Posts Tagged ‘Friends’
10 hours Enough For Us
Friday. Hari yang aku tunggu. Penat. Bangun awal pagi, pergi sana, pergi sini, pergi breakfast kat Mc Donald’s, had some pancakes & pukul 9am pergi lab ! weekend pun pergi lab. Sambung kerja sniffing yang belum settle pada hari Khamis. Kesian kat internet, kat network. Yang paling best masa nak sniff tu, dapat tahu yang Pusat Seni & ada fakulti lain pun guna network sama. Habis lah. Haha.
Friday evening. Sepatutnya 3 hours, tapi tersilap jadi 10 hours. Tanpa dirancang lah. Semuanya berlaku secara spontaneous. Ohh k !
Friday. It’s hi-tea time at Ri-yaz. As usual. Lagi-lagi nak celebrate birthday kakak dua orang nih. Belated birthday la kiranya. Yang keberapa tak boleh nak bagitahu sebab mereka tak nak bagitahu. Haha.
The birthday girls !
Hari ni aku bawa gang ramai sangat. Siap booking lagi sebab takut full lah kan. Betul lah, sebab ada function kat terrace. Ok lah ok. one table for two, one table for six. Eh mestila aku kat table for six. Table for two is for my best friend.
Table for two for Ainni & Tawfiq Helmi !
Mula-mula memang plan nak pergi hi-tea je. Tapi diaorang ni cakap nak pergi tengok pertandingan shuffle pula kat pantai Batu Burok. Aku cakapla nak balik dulu lepas hi-tea then pergi balik. Bila fikir balik, buat bazir minyak kereta je ulang-alik macam tu. Baik stay sana terus. Masa tu juga la aku pergi ambil baju sebab nak tukar lah. Takkan nak pergi pakai mini kurung macam ni. mujurlah apartment aku ground floor. Kalau tak, dah semput dah turun naik tangga. (macam tak biasa)
Sampai dah lewatlah kat sana. Sebab tunggu si jejaka dua orang nih balik solat jumaat. Kalau tak, takde driver. Siapa nak drive ? sebab aku dah start mengada-ngada malas nak drive. Haha. Makan-makan macam biasa. Borak-borak macam biasa. Tiada yang luar biasa. Tak payah story benda sama, sebab memang sama, takde yang lain.
heh Rapunzel lah ! *wink*
Stay sampai pukul 6pm, kak Huda & alang gila photoshoot. Kak Iqa dah senyap landing atas rumput. Dia malas nak layan kitaorang. Haha. Aku macam biasa, steady. Kat mana-mana pun aku akan bergalok.
Frenzy ! eh semua ‘H’. Hidayah, Huda, Haziqah !
Then terus pergi Giant. Karaoke. Sejam je. Tak larat lah lama-lama. Ni pun dah penat dengan diaorang semua. Just for fun lah, before the busiest time arrive.
Fun dowh
After maghrib, terus pergi pantai Batu Burok, ada Festival Shuffle 1 Malaysia. Shuffle tu apa ? macam menari-nari berjoget-joget gitu. Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Tapi macam bosan. Aku tak minat sangatlah tempat bising macam ni & mix with orang yang entah pape. Ohh tidak. Tak boleh.
After that, pergi waterfront. Kan aku dah cakap. Selepas Ri-yaz, waterfront lah tempat aku suka. Petang pergi Ri-yaz, malam pergi waterfront. Complete life aku hari ni haha. Tapi aku tak makan pun. Gila nak makan lagi. Heh diet lah ! then, Saja menikmati keindahan alam ciptaan Allah di tengah malam sambil layan perasaan sambil borak-borak gelak-gelak dengan diaorang. Haha.
Proceed to another place. Ceyceycey. World Gamelan Festival kat Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Yang ni pun bukan aku minat pun nak tengok. Memang diaorang bising-bising nak pergi tengok tapi aku macam tak layan sangat. Masa lepas pergi waterfront tu, memang nak balik. Tapi aku pula yang nak pergi kat dataran Shahbandar sebab…. Adalah sebabnya. Sekali, benda yang aku nak tu takde, tapi terpacak kat sana pula tengok gamelan. Haha.
Oklah, that’s all for last night. For today ? tengoklah. Pesta convo UniSZA & pesta convo UMT. Jomlah. This week aku banyak menghabiskan masa & menghabiskan duit. Errr, mummy daddy, tolong sponsor sikit !
Furthermore, July, August & September Ri-yaz punya promotion sangat best ! nak pergi ! Jom !
Pertandingan Bintang Klasik Zon Timur 2010
Today sangat penat. Dah tertidur lepas balik lecture. Jadi, entry kali ni pun tak boleh nak cakap banyak. Sesuai dengan kepenatan yang di alami. Phew~
Baiklah, entry ni macam berdebar sikit. Bukan berdebar nak update. Tapi berdebar bila visitors baca. Haha. Baca sekali imbas je la ey. Jangan tilik puas-puas. Nanti memudaratkan mata hati jiwa perasaan. Haha. Ok merepek saja.
Oklah, last night ! we went to Taman Budaya Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ohh we ? I mean, me, Kak Pah Degree Law Sem 7, her roommate Faizuri Degree Islamic Finance Sem 5, my classmates Syu, Kak Iqa & Alang. Ok, ramai aku bawa gang semalam. Memanglah, pergi mana-mana selalu bawa gang ramai-ramai. Haha
Ok sambung. Taman Budaya ni kat Kuala Ibai lah. (aku tahu aku ulang balik ayat kat atas). Dekat je dengan Masjid Terapung Kuala Ibai. Nama apa entah masjid tu aku tak ingat dah. First time lah datang sini. Macam takde hal kalau aku nak datang saja-saja. aku datang bersebab lah. Sebab yang sangat besar. Phew~ lagipun, kalau nak di kira, memang jauh lah Kuala Ibai ni dari campus aku. Kalau aku duk campus Kota dekatlah juga.
Ok, tak sampai maksud sebab lagi kenapa datang sini. Last night kan ada Pertandingan Bintang Klasik 2010 Peringkat Zon Timur. Lagi aku cakap, macam takde sebab lah suddenly aku nak pergi sini kalau tiada sebab yang lebih besar kan. Lagi-lagi mix dengan orang ramai. Phew~ tak nak expose sangatlah. Tak boleh tak boleh. Bahaya.
