Posts Tagged ‘Kisah’

Jodoh tu Jumpa Macam Mana ?

Siapa yang tak pernah terfikir macam mana diri dia akan bertemu dengan pasangannya. Mesti semua orang pernah terfikir kan.

Kita sering dengar, kita sering ucapkan, “jodoh pertemuan semua Allah tentukan” . Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu berusaha untuk mencarinya. Macam sahabat saya kat Jordan kata, “ini bukan cerita fairy tale, tiba-tiba turun prince charming dari mana entah datang meminang terus nikah..” Bukan bukan. Kita juga perlu berusaha. Ada juga dia cadangkan supaya minta pandangan naqibah usrah tentang ni, minta carikan jodoh. Err saya tak rasa itu cara terbaik untuk saya. Tidak tidak. Macam takde hal tiba-tiba saya nak kemukakan benda sebegini dalam usrah. Ya Allah, saya dengan usrah saya pun entah macam mana nak bagitahu. Macam mana saya boleh ter join, macam mana saya boleh mendekati semua tu, kalau nak cerita panjang pula. Saya tak rasa saya boleh cerita benda ni. It’s personal. Hanya sahabat terdekat yang tau. Walau apa pun, saya redha, saya tahu Allah buat semua elok dah, takdir Allah untuk saya amatla baik dah.

Takde cara yang salah dalam usaha mencari jodoh selagi tidak bertentangan dengan syara’. Dan juga tak salah jika pihak perempuan meminang pihak lelaki sekalipun, kerana ianya tak bertentangan dengan syara’ tapi hanya masyarakat punya mentality saja yang memandang pelik pada perkara sebegini. Lagikan Saidatina Khadijah juga meminang Rasulullah saw.

Jodoh. Kat mana-mana pun boleh jadi asbab jika itu memang jodohnya. Bila-bila masa pun boleh jadi asbabnya jika memang jodoh dah tiba. Jika memang jodohnya, tak pernah jumpa ke, tak pernah cakap ke, tak pernah ada perasaan sekalipun, kalau dah jodoh, bersatu juga. Punyala sayang, cinta, berkasih-kasihan, ke sana ke mari setiap masa, contact 25 jam sehari, 8 hari seminggu sekalipun, kalau bukan jodoh, kalau Allah tak izinkan, tak payah melayan mimpi indah untuk bersama. Buang masa je semua tu.

Ya, buang masa. Saya juga pernah mengalami saat-saat sebegitu. Biasala, kemuncak perasaan pada umur sekitar 18 hingga 22 tahun. Bukan saya saja, tapi itu lumrah kehidupan, lumrah remaja berumur lingkungan itu. Buang masa bila ternanti-nanti orang di sana call, SMS, membuang masa lagi dengan berborak di telefon, menghabiskan masa lagi meluangkan masa-masa yang tak sepatutnya di luangkan bersama pasangan yang belum ada ikatan yang sah & juga belum tentu akan ada ikatan yang sah dengannya nanti.

Baiklah, macam saya katakan di atas tadi, jodoh boleh bertemu di mana-mana, juga pada bila-bila masa saja. Seperti yang selalu saya bisikkan pada diri saya, “semua yang berlaku, Allah buat elok dah. Allah lebih tahu”.

Kebiasaannya mereka bertemu dengan pasangannya di tempat belajar mahupun tempat bekerja. Ini perkara biasa. Dalam suasana belajar, tempat kerja, bercampur lelaki mahupun perempuan. Buat kerja bersama, jeling-jeling, tengok-tengok, intai-intai, maka terjatuhlah cinta itu.

Dipertemukan oleh parents, family or friends. Ini juga perkara biasa yang kita dengar. Ada yang parents kenalkan, ada yang abang kakak adik cousin yang kenalkan, tak kurang juga sahabat mereka yang kenalkan. Kawan kepada kawan, kawan punya abang, kawan punya kakak, kawan punya adik & seangkatan dengannya.

