Posts Tagged ‘Motivation Camp’
Everything on New Year 2010
Selamat melangkah ke tahun baru 2010 untuk semua hamba Allah di muka bumi ini. Asif kerana saya tidak menulis entri untuk tahun baru Islam yang lepas iaitu awal muharram kerana saya tidak berkesempatan untuk mencoretnya. Bila fikir balik, biarlah saya gabungkan dalam satu entri ini saja.
Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H kepada seluruh umat Islam. 15 Muharram bersamaan dengan 1 Januari 2010.
Setiap orang pasti mempunyai azam baru bukan ? Tak terkecuali juga dengan diri saya. Tapi adakah azam kita yang sebelum ini sudah tercapai ? Kita saja yang tahu sama ada kita dah cukup laksanakan atau tak. Bagi saya, jujur saya katakan, masih ada yang tidak tercapai. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan, yang mengizinkannya. Kita manusia biasa, tak semua perkara kita dapat lakukan. Bergantung juga pada kemampuan kita.
Awal Muharram. Meraikan penghijrahan Rasulullah saw dari kota Mekah ke Madinah, maka bersatulah kaum muhajirin dan ansar demi menegakkan Islam, mengukuhkan Islam yang tercinta. Hijrah itu perpindahan, perubahan. Boleh dikatakan setiap hari kita mengalami perubahan. Tak kirala perubahan kepada yang lebih baik mahupun buruk.
Tahun baru 2010.. Dunia semakin moden, semakin canggih. Dunia yang tanpa sempadan. Bebas berbuat apa saja. Jika tanpa iman, tanpa agama dalam diri, maka hidup seorang mukmin itu pasti akan kucar-kacir. Bebas berbuat kejahatan, maksiat di sekeliling. Kerana iman sudah tiada untuk mengawal & menyekat semua tindak-tanduk itu. Yang ada hanyalah dikuasai oleh nafsu jahat yang sentiasa menggalakkan ke arah kemungkaran. Sedarkah kita bahawa ajal kita semakin dekat ?
Siapalah saya nak menulis tentang ini. Sungguh tidak layak untuk berbicara tentang ini. Saya juga buat silap, terlalu banyak kesalahan, dosa yang telah di lakukan. Sebab itu saya tekankan yang Hijrah itu penting. Semua orang boleh berhijrah, boleh berubah ke arah kebaikan. Tinggal sama ada seseorang individu itu mahu ataupun tidak.
Tak payah tunggu Awal Muharram baru nak berubah, tak payah menanti tibanya tahun baru, baru nak insaf. Sepatutnya kita sentiasa perlu sedar, jika kita melakukan dosa serta kesalahan, kemungkaran, maka sebaiknya kita terus bertaubat. Allah itu maha penerima Taubat. Selagi pintu taubat terbuka, maka bertaubatlah. Sempurnakan taubat nasuha dan lakukanlah solat taubat. Tak payah tunggu matahari terbit dari barat baru nak bertaubat. Sudah terlambat.. Sama-sama sentiasa muhasabah diri kita..
Kadang kala kita merintih, mengapa Allah hilangkan sesuatu yang kita rasa amat berharga pada diri kita.. Sedangkan sebenarnya, hakikatnya, Allah nak bagi sesuatu yang lebih bernilai pada kita. Wahai hati, wahai temanku, usah merintih jika kamu kehilangan sesuatu. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dan saya… Masih di sini. Masih menyemai, menyuburkan cinta Ilahi dalam hati ini. Semoga cinta Allah dan Rasul kukuh dalam hati ini. Saya serahkan pada Allah segala-galanya. Sama-sama kita doakan supaya Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayahNya kepada kita..
