Posts Tagged ‘kem’

Bersukaria di Balai Cerap

Hari semalam, kami student Falak Syarie & adik-adik Diploma Pengajian Islam yang ambil subject Takwim Hijri telah pergi bersuka ria di Balai Cerap Kusza. Bukan bukan. Bukan bersuka ria, tapi kami di beri beberapa tugasan amali oleh lecturer kami iaitu Dr. Baharuddin.

Perkarangan Balai Cerap

Seawal pukul 7am, kami perlu berkumpul kat tempat biasa, kat depan Pejabat Asrama Baru. Haha macam awal. Kelam kabut pula tu pagi tu sebab malam sebelumnya tidur pukul 2 lebih sebab buat assignment. Adehh.. Then pukul 7++ terus bertolak ke Balai Cerai Kusza yang terletak di Merang, kira-kira dalam 20km dari campus.

Sampai je kat sana, pagi-pagi dah kena mendaki bukit yang curam tu untuk naik ke Balai Cerap. Haha. Pagi-pagi dah semput. Bayangkan naik bukit dengan barang banyak lagi, berat je. Dahla saya tak pakai sport shoes sebab tertinggal kat rumah, pakai flat shoes biasa je macam nak pergi kuliah. Haha. Diaorang pun sama, takdela pakai sport shoes, pakai sandal biasa gitu je. Nyaman je suasana kat Balai Cerap pagi-pagi macam ni. Saya suka view kat sini sebab boleh nampak laut, pastu boleh nampak terus Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong. Ya Allah, memang indah.

GPS

Then, pukul 8++ terus breakfast & ada kuliah sikit. First activity yang kami kena buat ialah treasure Hunt dengan menggunakan Global Positioning System (GPS). Main-main dengan GPS. Oh  tidak, bukan guna GPS saya, tapi GPS yang balai cerap punyala. Ahah.

Amali seterusnya ialah dengan menggunakan tongkat istiwa untuk menentukan garisan utara/selatan, penentuan garisan utara/selatan dengan bayang matahari ketika zuhur, penentuan arah utara dengan carta pedoman matahari, penentuan garisan timur/barat & penentuan waktu zuhur & asar. Amali ni semua kena berjemur di bawah cahaya matahari. Mujurla tak demam. Adehh..

Then, break lunch jap, sempat tidur jap. Haha. After that ada lagi  satu amali iaitu penentuan arah kiblat dengan menggunakan kompas. Lepas tu kena pacakkan dua batang kayu untuk menentukan arah kiblat yang betul. Saya terfikir, kalaula arah kiblat sentiasa berubah, habisla kita setiap kali nak solat kena tentukan arah kiblat, kena tentukan waktu. That’s why Allah dah buat semua elok dah, senang dah. Tinggal lagi kita je perlu solat. Tapi ada lagi hamba Allah yang masih tak tunaikan solat, sedangkan banyak dah Allah bagi kemudahan. Subhanallah, hebatnya Allah.

After that, kami terus pergi siapkan assignment kami. Print kat sana & terus hantar kat lecturer. Haha. Senang. Dah takde kerja yang tertangguh dah. Lepas asar, saya & Ain just pergi jalan-jalan, rest & relax kat tepi bukit, tengok pemandangan, laut, pulau, pantai. Tenang je kat sini. Layan perasaan jap. Haha. Yang lain-lain syok duk dalam planetarium tengok movie.

Pada sebelah malam lepas maghrib, ada acara yang di nanti-nantikan. Semua tak sabar dengan yang ni. That is, mencerap bintang, galaksi, & malam tu juga kami bertuah sangat sebab dapat tengok planet Marikh & Zuhal. Pada masa ni, Marikh & Zuhal berada pada orbit yang agak dekat dengan bumi. That’s why boleh tengok. Actually, kalau tengok dengan mata kasar, nampak je Marikh tu, dia macam kekuningan. Maybe ada yang tertukar dengan bintang biasa kan. Zuhal pun boleh nampak dengan mata kasar, macam nampak sebiji bintang macam tu. Tapi, bila tengok dengan teleskop memang lagi best, sebab memang exactly nampak gelang di sekeliling zuhal tu. Ya Allah, hebatnya kuasa Allah, indahnya ciptaannya.