Ada juga yang jenis terjumpa sebab terlanggar bahu ke, lepas tu sebab tersalah ambil barang ke, tolong angkat barang ke, tolong selamatkan dari orang jahat ke & pelbagai jenis cara pertemuan that can be categorized as pertemuan yang tak di sengajakan. Macam cari asbab je jenis-jenis pertemuan yang tak di sengajakan tu.

Dunia moden : Social Networking. Beberapa tahun lepas, mula-mula macam pelik bila mereka berkenal-kenalan di Social Networking lepas tu terus nikah. Memangla pelik. Tapi sekarang macam dah biasa dah. Tak kira la social networking tu Friendster ke, Facebook ke, Myspace ke, mahupun blog. Kira macam kenal dalam internet world la. Not exactly can be categorized as Social Networking, but more to internet World. Ada orang memandang lekeh dengan cara sebegini. Dulu saya pun memandang lekeh dengan cara sebegini. Tapi bila fikir balik, nak buat macam mana, memang dah tu jodoh dia. Allah dah tetapkan cara macam tu mereka bertemu dengan pasangannya.

Memangla kalau boleh, saya pun tak nak cara sebegini. Kalau la sekarang berada dalam fairy tale punya story, boleh la saya choose, boleh la saya create kat tempat mana, masa bila & macam mana saya nak jumpa dengan bakal suami saya. Kalau boleh saya nak jumpa pada tahun 2012, di tempat itu, di hadapan itu, di perkenalkan oleh mereka, & di situ menjadi saksi segala-galanya. Indah bukan ? Ok, keluar la dari dunia fantasi. Hehe. Lagi nak tambah, nak ciri suami yang macam mana pula kan ? Itu tunggu entry seterusnya. Ciri-ciri suami pilihan dah ada dalam draft, dah berapa bulan dah, Cuma tak publish je lagi.

Setakat ni itu saja la jenis macam mana bertemu jodoh. Tak pasti pula kalau ada yang lebih pelik selain tu. Ada sesiapa nak share ?

Di sini saya tampilkan gambar yang entah apa-apa. Actually, before saya pergi melayan perasaan di pantai, ada la orang tu kan dia rindu kat Pantai Tok Jembal kat sini. Jadi dia mintak letak gambar sekali. Tapi saya lebih-lebih letak gambar saya, bukan gambar di sekitar sana. Yela, orang tu entah bila boleh ambil angin di Pantai Tok Jembal lagi. Orang tu dah pergi Cairo tengok konsert Maher Zain. Hehe.

************************************************

Saya ada cerita lagi, cerita lain pula. Cerita baru tentang Facebook. Tidak tidak. Bukan facebook saya. Kalau kita takde facebook sekalipun, kita still boleh tengok profile orang lain kan, lagi-lagi yang public profile. Baiklah, mula-mula saya tengok blog & YM. Dengan orang yang saya cerita dalam entry sebelum ni, yang saya kata nak YM tiba-tiba tu. Tak payah bagitahu la kan sejak bila YM dengan orang tu. Saya juga tengok blog dia walaupun teramat jarang dia update. Then, saya nampak je Facebook Badge dia kat blog tu, Cuma selama ni saya macam tak rasa pun nak tengok. Sekali, petang tadi tiba-tiba rasa nak tengok. Memang la tak add pun, just tengok macam tu je. Tengok & tengok. Baik punya orang ni. Ada seramai 200++ dalam friends list dia, tapi tak sampai 10 pun muslimat dalam friends list dia. Bukan saya baru perasan, dah lama perasan kat blog dia, seingat saya takde pun link blog akhawat. Saya tak rasa dia takde sahabat akhawat, even dia seorang pemimpin yang hebat, semestinya banyak terlibat dengan anak buah yang juga terdiri dari akhawat. Saya tahu, dia amat menjaga.

