Posts Tagged ‘foods’
Old Town KT
*Blog aku dah boleh Jadi Blog Promote Foods. Kenapala Aku Tak Masuk Blog Contest Terengganu hari tu ? isk isk*
Ler.. kat Kuala Terengganu dah ada Old Town White Coffee rupanya. Bila masa ada ni ? Baru je buka rupanya. “now opening” .. phew~ Kota Bharu takde pun
..
Kat mana ? kat area mana ? aku pun tak tau apa nama jalan kat situ. Kejap nak google map;
Red circle; Old Town White Coffee
Aku rasa aku pun tak pernah lalu jalan ni. aku pun tak tau ada kopitiam baru kat sini. Ni pun Syu & Angah yang bagitahu. Biasala, Syu kan GPS aku. Kalau tak, memang sesat ler aku kat dalam town tu. bukan besar mana pun, tapi sesat juga terpusing-pusing kat situ. Ahah
Ok, saja nak promote. Nanti mesti ramai yang google search pasal Old Town White coffee, jadi boleh la menambahkan traffic yang sikit ni. phew~
Antara foods kat sini;
Javanese Mee
Toast with ice cream
White coffee
Siamese Tomyam Meehun
Lebih kurang gitu la namanya. Aku pun tak ingat nama pelik-pelik ni..
Next; Bora-bora~ Aku rasa aku dah pernah buat entry pasal ni masa kat blogspot dulu. So, kali ni aku buat lagi sekali kat blog ni. Jarang pergi sini sebab jauh. Tapi suka concept kedai macam ni.
Kuey Tiaw Sizzling..
Bora-bora ni kat mana ? Lebih kurang kat depan Astaka. Aku pun tak tau apa nama jalan tu. Siapa je tak kenal Astaka yang paling best kat Kuala Terengganu hehe.. phew~
Cakap pasal foods di bulan puasa sangat menggiurkan. phew~ ..
Rezeki di Bulan Ramadhan
Hye ! kita bertemu lagi di lewat malam ini. Memang suka update pada lewat malam. Sebab masa ni la aku sangat tenang, bahagia, idea datang mencurah-curah. Kalau tak, tak payah. Kalau di awal malam, mesti perasaan serta kehidupan aku terganggu dengan gangguan dari housemates aku. Haha ! assignment pun entah ke mana, sebab kami lepak-lepak serta menziarahi antara satu sama lain. tak lain tak bukan, bergalok. Ahah
Di bulan yang mulia ini, rezeki datang melimpah ruah. Bulan ramadhan ni, duit tak banyak habis. Sesuai dengan kempen berjimat cermat, simpan duit untuk kawen tahun depan. Ahah. Macam ye je. ada jodoh, adala. Macam aku pernah cakap, “when we met the right person, it’s time for us to get serious” .. tak semestinya nak kena heboh satu dunia yang kita dah ada calon pasangan hidup. Tak semestinya kena berkepit sana sini 24jam, tayang sana sini kat orang. Sekali, tak jadi juga. Bukankah itu akan memalukan diri ? heh, ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Habis. Dah lari tajuk.
Sambung lagi. Bukan setakat bulan Ramadhan, tapi sebelum Ramadhan lagi rumah aku ni memang murah rezeki betul lah. Kalau kat atas meja makan kat luar tu, asyik ada je foods. Entah turun dari mana pun entah. Bukan setakat tu, macam pasar jual buah pun ada. Cakap je nak buah apa, semua ada. Buah rambutan, durian, langsat, duku, apa lagi ?
Di bulan yang mulia ini, kita makan free lagi. Hoyeah, orang yang tak puasa pun dapat makan free. Bukan setakat boleh makan free masa berbuka puasa, juga dapat breakfast & lunch free. Haha. Sabar je lah. Yesterday dah buat iftar kan. The next day, masih ada iftar lagi kah ?
Makanan penuh meja macam biasa.
Thanks to Amy’s mom. Hari tu dah bagi tomyam, kali ni bagi berganda-ganda lagi foods. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki Amy sekeluarga. Banyak betul hari ni.
Di saat aku & roommate aku duk fikir nak beli apa untuk berbuka, ehem. Sekali, Amy datang bilik cakap her mom bagi foods. Phew~ syukur.
Rice, sup ayam, telur masak sambal, ikan goreng, sambal lada, ‘solok lada’, ‘butir nako’, ‘puteri mandi’, rojak. Rajin betul her mom masak. Kalau aku, macam tak termampu nak buat semua ni sendiri..