Syu, Alang, Kak Iqa
Ok, di sebabkan kami kan stay jauh & itu ini, so lambatlah sampai sana. Tak lambat sangatlah, tapi there’s no more seats in an auditorium. Kak Pah kan cable RTM, so ramai lah dia kenal orang-orang kat sana. Tapi tak dapat jugaklah.
Budak-budak ni asyik gelak je kat beberapa peserta tu. Aku pun nak tergelak juga, tapi takdelah nak gelak over sangat. Haha. Dan aku pun kurang fahamlah kenapa diaorang gelak habis sampai orang sekeliling pandang. Ok, maybe sebab some of them tu klasik habis la kot ? haha
Saja buat muka haha
Actually, dah tahu pasal pertandingan ni sebulan lepas dah. Tak plan nak pergi pun. Macam aku cakaplah, tak nak expose lah. Pagi semalam pun duk main-main lagi tak nak pergi lah, malas lah. Tu pun kak Iqa yang beria menyuarakan hasrat & bagi ayat sikit kat aku sampai aku pun setuju nak pergi. Tu pun buat decision last minute punya. Ajak gang lain. Kebetulan pula saja pergi message kak Pah, then kebetulan dia pun nak pergi Taman Budaya walaupun asalnya dia pun tak tahu apa ada kat Taman Budaya malam tu. Dia nak pergi sebab one of the DJ Terengganu fm yang bagitahu. Ok detail pula aku story, kak Pah jangan marah ey. Aku tengah excited ni.
Sorang, sorang berlalu. Ada yang handsome. Takleh bagitahu la yang mana handsome. Tapi handsome lah. Haha. Ok, yang aku tunggu-tunggu tak keluar lagi lah. Takpe, kita cuci mata tengok orang lain dulu. Haha. Dekat-dekat last tu, ok keluarlah orang yang aku tunggu. Phew~ handsome juga lah. Haha
Kak Pah siap cakap aku feeling masa ni. eh takdelah. Aku macam ni la. Focus. Ceyceycey. Then, habis. Tunggu result lah. That time, aku rasa macam !@#$%^&*. Ok aku tak nak bagitahu lah apa aku rasa. Cuma mereka-mereka je lah tahu. Tapi apa yang aku rasa tu tak betul lah sebenarnya. Mainan perasaan aku je.
Then, nak announce result lah. Sambil tunggu tu, ada persembahan dari Azlina Aziz & Nassier Wahab. Handsome ! Ok tunggu, tengok, dengar. Sekali, nak announce siapa juara. Aku relax je. Ceyceycey. Steady je. Maintain macam ni. sekali~~ ok, inilah juara. Ye ye. Congrats k congrats. Dialah, Tuan Izatt Izzuddin.
My friends pula yang kecoh. Aku relax je. Relax la, dia yang menang. Haha. Nak kecoh kat aku buat apa. bukan aku apa pun. Haha..
in auditorium
Then !@#$%^&*. Pastu aku cari kak Pah & kak Iqa. Alang & Syu cakap diaorang dah masuk auditorium dah. Aku pun masuk jugala. Ceyceycey tak payah cakapla. Aku kan tak nampak & tak cam orang dari jauh. Memang aku tak nampaklah manala juara ni. haha.
Sekali tengok, haih. Kak Pah & kak Iqa dah pegang camera aku ready nak ambil gambar. Tak pasal-pasal. Sumpah segan. Kantoilah. Mestila dia cam camera aku. Lagi-lagi aku tak bagitahu pun dia aku nak datang. Saja surprise ceyceycey.
Then, aku tercari-cari tak nampak kan. My friends pula yang lebih-lebih nampak. Diaorang tolong bagitahu aku mana dia. Aku pun, owh. Tengok ramai orang kat sekeliling dia, ramai orang tegur dia, ambil gambar dengan dia. Haha. Takpe, aku dah ready dari segi mental fizikal dah. Sabar je. Takpe. Sabar lagi. Walaupun macam !@#$%^&*. Habis, takkanlah aku nak buat perangai kat situ kan, dahla minggu lepas gaduh besar sampai 4days tak contact. Nak pergi dekat segan. So, SMS je lah, jelling-jeling. Haha.
Then, dia kena pergi live interview kat radio pula. Aku macam malas je nak tunggu. Tapi my friends sporting je lagi-lagi kak Pah. Otai habis. Haha. Kak Pah slumber pergi Tanya kawan dia yang kerja kat RTM, cakap nak pergi ambil gambar kat stage. Diaorang ni aku perasan sejak mula-mula lagi, sorang duk berkenan kat vespa kat atas stage, sorang berkenan kat macam pondok atas stage. Sekali, nah. Pergilah korang posing atas stage.
Aku pun ikut je la. Takkan aku nak tercegat macam patung sorang-sorang kat situ kan. Then posing situ, posing sini. Sekali, aku pula yang terberani pergi kat tengah-tengah nak ambil gambar. Ambik ko, aku dah cover malu aku, buat-buat segan. Sekali, aku pula yang lebih berani dari korang. Diaorang gelak je kat aku kata “ini dah melampau dah ni” haha.
Pastu, tunggu lagi la kan kejap. Duduk kejap. Ok, dia dah habis interview. Takpe. Aku nak duduk sini je. (boleh pula aku nak juga buat ego masa tu). “datang la sini” (dalam hati berkatalah).. haha
So, on the way dia nak datang sini, phew. Yang itulah, yang inilah tegur dia, nak ambil gambar lah. Ok lah ok, takpe. Aku nak duk sini juga. Aku takkan bergerak. Haha. Gila sombong aku masa tu. Takpe, saja. selepas melalui liku-liku nak sampai kat aku, akhirnya sampai la kat aku. Ok yess ! haha
Then, biasala, ambil gambar. Pastu aku rasa macam masa tu aku dah !@#$%^&*. Ok, hanya my friends & orang kat situ tahu. Haha. Excited lebih macam tak terkawal dah. Serious malu. My friends yang tak biasa tengok aku gedik macam tu pun macam terkejut kot ? haha..
