Posts Tagged ‘facebook’

Isu Facebook Lagi

Facebook dari Yahudi ? Yahudi mengaut keuntungan dari Facebook dan sebagai salah satu penyumbang dana kepada mereka untuk menyerang Palestin ? Pelbagai cerita, isu yang di ketengahkan. Tapi sejauh manakah kebenaran itu ? Saya ada baca 3 4 blog yang mengutarakan pasal ni. Mereka juga tak dapat nak mensahihkan sejauh mana kebenarannya. Mereka juga masih mengkaji..

Begitu juga dengan saya, saya pun tak pasti sejauh mana isu ni. Jika ia benar, apakah tindakan kita ? Apa tindakan saya dan juga anda ? Jika ia benar, Sanggupkah kita menikmati keseronokan bersama facebook, bersosial di facebook, tapi sebenarnya apa yang kita tengah nikmati itu, dalam pada masa yang sama, saudara seagama kita sedang berada dalam kesusahan.. Sanggupkah ?

Saya juga masih mengkaji isu facebook ni. Saya pun join facebook. Ramai je yang join facebook. Saya dah explore apa ada dalam facebook. Games, Applications yang entah apa-apa. Saya dah try kebanyakannya. Apa yang boleh saya katakan, ianya lagha. Game seperti café world, Farmville, Farmtown, Barn Buddy, Mafia Wars & segala macam real time punya games dalam tu semuanya membuatkan kita lagha. Saya juga pernah join, pernah main semua tu. Saya sedar yang bila saya join beberapa games, saya akan asyik teringat bila masa nak harvest, bila masa nak serve foods. Benda ni macam menambah beban kepada diri sendiri. Sedarkah kita bahawa masa untuk kita mengingati Allah pun kurang bila masa-masa itu di isi dengan benda sebegini.

Selain tu, dengan pelbagai quiz yang entah apa-apa. Kuiz ramalan nasib la, ciri-ciri pasangan yang macam mana yang kamu akan dapat, when you are will getting married, Bila kamu akan meninggal dunia & macam-macam quiz yang sudah tentunya boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong. Boleh je orang kata “saya saja suka-suka, tak bagi kesan pun kat saya, saya tak percaya pun quiz macam ni”. Seteguh mana keimanan kita yang kita confident sangat kita tak akan terpesong ? Kita boleh ukurkah iman kita ? Confirm boleh tahan dengan semua tu ?

Social Networking. Sebagai medium “keep in touch with old friends” .. Salahkah ? Tengok balik niat kita. Selagi menjaga batasan dengan bukan muhrim, selagi tidak melanggar batas-batasnya. Tapi tak tahula kalau ada niat lain macam saja untuk cari couple, saja untuk berkenal-kenalan, konon nak tambah kawan. Mula-mula kenal-kenal je, lepas tu mula la suka-suka, nak jumpa & seterusnya…

Sebagai medium menyebarkan dakwah. Niat dah betul. Tapi tak semua matlamat menghalalkan cara. Nak buat kebaikan, tapi dengan cara yang salah. Macam mana tu ? Konon lagi nak berdakwah melalui Facebook, tapi dalam masa yang sama contact dengan bukan muhrim, bercakap tentang benda yang tak sepatutnya, baru nak berkenalan lagi. Betulkah cara itu ? Kebaikan di campur dengan keburukan.. Fikir-fikirkan..

Social Networking Security~ Pernahkah anda terfikir selamatkah segala information yang telah didedahkan di dunia internet ? Macam info di facebook. Siap ada address, phone number lagi. Bagi yang lurus bendul, semua dia fill the form. Tak rasa semua itu privacy kah ? Ke sebab nak orang senang datang meminang nanti ? Sebab nak glamour, biar orang kenal kat mana rumah dia. Lagi best bila suka hati je konon nak tambah friends, nak biar ramai dalam friends list tu, jadi suka hati je add sesiapa atau approve sesiapa yang tak kenal. Kalaula pula ada yang menyamar ke, saja nak buat jahat, nak siasat ke, kamu tak terfikirkah ? Boleh je mereka menggunakan cara tu untuk timbulkan fitnah.

