Posts Tagged ‘sharing’

Dalam Dilema

Industrial Training; aku dalam dilemma

Which place ? Which company ? yang tu, yang ni, entah…

First of all, Alhamdulillah aku dah dapat yang kat Kota Bharu, dekat je dengan rumah aku dalam 1.5km je. Orang tu pun dah call dua kali dalam masa seminggu minta aku confirm terima ke tak. Kalau ikut parents aku, memang diaorang harap sangat supaya aku stay kat Kota Bharu, kat rumah dengan diaorang, dekat dengan diaorang.

Alasan mereka;

duduk rumah parents, senang. Lebih selamat, dekat dengan mom & dad.

Ayah aku tambah lagi (sebab nak pancing aku); nanti minyak kereta pun free, ayah bagi.

Tempat tinggal free dah, tak payah sewa rumah, makan free dah.

Tu cara dia nak pujuk aku. Mom pula kata, nanti kalau aku duk jauh, susah la nak balik, jarang boleh balik, balik kejap-kejap. Nanti stay kat rumah sewa macam mana lagi, kurang itu kurang ini. Chupppp ini mom yang sangat risau, aku tak kisah pun dengan kekurangan yang ada.

Aku ? biasa je. sebab duk campus pun sendiri-sendiri juga. Aku bukan jenis yang call mom & dad, pastu minta diaorang bank-in money for me ke, apa ke. Bukan bukan, aku jenis tak menyusahkan mom & dad macam tu. Kalau susah pun, susah kat sini la. That’s why duk sini aku kena pandai-pandai bajet, jimat. Kadang-kadang, mom pula yang risau, Tanya aku cukup duit ke tak. Sebab dia pelik aku langsung tak minta duit bila aku kat campus. Macam bagus anak bongsu perempuan dia ni. Ini aku cakap pasal life aku kat campus. Kat rumah, perangai mengada-ngada aku lain cerita.

Bila kat rumah; aku jadi macam malas nak buat pape, totally mengharapkan mom & dad & sesiapa yang ada kat rumah. Aku jadi tak berdikari lah kiranya. pastu kalau kat rumah, aku rasa macam aku asyik menyusahkan mom & dad, banyak menghabiskan duit diaorang. Sebab macam senang nak dapat kan. Aku sedar tu. Tapi entah, sebab duk rumah kan. Memang jadi mengada-ngada. Tak boleh nak kawal. Haha. Lagi-lagi bila orang kat rumah layan je, lagi manjakan aku. Aku lagi la best. phew~

But for me, aku rasa nak stay kat Kuala Terengganu je. tak jauh mana kan dari rumah. Pape hal, senang nak balik. Aku pun banyak relatives kat sini. Relatives aku ramai kat Kelantan, Terengganu & KL. Jadi, antara 3 tempat ni jelah aku boleh nak stay. But not KL, mummy tak bagi. Tanya dia kenapa. Phew~ KT, why KT ? jangan Tanya aku kenapa, jangan suka-suka hati judge kenapa aku pilih KT. Alhamdulillah mummy benarkan aku stay in KT & memahami aku. Memanglah, buatnya sekat aku lebih-lebih, kalau aku memberontak macam mana ? aku ada sebab tersendiri kenapa aku nak stay in KT. Antaranya;

Aku nak belajar berdikari, nak rasa susah senang hidup sendiri

Aku tak nak menyusahkan & terlalu bergantung pada parents

Perancangan masa depan aku

& atas sebab-sebab lain yang tak dapat aku nyatakan kat sini. It’s all about my personal life. one day, we will get married also right ? ehem. My privacy. Hanya Allah yang tahu.. aku tak nak cakap pape. But, when you met the right person, it’s time for you to get serious right ? he/she might not be perfect, but he/she might be the right for you. Kira macam kena dengan taste kita juga lah, ada ciri-ciri yang kita nak walaupun tak semua yang kita nak kita dapat.

My eldest sis pun suruh aku stay kat rumah. Bila aku kata yang aku nak berdikari, she replied; “itu bukan cara nak berdikari. Banyak lagi cara lain..” .. aku tahu diaorang tak pernah nak anggap aku seorang yang dah dewasa walaupun umur aku dah 20++. Diaorang masih ingat aku ni budak kecil yang manja kot ? come on, I’m a big girl enough kakak !

Ok, memang dulu aku pun beria, bersetuju nak kat rumah je. but suddenly, last few weeks kot, my mind had changed. Macam aku katala, aku ada sebab tersendiri. When I told mom that, “my lecturer cakap kalau boleh pergi la kat private company, maybe boleh absorb you terus, senang dapat kerja..” my mom said : “it’s not a big deal” ok, maybe sebab mom nak aku sambung masters lagi. Dah penat study mom ! grrrrr haha

Ya Allah, tunjukkan kepadaku jalan mana yang harus ku pilih, apa yang terbaik untukku. Sama ada ikut cakap parents atau ikut hati aku sendiri untuk masa depan aku. Leraikanlah keresahan ini ya Allah..

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah : 216

Filed under Uncategorized

Terima ke Tak

Terima ke Tak;

Hye. Blog bukanlah suatu tempat yang terbaik untuk share story yang entah pape, yang macam aku nak cakap lepas ni lah. Tapi dalam mood sekarang ni, (mood sakit perut), suddenly tangan aku ni pantas menaip setiap bait-bait kata yang entah pape. Ok, proceed please. Tiada muqaddimah yang panjang lagi.

Ini bukan summary, tapi ini climax of the story. Moral of the story pun boleh lah. Pape je yang korang rasa boleh letak. Sekali lagi; not necessary tuju pada sesiapa, tapi hanya untuk pengajaran buat diri ini & juga anda semua. Sebab aku tahu aku pun bukanlah seorang yang layak untuk bercakap benda yang baik gila sampai nak menghukum orang sekalipun sebegini lagi-lagi orang-orang yang agak dekat-dekat dengan aku, walaupun orang itu terus !@#$%^&* aku. Huhu

Oklah, sebab aku tahu aku ni siapa, aku tahu diri aku ni macam mana, aku tahu aku manusia yang selalu buat silap, jadi; sekalipun sesiapa buat silap, aku macam, “ok fine” . aku tak menghina mereka yang buat silap, sebab kemungkinan besar aku pun akan buat benda sebegitu juga nanti. Who knows kan ?