Rupanya masih ada lelaki sebaik itu, sesuci itu. Ya Allah, bukan saya nak puji ke, puja ke. Bukan bukan. Ye, mesti dia filter mana-mana muslimat yang add dia. Memang saya bersangka baik habis dengan dia selama ni. Sangatla beruntung pada sesiapa yang berdamping dengan dia. Bukan saya kata lelaki lain tak baik. Bukan, saya tak maksudkan begitu. Dan saya juga tak kata dia perfect. Tapi itula dia. Susah kan nak cari lelaki umur sebaya saya yang memang siqoh macam tu.

Ya Allah, ini kah dikatakan jodoh ? Haha berangan pulak~ Tiada tiada. Saya tak layak degan orang sebaik dia walaupun dia melayan saya dengan baik. Saya masih teringat kata-kata dia “saya busy macam mana sekalipun, tapi saya tetap ada masa untuk berdakwah..”

Last night saya YM dengan dia bukan apa. Macam dalam entry sebelum ni, saya macam takde mood nak study. Jadi macam luahkan la sikit pasal tu. Then bla bla bla. Nak push up balik semangat.. syukran :)

Filed under Uncategorized

Syukran ya Akh

Saya bukan nak bercerita tentang orang, bukan nak memuja orang, tapi saya nak share tentang saya di tarbiyah, di tegur, di nasihati & macam-macam..

Tapi kenapa akh ? kenapa tidak ukh ? Sudah tidak adakah mereka yang boleh berdakwah ? Saya tidak ada jawapan pada itu. Mungkin kebetulan, mungkin ketentuan Ilahi. Tapi yang pasti, dia adalah seorang blogger yang saya suka tengok, baca blog dia tanpa pengetahuan sesiapa. Kira ‘silent reader’ la selama ni. Semuanya kerana Allah, bila saya dapat chat walaupun sekejap, tapi rasa berharga sangat.

Saya ni jenis memendam, sukar untuk meluahkan. Tapi seboleh mungkin saya bertanya sedikit tentang kisah yang saya pernah alami. Walaupun saya di soal siasat macam-macam, saya jujur berterus-terang walupun ianya perit. Paling terasa di lubuk hati ni adalah tentang aurat. Saya masih ingat lagi kata-katanya “kehormatan bermula dari aurat”. Betul, cuma saya ni yang lemah, yang tidak kuat untuk menjaga semua itu. Katanya lagi “kalau boleh,longgarkan sikit pakaian tu” .. Tentang pergaulan, insyaAllah ianya lebih terjaga. Saya akui yang satu itu iaitu aurat, masih dalam ke arah perubahan yang lebih baik. Saya masih perlukan masa.

Memang tak senang & juga tak susah untuk melupakan apa yang berlaku. Tapi kita perlu nekad untuk buat keputusan. Ramai yang tahu, ramai yang selama ni follow blog saya, baca blog saya, mengikuti kisah saya, perkembangan saya, lagi-lagi tentang kisah cinta saya. Memang penat untuk menjawab persoalan demi persoalan. Lagi-lagi sekarang ni saya dah tak banyak nak bercerita tentang cinta. Cuma kali terakhir post tentang pengakuan yang sangatla exclusive pada 3 September lepas. Kalau-kalau la korang ingat, nak tengok, rujuk la balik archive September 2009. Di mana saya membuat pengakuan, artikel tentang seseorang semasa dia berangkat ke Irbid, Jordan.

Mungkin readers ingat kisah itu berlalu di situ sahaja. Tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebalik itu, Bermacam-macam drama lagi selepas tu. Ia betul-betul menguji kesabaran saya. Sudahla bercerita tentang kisah yang tiada penghujung. Sekali lagi saya katakan, ‘kisah yang belum ada penghujung’. Bila orang tanya, bersoal siasat dengan saya, susah saya nak jawab. Buat apa kita nak cerita tentang orang yang……. Erm tak usahla nyatakan di sini.