Juara semalam. Susah ni nak ambil gambar dengan juara ni haha
Oklah, kita pendekkan cerita. Adeh. Yang ni part paling malu buat aku. Dia suruh aku jumpa family dia, mak dia lah. Aku macam !@#$%^&*. “tak nak tak nak” . tapi bila dia dah buat muka garang kat situ, aku macam, “ok ok” . malas lah kan nak buat perangai situ. Takkan aku nak bergaduh kat situ kot, takkan nak buat muka kat situ kot. Dengan syarat, bawa gang aku sekali jumpa. Haha. Then borak-borak kejap & baliklah.
Meet the family. Gila segan
Dah lewat. Dekat pukul 12am dah. Konon lewatlah. Padahal awal-awal aku dah plan nak pergi supper kat waterfront. Ok tempat aku paling suka selepas Ri-yaz. Sebab dua-dua tempat view air kan. Furthermore, duk kat waterfront nampak Ri-yaz, duk kat Ri-yaz nampak waterfront. Sebab seberang sana & sini je. Ahah
Lepak waterfront. Ok, two of my friends nih, boyfriend dia dah macam marah sikit bila tahu keluar malam tak balik lagi. Haha. Aku ? slumber je lah. Aku keluar dengan perempuan, bukan dengan lelaki. Ada siapa nak halang, nak sekat aku ? kalau ada pun, aku tak peduli juga. Haha.
Lepak kejap, makan-makan, borak-borak. Ok, Aku penat. Lagi-lagi kak Pah banyak buat lawak. Aku tak makan sangatlah walaupun aku rasa nak makan macam-macam. Diet ok diet. Haha. Kalau ikut hati, macam-macam dah aku nak makan. Tapi aku tak nak gemuk macam sekarang. Aku nak slim sikit. Wanna decrease my weight lah.
Then balik lah. Aku macam biasalah, jalan straight tak pandang kiri kanan. Style aku lah tu. Haha. Peduli apa aku orang sekeliling kan ? sekali, kak Pah cakap “tak nampak ke tadi meja tu ada Azlina Aziz, Nassier Wahab” . aku macam “hah ? ye ke kak ? tak perasan”
Pastu !@#$%^&* . di pendekkan cerita. Aku tak nak story pasal yang memalukan aku. Tapi rezeki kami, then kak Pah punya cable RTM ada situ juga. Then, jumpalah. Borak-borak. Pastu adalah story lain pasal kak iqa & Alang. Haha. Macam-macam friends aku nih. Kisah tiga-tiga. Haha. Then, pukul 1am gitu kot balik.
with Azlina Aziz & Nassier Wahab
Ok, last night aku macam tak boleh nak tidur sangat. Macam biasalah, syndrome tak boleh tidur datang lagi. Dahla lecture tadi pukul 11am. Pukul 10.40am baru aku tersedar. Kalut. Pakai tudung semalam. Segan. Segan sebab !@#$%^&*. Ok dah. Ada lab lagi petang tadi. Lecture Formal Method sampai pukul 5. Balik lectures, aku zzZZZzzzz~~
Oklah, ada orang tu sangat mengada-ngada hari ni. aku tak reply SMS sikit, lambat reply sikit, dia dah mengada dah itu la, ini la. Eh kenapa ni ? takkan selepas semalam jadi gini kot ? tapi memang mengada sejak 2 3 minggu lepas lagi. Tadi aku penat sangat, tertidurlah. Merajuk pula la sebab tak reply. Takpelah, nanti dia baca entry ni mesti dia terharu habis. Haha.. pastu mesti dia SMS aku. Haha. Bluwwek perasan.
Entry ni, cover sikit-sikit je, tapi expose habis-habis. Phew~ eh, kata penat ? Tapi panjang semacam entry nih haha
Berseronoklah…
Yesterday, I malas nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Tapi friends punya pasal, I pun merajinkan juga diri ini keluar berseronok walaupun barang tak siap kemas lagi, mengantuk, penat & macam-macam.
Ok petang, pukul 3.30pm; Huda picked me up here lah. My home lah. Then pergi KB Mall. Macam biasalah, kami; Huda, Ainni, Wawa. I kan tengah diet. Konon lah, sekali, makan ice-cream juga. Then diaorang ajak lepak noodle station pula.
Phew~ fish n chips junior je. Tapi tak senang nak makan sebab asyik duk ber ‘galok’ je. Borak itu ini, siasat itu ini, soal itu ini. Semua dah terbongkar rahsia. Haha. Dah la bising. Buat macam kedai sendiri. Sabar je lah. Siap dengan ‘demo’ sekali. Haha. Dah tak peduli kat orang sekeliling dah. Haha.
Muka pelik
Then Ainni suggest nak pergi fun fair kat area Tesco lah, macam-macam. Then dekat-dekat maghrib kitaorang pergi WCY jap. Tapi tak beli pape pun sebab kedai closed. Yelah, maghrib kan.
Ainni’s room
Then solat maghrib & isyak kat rumah Ainni. Lepak-lepak lagi. Borak-borak lagi. Pukul 10pm nak keluar pergi fun fair, sekali Ainni punya nenek suruh kitaorang makan yang nenek baru beli Mc Donald’s. makan lagi ahah.
Huda & Wawa tak sabar nak Makan
Nak pergi fun fair, tapi tutup ler pulak. Then pergi lepak mamak spicy lah sebab ada live band. Phew~ makan lagi. Sambil layan. Boleh la tahan. Then balik pukul 12.30am. awal lagi lah. Tapi semua orang kat rumah dah tidur.
Mamak Spicy
Haha satu hari tak jumpa mummy. Kesian mummy. Bangun pagi, pukul 5am++ dia datang kejut borak-borak. Mummy rindu I lah tu. Ahah. Thanks mummy sebab sporting sangat. Iyelah, takde benda pun nak sekat sebab I hang out pun dengan girls je juga.
Ok dah tiga hari tak makan nasi. Bukan sebab diet, tapi sebab tak berkesempatan. Haha. Walaupun tak makan nasi, tapi hati ni tetap rindu pada nasi. Typical asian lah ! so today makan nasi sepuas-puasnya. Esok pun lah !