Saya tak katala saya ni pandai. Tapi saya di dalam dunia computer, bidang computer, tentang computer security, network security, itu semua termasuk dalam syllabus saya belajar. Tak semestinya saya dalam bidang ni, saya je yang berhak tahu pasal ni. Ilmu ni kan luas. Walaupun korang dalam bidang apa sekalipun, boleh je fikir logic kan. Boleh je explore sejauh mana selamatnya dunia internet ni. Luaskan pengetahuan, banyakkan berfikir. Jangan tumpu pada satu bidang je, bidang lain di tinggalkan. Macam juga saya, walaupun bukan dalam bidang agama, tapi kita tetap Islam dan kita semestinya perlu mengamalkan ajaran Islam. Pandai-pandai la kita explore tentang dunia dakwah, cari ilmu agama semampu yang mungkin.

Baca tak Facebook punya terms of Service ? Ada satu part tu, walaupun deactivate Facebook account, tapi information semua tu Facebook tetap simpan dalam database. Sejauh mana system dia, macam mana dia punya rules, tak dapat la kita nak jangka kan. Tapi dari situ, kita faham bahawa, information kita tu masih di simpan oleh Facebook. Facebook juga berhak untuk mendedahkan, memberikan information kita kepada sesiapa yang berkaitan berlandaskan undang-undang. Begitula lebih kurang. Maafkan saya kalau saya yang silap faham. Kalau ada yang nak betulkan, boleh dipersilakan..

“This is your Publisher..” Status.. Saya pun selalu update status. Tapi itu dulula. Bila saya sedar tentang banyak keburukan dari kelebihan pada status tersebut, saya dah tak buat status yang terlalu open sangat lagi. Contohnya macam ni, nak pergi mana update status, nak buat apa update status. Ada orang yang menyedarkan saya, discuss dengan saya pasal ni. Dia juga dalam bidang computer, dia lebih arif dari saya, lebih lama dalam bidang ni berbanding dengan saya. Hasil perbincangan tu, saya sedar bahawa apa yang kita update status tu boleh buat semua orang tahu apa yang kita buat. Orang tahu kita nak pergi mana, tapi jika ada orang nak buat jahat pada kita, boleh je dia pergi ke tempat yang sama, dan memulakan rancangan jahatnya. Boleh je orang nak gagalkan rancangan kita. Bukan nak bersangka buruk, tapi perlu sentiasa ingat & be careful. Hati manusia tak siapa yang tahu. Tak semua benda kita boleh bagitahu orang, tak semua perlu bagitahu orang. Jangan nak show off sangat.

Saya tak kata guna Facebook ni salah. Saya tak kata haram. Saya tak kata apa-apa. Siapala saya nak menetapkan hukum, nak tunjuk dalil mana sebagai bukti. Tapi saya hanya bagitahu tentang apa yang saya terfikir untuk di kongsi dengan readers semua lagi-lagi tentang security. Nak ajak readers juga berfikir tentang ni. Jangan asyik leka je dengan dunia internet.

Dan saya ? Facebook saya ? Sejak saya terfikir, tersedar, kaji semua sejak bulan lepas, saya pun kurangkan masa saya untuk facebook. Profile picture pun saya dah tak letak gambar saya lagi. Dekat blog ni pun saya dah delete Facebook Badge saya lagi. Jadi, ini sekadar blog & readers tak akan dapat jumpa Facebook profile saya. Saya disable semua search, saya tak update apa-apa status, jauh sekali inform pada semua orang apa saya nak buat, kemana saya nak pergi. Saya tidak comments dengan mana-mana status kecuali yang bertanyakan soalan penting, Saya tak letak detail information, Saya dah tukar nama saya, Saya dah stop semua games, saya hanya approve sahabat yang saya kenal, Saya dah reject berlambak friends request, Saya dah ignore mana-mana applications, groups, saya dah ignore all quizzes, & saya pun memang dah tak active dengan Facebook. Muktamad. Ada sebarang bantahan dengan cara saya ni ? Atau ada yang sujud syukur, happy, bertepuk tangan bila saya dah jauhkan diri saya dari facebook ? Semua tu untuk kebaikan diri saya sendiri, untuk kepentingan diri saya sendiri. Saya akan try untuk elakkan dari benda-benda yang lagha, yang boleh melalaikan saya. Apa gunanya facebook pada saya jika ianya mendekatkan saya pada bukan muhrim ? Dulu memang begitu. Saya yang sentiasa buat silap. Tapi manusia boleh sentiasa berubah bukan ? Tak salah kalau saya katakan yang ini semua adalah hidayah dari Allah swt.. Allah nak selamatkan saya, Allah gerakkan hati saya untuk jauhkan dari semua tu.

Tanpa facebook pun kita boleh hidup. Facebook bukan jaminan nyawa kita. Jangan sampai kata dah addicted sangat-sangat, dah tak boleh hidup tanpa facebook, macam social networking ni dah sebahagian dari hidup. Gila sangat dengan social networking. Konon nak keep in touch with friends. Dengan Allah kita keep in touch tak ? kalau ya pun, cukup tak ?