Amal jariah di bulan Ramadhan. Korang macam mana ? sudah keluarkan zakat ? Sekadar peringatan..
17 Ramadhan; Nuzul Quran
Kasih sayang, ukhwah, cinta yang terbina di sebalik 17 Ramadhan 1431H…
Baiklah, kita story pasal 16 Ramadhan dulu. Ehem. Preparation for 17 Ramadhan. Sweet je. petang tu, I went out with my housemates. Diaorang nak pergi Pasar Payang. Aku tak pergi pun, aku just pergi hantar & ambil diaorang. Selebihnya, ehem. Jangan Tanya aku melepak di mana. Ada yang tahu kot, sebab baca facebook aku haha ! that place, sangat cantik lah. Tak nak explain panjang-panjang, tak boleh di sini, by the way, thanks !
That night, kitaorang ada meeting pasal nak buat majlis untuk esoknya. Punyala aku baru terperasan bahawasanya 17 Ramadhan 1431H bersamaan hari Jumaat, bersamaan dengan kitaorang nak buat iftar, bersamaan dengan kitaorang nak buat majlis khatam Quran. Aku tak expect langsung pun pada mulanya sebab aku hanya harap tadarus habis, dapat khatam. Atas kerjasama housemates aku, Alhamdulillah, 16 Ramadhan habis. Jadi, dapatla khatam & iftar pada 17 Ramadhan.
Meeting kat bilik Lisa & Mar. aku pun tak tahu kenapa boleh terlepak di situ. Haha. Harap maklum, bilik mereka gelap sebab memang tak buka lampu, hanya buka study lamp je. jadi suasana romantic dapat di rasai di bilik ini. Bila dah discuss tu, macam-macam menu yang keluar. Itu la, ini la.
Lepas meeting, serious aku rasa haus sangat. Sampai aku rasa macam, I can’t sleep in this situation. Then, we went out to NR. Ohh coconut shake please ! Amy sangat bagus pilih tempat, depan muslimin syariah yang aku kenal habis. Sumpah segan. Boleh pula borak-borak gelak-gelak dengan diaorang. Haha !
Peristiwa Nuzul quran;
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Sumber : http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/17/menghayati-peristiwa-nuzul-al-quran/
So, petang Jumaat tu aku & semua housemates pergi terjah pantry sebab nak prepare foods for iftar. Heh macam menipu la semua sembilan orang pergi masuk pantry. Haha ! manala muat kan. Pantry seciput tu je. Ohh before that kitaorang pergi beli barang-barang untuk iftar nanti.
Kitaorang tak buat pape sangat pun sebab banyak beli kat kedai je. Cake dah siap beli, ayam pun dah siap beli kat bazar. Tunggu makan je semuanya. Haha. Saja menyibukkan diri susun foods dalam pinggan mangkuk.
6.15pm; Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Di mulai dengan bacaan mathurat, start khatam baca surah Ad-dhuha sampai Al-baqarah ayat 1-6, doa khatam quran & doa selamat. Cik Jannah Hasanah yang mengetuai majlis kali ni. Tuan empunya diri seindah namanya juga. Sedih tak dapat nak lead kali ni di atas sebab tertentu yang tak dapat di elakkan.
Kemuncak yang terasa di hati ketika baca doa selamat. Aku serious dah tak boleh tahan, juga housemates aku yang lain. Terasa kat hati masing-masing. Memanglah, siapa yang tak tersentuh dengan alunan ayat suci sebelum tu serta doa yang merayu-rayu begitu. Memang aku dah sebak habis. Ya Allah, ku mengharapkan maghfirah dariMu.. 1001 perkara yang bermain dalam fikiranku pada waktu tu..
Berbuka puasa; tengoklah foods. Serious tak larat. Ni pun tak habis lagi, korang-korang yang tak puasala kena habiskan semua ni esok. Haha. Seronok dapat makan sama-sama dengan semua housemates. Kecuali roommate aku, dia pergi buat biskut raya. Haha.
Nasi putih, sup sayur, ayam pusing, telur masin, sponge cake, dadih, sandwich, nuggets, air syrup, air strawberry, cocktail. Ok puas ? tak larat.. syukur rezeki dari Allah semua ni. Thanks to sponsorship. Buat amal jariah bulan ramadhan ni, besar pahalanya.
Thanks to all of you kak Yat, Mun, Ila, Jannah, Lisa, Ma, Amy & Zati. Aku tak sangka dapat housemates yang best macam ni. Memang first week masuk sini kami terus rapat. Aku tahu sem ni, final sem aku sini, aku banyak bersama dengan diaorang ,dari dengan kawan classmates aku.
