Posts Tagged ‘holiday’
Cintaku Tertinggal Di Jakarta
Ok, nak start story ni. About my last vacation. A trip to remember.
Kisah macam mana saya boleh tersampai di Jakarta : Two days before hari raya korban, saya pergi la kat tailor. Pastu belek-belek la baju kurung, baju kebaya dan segala macam baju kat situ. Punya la cun kain-kain yang dah siap tu. Then orang kat situ kata tu kain dari Indonesia la, India la. Saya terus suggest kat mummy nak pergi Jakarta, nak shopping kain.
About six weeks before fly, saya booking Malaysia Airlines from KB to KL, KL to Jakarta. Actually booking only for me & mummy. As only both of us yang nak shopping kat sana, walaupun kami punya decision di tentang hebat oleh daddy & my sister. Haha. Macam peduli sajala kan diaorang nak sekat-sekat saya nak shopping kat Jakarta. 2 weeks after that, suddenly daddy & my brother pula yang sibuk nak join sama. So that’s why la kitaorang punya flight lain-lain, & jumpa kat Jakarta terus.
Flight from KB to KL 6.45am, KL-Jakarta 1.55pm. Rasa transit macam lama je kan. Memang saya sengaja ambil gap lama-lama. Haha sebab nak bagi chance untuk shopping & jalan-jalan kat terminal international KLIA. Macam masalah je saya ni suka lepak sana. Relax, makan-makan kat restaurant yang view various airlines. Best kan ?
Flight KL to Jakarta. Macam biasala, saya buat perangai mabuk-mabuk lagi. Sampai lunch set pun saya letak tepi je, tak selera nak makan. Haha banyak kali turun naik flight pun, masih dengan perangai yang sama, tak habis-habis mabuk je setiap kali naik flight.
Then, sampai kat Jakarta about 2.55pm. Dah ada supir yang tunggu (supir ni macam driver la), jadi tak payah susah-susah nak naik taxi ke, bajai ke. First sampai kat Soekarno-Hatta Airport, terus pergi money changer. Tukar duit & memang dapat berjuta-juta rupiah la. Haha. Semua tu untuk shopping punya best. Supir kami di sana namanya Pak Sufyan. Handsome bangat ! haha gatal~ .. Actually my uncle Nik Aminaldin yang suggest kat kitaorang supaya ambil Pak Sufyan ni. As my Uncle Din tu boleh dikatakan selalu pergi Jakarta untuk main Golf, jadi dia selalu pilih Pak Sufyan sebagai supirnya. Pak Sufyan punyala baik, sabar lagi. Bayangkan, dari pagi sampai la tengah malam kitaorang shopping, dia tunggu je. Tolong angkat barang yang banyak tu lagi, banyak tolong mummy lagi-lagi bila mummy suruh beli itu ini la. Memang amatla baik. Kat sana kami sewa lagi Toyota Innova (barang shopping banyak kan), lepas tu Pak Sufyan ikut je bawa kami nak pergi mana-mana. Memangla macam mahal kan sewa kereta lagi, bayaran untuk supir lagi, tapi semua tu untuk kesenangan diri, jadi macam takdela nak berkira pun kan. Even, bagi supir lebih lagi dari upahnya.
Stay kat Hotel Cemara, Central Jakarta. Betul-betul central. Nak cakap macam mana lagi betul-betul central Jakarta. Haha. Dalam 5 minutes je ke Tanah Abang, 3km ke Plaza Indonesia. Dekat saja kan ?
Shopping Mall : Banyak sangat shopping mall kat Jakarta. Ciputra Mall, Plaza Senayan, Taman Anggrek Mall & beberapa yang lain lagi tak ingat dah. Yang paling high class punya Mall kat sana Plaza Indonesia & Grand Indonesia. Ni standard Pavillion, Starhill KL la.
Shopping kain untuk jubah, baju kurung, baju kebaya pula kat Tanah Abang, Magestic, Mangga Dua ada la sikit-sikit. Paling best Tanah Abang. Memang shopping habis, entah berapa juta rupiah habis. Sampai saya dah naik pening kepala tengok kain. Satu bag yang penuh kain-kain ni saja dah 20kg. Dahla saya dengan mummy je masa check-in kat airport, memang berat sangat nak angkat. Adehh.. Belum masuk dua bag lain lagi, semua total 42kg. Haha.
MU Café : For Manchester United punya fan Club. Memang cun. Tapi saya takdela minat MU pun kan. Jadi macam tak excited sangat. Other places, try foods yang takde kat Malaysia. I mean yang original come from Indonesia la kan. Bakso. Haha. Yang ni makan banyak sangat, sekali makan two bowls. Saya pun macam tak percaya boleh makan Bakso sebanyak itu. Haha. Pastu try juga makan pempek. Boleh la tahan. Kat mana-mana je mesti ada Nasi Padang. Memang glamour habis nasi padang kat sana.