Blogging. Keep blogging. Saya suka blog. Saya suka baca blog orang lain, lagi-lagi blog tentang dakwah. Tentang life orang pun saya baca juga. Kita masih waras, masih boleh bezakan yang hak dan batil. Dan saya berhak untuk visit blog sesiapa, berhak untuk bagi comment pada mana-mana blog. Blog lagi open, jadi pandai-pandaila kita mengatur cara penulisan blog kita. Kesedaran demi kesedaran, jadi saya akan teruskan kesedaran ini. Saya bukan sasterawan, saya bukan ahli bahasa, jauh sekali saya seorang penulis, lagi bukan seorang novelis. Tapi saya suka berkata-kata melalui penulisan. Jadi sebarang kesalahan grammar harap maklum..

Blog saya tiada tema. Jauh sekali blog saya dikategorikan sebagai blog Islamic, blog dakwah. Sungguh tak layak. Tapi blog ini saya jadikan sebagai perkongsian untuk saya & all readers~… Ada kalanya blog saya ni menceritakan tentang luar dari skop asal. Tapi itu saya, blog saya, saya yang cipta dengan bantuan beberapa pihak, saya yang bayar blog ni. Jadi itu hak saya. Tak perlu pertikaikan, saya tak minta pun. Tapi teguran yang membina, nasihat yang positive untuk pembangunan diri, itu saya terima.

Terangi Jalan Hidupku Dengan Cahaya KasihMu. Pimpinlah daku dengan HidayahMu.. Tempatkan daku di dalam RahmatMu.. Ya Allah, tunjukkan aku Jalan Kebenaran, Jalan yang Di redhai olehMu. Suburkan Jiwaku dengan Keimanan. Hanya padaMu Ya Allah, ku sandarkan Harapan..

Filed under others

Seronoknya Cuti

Rasa macam dah lama tak cuti. Setiap hari mengadap buku. Guna brain tahap maximum. Tidur tak cukup, rest lagi tak cukup, main cafe world tak puas & bla bla bla. Habis je paper Software Testing Design Engineering, terus rasa macam dah habis semua paper. Padahal 1 lagi yang menunggu pada 19 Nov nanti.

Since last night until this evening saya qada gila-gila saya punya waktu tidur. haha. Dah tak ada bangun pukul 5am macam biasa, bangun pukul 9am terus. Pukul 12pm tidur balik, bangun pukul 2pm. haha. YM habis-habis, syok sangat. haha. Bangun pagi YM lagi. Facebook [via Celcom SMS] sampai tertidur macam tu je ahah.

Sangat cuak bila tengok ada sahabat-sahabat dah habis exam. *sigh* ada yang habis 8 Nov la, ada yang habis 11 Nov la. Yang dah sampai rumah pun dah ada. Punyala 6 hari boleh relax, punyala boleh spend time selama 6 hari untuk study paper Ethics, Communication & strategic Planning. Kalau 6 hari gap untuk study paper OS ke, Web Programming ke, takpe jugak. Kalau saya yang buat jadual exam, dah lama letak paper ni pada 15 Nov. Hooray, jom kita balik rumah sebab exam dah habis ! Complain tak payah cakap, ikut suka hati je. Punyala lecturers, staf akademik & lain-lain pihak yang involved bersusah payah nak susun jadual, kita sedap je complain macam semua tak kena. Haih~ Tak elok gitu. Patutnya kita hargai susah payah diaorang, jangan ikut suka je nak lepas mulut. Bersyukur walaupun ianya tak sempurna aite ?

eh, I habis 19 Nov ok ! Tak payah susah-susah fikir nak balik awal. Mari kita fikir nak pergi mana esok ! Bila gap lama, mulala nak pergi situ la, nak pergi sini la. Macam-macam. Bila call ayah bagitahu ada gap seminggu, terus ayah cakap “bagus, balikla rumah dulu”.. haha baik tak payah bagitahu. Menyesal pula bagitahu. Tapi tak boleh juga, tak sedap hati pula. Anak yang baik bukan ? haha..

Tapi terus je saya cakap tak nak balik rumah, nak pergi tempat lain..

Ayah : nak pergi mana ?

Evi : nak pergi KL, saja dengan kakak. Ayah tolong booking ticket flight boleh.. (wat2 manja)

Ayah : dengan Elia ? erm k. boleh la. Nanti bagitahu nk date, time bila.

