Posts Tagged ‘nothing’
Terima ke Tak
Terima ke Tak;
Hye. Blog bukanlah suatu tempat yang terbaik untuk share story yang entah pape, yang macam aku nak cakap lepas ni lah. Tapi dalam mood sekarang ni, (mood sakit perut), suddenly tangan aku ni pantas menaip setiap bait-bait kata yang entah pape. Ok, proceed please. Tiada muqaddimah yang panjang lagi.
Ini bukan summary, tapi ini climax of the story. Moral of the story pun boleh lah. Pape je yang korang rasa boleh letak. Sekali lagi; not necessary tuju pada sesiapa, tapi hanya untuk pengajaran buat diri ini & juga anda semua. Sebab aku tahu aku pun bukanlah seorang yang layak untuk bercakap benda yang baik gila sampai nak menghukum orang sekalipun sebegini lagi-lagi orang-orang yang agak dekat-dekat dengan aku, walaupun orang itu terus !@#$%^&* aku. Huhu
Oklah, sebab aku tahu aku ni siapa, aku tahu diri aku ni macam mana, aku tahu aku manusia yang selalu buat silap, jadi; sekalipun sesiapa buat silap, aku macam, “ok fine” . aku tak menghina mereka yang buat silap, sebab kemungkinan besar aku pun akan buat benda sebegitu juga nanti. Who knows kan ?
Kalau aku boleh terima sesiapa saja buat silap, lagi-lagi kalau aku boleh terima orang yang rapat dengan aku buat silap sekalipun, kenapa tidak pihak sana ? aku bukan nak list kan pun kelemahan serta keburukan orang, Cuma aku nak buat comparison, aku nak nyatakan apa yang aku fikir, apa yang ada dalam pemikiran aku ni. logic thinking lah kiranya. – ok tiada kaitan dengan logic thinking.
Sekalipun aku tahu dia pernah buat silap besar, benar aku tahu, bukan aku menuduh, malah dari pengakuannya sendiri, bukan setakat tu; sampaikan aku punyala tak percaya dengan semua ni; sampaikan lama juga la baru aku percaya.
Aku tak pernah rasa kat hati aku ni, kat pemikiran aku ni, tak pernah pun aku rasa jijik ke, geli ke, tak nak mendekati lagi ke orang itu sekalipun pengakuan yang dia pernah buat silap dia pernah berzina. Harap maaf ye, di sini aku beri perumpaan. Aku masih menyimpan rahsia yang tak aku cerita pada sesiapa, aku masih jaga aib orang. (walaupun aku tahu dia pun takde simpan sangat rahsia aku). Aku masih anggap biasa, aku tak ungkit, aku tak fikir pun. Sebab aku tahu, aku juga manusia biasa, walaupun tak pernah buat benda gitu (nauzubuillahi min zalik), kita manusia tak berhak nak hukum sesiapa.
Aku tak nak bagi banyak contoh sebab banyak benda lain lagi aku nak buat. Ni aku just bagi satu contoh yang senang bagi semua orang faham. Cukup hanya contoh di atas.
It’s ok sekalipun orang pandang tinggi pada orang tu, it’s ok orang lain pandang rendah sekalipun pada orang yang lain pula. Setakat pandangan masyarakat, bukan boleh bawa bersama amalan ke kubur pun, so just watch out. Yang kat atas sana punya pandangan lagi berguna, lagi mantap, lagi hebat.
Selagi aku boleh berfikir, selagi jasad masih bernyawa, selagi itu aku boleh menerima orang-orang di sekeliling aku, sekalipun dia buat silap besar, selagi dia tidak mengkhianati aku. But once they betrayed me, I’m sorry goodbye.
Terlalu ramai orang yang boleh jadi hipokrit di sekeliling ni. Terlalu ramai yang boleh buat talam dua muka. Kalau kat depan-depan, boleh senyum-senyum, tegur-tegur, buat muka cam sweet je, tapi kalau kat belakang hampeh. Biasala, sebab bila perlukan pertolongan, bila nak ambil kesempatan, mula la buat baik. Gitu je sebenarnya. Bukan nak ungkit, tapi rasa macam seolah-olah tak di hargai, tak pernah bagi pertolongan. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Memanglah, kalau hal orang lain, dia la nombor satu yang kutuk, yang nampak kesalahan orang lain. – Thanks to the informer.
Tak Suka Lagi Cari;
Pelikkan manusia ni. Lagi tak suka lagi cari, lagi nak tahu. Walaupun kita tak ambil kisah pasal diaorang, tak cakap dengan diaorang, tapi diaorang ambil kisah pasal kita. Bagi aku lah kan, dan juga bagi bloggers lain juga, prinsip kami, kalau tak suka sesuatu blog tu, tak payah baca. Tak payah membazir masa untuk baca, susah-susah nak baca. Macam aku, aku pun takde masa nak ambil tahu pasal orang yang aku tak suka. Macam lantak lah kan nak buat apa. Bukan berkaitan dengan aku pun. Sekalipun aku tulis apa kat blog ni, setakat kat blog ni lah. Bukan aku pergi cakap depan korang, bukan aku pergi merendahkan orang lain. Sekali lagi aku kata, tak suka tak payah tengok, tak payah baca. Aku heran pada orang yang ada masalah hati ni. Kesian juga. Sebab takde pasal kan. Tapi biasalah, macam satu blog yang aku suka baca nih. Blog dia ni glamour. Dia tak buat pape pun, dia just update pasal dia. Tapi still ada yang tak suka. Jadi tak pelik pun. Sebab manusia yang busuk hati, yang ada bermasalah jiwa raga je akan bertindak sebegitu. Aku tak paksa, tak minta tetamu yang tak di undang ni baca blog aku. Tapi kalau setakat nak masuk, baca, bagus juga sebab boleh tambah income nuff aku. weeeee~~~ Patutlah bertambah-tambah.