Kalau aku boleh terima sesiapa saja buat silap, lagi-lagi kalau aku boleh terima orang yang rapat dengan aku buat silap sekalipun, kenapa tidak pihak sana ? aku bukan nak list kan pun kelemahan serta keburukan orang, Cuma aku nak buat comparison, aku nak nyatakan apa yang aku fikir, apa yang ada dalam pemikiran aku ni. logic thinking lah kiranya. – ok tiada kaitan dengan logic thinking.

Sekalipun aku tahu dia pernah buat silap besar, benar aku tahu, bukan aku menuduh, malah dari pengakuannya sendiri, bukan setakat tu; sampaikan aku punyala tak percaya dengan semua ni; sampaikan lama juga la baru aku percaya.

Aku tak pernah rasa kat hati aku ni, kat pemikiran aku ni, tak pernah pun aku rasa jijik ke, geli ke, tak nak mendekati lagi ke orang itu sekalipun pengakuan yang dia pernah buat silap dia pernah berzina. Harap maaf ye, di sini aku beri perumpaan. Aku masih menyimpan rahsia yang tak aku cerita pada sesiapa, aku masih jaga aib orang. (walaupun aku tahu dia pun takde simpan sangat rahsia aku). Aku masih anggap biasa, aku tak ungkit, aku tak fikir pun. Sebab aku tahu, aku juga manusia biasa, walaupun tak pernah buat benda gitu (nauzubuillahi min zalik), kita manusia tak berhak nak hukum sesiapa.

Aku tak nak bagi banyak contoh sebab banyak benda lain lagi aku nak buat. Ni aku just bagi satu contoh yang senang bagi semua orang faham. Cukup hanya contoh di atas.

It’s ok sekalipun orang pandang tinggi pada orang tu, it’s ok orang lain pandang rendah sekalipun pada orang yang lain pula. Setakat pandangan masyarakat, bukan boleh bawa bersama amalan ke kubur pun, so just watch out. Yang kat atas sana punya pandangan lagi berguna, lagi mantap, lagi hebat.

Selagi aku boleh berfikir, selagi jasad masih bernyawa, selagi itu aku boleh menerima orang-orang di sekeliling aku, sekalipun dia buat silap besar, selagi dia tidak mengkhianati aku. But once they betrayed me, I’m sorry goodbye.

Terlalu ramai orang yang boleh jadi hipokrit di sekeliling ni. Terlalu ramai yang boleh buat talam dua muka. Kalau kat depan-depan, boleh senyum-senyum, tegur-tegur, buat muka cam sweet je, tapi kalau kat belakang hampeh. Biasala, sebab bila perlukan pertolongan, bila nak ambil kesempatan, mula la buat baik. Gitu je sebenarnya. Bukan nak ungkit, tapi rasa macam seolah-olah tak di hargai, tak pernah bagi pertolongan. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Memanglah, kalau hal orang lain, dia la nombor satu yang kutuk, yang nampak kesalahan orang lain. – Thanks to the informer.

Tak Suka Lagi Cari;

Pelikkan manusia ni. Lagi tak suka lagi cari, lagi nak tahu. Walaupun kita tak ambil kisah pasal diaorang, tak cakap dengan diaorang, tapi diaorang ambil kisah pasal kita. Bagi aku lah kan, dan juga bagi bloggers lain juga, prinsip kami, kalau tak suka sesuatu blog tu, tak payah baca. Tak payah membazir masa untuk baca, susah-susah nak baca. Macam aku, aku pun takde masa nak ambil tahu pasal orang yang aku tak suka. Macam lantak lah kan nak buat apa. Bukan berkaitan dengan aku pun. Sekalipun aku tulis apa kat blog ni, setakat kat blog ni lah. Bukan aku pergi cakap depan korang, bukan aku pergi merendahkan orang lain. Sekali lagi aku kata, tak suka tak payah tengok, tak payah baca. Aku heran pada orang yang ada masalah hati ni. Kesian juga. Sebab takde pasal kan. Tapi biasalah, macam satu blog yang aku suka baca nih. Blog dia ni glamour. Dia tak buat pape pun, dia just update pasal dia. Tapi still ada yang tak suka. Jadi tak pelik pun. Sebab manusia yang busuk hati, yang ada bermasalah jiwa raga je akan bertindak sebegitu. Aku tak paksa, tak minta tetamu yang tak di undang ni baca blog aku. Tapi kalau setakat nak masuk, baca, bagus juga sebab boleh tambah income nuff aku. weeeee~~~ Patutlah bertambah-tambah.

Juga pelik juga pada sesetengah bloggers ni yang mana dia pun bloggers juga lah. Dia pun kutuk blogger lain, blog lain sebab isi-isi dalam mana-mana blog. Padahal, apa yang ada dalam blog dia, isu dalam blog dia pun lebih kurang sama, still update pasal diri sendiri, pasal apa dia buat, dia pergi mana. Tapi itulah, manusia yang tak berapa nak sedar diri kan. Dia buat takpe, orang lain tak boleh lebih dari dia ok ! Tak boleh tau ! Ingat tu. Jangan lawan blogger yang bagus macam mereka ok. ahah !

Reason aku meng‘detail’kan ayat dalam blog; Sebab bila orang search kat google, senang terus masuk dalam blog kita. Kadang-kadang top, kadang-kadang ada next page. Bagi yang serious nak cari info tentang keywords yang dia search tu, dia akan cari juga sampai ke page ke berapa pun. Ini tips blogging. Bukankah cara ini juga menambahkan traffic ? Tak kurang juga menambahkan income nuff. Jadi, tak salah untuk aku update tempat yang aku pergi, tentang foods, juga tentang apa sekalipun sebab akan ada je orang search yang berkaitan dengan tu yang kebetulan diaorang nak tau kan. Tapi takpela, maybe sesetengah pihak tak berapa nak terfikir pasal ni. Juga untuk tambah income pada aku. Fine then bye !

p/s: yang top posts kat sebelah ni adalah hasil dari mana-mana search engines. Sebab kalau visitor masuk blog aku, bukan direct pada mana-mana entry, tapi hanya kat main page. Kalau yang dari search engines tu yang terus masuk kat mana-mana entry. weeeeeee

Filed under heart

I Found : Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Please people. Please open your eyes. Buat apa nak teruskan sesuatu perhubungan jika perhubungan tu memang penuh dengan dusta, jika perhubungan tu penuh pura-pura, jika asyik makan hati je setiap masa. Untuk apa nak teruskan kan ?