Evi : oyeah ! ni sayang ayah lebih ni.

Kalau tak bagitahu parents, siapa nak tolong booking ticket, siapa nak bagi duit untuk enjoy ? Ahah ayah sebenarnya ok je, asalkan jangan melibatkan lelaki. Kalau kata nak pergi dengan kakak, lagi ok. Sebab tu senang je lepas. Anyway, thanks mummy daddy sebab sponsor semua ni. I Love both of u a lot.. Tapi mummy & daddy dah pesan awal-awal jangan shopping, jangan membazir. Biasala, saya di tarbiyah oleh parents supaya bersederhana dalam semua hal. Lagipun, end of this year nak shopping lagi lalala~

Baiklah, selamat terbang & selamat enjoy esok ! lalala~

Filed under others

Facebook [via Celcom SMS]

Ramai pula yang Tanya, macam mana la, charge berapa la, nak tiru I juga la tu. Haha. Charge RM1/week. Kalau celcom tipu, I tak tau la ok. First, type je F send to 32665. Pastu tunggu dapat confirmation code. Pastu kat Facebook, go to settings, mobile & pandai-pandai la ikut step dia. Kalau blur sangat, tak payah buat. Kalau pandai surf my blog, takkan tak pandai nak ikut step yang simple tu. Haha.. Selamat mencuba ;)

Nak story pasal kahwin je :

So sorry to my senior Atikah sebab tak dapat nak attend your wedding on 14 Nov 2009. Hoho I’m Going to KL. So sorry my senior. Anyway, congrats dah selamat di ijabkabulkan baru-baru ni & Selamat Berpraktikal..

Congratulations to my senior Azrul Aminur Rashid yang akan melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ni jugak. Tak ingat bile. Tu pun baru je beberapa hari lepas tengok kad jemputan. Ahah

Lagi orang nikah~ sahabat saya kak Anis Degree Usuluddin yang juga akan menjadi isteri yang sah pada 29 Nov ini. *sigh* yang ini paling terkejut. Ingat ke dia bergurau masa dia bagitahu, lagipun umur lebih setahun je dari saya . Rupa-rupanya betul. Yela, dia baik sangat, seorang muslimah & tak pernah dengan mana-mana lelaki. Sekali kata nak kahwin dah. Rupa-rupanya pilihan family. Alhamdulillah.. Sungguh suci & semoga menjadi isteri yang solehah..

Sekarang dah tengok kan, ramai dah nak berumahtangga. Tengokla, akhir tahun depan turn saya pula. Lalala~ *sigh* berangan je lebih. Calon does not exist. Haha. Belajar tak habis lagi tapi dah gedik nak kahwin. Masih bermanja dengan parents tapi ada hati nak bersuami. Nanti macam mana nak jaga suami ? Ada boyfriend pun dia lari pergi cari perempuan lain. Tapi masih terhegeh-hegeh kat aku gak. Lalala~

Macam dalam lagu in-team~ * Kekasih sejati teman yang berbudi * Kasihnya bukan keterpaksaan * Bukan Jua Kerana Dunia * Mekar Disirami Kasih * Rahmati Daku & Permintaanku Untuk Bertemu Di Dalam Restu * Di tangan Mu tuhan ku Sandar Impian Jodoh Pertemuan * Seandai dirinya tercipta untukku, Rela ku menjadi miliknya *

Lagi nak tambah cerita, sesi mencari jodoh untuk anak sepupu saya. Disebabkan blog ni tak berapa nak glamour, harap-harap orang terengganu je baca blog ni. haha. Baiklah, anak sepupu saya yang bernama Amir Razlan Rahimi telah request supaya saya cari jodoh untuk dia, Haih, cari jodoh untuk anak sepupu, saya sendiri pun tak tercari lagi untuk diri sendiri. Amir, cari jodoh untuk mak sepupu sekarang ! haha kira baik dah ni mak sepupu nak carikan, siap bagi space lagi dalam blog ni nak cakap pasal anak sepupu je. Takpe, kita buat baik kat semua orang k. ahah..

Amir ni dah nak grad dah, sekarang final year Degree in IT kat UniTen. Umur dalam 23 kot. haha tak ingat la saya anak sepupu ramai sangat lagi-lagi anak sepupu lebih berumur dari saya. Ciri-ciri yang dia nak senang je, nak yang single, comel-comel. Tak taula comel bagi dia macam mana. Comel, lawa, cun ni subjektif. Depends pada individu. Comel, ayu wajib, nak yang pakai tudung. Asalkan orang Terengganu @ Kelantan. Pastu pandai masak nasi dagang dengan ketupat sotong. haha Demand betul budak nih. Siapa-siapa yang rasa ada ciri-ciri tu, boleh contact Evi k. Takpe, Evi simpan rahsia. Cepat-cepat. Amir duk merengek ni. haha. Amir, belanja mak sepupu sekarang !