Juga pelik juga pada sesetengah bloggers ni yang mana dia pun bloggers juga lah. Dia pun kutuk blogger lain, blog lain sebab isi-isi dalam mana-mana blog. Padahal, apa yang ada dalam blog dia, isu dalam blog dia pun lebih kurang sama, still update pasal diri sendiri, pasal apa dia buat, dia pergi mana. Tapi itulah, manusia yang tak berapa nak sedar diri kan. Dia buat takpe, orang lain tak boleh lebih dari dia ok ! Tak boleh tau ! Ingat tu. Jangan lawan blogger yang bagus macam mereka ok. ahah !
Reason aku meng‘detail’kan ayat dalam blog; Sebab bila orang search kat google, senang terus masuk dalam blog kita. Kadang-kadang top, kadang-kadang ada next page. Bagi yang serious nak cari info tentang keywords yang dia search tu, dia akan cari juga sampai ke page ke berapa pun. Ini tips blogging. Bukankah cara ini juga menambahkan traffic ? Tak kurang juga menambahkan income nuff. Jadi, tak salah untuk aku update tempat yang aku pergi, tentang foods, juga tentang apa sekalipun sebab akan ada je orang search yang berkaitan dengan tu yang kebetulan diaorang nak tau kan. Tapi takpela, maybe sesetengah pihak tak berapa nak terfikir pasal ni. Juga untuk tambah income pada aku. Fine then bye !
p/s: yang top posts kat sebelah ni adalah hasil dari mana-mana search engines. Sebab kalau visitor masuk blog aku, bukan direct pada mana-mana entry, tapi hanya kat main page. Kalau yang dari search engines tu yang terus masuk kat mana-mana entry. weeeeeee
Where to Park ?
Nak make complaint sikit. Sikit je. Tak banyak. Car park di blok asrama baru agak sempit. Harap maklum. Bukan aku sorang cakap, tapi ramai je cakap gitu. Takpe, my car kecil je. Muat je Cuma kena slow-slow la kan. Small car is easy to manage. (memangla kecil, tak kata besar. Kesian pada mereka yang mengata-ngata small car padahal mereka sendiri pun takde car tapi cakap je lebih.) chupp tak menghina sesiapa, Cuma pada mereka yang suka mengata dulu, takde pape tapi cakap lebih. Phew. Faham bukan ? susah bagi orang yang terlebih pandai ni, dia punya kefahaman tinggi, lebih apa dari yang kita cakap.
Semua kalau boleh nak park kat tempat teduh, yang berbumbung, bawah pokok ke, pape je la. Tapi campus ni tak provide tempat yang berbumbung lagi-lagi kat asrama baru. Yelah, they have their own reasons, takkan nak demand lebih-lebih kan. Apa yang aku nak cakap kat sini, kat mana nak parking.
Ok first, suka parking kat depan blok ni, macam porch la kalau kat rumah-rumah kita. Pastu makin ramai parking, jadi kita share la, ambil space sikit-sikit, bagi orang lain juga. Muat-muat untuk empat je. Tapi ada yang kelima datang. Okla, ni bukan kita punya tempat kan, so kalau ada yang dah ambil that place biarlah kan. First come first serve. Takkan nak pergi serang cakap jangan parking situ kan. Takdela, tak kisah pun. Ada rezeki, parking la kat situ. Takde, parking kat lain.
Sebenarnya dah lama berkenan dengan parking kat blok E ni. terus nampak dari my room. Dekat lagi, senang. Pagi teduh kejap, petang teduh juga kejap sebab lindung dengan blok F ni. parking banyak situ tapi tak berapa nak gemar bila hanya untuk two cars je. Selebihnya, besi-besi entah pape yang landing situ.
Selain tu, berkenan sebab tak sempit, tak payah masuk lorong-lorong macam kat depan blok F ni. tak payah pusing-pusing. Nak kena bajet kiri kanan lagi. Kalau nak cepat, lagi la ?
tapi kat tepi blok E selalu full, yelah. Sebab two cars je kan boleh muat. Full lah. Jadi beberapa hari lepas, aku telah memberanikan diri ambil tempat tu. Wahh sorry untuk pemilik white car yang aku pun tak tahu siapa pemiliknya. Maybe yang duk blok E juga ? jangan marah.
Jadi, harap besi-besi yang entah pape ni tidak lagi landing di situ. Kitaorang nak parking. Tak nak berebut-rebut..
