Posts Tagged ‘kisah di lab’
Second week of semester 7
Jangan bosanlah. Story aku hanya pasal apa aku buat this week. Dah takde enjoy dah. Takde. Biar last night ada enjoy sekejap dengan !@#$%^&* kat kopitiam. Taklah, aku follow Ainni je. Haha !
Resume : baru sudah submit tadi. Thanks Yaya !
Final Year Project (FYP) : phew~ langsung tak terfikir dalam kepala nak buat tajuk ni. Walaupun aku major in Software Development, tapi semestinya aku langsung tak nak buat FYP berkaitan dengan web based system & apa-apa berkaitan dengan programming. Ok networking. Aku suka ! walaupun tak pandai mana, tapi aku suka sangat. Bagi aku, nak develop web based system ni macam susah. Tapi, lecturer aku cakap, network configurations lagi susah dari nak develop system. Tapi bagi aku, terbalik pula. Thanks tu supervisor, also thanks to En. Faisal lah semestinya. Kalau tak, aku terkial-kial lagi cari tajuk. Yelah, pesanannya “pasni kena rajin sikit, kena serious, kena buat betul-betul” .. haha
Assignment 1 : username & password sniffing. Wireshark lagi. Benda ni la buat aku ulang-alik pergi lab. Orang lain pergi lab pukul 8am, 9am. Aku pergi lab pukul 11am. Dahla lecture pukul 10am semalam aku terponteng, terlajak tidur. Haih.
Ok, aku rasa aku dah rajin sikitlah sekarang ni. dah rajin pergi jumpa lecturer Tanya itu ini. Walaupun aku sangat mengada-ngada pergi faculty, pergi lab, mesti pergi dengan kereta. Dah malas gila jalan kaki sekarang. Kadang-kadang zuhud, jalan tengah panas sorang-sorang pergi lab sampai junior aku pun terkejut. Tapi kadang-kadang sangat mengada-ngada tak boleh kena panas langsung. Aku pun tak tahu. Ikut mood lah. Juga aku malas nak pergi dengan kereta sebab susah nak cari parking. Phew~
Lagi apa lagi ? ohh aku tak sabar tunggu hari Jumaat. Specifically, pagi jumaat. Ok tunggulah.
Got to go. Nak pergi lab !
Cluster Computing Success ?
7 April 2010 : Tarikh keramat sebab kena present cluster computing. Tentang tajuk di atas, saya Tanya, cluster computing punya presentation success ke tak ? Jom story..
Baiklah, what is cluster computing ? In my words la, cluster computing ni linked of computers that worked together to increase the performance of the processor. Jadi, bila makin banyak nodes, jadi run time needed for processor to run is decrease.
sumber : abang google
My Group members for this project are : Kak Liza, Ain, Syuzana, Hafizah Noor & Haziqah Auni. First of all, congratulations sebab finally dapat juga finished this task on time. Walaupun result tak dapat sebab bukan kami yang salah, tapi macam lecturer kata, kami guna Linux Redhat yang version yang maybe tak support for this clustering. Nak ping nodes lain pun agak lambat. Nak SSH pun memang tak response sampai connection timed out, nak test gridmpi pun tak response & scampi pun bad RSH/SSH. Saya tahu yang bukan computer science’s people tak faham apa saya merepek ni. Ahah. Mesti dah bosan kan.
Kak Liza : Selaku paling kakak & paling ‘bijok’
Teamwork : Memang penting. Nampak macam ramai dalam satu group ada 6 orang kan. Tapi ni bukan main-main punya task. Even saya rasa macam tak cukup pun. Haha. Tamak woo.. Yang ni nak wat report, yang ni nak search kat internet, yang ni nak jaga master punya node, & other two client’s nodes lagi, nak setup switch lagi. Eh, susah ke nak main-main sambung switch, cable, nodes ? Cuma malas nak gerak-gerak pergi sana sini. Nak jadi static je, tak nak jadi macam dynamic IP. Err ?
Sejak bulan February kot kitaorang start buat project ni. Bayangkan, every weekend after zohor start berkumpul kat rumah angah, buat discussion sampai sebelum subuh esoknya baru balik bilik masing-masing. Actually, campur dengan diaorang tengok movie. Ahah.
Last night, ngam-ngam je siap. Last night punya la kemuncaknya sebab saya tak tidur langsung pun. Group members yang lain pun tidur dalam kul 4am dan ke atas. Kesian habis. Bukan setakat tu, ada dua orang yang tidur di first class, dua lagi di business class & ada yang tidur di economy class. Haha. First class ni sebab tidur kat bed, business class tidur kat sofa & economy class tidur kat atas lantai je. Kesian habis.