Azam baru saya.. Ada azam baru kah ? Setiap hari saya ada azam baru. Setiap hari saya berazam. Seperti saya katakan, tak perlu tunggu masuk tahun baru. Setiap hari rasa ingin berubah, setiap hari ingin mencari kebaikan. Tapi dalam perjalanan mencarinya itu, kadang-kadang ada kita tersungkur, kita jatuh. Perjalanan tak semudah yang di sangka. Penuh dengan ujian, cabaran serta dugaan. Kadangkala kuat untuk mengamalkannya, kadangkala juga lemah oleh bisikan-bisikan itu. Semoga Allah tak bolak-balikkan hati ini, semoga Allah tak pesongkan hati ini..
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala kejahatan, dari segala kecelakaan, dari segala bala. Ampunkan dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar. Suburkanlah cinta kami kepadaMu.. Cintailah Ilahi..
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga bulan depan lebih baik dari bulan ini. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun lepas.
Muqoyyam fi Sekayu.. :
31 Disember 2009.. Hari terakhir di tahun 2009.. Apa yang korang buat pada hari terakhir dan malam terakhir pada tahun 2009 ? Alhamdulillah, tanpa perancangan yang rapi, tapi tiba-tiba tergerak hati nak pergi muqoyyam kat Sekayu. Actually lecturer saya merangkap naqibah usrah saya dah ajak awal-awal lagi. Tapi saya tak beri kata putus nak pergi ke tak. Pada petang khamis tu tiba-tiba dia call ajak pergi lagi. Dalam masa tak sampai 2 jam saya bersiap. So saya pun dengan senang hati terima dan terus ikut Cik Fatimah. Kami sampai lewat kat Sekayu sebab mula-mula teman Cik pergi hantar barang kat kawan dia, lepas tu balik rumah Cik, lepas tu tunggu Kak Jannah (Dr.Jannah) & Cikgu Wan Fatimah datang ambil kitaorang sebab nak pergi sama-sama. Lepas isyak baru sampai kat Sekayu.
Aktiviti malam tu ada ceramah tetang peranan shabab wa syuyukh. Pastu ada ice-breaking. Sangat happy bila berjumpa kawan lama iaitu Amira. We went to The Elite Girls School Together. Tapi Amira stay only for 2 weeks, after that pergi SBP. But she do remembered my face. Hehe.
Kami borak-borak sampai pukul 2am baru tidur. Pukul 4 bangun untuk qiyam lagi. Tidur yang tak berapa lena tapi gagahkan juga diri ini untuk terus join all those programs. Amira & Sha, thank you so much, thank you for everything. Macam-macam kami bercerita, shared our opinions, peranan dakwah, kengkangan dakwah & all those things. Sampai termenangis pun ada bila mengenang dosa-dosa lalu. Thanks Amira banyak bagi nasihat & bagi semangat lagi.
Amira & Sha
Aktiviti pada pagi Jumaat tu ok je. Cuma saya ketiadaan mood sebab tak cukup tidur. Bila tak cukup tidur, jangan layan saya, jangan dekati saya. Haha. Danger, please be Aware. Tapi Sha terus-menerus cheer me up. Kami bercerita lagi & bla bla bla..
Akhowat
Jungle Trekking petang tu saya tak join pun. Sebab hujan lebat sangat dan saya sangatla risau jika hujan lebat itu makin buat saya tak sihat. So saya skip awal-awal. Lagipun jungle trekking ini macam tak kena sangat dengan saya la ok. Faham-faham sajala. Ratu Syahadah tak sesuai berkeliaran di dalam hutan dalam keadaan mengantuk. Ok tak ada kaitan..
Saya nak balik, saya nak balik, saya nak online, saya nak tu, saya nak ni, saya macam-macam. Sabar sajala saudara saya melayan perangai saya dalam SMS. Memang pun. After asar, lecturer saya pun ajak saya balik. Rasa macam nak sujud syukur terus kat situ. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa saya. Yeay !
Mak cik Nun yang hantar saya pulang. Naqibah usrah juga kalau tak silap saya. Sangatla baik, dah anggap macam seorang ibu walaupun baru kenal. Solat maghrib & isyak di rumah Mak Cik Nun, dinner kat luar, borak-borak, lepas tu baru balik campus.