Manisnya ukhwah bila ia terbina kerana Allah swt. Ya Allah, selamatkanlah sahabatku, lindungilah mereka ya Allah. Thanks buat aku happy. ukhwahfillah.. Indahnya bila bersama jemaah. Congrats pada korang, sebab korang jugala yang sama-sama menjayakan majlis ni.
Aku happy sebab dapat buat housemate aku happy. Aku lega dapat buat diaorang happy.. Alhamdulillah..
Not Western; But Loves Italian
ohh spaghetti bolognaise, ohh fettucini carbonara, ohh seafood alfredo, ohh macaroni, ohh pizzas~ nyummy~~ ok enough talking about foods during ramadhan. Memang takkan habis. macam-macam benda nak makan.
but i do, i really do, these italian foods. Kalau orang lain pelik macam takpe ke tak makan nasi masa buka puasa ? kalau jawapan aku : ok je~ ahah
spaghetti bolognaise; my handmade
Other favourite Italian foods :
- Custards pudding
- Butter Cookies
- Tart
- Meatballs
- Salads
Nanti kawen dengan Italian. Apa macam ? haha.. Takdenya nak bermimpi nak kawen dengan Italian. Tapi kalau dapat maid Italian pun takpe. heh lagi berangan. Lagi bagus kalau dapat suami yang pandai masak Italian foods. nyummy !
*takde mood nak update panjang-panjang*
Buka puasa + Tarawikh at Crystal Mosque
Alhamdulillah, trip kali ni happy sangat. Walaupun dari petang semalam mood aku tak berapa ok kan berdasarkan previous entry ni. phew~ tak sia-sia ponteng program usrah haha ! ini yang aku dapat. bacalah..
Petang semalam; seriously aku malas nak pergi bazaar yang mix dengan orang ramai, pastu tak larat nak pegang senduk nak masak nasi. Semua aku tak larat. Aku pun tak selera sangat nak makan, tapi rasa macam lapar sangat. So, nak pujuk mood aku, kat mana lagi ? pergi berbuka puasa kat Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa lah. Kat sini je aku rasa boleh pujuk mood aku untuk ok balik & untuk selera nak makan. Last night buka puasa kan aku tak selera nak makan & makan sikit.
Pastu bagitahu roommate, pastu ajak housemates. Ok semua nak pergi. I mean, kak Yad & Amy lah nak join sama. Thanks sebab semua sporting & sudi nak teman aku. Then terus call Verandah Restaurant, nak booking untuk berbuka puasa, order food siap-siap. Ok done ! nak kat terrace, meja paling tepi. Lagi dan lagi, favourite table ahah. Dapat je. Waitress seakan mengerti. Ahah..
My Housemates & roommate
Sampai je kat sana dah pukul 7pm++ . Amy nak snap photos kat garden & marina. So ikut je lah. Sekali, tadaaa… ada satu actress ni yang selalu berlakon kat tv1, nama apa entah. Selisih gitu je. Tapi kitaorang buat tak tau je, sebab dia tak glamour sangat lah ? ahah
It’s time for buka puasa. Aku tak join buffet ramadhan pun. Tak larat nak makan banyak & price dia pun macam best lah. By the way, buffet ramadhan kat atas, kat Cindai Ballroom. Kat Verandah Restaurant ni untuk ala-carte & kat Bytes Café I’ve no idea, tak pernah pergi.
Ok, just simple fried rice called ‘Nasi Goreng Cek Mek Molek’ tapi price yang tak berapa nak simple (err ada aku kisah ?) + orang chocolate blended. Nyummy~~ no more vanilla milkshake oh k. haha ! diaorang makan pizzas + strawberry milkshake + honeydew juice + Amy mengada nak rojak buah yang banyak gila. Haha ! ohh one more thing, dapat pretzel today ! wow thanks Ri-yaz. Pastu simpan kat Lisa, take away for Lisa that pretzel. Ahah.
Terlantar kekenyangan sambil layan tengok laut !
Then aku dah tak larat, tersadai di terrace tu. Sarah & kak Yad dah pergi solat maghrib dah. Mujur Amy teman aku. Haha ! then pergi bayar, pastu aku nampak macam ada chef semua baru nak serve buffet kat indoor. So aku Tanya la waiter kat situ, that buffet tu untuk apa pula ? ingat ke untuk moreh ke apa kan, so boleh la aku datang next time. But he answered “untuk imam Makkah & MB Terengganu malam nanti”
Ler, yeke ? ahah. Pastu Amy dah buat bijok dah. Dia kata, “imam Makkah tu mesti solat kat masjid crystal kak” … aku macam bangkang, “masjid putih kot ?”