Lepas subuh tadi, baru kami balik. Presentation kan pukul 9am. Jadi saya ambil masa sekejap untuk tidur. Masa nak balik tu, cuak habis. Masa tu pukul 7am, student campus Kota dah siap tunggu bus nak pergi kelas dah. Banyak pula tu bus kat situ, dengan pok sekali ada. Cuak dah, takkan nak melintas depan diaorang dengan baju tidur macam ni kan ? then, ikut jalan lain yang perlu langkah drain yang besar. Kitaorang penat, pening tak cukup tidur pun asyik gelak je tengok each other bila terkenangkan macam-macam hal kitaorang ni dalam masa buat project ni.
Sampai dekat blok, rupa-rupanya ada group lain pun tak tidur juga, siap duk kat tepi blok lagi sampai pagi. Lagi kesian kan. At least kitaorang bersyukur dah, takdela nak merempat kat tepi blok, kat luar berperang dengan nyamuk lagi, dengan pak guard lagi. Haha.
Ain & Syu
Presentation tadi pukul 9am, tapi 9.15am baru start sebab nak setup all those things lagi kan. Mujur la lecturer ok je, faham je kitaorang semua tak tidur, mengantuk, penat & agak blur. Group saya first yang present, even lecturer dah point awal-awal dalam last class. “ok, group eda first present” aiyyyoo. Anyway, Dressing tak payah cakapla. Memang selekeh habis. Sejak akhir-akhir ni, dressing selekeh habis pergi kelas sebab tak sempat nak iron baju, tudung semua ni. dah berapa malam asyik tak cukup tidur, even last two nights pun, sebab siapkan project compiler, juga tidur dalam pukul 4am. Masa tengah busy nak setup itu ini, suddenly sempat lagi menjeling-jeling pada … haha. Ain pun cakap, “sempat lagi eda jelling-jeling kat tu”. Haha. Guest yang En. Faisal jemput pun apa kurangnya. Ehem. Aku ni kan ! Macam pok kata “pale bocor sek-sek ni”
1 laptop untuk master, dua untuk client’s nodes, 1 lagi laptop for reference ready nak click abang google kalau-kalau lecturer fire soalan, 1 lagi backup untuk jawab soalan juga sebab penuh dengan notes dalam tu. Ahah. Skill yang bijok. Ready awal-awal, dah plan nak kelentong lecturer. Haha
Bila dah selesai, dah lega, dah happy. Rasa macam tak percaya pun ada bila confident habis nak jawab semua tu. Then boleh pula suka hati je breakfast dalam lab. Kami memang dah jenis biasa breakfast dalam lab, dah la tak cover langsung. Siap share dengan lecturer juga biscuits semua tu.
Well done to my group. Ingat, ada 1 report & 1 proposal yang belum siap. Belum boleh relax. Weekend nanti ada discussion lagi macam biasa, lepas zohor sampai sebelum subuh keesokan harinya. Sorry pada semua group members jika ada salah silap, kalau saya ada terkasar ke, tegas sangat ke, arah itu ini ke, itu bukan saja-saja. Tu semua untuk kita semua juga kan.
Angah & Haziqah. Not fair, sebab mereka ni tidur kat first class punya tempat. ahah. Ni dalam lab tadi, lecturer kami tu, yang kat belakang tu.
En. Faisal Amri : lecturer yang sangat di sayangi oleh kami semua. Suka sangat. Apa yang dia ajar, memang faham. Clear je. Lepas tu suka bagi task yang mencabar untuk kami. Task yang mencabar yang amat berguna, bukan yang sia-sia. Harap jumpa sem depan lagi. Thanks for everything. Tengah fikir nak buat final year project cluster computing yang lagi advance ? insyaAllah. Thanks again for the suggestion.