Kalau aku parking kat mana-mana, kalau my car ada ke tak, kenapa perlu kisah ? Suka hati la aku nak keluar ke, nak pergi mana ke, nak pergi blok depan sana dengan car ke, itu hak aku. Aku pelik la orang yang concern gila aku pergi mana, menyibuk je. Aku pun tak pernah ambil tahu korang ni ada ke tak, tak pernah nak siasat korang punya car ada ke tak, korang pergi mana ke ? Pelik. Kalau my car takde kat sini pun, mana tau aku pergi blok lain pergi ziarah friends aku ke ? ….. :: ……
11 Ramadhan
Alhamdulillah. Still puasa lah. Cuma ada macam makin tak larat, tak berapa nak sihat sangat.
Last Thursday; Presentation of FYP proposal. Alhamdulillah dah lepas. Baru first step. Banyak lagi step lain mengikut gantt chart tersebut. (macam ikut gantt chart sangat). Supervisor ok, lecturer penilai pun ok. Cuma aku rasa macam aku ada kelentong sikit-sikit kot. Haha. Entah. Sebab lepas buat slides semua, study semua, baru aku terperasan bahawasanya memang aku silap faham tentang project scope. Tapi takpelah.
Semalam tak tidur buat kerja (macam buat sangat), pagi tidur kejap, then pergi bilik Yaya lepak sana buat kerja. Kalau kat bilik sendiri confirm tidur. Thanks to Yaya & Syu yang banyak tolong aku. Syu lagi la, terpaksa melayan pertanyaan aku sampai pukul 2am. Haha.
Aku orang ketiga present. Pas habis present aku macam tertidur dalam lab. Then, petang tu juga sempat cakap dengan mummy jap. Lama tak call mummy.
“bila evi balik raya ?”
“errr tak tahu lagi la”
“balik la awal sikit. Kalau boleh, 31aug tu biar dah ada kat rumah la..”
“insyaAllah. Takut ada kelas la 1 september tu..”
“buka puasa cmana, ok ? makan apa ?”
“entah, macam jarang makan nasi. Macam malas. Macam tak selera..”
“pergi tarawikh tak ? pergi la. Jangan tak pergi”
“ehh pergi je. Cuma ada la sekali dua baru ponteng hehe”
“ok, nanti raya nak tudung baru tak ?”
“nakkkkk… nak Ariani..”
“ok, nanti balik kita pergi beli tudung k.. mummy nak juga”
“ohh thanks mummy !”
Mummy ! thank you so much. Ceyceycey macam mummy pujuk. Baru ni dah beli dah, ingat untuk raya, tapi aku dah selalu pakai dah. Phew~ dulu takde minat sangat tudung siap macam tu. Pakai sekali sekala ok la. Tapi sejak mummy belikan tudung Ariani ni, rasa dah tak nak pakai tudung lain dah. Nak yang Ariani je.
Thinking of nak beli colour apa ? thinking lagi, mana nak campak all those tudung lama ? sayanggg lagi !
Ohh k. balik presentation, terlantar tidur tak sedarkan diri sampai pukul 7.45pm baru bangun. Lambat buka puasa that day. Phew~ then after maghrib baru pergi makan dengan Syu. Ohhh sotong masak pedas. Delicious. Thinking of nak makan ikan pari, tapi besar gila. Mana nak habis sorang !
Friday; berbuka puasa biasa-biasa. Still tak larat. Kalau ikut hati nak je pergi makan kat luar tapi tak larat nak drive. Then malam pergi tarawikh, someone forced me. Then bla bla bla !@#$%^&* ~ ok finish ~
First night & day of Ramadhan
Alhamdulillah. Tadarus = done. 2 juzuk sehari. Semuanya berjalan lancer berdasarkan plan saya. Thanks to my housemates.
Solat Tarawikh with my three housemates (kak Yad, Lisa & Jannah) and my roommate; Sarah. Alhamdulillah. First night dah dapat tarawikh macam ni. rasa tenang sangat, bahagia sangat. Thanks to all of them yang bagi semangat kat saya. Sayang sangat kat housemates. *wink*
By the way, for the past few weeks, I’ve learned a lot. Seriously. Saya rasa dah tiba masa untuk saya jadi lagi lebih matang, untuk jadi diri saya yang sesuai dengan umur saya.
For example; dalam rumah ni, saya ada seorang yang lebih kakak dari saya & lapan adik yang lebih muda dari saya. Jadi takkanlah saya nak buat perangai macam budak-budak lagi kan. Kena la tunjuk contoh yang baik walaupun saya memang kurang baik. Bukan nak jadi hipokrit, Cuma tak nak la adik-adik ni jadi dah terbiasa bila tengok kita buat benda yang kurang baik. Tak buat adik-adik terpengaruh lah kiranya.
Bila bersama housemates yang lagi adik-adik, kita kena lebih banyak mengalah la kiranya. Bila duduk satu rumah macam ni, kita banyak kena berkorban apa-apa je. Contoh macam, share barang-barang, pastu tak boleh nak pentingkan diri sendiri, kena fikir orang lain juga, tak boleh nak kedekut. Bila masak, bila kita makan, kena fikir housemates lain juga, kena share makan-makan semua. That’s why I’ve learned a lot. Saya tak kisah, Cuma saya lebih belajar dengan hidup dalam bermasyarakat.