Di samping tu, mengintai galaksi lain. Galaksi terdiri dari gugusan jutaan bintang. Eh betul ke ayat macam ni ? ahah. Anyway, bila saya mengajukan soalan kepada en. Mohd Taufan (menguruskan balai cerap, website falak UDM & program developer untuk falak UDM), tentang adakah hidupan lain selain di bumi, iaitu di galaksi lain. Dia menjawab, wallahualam. Tapi ada satu ayat dalam quran yang menyatakan bahawa, ada hidupan lain di langit & ……. . Nanti saya nak cari ayat tu. Lebih kurang maksudnya, memang ada hidupan lain tapi tak tahu la kan apa rupanya. Tak tercapai akal kita untuk fikir macam tu.

Anyway, saya teramatla kagum dengan apa semua yang saya tengok semalam. Langit begitu clear, berjuta-juta bintang dapat lihat dengan jelas semalam. Benar, hebat kekuasaan Allah, tiada tandingannya. Thank to our lecturer, entah bila la dapat chance nak tengok macam ni lagi. Dari pagi sampai tengah malam saya penat je gelak dengan budak-budak ni. sama je mereka semua nakal-nakal. Lagi la kami akhawat 12 orang je, yang lain-lain ikhwan. Ramai ikhwan dari akhawat. Dari pagi sampai malam juga makan tak berhenti-henti. Habis, gemuk dah. Haha

Semoga dengan ini, saya & mereka akan lebih kagum, lebih menginsafkan kami. Ya Allah, betapa kerdilnya kami ini ya Allah.

Filed under Uncategorized

Kem PUTRA 2009

15-17 October 2009~ Seramai 48 orang pelajar dari sebuah sekolah di Pasir Puteh menyertai kem motivasi di Kem PUTRA Kg. Chengal, Peringat, KB. Pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 4 yang juga merupakan pelajar yang agak bermasalah. Memang agak pening nak uruskan mereka. Tapi dengan kesabaran dan tujuan mendidik, serta sokongan dari Ketua kami Abg Ji, Alhamdulillah kami sabar & tabah untuk uruskan mereka yang bermacam-macam perangai.
Kem PUTRA~ Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini adalah 4 tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2005. Kami semua pelajar tingkatan 5 dihantar ke sini sebelum trial SPM untuk dimotivasi :) .. Tempat ni best sangat. Tenang je, ada sungai, kolam. Tempat ni yang banyak merubah saya sejak 4 tahun lalu. :) Kali ni saya datang lagi, datang dengan untuk membantu adik-adik saya~

Di sini la dimana saya mengenali Abg Ji, Abg Azhar, Kak Mah serta beberapa orang fasi yang lain yang sampai sekarang menjadi seperti sebuah keluarga. Tak dinafikan di antara mereka, saya paling rapat dengan Abg Ji, semua orang tahu sejak sekolah lagi, guru-guru, ustazah, ustaz serta family saya sendiri. Tapi kami hanya sebagai abang & adik, & semua orang tahu Abg Ji pun sudah berumahtangga & mempunyai seorang anak yg comel sangat Iman Al-hafiz :)

Kali ini, saya dijemput lagi oleh Abg Ji. Mula-mula saya macam nak tak nak je datang. Saya pun tak tahu kenapa. Dengan alasan saya nak balik rumah. Padahal, sekarang ni saya duk sorang-sorang kat rumah. Tidur pun sorang-sorang sebab semua orang tak ada, pergi holiday. Sehari sebelum berangkat ke sini, saya minta excuse dari Abg Ji & mummy saya. Evi LoLyta buat hal lagi ! Dan saya tahu jawapannya, “Evi kena datang”. Mummy pula kata “U Must join Abg Ji’s program !” adehh.. Jadi saya pun merajuk & tak nak bercakap dengan sesiapa dalam masa sehari. haha.. Malam sebelum datang sini Abg Ji call lagi, spot-check keadaan saya. err “Evi ok, Evi ok Abg Ji. Evi akan pergi kem..” heh gedik macam budak-budak la Evi ! Bila nak matang & tak menyusahkan orang lain fikir pasal Evi.