All the best for finals. Timetable dah ada. 5 papers. Focus untuk final. Yesterday saya dah mengeluh kat mummy :
“mummy, penat la. Tidur tak cukup, banyak je kerja”
“takpela, dalam menuntut ilmu mestila ada macam tu. Kenala berkorban, focus untuk study je, jangan fikir benda lain. Tanggungjawab seorang student, study je. Belum ada suami, takde bebanan lain pun, tak payah fikir pasal suami, tak payah fikir pasal anak. Tapi study je. Ni kan untuk masa depan juga kan.. kita dah diberi nikmat kesenangan, apa lagi yang kita nak. menuntut ilmu habis-habis”
General sentences from mummy. Terus bersemangat. Betul-betul. Syukur dah sebab kita di beri peluang untuk menuntut ilmu dalam keadaan senang macam ni. nak banding dengan yang lain, ada yang lagi susah. Walaupun tak perfect macam tempat lain yang lebih mantap ke, apa ke, tapi bukan ke menuntut ilmu itu boleh di mana-mana saja. Kan ? tentang tanggungjawab, memang belum berkeluarga, jadi ia lebih senang untuk kita prepare semua ni untuk diri kita je. So friends, tak payah gatal nak nikah awal-awal. Dahulukan yang patut di dahulukan. Lagi-lagi dalam usia awal 20 –an macam ni. Mentality tu jangan di bawah tempurung sangat. Ni bukan macam zaman dulu-dulu lagi. Asal umur dah 18, 19, terus nak nikah. Bukan bukan. Tak perlu nak fikir pasal remeh-temeh. Perjalanan masih jauh. Ini hanyala pendapat saya. Balas jasa parents dulu sebelum bina keluarga lain. Nanti ada entry pasal nikah awal pula.
Imam Syafie, “Siapa belajar Quran besarlah harganya. Siapa belajar feqah agung wawasannya. Siapa belajar Hadis, kuatlah hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yg pelik lembutlah wataknya Dan siapa tidak menahan nafsunya akan tidak bermanfaat ilmunya.”
Betul-betul Punya April Fool. Goodbye Mr. March 2010
Entry kali ni panjang. Jaga-jaga~~ Memang April Fool. Terkena aku kali ni. Haha
Evilolyta Dot com tak dapat surf for few days. Sedih sedih. Why ? Tanya admin kenapa. Jangan Tanya saya. Admin pula bukanla orang lain, ayah sepupu saya juga. Dah memang benda nak jadi. Allah dah tentukan semuanya elok dah kan. Takpe takpe. Main hosting ada problem sikit. Katanya, termasuk dengan saya, sebanyak 30 website yang down.
Two days after that, Alhamdulillah dah ok balik dah blog ni. Dengan suka hatinya tengok pinky blog ni pada malam harinya. Then, bangun je pagi esoknya, tak boleh buka balik. Why why why ? after subuh terus text admin. Lepas tu malas nak fikir & tidur balik. Suddenly masa waktu dhuha macam tu admin text balik, “ada some of them yang kena hack” . nice ! International punya hackers. Hebat. Nak test power ke apa ? Saya pun tak pandai dengan kerja hacking ni.
Ok, tak nak cakap pasal blog dah. Nak cakap pasal other few things yang entah apa-apa berlaku
First : tambahan assignment kena buat proposal pasal intranet for subject Software Project Management, submit on 11April. Ok nice. Ada dalam 10 hari je lagi.
Second : presentation Cluster computing, Compiler Development & Workshop Development on next week. Nice, sekaligus. Methodology Research pun ada kena present juga. Tapi bila ? Nak study week dah adeh..
Third : Hancur harapan kami nak bersantai-santai, holiday kat Island. Oh no.. tak sempat dah. Kerja bertimbun tu bila masa pula nak siapkan ? jawab jawab.
Fourth : bila blog dah ok, broadband pula buat hal. Ok, berkaitan dengan line celcom. Takpe. Sabar sabar. Now guna wireless UDM. Ok what ? tak payah guna broadband lagi la. Merajuk dah. Mula-mula mummy called “mana bil broadband ?” “err tak tahu. Kan sampai kat rumah” Phew~ lepas mummy sebut pasal broadband, tak lama selepas tu terus broadband buat hal. BerukBeng.
Fifth : suka hati je saya main pilih-pilih nak attend lecture ke tak. Siap boleh pilih-pilih lagi yang mana saya nak attend, yang mana saya tak nak. Based on my research, saya tak attend lecture yang start seawal pukul 8am & saya tak attend lecture yang lecturer perempuan. Haha. Itu kebetulan saja. Tak plan pun.
Sixth : assignment Client-server Computing yang patut submit this week. Mesti la saya tak submit lagi. Saya pun tak tahu la saya buat apa je sampai terlepas pandang satu assignment ni. dah siap, Cuma nak habiskan penutup dengan dua tiga ayat je lagi, lepas tu nak print. Tapi saya tak buat juga. Leka leka.
Seventh : system for subject workshop Development. Kenapa kamu JavaScript sangat degil ? kenapa tak nak menjadi ? kenapa tak boleh JS validation ? kenapa benda simple macam tu masih tak menjadi. Coding dah sama, exactly sama. Tapi macam tak jalan langsung. Then, system will automatically text to admin through mobile phone, lepas press button submit. Yang ni nak kena download apa benda entah lagi. Tak payah buat la senang.