Ahah then solat maghrib kat surau kat Ri-yaz juga. Pastu aku & Amy ni macam dah malas nak pergi tarawikh kan. Tapi di atas ketegasan Sarah, so kitaorang ikut je la. So aku suggest pergi crystal mosque lah, sebab senang sikit, nak pergi masjid putih nanti kan jauh pula kat Bandar. Seriously that time tak tahu pun that Imam Makkah memang solat kat crystal mosque tu.
Sampai je sana, ramai semacam kat sana. Parking pun macam jauh. Suddenly dengar imam dah rakaat pertama solat Isyak. Pecut la aku dengan Sarah tak sabar-sabar lagi-lagi bila dengan suara macam imam arab. Haha. Confirm lah Imam Makkah ok !
Sampai je kat masjid, full sampai luar. So dengan beraninya buat ‘bijok’, aku try usha kat dalam. Ohh rezeki kami. Ngam ngam place untuk empat orang. Ohh Allah. Masa isyak imam baca surah Al-baqarah yang depan-depan. Masa tarawikh imam baca surah Al-Kahfi. Syahdu habis ! bukan senang nak jadi makmum pada imam Makkah ni kan.
Habis solat tarawikh, habis witir, pastu keluar lah kan. Ohh beliau ada dinner kat tepi masjid, kat meja. So Sarah dah excited nak ambil gambar beliau. Then aku pula buat berani pergi dekat sikit tapi tak dapat sangatlah. Then moreh kejap kat masjid, pastu masa nak balik aku nak ambil sekali lagi gambar Sheikh tu. Sekali, tersilap langkah, ada flash pula. Wakaka. Kantoi. Semua satu meja kot pandang ? sekali, ada sorang Pak cik kat meja tu lambai-lambai kat aku. Aku ingat dia nak marah aku curi-curi ambil gambar Sheikh tu. Rupa-rupanya dia ajak aku datang kat meja, ambil gambar Sheikh depan-depan. Haha !
Imam from Makkah. Mahal gambar ni. Truly from me.
Pastu dah start cakap arab dah. Aku jawab sikit-sikit boleh la. Bila dia Tanya, aku faham. Cuma aku nak jawab balik dalam bahasa arab tu terketar-ketar. Mujur Sarah ada. Phew~ mantap Sarah. Yelah, student usuluddin kan. Haha. Aku rasa hari ni aku bertuah habis dapat borak walaupun sepatah dua dengan Sheikh & dapat jumpa depan-depan dalam jarak 2 3 meter je. Dia senyum kat aku ! phew~ haha ! one more thing, aku dengan Sarah je dapat pergi dekat dengan meja tu. Takde pun orang lain jemaah lain macam tu. Berani gila kan aku ! haha. Cakap aku takut kat siapa je ? ahah
Then sarah, kak Yad & Amy yang makan banyak ni tak habis-habis nak makan lagi. Nak makan chicken chop katanya. Then pergila Bistro kat Pantai Batu Burok. Diaorang semua makan char kuey tiaw la, Kuey tiaw soup la. Aku je tak makan sebab buka puasa kat Ri-yaz tadi dah buat kenyang habis. Ahah.
ohh chicken chop
Thanks to all of you my dear housemates. Aku dah sayang sangat kat diaorang. Happy sangat. Alhamdulillah, syukur di atas segala rezeki yang Allah kurniakan.
p/s : Lisa jangan jealous. Kan dah bagi pretzel from Ri-yaz ! haha. Nanti kita hang out ok sayang !
Malam Terakhir di Bulan Syaaban 1431H
Last night : malam terakhir di bulan Syaaban. Today is Tuesday. So, tonight will be the first night tarawikh lah. Ohh Ramadhan. Syukur Alhamdulillah saya masih berkesempatan menyambut Ramadhan kali ni.
9 August 2010 : saya sengaja ponteng lecture. Sebab saya sangat mengantuk & takde mood nak pergi lecture. Phew~ awal-awal dah ponteng. Nanti dah last nanti macam mana entahlah. Sorry to my lecturer; lecture secure web application pula tu. Ada quiz lagi. Ahah.
Sarah; My roommate
In the evening: hanya kami berdua; saya & roommate saya lah, Sarah. Kitaorang rasa nak makan macam-macam. Memang pun. One day before lagi dah plan dah nanti nak makan macam-macam before Ramadhan. Haiyyoo macam tak boleh makan sebulan pula. Biasala, hobby kami sama; suka makan.