Barisan Fasi yang terdiri dari 6 muslimat dan 2 muslimin. Sorang lagi muslimin yang tengah ambil gambar. Asif, 2 muslimin ini telah mempunyai seorang isteri & 3 masih kosong. haha. Saya & Ain dari UDM. Kak Mira adalah lecturer dari KTB, Kak Afrah dari Politeknik Jitra Kedah serta Wanti & Kak Zatil dari UiTM. 2 orang muslimin lagi iaitu Abg Ji & Abg Azhar. hoho yang kat belakang tu adalah Abg Ji ok~ Kami semua anak buah Abg Ji & Abg Azhar~

15 October : Saya tiba di Kem Putra bersama Ain. Mengimbau kembali semua detik kenangan itu ahah :) Boleh pula tak ingat jalan mana nak masuk. haha. Abg Ji pun pening dengan Evi. Ain pun sama. Sebesar-besar signboard tak nampak. Signboard kubur jugak Evi nampak. haha. Tenang sangat bila melangkah masuk ke kawasan ni. Terus terlupa tentang masalah, tentang exam & tentang masalah hati..

Malam pertama di Kem Putra : Sesi kenal-mengenal antara 1 sama lain. Biasala, adegan sentuh-sentuh & cium dahi untuk merapatkan ukhwah.. Saya digandingkan dengan seorang pelajar tingkatan 4. Pelajar yang mempunyai paras rupa yang agak cute :) Dia tidak mempunyai kakak & dengan sentuhan serta pelukan dari saya itu membuatkan dia mengalirkan airmata. “Saya tak pernah merasai belaian dari seorang kakak seperti ini” err pandainya Evi belai-belai orang nih. haha.. Memang terharu apabila dia meletakkan kepalanya di atas riba saya & menangis teresak-esak. Saya mendapat penghargaan dari Abg Ji sebab pandai treat budak ni sampai jadi macam tu hehe. Evi LoLyta kan caring !

16 October 2009 : Saya ditugaskan untuk mengetuai senam robik untuk riadah pada pagi itu. Suka hati je, Apalagi, pasang lagu yang sesuai dan bersenam robik la dengan cara sendiri. Sumpah malu perangai seorang kakak macam ni ! haha.. Seterusnya, LDK pertama pada pagi itu adalah aktiviti “Life Line”. Respon mereka bagus, cuma ada sorang 2 yang agak pasif. Selepas tu ada ceramah dari Ustaz Izani :) Ustaz yang single lagi. Memang siqoh sangat ustaz ni. adehh masih ada lagi lelaki yang soleh suci murni :)


Kak Afrah & Evi LoLyta
Kak Afrah sporting sangat-sangat.
Mind dia adehh.. haha~

Petang selepas solat Jumaat ada permainan ILT. susun-susun kadbod tu. Nampak je senang tapi~ ahaha.. Riadah petang tu pula dilakukan di kawasan riadah di kem yang memang saya cakap, memang sesuai sangat-sangat untuk riadah. Ey apa saya cakap ni berbelit-belit.. haha.. Kesian budak-budak ni abg Azhar suruh baring atas tar yang memang panas huhu..

Pengisian antara maghrib & isyak. Abg Ji ambil alih untuk pengisian waktu ni. Memang menusuk kalbu. Dengan Evi sekali terkesan dengan kata-kata Abg Ji. Seperti 1 masa dulu juga, disini jugala saya di tarbiyah. :)


Tazkirah & kata-kata keinsafan dari Abg Ji..
Evi pun terasa sama.
Memang patut saya hadir majlis ilmu sebegini..

LDK seterusnya pada malam itu adalah TAKDIR. Panjang pula nak explain macam mana aktiviti ni. Tapi saya berjaya buat adik-adik saya tersentuh & apalagi, menangisla diaorang. Maaf dik, kata-kata akak tu hanya nak buat awak sedar & cuba untuk terima takdir Allah, ketentuan Allah yang kita tak dapat nak halang..

Selesai LDK pada malam itu, ada BBQ untuk kami & adik-adik semua & sesi makan bersama adik-adik.. hoho.. Thanks to Abg Ji sebab buat BBQ untuk kitaorang. Kami bergembira betul malam itu hoho..