Errr… esok pergi Kuala Terengganu. Doakan I ok. transit sana jap. Then, KL.. see you then~ tak larat nak update panjang-panjang. banyak lagi tak packing !
Lunch at Huda’s House
Today pergi lunch kat rumah Huda pula. Ok, banyak invitation sejak akhir-akhir ni. macam hot stuff pula haha.
She’s so rajin lah. Ok rajin. Dah la memang good in cooking. She baked a lasagna & chocolate cake for us. Nasi tumpang pun ada juga. Sampai I terbungkang kenyang terngantuk-ngantuk kat situ. Haha. Diet I tiada lagi ok. tiada.
Lasagna
Tak ramai pun tadi, just me, wawa, ainni & her sister kak Ain. Haha. Comel je kak Ain macam malu-malu. Lepak-lepak, makan-makan, borak-borak.
Then bermain-main dengan anak sedara Huda. Comelnya budak-budak ni. Umar, Umayrah & Ina Soraya (macam nama I je) hehe.. ok Umar sangat handsome. 9 years old baru. That’s why I hug him & hold his hand. Bestnya. Haha. I nak kids macam ni. dah la speaking je, terror gila. Memang mat salleh habis. Bukan setakat tu, siap mengaji lagi, ingat surah-surah lazim. Bagus la didikan macam ni.
Me with the Kids.
ceyceycey Wawa.. Guitarist ehh~ phew~
After makan tu I rasa macam ngantuk semacam. haiyyyoo sekarang selalu tak dapat tidur malam then ngantuk di siang hari. Nak drive balik tadi pun ngantuk je. Sabar je.
Pastu ada road-block. Ohh please. Police macam gatal je;
“dari mana cik”
“rumah kawan”
“minta IC & license”
“iyerlah”
“ooo dah kawen ke belum ?”
“ehh belum la”
“ye ke.. ingat macam dah kawen”
Haiyyyoooo~~~~
Then balik petang tadi tidur je. Mesti malam ni I tak dapat nak tidur lagi.
Fun Time with Sayangsss
Hye ! Dah beberapa hari tak update blog. Bukan takde idea tapi ketiadaan masa. Yesterday I memang langsung tak online sebab I pergi berjalan-jalan. Berjalan-jalan tempat biasa Cuma kali ni macam lain sikit sebab pergi dengan orang lain.
Wawa & Huda. I Love Them !
Awal-awal pagi semalam I & my sayangss Huda + Wawa went to Kuala Terengganu. Haha. Memang macam tiada pasal lah sebab dalam seminggu je lagi dah nak balik campus. Tapi saja takde hal pergi sana. Yesterday pergi dengan BFF juga la, wawa tu my gang, but Huda to my junior back in school & juga my relative. Diaorang best sangat. Dah lama tak jumpa & hang out dengan Huda. Tapi sekali jumpa, phew~semua kepala tak betul haha.
Pagi dalam pukul 8.30am Huda sampai kat my home. Masa tu kalut sikit I keluar masuk rumah ambil itu ini. Sekali rupa-rupanya daddy dah soal siasat Huda “eda nak pergi jumpa boyfriend dia ke ?” hahaha Huda yang tak tahu pape & tak tahu nak jawab apa. lawak lah. Boyfriend mana pula ni dad ? haiyyoo..
Trip kali ni rasa kejap je. Tak stop langsung bercakap itu ini. Macam-macam. Then breakfast kat Besut jap, then sampai KT terus pergi TTI sebab diaorang ni nak photoshoot. Oklah kat TTI, I kantoi kat sini. Actually I tak bagitahu sesiapa pun nak datang KT semalam. Sekali, memang I kantoi habis lagi-lagi dengan orang yang I tak nak bagitahu TII lah. Haiyyooo
Lepak sana kejap, tak kejap sangatla. Borak-borak, gelak-gelak memang happening habis. Penat gelak penat bercakap. Diaorang tak stop buat lawak. Memang energy banyak ah diaorang ni.
‘karok’ time. Phew~ ceyceycey (trademark anak sepupu I yang comel), boleh tahan juga Huda & Wawa student UIA nih. Memanglah, ‘karok’ = karaoke. Haha. Ni diaorang punya word lah. I macam baik sikit tak tahu sebegini. Then, pergi Mydin Mall, karaoke tak pasal-pasal. Rasa macam lega semacam. melepaskan apa yang terbuku. Haha.
Okla, lapar dah. Friday kan. Macam tak sah bila tak pergi Ri-yaz. Macam menipu sangat kalau tak pergi. Tak boleh tipu diri sendiri. Pergi nak makan lah. Tahu bukan, kat sana dah ada live band baru, bukan live band dulu lagi. Ini veteran punya live band. Jadi pergi bukan sebab live band so jangan salah anggap. Haha. Kita sambung story lepas ni.
First sampai, pergi touch-up, betulkan tudung dulu. So I asked Huda & Wawa pergi pilih tempat dulu. Tempat biasa, kat terrace kat tengah-tengah. Walaupun Huda & Wawa tak tahu my fav place, tapi memang ‘bijok’ ah diaorang, memang kena dengan table tu. Table yang I selalu duduk situ.
Duduk & I rasa macam pelik apehal budak 2 orang ni senyap & sopan semacam. dah tak nak ‘galok’ lagi ke ? I pandang sana, few staff tengah berdiri & mengadap arah sini tapi ketepi sikit. I macam eh pehal semua ni ? sekali Huda cakap
“pandang tepi”
“tepi ?” (sambil I pusingkan kepala ke sebelah kiri)
Mula-mula nampak sorang ni kat table sebelah. Dalam hati kata “ooo handsome juga macam orang arab”. Yelah, sebab baru balik solat Jumaat pakai jubah. Pandang sebelah lagi. Ya Allah, terkejut gila. Macam tak percaya pun ada. Pemangku Sultan Kelantan (Tengku Mahkota Kelantan) betul-betul kat sebelah table I mengadap I juga lah. Terus cakap kat Huda
“pandai pilih table ni. mana tahu ni”
“mana tahu. Bila duduk baru perasan”
Iyerlah, baginda sangat humble, tak suka protocol sangat kot. That time pun takde bodyguard jaga ramai sangat. Iyerlah, macam sampai kitaorang terduduk table sebelah baginda. Kalau tak, kalau ramai bodyguard semua jaga, mestila tak terduduk situ pun. Kira macam nampak macam orang biasa-biasa. Raja bejiwa Rakyat lah kiranya. I pun tahu kalau kat sini kat masjid kat kampung-kampung pun Baginda berangkat solat bersama dengan orang kampung.