Masa nak balik, can you imagine, only me & mummy je yang malay dalam flight MAS tu. Haha. Yang lain ramai Chinese, Korean, mat saleh tak payah cakapla memang ramai. Dahla women pun tak ramai sangat. Man je ramai. Adehh mana pergi semua malay ni ? haha actually diaorang ramai naik Air Asia. Even masa pergi Singapore dulu pun, flight MAS pun ramai Chinese je. Malay kami 5 6 orang je. Soekarno-Hatta Airport lebih cantik dari KLIA. Sebab banyak landscape. Tenang je kat sini. Kalau macam KLIA & Changi Airport tu high class punya airport.
Waiting for Boarding to KLIA
Suddenly mood saya baik sangat masa nak balik. Dah takde mabuk-mabuk dalam flight. Bukan setakat tu, siap makan banyak lagi. Selera tak payah cakapla. Haha. Stewardess pun macam pening kejap nak itu, kejap nak ini. Kenapa saya punya mood baik semacam ? Because~~ Something happened masa kat Soekarno-Hatta Airport. Masa tu tengah online sorang-sorang kat Plaza Bali. Mummy masa tu hilang entah kemana. Haha. Then, something sweet happened. Memang gila punya sweet. Ok, itu rahsia. Family saya saja yang tahu. Ya Allah, sujud syukur padaMu Atas Segala Cinta. Hehe. Masa tu la Ketika Cinta Bertasbih.
Actually banyak sangat sweet things happened kat sana. Memang sweet habis. Tapi macam tak larat nak cerita. Even, some of them are my privacies. Haha. Anyway, nanti boleh tengok kat my Facebook all those photos. Tak banyak pun gambar sebab tak ingat ambil gambar, asyik shopping je.
**Cintaku Tertinggal Di Jakarta~ Great Holiday~
.:Singapore:.
This is not my first time I’ve been to Singapore. If I’m not mistaken, this is my fourth or fifth time I’ve been there. Jadi kali ni pergi Singapore tak adala excited sangat. Macam biasa saja. Saja jalan-jalan luar dari Malaysia. Bukan jauh pun. Haha. Lagi 1, cost of living memang agak tinggi. Currency rate Malaysia Singapore : $1 = RM2.50 . around macam tu la. 2 kali ganda lebih. Tapi tak payah fikir la pasal itu. Kalau nak berkira, baik tak payah pergi jalan-jalan, duduk rumah sajala kan. Jadi saya pun jadi tak berkira juga.
Macam lambat saja saya update blog ni kan. Memang pun~ Sebab saya teramat la penat. Sejak hari khamis Flight MAS pukul 6.45am, pukul 5.15am dah pergi airport. KL-Singapore pula pukul 11.50am, jalan-jalan lagi, tidur tak cukup, tak cukup rest, lastly balik flight KL-KB sampai pukul 11.30pm. I told u~ MAS more better than AirAsia. Tapi kalau budget tak cukup, saya naik je AirAsia juga. Ahah..
Kali ni saya tak pasti la nak update panjang ke tak. Saya cerita sikit-sikit sajala. Tapi kalau terlebih & tak suka tu, skip sajala ok. Ada orang lain yang lebih nak saya cerita panjang-panjang. Ada yang saya letak gambar sama, so tengokla keindahan ciptaan Allah SWT.
Sampai saja di Changi Airport, agak teruja. Haha. Walaupun ini kali kedua saya sampai ke Changi Airport, tapi rasa macam lain saja. Banyak dah upgrade lagi. Rasa macam KLIA tu dah best, dah hebat, dah besar sangat tak larat nak jalan. Tapi Changi Airport lagi besar, ada 3 terminal + Budget Terminal. Di antara terminal pula dihubungkan dengan Skytrain. Boleh naik Skytrain pusing-pusing ke semua terminal dengan free. Haha. Tapi saya tak adala jakun nak macam tu macam Malaysia tak ada train, LRT, macam tak pernah naik saja kan. Harap maklum la, KLIA ada aerotrain yang menghubungkan terminal yang Gate C itu saja. Kalau LCCT lagi tak ada semua tu. Jalan naik tangga saja masuk Aeroplane.