Diet, please leave me for a while. Haha ! first place; kitaorang pergi waterfront. Sebab teringin sangat nak makan chicken chop. Tak pasal-pasal. Saya takdela suka sangat chicken chop, Cuma kadang-kadang tu kalau rasa nak makan, jadi makan lah.
Then, kitaorang rasa nak makan fish & chips pula. Seriously, nak makan macam-macam before Ramadhan. Noodle station; that’s the place. Nyummy. Just fish & chips junior, pastu vanilla ice cream. Sangat sweet lah. Sarah pula makan chocolate blueberry ice cream.
Next place; Sarah nak makan pizza. Punyalah baiknya saya sebagai kakak kepada Sarah, saya pun bawa la dia makan pizza pula. Ok, actually saya pun nak makan pizza juga. But not pizza hut lah. Guess what and where ? Ri-yaz lah. Haha ! saya berjaya bawa Sarah pergi Ri-yaz walaupun mula-mula dia macam segan.
Macam ramai jugalah. Kalau kat terrace tu, macam full jugalah tables. I mean yang betul-betul kat tepi kat terrace. Biasa kalau pergi dinner, mesti saya sit kat table yang awal-awal sebelah kanan. Tapi kalau masa hi-tea kat table yang sebelah kiri. Tapi that night, full kan, jadi saya sit kat table favourite saya masa hi-tea ahah.
!@#$%^&* tonight saya happy sangat. Sebab dengan Sarah kot ? juga sebab lain lah. Paling suka bila kat Ri-yaz, sebab ramai yang tegur saya kat sana haha ! Dia, dia & dia. Phew~ takkan nak tulis dialog kat sini kot ? Cuma yang sorang ni serious saya tak perasan langsung dia. Dia yang communicate dengan Sarah guna isyarat tangan. Bila Sarah bagitahu yang orang tu macam kenal saya, saya pandang, tapi serious tak cam. Bila dia bagitahu something, baru saya perasan. Owh, dia rupanya. Yang sorang lagi pula macam excited bila lama tak jumpa saya; “long time no see”. sangat comel.
Saya tertarik dengan satu lagu ni. tertarik dengan lyric lah. Tak tahu tajuk apa, sebab orang lain yang nyanyi. Lepas google, baru tahu. Ohh… Gubahanku by Broery Marantika. Patutlah best. Broery lagi rupanya.
Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubahKu ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan dakuWalau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisaSetahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu
Balik campus, housemate saya nak celebrate birthday kawan dia. Baik betul dia, minta izin nak guna living hall untuk celebrate birthday kawan dia. Juga rezeki saya, dia bagi a piece of blueberry cake. Ohh makan lagi. *wink* Thanks Lisa.
Malam sebelum tu, juga plan saya & Sarah. Saya masak fettucini carbonara with mushrooms. Ohhh sangat best ! hampir kesemua housemates saya try saya punya fettucini carbonara with mushrooms. Senang je, guna Prego punya carbonara je.
Lepas ni, nak buat cocktail pula. Ahah. Tengok, bila saya dah start rajin masak, habislah. Tapi, kalau datang saya punya kemalasan, nak pegang senduk pun haram. Haha !
Dua tiga hari ni asyik makan Italian foods & western foods je. Sengaja letak food pictures supaya nanti review balik masa Ramadhan mesti terliur habis. Haha !
Ramadhan; Month that full of bless & forgiveness.. Ameen..
Family Gathering – KL 2010
Simple update~ Promise to myself, memang tak nak control makan pun until Sunday. Starts Monday, I akan diet balik. haha…
Shopping. Ikea Mutiara Damansara. Ikut mummy beli household items. ahah. Lunch here also. Foods best je. 2 set meals for me. heeee
.. Spaghetti, meatballs, muffin & etc.
Lunch at Ikea
Shopping lagi. Ariani Kota Damansara. ohh more choices here compared to Kota Bharu branch.
Ariani Kota Damansara
Konon I tak berkenanlah, tak sukalah, tak sesuailah tudung Ariani. Just follow mummy & sis Elia nak shopping tudung. Sekali, phew~ I pun terberkenan sama. tadaaa~~~ tak banyak sangatlah. Tak mampu nak beli banyak walaupun berkenan semua colors kat sana. ahah
For me & mummy~
Family gathering. Makan-makan at aunty Nik Bainura’s house in Bukit Jelutong. Dapat jumpa cousins yang dah lama tak jumpa. Walaupun tak semua ada, tapi happening je. ohh how much I love them ! So much lah. Fun, gelak-gelak, borak-borak, shares some stories~
Grandma with the grandchildrens
Aunty Ros cooked for us. Soto ayam + Puding Buih + Pengat Ubi. Very nice. Aunty Ros is a good chef !