Ya Allah, tetapkanlah hati ini, Kuatkanlah hati ini, jangan bolak balikkan hati ini. Semoga aku tak merindui sesuatu yg tak halal bagiku.. Tabahkanlah hati ini ya Allah.. Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untukku. HanyaMu ya Allah yang tahu apa ada di dlm hati ini..

Syukur ke hadrat Ilahi, masih ramai yang sudi menegur diri ini, menasihati diri ini, mentarbiyah diri ini. Saya menerima segala teguran, nasihat. Saya tidak menolak, tidak melawan. Malah saya lebih suka bila ada yang selalu ingatkan saya. Tak susah kan untuk mendidik saya ? Asal kena dengan caranya. Doakan saya.. Sebab itu saya mengharapkan seseorang yang sah, yang halal untuk saya supaya memimpin saya ke arah kebenaran, supaya kami sama-sama menuju ke Jannah ciptaan Allah  yang sangat indah.. Tapi bukan pada yang mengheret saya ke arah kebatilan.

Bagaimana nak lahirkan bayang yang lurus jika kayu pun dah bengkok ? Bagaimana nak hasilkan sebuah keluarga yang soleh, yang bahagia jika asalnya pun sudah di cemari dengan pelbagai dosa noda & juga jika ia terhasil dari cinta yang tidak diredhai Allah ?

Sama-sama renungkan. Juga untuk diri saya yang dhaif ini..

Semoga saya tak jatuh dalam jurang cinta yang belum halal bagi saya.

Filed under heart

Bowling FIT

Tengah hari tadi ada pertandingan bowling di antara pelajar Fakulti Informatik kat KT Bowl Astaka. ahah actually first time sampai bowling kat sini. hoho lane sikit je, ada 10 je. ahah. Jauh lebih baik kat KB Mall ahah..

Semua diarahkan berkumpul pukul 12pm. Tapi budak-budak ni suka hati je datang lambat. I Hate Waiting. Sampai kat town dah terus zohor & solat zohor kat sana. Toilet tak payah cakap, like hell. Memang amat geli. isk~

My Team~ Ijah, Iqa, Maj. Actually main saja-saja suka-suka. Bukan serious sangat pun ahah.. Di sebelah kiri & kanan adalah lane juniors sem 1.

b3

Yang si baju merah ni la Juara. Memang hebat. Tapi… haha takpe, takpe. Aku simpan rahsia ko. haha. Dia ni my Junior Sem 3. Gang dia memang hebat. Kalau dia tak ada, mesti kami dah menang haha..

b2

b

Pukul 5.30 baru bus sampai datang ambil kitaorang. Dengan jalan jam lagi, pukul 6.40pm baru sampai UDM. Penat tak payah cakap la. Tapi saya sangatla makan banyak hari ni. Pisang Goreng, Prawnballs, Crabmeat, Cup Corn, Fried Mihun at Bora-bora Cafe & Lastly Ice Cream at Mc Donalds. haha. Kat bilik makan nasi ayam lagi. Adehh saya semakin banyak makan sejak akhir-akhir ni.

Dan hari ini juga saya nak share 1 cerita yang nak bagi pengajaran kepada semua readers. Cerita ni actually tak siapa yang tahu, even kawan saya sendiri. Hanya Syuzana & roommate saya pun baru tahu dalam seminggu lepas, tapi diaorang hanya tahu gitu-gitu je. Saya bukan nak buka aib saya sendiri ataupun aib orang lain. Tapi hanya sekadar berkongsi.

Suatu masa dulu, ada seorang staf di sini nak kenal dengan saya. Saya tak nak nyatakan di sini dia staf di kampus Kota @ Kusza. Masa dalam satu program tu dia nampak saya, & dia minta no. fon saya dengan kawan saya di fakulti lain. Mula-mula memang kawan saya tak nak bagi. Pastu kawan saya selalu cakap, dia kirim salam la, pastu dia mintak lagi. Lastly, kawan saya pun bagi la. So dari situ la dia contact saya. Saya tak cam pun dia mula-mula, tapi dia cam saya. Ada sekali tu, dia datang kat blok nak jumpa saya. Sepanjang kenal ni, hanya 3 kali baru jumpa dia.