Kadang-kadang, setegar mana pun kita mempertahankan sesuatu perhubungan tu, jika memang ianya bukan untuk kita, takdir telah menentukan kita tak akan bersama dia, maka sia-sia je kita buang masa fikir pasal dia, buang duit je banyak contact dia.

Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Again, I talked based on my experiences. Yup, I got a lot of experience. Memangla, bila kita sayang orang tu, kita jadi sayang gila kat orang tu. Of course lah kita akan sangatlah hurt bila dia lukakan hati kita. Lagi terluka, pedih, perit bila dia berlalu tinggalkan kita macam tu je.

Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh. Cinta tu boleh buat orang berkorban segala-galanya. Cinta boleh buat seorang hamba Allah lupa pada penciptaNya, cinta boleh buat manusia hilang akal hilang arah tujuan. Ini semua berlaku bila seseorang itu letakkan seluruh hati perasaannya pada sesama manusia, bila manusia lupa bahawa perasaan yang terindah itu datang dari PenciptaNya sendiri.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam

Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Setiap masalah ada penyelesaiannya. For me, perpisahan juga merupakan salah satu jalan penyelesaian. Bukan untuk meleraikan ikatan silaturrahim sesama manusia, tapi sebagai penyelesaian masalah di antara dua pihak, demi kebahagiaan dan ketenangan kedua-dua pihak.

Cakap la banyak mana pun, bincang banyak mana pun, kalau memang dah takde persefahaman, maka tiadalah. Tak guna menegakkan benang yang basah. Juga ibarat seperti mencantumkan serpihan-serpihan kaca yang pecah. Bukankah masih ada kesan-kesan retakan itu ?

About me : lebih senang dengan life macam ni. Sebab saya dah temui kebahagiaan dalam perpisahan itu sejak 8 bulan yang lalu. Walaupun tiada sepatah kata, tiada hitam putih mengatakan yang membawa maksud “putus. Tiada apa-apa lagi”. Hanya tergantung begitu je. Boleh jadi 1001 anggapan, tafsiran tentang ni. Tapi, hanya Allah yang tahu pada hati pihak tersebut. Saya tak tahu, malah saya makin tak faham dengan apa yang terjadi sekarang. Perlukah ?

Filed under MyLife

Second day of Ramadhan 1431H

Entry yang jujur habis. Phew~

Berbuka kat luar lah. Bersama group usrah lain. ada program. Program apa ? tak payah bagitahulah.

Khamis petang; pukul 6.15pm patutnya bertolak pergi ke lokasi tu lah. Tapi, entah macam mana lambat pula diaorang ni. aku benci gila menunggu diaorang macam ni. huh sabar je lah sebab bulan ramadhan. Malas nak sound apa pula kan.

pastu ada yang pergi sekali dengan aku. Tapi aku tak kenal pun diaorang. It’s fine lah nak tumpang aku, aku pun takdela nak berkira. Cuma aku nak cakap la kan, mereka yang tumpang aku ni sumpah sombong. Bukan setakat tu, tak berapa nak tegur. Come on lah, kita ni kan satu campus. Tapi what the hell ? bila sampai sana, sikit sepatah pun tak say thanks ke, senyum ke. Ohh please. Banyak cantik muka. No manners lah korang ni. nama je student pengajian Islam, pakai je tudung labuh, tapi muka macam entah apa. phew~ sia-sia di tarbiyyah, ada group usrah sendiri. yang lain-lain lak, dahla baru junior sem 3 student campus Kota, respect ah aku ni final year student dah. !@#$%^&*

bila sesi taaruf tu, aku jadi berkawan dengan orang lain. hampeh student UniSZA sendiri. Blah ah. Phew~ kalau tak kerana naqibah aku suruh pergi, aku tak pergi dah. Tapi sebab aku respect naqibah aku. Tapi naqibah aku ok je. Aku ok je. And thanks to Zati & Tas yang banyak borak dengan aku masa kat sana.

Iftar; makan dalam talam seramai lima enam orang. Aku tak nak comment pape. Tapi orang yang kenal aku dah tahu la kan respon aku cmana. Aku tak comment pape k. aku tau tu sunnah. Tapi bukan life aku macam ni. memang aku makan sikit. Phew~ tak selera lah.

Then malam ada program, ada ceramah. Bersungguh pula sorang perempuan ni bercakap. Bajet macam tahu semua, bajet macam kami ni tak tahu pape. Takpe, takpe. Aku takde nak dengar sangat orang membebel.

Tidur beralaskan toto je. No comforter. Aku pula kalau takde comforter macam tak boleh. Tapi sabar je. Mujur tak panas, tapi sejuk. Tidur rapat-rapat himpit-himpit. Dah la aku jenis tak boleh tidur ramai-ramai. Jawabnya, tak lena lah tidur.

Pukul 2.30am; mummy & daddy called. Aku ingat kan kenapa, ingat ada kematian ke apa. mujurla aku ni jenis relax. Tak terkejut mana dapat call from family late night macam tu pun. rupa-rupanya;

“evi dah tidur ?”

“dah. Kenapa ?” (jenis relax)

“kat mana tu”

“tidur dengan group usrah, ada program”

“oo k. mummy risau je, mummy mimpi Evi tadi”

“mimpi apa ?”

“mimpi pasal !@#$%^&*”

“oo lek la mummy. Takde pape pun.. ada je ni”

“takdela, risau la. Ramadhan ni pun Evi tak SMS, tak wish ramadhan pun”

“haha saja malas la mummy. Tapi ingat je kat mummy”

“risaula, Evi kan hari tu !@#$%^&*” (adala aku buat hal)

“takdela mummy. Bulan puasa tak buat dah. Haha”

Aku buat hal apa ? adala. Don’t worry, mummy tahu je. Aku kan jenis jujur, bagitahu semua kat mummy daddy. Asalkan jangan marah aku, tapi nasihat slow-slow. Kalau tak, aku melenting memberontak lagi teruk phew~

Qiyam, sahur. Sahur makan dalam talam lagi. Makan nasi pula tu. Ohh k ohh… aku not that type yang makan nasi masa sahur. Takkanla aku nak demand some bread, biscuits ke. Tidak lah tidak. So aku tahan je la. Sudahnya, pagi tadi aku dah gastric semacam. ok fine again.

Dengan tak mandi seharian lagi, nak solat pun tak selesa. Dahla air halus gila. Nak basuh buang air pun tak lepas. Macam geli. Rasa macam tak sempurna solat. Sabar, aku tak mengeluh pun. Mengeluh dalam hati & kat blog je.