Breakfast at Aunty Nora’s house lagi. Nasi Lemak made by Aunty Nora. Then visit cousin kak Olind at Kinrara Puchong.
Razin Rafflin~ Cute lah. My cousin’s son.
at Kak Olind’s house~
Yeap, I have a very big family !
Will update later.. Moreeee~~~ Just wait yea !
Berseronoklah…
Yesterday, I malas nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Tapi friends punya pasal, I pun merajinkan juga diri ini keluar berseronok walaupun barang tak siap kemas lagi, mengantuk, penat & macam-macam.
Ok petang, pukul 3.30pm; Huda picked me up here lah. My home lah. Then pergi KB Mall. Macam biasalah, kami; Huda, Ainni, Wawa. I kan tengah diet. Konon lah, sekali, makan ice-cream juga. Then diaorang ajak lepak noodle station pula.
Phew~ fish n chips junior je. Tapi tak senang nak makan sebab asyik duk ber ‘galok’ je. Borak itu ini, siasat itu ini, soal itu ini. Semua dah terbongkar rahsia. Haha. Dah la bising. Buat macam kedai sendiri. Sabar je lah. Siap dengan ‘demo’ sekali. Haha. Dah tak peduli kat orang sekeliling dah. Haha.
Muka pelik
Then Ainni suggest nak pergi fun fair kat area Tesco lah, macam-macam. Then dekat-dekat maghrib kitaorang pergi WCY jap. Tapi tak beli pape pun sebab kedai closed. Yelah, maghrib kan.
Ainni’s room
Then solat maghrib & isyak kat rumah Ainni. Lepak-lepak lagi. Borak-borak lagi. Pukul 10pm nak keluar pergi fun fair, sekali Ainni punya nenek suruh kitaorang makan yang nenek baru beli Mc Donald’s. makan lagi ahah.
Huda & Wawa tak sabar nak Makan
Nak pergi fun fair, tapi tutup ler pulak. Then pergi lepak mamak spicy lah sebab ada live band. Phew~ makan lagi. Sambil layan. Boleh la tahan. Then balik pukul 12.30am. awal lagi lah. Tapi semua orang kat rumah dah tidur.
Mamak Spicy
Haha satu hari tak jumpa mummy. Kesian mummy. Bangun pagi, pukul 5am++ dia datang kejut borak-borak. Mummy rindu I lah tu. Ahah. Thanks mummy sebab sporting sangat. Iyelah, takde benda pun nak sekat sebab I hang out pun dengan girls je juga.
Ok dah tiga hari tak makan nasi. Bukan sebab diet, tapi sebab tak berkesempatan. Haha. Walaupun tak makan nasi, tapi hati ni tetap rindu pada nasi. Typical asian lah ! so today makan nasi sepuas-puasnya. Esok pun lah !
Errr… esok pergi Kuala Terengganu. Doakan I ok. transit sana jap. Then, KL.. see you then~ tak larat nak update panjang-panjang. banyak lagi tak packing !
Lunch at Huda’s House
Today pergi lunch kat rumah Huda pula. Ok, banyak invitation sejak akhir-akhir ni. macam hot stuff pula haha.
She’s so rajin lah. Ok rajin. Dah la memang good in cooking. She baked a lasagna & chocolate cake for us. Nasi tumpang pun ada juga. Sampai I terbungkang kenyang terngantuk-ngantuk kat situ. Haha. Diet I tiada lagi ok. tiada.
Lasagna
Tak ramai pun tadi, just me, wawa, ainni & her sister kak Ain. Haha. Comel je kak Ain macam malu-malu. Lepak-lepak, makan-makan, borak-borak.
Then bermain-main dengan anak sedara Huda. Comelnya budak-budak ni. Umar, Umayrah & Ina Soraya (macam nama I je) hehe.. ok Umar sangat handsome. 9 years old baru. That’s why I hug him & hold his hand. Bestnya. Haha. I nak kids macam ni. dah la speaking je, terror gila. Memang mat salleh habis. Bukan setakat tu, siap mengaji lagi, ingat surah-surah lazim. Bagus la didikan macam ni.
Me with the Kids.
ceyceycey Wawa.. Guitarist ehh~ phew~
After makan tu I rasa macam ngantuk semacam. haiyyyoo sekarang selalu tak dapat tidur malam then ngantuk di siang hari. Nak drive balik tadi pun ngantuk je. Sabar je.