Tapi tak lama lah, terus baginda berangkat pulang. Tak sempat I nak pergi introduce myself “cucu arwah Dato’ Charlie” . sebab terkejut & terpinga-pinga. Last jumpa baginda face to face macam ni masa kat tanah perkuburan masa arwah datuk meninggal. I ingat lagi that time, I kat situ, baginda lalu & bagi salam. Bestlah kat Ri-yaz ni, hari tu jumpa MB, semalam Pemangku Sultan pula. Haha, takdelah. I suka this place bukan sebab tu lah.
Makan-makan, borak-borak lagi. Angin sejuk je, windy habis. Wawa & Huda tak habis-habis dengan photoshoot diaorang. Ok lah, surprise, can you imagine. Suddenly live band. Live band lain sikit lah. Memang lain pun. Tapi tak berapa nak lain bila suddenly penyanyi sama juga. Haha haiyyoo.. ingat dah tak. Manalah I tahu kan sebab setahu I tak dah.
Lama juga lah lepak. Kantoi pun ye. Haiyyoo.. nak story ke tak ? haha I story sikit sajala. Adala some of them ni tengah borak-borak depan I. Huda pula informer, setiap kali orang tu pandang I, dia bagitahu I. Nak main angin I ke apa ? tapi taklah. Memang betul. Haha. I pun manala tahu diaorang borak apa kan. Lepas tu baru I tahu. Ni pun lepas diaorang semua macam senyum-senyum pandang I, I pun Tanya TII apa diaorang cakap.
Oklah, maybe staff kat situ kot dengan boss mereka ramai-ramai lah kot termasuk dengan dia lah. Haha. Boleh pula one of them tu
“baju pink baju pink” then diaorang pandang lah.
Ok baju pink tu I lah. Haha. Apa diaorang kata ? bayangkan one of them macam nak approach lah. Haha gila. Bukan gila apa. Sebab si dia pun ada situ, bayangkan orang lain cakap nak gitu dengan orang yang dia punya sayang sangat. Sakit hati & jealous gak eh. Bayangkan perasaan seorang lelaki bila ada orang lain nak tackle girlfriend dia & cakap depan dia. Orang lain tu memang tak taula relationship ni.
I pun tak tahu nak explain macam mana story ni. tapi lebih kurang macam tu. I bagi perumpamaan la kiranya. Jadi dah kantoi, yang tak tahu pun jadi tahu. Selama ni cover lah. Pandai cover. Yang kenal I kat situ pun macam terkejut juga la kan. Haha biarlah.

Oklah photoshoot. Sangat cantekkk lah all those photos. Serious sangat. Nak tengok, tengok kat facebook. Banyak. Bakal upload. Rugi bagi orang yang I dah block kat facebook. haha
Hye ! kitaorang dah seminggu dingin. Dingin sangatlah. Gaduh lah, marah-marah, kasar-kasar. Tak nak jumpa & tak plan nak jumpa pun ni. Sekali terjumpa jugak. So macam mana ? bila jumpa, dah tak terdingin mana dah. Macam ok la. Explain semua salah silap. *banyaknya I buat silap* err tak juga. Maybe ada yang cucuk-cucuk sampai jadi hottt. Susah bila melibatkan campur tangan orang lain.
We are Single. Tackle lah Kami haha !
Then, balik. Sampai rumah dalam pukul 10pm kot. Huda, wawa thanks. Penatlah nak update panjang-panjang. Thanks sebab sporting, happy je haha. Tak tahu nak explain macam mana. Banyak benda yang unexpected berlaku. Phew~
Sejarah mengajar kita Menjadi lebih dewasa Meniti arus angkara. Lupakan kisah yang lalu, Teguhkan tugu imanmu, Doaku buat kekasih… -Doa buat Kekasih by Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
Lunch at Dyla’s House
Wan Nur Adila Bt Wan Adnan, my BFF jugalah. 1 gang, 1 kepala since form 1. Means that dah 9 years la kami bersahabat. So memang close habis walaupun jarang jumpa, jarang contact. Once jumpa, update stories tak ingat dunia haha.
She’s very good in cooking. Sangat good. Chocolate cake punya recipe pun I dapat dari dia. Bukan setakat good in cooking, but rajin. Kalau good saja tapi tak rajin tak jadi kerja juga la. Macam I, rajin tu kurang sikit. Haha.
So yesterday dia ajak pergi lunch rumah dia. I ingatkan lunch biasa-biasa, tapi~ phew~.. ini bukan biasa-biasa lagi. Macam nak sambut siapa entah. Padahal gang kitaorang juga datang makan. Haha..
Lauk penuh meja. Dah la lapar sangat. Tapi si Zaty ni lambat datang pula. Apa lagi, start la update stories with Chu E, Ainni, Wawa & tuan rumah Dyla. Diaorang ni macam~ haiyyooo.. sakit perut gila ah diaorang buat lawak. Haha. Tak boleh nak story la kat sini tapi begitulah.
Foods by Dyla
Ok, lunch time. Semua best. Takde yang tak best. Sumpah I tak tipu. I cakap betul. Makan banyak tak payah cakap. Gelak pun banyak. Dalam masa tu, tak payah cakapla memang nak makan pun susah asyik buat lawak je. Tak tertelan makanan yang I nak makan. Haiyyoo…
After makan, semua macam dah separuh landing. Tak larat. Tapi ada juga yang still tak berhenti bercakap. Haha. Dah la I tak berapa nak sihat, asyik buat lawak sampai sakit perut sangat dah. Makin tak sihat I ni nanti.
Suddenly, tadaaaaa~~ Dyla ni memang la ! tengok la, surprise chocolate cake for me for my last birthday. Dylaaaaa !!! love u so much la sayangsss. Ni second time dia buat surprise macam ni. masa my 20th birthday, dia datang rumah I bawa chocolate cake juga buat surprise kat I. ohh dia memang my BFF forever.