Okla, sampai saja di Singapore, terus check-in hotel kat Geylang. This is first time stay kat Geylang. Geylang tak macam dulu lagi kan. Dulu-dulu selalu stay kat area Orchard Road. Petang itu rest jap, lepas tu malam keluar lepak kat Suntec City Mall. Punyala bagus GPS buat hal. *sigh*.. Macam mana nak jalan-jalan. Susah bukan without GPS ni. So buat-buat ingat saja jalan nak pergi balik ke Suntec City. Pagi esoknya, ayah tak puas hati, lepas tu terus pergi beli GPS baru. Haha. Yang peliknya, mula-mula memang boleh saja guna GPS dalam Singapore. Masa malam tu GPS ni buat hal. Saja gedik. *sigh*
Suntec City Mall. Tak dapat nak imagine rupa bentuk this building. Connection underground with other building lagi, boleh sampai Esplanade Mall, Marina Square, Milennia Walk & other building, shopping complex. Memang besar sangat. Kat tengah-tengah tu ada Fountain of Wealth. Boleh buat wish semua kononnya la. Saya sebagai seorang Muslim, saya tak percaya la benda sebegitu, karut semuanya. Tapi sekadar nak tengok view dia tu ok la.
The Next Day, Sentosa Island here I Come. Masuk kali ni dah kali ketiga saya sampai di Sentosa Island. Tapi kali ini lain sikit, lagi banyak telah upgrade. Saya paling suka the 3 beaches here Siloso Beach, Palawan Beach & Tanjong Beach. Tempat paling relax is Siloso Beach, tapi tempat paling cun ialah Palawan Beach. Tanjong Beach tu paling hujung.
Siloso Beach
Nak travel around the Island, ada tram. Kalau dulu ada monorail, sekarang dah tak ada monorail, di ganti dengan tram. Sampai saja di Siloso Beach, rasa nak terjun saja ke dalam laut. Tapi costume saya tak sesuai la ok. Haha. Relaxing my Mind there~ Merenung keindahan ciptaan Ilahi..
Underwater World & Fort Siloso~ Underwater World macam biasala, ada Marine Life. Fort Siloso pula ada kubu pertahanan zaman perang dulu. Ada Surrender Chamber, patung-patung yang menggambarkan kehidupan zaman dulu-dulu. Kali ni saya tak masuk both that place pun. Sebab dah 2 kali saya pergi sana. Kali ni pergi Sentosa Island try benda baru saja.
Next Place SkyRide & Luge. Memang benda baru. Yang ni best & syok je. Naik dengan SkyRide & turun dengan Luge. Kat puncak tu boleh nampak pemandangan di sekeliling Sentosa Island. Hebatnya ciptaan Ilahi. Tak putus-putus mengagumi ciptaan Ilahi.
SkyRide
Luge
Palawan Beach~ Lunch kat one of the restaurant kat sini. Susah betul nak makan, banyak yang tak halal. Yucks. Makan di tepi pantai, di tepi laut sebegini, memang romantic. Haha. Dengan hembusan angin laut lagi, berselera sangat makan. Kat sini juga The Southern Most Point of Continental Asia.
Palawan Beach
At night~ saya pergi Night Safari. Ini juga first time sebab ni tempat baru. Agak jauh juga sebab dia kat North Singapore kat Woodlands. Price nak masuk sini~ perghh.. Macam membazir saja. Guess what~ $32 for adult with tram. $32 X 2.5 = RM80 seorang. Ahah. Apa yang best ? Best sebab boleh tengok wild animals secara live. I mean, seolah-olah kita berada dalam hutan. Macam jungle Trekking saja. Animals tu dia lepas macam tu je without fence. Haha. So boleh tengok terus macam tu je. Mencabar bukan ?
Balik dari Night Safari, mid-night at Merlion Park opposite to Esplanade. Macam kota bercahaya. Di sekeliling penuh dengan cahaya dari bangunan berdekatan. Hembusan angin malam yang sejuk & mendamaikan jiwa~
The Next Day, Shopping Time ! Takashimaya, Paragon, The Heeren & all around the Orchard Road. Ramai sangat orang. Macam lautan manusia saja. Shopping tak payah cakapla. Kalau ikut Singapore Dollar memang murah. Tapi nanti convert la pada Malaysia Ringgit. Haha. Tapi shopping saja la kan. Ahah. Yang paling best masa kat GAP. Lama sangat shopping kat situ. Lagi best bila Promoter GAP tu Philippines yang handsome. Sabar saja melayan kerenah saya nak baju tu, baju ni. Haha.
The Last Day, selamat pulang ke Malaysia. Tunggu flight di Changi Airport sampai saya tertidur. Sebab penat sangat tak cukup rest. Anyway, thanks to mummy daddy yang banyak spend for this holiday. Syukur pada Allah juga kerana kurniakan rezeki kepada kami. Alhamdulillah.
Selebihnya, boleh tengok gambar di Facebook saya. Tak larat nak panjang-panjang kat sini. & di Facebook hanya orang tertentu saja boleh tengok~

