First berbuka puasa; hari ni lah. Orang lain sibuk pergi bazaar ramadhan, saya takde feeling nak pergi pun. Dah la jauh. Time saya duk sini, dia buat kat sana. Time saya duk Kolej Kediaman lain, bazar tu kat sini. So, masak je la simple-simple kat rumah sorang-sorang. Sambil tunggu diaorang balik, nak tadarus. Sempat lagi basuh baju semua. Hari ni rasa macam saya betul-betul independent habis. Tak caya ? haha
Petang semalam pun saya buat kerja yang tak pernah saya buat. Mop lantai satu rumah ni. haha ! sampai Ain datang rumah pun dia terkejut tengok. Yelah, mana pernah saya nak buat kerja-kerja macam tu. Kalau mummy tahu pun, terkejut juga mummy. Kat rumah tak pernah nak sentuh benda-benda gitu.
So today, berbuka puasa dengan housemates & diaorang bawa gang. Cocktail; I made it. Best lah ! ceyceycey macam puji diri sendiri. By the way, di sebabkan malas nak pergi keluar nak pergi tarawikh, jadi saya solat tarawikh berjemaah kat rumah jelah dengan housemates, roommate & housemate saya bawa gang dia. Dalam 8 orang jugalah. Ohh saya suka suasana macam ni !
Thanks to all of you. sorry kalau akak tegas dengan korang. ahah. Tapi saya still respect kak yad lah
Water crisis & YM crisis
Two types of crisis yang aku rasa sangat besar untuk aku sejak akhir-akhir ni. phew~
Kita cakap pasal water crisis dulu. Oklah ok. air ni macam chipsmore pula. Sekejap ada, tapi lama takde. Dari first week lagi tak settle pun pasal air ni. orang lain asyik sibuk datang rumah aku nak guna air. Aku ok jelah sebab bukan aku yang bayar bil air pun kan.
Iyerlah, di sebabkan rumah aku ni aras bawah, dan rumah yang bernombor 1, jadi macam air pun sampai kat sini dulu. Ok syukur. Dan memang rumah aku ni lah yang menjadi target students untuk datang mandi & buat apa yang patut. Phew~ busy betul toilet kami.
Sejak dua tiga hari ni, makin melampau jadinya hal air ni. makin takde. Haih !@#$%^&* ok sabar Evi sabar ! punyala bayar sewa rumah ni mahal, tapi hampeh. Ok UniSZA, jawab sekarang ! haha. (kalau orang atasan baca blog ni habis aku !)
Ok sambung balik. Yang bestnya, dah dua kali dah benda ni terjadi kat aku. Dua kali aku nak mandi, setiap kali aku nak mandi tu lah ada air cukup-cukup untuk aku. Lepas tu takde. Ok rezeki aku lah. syukur. Magic pula rasa.
Dalam rumah ni kan ada five rooms. Jadi, aku ada nine housemates lah kan. My room paling hujung & cute sikit. Haha. Memang privacy lah this room sebab paling hujung & orang yang lalu takkan nampak apa kitaorang buat dalam bilik. Tak tutup pintu pun takpe. Phew~
Yang tak bestnya, awal-awal pagi semalam, tengah aku syok tidur, suddenly aku terjaga sebab bunyi bising kat living hall. Macam apa hal kan ? rupa-rupanya ramai yang datang rumah kitaorang sebab nak guna air. Kali ni aku dah start tak selesa dah. Satu sebab mengganggu tidur aku, satu lagi sebab bila ramai keluar masuk aku rasa tak selamatlah barang-barang kitaorang. Ok fine lah kalau kitaorang punya friends, Cuma tak berapa nak suka pada mereka yang langsung kami tak kenali. Strangers lah.
Bukan nak kedekut air, tapi tadi kami dah buat meeting dah. Sampaikan kami pun tak terguna air. Thanks to my housemates sebab selalu simpan air dalam baldi. Aku selaku paling senior, suka hati je guna air & mandi dengan selesa sekali sampai berbaldi-baldi habis air. Haha. Ok lah, dengan housemate aku langsung tak berkira. Kitaorang pun jenis main-main share je barang yang ada kat living hall, toilet & pantry.
Oklah crisis air. UniSZA harap dapat solve this problem. Kalau tak nak solve, boleh. Kurangkan charge pada kolej kediaman. Haha !
YM Crisis
Ini masalah peribadi. Tapi tak berapa nak peribadi lah bila melibatkan orang yang aku tak kenal. Oh please lah. Sejak 2 3 weeks nih, ramai pula suddenly add aku kat YM. Masalah besarnya, orang yang aku tak kenal & entah pape. Hadoiii.. sama-sama tak kenal & baru nak kenal. Tak tak. Aku tak suka. Aku tak boleh nak layan orang macam ni.
