Posts Tagged ‘jodoh’

Bakal Suami Orang Kedah & Unstable…

Teringat kisah kat Balai Cerap Tempoh hari. Masa nak cerap planet tu, lampu semua di tutup & memang gelap gelita la kan. Dr. Baha dah cuak dah sebab risau dalam gelap macam ni takut ada di antara ikhwan yang ambil kesempatan, memandangkan kami akhawat sikit je nak banding dengan diaorang. Walaupun ikhwan semua terdiri dari student Pengajian Islam. Then, masa queue nak tengok planet Zuhal tu, ada la adik-adik ikhwan ni (yang saya kenal), macam tegur-tegur Tanya orang mana. Dengan slumber je saya jawab “kedah” . masa tu diaorang memang tak caya pun saya orang kedah. Manala saya pandai cakap kedah. Ajuk sikit-sikit tapi macam pelik sangat bunyinya. Suddenly Dr. Baha datang

“Sape orang kedah ? mana orang kedah ? sape tu ? (tak nampak sebab gelap). Nik ke tu ? orang kedah ? tipu tu, dia bukan orang kedah, dia orang Kelantan.

Haha masa tu saya dah gelak semacam. Dr. Baha dengar je saya cakap apa ey. Then budak-budak tu menyampuk

“aku kata dah, bukan orang kedah..”

“saya bakal orang kedah” (entah dari mana tiba-tiba datang kuasa macam ni)

“oo bakal orang kedah. Hang ni yang mana satu pula ni ?”

Haha. Saya ingat kisah ni berakhir kat situ je. Tapi bila masuk kuliah, (kuliah dengan adik-adik diploma tak campur, Falak Syarie & Takwim Hijri tak campur), suddenly Dr. Baha ingat lagi.

“haa yang ni, ni nak jadi orang kedah, bakal orang kedah”

“haha. Tak la Dr. , saja je. Budak-budak tu duk sakat, Tanya-tanya.”

“yela, kalau awak tak layan, tak menjadi”

Dr. Baha ni sporting je. Cara cakap pun dah lawak. Adeh saya tak layan pun budak-budak tu. Sekadar jawab pertanyaan sepatah dua. Tahu dah, ingat dah pesan Dr. Baha “awak jaga-jaga dengan ikhwan takwim hijri. Mereka tu nakal-nakal. Nanti asyik usik awak-awak akhawat je” .

Lepas tu saya fikir, eh apesal la boleh pergi mengaku kata bakal orang kedah. Confirm lecturer dah cop saya punya calon orang kedah. Tidak tidak. Pastu fikir lagi, siapa pula ikhwan orang kedah yang saya kenal selain budak kelas saya ? pastu baru teringat, alamak, akh kat Tanta yang YM tu orang kedah, yang sorang lagi kat cairo pun orang kedah. Tidak tidak. Dua dua tak. Janganla masin mulut ni. serahkan segalanya pada Allah.

Balik jumpa lecturer CS kat FIT, boleh pula terserempak dengan adik-adik ikhwan tu. Saya wat tak nampak, wat tak tahu je. Then, ada pula antara mereka tu “orang kedah tu, orang kedah tu” tahan je gelak, buat tak dengar je.

*************************************************************

Selasa : hari ni la, mid-term test compiler. Memandangkan mid-term test research methodology macam agak hancus, jadi saya sangatla takut untuk compiler ni. bikin pening kepala dengan NFA, DFA, parse trees, etc. bangun je pagi semalam, saya paksa diri untuk pergi lecture research methodology. Tidak, tidak. Hari isnin pagi memang susah untuk pergi kelas. Rasanya dah dua kali kot tak pergi kelas pagi isnin ? adehh.. minta-minta la Dr. Nordin tak perasan attendance kosong. Kalau nak ambil master, memang tak ambil research dah, ambil coursework kot ? en. Faisal pun dah suggest supaya ambil coursework. Research ni macam not suitable for me.

Isnin : Balik je kelas, semacam je rasa. Nak kata tak sihat tak juga. Jadi macam tak selera nak makan. Tapi, beli makanan macam biasa, balik makan pun selera macam biasa juga. Haha. Then petang ada lecture software project management lagi. Macam takde mood sangat pun. Balik kelas, order food macam biasa, Cuma tak extra. Biasakan mesti extra itu la ini la. Makan banyak kan.