Eighth : saya mengidam nak makan burger, fries, ice-cream. Macam tak tahan. Terus nak ikut alang, Yus & Yaya keluar. Tapi macam tak jadi sebab tak siap lagi, tak breakfast lagi. (dah la ponteng lab). Then, jadi nak hang out balik. Diaorang pula yang kena tunggu saya breakfast dulu.
Ninth : sejak akhir-akhir ni, saya suka ambil food yang tak berkhasiat, yang berlemak, yang sweet, yang masin, yang banyak cholesterol. Habis, kalau tak masin, tak manis, macam mana nak makan ? bukan begitu, bukanlah bukan. I mean, yang sweet itu, apa-apa air mesti nak yang sweet sangat. Yang masin pula, almost everyday nak makan telur masin (sejak Syu ajar makan telur masin), selama ni takdenya saya nak makan telur masin. Tapi sekarang asyik lunch, mesti nak kena ada telur masin. Yang berlemak & bercholestrol pula, saya suka pergi pasar malam & makan kulit ayam. What’s wrong with me ? selama ni memang takdenya nak beli-beli kulit ayam ni. Tapi sekarang, makan macam tu je dengan penuh selera. Makanan berlemak sebab suka makan nasi lemak. Setiap hari nak makan nasi lemak. “yus, tolong belikan nasi lemak, ain tolong belikan nasi lemak. Tambah telur, sambal lebih” Habisla saya lepas ni. janganla kesihatan terganggu sebab makanan yang entah apa-apa.
Eh, nine things only ? dah habis dah.
McDonald’s : Saya tak teragak-agak mengatakan McDonald’s baru yang kat depan Giant tu memang bad sangat service dia. Ok, “your service is very bad !” . !@#$%^&*..
Alang, kira bil. kira.
“saya nak Mc Value fillet-o-fish 1 + sundae cone”
“ok, RM9.40”
“memang harga sama dengan kat atas tu ey ?”
“ye, tapi harga tu tak masuk tax lagi”
(kalau masuk tax sekalipun, takdenya sampai RM9.40. Habis tak pun, RM 7++ je)
Then, duduk & menikmati ice-cream sambil tengok balik bil. wwwhattt? Double cheese burger ?
“excuse me, tadi saya order fillet-o-fish kan, bukan double cheeseburger kan”
“ow, sorry..” (then dia bagitahu kawan dia minta nak refund balik duit bagi saya..)
“ni balancenya balik. Sorry ye cik” (RM1)
“ok”. (Sambil fikir lagi. Fillet-o-fish RM5.95, double cheese burger RM7.95. Kenapa dapat balik RM1 je)
“cik, sila duduk dulu, nanti kami hantar ye”
(saya senyap, berkhayal).
“cik, nanti..”
“ok, ni kenapa bagi ni je ?” (tak sempat nak jawab then, )
“ni kami bagi balik sebab tolak balik burger tadi”
“yela, tapi tu kan beza RM2. Kenapa bagi saya RM1 je ?” (dengan beraninya saya & memang hot dah. HOT !)
(ketiga-tiga mereka pandang atas tengok balik menu) “oh, beza RM2. Sorry cik”
Saya dah macam !@#$%^&*
Habis kat situ. Saya macam dah takde mood nak makan. Banyak punya cantik service macam ni. ikut suka dia je nak bagi refund berapa, macam mana. Mujurla saya ni customer yang prihatin. Memang RM1 pun saya berkira. Eh, itu hak saya kan. Takde maknanya nak bagi free kat mereka macam tu. Mc Donald’s dah kaya kan. Bila dah tak selera nak makan, saya nak take away je that burger. Then pergi counter balik. Ingat macam dah malas nak pergi. Tapi takde plastic bag. Takkan nak sumbat je dalam handbag ni. Pergi counter, minta plastic bag & chili sauce. Ini perempuan lain pula. Yang atas tadi watak 2 orang lelaki & sorang perempuan yang lain juga. Then, bagi dia that burger, dia masukkan, lepas tu suka hati dia je tolak macam tu bagi saya balik sampai terkeluar balik burger tu dari plastic bag tu. Saya dah buat muka, pandang dia, dah bercekak pinggang dah. Lepas tu dia ambil balik, masukkan balik & bagi elok-elok kat saya. Owh, pandai je bagi elok-elok. Yang korang-korang ni no manners sangat pehal ? mana datang ni ? hulu mana ni ? owh please. Kita sesama manusia takdenya nak act lebih. Takde takde. Perangai orang kampung je yang jenis no manners macam tu, kurang ajar macam tu. Ok, Mc Donald’s, you tak trained your workers ke on how to deal with customers ? tidakkah tidak ? Customer always right ok. Mujur saya behave myself tadi. Kalau tak, dah sound dah. Tapi fikir je sebab saya ni tak macam perangai certain orang yang kampung habis kurang ajar macam duk hulu perak je. Eeeiiii yew. (haha kenapa saya suka buat perbandingan macam ni ?) Evi jangan buat perangai. Remember who you are. Relatives bersepah kat KT ni. tadi pun jumpa my aunty. My relatives pula bukan sembarangan orang kat KT ni. Toh puan sri la, jawatan itu la, ini la. Kan buat malu muka je bila kata niece Toh Puan Sri sekian sekian sekian buat perangai kat Mc Donald’s. haha. Low class habis benda macam ni. baik jaga nama sendiri & nama family.
