Posts Tagged ‘hang out’

Jalan-jalan KT

Macam jakun je saya lama tak pergi town KT. Memang pun. Lagipun, saya jenis yang bukan suka melepak di town KT. Err kejap. Nak shopping apa je kat town KT ? haha. Lepak kat area Gong Badak sudah.

Pagi-pagi lagi Syu minta hantar dia kat town. So, Haziqah & My roommate Madihah pun join sama. Macam bagus je saya & Madi bangun awal, tak sambung mimpi indah di pagi weekend macam ni. Haha. Pukul 8.20 kami gerak & sampai town terus hantar Syu kat tempat dia nak pergi la.

Kami ni macam tak tau nak pergi mana seawall pagi macam tu. Kedai pun macam tak buka lagi kan. Then pergi la round kat Pantai Batu Buruk. Tiba-tiba je macam hujan rintik-rintik. Terus cancel plan nak jalan-jalan tepi pantai.

Bila dah pukul 9 lebih macam tu, we all decide nak breakfast kat KFC. Di sebabkan saya ni memang perut typical malay, Nasi Lemak KFC juga jadi pilihan. Haha.

After breakfast, hujan pun dah stop, then continue our plan yang nak jogging kat Bukit Besar. Where is Bukit Besar ? Bukit yang Besar kat depan Mydin tu la.. Konon macam nak jogging la kan. Dah la baru lepas heavy breakfast. Actually, this is my first time jogging kat sini. Macam la saya selalu jogging. Macam boleh kata langsung tak la. Tapi kali ni teringin nak kenal Bukit Besar sebab Haziqah selalu datang sini.

View From Bukit Besar

Tapi naik sampai separuh je. Tak larat. Saya punya skill naik bukit tu tak payah cakapla. Haha. Gelak la gelak wahai Haziqah & Madihah.. Ok dah penat !

Madihah & Haziqah Si Kembar

Muka penat~

Next place : Mydin Mall. Langsung tak ada niat di hati nak shopping. Tapi bila tengok tudung tu, err macam berkenan juga la kan. Ok, disini saya terbeli something yang sebijik macam adik sedara saya punya. Punya la pagi tadi lepas subuh YM dengan dia, story-story, then pergi Mydin Mall, terjumpa benda yang diceritakan tu. Jadi dah berkenan & beli je la. Habis duit~ ..

Lunch : KFC lagi. Macam tak betul je makan KFC lagi. Haih~ Lunch kat KFC. Tak sedar dah pukul 2 lebih dah. Solat pun belum lagi. Then terus balik, sampaila campus pukul 3pm. 3.30pm keluar lagi pergi pick-up my beloved lecturer.

Err sebagai panduan, saya menggunakan si GPS sebagai penunjuk jalan trip kali ni. Nanti ada pula yang Tanya GPS tu apa ? GPS-Global Positioning System. Just point your destination, then dia akan guide kita turn left ke turn right ke, take second exit on roundabout ke, go to hell ke. Eh bukan bukan. Yang tu bukan. Kira tak payah la susah-susah nak baca signboard lagi. Well, macam jauh saja nak pergi, setakat pergi KT baik tak payah nak guna GPS. Dahla berbelit-belit. Tak correct pun ada. Tapi hari tu guna GPS ni kat Singapore ok je~

Sekarang saya sudah penat sangat ~ Hari ni enjoy saja sebagai qada sudah beberapa minggu hanya spent time dengan group discussion. Jadi hari ni qada habis-habis.

Filed under Uncategorized

Monsoon Cup Carnival

Sekarang ni berlangsungnya Monsoon Cup kat Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Hari ni macam tak ada kerja nak buat, weekend kan. Jadi saya pun berjalan-jalan macam tak ingat apa dah. haha. Dah plan dengan my best friend Ainni nak pergi sana hari sabtu. Sebab hari ni hari jumaat ingat nak qada tidur yang tak cukup sejak minggu lepas. Tapi rasa macam dah terlebih tidur, jadi petang tadi pukul 3 pun pergi dengan Ainni’s car sebab saya malas nak drive.

Weather today sangat baik. Tak hujan, tak panas. Medium temperature. Jadi saya pun rajin la nak keluar. Kalau hujan, memang saya tak pergi mana-mana dah. Macam-macam activity kat carnival ni. Sukan rakyat la, Flying fox, paintball pun ada. Tapi yang tu tak menarik perhatian saya sangat. Yang lebih menarik bagi saya ialah ‘mini zoo’. Memang mini sangat la. Tapi, macam-macam animals ada. heh tiger & lion takdela. Yang paling banyak ada snakes. Sungguh menggelikan.

Walaupun ia geli, tapi saya nak jugak pegang, nak jugak sentuh. Nak rasa kulit snake tu. haha. Best bila dia berada kat atas my neck ni. Mula-mula memang geli. Ainni dah tak nak pergi dekat dah. Tapi tak kira, saya nak jugak ! Keberanian saya tu mengatasi segala-galanya. ahah i like to learn & know something new & unique~

m

Lepas main-main dengan snake, kita pergi ke tempat ada air pula. View dia tak payah cakapla. Saya sangat suka tempat yang ada air. Tak kira la sungai ke, tasik ke, laut ke, semua saya suka, asalkan ada air. Tapi waterfall tu kurang sikit la. Tak suka sebab batu licin. Tak minat tempat macam tu. Membahayakan. Ok, tengok picture kat bawah ni. Suka la tempat macam ni. heeee

m4

Yatchs~ saya pun suka yatchs, boat, ships & seangkatan dengannya. Rasa macam nak join je. ahah. Water sports itu my favourite~ :) Pulau Duyong juga merupakan tempat buat kapal, sampan & seangkatan dengannya. Nama pun dah pulau, sebab tu lagi suka. I’m a Beaches & Islands Lover ~

m3

This is my best friend since The Elite Girls School.

Lepas dah penat berjalan-jalan, tengok snakes pun sudah, tengok yatchs pun sudah, jadi rasa macam lapar je. haha. Dah la lunch makan gitu-gitu je. Macam malas makan sangat. Then kitaorang ingat nak hi-tea kat Ri-Yaz Heritage Resort & Spa kat Pulau Duyong tu juga la. Tapi di sebabkan monsoon cup, hi-tea takde. So decide makan je la ala-carte.

Kitaorang pilih nak makan Hawaiian pizza. Memang best ! I’m full ! Sangat puas hati makan kat sini. Exclusive, pastu view yang sangat menarik. Ok, saya sudah jatuh cinta dengan tempat ni. Saya suka resort @ hotel yang concept macam ni. This is really awesome. This is my second time at Ri-Yaz Heritage Resort & Spa. Lepas ni saya & Ainni plan nak datang sini lagi. Dinner, hi-tea & also Spa named ‘Sembunyi Spa’ . That’s why I Love this place. Semua ada.

m2

Verandah Restaurant

Ri-Yaz Heritage Resort & Spa Pulau Duyong

Sampai pukul 7 baru kitaorang balik. haha agak lama la berada kat sana. Balik then stay kat rumah Ainni dulu. Biasala, jarang berada di campus sejak akhir-akhir ni. Banyak stay kat umah dia. haha. Pastu makan lagi Fried Mushrooms. nyum2… Ok sudah penat & dah tiba masanya untuk bermanja dengan Mr. Pillow & Baby Bolster~

Filed under KT