Posts Tagged ‘class’
PHD tak bertauliah
PHD yang dinamakan Perasaan Hasad Dengki. Normal la tu dalam kehidupan kita ni memang ada yang suka dengki tak bertempat. Semua orang ada perasaan tu. Tapi janganla sampai kita ni taksub sangat nak dengki dengan orang sampai menyusahkan orang lain & mengganggu orang lain. Simpan sorang-sorang dah la.
Ni aku nak cerita pasal sorang ni yang aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku sampai nak cari pasal dengan aku. Selama ni aku sabar lagi. Aku langsung tak peduli pasal dia kat kelas. Cakap dengan dia pun tak. Dia ada ke, takde dalam kelas pun aku tak perasan. Tapi entah kenapa dia nak cari pasal dengan aku.
Tapi sebenarnya bukan dengan aku je dia cari pasal. Dengan friends aku yang lain pun dia cari pasal juga. Ramai dah cakap pasal dia tak habis-habis nak cari pasal. Ingat ke dah insaf bila kena bantai habis dengan sorang ni. Mujur hidup lagi. Tapi tak insaf juga. Masih buat perangai sama je. Bukan setakat classmate je tahu perangai dia macam ni, tapi juniors seniors pun dah tahu.
Baru ni aku duk dalam kelas. Tiba-tiba dia bersuara buat-buat tarik perhatian orang (macam biasala). Then, aku cakap la kat sorang kakak ni “bosan aku dengor suare ye” . then kakak tu cakap “umph aku lame doh serabuk dengan ye. Duk ilek2, sekali dengor suare ye, tension aku” haha. See, orang lain pun tak suka ko.
Bila aku cerita kat mana-mana classmate aku pasal kenapa la dia ni cari pasal, kebanyakan classmate aku akan jawab benda sama “dia memang macam tu. Tak payah la peduli pasal dia. Dengan kitaorang dia cari pasal gak.” Tapi kali ni, di sebabkan ko mintak aku publish comment ko, jadi dengan rela hatinya aku akan publish terus kat entry, bukan setakat kat comment je ok ? puas hati ko ? glamour ah ko pasni sebab ko kan suka tarik perhatian orang. Tak salah aku publish kat blog aku sebab ko yang minta aku publish. Bukan ? dan ini blog aku, suka hati aku.
Nak di jadikan cerita, tentang entry aku yang lepas http://www.evilolyta.com/2010/04/luahan-exam/ , kan ada first paragraph “Tak sia-sia translate satu-satu into malay language.” Suddenly dia comment macam ni : “lain kali bertindak la mengikut arahan..dia suruh hafal 100% apa yang ada dalam buku..tak perlu buang masa translate dalam apa2 bahasa..oh! aku terlupa yang masa dia bagitahu tu kau takde . “ OK, so apa masalahnya ? ada aku mintak ko tolong ko translate ? ada aku menyusahkan ko ? lagi satu, ko tahu pula aku ada ke tak dalam kelas masa tu ? ko tahu pula aku datang ke tak kelas ? kalau betul masa tu aku ada, tapi ko kata aku takde ? macam mana ? di kira tuduhan palsu ke fitnah ? lantak ko kan.
Comment yang Tak Di undang. -Spam je ni.
Apa yang terkandung dalam blog ko tu, memang la ko nak menyindir aku. Ayat first dalam blog ko :
“Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan mesti ada orang yang suka dan mesti ada orang yang tidak suka. Tapi bila majoriti orang benci kita, kita mesti muhasabah diri kita sebab ada sesuatu yang tak kena pada kita kalau majoriti orang benci kita. Mungkin juga tindakan kita tak disukai orang…”
Ok, sebenarnya aku rasa tu patut untuk diri ko sendiri la kan. Ramai dah pulaukan ko, tak suka ko, permainkan ko. Tapi ko tak sedar ke diaorang ni memang tak suka ko ? kalau aku la kan, aku dah lama sedih kalau di pulaukan macam tu. Tapi syukur benda tu tak jadi pada aku. Aku suka berkawan, aku ramai je kawan, malah diaorang support je aku. Tengok balik past entries aku, dengan pelbagai orang aku keluar bersama, makan bersama, suka-suka bersama. Apa, itu menunjukkan kawan-kawan aku tak suka aku ke ? ko tu yang di sisihkan oleh budak kelas tapi ko tak sedar. Biarla sekalipun manusia benci kita, tapi jangan sampai Allah benci kita.