Mari makan Bakso sedap. Mari mari. Bayar sendiri. Bakso kat Mydin Mall. Saya suka. Nyum nyum. Lepas ni mengidam, terus datang sini makan bakso. Apa-apa sup, mesti kena ada kicap pedas. Kalau tak, saya tak makan.
Goodbye Mr. March 2010. Selamat hari keputeraan KDYMM Sultan Kelantan yang ke-60. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi. Juga untuk pemangku raja, Tengku Muhammad Faris Petra, semoga sentiasa menjadi pemerintah yang adil. Ameen.. Congratulations to my uncle & my aunty yang dapat second time datuk after got from Sultan Pahang. This time dapat datuk from Kelantan pula. Datin Nik Baizura Bt Dato’ Nik Jaafar & my uncle Datuk Nik Izani bin Nik Ibrahim.
Utusan Malaysia 30March2010: Lapan penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mej (B) Md Anizam Abdul Rahman, Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman, Mohd Kamil @ Rahim Kamil Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Naib Presiden Mofaz (M) Sdn Bhd Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dan Yahya Othman.
Sentiasa jaga nama baik family. Walaupun arwah datuk dah takde, tapi still orang tau siapa arwah yang banyak berjasa pada negeri Kelantan & kerabat di raja Kelantan. Jangan buat perangai pelik-pelik, itu pesan mummy selalu selalu. Kedua-dua belah family saya, dua dua hebat. Tapi selama ni saya nampak biasa je kan ? saya tak menunjuk-nunjuk nak pergi berlagak dengan semua orang. Tidak tidak. Kami tak begitu. Macam saya kata, kami Nik’s family, dua-dua belah Nik’s family, kami di didik dengan penuh hikmah. Takdenya nak berperangai macam orang kampung nak cakap besar, nak berlagak. Takdenya. Tu semua sebab orang yang jenis serba salah ada takde. Sikit-sikit ada, yang sikit tu la rasa banyak & berlagak. Ye, mereka itu. Yang takde apa-apa tapi berlagak nak ada apa-apa. Kami yang dah ada ni, relax je. “takde mende nok sohor koksey”
That’s all. Blog jangan demam lagi lepas ni. Jangan sakit lagi. Thanks to Mr. admin aka ayah sepupu saya yang bijak habis boleh handle semua ni. kalau nak bagi saya, lama dah innalillah blog ni. Settle ~ Nak tengok traffic kat blog naik balik macam sebelum-sebelum ni. 2 hari traffic down. bukan setakat down, tapi zero macam bentuk telur penyu.~
Goodbye MS Sharepoint
Goodbye MS Sharepoint. Macam sedih saja rasa. Macam sebak pun ada. Sensitif sungguh sejak akhir-akhir ni. haha. Alhamdulillah selesai sudah kursus ini petang tadi. Habis je, terus balik tidur. Berakhirnya kursus hari ni bererti tak payah pergi lab seawal pukul 8.45am & berada di lab sampai pukul 5pm. Kira macam 8 jam mengadap computer saja. Belajar hanya 2 3 jam, selebihnya online & blogwalking. haha. YM pun ada juga la sikit-sikit. Lepas tu layan perasaan. Apakah itu perasaan ? haha

Mr. Albert Jeremy.. A very good trainer/instructor. Memang ‘bijok’ la. haha. Lepas tu tak kisah menjawab segala persoalan. Lagi-lagi saya yang memang banyak tanya. We have a very great time with u Sir. Macam sedih pula nak berpisah. haha. Control Evi, control.
Macam duduk lepak saja dalam lab. Dengan pelbagai posing. Petang tadi saya tertidur dalam lab. Penat la ok ! Macam ngantuk sangat. ahah. Selalu je online, cuma tolak masa tidur saja. Balik bilik online lagi. Tapi, pukul 12am dah kena offline, kena off laptop, kena off lampu, kena baring, lepas tu saya di dodoi sampai tertidur. Selagi tak tidur, tak akan letak phone. Siapakah itu ? Rahsia. Baik sungguh dapat saudara macam ni ahah. Bagus juga, bangun pagi rasa fresh sangat. Semangat nak pergi lab.