Friend Visits :
Thank you so much to my junior KMM miss Nadiah (picture above) yang sanggup fly datang Kuala Terengganu, sanggup datang UDM semata-mata nak jumpa saya sebab kami dah lama tak jumpa. Terharu bukan bila dapat sahabat macam ni ? Sanggup datang dari jauh dari Melaka untuk visit saya. Saya pun sayang dia. Kami spend time every night, dinner, borak-borak. Sorry just for the two last night’s you are here, tak sempat nak spend time like usual sebab suddenly went to muqoyam.
Saya sedih sangat bila saat-saat nak berpisah dengan dia. Siap menangis sangat-sangat depan dia. Sungguh segan. Tengah hari tadi dia datang bilik saya. Sorry buat Nadia terasa selama ni. Saya bukan seorang sahabat yang baik kan. Saya selalu tak ada masa nak spend time dengan dia. Saya tahu dia banyak terasa dengan saya. Saya tak pandai nak hargai sorang yang sayang saya. Saya terharu sangat bila tadi jumpa dia bagi saya a bar of chocolate & sebuah buku agama. Dia sungguh memahami saya, apa yang terlintas di benak fikiran saya sejak akhir-akhir ni. Buku tu penyelesai tentang apa yang saya fikirkan sejak akhir-akhir ni. Sahabat, semoga Allah meredhai persahabatan kita. Ukhwahfillah.. Nantikan warkah dari saya nanti…
Bengkel Motivasi FIT :
Apa hal tiba-tiba ada bengkel motivasi ? haha. Hanya kami yang tahu. Congrats to motivater Raja Shamri Bin Raja Husin yang berjaya buat hati saya tersentuh. Dari cerita beliau, kata-kata beliau, berjaya buat saya termenangis. Dari cerita kesusahan hidup dia sampaila dia berjaya. Hari ni 5 kali menangis. ok lima kali. 2 kali sebab nak berpisah dengan Nadia. 2 kali sebab motivasi, sekali sebab tazkirah dari ustazah di pagi hening tadi. Baru je sikit ustazah bersuara, bagi tazkirah, dah keluar air mata. Rasa banyak sangat dosa, rasa bersalah sangat..
Semoga saya lebih baik dari yang lepas… Bermacam-macam kan pada tahun baru ni..
Off To Motivation Camp
I’m off to motivation camp at Melor, Kelantan.
Tak habis-habis dengan kem motivasi Evi ni ! err.. Actually cuti Deepavali bersambung sampai hari ahad ni patutnya balik rumah, duk diam-diam kat rumah kan. Dah nak masuk 3 minggu tak balik rumah. Tapi nak wat macam mana, Abg Ji keep calling, Evi kena datang, Evi kena datang. Saya ingat nak skip kem kali ni. Tapi tengah hari tadi bila saya call Abg Ji kata saya tak nak join, saya di soal siasat macam-macam kenapa tak nak join semua. Sebelum ni elok je saya join kem, kenapa kali ni tak nak ? Adehh disebabkan takut Abg Ji dapat mengesan apa yang saya alami sekarang, jadi saya bersetuju untuk pergi. Ain pun nak saya pergi sebab dia asyik kata, Abg Ji mesti nak saya pergi. Ehh betul ke ? Kenapa saya ? Sebab saya ni adik kesayangan Abg Ji ke apa ? ahah.. Ohh tidak.. Saya takut kalau dia tahu apa saya alami, saya takut kalau dia tahu saya terlibat dengan couple ni. Mesti dia tak suka, & akan dapat nasihat macam-macam dari dia. Takpe, saya akan jawab, “saya dah tak couple, saya dah serik, saya single, saya dah tak peduli dah dengan lelaki” Betul, saya hanya serah pada Allah tentang jodoh saya. Memang perit apa yang di alami, tapi nak buat macam mana, itu ujian Allah & setiap orang pasti akan mengalaminya walaupun sekali dalam hidup. Ehh betul ke ? Mintak parents carikan calon suami yang terdiri dari keluarga ‘NIK’ yang terdekat sudah, menepati apa yang mummy daddy nak Nik’s Family & orang dekat-dekat.