Surprise chocolate cake for my birthday. E-shape. Evi
Tak larat sangat nak makan dah chocolate cake. Sambung update stories lagi, buat lawak tapi dah reda dah sikit. Macam sesi luahan perasaan. I pun bagitahu la pasal I juga, what happened to me & macam-macam. Juga current situation. Haha. Diaorang memang memahami I lah.
Me & My BFF
Dekat pukul 7pm baru balik. Lama lepak sana. Tapi macam tak puas. Rasa nak lagi. Anyway, I love you all sayangsss.. ada lagi gang I yang lain-lain. Ramai tau my BFF since school. Gang I besar sangat. Gangster la juga kira. Ada yang since standard 6 macam Wawa, ada yang since form 1 like them, ada juga yang baru masuk my gang masa form 5. Ada yang keluar gang & macam-macam. Biasala, bila dah duduk jauh ada yang dah tak contact langsung. Tapi gang I memang ramai lah. Meerah paling jauh, kat Jakarta. The only one medical student in my gang. Yang lain-lain ramai accounting/finance/bussiness students. I sorang je computing~ wakaka.. jauh sesat.
Them
Anyway, our gang ni dah jadi macam one big family. I mean, ada dad, mom, sis, bro, grandma, blab la bla. Haha. Lawak kan. Siap ada watak lagi dalam gang ni. I watak apa ? tak payah tahula. Haha.
Friends forever. Sayang you all dunia akhirat. Ukhwahfillah Abadan abada.
Goodbye June~ Welcome July. I’m back !
Shopping & Santai
Last night pergi teman Zaty shopping. Macam teman lah. I rasa I yang over juga menghabiskan duit. Baru lepas birthday kan. Dapat la duit sikit-sikit. Setakat beli tudung tu lepas la. Tapi kalau nak beli new car tu tak lepas la. Wakaka.
Ok, pergi mana lagi kalau bukan Wakaf Che Yeh (WCY). Tudung gila banyak kan. Sampai pening tak tahu nak pilih mana. I pun tak tahu why I kept beli tudung. Why eh ? macam tak terpakai juga. Kat Terengganu pun I beli tudung, balik hometown pun beli tudung. Like what ? haha tudung mania.
Ainni & Afiq pun join sama. Macam safe sikit la kan ada bodyguard sorang. Sorry zaty, I called your boyfriend bodyguard. Haha. Anyway, zaty asked me to wait at 7 eleven kan. So I ni macam betul la kan terus pergi tercegat kat depan 7 e tu. Rupa-rupanya 7 e yang satu lagi kat dalam WCY. I tunggu kat 7 e kat luar WCY. Sekali nak patah balik pergi sana, tadaaaaa… jumpa 4 jejaka yang mengejutkan I. dua I kenal, dua lagi I kurang kenal. Teka siapa ? staf PTM & staf FIT UDM. Haha.
Diaorang yang start dulu cakap “ehh macam kenal” , then I pun dengan terkejut sambil pegang phone “errr staf PTM kan ni ?” haha. !@#$%^&* .. boleh pula one of them wat naka kat situ. Adeiii
Okla, shopping. Tudung. Rambang mata. I pun takdela expert sangat kedai kat sana. Terpusing-pusing juga. Dah berapa kali pergi sana pun still tak ingat. Pening la bila banyak kedai gitu. Lagi-lagi hari ni I bawa people yang tak familiar with this place. I macam jadi tourist guide la kiranya.
Ok, I’ve bought tudung lagi & tak di sangka-sangka I’ve bought two slippers ‘butat’ . haha I don’t know why I called that slippers like that. Should that slippers have their own cute name ler. Ehh baru ni pun I dah beli a slipper lagi. Phew. Kali ni dah 3 slippers dah. Slippers murah-murah je, that’s why boleh beli sampai 3. If not, takde maknanya la. Thinking of nak pergi ‘sana’ on July nanti I nak pakai those slippers. Ow yeah. Anyway, that two slippers dapat discount habis. Sebab tu kedai kawan Afiq. Actually I kenal je that guy, kisah lama masa form 3 dulu. I pun tak cam dia, dia pun tak cam I. Tu pun Afiq yang bagitahu I nama dia. Haha used to be scandal la kot dulu. Pernah jumpa sekali je kot ? Cuma SMS, calls je. Ehh kisah 7 years ago, I macam tak peduli langsung pun. Life I macam ni la.
Haus sangat sebab jalan banyak sangat. Then lepak Mc Donald’s dengan Ainni. Zaty & Afiq balik dah. Macam biasala, strawberry shake. Tapi tak cukup rasa. Nak lagi. Haha. Borak-borak with Ainni, sesi meluahkan perasaan. Takde tapis pun story dengan dia. When I’m with her, I dah tak jadi seorang yang memendam sangat. I cakap je I nak cakap apa. sebab memang dia betul faham I. Nearly 12am I pun balik.
Petang tadi I & my friends bersantai sambil makan ‘colek’ kat PCB yang best. Ramai sangat orang, parking pun full. Ohh dah lama I tak datang sini. Tak berkesempatan. Today I enjoy with my girlfriends ~ ina, dyla, zaty & zaty punya afiq. Hehe. Thanks friends~
Ina, Zaty, Afiq
grrr galok ! haha
Gemuukkk~~ Grrrr
Ok, penat nak update panjang-panjang. Penat bersuka ria with friends. See you then.
Special Entry for Madihah Mustafa
Her blog : http://madihah87.blogspot.com/
Verandah Restaurant~ Ri-yaz Heritage 16Apr2010
Tak payah explain lagi siapa dia, sebab readers memang dah tahu dia roommate kesayangan saya sejak July 2009 hingga May 2010. InsyaAllah sampai bila-bila pun tetap menjadi sahabat walaupun bukan roommate lagi. Ehem
Saya nak cakap apa pasal Madi ? banyak sangat nak story pasal Madi. Banyak sangat kenangan yang sangatla sweet dengan dia. Kenangan pahit ? takde rasanya. Sebab kami tak pernah gaduh, tak pernah berselisih faham. Maybe ada terasa sikit-sikit kadang-kadang tu, tapi semua tu macam benda kecil je. Kami takde nak perbesarkan. Saya tak bagitahu dia, dia pun tak bagitahu saya kalau kami terasa. Kira macam kami ni jenis memahami. Biasala manusia kan ada buat silap, ada yang tak sedar. Itula kelemahan kita sedikit sebanyak. Yang penting menerima seseorang itu seadanya.