Sampai bilik, rest kejap & rasa dah mood ni macam lain. Relax lagi. Pastu YM someone. Tak berbalas. Rest lagi. Sampai la dekat maghrib baru YM berbalas. Owh rupanya dia sahabat saya di sana baru balik kuliah. Then sambil tunggu isyak YM sikit Tanya pasal solat istikharah.

istikharah, kita memohon kepada Allah SWT untuk membantu kita dalam membuat pilihan. istikharah tidak dilakukan sekali tetapi berkali2. petunjuknya boleh jadi datang dalam pelbagai bentuk dan bersama petunjuknya itu, akan datang keyakinan yang mantap. jadi, kalau awak mimpi ke, ternampak tanda kat langit ke, apa ke, tapi still ada ragu2 so, itu bukan jawapan istikharah awak. contoh awak mimpi. pastu awak kata: “Takut tersalah tafsirlah.”, “Ish, tadi tu mainan syaitan ke hah?” itu bukan jawapan istikharah. istikharah ni datang dengan yakin. bila kita nampak je tandanya, hati kita automatik yakin. kalau dah nampak tanda, tapi ragu2, takut itu, takut ini, so, apa maknya istikharah tadi. kalau awak ni orang was2 pun, kalau nampak tanda istikharah, awak takkan ragu2. Sebab istikharah itu awak minta Allah tolong pilihkan yang terbaik bukan awak pilih sendiri.

Bila dah settle pasal istikharah, entah macam mana jadi terpanjang cerita, cakap benda lain. Lepas tu, rasa macam tak sesuai kat YM. Tak best, tak sampai apa yang nak di sampaikan. YM, voice call skype, last choice dia call fon lagi senang. Ya Allah, saya rasa macam terharu sangat. Ada sahabat yang duduk jauh di benua lain beribu-ribu batu di Jordan sana sanggup call. Benar, dia seorang sahabat.

First cakap, macam tak boleh nak keluar voice ni. terketar-ketar, berdebar semacam sebab dah lama tak cakap fon dengan bukan mahram. Macam lain rasa. Lain sangat. Time ni macam nak push mood, push semangat balik. Tegas. Memang dia tegas. Saya terima je. Tak terasa pun. People around me always said that, kena orang yang tegas handle saya. Kalau tak, macam tak menjadi. Sebab saya, diri saya macam ni la.

Apa yang jadi semua tu, anggapla Allah nak tegur cara awak selama ni. maybe ada cara awak selama ni ada yang salah, tak betul. Banyakkan ingat Allah, luangkan masa dengan Allah. Biasala manusia tak selalu di atas. Ada kalanya jatuh. Jangan biarkan kejatuhan tu selamanya. Usaha untuk naik balik. Kalau selama ni awak dah berapa lama boleh kuat, takkan tiba-tiba hari ni sebab tu je dah ubah segalanya.

Yup, dia menegaskan apa yang dia kata. Ada lagi lain-lain, tapi tak dapat nyatakan di sini sebab tu macam personal, benda yang melibatkan hati, itu adalah rahsia kami. Kira macam last night dapat motivasi free dari dia. Bukan senang nak dapat motivasi personally dari orang hebat macam dia. Conversation took about 45 minutes. After that, saya rest jap, then pergi study dengan Syu. Bila nak tidur, saya ok je. Memang relax dah. Free je mind ni. bangun pagi pun sama. Ready for mid-term test. Alhamdulillah boleh focus walaupun test postpone tonight.

Fikir balik apa yang semalam : saya di beri masa beberapa saat je untuk fikir. Tak sempat nak fikir lama-lama. Dalam hati cakap, janganla buat perangai blur & pending apa orang cakap. Memang segan habis la cakap dengan orang hebat macam dia.