YM tu kira agak privacy untuk aku lah. Aku pun takdela macam orang lain suka hati letak YM id lah, Skype id lah kat blog, tayang secara besar-besaran. Oh tidak. Aku punyala nak sorok aku punya YM id sebab aku malas lah nak YM nih. Malas nak type. Type blog takpe. Haha. YM tu hanya untuk benda penting je in case aku nak bagitahu pape. Tapi saja-saja nak YM borak-borak tu macam tak lah untuk aku. Aku pun tak suka YM lama-lama.
Bila aku Tanya mana dapat YM id aku, diaorang kata dari website invisible.ir . apa dia nih ? aku tak pernah tau pun website ni. takkan glamour sangat id nih sampai kat sana. Aku pun tak pernah join. Sesiapa tahu kenapa jadi macam ni ? atau tahu macam mana tak nak YM id kita ada kat sana ? haiyyooo.. annoying sungguh lah.
Aku punyala filter habis nak bagi YM id kat sesiapa. Tapi aku suka sangat kalau orang yang aku suka add aku kat YM. Haha ! sangatlah ramai dalam ignore list aku ni. sangat ramai ok ! mujurlah takde limit. Kalau tak, mana aku nak campak semua id yang sungguh annoying nih. Memang aku sangat suka ignore sesiapa & block sesiapa yang aku tak selesa.
By the way, aku punya YM id ni memang dari email lama. Email sejak form 2 lagi, means that 8 years ago lah. Aku pun tak tahu kenapa aku guna this one for YM. Kalau nak tukar kan macam susah pula. Malas nak add balik ramai-ramai.
Ok, help me !
Menziarahi Pusara
Yesterday pergi ziarah pusara arwah datuk sebelah mummy & datuk nenek uncle sebelah daddy. Dah lama tak pergi pusara mereka. Rasa last pergi masa raya aidilfitri 2009 kot. Time yang saya menangis habis di pusara arwah datuk masa tu. Ahah
Then pagi semalam, serious macam mengantuk semacam. mummy berkali-kali datang kejut. Then macam biasa, jawapan standard “mummy, 5 minit lagi bangun” berulang kali sampai setengah jam tak bangun-bangun haha.
Then, daddy datang. Serious that time dah cakap kat daddy tak nak pergi ziarah pusara sebab mengantuk sangat. Then daddy paksa juga. Macam biasa, umur 22 tak jadi macam 22 dah. Tapi jadi macam 2 tahun, daddy yang tolong angkat, baru bangun. Haha.
Pastu masalah baju pula. Time tu memang aku dah buat perangai dah. Pergi cari mummy tak jumpa dalam her bedroom. Masa tu daddy ada. Tanya daddy mummy pakai baju apa. Daddy cakap baju kurung la. Then aku cakap lagi kalau Evi tak nak pakai baju kurung, nak pakai baju biasa boleh tak. Daddy pun kata ok la. Haha sebab masa tu aku dah merengek-rengek macam budak-budak dah.
Tak puas hati, cari mummy lagi. Then daddy yang tolong panggil mummy kat bawah. Bila tengok mummy dah siap pakai baju kurung semua, baru puas hati & pergi mandi & bersiap. Diaorang semua dah siap tunggu dalam kereta, aku je yang lambat.
Suasana pagi tu sayu je. Dari panas, tiba-tiba hujan rintik-rintik. Seolah-olah mengerti perasaan kami pada masa tu. Tapi aku tak nak layan sangat perasaan masa tu, aku takut kalau aku nangis terus jadi over. Aku susah nak menangis, tapi sekali aku nangis memang over habis. Macam aku menangis masa ziarah pusara pada raya aidilfitri baru ni. Tapi kalau time aku tak menangis, memang tak nangis langsung macam masa arwah datuk meninggal, setitis air mata pun tak keluar.
Then, pergi ziarah pusara arwah datuk nenek sebelah ayah. Dekat-dekat situ jugala. Then pergi breakfast, macam biasala aku memang makan banyak sangat sampai kakak & abang ipar pun terkejut. Haha
Petang, abang ipar & kakak dah nak balik KL balik dah. Pergi hantar kat airport, barang diaorang banyak gila. ++ extra kilos RM15/kg. Gila mahal kan fireflyz ? Tapi perempuan tu macam stupid gila, strict nak mati. Yang orang Malaysia airports tu ok je, macam nak lepas je lebih few kilos tu. Tapi perempuan yang fireflyz tu gila-gila nak charge. !@#$%^&* . masa tu kakak dah sound dia dah, kata kalau from KL, lebih few kilos pun takde nak charge pun. & aku tambah lagi, hey I pergi overseas, shopping banyak gila, lebih few kilos pun takde nak charge pun, lepas je. Sebab kira cover la yang passengers lain tak cukup kilos. Macam lantak la kan. Aku rasa macam membazir gila, had to spent RM210 for extra 14 kilos. Phew~ Then aku Tanya lagi, macam aku ada enrich card Malaysia Airlines, nothing ke ? kalau aku tak jadi enrich members pun takpe. Phew~
Aku tak suka orang fireflyz ! hahaha..