Memang mula-mula saya ingat dia single. Tapi lama-lama saya rasa macam dia tu suami orang. Sebab dia hanya call time office hour, tapi masa malam pukul 11, 12 malam dia ada SMS juga. Saya pun ignore je & kadang-kadang je contact. Saya pun satu hal, kenapala tak pernah nak tanya apa status dia. Sebab saya memang tak peduli, tak take serious pun sebab bukan rapat sangat. Baru ni masa ada dinner Faculty, dia ada call. Sebab dia tahu Faculty saya ada buat dinner & dia tanya saya pergi ke tak. Tak perlula saya bagitahu readers apa lagi yang kami contact. Sekarang saya nak exam, banyak pula ada SMS tanya study macam mana semua. Saya pun hanya reply macam biasa anggap macam seorang sahabat tanya.

Tadi, saya memang ada SMS sebab pasal saya ada bowling Faculty. Entah macam mana, masa balik, saya tiba-tiba rasa nak tanya seorang staf lain pasal dia. So mula-mula saya tanya biasa-biasa je. Saya pun terkeluar tanya

“Encik, Encik K dah kawin ke” ?

“Dah kawin la. ada 2 3 orang dah anak. Baru dapat baby baru ni. kenapa, awak tak tahu ke ?”

“Encik, biar betul. saya tak pernah tahu pun. habis yang dia contact saya selama ni apa ? jangan tipu..”

“betul la, buat apa saya nak tipu. Mari saya call dia sekarang, awak dengar sendiri”

(then Encik tu call, buat loudspeaker) & bla bla bla… pastu…

“sy tak menghalang. saya hanya bagitahu dia suami orang. terpulang pada awak. rumahtangga kalau tak ada masalah jangan cari masalah. tak salah nak berkawan. tapi pandai-pandai la”

“terima kasih encik. kalau tak, memang saya tak tahu sampai bila entah”

Memang confirm dia suami orang. Saya tak pernah tahu pun selama ni. masa tu juga saya nak SMS dia, tapi fon saya pula battery empty. Ya Allah, tuhan je tahu geramnya rasa. kenapala selama ni tak bagitahu je awak tu dah ada isteri ? Subhanallah.. Balik je, terus saya SMS dia & …..

“dah ada anak tak bgtau pn ey”

“dah tak pernah tanya”

“awak pn bkn nk gtau slma ni dh  ada anak, istri, xpnah cte pn”

“sy igt awk dh dpt agk dr awl”

“sy xtau pn awk dh kwin, xpnh tau pn. sy rsa mcm pnh tny, tp awk mcm xnk jwb. cra awk tu xnmpk pn awk dh kwin. mana sy tau. ni pn tau dr org lain”

“sy tgu evi tny,tp xpnah lak evi tny”

“awk yg xpnah cte. rsa bsalah sgt slma ni duk msg dgn suami org. mlm2 plak”

“spatutnya sy yg rsa bsalah. sy yg mulakan dlu nk knl evi. sy minta maaf dgn apa yg blaku. tpulang pd evi nk go on @ break je”

“awk dh ada istri, knp dulu nk knl dgn evi jgk. xdpt bygkn apa psaan istri awk kalu tau ni. mst awk ada msg dgn student len jgk slain evi kn. mmg evi dh xcya kt laki lg”

“sy knl evi pn scara spontan. xsngka sy knl evi smpai hr ni., igt x serious. utk pgetahuan,slma dsni, evi student first yg plg sy knl rpat. tpulang pd evi nk kata apa. minta maaf spnjang psahabatan kita”

“evi xtau apa tjuan awk nk knl evi sdgkn awk dh ada istri. apa lg yg awk nk. ntahla !”