Pukul 7.30am sambung ceramah lagi. Ok fine. Aku macam tak boleh nak tahan, tak selesa lah. (lagipun aku ada kerja. Ehem) so aku minta izin elok-elok nak balik. So aku baliklah walaupun orang yang in-charge program tu tak berapa nak bagi. Ada aku peduli cakap sesiapa, ada aku takut ? tak kan. Phew~

So pukul 12.30pm aku balik. Alhamdulillah. Balik, terus cari roommate & housemates. Seriously aku rindu kat housemates aku masa aku kat sana. Aku macam dah sayang gila kat housemates aku. Sebab diaorang best.

Aku balik qada tidur, pastu tadi diaorang datang bilik aku borak-borak, dengar luahan hati aku. Phew~ so mood aku tak berapa nak ok ni. jadi, tonight berbuka puasa kat ? insyaAllah.. biasalah, nak pujuk mood aku, nak pujuk diri aku, dengan satu benda ni je. Pasni ok la aku.

Aku tak larat. Aku lemah. Gastric. Rasa macam-macam dah ni.

Asif jiddan. Aku tahu entry ni kasar. So what ? aku cakap benda betul la kan.

Filed under MyLife, Uncategorized

10 hours Enough For Us

Friday. Hari yang aku tunggu. Penat. Bangun awal pagi, pergi sana, pergi sini, pergi breakfast kat Mc Donald’s, had some pancakes & pukul 9am pergi lab ! weekend pun pergi lab. Sambung kerja sniffing yang belum settle pada hari Khamis. Kesian kat internet, kat network. Yang paling best masa nak sniff tu, dapat tahu yang Pusat Seni & ada fakulti lain pun guna network sama. Habis lah. Haha.

Friday evening. Sepatutnya 3 hours, tapi tersilap jadi 10 hours. Tanpa dirancang lah. Semuanya berlaku secara spontaneous. Ohh k !

Friday. It’s hi-tea time at Ri-yaz. As usual. Lagi-lagi nak celebrate birthday kakak dua orang nih. Belated birthday la kiranya. Yang keberapa tak boleh nak bagitahu sebab mereka tak nak bagitahu. Haha.

The birthday girls !

Hari ni aku bawa gang ramai sangat. Siap booking lagi sebab takut full lah kan. Betul lah, sebab ada function kat terrace. Ok lah ok. one table for two, one table for six. Eh mestila aku kat table for six. Table for two is for my best friend.

Table for two for Ainni & Tawfiq Helmi !

Mula-mula memang plan nak pergi hi-tea je. Tapi diaorang ni cakap nak pergi tengok pertandingan shuffle pula kat pantai Batu Burok. Aku cakapla nak balik dulu lepas hi-tea then pergi balik. Bila fikir balik, buat bazir minyak kereta je ulang-alik macam tu. Baik stay sana terus. Masa tu juga la aku pergi ambil baju sebab nak tukar lah. Takkan nak pergi pakai mini kurung macam ni. mujurlah apartment aku ground floor. Kalau tak, dah semput dah turun naik tangga. (macam tak biasa)

Sampai dah lewatlah kat sana. Sebab tunggu si jejaka dua orang nih balik solat jumaat. Kalau tak, takde driver. Siapa nak drive ? sebab aku dah start mengada-ngada malas nak drive. Haha. Makan-makan macam biasa. Borak-borak macam biasa. Tiada yang luar biasa. Tak payah story benda sama, sebab memang sama, takde yang lain.

heh Rapunzel lah ! *wink*

Stay sampai pukul 6pm, kak Huda & alang gila photoshoot. Kak Iqa dah senyap landing atas rumput. Dia malas nak layan kitaorang. Haha. Aku macam biasa, steady. Kat mana-mana pun aku akan bergalok.

Frenzy ! eh semua ‘H’. Hidayah, Huda, Haziqah !

Then terus pergi Giant. Karaoke. Sejam je. Tak larat lah lama-lama. Ni pun dah penat dengan diaorang semua. Just for fun lah, before the busiest time arrive.

Fun dowh

After maghrib, terus pergi pantai Batu Burok, ada Festival Shuffle 1 Malaysia. Shuffle tu apa ? macam menari-nari berjoget-joget gitu. Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Tapi macam bosan. Aku tak minat sangatlah tempat bising macam ni & mix with orang yang entah pape. Ohh tidak. Tak boleh.

After that, pergi waterfront. Kan aku dah cakap. Selepas Ri-yaz, waterfront lah tempat aku suka. Petang pergi Ri-yaz, malam pergi waterfront. Complete life aku hari ni haha. Tapi aku tak makan pun. Gila nak makan lagi. Heh diet lah ! then, Saja menikmati keindahan alam ciptaan Allah di tengah malam sambil layan perasaan sambil borak-borak gelak-gelak dengan diaorang. Haha.

Proceed to another place. Ceyceycey. World Gamelan Festival kat Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Yang ni pun bukan aku minat pun nak tengok. Memang diaorang bising-bising nak pergi tengok tapi aku macam tak layan sangat. Masa lepas pergi waterfront tu, memang nak balik. Tapi aku pula yang nak pergi kat dataran Shahbandar sebab…. Adalah sebabnya. Sekali, benda yang aku nak tu takde, tapi terpacak kat sana pula tengok gamelan. Haha.

Oklah, that’s all for last night. For today ? tengoklah. Pesta convo UniSZA & pesta convo UMT. Jomlah. This week aku banyak menghabiskan masa & menghabiskan duit. Errr, mummy daddy, tolong sponsor sikit !

Furthermore, July, August & September Ri-yaz punya promotion sangat best ! nak pergi ! Jom !

Filed under Uncategorized

Jangan Benci Bola

I kata jangan benci bola, doesn’t mean that I ni minat bola, fanatic bola. Bukan bukan. I pun bukan jenis layan bola sangat. Lagi-lagi world cup yang sangat hangat la sekarang ni. Just tahu perkembangan sikit-sikit gitu la. Cuma I pelik bila rata-rata kat blog ke, facebook ke, serta mana-mana social networking, mereka-mereka ni beria-ria kata “Aku Benci Bola” .. Ehh, apa bola dah buat kat ko ? haha. Tak tahu pula kalau bola tu boleh menyakiti sesiapa.

okla, kalau setakat saja tulis “benci bola” tu tak kisahla. Tapi I sangat menyampah dengan mereka yang emotional gila cakap benci bola. Bola tak salah ok. Kalau nak salahkan pun, salahkanlah pada mereka yang fanatic bola sampai tak ingat dunia akhirat.