Banyak lagi benda nak story. Tapi nantila. Serious banyak benda lagi nak kena settle. Err wedding pictures dah upload dalam Facebook. Tengok la k. Nanti aku nak cerita pasal stalker Facebook aku~ haha
Ada je Macam-macam Nak Kena Buat
Baru 5 days cuti, belum sampai 7 days lagi. Seterusnya, kira balik, betul la, 7 days more to go to wedding ceremony. Patutla semua orang macam dah kalut semacam. I mean, dengan saya sekali mengikut rentak banyak kerja ni.
Bangun pagi, sangat bagus sebab selalu bangun awal dah sekarang ni. Tak macam dulu lagi. Eh tak tahula kenapa. Then, breakfast 3 hari berturut-turut makan roti canai mini sebanyak 3 keping setiap hari. Sebagai qada jarang makan roti canai. Lidah Kelantanese, mesti bersama sugar or sweet creamer. Lunch mesti either KFC or apa-apa yang ada kat kopitiam.
Jumaat means hari semalam. Bangun pagi-pagi breakfast kat Mc Donald’s. Macam magic bukan sekarang saya dah pandai breakfast. Kalau dulu, takde breakfast pun, terus lunch. Haha. Tak pun, terus hi-tea. Phew. Then, pagi Mc Donald’s, lunch pula KFC. Tak lama dah saya ni, lepas ni jadi bulat semacam. Dah takde diet macam dulu lagi. Takde.
Semalam Friday, pergi sana sini dengan family, pergi berjalan-jalan. Then pergi kat foods catering yang glamour sangat kat KB ni yang confirm memang Kelantanese kenal, that is Hj. Halim Catering kat Pasir Pekan. Mummy Daddy discusses pasal foods semua, then Alhamdulillah rezeki, dapat gulai kuzi daging & beef steak. Dia punya tauke baik sangat, dia buat beef steak ni just for us, as mummy dah pernah inform kat dia nak try beef steak before booking untuk wedding ceremony nanti. Haha
Pergi taylor ambil baju for wedding ceremony nanti. Hanya 3 baju yang siap. Lagi 3 taylor tak sempat siakan. But it’s ok la, takdela tamak sangat nak siap sekaligus, nak pakai pergi mana je kan ? white kebaya + purple kebaya + brown mini kurung. White kebaya & purple kebaya yang kain beli kat Jakarta last February.
Last night my aunty called. Late night pukul 12am++. Ahah, macam biasa, nak kenalkan + jodohkan saya dengan siapa entah. Saya macam relax je la. Lagipun tak kenal orang tu. Just dengar cerita jauh-jauh walaupun rumah orang tu tak jauh mana pun dari sini kot ? kot la, itu aunty yang bagitahu. Actually benda ni dari tahun lepas lagi. Saya macam biasa je, takde berperasaan sangat pun, sebab tak tahu sangat kan. Cuma sometimes macam terhibur juga la kan bila dengar story macam ni. haha. Biarkan ianya macam sebagai angin lalu je.
One more thing, last two nights, suddenly ada orang called. Tapi tak angkat pun sebab masa tu tengah cakap phone juga. Dah cuak dah macam siapa pula kan. Rupa-rupanya kawan kepada abang ipar. Phew. Suka hati je ambil my phone number kat wedding card tu. Mula-mula ingat dia main tipu-tipu je, tapi lepas tu baru tau macam betul la, katanya kerja kat Malaysia Airlines. Macam ok, fine. Cepat-cepat, sekarang aku dah buka gila hati ni untuk sesiapa nak kenal aku. Haha.
Today : pergi ambil adik sekolah, settle pasal wedding card tolong mummy daddy. Memang saya ni tak pandai nak membantah apa mummy daddy suruh. Then, adik ni buat perangai pula. Sekejap singgah situ, sekejap singgah sini, nak beli itu, nak beli ini. Pening kepala kejap stop sana sini.
Balik rumah, mummy daddy kat my room. Macam biasala, sekarang port meeting kat my room. Haha silakan. Macam best ke my room ni ? takpe, lepak la nak lepak sini pun. Haha.
Errr daddy dah tegur saya ! phew~~ sebab saya makin berisi, kira senang makin gemukkkkk la kan. Ok ? setuju ? memang pun ! makan banyak sangat. Mummy pun dah bagi warning suruh stop drinking milk everyday. Suruh tahan selama seminggu until wedding day. Kenapa ? sebab baju yang baru ambil kat taylor semalam, kain dah ketat semacam. padahal, baru bulan March baru ni baru ukur. Sangat sedih lepas ni nak kena tahan nafsu makan.
Eh, entry ni macam dah jadi diary ler pula ?
Third Year Break~
Currently : in home. Alhamdulillah. Kan saya dah kata, lepas paper Falak Syarie pukul 5pm, saya akan terus balik rumah. Tak kira. Terus balik juga. Macam nak pengsan kemas barang-barang yang bertimbun tu. Memang perempuan ni banyak barang. Memang tak boleh nak sikitkan walaubagaimanapun. Happy Holiday friends. Final Year punya holiday.