Kami suka borak. Sangatla suka. Macam-macam kami share. Itu ini & macam-macam. Banyak Madi tahu pasal saya. Saya jenis tak sorok dengan dia. Dia pun sama. Kami sama-sama sporting & trust each other. Kami simpan rahsia kami. Kalau apa-apa, kami juga sering luahkan pada each other. Tak kira la happy ke, sedih ke, semua kami luahkan. Sometimes, masa nak tidur dah tutup lampu semua, ada bedtime story. Story punya story sampai kedua-dua senyap tertidur tak sedar. Haha
Madi sangat helpful. Banyak dia tolong saya. Macam baru ni exam week, saya jenis malas kan nak turun beli foods for lunch. Jadi Madi yang tolong belikan. Kalau petang, saya pula yang tolong belikan for dinner. Kami gilir-gilir. Tak pun, kami sama-sama keluar for dinner. Kalau hari lecture biasa, macam for dinner kami gilir-gilir belikan juga for each other, tengok siapa ada kelas petang, after kelas pergi belikan.
Ri-yaz Garden
Kami suka hang out. Sangat suka. Saya suka sebab Madi jenis tak berkira. Dia sangat tak kisah makan kat mana pun. Sangat flexible. Tak cerewet, tak banyak kerenah. Pastu cepat bersiap. Saya ni jenis kalau nak keluar, mesti macam melengah-lengahkan masa lagi. Lama-lama Madi dah faham & tahu masa mana saya nak keluar, nak bersiap semua. Dia dah boleh baca gerak geri saya. Haha. Sungguh memahami.
Saya cepat terpengaruh dengan roommate. Mujurla Madi sangat baik & sopan. Contoh macam, kalau Madi tidur, saya pun nak tidur. Kalau Madi bangun, saya pun nak bangun. Kalau Madi takde kat bilik, sungguh membosankan. Tak sabar-sabar tunggu Madi balik. Haha. Kalau saya keluar, saya heret Madi keluar sama. Kadang-kadang je tak, maybe sebab Madi ada kerja or saya keluar dengan friends yang ramai. Dia tak marah-marah, dia tak jealous, dia memang memahami.
Madi flexible, universal. Boleh masuk dengan sesiapa sahaja. Best kan dapat roommate macam ni ? dia tak memilih sangat. Jenis open je. Can you imagine, dia roommate saya, tapi dia boleh masuk dengan semua friends saya, dengan gang saya, dengan junior saya. Kalau saya keluar tak kira pergi town ke, pergi Ri-yaz ke, pergi makan ke, saya keluar dengan friends saya & bawa dia sekali. Friends saya pun masuk je dengan dia. Kalau certain people, mesti segan & tak nak join dengan roommate punya friends kan. Tapi dia ok je. This means that Madi punya attitude sangat di senangi.
Breakfast KFC Batu Burok
Saya dah faham dia suka makan apa, dia pun faham saya suka makan apa. dia tahu saya suka apa, saya pun tahu dia suka apa. Kami ada handphone yang sama. Taste kami agak sama walaupun tak semua sama. Tapi ada yang sama suka. Kadang-kadang pergi makan pun makan food yang sama, air pun sama. Haha. Baru-baru ni kami sangat addicted dengan tomyam + telur bungkus. Phew. Kami siap tambah nasi lagi, makan banyak sangat.
Handphone kami sama
Time saya sedih ke, saya down ke, tension ke, dia pujuk saya, tenangkan saya. Dia caring sangat. Dia tak biarkan saya sorang-sorang. Dia sentiasa ada untuk saya. Dia teman je saya nak pergi mana-mana. Dia tak pernah ambil kesempatan pada saya, tak berlagak, tak cakap besar pun. Macam senang je make friend dengan dia. Saya selalu kacau dia, usik-usik dia. Saya anggap dia Music Box. Why ? Sebab kalau apa-apa songs yang saya suka, mesti saya tanya dia, sebab dia tahu itu sonng apa. ahah.
Time Madi busy masa exam baru ni, saya tolong jaga Café World dia. Sampai sekarang saya jaga café world dia lagi. Haha. Nak biar up level sama dengan saya juga. One more thing, Madi jenis menerima saya seadanya. Baik buruk saya dia terima. Susah nak cari sahabat macam ni kan ? Last night with Madi, saya menangis cover-cover. Tapi Madi perasan juga saya nangis. Haha. Pastu terus SMS saya pujuk-pujuk. Haha.
Last meal with her – 2May2010
Rasa banyak lagi nak story. Tapi macam dah jadi panjang sangat dah entry untuk kali ni kan. Apa-apa pun, biarlah kami simpan semua kenangan ni. Our family pun tahu kami sangat rapat. Madi, halalkan segala makan minum saya, pinjam barang awak ke, apa ke. Thanks for everything, thanks for the Keikhlasan & Kejujuran. Sahabat dunia akhirat. Sorry ada terkurang terlebih semua tu. May you always in Allah’s love. Jumpa sem depan dear..
Sekadar Buat Renungan Untukmu Teman Tersayang, Hitam Putih Masa Depan Sendirian Menentukan. Hidup Ini Usah Dipersiakan,
Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya
Selamat hari Jumaat. Mari kita study for the next paper. Software Project Management. Selamat study & selamat menjawab dengan begitu skema sekali. Nanti kamu semua tak akan dapat markah. Dengarla nasihat saya sebagai sahabat anda. Haha
Kita cakap pasal hari Rabu lepas sekejap. That night, means last two nights la kan, pergi dinner makan nasi goreng yang sangat best ada udang ada sotong. Haha. Bukan sebarang nasi goreng tapi sangat sedap. Kat mana ? Tak nak cakap. Tempat biasa-biasa macam biasa-biasa tu je.