bla bla bla~

Selama ni maybe salah saya juga tak pernah tanya. Tapi saya pun tak pernah sangka. Dalam ramai-ramai orang masa program tu, dia nak kenal dengan saya. Saya sangka dia single. Saya tak terfikir pula suami orang akan nak kenal dengan saya. Ada juga kadang-kadang tingkahlaku dia tu yang saya rasa macam dia dah ada isteri. saya terfikir nak tanya Abg Ji, tapi saya takut nanti di soal macam-macam. Lagipun saya pun tak nak la heboh-heboh, nanti orang kata ada scandal dengan staf pula. Entah tergerak hati macam mana tadi, terus tanya staf yang satu lagi. huhu.. So pada suami-suami orang, tolongla jangan buat macam ni. tak payah la nak cari masalah ok. Pada perempuan pula, siasat la dulu siapa mereka lelaki itu.

Saya tahu dia akan baca blog saya. Saya tahu dia memang buka blog saya. Tak kisah la dia nak terasa ke, apa ke dengan apa saya katakan. InsyaAllah saya masih simpan rahsia ni. Saya tak akan bagitahu siapa awak, yang mana satu. Mungkin ramai yang kenal awak kalau saya bagitahu kat sini. Tapi saya masih jaga aib awak, cuma tolongla jangan buat lagi.. kesianla kat isteri awak kat rumah.

...baru ni orang ganggu saya punya, sampai saya tak boleh terima lelaki itu lagi. rupa-rupanya dalam masa yang sama saya pun dikira mengganggu orang punya..

Filed under MyLife

Menjelang Imtihan

Semua students tengah menunggu hari itu. Semua orang kalau boleh nak tambah seminggu lagi study week. Sebab study week ni bukan sempat study pun. Tapi kena siapkan report, presentation, assignments. Lagi-lagi yang saya suka task yang En. Faisal bagi. ‘Sangatlah saya suka’.. haha.

“En.Faisal, kenapala bagi task macam ni ?”

“Eh, biasala belajar”

Haha.. Baiklah, kalau saya sendiri buat memang sumpah tak menjadi. Mujurla ada orang yang tolong, bagi guide. Thanks la sangat-sangat. Memang Problems Solver ahah..

Kisah semalam (26October2009)

Nak update blog pun tak sempat. Nak main game café world kat Facebook pun tak sempat. Kesian customers saya kelaparan tak ada makanan kat café saya. Nak online pun tak larat. Hari yang sungguh penat dan pening. Semua yang terlibat jadi pening. Sampaikan saya tidur seawal pukul 9pm++ lepas tu bangun pukul 8.30am esoknya. Tapi dalam pada masa tidur tu, sekejap-sekejap saya terjaga, macam tak lena sangat. Lagi-lagi bila ada SMS la, calls la. Saya amat bosan. Sungguh tak ada masa nak melayan benda tak penting. Kecuali benda penting, bolehla saya terima. Saya lagi tak suka pada orang yang tak faham bila saya kata saya busy. Kalau sibuk faham tak ? Kalau setakat nak SMS Tanya “hye, awk wtpe tu” , “awk dh mkn ke” , “nak call awak boleh” & bla bla bla.. Baik tak payah. Saya dah besar,boleh jaga diri saya sendiri.

Langsung terlupa ada kelas ganti Design Engineering & Software Testing pagi ni pukul 8. Mujurla sahabat-sahabat ingatkan. Bangun je subuh tadi terus macam rasa tak ada mood pun nak pergi kelas. Bajet pukul 9 nak pergi Lab sambung buat Cik Snort. Sekali, pukul 8 Syu datang bilik ajak pergi kelas. Saya hanya menggelengkan kepala pastu sambung tidur balik. Beberapa minit kemudian, ada lagi kawan datang bilik ‘knock knock’ . Saya ignore je & sambung tidur. Pukul 8.30 Syu & Ain SMS, “kelas kat Lab Blok A” hah ? kantoi la saya kalau pergi Lab tapi tak pergi kelas. Secara express, terus bersiap & pergi kelas. Sampai je kat sana, lecturer menghabiskan slide terakhir. Haha..