17 October 2009 : Hari terakhir di kem PUTRA. Masa yang cepat sangat berlalu tak payah cakapla kan. LDK terakhir adalah saya sebagai kakak kena tulis kata-kata semangat untuk adik-adik saya ni. Penat juga menulis untuk 8 orang adik ni. Tapi diaorang punya pasal, saya rajinkan diri :) Selepas itu, aktiviti terakhir di dalam dewan adalah potret IBU. Aktiviti yang pernah saya lalui 1 masa dulu.


Potret IBU~
“Saya berjanji IBU, saya akan……..”
11am : Majlis Penutup~.. huhu Masa ni tak payah cakapla, dengan saya sekali termenangis terharu. Saya tak boleh nak pandang wajah-wajah mereka. Sungguh.. & tibala sesi berpelukan yang tak payah cakapla erat sangat. Lagi-lagi bila ramai-ramai datang peluk saya, menangis di bahu saya. Memang habis basah tudung saya. Perpisahan~ sungguh menyakitkan..

Lunch bersama Abg Ji, Abg Azhar, Ain, Kak Mira, Kak Afrah, Kak Zatil & Wanti. ahah..
Thanks kepada semua sahabat sekerja, & orang yg paling saya hormati Abg Ji. Saya tenang, happy sangat selama 3 hari 2 malam berada di sini. Evi punya selera makan tak payah cakap. haha. Hati saya bahagia sangat kot kat sini sampai makan banyak sangat-sangat. Abg Ji cakap “bagus Evi” haha.. ada pula yang menjawab “Kenapa Evi, sape yang ada kat sini sampai selera sangat ni” Subhanallah.. jauh betul diaorang fikir. Tapi memang saya bahagia. Saya pun tak tahu kenapa hati ni tenang sangat, jiwa ni damai sangat. Menghabiskan masa bersama selama 3 hari 2 malam, makan bersama, berada dalam tempat yang sama & bla bla bla..

Saya sayang adik-adik saya. Boleh pula termenangis lepas solat tadi sebab rindukan diaorang semua. Akak sentiasa doakan adik-adik.. :)

Hoho malam ni saya tidur sorang-sorang kat umah. 2 hari kat umah duk sorang-sorang.. Berani tak saya ? Ahah.. well Evi LoLyta~ I’m A Strong & Tough Gurl Enough :)
Saya mendapat jemputan majlis makan-makan dari seorang sahabat muslimin saya di KMM dulu. Ada 2 majlis di rumahnya~ Asif, saya tak dapat pergi sebab program di Kem PUTRA habis lambat. Memang niat saya nak pergi, tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Memang terkejut dengan undangan itu, rasa macam entahla. hoho janganla merajuk saya tak datang, jangan tuduh saya tak nak pergi. Tapi saya betul-betul perlu selesaikan tugas ini…
Filed under MyLife

Off To Motivation Camp

Tomorrow Afternoon (15/10/2009) :
I’m off to motivation camp at Melor, Kelantan.
Tak habis-habis dengan kem motivasi Evi ni ! err.. Actually cuti Deepavali bersambung sampai hari ahad ni patutnya balik rumah, duk diam-diam kat rumah kan. Dah nak masuk 3 minggu tak balik rumah. Tapi nak wat macam mana, Abg Ji keep calling, Evi kena datang, Evi kena datang. Saya ingat nak skip kem kali ni. Tapi tengah hari tadi bila saya call Abg Ji kata saya tak nak join, saya di soal siasat macam-macam kenapa tak nak join semua. Sebelum ni elok je saya join kem, kenapa kali ni tak nak ? Adehh disebabkan takut Abg Ji dapat mengesan apa yang saya alami sekarang, jadi saya bersetuju untuk pergi. Ain pun nak saya pergi sebab dia asyik kata, Abg Ji mesti nak saya pergi. Ehh betul ke ? Kenapa saya ? Sebab saya ni adik kesayangan Abg Ji ke apa ? ahah.. Ohh tidak.. Saya takut kalau dia tahu apa saya alami, saya takut kalau dia tahu saya terlibat dengan couple ni. Mesti dia tak suka, & akan dapat nasihat macam-macam dari dia. Takpe, saya akan jawab, “saya dah tak couple, saya dah serik, saya single, saya dah tak peduli dah dengan lelaki” Betul, saya hanya serah pada Allah tentang jodoh saya. Memang perit apa yang di alami, tapi nak buat macam mana, itu ujian Allah & setiap orang pasti akan mengalaminya walaupun sekali dalam hidup. Ehh betul ke ? Mintak parents carikan calon suami yang terdiri dari keluarga ‘NIK’ yang terdekat sudah, menepati apa yang mummy daddy nak Nik’s Family & orang dekat-dekat.