Apa, orang yang minat bola tu semua jahat ke, semua jahil ke ? Macam la orang yang tengok bola tu tak solat, walaupun tak di nafikan la memang ada yang jenis gitu juga. Kalau ada pun mereka ni tak solat, not necessary sebab bola lah, masa tiada world cup pun, still tak solat juga.

Ada orang complain, kata sepatutnya waktu-waktu ini lebih baik di isi dengan tahajud, lebih baik qiyam, serta amalan sunat yang lain. iyerlah iyer. Apa, ko ingat orang yang tengok bola ni semua tak buat ibadat ke ? adeii.. iyerlah, maybe ko confident cakap sebab ko tahajud tiap-tiap malam. iyerlah, iyer. Ko mengutuk orang habis, tak sedar diri.

Tapi, jangan takbur sangatlah. Bila-bila masa Allah boleh tarik  nikmat kerajinan ko beribadat. Jangan hina orang yang kurang ibadat, jangan hina orang yang kurang ilmu, jangan hina orang yang fanatic bola sekalipun. What if kalau suddenly Allah campakkan perasaan fanatic ko tu pada benda yang tak sepatutnya juga ? eleh, cakap sedap.

Apa, bola tu haram ke ? Bola tu sejenis binatang yang sama keturunan dengan khinzir ke sampai ke kutuk gila bola. Apa, ko tak pernah sentuh bola ? Bapak ko, saudara lelaki ko tak pernah sentuh bola ? Macam perfect lah kan the whole family tak pernah dekat dengan bola. heh menipu. Kalau kata sebab bola la umat Islam jadi lagha. Apa, World Cup yang 4 tahun sekali ni semata-mata yang buat manusia lagha ? Habis yang tiap-tiap hari hiburan kat TV, internet tu tak buat manusia lagha ? Takde kaitan langsung ke ? Kalau macam tu, banyak la benda lain yang buat manusia lagha. Kenapa ko tak ketengahkan ?

ok, bola tak salah. Cukuplah ko kutuk bola habis kat blog ko. Aku nak tergelak lah. Macam bagus sangat ayat ko. bluwweeekkssss… Walaupun aku tak minat sangat bola, aku takdela nak kutuk bola.

Ko nak compare dengan isu Palestin & bola. Ko kata kat Facebook ramai yang letak profile picture tentang Palestin lepastu ko kata ramai yang tukar pada jersey bola. iyela, aku perasan juga. Tapi tak semestinya mereka ni meninggalkan isu palestin. Aku tak kata apa pun. Tak semestinya nak menunjuk alim sangat sokong Palestin, cintakan Palestin, nak selamatkan Palestin. Sedangkan, mana ko tahu kalau dia buat amal jariah senyap-senyap, pergi kutip derma, bank-in derma untuk Palestin, doa, solat hajat. Takkan semua tu nak show off kan. Janganlah mengutuk mereka yang tukar profile picture from Palestin flag to jersey. Cara ko cakap macam diaorang ni teruk sangat.

Lagi satu, banyak lagi isu lain. Kenapa emotional sangat dengan bola ? Dia tak ganggu ko kan, dia tak menyusahkan ko. iyerlah, kampung mind. iyer, iyer. Kalau rasa bagus sangat, pergilah settle isu lain yang lagi besar. Pergi emotional dengan cases lain like isu buang baby yang hangat sangat sekarang ni. Tak emo pula ?

ok guys & girls, semuanya terpulang pada kita semua. Dah tahu buruk baik bukan. Kita dah boleh nak handle diri sendiri. Pandai-pandai la jaga iman kita. Jangan persalahkan bola, bukan sebab bola je, tapi apa-apa jua pun boleh buat kita lagha kalau kita tak kawal nafsu, akal, perbuatan kita. So, apa kita buat, di mana kita berada, apa yang ada depan mata kita sekalipun, selagi iman di atas, kita takkan tewas dengan apa jua dugaan, cabaran walaupun sebesar gunung sekalipun kan.

Wallahualam…

“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya..”  - thanks akh yang kat Mesir..

Filed under Uncategorized

Ehh I Punya Lagi Mahal Ok;

“ohh I punya lagi mahal dari you. You punya tu biasa-biasa je”

Biasa dengar bukan ayat macam ni ? ini ayat yang biasa keluar dari orang yang tak sedar diri sangat. Sebab dia rasa dia paling bagus la. Dia tak boleh nak tengok orang lebih dari dia. Dia rasa dia la paling top, dia rasa dia la paling up, dia rasa dia la paling high class, dia rasa dia je yang paling lebih. Orang lain tak boleh lawan dia.

Before that, just wanna say sorry before I proceed to the next story. Nanti ada pula yang gila punya terasa kan. Nak buat macam mana kalau memang you macam tu. Didn’t mean to specifically tuju pada sesiapa pun. I tak marah, Cuma I nak share dengan readers kisah sebegini yang maybe pernah berlaku pada I, juga based on observation around environment.

Ini I cakap ni contoh. Faham bukan contoh ? I gunakan handphone sebagai contoh. Perumpamaan la kiranya. Habis takkan I nak straight terus kan. Kena la cover sikit. Iye, belum tentu orang ni baca blog I, but who knows kan ?

Ok, bila sekali tengok, macam nak sama bukan handphone Nokia E72 ni & Blackberry. Dengan size macam tu, keypad macam tu. So nak di jadikan cerita, ada dua watak dalam this situation. Hanis & Maria. Hanis ni ada handphone Nokia E72, while Maria pula guna Blackberry. So, si Maria ni suddenly ternampak la si Hanis ni pegang handphone Nokia E72 tu. Dengan excitednya;

“ehh Hanis, macam handphone I la”

“ehh yeke.. ?” (Aku rasa macam dia guna Blackberry. Dia silap tengok kot)

“mari I tengok your handphone”

“handphone I biasa je, nokia E72 je”

“ohh. I ingat blackberry. I guna blackberry. Ni mahal lagi”

“a’ah I tahu blackberry lagi mahal. About RM2000 kan. I punya murah je”

“ohh you punya berapa ?”

“I beli dulu about RM 1300 je..”