Masa nak present tadi, rasa confident semacam je. En. Faisal angguk tanda betul je apa saya cakap. Saya dah hafal scripts, & memang bersedia pun nak jawab apa. Thanks lagi pada Encik Problems Solver.. Siap boleh main tunjuk-tunjuk pula kat En.Faisal www.evilolyta.com . “Ni la my own hosting.. Tengok ni, baru dalam 4 hari, dah 66 unique IPs, dah 415 hits dah.” Haha En.Faisal layan je, senyum & siap bagi cadangan lagi haha..

Teringat pula nak beli something untuk baby cousin saya yang berumur dalam 45 hari. InsyaAllah hari jumaat ni nak visit baby & mama baby. So pilih la nak bagi apa kat baby ni ahah.. Sungguh saya geram tengok barang-barang baby yang cute sangat-sangat. Tak sabar nak ada baby sendiri. Ooppsss.. Suami pun belum ada. Calon Suami pun tak ada. Bakal suami lagi tak ada. Dulu saya tak suka baby & budak-budak. Sejak tahun lepas kot saya dah suka sikit-sikit dengan cousin yang baby. Ahah tak adala baby sangat, umur dalam 2 tahun dah kot haha. Cepat-cepatla nikah & dapat baby yang comel-comel heee… Lagi la terkilan sebab tengok ramai yang upload gambar baby diaorang kat Facebook, Friendster Ahh kerek Friendster ! haha.. Bila pula turn saya nak upload gambar baby sendiri ? Sungguh rasa keibuan kan ? haha

Kebiasaannya pada musim imtihan, mesti saya melenyapkan diri, melarikan diri dari semua orang. Tapi kali ni saya ada je kat UDM. Haha. “Did you missing something ?” Oyeah, kerja yang bertimbun tu yang mengikat saya terus berada di UDM. Lalala~

“Syu rasa geram nak candid gambar evi, sebab nampak sangat kat wajah evi happy sangat sekarang ni”

Haha. Banyak kerja tension macam ni pun nampak ni happy ke ? Maybe sebab lega ada report, kerja dah siap kot ahah..

Ayah pula sejak akhir-akhir ni macam mengawal & buat spot-check pula.

“Jangan keluar dengan lelaki, jangan contact lelaki. Kalau contact pun, pasal kerja je. Jangan message benda lain”

“Eh, mana ada ayah. Mana ada. Tak layan pun la..”

“Jangan jatuh cinta pulak dengan sesiapa”

“Eh, mana ada jatuh cinta..” (Macam tau-tau je nak ke arah itu) haha.

“Takleh kira Evi ni..”

Haha…. Mujurla saya ni jenis mendengar kata mereka, patuh pada arahan, rules mak ayah. hehe

Filed under MyLife

Kisah Balik Semalam & Hosting Lagi

Kisah Balik Semalam~ Seperti yang diketahui saya balik sorang-sorang bertolak selepas maghrib. Dah berapa kali nak bagitahu, penat dah nak jawab. Memang la pelik kenapa saya buat macam tu, sedangkan ramai yang menghalang, aunty saya, sahabat saya. Tapi entahla. Buat keputusan ikut kepala sendiri. Saya rasa biasa je, saya rasa dah biasa jadi saya tak kisah. Tapi ramai yang risau pasal saya. Lagi-lagi daddy yang memang tak sedap hati nak lepaskan saya pergi balik sorang-sorang. “Evi balik la pagi esok. Ayah risau ni. Kenapa tak nak dengar ayah cakap ni” .. Ayah tetap pujuk tapi saya cakap saya nak balik jugak. adehh.. Dah la memang sepanjang jalan hujan lebat + ribut + jalan sibuk je. huhu

Petang tadi tiba-tiba Abg Ji call. Abg saya ni buat spot-check lagi ? Terus dia tanya

“Kat mana sekarang ni ?”