Apa yang saya nak share kat sini : bila fikir balik apa saya kurang sejak akhir-akhir ni, saya rasa macam saya ada kurangkan amalan sunat, saya ada tinggal mathurat 2 3 hari, lepas tu saya banyak complaint tentang assignment banyak. Bila dah complaint tu, mesti ada kaitan dengan lecturer juga kan. Lepas tu ada saya lalai ke, leka sekejap ke. Mix up semua. Saya rasa, sebab tu saya punya mood tak stable. Nampak biasa je kan. actually bagi impact yang besar. Kalau Allah nak tunjuk, Allah memang tunjuk juga. Tak tunggu buat dosa besar baru Allah nak balas. Syukur sebab Allah bagi kesedaran pada saya macam ni.

Alhamdulillah. Saya tak jatuh. Cuma mood terusik sikit. Doesn’t mean I can’t do anything. I still can wake up, I still can attend the class, I still can eat, still can study; still can do my routine every day. Saya macam dah gelabah semacam bila mood tak ok sebab selama ni ok je sejak kekuatan ni kukuh dalam diri. Dan saya rasa itu memang sikit sangat je. Setelah di motivasi oleh sahabat saya yang jauh di sana, saya hanya perlukan beberapa minit untuk berfikir & it’s settle. Syukran jazilan ya akh. Jazakallahukhairan kasira. Semuanya kerana Allah, semuanya dari Allah, Allah yang bantu saya, dan dia adalah sebagai asbabnya.

Filed under Uncategorized

Tiada lagi entry ketiga.

Tidak tidak. Sepatutnya memang benar, tiada lagi entry version ketiga. Tiada ulasan, tiada conclusion. Tak payah nak elaborate panjang-panjang. Jadi, saya harap ini adalah entry yang terakhir untuk story kali ni.

About second entry http://www.evilolyta.com/2010/02/kesinambungan-dari-entry-yang-lepas-%e2%80%93busy-body/, macam biasala, orang yang saya laser habis tu, dia masuk lagi blog saya pada waktu kebiasaannya yang dia masuk kira-kira pukul 5am++ waktu Malaysia. Waktu kat sana, kira sendiri la. Saya ikut gmt +8 Kuala Lumpur sajala kan. Haha. Owh, memang benar, memang pasti dia still follow saya sampai ke saat itu. Agak-agaknya apa la dia rasa bila baca that entry sehinggakan memang dia terus senyap sepi tak drop comment pun. Tak berani lagi la tu takut kena lagi dua kali ganda.

Macam mana saya pasti dia ? saya pastila. Based on location, OS, browser. Yang ni saya guna live feedjit sajala. Senang bukan ? tapi bila nak lagi correct, saya check je kat dashboard saya, plugin yang ada dalam dashboard ni. jadi memang confirm la. Haha. Yang tu lagi detail.

About first entry. Suddenly makin naik amount of top post kat sidebar saya ni. Kenapa ? Siapa yang berminat ? nanti saya explain sekejap lagi.

Ok saya dah kata, saya tak marah pun, even saya biarkan benda macam ni berlalu begitu saja. Tak terkesan pun kat hati ni. Kalau tak, memang saya akan terus point laser personally, privately la kan. Tidak tidak. Saya tak begitu.

Jadi, dalam pukul 10am ++ tadi, dipendekkan cerita, ada orang hantar email pada email address yang saya dah tak active lagi. Email tu sejak 10 tahun lepas. Masa saya form 2. Lama kan ? haha. For all of your information, saya dah tak active mana-mana Yahoo Mail lagi. Tidak tidak. Dah tak pakai dah Yahoo Mail. Command sangat la. I have my own official mail & another one is putraMail la. Haha. Email apa tu, tak pernah dengar pun wakakaka.. tinggal lagi saja belum create email@evilolyta.com . nice bukan ?

Disebabkan saya ni takde masa sangat nak layan-layan email ni, yela kan, siapa la nak hantar email kat saya ni. Takde takde. Jadi, punyala buat habis masa saya je nak tengok balik email tu. Nak korek-korek lagi, baru terjumpa kat Spam. Email nya simple saja. Sangat lembut, sungguh berhikmah macam dulu juga. Sangat la manis. But for me, sama je saya dapat email macam tu atau tak. Bukan tak appreciates, tapi saya tak rasa itu satu keperluan untuk saya & tak rasa itu satu kepuasan untuk sender tu.