“ohh yela. I punya ni RM2000”

Ok la, fine la. Ok fine. Haha. I kesian sebenarnya tengok sikap orang macam Maria ni. Sangat kesian. Dia berusaha nak menjadi lebih dari orang, dia berusaha nak compare dengan semua orang yang dia punya harta benda tu lagi up dari orang lain. Ok la, kita bagi la dia syok sendiri. Ehh kalaupun you ni lebih dari orang, u don’t need to show off la kan. People around you pun dah tahu you punya harta lebih dari people around you. Macam tak payahla nak menjatuhkan orang lain.

Ok, one more thing, Hanis macam tak heran pun dengan blackberry Maria tu. Macam la dia sorang guna Blackberry kat dunia ni. padahal, berlambak je. Hanis punya friends pun pakai Blackberry. Lagipun beza tak sampai RM1000 pun. Macam banyak sangat beza. Beza banyak tu pun dia rasa dia up gila. Haha. Ok la, company Blackberry tak buat satu product je. Kilang tak buat sebijik je. Kalau rasa orang lain tak boleh lebih dari kita, kalau kita rasa tergugat, kalau rasa nak biar kita selalu lebih dari semua orang, tak payah la nak compare setakat dengan Blackberry tu. Macam not worth pun. Lainla kalau you tu guna handphone yang gold plated yang berharga RM50k ke. So tak heran la kalau nak show off habis.

Ok, apa yang you dapat kalau you rasa you lebih segala-galanya dari orang lain ? you ingat orang lain akan respect you ? kalau I la kan, I sangat menyampah dengan orang macam you. Baiklah, you rasa you hebat di pandangan manusia lain ? tapi you ingat ye, tak guna kalau you hanya hebat di pandangan manusia tapi you Zero di pandangan Allah.

Ok satu lagi hal I nak tambah sikit lagi. Contoh la kan. Ini contoh lagi ok. Macam I kata, takkan la I beria nak guna benda betul kot. So biarla I buat perumpamaan saja. Hanis pun keluarkan la dia punya Christian Dior lipstick. Si Maria ni pula, macam tak boleh tengok kan. So dia pun start la dia punya ayat tu macam ni;

“ehh u pakai apa tu”

“I guna lipstick Dior je” (saja guna ‘je’ dengan orang macam ni sebab dia akan pandang lekeh)

“ooo..”

Ok la, ok. I tahu dalam hati dia tu mesti akan cakap orang tiru dia. Beginila, macam I cakap. You jangan ingat kilang Christian Dior tu buat sebatang lipstick untuk you je. Nak satu lori pun boleh. Tak payah la sempitkan your mind yang you je tahu brand best, orang lain tak tahu. Ehh takkan tergugat juga kot dengan benda macam ni ? macam I kata, kalau tak nak orang lebih dari you, tak payah la pakai lipstick Dior je. Pergi buat lipstick brand sendiri, yang price RM5k ke satu lipstick. Baru la orang lain terpegun. Setakat nak compare dengan Dior punya lipstick worth about RM80 macam ni, tak payah la. Buat malu je.

Sorry la kalau I laser habis kali ni. this thing bukan berlaku pada sorang dua je. For sure korang pun pernah berhadapan dengan situasi macam ni kan. Ehh, kalau you berlagak pun dengan apa yang you ada sekarang, bukan you boleh bawa semua ni masuk kubur pun. Nanti you tinggal juga kat dunia ni. Jadi tak payah rasa people will proud towards you la kan sebab you show off habis. Bukan setakat tu, ++ you macam nak menrendahkan orang lain. Lagila orang menyampah. Sometimes, orang macam ni, at first I pandang dia memang high class la kan. Tapi, kalau attitude macam ni, I rasa dia la orang yang paling down sekali, paling jakun sekali.

So readers, people out there, jangan amalkan attitude macam ni k. orang akan lebih benci kalau show off macam ni ++ merendahkan orang lain. No need to be like that ow k.

Filed under Uncategorized

Penantian di Bulan June

Welcome June. Nearly half way of 2010 dah. Rasa macam baru je January. & I’m going 22 soon ! hehe. Getting older right ?

Yesterday, aku flu lagi. Last month on 4th May pun aku flu for a week. 1st June aku flu pula. Haih~ weather memang panas, tapi Alhamdulillah aku tak demam. Aku larat je ke mana-mana. Berselera je makan walaupun masa flu ni macam tak rasa sangat flavor foods tu. Ya Allah, get well soon Evi. Weekend ni long journey~

1st June should ada entry baru. Tapi aku out of ideas & that entry tergantung macam tu je. Sebab entry tu entry dari hati ke hati. Jadi aku kena feeling habis untuk menulis. Tapi aku macam tak boleh nak focus untuk teruskan that entry. Kalau entry berupa dear diaries ni, tak kisah. Tengah tak betul pun boleh write down apa-apa pun.

Last night tengok tv9 sekejap. I mean, late night. Macam biasala, late night before sleep, mesti aku tengok tv kejap & terus tidur. Dah rutin harian macam tu. Then ada Elyana dengan siapa entah duet lagu Penantian by Harmoni. Lagu ni dah lama, aku dah pernah dengar dulu-dulu. Cuma kali ni lain sikit sebab duet & seriously voice that guy sangat best. Aku sukeeeee…. Feeling habis walaupun tiada kaitan dengan diri aku buat masa ni. But maybe ada certain lyrics tu yang meaningful habis.

Penantian by Harmoni

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka

Yang meniti hidupku

I’m sick of people yang tak faham bahasa. Berkali-kali aku explain, aku kata aku tak nak involve with those things anymore, aku takde feelings pun kat dia, aku takde pape dengan dia. Even aku tak layan pun. Tapi aku tak layan pun, ianya makin menjadi-jadi. Aku tak angkat calls, tak reply SMS. Boleh pula dia kata kat aku : “awak tipu diri sendiri, saya tahu awak ada perasaan kat saya, saya tahu awak sayang saya. tolong jangan tipu diri sendiri. saya tahu awak rasa perasaan yang sama dengan saya rasa” .. ya Allah, aku tak tahu nak explain macam mana lagi. Kalau aku kata aku ada orang lain sekalipun, dia still tak percaya. Dia bajet aku memang berperasaan pada dia. Seriously aku tak pernah ada sikit pun rasa lebih dari kawan. Maybe dia yang salah anggap dengan layanan aku. Even selama ni pun, jarang je SMS, contact. Tapi kenapa dia begitu berperasaan ?