Pastu ada road-block. Ohh please. Police macam gatal je;
“dari mana cik”
“rumah kawan”
“minta IC & license”
“iyerlah”
“ooo dah kawen ke belum ?”
“ehh belum la”
“ye ke.. ingat macam dah kawen”
Haiyyyoooo~~~~
Then balik petang tadi tidur je. Mesti malam ni I tak dapat nak tidur lagi.
Fun Time with Sayangsss
Hye ! Dah beberapa hari tak update blog. Bukan takde idea tapi ketiadaan masa. Yesterday I memang langsung tak online sebab I pergi berjalan-jalan. Berjalan-jalan tempat biasa Cuma kali ni macam lain sikit sebab pergi dengan orang lain.
Wawa & Huda. I Love Them !
Awal-awal pagi semalam I & my sayangss Huda + Wawa went to Kuala Terengganu. Haha. Memang macam tiada pasal lah sebab dalam seminggu je lagi dah nak balik campus. Tapi saja takde hal pergi sana. Yesterday pergi dengan BFF juga la, wawa tu my gang, but Huda to my junior back in school & juga my relative. Diaorang best sangat. Dah lama tak jumpa & hang out dengan Huda. Tapi sekali jumpa, phew~semua kepala tak betul haha.
Pagi dalam pukul 8.30am Huda sampai kat my home. Masa tu kalut sikit I keluar masuk rumah ambil itu ini. Sekali rupa-rupanya daddy dah soal siasat Huda “eda nak pergi jumpa boyfriend dia ke ?” hahaha Huda yang tak tahu pape & tak tahu nak jawab apa. lawak lah. Boyfriend mana pula ni dad ? haiyyoo..
Trip kali ni rasa kejap je. Tak stop langsung bercakap itu ini. Macam-macam. Then breakfast kat Besut jap, then sampai KT terus pergi TTI sebab diaorang ni nak photoshoot. Oklah kat TTI, I kantoi kat sini. Actually I tak bagitahu sesiapa pun nak datang KT semalam. Sekali, memang I kantoi habis lagi-lagi dengan orang yang I tak nak bagitahu TII lah. Haiyyooo
Lepak sana kejap, tak kejap sangatla. Borak-borak, gelak-gelak memang happening habis. Penat gelak penat bercakap. Diaorang tak stop buat lawak. Memang energy banyak ah diaorang ni.
‘karok’ time. Phew~ ceyceycey (trademark anak sepupu I yang comel), boleh tahan juga Huda & Wawa student UIA nih. Memanglah, ‘karok’ = karaoke. Haha. Ni diaorang punya word lah. I macam baik sikit tak tahu sebegini. Then, pergi Mydin Mall, karaoke tak pasal-pasal. Rasa macam lega semacam. melepaskan apa yang terbuku. Haha.
Okla, lapar dah. Friday kan. Macam tak sah bila tak pergi Ri-yaz. Macam menipu sangat kalau tak pergi. Tak boleh tipu diri sendiri. Pergi nak makan lah. Tahu bukan, kat sana dah ada live band baru, bukan live band dulu lagi. Ini veteran punya live band. Jadi pergi bukan sebab live band so jangan salah anggap. Haha. Kita sambung story lepas ni.
First sampai, pergi touch-up, betulkan tudung dulu. So I asked Huda & Wawa pergi pilih tempat dulu. Tempat biasa, kat terrace kat tengah-tengah. Walaupun Huda & Wawa tak tahu my fav place, tapi memang ‘bijok’ ah diaorang, memang kena dengan table tu. Table yang I selalu duduk situ.
Duduk & I rasa macam pelik apehal budak 2 orang ni senyap & sopan semacam. dah tak nak ‘galok’ lagi ke ? I pandang sana, few staff tengah berdiri & mengadap arah sini tapi ketepi sikit. I macam eh pehal semua ni ? sekali Huda cakap
“pandang tepi”
“tepi ?” (sambil I pusingkan kepala ke sebelah kiri)
Mula-mula nampak sorang ni kat table sebelah. Dalam hati kata “ooo handsome juga macam orang arab”. Yelah, sebab baru balik solat Jumaat pakai jubah. Pandang sebelah lagi. Ya Allah, terkejut gila. Macam tak percaya pun ada. Pemangku Sultan Kelantan (Tengku Mahkota Kelantan) betul-betul kat sebelah table I mengadap I juga lah. Terus cakap kat Huda
“pandai pilih table ni. mana tahu ni”
“mana tahu. Bila duduk baru perasan”
Iyerlah, baginda sangat humble, tak suka protocol sangat kot. That time pun takde bodyguard jaga ramai sangat. Iyerlah, macam sampai kitaorang terduduk table sebelah baginda. Kalau tak, kalau ramai bodyguard semua jaga, mestila tak terduduk situ pun. Kira macam nampak macam orang biasa-biasa. Raja bejiwa Rakyat lah kiranya. I pun tahu kalau kat sini kat masjid kat kampung-kampung pun Baginda berangkat solat bersama dengan orang kampung.