Menu di malam Rabu
Malam tu saya nak buat surprise. Untuk someone. Tapi tak menjadi sangat. Lagi-lagi sangat tension maxis still tak boleh SMS. Ada je halangan. Haha. Surprise yang tak menjadi sangat & memang sedikit terasa dengan ketidakhargai oleh pihak tersebut. Anyway, thanks for the trap ! Saya yang terkena balik. Dia tembak saya secara senyap. Silent. Tak suka tak suka. !@#$%^&*. Walaupun tak puas hati sikit. Haha. Terima seadanya. Owh, that night saya bersama Syu, Madi my roommate & kak Ira roommate Syu.
Khamis means hari semalam : Sekarang dah tak pandai tidur lepas Subuh sebab dah pandai bangun awal pagi, buat kerja, study. Sangat pandai. Siapa ajar pun saya tak tahu. Di petang hari, hang out lagi dengan Syu, Madi my roommate, kak Ira roommate Syu & Angah. Pergi hantar kak Ira nak balik, Syu & Angah nak beli ticket, serta saya & Madi saja gedik nak habiskan masa dengan keluar berjalan-jalan. Haha.
Di sebabkan lama sangat tunggu diaorang, saya pun teringatkan something. Buat-buat teringat & memang selalu teringat pun. !@#$%^&* . ok, di pendekkan cerita, terus menghabiskan masa membuat kerja yang kurang berfaedah. Haha. Tahan je nafsu makan masa tu, teman diaorang makan KFC, sedangkan saya hanya menelan air liur di sebabkan puasa sunat Khamis. “Gila baik kan aku teman korang makan, aku relax je walaupun puasa. Haha”
Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya ? Terima kasih pada petang semalam la. Harap maklum, gambar petang semalam sangat private. Saya dah upload kat Facebook, tapi album tu private. Saya hanya tag certain people je.. Madi, Syu & Angah relax je, sabar je tunggu saya semalam. Best ah korang. Baik sangat.
Saya nak luahkan sikit. Sikit je. Tak banyak. Saya sayang orang yang sentiasa bersama saya, orang yang memahami saya, orang yang tak membantah saya, orang-orang yang sporting je. Saya sayang mereka-mereka. Thanks to Madi my roommate, Syu, Angah, & Kak Ira. Happy sangat bila bersama korang. Nanti kita hang out macam ni lagi. Haha.
Harap maklum. Weekend ni tidak menghadirkan diri di Ri-yaz. Haha. Tapi menghadirkan diri ke tempat lain. Dah hadirkan diri dah. Dah tukar port dah. Dah bosan kat sana tempat sama.
Hari roommates sedunia & ku Terjerat
Hari ni hari roommates sedunia. Hari yang saya reka sendiri. Khas untuk roommate saya, Madihah yang juga junior CS (SD) saya. Guna shortform je, nak jimat masa haha.
Okla, taknak cakap banyak, tengok gambar pun dah muak dah. Macam dah sedia maklum every week akan pergi Ri-yaz. Kalau tak pergi, macam pelik. Ni untuk diri saya sendiri la. Orang lain saya tak tahu. Peduli apa orang cakap. Saya tak menyusahkan orang lain pun. Waiter, Waitress kat Ri-yaz menyambut saya baik je. Diaorang dah cop regular customer Ri-yaz. Segan juga kadang-kadang haha
Madihah my roommate yang sangat sporting
Di sebabkan terlalu sayang kat roommate yang sangat baik hati, jadi saya pun heret dia sama pergi ke hi-tea. Haha. Tak cukup dengan itu, Syuzana pun heret roommate dia Najlaa Shahira aka Kak ira juga. Mari heret roommate jom.
Syu & her roommate, Kak Ira.
Sampai sana dalam pukul 2.45. lewat je kan. Sebab roommate saya bersiap lambat. Haha. Saya pun juga lambat. Then duduk, layan perasaan sekejap. Lepas tu terus nampak, err nampak apa yang patut.
Diaorang dah start makan dah. Saya terhegeh-hegeh baru nak pergi ambil makanan. Macam apa entah. Macam tak selera sangat. Tak tahu kenapa. Maybe sebab exam week, jadi memang saya kurang makan. Saya rasa nak makan buku, lecture notes je.
Makan-makan. Layan je cakes yang sedap. Suka sangat yang ada custard. Walaupun saya makan tak banyak sangat hari ni. haha. Makan angin je lebih. First class hari ni. Betul-betul-betul depan ni.
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu, Kisah yang lalu tak akan berulang lagi. Lupakan saja cerita lama, Usah dirayu pada yang tak sudi. Janganlah dinanti pada yang telah pergi. Hanya luka lamakan berdarah kembali. Kini kecewa tidak terkata, Mengapakah itu disebut lagi
Then, macam biasala, photography session. Tapi macam bosan habis dah sebab every week datang tempat sama, then dah tak excited nak snap pictures.
Ok, jangan kata mata saya sepet. Mata saya tak sepet pun sebenarnya. Tapi sebab tadi macam panas, silau sikit, jadi macam mata nak tertutup. Jangan percaya kalau sahabat-sahabat saya kata saya mata sepet. Mata saya tak sepet. Saya tak suka mata sepet.
Ku ingin kau jadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami…
“syu ada pen tak ?”
“ala tak bawa la evi”
Sekejap…
“waiter, come come..”
“yes..”
“pinjam pen jap” (sambil keluarkan small notebook)
“menulis (!@#$%^&*). Saya nak request lagu ni k” (saja je)
Then..
“evi request lagu apa ?”
“adala”
Ok, ku Terjerat~~.. -Harvey Malaiholo
Kala pertama ku pandang Pesona di wajah mu, Saat itu hati ku kan terpana. Tiada ragu lagi, Tiada bimbang lagi, Semuanya ini ku miliki. Gelisah jiwa ku ini Dilanda bayangan mu. Kan mengkoyak dinding keangkuhan ku. Kau ciptakan rindu, Kau buat hati ku terjerat tali cinta.
Resah… resah, Tiada menentu. Bila semalam pun tiada bertemu. Mimpi… mimpi, Kan terasa oh sepi Bila kau tiada,. Tanpa kau senyum mu.






















