Kenapa saya nak skip kem motivasi kali ni ? Apa ingat Evi dah cukup untuk dimotivasi ke ? Diri sendiri tak terurus, memang saya perlu dimotivasi lagi. Tadi pun call bagitahu mummy kata saya tak nak pergi kem, nak balik rumah. Tapi mummy pulak menghalang. She said “Pergi la kem. Abg Ji harap kan Evi pergi kem.” adehh.. sabar je la. Nak melawan mana boleh, itu mummy, dosa besar huh ! Tapi bila cakap dengan daddy “tak nak balik rumah ke, nak pergi kem ke ?” ehh lain pula jawapan daddy. Pening kepala saya nak fikir. Sampaikan saya tak nak cakap dengan semua orang, hanya duk dalam bilik & tutup mata tidur tak payah fikir lagi. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, perlukan rehat & tidur secukupnya. banyak sangat kerja minggu ni, rasa diri pun tak terurus. tengok la hari ni pergi kelas pun pakai sandals tak matching dengan baju semua. Adehh.. Tidur pun sekejap pukul 3, sekejap bangun pastu tidur balik & bla bla bla.. Malam tadi Abg Ji call lagi, dia tanya lagi “Evi nak pergi ke tak nak ni ? Kenapa ni ? Macam tak happy je ni ?” errr kan saya dah kata, dia seorang motivater, mesti dia dapat cepat kesan tindakan saya :( (

Bila pergi kem nanti, memang kena focus. This means that, saya tak dapat nak surfing net for 3 days 2 nights ? uuwwwaaa.. I’m gonna miss my Blog. Tak dapat nak tengok my hosting walaupun tak complete sepenuhnya lagi, bukan saya yang buat tapi someone & tak dapat access pun lagi, hehe. Hanya mampu tengok. Selalunya tengok & senyum sorang2 sampai roommate pun pelik ahah. Sebab saya memang suka & sayang la pada new web tu. Lagi 1, no Facebook. *s0b*s0b*.. Tak dapat nak main Farmville, Farmtown, Barn Buddy, Cafe World, UNO & bla bla bla. Heh Evi tak study ke main benda tu je ? haha..

Lagi 1, baru je dapat assignment Network Security dari En. Faisal. Best ! adehh sebab saya tak faham soalan sebegitu. Ddos Attack ? Ping of Flood ? Keyloggers ? Rootkit ? bla bla bla.. Finally, find the Coding in DOS to run ping of flood. ambikk…. sukeee sangat coding nih. :( (

Minggu ni banyak menghabiskan masa di bilik lecturers~ Haha sampai sejam lepak di bilik lecturers semuanya pasal study, final exam, assignments, projects~ Huargghh…

Software Testing Progress + Complete Testing + Project Web Programming :( ( + How to install Security Methods & Hacking Tools in LINUX. owh yea.. guide me please !

Dalam kepala saya hanya fikir pasal kerja yang tak siap, pasal final exam & pasal Hosting heee ada jugak eyy.. Yang lain-lain perkara remeh-temeh lagi-lagi pasal cinta saya dah tolak jauh-jauh.. Jadi sesiapa nak berbicara dengan saya, hanya boleh berbicara tentang benda berfaedah ok ! Evi is Evi.. Nothing can change me Accept me, myself & I~

4 hari tidak akan berada di UDM~ hoho I’m gonna miss UDM @ someone in UDM~ errr Syu.. u knoe what ? haha.. Evi stop talking about hosting. Finish your work first. Heyy lebih baik saya ingat & fikir pasal hosting dari saya fikir tentang perkara yang mengganggu fikiran saya. Bila saya fikir tentang ni, hilang segala benda yang tak penting ahah. Bukankah ia juga satu proses pembelajaran ?

