Posts Tagged ‘exam’
Bulan March Bulan Sibuk
Now tak payah susah susah nak menghitung hari. Sebab masa berlalu dengan cepat sekali sampai sedar tak sedar dah sampai bulan March dah. March~ Dah mid-term dah. That’s why lately ni sibuk je dengan mid-term test. Alhamdulillah this week dah lepas Quiz Chapter 5 & 6 for subject Software Project Management, and today dah lepas mid-term test for Client-server computing. Walaupun macam kelam kabut & soalan tak payah cakapla level mana yang memang quite hard la kan.
Bila tengok schedule, lebih kurang sebulan lagi study week. Haih~ banyak benda yang nak kena buat. Dengan cluster computing nya, dengan projek System untuk subject Bengkel, tambah lagi proposal for Software Project Management, Assignment compiler lagi, & bermacam-macam assignment, test lagi. Memang kena betul-betul susun schedule kali ni.
Alhamdulillah, saya hanya sakit kepala biasa-biasa saja. Itu doctor la yang cakap. Actually sejak malam Ahad lepas, kepala sebelah kanan ni mencucuk sangat. Maybe sebab tidur lambat kot malam tu sebab buat cluster computing. Then, pagi semalam terus tak pergi kelas. Alhamdulillah getting better, & saya memerlukan kesihatan yang baik untuk activity best hari Khamis ni. Dari pagi sampai tengah malam. Jadi pada hari tu saya tidak akan berada di campus. *sob*sob* tak dapat balik rumah walaupun dah memang plan nak balik.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, kurniakanlah kesihatan yang baik untukku.. Dengan kesibukanku, semoga aku tidak lalai dengan perintahMu, semoga aku tidak mengutamakan & melebihkan dunia semata-mata, semoga aku tidak lupa tahajud cinta denganMu di sepertiga malam. Kuatkan hatiku serta tabahkanlah hatiku ini ya Allah. Hanya engkau tempat aku berharap ya Allah.
Actually pada weekend yang lepas saya berkesempatan tengok movie “pisau cukur” . tidak tidak. Semestinya saya bukan pisau cukur walaupun saya hanya menjadi pisau cukur pada mummy daddy sebab selalu ask money, things from them. Haha. Saya ni kan jarang layan movie. Jarang sangat. Kalau saya rasa nak tengok, baru saya tengok. Boleh kira je berapa movie je saya layan tengok. Kalau orang lain sibuk-sibuk tengok movie yang dari pelakon yang mata sepet-sepet tu, saya adalah terkecuali. Tidak tidak. Saya langsung tak minat movie macam tu. Pelik bila ramai tergilakan actor, actress yang mata semua sepet macam tu.
Saya suka tengok sebab dress dia cantik. Cantik sangat. Semestinya la saya tak pakai dress macam tu, tapi tak salahkan kalau cover dengan cardigan, inner or anything. Paling tak pun, pakai dress macam tu kat dalam bilik je. Haha. Then, dah terikut-ikut dengan trademark si Fazura tu “panassss” . haha…
It’s MATF ~ Mata Fair Time 22Feb-7March 2010. Kepada sesiapa peminat Malaysia Airlines, boleh booking ticket yang quite cheap as usual. Malaysia Airlines saja. Airasia jangan tanya saya, saya tak tahu. All the best & happy holiday. Me ? Hoho budget takde la nak pergi holiday mana-mana. Paling tak pun, in Malaysia je. Seperti telah diketahui, international passport saya di simpan oleh mummy. Macam mana nak pergi overseas kan ? Kalau nak pergi, mesti kena dengan mummy je. Kalau domestic boleh je saya booking lepas tu fly sorang-sorang. ok itu dah biasa. tak pelik. Di sebabkan mummy tahu & yakin dengan keberanian saya buat apa saja ikut suka hati, nak kemana saja ikut langkah kaki itula mummy ambil tindakan untuk saya tidak bebas pegang passport sendiri. haha..
Ku ingin kau tahu isi hatiku. Kau lah yang terakhir dalam hidupku. Tak ada yang lain hanya kamu. Tak pernah ada. Takkan Pernah ada.. -By Geisha
**Semoga March membawa 1001 kebahagiaan lagi seperti February yang lalu. Subhanallah..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya – Yusuf Al-Qardawi (Syukran saudara Hafiz, Cairo Mesir)
Network Security Finished !
Alhamdulillah selesai sudah paper elektif untuk semester ni that is Network Security. Di antara paper yang menggerunkan. *sigh* semua paper takut. haha.