Ok, Congratulations & thank you so much. Saya dah grad dah. Dah grad MS Sharepoint. Pasni boleh kerja terus. haha. Bajet macam dah terror sangat. Pre-test tadi pun tak dapat full mark, 1 soalan salah. Orang lain ramai yang betul semua & dapat full mark. Itula Evi, tak focus sangat ! Main-main lagi.
Next week real exam, real test, the final one. Jom la study. Tapi sir dah cakap awal-awal “i don’t trust that you will study” . haha.. memang betul pun. Malam nak exam baru study. Classmate saya ni macam dah ‘bijok‘ semacam sebab tu study last minute.
Sir excited nak snap class photo. Jadi kita pun lebih excited juga. Pilih tempat yang macam best, depan block G. Macam ala-ala garden gitu. ahah. Mesti terus nampak saya yang mana 1. Hari ni pakai baju cos jadi macam menyerlah sangat. Sampai tadi masa lunch pun kena tegur dengan tauke kat cafe, dia kata “menyerlah baju awak. dalam ramai-ramai, awak paling nampak..” haha.. malu sudah saya.

To Mr. Albert Jeremy~ Thanks for being so nice trainer to us. You are such a workaholic, brilliant trainer. Thanks for everything, thanks for the useful knowledge. All of that meant a lot to us. We will practice what u had teaches us. Thanks for known me as Evi LoLyta. Thanks for always mentioned, use example of my blog. We appreciates u a lot.. See you in Singapore next week sir ! haha..
Movie Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta mengucap satu nama… Bisikkan Doaku Dalam Butiran Tasbih… Ketika Cinta Bertasbih.. Dan Ketika Itu… Nadiku Berdenyut Merdu.. Sujud syukur padaMu Atas Segala CINTA…
Walaupun hari ni masih berada dalam lab, menghabiskan hari-hari terakhir MS Sharepoint sebelum exam next week, saya tetap ada masa untuk menghayati filem ni. Lunch break selama sejam setengah dah cukup untuk saya habiskan separuh dari movie tu.
Instructor saya pun tahu saya layan movie ni. Sebab masa tu dia pun tak keluar lab lagi. Maybe dia dengar macam bahasa Indonesia, then dia tegur. Haha. Pergh Evi~ Slumber betul.
Dia siap Tanya lagi, “do you understand indo language ?”
“a little sir. Quite familiar with certain words. Eventhough, it’s not different enough with malay language. Before this, I’ve watched ayat-ayat cinta, Eiffel I’m in Love & bla bla bla”
Lepas itu saya tak puas hati sebab tak habis tengok, minta real player punya installer dengan Kak Sena sebab nak download terus all those parts. Yea~ complete 12 parts !
Heh masa tengah tengok tu, ada la one of my friend ni Tanya “ko tak teringat kat dia ke bila tengok movie ni ?”
“ingat apa pula ?”
“yela, kan dia yang bagi ko dua novel ketika cinta bertasbih tu”
Lepas itu saya senyap sudah..
Yang ini tak payah tanyala. Tipu sangatla kalau saya tak ingat pada orang yang bagi saya novel tu. Menipu besar la kalau kata tak ingat. Boleh di katakan setiap hari juga ingat. Tapi apa je yang mampu kita buat kan ? Selebihnya berserah pada Allah swt. Sebab ia semakin jauh, jauh & jauh.. Hanya Allah yang tahu..

Selalu orang compare Ketika Cinta Bertasbih dengan Ayat-ayat Cinta. Tapi memang ramai yang suka dengan ayat-ayat cinta. Entah kenapala saya ni lebih jatuh hati dengan Ketika Cinta Bertasbih. Dari segi lagu, lirik lagu pun saya suka Ketika Cinta Bertasbih. Kira semuala saya suka dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih. Lagu Tuhan Beri Cinta pun dalam cerita ni juga.
Saya ni kan kurang layan movie, drama & seangkatan dengannya. Tapi kalau saya rasa nak layan, mesti ianya special. Memang special pun la. Sebab saya bukan Movies Lover. Tapi saya ni Beaches & Islands Lover, also a Faithful Lover. haha. Tak ada kaitan.