Talkative pulak Evi malam ni. Haha.. owh k, doakan saya selamat sampai yea.. Memerlukan tidur yang cukup untuk drive balik KB~ nighty nyte people !

Filed under heart

MAD, Kem Kecemerlangan & Majlis Hari Raya

1 Oct 2009 2PM DKU~ Majlis Anugerah Dekan Fakulti Informatik semester 2 sesi 2008/2009. Pada majlis ini juga, student yang amik subject Ethics, Communication & Strategic Planning kena wat sketsa utk markah projek subject ni, wuhuuu… Penat berlatih & mcm2 lg.. Alhamdulillah everything’s fine. ahah. Harap2 la Dr. Fadhilah Ahmad dapat bg markah tinggi heee… Congrats utk sahabat2 saya, super seniors & Juniors yg dpt DL~ wohooo.. mantap ! ada GPA sampai 3.9..
Pada hari yg sama selepas Majlis Anugerah Dekan, saya & sahabat2 terus bertolak ke Bachok dalam pukul 6.40pm~ huhu lewat tu.. Penat xpayah ckp la. Mengantuk, Lapar sume ada.

Owh Program apakah ini ? Saya dijemput untuk menjadi fasilitator untuk Kem Kecemerlangan Akademik di Gelora Beach Resort, Bachok Kelantan pada 1-3 October 2009 yang disertai oleh pelajar seramai 116 orang dari sebuah Sekolah Agama di Bachok, Kelantan. Saya dijemput oleh bekas motivater saya iaitu Abg Ji yang saya pernah cite kat blog dulu2, yang juga Pegawai Tadbir di Kampus Kota UDM. So Abg Ji mintak saya carikan beberapa org yg berkebolehan, berpengalaman & bla bla bla untuk join sama kem ni. So fikir punye fikir, pilih punya pilih, tapis punya tapis, di antaranya ialah :

1) Haziqah Auni Helmi
2) Nurula’in Ab. Halim
3) Siti Khadijah Bahrin
4) Khaidatul Akma (Dip AQSA)
5) Siti Amnah (Dip AQSA)

Kalu tgk, sume dari coursemate sy & 2 dari Diploma AQSA. Knp sy pilih mereka berdua AQSA tapi ramai lg student FKI lain yg berbakat, berkebolehan, lebih menonjol, berjawatan, aktif wat program & bla bla bla ? Sebab sy percayakan diaorg walaupun diaorg xdala menonjol sgt seperti sesetengah FKI yg len, menonjol je lebih tapi hipokrit watpe. Nati dia ajar student2 sekolah agama ni jadi hipokrit mcm dia plak~wuhuuuu

& x lupa juga pada fasi jemputan Abg Ji sorang lg, Siti Aminah yg juga bekas anak didik Abg Ji dulu2~ ahah.. Dia sorang je bukan UDM dari kalangan kami..


Siti yang berbaju merah~
Ni sume barisan Fasi muslimat iaitu seramai 7 orang..
Fasi muslimin seramai 4 org, tp x amik gmbr dgn kitaorg ahah

Pada malam pertama, aktiviti ice breaking~ hoho Abg Ji punya idea ice breaking unique sgt ! Ahah nak cite susah plak, tp saya x penah jumpe ice breaking mcm ni di mana2 kem sekalipun. Mmg cara ini berkesan & cepat menghubungkan kasih sayang di antara dua pihak. Ahah yg muslimin sesama muslimin. Muslimat sesama muslimat~ X campur dalam sebarang aktiviti pun, sebab nk jaga pergaulan & bla bla bla~ X macam sesetengah kem @ program yang dianjurkan sesetengah pihak, konon macam nama untuk Remaja Islam tapi aktiviti bercampur gaul, even yg sertai kem pun ada muslimat pakai t-shirt lengan pendek la. Saya lupa dah tgk gambar kat mana, tp begitula hakikatnya~ Terkejut gak..