Filed under Friends

Facebook is Unavailable

Good for me. My facebook account is temporarily unavailable. Sabar-sabar. Memang sangat cuak bila jadi macam ni. Tapi ada la tu hikmahnya. Lebih kurang macam, go study la Evi. Stop Facebooking. Haha. One more thing, facebook macam merajuk dengan saya pula, macam tau-tau je saya join twitter senyap-senyap. *sigh* haha..

Now, Alhamdulillah after maghrib tadi dah ok balik. Tak tau la apa masalah facebook sebenarnya. Sampai ada kawan nak add, nak approve pun tak boleh. Padahal orang lain elok-elok je boleh access facebook.

Satu hal lagi saya nak highlight kat sini, asif jiddan, saya hanya accept/approve orang yang saya kenal sahaja. Itu sudah tentu. Security punya pasal. Haha. Tak adala, saya Cuma malas nak melayan orang yang tak dikenali. Saya hanya accept sahabat-sahabat sejak sekolah dulu, matriculation, & UDM. Memang tak semua students UDM saya kenal. Tapi kalau rasa kenal sikit-sikit, kawan kepada kawan, pernah jumpa ke & senyum-senyum tu, saya accept juga. Apa salahnya kan. Anyway, thanks.

Paper OS 8 Nov 2009

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Sahabat-sahabat lain pun macam tu juga. Ada yang kami study tapi tak masuk. Ada yang kami skip (konon boleh pilih soalan) yang tu pula masuk. Lagi-lagi bila tak faham sangat soalan sebab dah di putar belit oleh kertas tersebut. Haha. Tak tahu chapter mana pula tu. Haih~ Ada chapter depan-depan tapi soalan letak kat belakang sekali. Ada 1 soalan ni, macam complicated tapi sebenarnya nak suruh explain tentang ‘process concept’ je. Subhanallah, mujur la Allah masih bantu saya di saat-saat akhir. Baru dapat tangkap apa soalan nak. Mujur study pasal tu. Kalau tak, macam tu je hilang 15 marks. Rupa-rupanya sahabat lain pun macam tu juga, blur juga. Pastu lama fikir baru dapat ilham. Alhamdulillah..

*s0b*s0b* bila mummy Tanya paper macam mana. Saya jawab je la “agak susah”. Boleh pula mummy kata saya tak study betul-betul. Padahal saya dah try the best, walaupun masih dengan Facebook. Haha ayah dah faham dah & gelak je pasal facebook.

Akibat paper OS, kepala pun jadi pusing-pusing macam naik rollercoaster . Terus tak sihat, tak larat. Sampaila malam. Ingat dah ok, tapi masih sama. Ya Allah, jika kesakitan ini sebagai menebus dosa-dosa kecilku, aku redha, aku pasrah.. Tak study, tak dapat buat apa-apa pun sampai malam. Mujurla ada seseorang yang bagi advice supaya minum air kosong banyak-banyak & pergi minum sekarang ! haha. Ok2.. Thank you so much. Orang-orang lain Cuma kata pergi la makan ubat, pergi la rehat, tidur. Tapi sebenarnya, simple je. Kata-kata seseorang itu paling bagus, Banyakkan minum air kosong yang jernih without colours. Haha.

Lagi satu, ramai yang tertanya-tanya mana saya lama tak nampak kan. Exam week, di bilik sahaja. Nak jumpa, datang la my room. Haha. Anyway, dah beberapa orang sahabat tanya saya makan kat mana, tak pergi café ke. Sebab saya tak nampak di café. Ahah memangla, sebab saya selalu makan kat luar kat tempat favourite saya bersama roommate saya, kecuali pada hari-hari tertentu saya puasa. That’s why jarang melepak di café. Tapi hari ni pergi café sebab tak sihat, tak larat nak keluar, nanti drive jadi apa-apa pula kan. Lagipun, tak nak expose sangat dengan persekitaran luar cuaca yang tak menentu ahah..

Tak sangka kakak saya terharu & suka my previous entry. Ingat ke dia marah sebab banyak kutuk dia dalam previous entry. haha.. Pasal Zoo tu dia sangatla perli saya ! *sigh* haha

untitled

OK, study Network Security !

Filed under UDM