Tapi yang ini, paling takut adalah chapter ‘Cryptography’ .. Readers yang tak faham apa tu, buat-buat faham je la. haha. Thanks to kak QB & Kak Iqa sebab last night tension so lepak bilik kak Iqa & discuss pasal ni. Yang lain-lain tak payah cakap, memang tak study pun. Pagi tadi lepas subuh baru start study lain-lain. Nak masuk exam pun study lagi discuss dengan friends. ahah Jangan tiru cara ini. Sungguh tak patut study last minute *sigh* ..
Semuanya ok, ada la 2 3 soalan yang confused, jawapan pun confused. Biasala, dalam exam tak semua soalan kita akan jawab betul kan. 1 more thing, ‘block ciphers’ apakah itu ? Subhanallah, 20 minit terakhir baru dapat idea lepas tu terus siapkan & Alhamdulillah betul. Allah sentiasa bantu hambaNya..
Thanks to our lecturer En.Faisal selama ni sabar bagi ilmu & jawab soalan yang memeningkan. After exam tadi terus check answers, tanya lecturer yang ni apa, yang tu apa. Excited & sungguh bersemangat tak payah cakap. Tak taula kenapa, maybe sebab pagi-pagi jalan nak pergi exam dah nampak inspirasi. haha. just kidding..
Rasa minat pula dengan subject ni. Nanti masters insyaAllah nak major in Network la. Boleh tak ? ahah jadi Network Engineer, tapi tidak Programmer ok ! Pergi overseas jauh-jauh dari semua orang. Lagi bagus !
Next paper : Software Testing & Design Engineering. Carry marks tak payah cakap. Exactly half ! So kena buat betul-betul untuk final.
Facebook is Unavailable
Good for me. My facebook account is temporarily unavailable. Sabar-sabar. Memang sangat cuak bila jadi macam ni. Tapi ada la tu hikmahnya. Lebih kurang macam, go study la Evi. Stop Facebooking. Haha. One more thing, facebook macam merajuk dengan saya pula, macam tau-tau je saya join twitter senyap-senyap. *sigh* haha..
Now, Alhamdulillah after maghrib tadi dah ok balik. Tak tau la apa masalah facebook sebenarnya. Sampai ada kawan nak add, nak approve pun tak boleh. Padahal orang lain elok-elok je boleh access facebook.
Satu hal lagi saya nak highlight kat sini, asif jiddan, saya hanya accept/approve orang yang saya kenal sahaja. Itu sudah tentu. Security punya pasal. Haha. Tak adala, saya Cuma malas nak melayan orang yang tak dikenali. Saya hanya accept sahabat-sahabat sejak sekolah dulu, matriculation, & UDM. Memang tak semua students UDM saya kenal. Tapi kalau rasa kenal sikit-sikit, kawan kepada kawan, pernah jumpa ke & senyum-senyum tu, saya accept juga. Apa salahnya kan. Anyway, thanks.
Paper OS 8 Nov 2009
Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Sahabat-sahabat lain pun macam tu juga. Ada yang kami study tapi tak masuk. Ada yang kami skip (konon boleh pilih soalan) yang tu pula masuk. Lagi-lagi bila tak faham sangat soalan sebab dah di putar belit oleh kertas tersebut. Haha. Tak tahu chapter mana pula tu. Haih~ Ada chapter depan-depan tapi soalan letak kat belakang sekali. Ada 1 soalan ni, macam complicated tapi sebenarnya nak suruh explain tentang ‘process concept’ je. Subhanallah, mujur la Allah masih bantu saya di saat-saat akhir. Baru dapat tangkap apa soalan nak. Mujur study pasal tu. Kalau tak, macam tu je hilang 15 marks. Rupa-rupanya sahabat lain pun macam tu juga, blur juga. Pastu lama fikir baru dapat ilham. Alhamdulillah..
*s0b*s0b* bila mummy Tanya paper macam mana. Saya jawab je la “agak susah”. Boleh pula mummy kata saya tak study betul-betul. Padahal saya dah try the best, walaupun masih dengan Facebook. Haha ayah dah faham dah & gelak je pasal facebook.
Akibat paper OS, kepala pun jadi pusing-pusing macam naik rollercoaster . Terus tak sihat, tak larat. Sampaila malam. Ingat dah ok, tapi masih sama. Ya Allah, jika kesakitan ini sebagai menebus dosa-dosa kecilku, aku redha, aku pasrah.. Tak study, tak dapat buat apa-apa pun sampai malam. Mujurla ada seseorang yang bagi advice supaya minum air kosong banyak-banyak & pergi minum sekarang ! haha. Ok2.. Thank you so much. Orang-orang lain Cuma kata pergi la makan ubat, pergi la rehat, tidur. Tapi sebenarnya, simple je. Kata-kata seseorang itu paling bagus, Banyakkan minum air kosong yang jernih without colours. Haha.