Pada malam tu gak ada qiyam~ Walaupun malam tu tido dekat kul 2, & kena bangun kul 4, Alhamdulillah Allah masih bg kekuatan pd kami & x melepaskan peluang mcm ni. Nak qiyam berjemaah pd hari biase sukar sgt, qiyam sorang2 kat bilik pun belum tentu lagi~

Pagi kul 7.40 Breakfast~ Saya sendiri pun pelik, kenapa pada pagi tu saya teramat berselera masa breakfast~ haha.. Kak Iqa pun plik, boleh pulak saya makan. Sy lg pelik, xpenah2 nk breakfast selama ni, saya x suka breakfast, lagi2 kul 7 lbih mcm tu, langsung x berselera. Tapi pada pagi tu, punyala makan dengan berselera & cepat sgt habis, & Abg Ji plak tanya kak Iqa, eh mana Evi ? haha cepatnye saya makan & tbe2 hilang terus~

Slot LDK pagi tu dikendalikan 100% oleh Fasilitator yang telah dibahagi mengikut kumpulan~ Saya ditugaskan untuk Kumpulan 7 iaitu student Form 5 yg xlama lagi nk amik exam pada bulan November nanti~ Walaupun baru je kenal2, tapi cepat sgt mesra dengan budak2 ni~ Selepas tu ada jugak ceramah dr En. Izani~

Sementara menunggu para muslimin menunaikan solat jumaat, kami fasi muslimat ditugaskan untuk majlis pengisian semasa zohor untuk adik2 sume ni~ Dengan sebulat suara, kami melantik Saudari Akma untuk beri tazkirah pada tengah hari itu.


Saudari Akma yg sgt berbakat~
cara cakap dah ala2 ustazah gtu. Ahah
Budak2 ni suka je masa Akma bagi tazkirah..
Kalau ada award ratu cantik AQSA, semestinya saya bg pada dia~
Sebab ramai yg kata dlm AQSA sem 3, dia paling lawa..
Bukan saja elok dari segi lahiriah, tapi dalaman pun..
Sangat siqoh, & mana2 lelaki, jgn harap nk dekat dgn dia..
Ada beberapa lelaki bgtau sy, Akma baik sgt, xlayan laki pn..
Sebab tu ramai minat dia~ Tp sume tu x berbekas pn pada dia..
That’s y saya respect dia..
X mcm some of sahabat2 Aqsa dia yg len~
Konon tudung labuh, “Aku x biasa dgn laki, segan dgn laki”
tp hampeh~ terang2 tunjuk mcm dh biase sgt dgn laki..
Cakap x supe bikin wuhuuuu…


Ni turn saya pulak~
Adehh saya bukan baik pn..
Layakkah saya nk bg tazkirah kat diaorg, nk bercakap kt depan ni ?
Tp soal pergaulan, aurat saya x sentuh la~
Sebab mmg saya x layak dr segi tu, sy 2 X 5 & rasa lg teruk..
Saya hanya lebih menekankan pada perspektif kehidupan, cabaran, ujian, kekuatan hati~
Adehh.. Macam x caya je~

Petang pada pukul 2.45~ Aktiviti ni best sgt ! Pening kepala budak2 ni nak fikir.. Ahah kena cantumkan kepingan kadbod yg telah dipotong menjadi huruf I, L, T, bentuk anak panah & bentuk rumah.. Mungkin dengar mcm senang. Tapi, kalu wat sdiri, sy pn pening. Yang x dapat langsung pun ada.. Btol la Allah kurniakan lelaki 9 akal, sebab ada group lelaki yg dpt wat dgn cepat je~ Mmg terer~


Ahli bimbingan saya~
Jgn tersalah bimbing nti jd lebih teruk dh~

Tiba masa untuk riadah~ Disebabkan resort ni mmg tepi pantai & dekat sgt dgn pantai, jd riadah pun kat pantai la~ Diaorg ni seronok semacam je~


Ni la Abg Ji~
Handsome kan ? ahah..
Abg Ji yang guide kitaorg~
kenapa kitaorg ?
Sebab fasi pun gedik join sama main !
haha mcm budak2 kitaorg ni adehh..
*owh yea I still remember that shirt* wuhuuu


Hilang segala kepenatan, fikiran tentang UDM, assignments & bla bla bla~
Kitaorg focus gle main mcm x igt ape dah~
Berusaha jugak~ haha..
Sampai habis masa pun x sedar..


adik2 ku~
asyik nak bergambar je diaorg ni ahah

Then dinner bersama~ Makanan mmg best & byk~ X macam sesetengah kat kem lain, makanan nk telan pun xlalu. Tapi kat sini, sejak dari breakfast, lunch, dinner sume mmg best ~ Evi LoLyta selera x tahan~ ahah & Ain sume diaorg wat lawak adeh… Dahla makan lama gile..