Aku rasa aku suka life macam ni, I mean my single life. Sebab aku penat, malas nak kena jaga hati orang tu orang ni. Buat hal sendiri lagi bagus. If one day I need to push it away, I’ll push it. Jangan try untuk tambah problem pada diri sendiri & orang lain. Sunyi ke, sepi ke, Allah tetap bersama kita. Innalla hama ana~

Kita sering di beri pilihan. Sometimes, aku takut untuk buat pilihan & keputusan. Aku takut tersalah pilih, tersalah buat keputusan. Kalau ada yang lebih baik, lebih terbaik, kenapa kita pilih yang kurang baik ? one day, aku harap orang yang aku pilih tu lebih appreciate aku. Sebab aku pilih dia, di antara banyak pilihan, aku pilih dia. Jadi jangan sia-siakan aku yang pilih dia sedangkan dalam pilihan yang banyak itu, dia yang terpilih. Faham bukan ?

See you for the next few days. Tak tahu bila akan update blog lagi. depends on my mood~

Filed under heart

To Tell You Through Songs

Blog aku.. Blog yang tiada privacy. Semua orang boleh baca. Dan aku perlu lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata aku dalam blog ni.

Entry ini tiada bermaksud apa-apa. Tapi mungkin memberi maksud pada yang memahami. Aku tak minta, tak paksa untuk faham. Tapi kalau nak faham, fahamla. Relationship Needs Understanding.

Baru-baru ni aku terjumpa CD Broery Marantika yang entah zaman bila entah. Owh masa tu terjumpa dalam mummy’s car. So layan sajala kan. Dan aku rasa aku suka & tertarik dengan satu lagu yang lama ni.

Aku pun tak tahu kenapa aku suka lirik ni. Maybe ada kaitan, maybe tiada. Biasala, aku kan suka luahkan through songs, aku suka dedicate songs kat orang. Dan yang ni ?

Mimpi Sedih by Broery Marantika..

di malam sepi aku bermimpi
mimpi yang sedih sekali…

kau akan pergi tinggalkan diriku
aku menangis tersedu…

diriku tak pernah lepas dari penderitaan…
impian kini terjadi

kau pergi setelah aku serahkan kasih suci
itulah nasib diriku

angin meniup
membisikkan kata yang sangat menusuk hati…

angin meniup membelai rambutku
yang terurai, tak berseri lagi..

Jangan Ada Dusta Diantara Kita By Broery Marantika & Dewi Yull

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan
Sebelum terlanjur kita jauh Melangkah Kau katakan saja..

Hati Yang Terluka by Broery Marantika

Kan Kucari Jalan Yang Sunyi
Untuk Menghindar Diri Darimu
Kuberjanji Di Dalam Hati
Takkan Lagi ku Menjumpaimu

Di Tengahnya Kabut Bermandi Embun Pagi
Dingin Membuat Hatiku Membeku

Kau Yang Telah Membuat Luka Di Hatiku
Kau Yang Telah Membuat Janji-janji Palsu
Kau Yang Selama ini aku SaYangi
Kau Merubah Cintaku Jadi Benci

Err ada songs lain lagi. Later k. Suddenly jadi syahdu je. phew~ Bila la nak betul-betul berdamai ni. Dah penat nak faham. Sampai terlebih faham tak terfaham-faham pula~phew~

Filed under Song

Ubatilah Kelukaan Di Hatimu

Saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak untuk berbicara tentang ni. Tapi saya akan try untuk mempersembahkan tajuk ini dengan baik, sekadar yang termampu. Saya bukan seorang penulis, saya hanya ordinary blogger. Di tambah lagi, sudah lama tak mempersembahkan artikel yang lahir dari hati ni. Lama tak berbicara soal hati. Yang saya selalu update blog hanyala semalam-semalam punya dear diaries.

Petang ni saya ada masa sekejap untuk menulis. Saya tak tengok tv, saya tak tidur, saya tak SMS dengan sesiapa. Jadi saya ada masa untuk bersendirian sekejap. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya pernah lalui serta pemerhatian di sekeliling saya. Sekadar yang termampu, saya persembahkan. Terimalah seadanya.

People around me always asked :

“macam mana nak lupakan seseorang ?”

“macam mana nak buang perasaan ni pada seseorang”

“macam mana nak ubati kelukaan serta kekecewaan di hati ni ?”

“macam mana nak tenangkan hati yang resah gelisah ni ?”

& pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan kelukaan di hati, kekecewaan, kesedihan, merana & mana-mana perasaan –ve. Kalau dah topic macam ni, confirm semua dah understood, semuanya berkaitan dengan cinta, cinta & cinta lagi.

Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? yang meninggalkan atau yang di tinggalkan ? yang bahagia atau yang merasai kekecewaan itu ? kadang-kadang orang kata, “saya meninggalkan dia sebab dia yang buat perangai, sebab saya dah tak boleh nak tahan dengan dia lagi” , tapi bagi pihak yang di tinggalkan pula, “saya sayang dia, cinta dia. Kenapa dia tinggalkan saya. Dia zalim.”

Saya Tanya lagi, siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? siapa yang terlebih dahulu mengecewakan sesiapa ? Antara lelaki & wanita, yang mana lebih ramai merana, yang lebih kecewa ? Siapa yang mengkhianati siapa ? Siapa yang sentiasa menjadi mangsa keadaan ?

Saya di sini, bukan untuk menghukum sesiapa. Saya tampil untuk berkongsi sedikit tentang apa yang saya pernah lalui. Kalau boleh memang saya tak nak ingat lagi benda lalu. Tapi saya manusia biasa, masih berakal & masih belum hilang ingatan. Jadi nak tak nak, benda-benda sebegini kadang-kadang datang bagaikan angin lalu. Alhamdulillah, saya sudah kuat untuk berbicara tentang ni. kalau dulu, saya masih lemah & tak berdaya nak berbicara tentang kelukaan. Tapi sekarang, jika kenangan lalu itu datang pun, ia hanya sekadar datang untuk menziarahi fikiran saya, bukan datang untuk mengganggu pemikiran saya. Bukan.

Saya ingin berkongsi, bagaimana saya handle diri saya, suasana ketika saya terluka, ketika saya kecewa, ketika saya sedih, ketika saya di tinggalkan begitu saja. Tanpa sebarang kata, ianya senyap. Sunyi. Tiada khabar berita. Ah, tak usah ingat lagi.. Akan tetapi, dalam senyap itu, gerak geri saya masih di perhati olehnya, perkembangan saya dari masa ke semasa masih di ikuti olehnya di blog ini, sehingga tengah hari tadi.