Sungguh saya kagum dengan watak Khairul Azzam. Masih adakah lelaki setegar itu ? Cerita ni banyak bagi pengajaran pada saya. Kalau boleh, saya pun nak jadi macam Anna Althafunnisa. Sungguh suci wanita seperti itu. Cerita ni menguatkan kepercayaan saya bahawa kalau dah jodoh tak kemana. Seperti Anna, walaupun dah menjadi isteri yang sah pada Furqan, tapi jodoh dengan Khairul Azzam kuat sangat. Akhirnya, bersatu juga. Begitu juga tentang kisah saya, kehidupan saya. Usah saya risau tentang itu. Kalau dah jodoh, tak kemana. Berpisah bertahun-tahun sekalipun, jauh sekalipun, kalau dah jodoh tak kemana. Depan mata sendiri pun boleh jadi jodoh kita. Sia-sia saja pertahankan sesuatu hubungan selama ini jika hakikatnya ia bukan jodoh. Kalau bukan jodoh, bercinta bertahun-tahun pun, tak akan bersatu juga.
Jadi, marila kita layan movie ni & ambil pengajaran darinya..
Sharing~Sharepoint:
Rasa nak selitkan sikit la kisah ni. Lagipun 2 hari je lagi nak habis. Tapi fahamnya tidak. Makin tak faham adala. haha. Sebab banyak sangat. Complicated. Baik programming. At least nampak juga walaupun system saya tak lepas-lepas, database dua kali ganda tak lepas. Ahah 2 3 hari ni macam gedik semacam dalam lab. Bukan saya yang gedik, tapi tangan ini gedik. Mata pun sama. Always blind + Typing error. Bila dah typing error, bile check balik, masih tak nampak & tak sedar typing error. Lepas tu mengadu kat sir kata tak dapat buat, ada error la, unsuccessful la. Bila sir datang check tengok, rupa-rupanya typing error. Kadang-kadang bila sir baru nak check, saya sendiri yang dapat kesan pula. Sungguh segan. Lepas tu complain lagi kata tak dapat lagi, sir pun tanya “try check if any typing error”. “eh no sir. no typing error”. Confident sangat la jawab. Sekali bila sir check, a’ah la typing error. Lepas tu tangan ni suka sangat gatal tekan spacebar. Semua nak spacebar. Macam bagi ruang pada diri sendiri la kira. haha. Lagi 1 masalah, tak boleh nak beza / dengan \ . Sir pun dah faham masalah saya. Dia terus cakap “try check if any backslash” haha. Memang betul pun. Saya sendiri tak sedar, sir pula yang dah boleh agak masalah saya ni dari jauh walaupun tak tengok saya type apa. haha. Izah jangan jealous. Kak Zimah & Kak QB jangan perli-perli. haha
Memang la saya ni *Nik Evi LoLyta* .. Dengan sesiapa sahaja saya boleh tackle jadi friend. haha
By The Lake
Hari ni kepala pusing-pusing & sangat mengantuk. Selepas pukul 2pm, terus tak boleh nak focus dah. Macam dah muak dah tengok computer. I mean tengok virtual machine tu. Tengok blog tak bosan pun. haha.
Pagi-pagi nak pergi lab, sangat teruja sebab jalan nak pergi lab banjir. Pagi-pagi dah main air sampai buku lali. Baik pakai slipper toilet je kan. Habis rosak sandal i. haha. Dah tak adala high heels ni. Sebab kak Iqa cakap high heels tak elok, nati tak subur susah nak dapat baby. Terus saya takut & tak nak pakai high heels lagi. Terus pakai yang biasa-biasa je.
Kali ni nak tunjuk keindahan tasik dalam UDM. Tak terkira la berapa tasik semulajadi yang tiba-tiba wujud dalam UDM ni. Maybe dalam 7 8 tasik kot. haha entah. buat ‘bijok’ je. Petang pukul 5 lepas lab, masa nak balik, tiba-tiba excited nak snap picture tasik depan FKI. Then kak Lily cakap, “mari akak tunjuk satu lagi tasik yang lagi best, lagi cun, marila marila..”

haha yang ni memang best. Kira size XL la. macam dalam jugak tasik tu. Kak Iqa cakap, boleh bawa kayak main kat sini. Yang lain-lain pula cakap, nanti Monsoon Cup buat kat sini sudah, tak payah susah-susah buat kat Pulau Duyong nak kena sewa Ri-Yaz Heritage yang mahal lagi tu. UDM punya apartment pun apa kurangnya. Best jugak. haha
Kira classmate saya teruja la dengan tasik-tasik sekitar dalam campus ni. Bagusla, mengagumi ciptaan Ilahi, kekuasaan Ilahi.
Kisah sharepoint : memang main-main la masa belajar. Ada yang baca cerpen, ada yang surf blog, ada yang main game online, ada yang tengok video kat Youtube. haha..