Tapi tak lama lah, terus baginda berangkat pulang. Tak sempat I nak pergi introduce myself “cucu arwah Dato’ Charlie” . sebab terkejut & terpinga-pinga. Last jumpa baginda face to face macam ni masa kat tanah perkuburan masa arwah datuk meninggal. I ingat lagi that time, I kat situ, baginda lalu & bagi salam. Bestlah kat Ri-yaz ni, hari tu jumpa MB, semalam Pemangku Sultan pula. Haha, takdelah. I suka this place bukan sebab tu lah.
Makan-makan, borak-borak lagi. Angin sejuk je, windy habis. Wawa & Huda tak habis-habis dengan photoshoot diaorang. Ok lah, surprise, can you imagine. Suddenly live band. Live band lain sikit lah. Memang lain pun. Tapi tak berapa nak lain bila suddenly penyanyi sama juga. Haha haiyyoo.. ingat dah tak. Manalah I tahu kan sebab setahu I tak dah.
Lama juga lah lepak. Kantoi pun ye. Haiyyoo.. nak story ke tak ? haha I story sikit sajala. Adala some of them ni tengah borak-borak depan I. Huda pula informer, setiap kali orang tu pandang I, dia bagitahu I. Nak main angin I ke apa ? tapi taklah. Memang betul. Haha. I pun manala tahu diaorang borak apa kan. Lepas tu baru I tahu. Ni pun lepas diaorang semua macam senyum-senyum pandang I, I pun Tanya TII apa diaorang cakap.
Oklah, maybe staff kat situ kot dengan boss mereka ramai-ramai lah kot termasuk dengan dia lah. Haha. Boleh pula one of them tu
“baju pink baju pink” then diaorang pandang lah.
Ok baju pink tu I lah. Haha. Apa diaorang kata ? bayangkan one of them macam nak approach lah. Haha gila. Bukan gila apa. Sebab si dia pun ada situ, bayangkan orang lain cakap nak gitu dengan orang yang dia punya sayang sangat. Sakit hati & jealous gak eh. Bayangkan perasaan seorang lelaki bila ada orang lain nak tackle girlfriend dia & cakap depan dia. Orang lain tu memang tak taula relationship ni.
I pun tak tahu nak explain macam mana story ni. tapi lebih kurang macam tu. I bagi perumpamaan la kiranya. Jadi dah kantoi, yang tak tahu pun jadi tahu. Selama ni cover lah. Pandai cover. Yang kenal I kat situ pun macam terkejut juga la kan. Haha biarlah.

Oklah photoshoot. Sangat cantekkk lah all those photos. Serious sangat. Nak tengok, tengok kat facebook. Banyak. Bakal upload. Rugi bagi orang yang I dah block kat facebook. haha
Hye ! kitaorang dah seminggu dingin. Dingin sangatlah. Gaduh lah, marah-marah, kasar-kasar. Tak nak jumpa & tak plan nak jumpa pun ni. Sekali terjumpa jugak. So macam mana ? bila jumpa, dah tak terdingin mana dah. Macam ok la. Explain semua salah silap. *banyaknya I buat silap* err tak juga. Maybe ada yang cucuk-cucuk sampai jadi hottt. Susah bila melibatkan campur tangan orang lain.
We are Single. Tackle lah Kami haha !
Then, balik. Sampai rumah dalam pukul 10pm kot. Huda, wawa thanks. Penatlah nak update panjang-panjang. Thanks sebab sporting, happy je haha. Tak tahu nak explain macam mana. Banyak benda yang unexpected berlaku. Phew~
Sejarah mengajar kita Menjadi lebih dewasa Meniti arus angkara. Lupakan kisah yang lalu, Teguhkan tugu imanmu, Doaku buat kekasih… -Doa buat Kekasih by Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
















