Kenapa saya nak skip kem motivasi kali ni ? Apa ingat Evi dah cukup untuk dimotivasi ke ? Diri sendiri tak terurus, memang saya perlu dimotivasi lagi. Tadi pun call bagitahu mummy kata saya tak nak pergi kem, nak balik rumah. Tapi mummy pulak menghalang. She said “Pergi la kem. Abg Ji harap kan Evi pergi kem.” adehh.. sabar je la. Nak melawan mana boleh, itu mummy, dosa besar huh ! Tapi bila cakap dengan daddy “tak nak balik rumah ke, nak pergi kem ke ?” ehh lain pula jawapan daddy. Pening kepala saya nak fikir. Sampaikan saya tak nak cakap dengan semua orang, hanya duk dalam bilik & tutup mata tidur tak payah fikir lagi. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, perlukan rehat & tidur secukupnya. banyak sangat kerja minggu ni, rasa diri pun tak terurus. tengok la hari ni pergi kelas pun pakai sandals tak matching dengan baju semua. Adehh.. Tidur pun sekejap pukul 3, sekejap bangun pastu tidur balik & bla bla bla.. Malam tadi Abg Ji call lagi, dia tanya lagi “Evi nak pergi ke tak nak ni ? Kenapa ni ? Macam tak happy je ni ?” errr kan saya dah kata, dia seorang motivater, mesti dia dapat cepat kesan tindakan saya
(
Bila pergi kem nanti, memang kena focus. This means that, saya tak dapat nak surfing net for 3 days 2 nights ? uuwwwaaa.. I’m gonna miss my Blog. Tak dapat nak tengok my hosting walaupun tak complete sepenuhnya lagi, bukan saya yang buat tapi someone & tak dapat access pun lagi, hehe. Hanya mampu tengok. Selalunya tengok & senyum sorang2 sampai roommate pun pelik ahah. Sebab saya memang suka & sayang la pada new web tu. Lagi 1, no Facebook. *s0b*s0b*.. Tak dapat nak main Farmville, Farmtown, Barn Buddy, Cafe World, UNO & bla bla bla. Heh Evi tak study ke main benda tu je ? haha..
Lagi 1, baru je dapat assignment Network Security dari En. Faisal. Best ! adehh sebab saya tak faham soalan sebegitu. Ddos Attack ? Ping of Flood ? Keyloggers ? Rootkit ? bla bla bla.. Finally, find the Coding in DOS to run ping of flood. ambikk…. sukeee sangat coding nih.
(
Minggu ni banyak menghabiskan masa di bilik lecturers~ Haha sampai sejam lepak di bilik lecturers semuanya pasal study, final exam, assignments, projects~ Huargghh…
Software Testing Progress + Complete Testing + Project Web Programming
( + How to install Security Methods & Hacking Tools in LINUX. owh yea.. guide me please !
Dalam kepala saya hanya fikir pasal kerja yang tak siap, pasal final exam & pasal Hosting heee ada jugak eyy.. Yang lain-lain perkara remeh-temeh lagi-lagi pasal cinta saya dah tolak jauh-jauh.. Jadi sesiapa nak berbicara dengan saya, hanya boleh berbicara tentang benda berfaedah ok ! Evi is Evi.. Nothing can change me Accept me, myself & I~
4 hari tidak akan berada di UDM~ hoho I’m gonna miss UDM @ someone in UDM~ errr Syu.. u knoe what ? haha.. Evi stop talking about hosting. Finish your work first. Heyy lebih baik saya ingat & fikir pasal hosting dari saya fikir tentang perkara yang mengganggu fikiran saya. Bila saya fikir tentang ni, hilang segala benda yang tak penting ahah. Bukankah ia juga satu proses pembelajaran ?
Talkative pulak Evi malam ni. Haha.. owh k, doakan saya selamat sampai yea.. Memerlukan tidur yang cukup untuk drive balik KB~ nighty nyte people !