“Kat UDM la”

“Bila balik ?”

“Semalam”

“Bila ?”

“errr pas maghrib bertolak”

“dengan siapa ?”

“err sorang”

“sorang ? balik ikut jalan pantai gelap tu ?”

“err… a’ah” (habis aku kena soal siasat kali ni)

“eh eh Evi ni. bahaya tau tak. dah la perempuan, malam pulak tu. sorang lagi. kalau jadi pape, macam mana ?”

“InsyaAllah tak jadi pape Abg Ji” (jawab macam tak ada perasaan)

“eh eh.. bahaya tau tak. Abg Ji dengar macam-macam dah jalan tu”

“err ape ?”

“nantila Abg Ji cite. Jangan wat gtu lagi”

“err InsyaAllah” (tak janji tau)

& bla bla bla….

haha. kan dah cakap~ kalu dengan Abg Ji saya terus tak terkata. sebab dia sebagai seorang abang memang agak tegas dengan saya. Dia memang banyak ambil berat pasal saya. Dah faham perangai saya macam mana. Macam dulu saya memang degil, dia yang banyak mendidik saya, merubah saya. Sebab dulu memang tak dengar cakap mak ayah. Tu zaman jahil muda-muda dulu la. hoho tapi cara Abg Ji tu memang boleh lembutkan hati saya. Sehingga la saya yang banyak berubah ke arah kebaikan sampai sekarang, dari Allah tapi asbabnya dia.. Lepas tu sampaila sekarang, banyak merubah saya sampai patuh & tak melawan cakap mak ayah sejak 4 tahun lalu. InsyaAllah lepas ni saya tak buat perangai yang buat semua orang risau kat saya lagi. Nanti saya kena ada suami yang boleh didik saya dengan cara yang baik la. Nak belajar, boleh belajar dengan Abg Ji macam mana uruskan pasal saya ni. ahah.. Saya sebenarnya senang di didik, di tarbiyah tapi biar kena dengan caranya. Tak susah pun. Saya mudah menerima benda yang baik asalkan mengikut tingkah laku saya.

Hosting :

errr Thanks lagi yang tak terhingga kat Mr. Admin saya.. Dia yang banyak pantau perubahan dalam blog ni. Apa yang saya buat dengan blog ni. haha. “saya dah backup template. Sekarang boleh la main edit-edit”.. haha saya ni boleh menjahanamkan coding & tukar ikut suka hati. Mujurla ada Mr. Admin..

Tak sangka kan~ Patutla memahami.. Guess what~ saya punya birthday & Mr. Admin punya birthday pada bulan yang sama & beza 2 hari je & tahun memangla berbeza. ahah. Bila sama-sama bulan June ni memang memahami & boleh baca fikiran ke apa ? ahah.. Saya pun tak tau. Saya main agak je. ahah..

Saya dah pening nak add link banyak sangat, nak add itu, add ini. Jadi memang buat masa ni blog ni tak teratur. Suka hati saya je nak main add. Pastu Mr. Admin yang guide saya, betulkan apa yang saya buat. Terharunya saya..

Dengan web hosting ni, saya terlupa dengan masalah, saya terlupa dengan benda yang menyakitkan hati saya, saya lupa pada cinta manusia si lelaki yang pura-pura. Lebih baik saya bercinta dengan blog. Memang tenang la. ahah.. & Mr. Admin pun bagi tips : “yang penting hati kita tenang. sentiasa senyum, ceria. Jangan sakit hati dengan orang..” :) Betul-betul…

Baiklah, esok saya ada re-test Software Testing. re-test ok. Means that, mark test baru ni agak teruk. 1 kelas kena buat re-test. haha.. Open book pula tu. Confirm susah.. Ong Yew Chuan paling tinggi pun dalam 31/65. Kami yang bawah-bawah ni lagi la bawah.

Nantila sambung-sambung edit blog ni. :)

Filed under MyLife