Nak story about yesterday : *sob*sob* Madihah telah meninggalkan saya. I mean, dia sudah balik rumah. Saya dengan berat hati untuk melepaskan dia balik sorang-sorang, dari terhuyung-hayang naik van kuning, so saya volunteer nak hantar dia pergi MPKT. Actually Madi tak nak menyusahkan saya sebab saya ada exam hari ni kan, lepas tu saya tak sihat & tak larat sangat, tambah lagi Barang pun ada tak kemas lagi. Madi baik sangat, tak nak menyusahkan saya & memang dia tak pernah ambil kesempatan pada saya. Tapi saya tak kisah la, exam ke tak, saya sihat ke tak, saya nak hantar dia juga & nak bawa dia beli keropok kat Losong untuk bawa balik kat family dia.
Then we dinner at Ziq’s bakery ke apa entah namanya kat sebelah KFC kat MPKT tu. Last dinner, lagi memilukan hati ni. Then, saat nak berpisah tu, adei. Tahan je sebak kat dada ni. Mata dah macam berair sikit-sikit.
Habis adegan memilukan itu, saya terus gerak pergi errr. Ok, saya nak something untuk hiburkan hati saya, tak nak sedih-sedih setelah roommate kesayangan balik meninggalkan saya. Haha. Then, macam biasa, pergi Losong, lepas tu pergi Waterfront. Waterfront di kala senja, sangat indah ciptaan Ilahi di kala matahari terbenam. Lepak kat sana sampai pukul 8pm. Pukul 8pm++ pergi Ri-yaz sekejap, buat apa yang patut, lepas tu balik campus.
Balik campus, phew. Terlantar tidur sampai pukul 12am. Serious tak larat. Study entah ke mana. Ingat pukul 1am ++ nak sambung study, tapi serious tak larat. Sambung tidur lagi. Bagun pagi, study sikit. Pukul 8am tidur lagi. Pukul 9am sambung study, pukul 12pm tertidur balik. Serious tak larat. Bangun tidur bangun tidur. Sejak hari rabu sampaila hari Ahad, asyik ulang alik pergi town. Entah buat apa pun entah.
Now dah kat rumah, boleh relax. Tapi sampai je rumah tadi, terus tolong mummy itu ini. Saya penat pun penat la, tapi tak sampai hati tengok mummy settle semua benda tu sorang-sorang.
Ow k, seperti yang telah diketahui, nanti akan ada big day for my family kan. That’s why saya kena banyak tolong family.
Setakat ini. Nak pergi makan. Tak makan nasi sejak semalam.
Luahan exam
Tadi dah lepas for the third paper. Alhamdulillah. Tak sia-sia translate satu-satu into malay language. Haha. Hanya yang mengerti bisa mengerti kenapa buat macam tu.
Last night macam biasala tak lena pun nak tidur. (dah bosan dah asyik cerita pasal tak boleh tidur). Sekejap dengar kucing gaduh, sekejap itu, sekejap ini. Ada je buat saya terjaga tengah-tengah malam. Bangun pagi pula, sambung study sikit lepas subuh. Pukul 8 tidur sekejap, then suddenly bunyi loceng apa entah. Terus terjaga, dah takde mood nak tidur. Tak payah guna alarm clock. Fire alarm dah cukup kuat untuk kejutkan 1 blok.
Cakap, apa lagi saya nak luahkan pasal exam ?
Cerita minggu lepas. Perlu ke tak di ceritakan ? bagi saya perlu. Biarla ini blog aku, apa kau kisah ? memang tak suka dan sangat geram dengan orang macam ni. First, ada la buat meeting sebab tak puas hati dengan seorang insan bernama Farah (bukan nama sebenar). Di sebabkan aku ni di antara yang paling rapat dengan Farah (walaupun juga tak setuju dalam beberapa perkara tentang Farah), jadi aku di tugaskan untuk contact dia & janji nak jumpa. Di sebabkan aku pun nak jaga hubungan aku dengan Farah, jadi aku dah kata, aku boleh tolong tapi dengan syarat tolong cover aku juga nanti. Jadi aku minta excuse la kan, kata biar aku dulu jumpa farah then korang datang la beberapa minit lepas tu.
Kira dah aku punya baik nak tolong, korbankan dah kalau nak kira aku punya hubungan dengan Farah ni. sebab bila hal hati & perasaan ni aku & Farah memang boleh share habis, Cuma ada certain things yang aku pun tak berapa setuju dengan dia.
Sambung cerita, suddenly adala sorang ni tak pasal-pasal suddenly bunyi sound dia, (di sebabkan aku minta excuse untuk strategy aku tu), dia kata aku pentingkan diri sendiri, tak consider orang lain. Kepala otak dia. Mujurla ada kakak lain cover aku juga, sahabat-sahabat lain setuju dengan cara aku demi menjaga hubungan aku dengan Farah. Aku sekarang nak exam. Tak boleh aku nak berkata lebih-lebih pula. Tapi kira macam !@#$%^&*. Kalau aku nak ungkit, sejak sem 1 aku tak suka mulut dia ni. bukan aku je, gang aku pun ada tak suka mulut dia ni. lantak ko. Peduli apa dengan ko. Bukannya aku tak tolong langsung, lagipun ada lagi yang tak turun sama settle hal dengan Farah ni. ko tak berbunyi pula ?