Jadi, di sebabkan itu juga, melambung-lambung tinggit makin naik entry tu kat top posts tu sebab check out banyak kali kat entry tu. Bukan tu je, saya tersenyum je tengok traffic dalam blog saya ni asyik arrive je dari location tu, browser tu, OS tu. Di dashboard pula, samala macam saya stated kat atas tadi. 5 6 kali dalam masa 5 6 jam. Lebih kurang sejam sekali kot kan ? dan every traffic itu jugala sampai ke entry tersebut.

Sudahla cakap pasal traffic, lepas ni kita install plugin best-best lagi. Jangan risau, jangan takut untuk masuk blog saya. Saya takdela kaji semua traffic yang masuk. Cuma yang mana saya tengok pelik je sikit baru saya kaji sikit-sikit. Sikit je. Macam saya takde kerja nak kaji semua traffic yang masuk beratus-ratus hits setiap hari, unique IPs lagi.

Jadi, saya mohon, saya minta, seperti saya telah mohon, requested kepada sesiapa sajala kan. Tak perlu untuk elaborate any small things. No need k. Faham sendiri. Ini general. Bukan specifically tuju kepada sesiapa. Bukan bukan. Saya dah kata, saya sudah senang dengan hidup saya, saya sudah bahagia dengan hidup saya. Saya tak perlu mana-mana gangguan.

Susah juga kan bila di katakan single ni. haha. Eh kejap. Siapa kata saya single ? memang betul la single. Sebab belum mempunyai suami lagi, belum ada ikatan yang sah lagi. Tapi siapa sangka saya available or not available ? haha. Suka hati sayala. Nak tahu, Tanya saya sendiri. Itu pun kalau saya nak jawab. Tak semestinya sahabat rapat saya pun tahu. Ada je mereka tak tahu. Yang penting, hanya Allah saja yang tahu. Nice bukan ? Saya dah kata saya sudah cukup senang, bahagia dengan nikmat Allah kurniakan pada saya. Berulang-ulang kali saya panjatkan Sujud syukur pada Ilahi atas segala cinta. Kalau saya ada someone sekalipun, saya tak kecoh-kecoh heboh-heboh macam kat friendster la, facebook la. Tidak tidak. Lagi terpana seketika bila tengok yang publish secara besar-besaran itu terdiri dari orang yang lebih mendalami agama dari saya. Adehh.. kalau orang yang jenis dah biasa-biasa, saya tak terkejut la, sebab saya hanya boleh bersangka baik bahawa, mereka belum tahu sepenuhnya, mereka belum ada kesedaran, insyaAllah satu hari nanti mereka diberi hidayah. Saya tak pandang rendah pun pada mereka sebegini. Tapi pada mereka yang fully known ni ?

Why you have to go & make thing’s so complicated ? Kenapa perlu ada yang menyibuk Tanya sahabat-sahabat rapat saya, “evilolyta ada boyfren ke tak ?” lebih kurang begitula soalannya dan apa-apa soalan yang membawa maksud sebegitu. Sesetengah orang saya senyum je, sesetengah orang saya menyampah je. Haha. Biarla. Mereka tak akan lari dari semua benda ni. Saya juga manusia biasa. Tak lari dari kesilapan. Jadi kalau dah buat salah tu, taula kan apa nak buat.

Kepada mana-mana Lelaki yang bukan mahram pada saya, tidak perlu mendekati saya jika tanpa perkara mahupun hal yang penting. Saya tidak anti lelaki. Tidak. Cuma saya tak nak mengundang perkara lagha pada diri saya, hati saya, pemikiran saya. Jika benar kamu ingin mendekati saya dengan niat yang suci, sila terus berjumpa orang yang melahirkan saya & menjaga saya sejak saja baby lagi. Ok ? Saya open minded. saya tidak menghalang mana-mana niat suci seorang lelaki terhadap saya. Sekian..

Tidak perlu mengganggu saya lagi. Tidak perlu menunggu jawapan dari saya. Kesemuanya saya dah nyatakan disini.

Ok, lepas ni saya nak post entry lain pula.

Filed under Uncategorized

Warkah Buat Bakal Suamiku..

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.

Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..

My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Filed under heart

Facebook [via Celcom SMS]

Ramai pula yang Tanya, macam mana la, charge berapa la, nak tiru I juga la tu. Haha. Charge RM1/week. Kalau celcom tipu, I tak tau la ok. First, type je F send to 32665. Pastu tunggu dapat confirmation code. Pastu kat Facebook, go to settings, mobile & pandai-pandai la ikut step dia. Kalau blur sangat, tak payah buat. Kalau pandai surf my blog, takkan tak pandai nak ikut step yang simple tu. Haha.. Selamat mencuba ;)

Nak story pasal kahwin je :

So sorry to my senior Atikah sebab tak dapat nak attend your wedding on 14 Nov 2009. Hoho I’m Going to KL. So sorry my senior. Anyway, congrats dah selamat di ijabkabulkan baru-baru ni & Selamat Berpraktikal..

Congratulations to my senior Azrul Aminur Rashid yang akan melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ni jugak. Tak ingat bile. Tu pun baru je beberapa hari lepas tengok kad jemputan. Ahah

Lagi orang nikah~ sahabat saya kak Anis Degree Usuluddin yang juga akan menjadi isteri yang sah pada 29 Nov ini. *sigh* yang ini paling terkejut. Ingat ke dia bergurau masa dia bagitahu, lagipun umur lebih setahun je dari saya . Rupa-rupanya betul. Yela, dia baik sangat, seorang muslimah & tak pernah dengan mana-mana lelaki. Sekali kata nak kahwin dah. Rupa-rupanya pilihan family. Alhamdulillah.. Sungguh suci & semoga menjadi isteri yang solehah..

Sekarang dah tengok kan, ramai dah nak berumahtangga. Tengokla, akhir tahun depan turn saya pula. Lalala~ *sigh* berangan je lebih. Calon does not exist. Haha. Belajar tak habis lagi tapi dah gedik nak kahwin. Masih bermanja dengan parents tapi ada hati nak bersuami. Nanti macam mana nak jaga suami ? Ada boyfriend pun dia lari pergi cari perempuan lain. Tapi masih terhegeh-hegeh kat aku gak. Lalala~

Macam dalam lagu in-team~ * Kekasih sejati teman yang berbudi * Kasihnya bukan keterpaksaan * Bukan Jua Kerana Dunia * Mekar Disirami Kasih * Rahmati Daku & Permintaanku Untuk Bertemu Di Dalam Restu * Di tangan Mu tuhan ku Sandar Impian Jodoh Pertemuan * Seandai dirinya tercipta untukku, Rela ku menjadi miliknya *

Lagi nak tambah cerita, sesi mencari jodoh untuk anak sepupu saya. Disebabkan blog ni tak berapa nak glamour, harap-harap orang terengganu je baca blog ni. haha. Baiklah, anak sepupu saya yang bernama Amir Razlan Rahimi telah request supaya saya cari jodoh untuk dia, Haih, cari jodoh untuk anak sepupu, saya sendiri pun tak tercari lagi untuk diri sendiri. Amir, cari jodoh untuk mak sepupu sekarang ! haha kira baik dah ni mak sepupu nak carikan, siap bagi space lagi dalam blog ni nak cakap pasal anak sepupu je. Takpe, kita buat baik kat semua orang k. ahah..

Amir ni dah nak grad dah, sekarang final year Degree in IT kat UniTen. Umur dalam 23 kot. haha tak ingat la saya anak sepupu ramai sangat lagi-lagi anak sepupu lebih berumur dari saya. Ciri-ciri yang dia nak senang je, nak yang single, comel-comel. Tak taula comel bagi dia macam mana. Comel, lawa, cun ni subjektif. Depends pada individu. Comel, ayu wajib, nak yang pakai tudung. Asalkan orang Terengganu @ Kelantan. Pastu pandai masak nasi dagang dengan ketupat sotong. haha Demand betul budak nih. Siapa-siapa yang rasa ada ciri-ciri tu, boleh contact Evi k. Takpe, Evi simpan rahsia. Cepat-cepat. Amir duk merengek ni. haha. Amir, belanja mak sepupu sekarang !

Filed under Friends