Lagi satu, ramai yang tertanya-tanya mana saya lama tak nampak kan. Exam week, di bilik sahaja. Nak jumpa, datang la my room. Haha. Anyway, dah beberapa orang sahabat tanya saya makan kat mana, tak pergi café ke. Sebab saya tak nampak di café. Ahah memangla, sebab saya selalu makan kat luar kat tempat favourite saya bersama roommate saya, kecuali pada hari-hari tertentu saya puasa. That’s why jarang melepak di café. Tapi hari ni pergi café sebab tak sihat, tak larat nak keluar, nanti drive jadi apa-apa pula kan. Lagipun, tak nak expose sangat dengan persekitaran luar cuaca yang tak menentu ahah..
Tak sangka kakak saya terharu & suka my previous entry. Ingat ke dia marah sebab banyak kutuk dia dalam previous entry. haha.. Pasal Zoo tu dia sangatla perli saya ! *sigh* haha

OK, study Network Security !
Menjelang Imtihan
Semua students tengah menunggu hari itu. Semua orang kalau boleh nak tambah seminggu lagi study week. Sebab study week ni bukan sempat study pun. Tapi kena siapkan report, presentation, assignments. Lagi-lagi yang saya suka task yang En. Faisal bagi. ‘Sangatlah saya suka’.. haha.
“En.Faisal, kenapala bagi task macam ni ?”
“Eh, biasala belajar”
Haha.. Baiklah, kalau saya sendiri buat memang sumpah tak menjadi. Mujurla ada orang yang tolong, bagi guide. Thanks la sangat-sangat. Memang Problems Solver ahah..
Kisah semalam (26October2009)
Nak update blog pun tak sempat. Nak main game café world kat Facebook pun tak sempat. Kesian customers saya kelaparan tak ada makanan kat café saya. Nak online pun tak larat. Hari yang sungguh penat dan pening. Semua yang terlibat jadi pening. Sampaikan saya tidur seawal pukul 9pm++ lepas tu bangun pukul 8.30am esoknya. Tapi dalam pada masa tidur tu, sekejap-sekejap saya terjaga, macam tak lena sangat. Lagi-lagi bila ada SMS la, calls la. Saya amat bosan. Sungguh tak ada masa nak melayan benda tak penting. Kecuali benda penting, bolehla saya terima. Saya lagi tak suka pada orang yang tak faham bila saya kata saya busy. Kalau sibuk faham tak ? Kalau setakat nak SMS Tanya “hye, awk wtpe tu” , “awk dh mkn ke” , “nak call awak boleh” & bla bla bla.. Baik tak payah. Saya dah besar,boleh jaga diri saya sendiri.
Langsung terlupa ada kelas ganti Design Engineering & Software Testing pagi ni pukul 8. Mujurla sahabat-sahabat ingatkan. Bangun je subuh tadi terus macam rasa tak ada mood pun nak pergi kelas. Bajet pukul 9 nak pergi Lab sambung buat Cik Snort. Sekali, pukul 8 Syu datang bilik ajak pergi kelas. Saya hanya menggelengkan kepala pastu sambung tidur balik. Beberapa minit kemudian, ada lagi kawan datang bilik ‘knock knock’ . Saya ignore je & sambung tidur. Pukul 8.30 Syu & Ain SMS, “kelas kat Lab Blok A” hah ? kantoi la saya kalau pergi Lab tapi tak pergi kelas. Secara express, terus bersiap & pergi kelas. Sampai je kat sana, lecturer menghabiskan slide terakhir. Haha..
Masa nak present tadi, rasa confident semacam je. En. Faisal angguk tanda betul je apa saya cakap. Saya dah hafal scripts, & memang bersedia pun nak jawab apa. Thanks lagi pada Encik Problems Solver.. Siap boleh main tunjuk-tunjuk pula kat En.Faisal www.evilolyta.com . “Ni la my own hosting.. Tengok ni, baru dalam 4 hari, dah 66 unique IPs, dah 415 hits dah.” Haha En.Faisal layan je, senyum & siap bagi cadangan lagi haha..