Lagi satu pula, di sebabkan aku ni pada hari tu nak keluar pergi town sebab nak bawa Angah & Syu beli tiket serta hantar kak Ira pergi bus station, jadi ada pula yang berbunyi kata aku pergi jumpa Farah pastu blah & tak tunggu diaorang settle hal dengan Farah. Eh tak cukup lagi ke aku tolong ? aku tak faham la. Masalah betul korang ni. at least aku dah tolong, dah tercegat kat situ 15 minit dah tunggu Farah. Dahla aku puasa hari tu. Tapi aku tahan je. Aku senyap, tak mengungkit. Tapi aku tak suka bila suara macam ni berbunyi. Sedangkan, ada je lagi yang tak pergi join jumpa Farah sama. Aku tak kata apa pun ?
Satu lagi, aku pergi mana, aku buat apa tak payah nak rasa tak puas hati dengan aku la ok. Contoh macam aku suka lepak lama, suka makan kat mana-mana ke, pergi mana ke, itu hal aku. Aku tak menyusahkan sesiapa, aku tak guna duit korang pun. Life aku memang macam ni, ada aku mengganggu korang ? so simpan la mulut yang tak puas hati ok ? aku pun tak peduli pun korang pergi mana, lepak mana ? aku sangat tidak memahami orang sebegini.
Satu lagi untuk yang terakhir. Seperti sedia maklum, aku suka keluar lepak dengan roommate aku dan mana-mana kawan-kawan aku yang nak join sama termasuk la roommate kepada kawan aku sekalipun. Dah memang aku suka keluar dengan mereka, suka bersama dengan mereka, only girls. So what ? tak payah la nak jealous, nak rasa, nak kata tak ajak ko ke, kata aku ambil kawan ko ke. Tak payah k. tolongla. Macam sakit kepala aku, takkan setiap kali aku nak keluar nak kena ajak satu blok, satu campus, nak kena announce aku nak keluar. Susahla macam ni. tolongla jangan jadi macam budak-budak. Think positive. Pergi ah keluar dengan pakwe ko, ko sayang gila kat pakwe ko kan. Sekian.
1 sudah, 4 belum
Good morning semua. pagi ni macam baik je sebab boleh update blog di pagi hari. Ingat memang nak ber holiday dari blog, tapi macam tak boleh. Rindu la kat awak evilolyta.com .
Petang semalam dah selesai 1 paper kan. Jadi bila try main kira-kira, 5-1=4. haha. 4 ? Cepat la cepat habis. bukan sebab dah banyak study tapi sebab banyak benda nak buat bila exam dah habis.
Di pagi yang indah serta nyaman ini, suddenly mendapat panggilan manis dari sahabat lama di KMM dulu. bukan suddenly la, tapi 2 3 hari lepas pun ada juga dia tersilap call. haha tersilap. takdela, memang nak call saya pun. tak bosan sebab kami asyik cakap pasal masa depan, i mean pasal kerja, study, tanya pendapat pasal course. benda sebegitu la.
Walaupun saya sudah melepaskan seorang lagi sahabat di KMM atas sebab-sebab tertentu, (kalau dalam hati ada dua orang perempuan, pergila pada yang seorang lagi. saya macam tak heran. jangan ganggu saya lagi) itu ayat terakhir saya (lebih kurang la kot. Macam dah melupakan ayat itu). Walaupun di minta untuk mendengar penjelasan, saya tak nak pun. Ini sebab saya, sebab saya. Diri saya evilolyta.com aka Ratu Syahadah. Kalau orang lain boleh kot nak berlembut ? Tapi saya macam tidak untuk berlembut-lembut macam kapas. haha. eh sambung ayat first di atas. walaupun sudah tiada sahabat itu (phew, Facebook dia sudah teramat bahagia dengan mereka-mereka yang entah ! no comment), tapi Allah mengembalikan pula sahabat lain yang seiras. Macam chipsmore pula. Tak kisah. Hidup sudah tiada mengkisah-kisah.
Walaubagaimanapun (saja nak panjangkan ayat), saya terima segala pemberian Allah. Saya redha, di samping memohon Allah meredhakan hati ini. Saya suka. Saya terima seadanya. Saya bersyukur apa yang saya ada.
Lepas tu nak berterima kasih lagi pada seorang -orang. Dia itu orang, macam awak-awak semua, macam saya juga la, macam mereka-mereka juga. Thanks sebab selalu menghiburkan saya walaupun saya selalu bermain-main sampai dia tension !@#$%^&*. haha. Buat apa nak serious, we are just friends. Line maxis buat perangai, SMS asyik pending. Resah ler awok. haha
dah nak dekat pukul 8am, tapi masih tersenyum sorang-sorang di depan laptop. Laptop, senyum la balik kat saya haha. Handphone tengah charge. Baru je nak baring, ada SMS, baru je nak baring, dapat SMS. woi penat ler aku macam ni. haha. Sejak dah kembali balik ni, berderetan pula SMS demi SMS. tengokla nak layan ke tak. haha. Saham tengah naik. Suka~~
Sekian, entry berupa main-main. Tiada idea yang membawa manfaat untuk orang lain. Kanak-kanak bawah umur sila jangan baca.



