kat orang. Dan yang ni ?

Mimpi Sedih by Broery Marantika..

di malam sepi aku bermimpi
mimpi yang sedih sekali…

kau akan pergi tinggalkan diriku
aku menangis tersedu…

diriku tak pernah lepas dari penderitaan…
impian kini terjadi

kau pergi setelah aku serahkan kasih suci
itulah nasib diriku

angin meniup
membisikkan kata yang sangat menusuk hati…

angin meniup membelai rambutku
yang terurai, tak berseri lagi..

Jangan Ada Dusta Diantara Kita By Broery Marantika & Dewi Yull

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan
Sebelum terlanjur kita jauh Melangkah Kau katakan saja..

Hati Yang Terluka by Broery Marantika

Kan Kucari Jalan Yang Sunyi
Untuk Menghindar Diri Darimu
Kuberjanji Di Dalam Hati
Takkan Lagi ku Menjumpaimu

Di Tengahnya Kabut Bermandi Embun Pagi
Dingin Membuat Hatiku Membeku

Kau Yang Telah Membuat Luka Di Hatiku
Kau Yang Telah Membuat Janji-janji Palsu
Kau Yang Selama ini aku SaYangi
Kau Merubah Cintaku Jadi Benci

Err ada songs lain lagi. Later k. Suddenly jadi syahdu je. phew~ Bila la nak betul-betul berdamai ni. Dah penat nak faham. Sampai terlebih faham tak terfaham-faham pula~phew~

Filed under Song