Ceramah pada malam kedua oleh Abg Ji~ Saya dah agak dah, confirm malam ni budak2 ni akan menangis sgt & sy dh bgtau fasi sume2. Saya dh pernah lalui sume tu masa sertai kem motivasi Abg Ji 4 tahun lalu. Saya yg susah menangis, tp kata2 dia cukup untuk meleraikan hati sy yg keras ni.. Terbayang2 lagi apa yg berlaku. & mmg sy x silap~ Abg Ji berjaya membuatkan budak2 ni menangis, bukan setakat itu, juga pada fasilitator sehinggakan seorang sahabat sy memeluk sy sambil nangis teresak2 & rebah di kaki sy.. Evi LoLyta cmana ? ahah sket je la kuar airmata ni. Sy kan susah menangis~ hanya benda yg betol2 berat sgt2 je sy akn kuarkn airmata ni.. Mungkin jugak sy dh penah lalui saat sebegini, jd x excited sgt.. tp hati tetap tersentuh jugak.. & saya bangga, saya happy sebab saya dpt bawa sahabat2 sy bersama2 sy mendapatkan sesuatu yg baru ini~ Ia bukan hanya utk sy, tp juga untuk sahabat2 sy..


Selepas nangis pun amik gambar lagi~
Saat2 perpisahan dengan adik2. Sedihh..
Diaorg asyik tanya kenapa balik awl & bla bla bla~
Maaf dik, kami ada koko pada hari sabtu..
Ada rezeki kita jumpe lagi k..

Pukul 11 mcm tu kami bertolak balik ke UDM. Penat, ngantuk sume ada. Tapi saya gagahi jugak.. tpi terkilan sebab teringin nk lepak kat Chef’s Restaurant kat Besut tp dh lewat mlm adeh… Sampai UDM pun dalam kul 12.40am ahah.. Sepatutnya program ni habis hari sabtu tengah hari, koko punya pasal, balik la kami ahah~
Saya pergi bukan kerana elaun semata2~ Elaun banyak mcm mana pn, xguna kalu x manfaatkan program kali ni. Bukan jadi fasi semata2, tp sy nk dapatkan ilmu~ Nak cari ilmu~ Masih mencari2 lagi… & impian saya kali ni mmg menjadi nyata~ Sy nk bersama kem motivasi dengan Abg Ji lg, sy rindukan kata2 motivasi darinya suatu masa dulu. & pada kali ni, sy betol2 berada dlm program ni. Alhamdulillah~ Besarnya nikmatmu ya Allah~ Terima kasih yg x terhingga pada Abg Ji yg banyak mengubah saya selama ni, dialah asbabnya, selebihnya terpulang pada diri saya sendiri, kekuatan sendiri & pelaksanaan sendiri…

Tiada siapa yang bisa memisahkan kita~ Antara kita semua :)
Kasih insan bersaudara.. Ukhwahfillah abadan abada..

Majlis Hari Raya di Sekolah Rendah Agama Al-Amin~ 3 Oct 2009

Pagi seawal pukul 9 lebih, mentor saya menjemput sy & kami bergerak menuju ke tempat majlis sambutan hari raya tersebut. Bergaul dengan makcik2, group usrah yang lain sume. Ahah mesra je diaorg.. Makcik Ita iaitu isteri Pakcik Sobri bek sgt.. Dia siap tegur lagi cantiknya baju saya ! ahah padahal bukan baju raya pun ni.. ;) Kami sume muslimat tlg2 kat dapur, siapkan makanan untuk majlis hari raya. potong mcm2 bersama mentor sy, makcik Ita & makcik2 lain.. Meriah sgt ! makan2, borak lagi~ X sedar dah dekat kul 2 baru balik ahah :)


Majlis sambutan terbuka hari Raya~

Filed under MyLife