Pelbagai cara saya try untuk lupakan kenangan lalu, kenangan yang pahit itu. Tahap klimaks, saat genting semuanya berlaku pada December 2009. Ini bermakna, dah lima bulan berlalu. Tapi berapa lama manakah saya mengambil masa untuk ubati kelukaan ini ? kalau di kira balik, sejak January 2009 lagi saya dah mula makan hati sedikit demi sedikit. Hampir setahun bukan ? Tapi masa yang di ambil untuk saya berusaha merawat luka ini tidak sampai setahun. sekejap saja. kita tengok lepas ni. Saya tak mengerti apa perasaan orang yang suka mengecewakan orang lain. Saya tak faham.

First, fikir balik apa yang pernah kita buat. Maybe Allah nak mengajar kita, nak sedarkan kita tentang kesalahan serta dosa yang pernah kita buat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan. At least, Allah nak bagi lebih baik untuk kita, that’s why Allah hilangkan sesuatu itu. Benar saya sentiasa pujuk diri saya dengan kata-kata macam ni. Percaya pada janji Allah, yakin dengan kurniaan Allah.

Second, bila rasa banyak sangat benda kita buat salah serta dosa masa perhubungan lalu, segera mohon ampun dengan Pencipta kita. Selagi pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah. Mohon ampun, mohon maaf sebanyak yang mungkin. Yakin dengan Allah yang maha penerima taubat. Tak semestinya nak tunggu jadi alim, nak tunggu jadi baik gila baru nak bertaubat. Tidak. Semua orang boleh bertaubat bila-bila masa. Tiada prasyarat orang tu mesti seorang ulamak la, mesti seorang ustaz la, apa la. Tiada. Asalkan betul-betul dah sedar, menyesal & berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi. Kita beragama Islam bukan ?

Third, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Pencipta kita. Dia yang mencipta kita, dia yang memberi nikmat pada kita. Jadi, semestinya pada Dia juga kita kembali. Berharap padanya. Bukan buat benda-benda yang tak berfaedah, yang merosakkan diri sendiri. Itu hanya menyerlahkan lagi kebodohan serta kejahilan sesuatu individu itu. Banyak-banyak ingat Allah, cover balik dosa lalu dengan ibadat wajib serta sunat. Banyakkan berdoa, merayu-rayu padaNya. Titiskanlah air mata untukNya, bukan untuk manusia.

Fourth : cuba untuk cari mana-mana pengganti sebagai hiburan ? terpulang pada individu itu. Tapi bagi saya, ianya tak kekal, tak ikhlas. Sebab, kita perlukan seuatu itu bukan atas kehendak diri sendiri tapi semata-mata untuk hiburkan kita. Bagi saya la, saya pernah try, tapi tak bawa apa-apa makna pun. Selebihnya, sesetengah tu membawa lebih banyak masalah pada kita. Jangan biarkan seperti “sudah jatuh di timpa tangga” . jangan tambah masalah pada diri sendiri lagi. Pada saya, saya lebih senang menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Itu lebih senang pada saya. Bersendirian. Tiada yang mengganggu. Kalau ada pun, ignore je. Jangan di layan.

Seterusnya, buat sesuatu yang boleh melupakan kisah lama. Contohnya menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Juga boleh. Tambahan lagi, buang atau simpan segala benda yang boleh mengingatkan kita pada seseorang tu. Lagu cinta bersama dia, mahupun barang-barang yang pernah dia bagi, serta tempat-tempat bersejarah dengan dia. Elakkan semua tu. Sebab, makin kita tengok, makin kita ke situ, makin kita dengar lagu sebegitu, jadi kita makin akan teringat & membuai-buai perasaan ni. contoh macam saya, saya tak boleh dengar langsung lagu Imran Ajmain “Selamat ulang tahun sayang” . & memang saya tak dengar langsung selama 4 bulan lebih. Bila saya dah rasa saya dah cukup kuat, saya dengar balik, saya dah ok dah. Tak terkesan apa-apa pun kat hati ni. ini bermakna saya dah sihat dari segala kesedihan tu.

Jangan selalu rasa kita sudah berada di zon yang selesa. Jika kita dah senang, dah happy, dah bahagia, tolong jangan lupakan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan ini. Enjoy-enjoy juga, tapi biarlah berpada-pada. Jangan melampau sangat. Prinsip saya : balance dunia akhirat. Lagi boleh, lebihkan akhirat. Macam saya sekarang, walaupun saya dah bahagia, happy dengan apa yang saya ada, dengan orang yang melayani saya dengan baik, tapi saya tak rasa saya berada di puncak yang selamat. Berhati-hati, bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Bukan senang untuk saya buka hati saya balik pada sesiapa. Setelah bertungkus-lumus bina baik hati ni, tak semudah itu saya serahkan balik hati ini ke lembah kelukaan. Saya pasti jaga ianya dengan lebih baik.

Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk kembali pada keadaan normal ? terpulang pada individu itu. Pada saya, ianya mengambil masa lebih kurang 4 bulan sehingga betul-betul saya tough & strong. Dalam masa 4 bulan tu, walaupun dah ok, tapi kadang-kala ada dalam sehari dua tu ada down sekejap. Tapi selepas 4 bulan tu, memang datangla apa pun, memang dah tough & strong habis. Alhamdulillah, 4 bulan bagi saya tak lama sangat. Ada juga yang lain-lain sampaikan bertahun-tahun bagi orang lain.

Ini saya nyatakan bagi benar-benar yang nak ubati luka. Jika benar kamu ingin mengubati rasa kelukaan serta kekecewaan kamu, pasti sedikit sebanyak kamu akan mengambil serba sedikit perkongsian saya ini. Jika tidak, teruskanlah berada dalam dunia kesedihan, kelukaan, kekecewaanmu. Teruskanlah. Terpulang. Tiada siapa yang dapat tolong diri sendiri jika bukan kita yang sendiri berusaha demi kebahagiaan kita. Sayangilah masa depan kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Peluang tak datang banyak kali. Kalau ia datang banyak kali pun, benar Allah betul-betul turunkan rezeki pada kita.

Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta. Siapakah dulu membina harapan & siapa yang memusnahkan impian. Tanpa sebab & alasan kau mainkan perasaan. Bagai taufan tiba-tiba datang & menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam. Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah. – Mimpi yang tak sudah by Ibnor Riza

Filed under heart