Teringat pula nak beli something untuk baby cousin saya yang berumur dalam 45 hari. InsyaAllah hari jumaat ni nak visit baby & mama baby. So pilih la nak bagi apa kat baby ni ahah.. Sungguh saya geram tengok barang-barang baby yang cute sangat-sangat. Tak sabar nak ada baby sendiri. Ooppsss.. Suami pun belum ada. Calon Suami pun tak ada. Bakal suami lagi tak ada. Dulu saya tak suka baby & budak-budak. Sejak tahun lepas kot saya dah suka sikit-sikit dengan cousin yang baby. Ahah tak adala baby sangat, umur dalam 2 tahun dah kot haha. Cepat-cepatla nikah & dapat baby yang comel-comel heee… Lagi la terkilan sebab tengok ramai yang upload gambar baby diaorang kat Facebook, Friendster Ahh kerek Friendster ! haha.. Bila pula turn saya nak upload gambar baby sendiri ? Sungguh rasa keibuan kan ? haha
Kebiasaannya pada musim imtihan, mesti saya melenyapkan diri, melarikan diri dari semua orang. Tapi kali ni saya ada je kat UDM. Haha. “Did you missing something ?” Oyeah, kerja yang bertimbun tu yang mengikat saya terus berada di UDM. Lalala~
“Syu rasa geram nak candid gambar evi, sebab nampak sangat kat wajah evi happy sangat sekarang ni”
Haha. Banyak kerja tension macam ni pun nampak ni happy ke ? Maybe sebab lega ada report, kerja dah siap kot ahah..
Ayah pula sejak akhir-akhir ni macam mengawal & buat spot-check pula.
“Jangan keluar dengan lelaki, jangan contact lelaki. Kalau contact pun, pasal kerja je. Jangan message benda lain”
“Eh, mana ada ayah. Mana ada. Tak layan pun la..”
“Jangan jatuh cinta pulak dengan sesiapa”
“Eh, mana ada jatuh cinta..” (Macam tau-tau je nak ke arah itu) haha.
“Takleh kira Evi ni..”
Haha…. Mujurla saya ni jenis mendengar kata mereka, patuh pada arahan, rules mak ayah. hehe
Study Week + Finals
Final Exam Sem 1 09/10
Here is my Final Exam Timetable~
Bachelor of Computer Science (Software Development) Sem 5
1 Nov 2009 2.30-5.30pm : Data Communication & Networking OTH03
3 Nov 2009 9.00-11.30am: Web Programming AH08
8 Nov 2009 9.00-11.30am : Operating Systems AH01
11 Nov 2009 9.00-11.30am : Network Security AH08
12 Nov 2009 2.30-5.00pm : Design Engineering & Software Testing OTH01
19 Nov 2009 9.00-11.30pm : Ethics, Communication & Strategic Planning DABS
Wish you all the best for finals. Sorry for everything of any mistakes that I’ve done, whether I realized or not.. Do pray for our success.
Study Week :23-31 Oct 2009
Saya setia berada di UDM. Tak balik & tak rasa nak balik pun. Ada kawan-kawan yang pelik & tanya saya tak balik ke study week. Ahah pelik ke ? Sebab kalau hal balik, mesti saya orang first yang balik. En.Faisal pun dah faham dan siap tanya “tak balik rumah ke minggu ni ?” haha.. Sebab setiap kali dia nak buat kelas ganti masa weekend, mesti saya cakap “En.Faisal, saya balik rumah minggu ni. Tak boleh buat kelas masa weekend” .. haha..
Saya tak balik sebab banyak kerja & saya rasa buat penat je balik kena drive lagi. Lainla kalau ada orang volunteer nak jadi driver saya hantar & ambil saya untuk balik. Baik jadi masa sem 1 dulu, ayah datang ambil & datang hantar. Bila masuk sem 2, semua kena buat sendiri. Bila saya minta ayah saya hantar, dia akan cakap “ayah boleh hantar, kereta tu hantar balik rumah, tak payah guna kereta” .. haha.. Nak ke ? Habis nak pergi makan macam mana ? haha..
Kerja yang kena buat :
1. Hantar complete Testing system “Newspaper Delivery”
2. Report MANET ad-hoc
3. Report Demilitarized Zone (DMZ)
4. Install IDS & Hacking Tools dalam LINUX
Anything else that I’ve missing ? Owh kata-kata lecturer yang saya perlu ingat :
“Baca apa yang saya ajar je untuk final nanti. Tak payah baca lebih-lebih”
“Siapa rasa diri dia lemah, datangla jumpa saya before paper nanti”
Saya paling takut paper Operating Systems & Web Programming. Tapi sekarang saya lebih focus pada Operating Systems. Tidur pun bersama buku OS. haha. Web Programming tu sebab entahla. Tak boleh nak study lagi. adeh.. Study coding dalam hosting ni jela boleh tak ? haha.. Tapi sejak akhir-akhir ni saya agak bersemangat nak study. Study online. Means that, tak faham, tanya je orang kat YM. Terus boleh jawab. Kalah Abg Google !
.. Selain tu, bila kita discuss benda yang berfaedah, pasal ilmu lagi-lagi dengan orang yang berilmu, memang kita makin rasa semangat nak belajar, makin rasa nak tahu. Thank God ! Semoga saya sabar & terus bersemangat~ Because I Like to Learn Something New & Unique ahah..


