Posts Tagged ‘fenomena’

Bersukaria di Balai Cerap

Hari semalam, kami student Falak Syarie & adik-adik Diploma Pengajian Islam yang ambil subject Takwim Hijri telah pergi bersuka ria di Balai Cerap Kusza. Bukan bukan. Bukan bersuka ria, tapi kami di beri beberapa tugasan amali oleh lecturer kami iaitu Dr. Baharuddin.

Perkarangan Balai Cerap

Seawal pukul 7am, kami perlu berkumpul kat tempat biasa, kat depan Pejabat Asrama Baru. Haha macam awal. Kelam kabut pula tu pagi tu sebab malam sebelumnya tidur pukul 2 lebih sebab buat assignment. Adehh.. Then pukul 7++ terus bertolak ke Balai Cerai Kusza yang terletak di Merang, kira-kira dalam 20km dari campus.

Sampai je kat sana, pagi-pagi dah kena mendaki bukit yang curam tu untuk naik ke Balai Cerap. Haha. Pagi-pagi dah semput. Bayangkan naik bukit dengan barang banyak lagi, berat je. Dahla saya tak pakai sport shoes sebab tertinggal kat rumah, pakai flat shoes biasa je macam nak pergi kuliah. Haha. Diaorang pun sama, takdela pakai sport shoes, pakai sandal biasa gitu je. Nyaman je suasana kat Balai Cerap pagi-pagi macam ni. Saya suka view kat sini sebab boleh nampak laut, pastu boleh nampak terus Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong. Ya Allah, memang indah.

GPS

Then, pukul 8++ terus breakfast & ada kuliah sikit. First activity yang kami kena buat ialah treasure Hunt dengan menggunakan Global Positioning System (GPS). Main-main dengan GPS. Oh  tidak, bukan guna GPS saya, tapi GPS yang balai cerap punyala. Ahah.

Amali seterusnya ialah dengan menggunakan tongkat istiwa untuk menentukan garisan utara/selatan, penentuan garisan utara/selatan dengan bayang matahari ketika zuhur, penentuan arah utara dengan carta pedoman matahari, penentuan garisan timur/barat & penentuan waktu zuhur & asar. Amali ni semua kena berjemur di bawah cahaya matahari. Mujurla tak demam. Adehh..

Then, break lunch jap, sempat tidur jap. Haha. After that ada lagi  satu amali iaitu penentuan arah kiblat dengan menggunakan kompas. Lepas tu kena pacakkan dua batang kayu untuk menentukan arah kiblat yang betul. Saya terfikir, kalaula arah kiblat sentiasa berubah, habisla kita setiap kali nak solat kena tentukan arah kiblat, kena tentukan waktu. That’s why Allah dah buat semua elok dah, senang dah. Tinggal lagi kita je perlu solat. Tapi ada lagi hamba Allah yang masih tak tunaikan solat, sedangkan banyak dah Allah bagi kemudahan. Subhanallah, hebatnya Allah.

After that, kami terus pergi siapkan assignment kami. Print kat sana & terus hantar kat lecturer. Haha. Senang. Dah takde kerja yang tertangguh dah. Lepas asar, saya & Ain just pergi jalan-jalan, rest & relax kat tepi bukit, tengok pemandangan, laut, pulau, pantai. Tenang je kat sini. Layan perasaan jap. Haha. Yang lain-lain syok duk dalam planetarium tengok movie.

Pada sebelah malam lepas maghrib, ada acara yang di nanti-nantikan. Semua tak sabar dengan yang ni. That is, mencerap bintang, galaksi, & malam tu juga kami bertuah sangat sebab dapat tengok planet Marikh & Zuhal. Pada masa ni, Marikh & Zuhal berada pada orbit yang agak dekat dengan bumi. That’s why boleh tengok. Actually, kalau tengok dengan mata kasar, nampak je Marikh tu, dia macam kekuningan. Maybe ada yang tertukar dengan bintang biasa kan. Zuhal pun boleh nampak dengan mata kasar, macam nampak sebiji bintang macam tu. Tapi, bila tengok dengan teleskop memang lagi best, sebab memang exactly nampak gelang di sekeliling zuhal tu. Ya Allah, hebatnya kuasa Allah, indahnya ciptaannya.