Second Day With Sharepoint
Sekarang musim sejuk di UDM & wujudla tasik semulajadi di sekitar UDM. di mana-mana sahaja ada tasik. bertuah bukan ? haha. Belakang lab kitaorang @ depan FKI pun ada tasik. Beautiful scenery..
All of us third year students Faculty of Informatics joined the course Microsoft Sharepoint. There are two groups, and our group uses Lab FKI at Blok E. Our instructor is Mr. Albert Jeremy from Indonesia.. He is Brilliant, can solve the problems fast & well in explanation.. What is Microsoft Sharepoint ? Ahah you can ask Abg Google la. Nak summarized this entry, jadi tak nak cerita panjang lebar~
From 9am till 5pm stay dalam lab, mengadap computer, balik bilik after lab mengadap laptop kat bilik lagi, smpaila tidur. haha. Asyik online je sampai dah tak tahu nak surf apa. Cuma Facebook, update blog tu kena buat kat bilik la. Tak sesuai di lab.
Baru je dua hari, tapi dah macam-macam berlaku dalam lab. Saya ni macam tak boleh duduk dalam lab lama-lama. Mesti ada je yang tak kena. Dulu kisah kelakar yang semua orang ingat dengan lecturer web programming yang : “siapa pulak yang main pukul-pukul ni” . Today pula incident yang lebih kurang best juga la. Haha. Masa break 15 minutes, pergi berjalan-jalan menziarahi sahabat-sahabat di table lain, sekali nak balik ke my place, then boleh pula terberlari sampai nak terlanggar my instructor. Saya tak nampak la. haha. Yang ini sungguh memalukan. Mujur sempat break. Diaorang hanya tengok & gelak~ haha
Yang paling best, saya duduk paling depan sekali. Biasala, dalam lab kena duk depan-depan. Kalau kat belakang memang tak boleh nak concentrate. Lagipun, bukan ke saf depan lebih afdhal ? haha. Hari ni best sebab instructor gunakan example www.evilolyta.com sepanjang explanation dia. Best bukan ? heh kenapa promote blog kat instructor ? bukan promote, tapi tertanya soalan yang berkaitan hosting & terpaksa bagi je la address blog ni.
ok ok~ instructor dah tahu blog saya ! haha
Sudahla cerita pasal diri sendiri. Kita cerita pasal other friends. Diaorang ni macam-macam bunyi buat dalam lab. instructor pun senyum je dengan diaorang yang slumber je. Ada yang kantoi tiba-tiba dengar lagu jepun la. Macam-macam. Memang fun la bersama diaorang. Tak pressure pun walaupun sekarang orang lain tengah best holiday tapi kita kena attend this course.
Lebih kurang 11 bulan lagi nak industrial training tapi saya, haziqah, hidayah & syuzana dah kecoh nak cari tempat nak industrial training. haha. Macam bersemangat sangat tiba-tiba. Oit final project apa cerita ? Fikir yang tu dulu la. haha
1 December~
Happy birthday to Abg Ji yang ke-29 & Syuzana yang ke-21. Sama-sama 1 december. Syuzana punya birthday kitaorang celebrate dalam lab juga. haha. Awal-awal pagi masuk lab, siap makan chocolate cake lagi.
May Allah bless u always~ Do pray for our success..
Kisah di Lab Web Programming
As usual, pkul 8am hari Khamis Lab Web Programming. So hari ni terbangun awal pukul 5am, then pergi Lab pun awal la. Biase terlambat sikit dari lecturer hehe..
Masuk je lab, terus surf Facebook sebab nak main game nak tengok Farmville, Farmtown, Barn Buddy & bla bla bla~ Main game ok ! Bukan saja-saja tengok facebook comments ke apa.
Then lecturer pun masuk la~ahah pastu concentrate pada lecture jap. Concentrate tau ! Tinggal jap game semua tu. Then, lecturer bagi guide & tunggu la nak copy task semua tu.
Sambil tunggu nak copy, Evi pun sambung la main game jap. Tiba-tiba rasa ada orang macam tepuk-tepuk kat lengan. Tak tahu lagi siapa masa tu. Then Evi pun cakap la, “eh sape yang main pukul-pukul ni ?” Sambil pandang ke belakang, ya Allah ! lecturer ! haha.. Dia pun cakap “main game je” .. haha then Evi pun cakap la “eh tak puan, tengah tunggu nak copy task tu”.. haha adehh malu dowh…
Yang seorang lagi my friend pula duk tunduk tengah cakap fon. dia tak sedar jugak lecturer datang. Dia duk cakap “love u love u love u” haha…
Macam-macam la.. adeh… pasni Evi nk concentrate ok ! ohhh web programming~ heeee…