Di samping tu, mengintai galaksi lain. Galaksi terdiri dari gugusan jutaan bintang. Eh betul ke ayat macam ni ? ahah. Anyway, bila saya mengajukan soalan kepada en. Mohd Taufan (menguruskan balai cerap, website falak UDM & program developer untuk falak UDM), tentang adakah hidupan lain selain di bumi, iaitu di galaksi lain. Dia menjawab, wallahualam. Tapi ada satu ayat dalam quran yang menyatakan bahawa, ada hidupan lain di langit & ……. . Nanti saya nak cari ayat tu. Lebih kurang maksudnya, memang ada hidupan lain tapi tak tahu la kan apa rupanya. Tak tercapai akal kita untuk fikir macam tu.

Anyway, saya teramatla kagum dengan apa semua yang saya tengok semalam. Langit begitu clear, berjuta-juta bintang dapat lihat dengan jelas semalam. Benar, hebat kekuasaan Allah, tiada tandingannya. Thank to our lecturer, entah bila la dapat chance nak tengok macam ni lagi. Dari pagi sampai tengah malam saya penat je gelak dengan budak-budak ni. sama je mereka semua nakal-nakal. Lagi la kami akhawat 12 orang je, yang lain-lain ikhwan. Ramai ikhwan dari akhawat. Dari pagi sampai malam juga makan tak berhenti-henti. Habis, gemuk dah. Haha

Semoga dengan ini, saya & mereka akan lebih kagum, lebih menginsafkan kami. Ya Allah, betapa kerdilnya kami ini ya Allah.

Filed under Uncategorized

Gerhana Matahari Tanda Kekuasaan Allah SWT

15 Januari 2010 : Kalau tak kerana semester ni saya ambil subject Falak Syarie, tak mungkin saya akan berada di perkarangan Masjid UDM sejak pukul 9am-5pm semata-mata mengikuti Program Pencerapan Gerhana Matahari anjuran Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Terdapat beberapa slot ceramah berkaitan dengan gerhana pada sebelah pagi dan juga selepas solat Jumaat.

Memangla, pagi jumaat macam ni lagi suka bersenang lenang di bilik. Ahah. Tapi di sebabkan kami student Dr. Baharuddin Zainol, jadi wajib bagi kami untuk menghadiri program ini dan menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan. Penglibatan ni akan termasuk dalam carry mark untuk final exam nanti. Walaupun penat, tapi ianya sungguh memberi manfaat kepada kami dan membuatkan kami lagi kagum dengan kekuasaan Allah swt. Subhanallah..

Gerhana kali ni hanyalah gerhana separa yang dapat di lihat oleh kami. Gerhana annulus dapat dilihat di sekitar benua Afrika dan India. Gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan dan sesatah yang di namai sebagai penjajaran sempurna. Di mana, bulan berada di tengah-tengah antara bumi dan matahari.

Real picture.. Credits to Syuzana.

Keunikan semasa berlakunya gerhana. Unik kah ? Unik sebab telur ayam boleh berdiri tegak di sebabkan gravity yang selari. Mula-mula memangla kami macam tak percaya je masa lecturer bagitahu dalam kuliah. Jadi diaorang ni tak sabar-sabar nak buat experiment. Memang betul la kan. Tengok la gambar di bawah ni.

Dengan menggunakan binocular, teleskop, serta handmade kanta yang terdiri dari lapisan aluminium mylar atau lapisan polimer, jadi kita boleh melihat matahari secara terus dengan selamat.

Selesai gerhana, kami ke Pantai Teluk Ketapang makan angin dan makan sotong celup tepung. Ahah. Sepatutnya saya ada group discussion pada malamnya, tapi di sebabkan energy dah low sangat, terus tidur lepas maghrib dan mujurla Mr. Group Discussion faham dan bagi saya excuse untuk ponteng discussion itu.. Thank you. Lepas maghrib terus tidur..

Sama-sama mengkagumi serta berfikir tentang kekuasaan Allah serta ciptaanNya..

Filed under Uncategorized