http://duniakebenaran.blogspot.com/2010/04/peringatan-buat-diri-ini-yang-selalu.html
Perenggan seterusnya dalam blog ko :
“Apabila seseorang meminta pertolongan dengan kita, bantulah dia dengan seikhlas hati, jangan harapkan apa-apa balasan.Biarkan sama ada dia hargai pertolongan kita atau tidak. Berdoalah pada-Nya agar suatu hari nanti dia hargai pertolongan kita. Janganlah kita ungkit pertolongan kita. Nampak seperti kita tak ikhlas menolong, seperti ada udang di sebalik batu kita menolongnya.”
Yang ni pun sesuai untuk ko, bukan aku. Sebab aku takde nak ungkit aku tolong sesiapa. Cuma dalam entry yang lepas, aku menyampah dengan sorang ni sebab tak appreciate aku tolong malah mengata pula. Sedangkan friends aku semua sokong aku & orang tu yang lebih-lebih nak wat decision sendiri. Ko takde masa tu, ko tak faham. Yang aku tahu, budak-budak ni duk cakap kat aku yang ko ni selalu ungkit lepas tolong orang. Ko berlagak bila ko tolong orang lagi-lagi pasal coding.
Dan terakhir sekali aku tertarik dengan ayat dalam blog ko :
“Apabila kita rasa kita kaya, ada segala-galanya, percayalah ada orang yang lagi kaya dari kita. Malah Dia lagi kaya berbanding dengan seluruh manusia di dunia ini. Apabila kita rasa kita bijak, percayalah ada orang yang lagi kaya dari kita. Malah kalau digabungkan seluruh ilmu di dunia ini tidak mampu menandingi ilmu yang ada pada Dia. Kita hanya meminjam dari-Nya. Tak perlulah kita rasa bangga dengan apa yang kita ada. Hanya sekelip mata Dia boleh rampas kalau itu yang Dia inginkan”
Baiklah, ada aku pergi kecoh-kecoh, bangga, berlagak dengan apa aku ada ? ada aku pergi bagitahu ko aku ada itu ini. Ada ke tak ? cakap dengan ko pun tak, ni lagi nak pergi berlagak dengan ko. Kalau aku bangga dengan apa aku ada, aku dah tak kawan dengan orang biasa-biasa dah. Aku akan pilih kawan yang setaraf dengan aku. Kalau aku bangga & berlagak la. Aku rasa ko yang berlagak sebab ko rasa ko terror programming, ko tu anak lecturer. Jadi ? apa lagi tuduhan yang ko nak lemparkan ?
Aku dah tak nak cakap banyak sebab bukan aku sorang je kena cari pasal dengan ko. Tapi hampir semua budak kelas ko cari pasal. Ko ingat kawan-kawan ko tak cerita kat kami ? well, dulu pun ko ada cari pasal dengan aku kan buat comment pelik-pelik kat blog aku. Kalau aku nak buat report pun boleh je. Dalam comment ko terdahulu, ko tanya aku “ko ni solat ke tak ?” baiklah, walaupun soalan itu agak kelakar bagi aku & friends aku yang baca tu. Mari sini aku nak jawab. “Aku memang tak solat selama seminggu setiap sebulan” puas hati ? Sebab Allah bagi keistimewaan pada kaum hawa. Tolongla, pasal ibadat ni, takde maknanya nak tunjuk-tunjuk solat ke, baca quran ke, buat amalan sunat ke. Aku tak tahula kalau kau menunjuk ibadat ko.
Tentang blog aku : Awal-awal masa aku dapat www.evilolyta.com ni, ko siap cakap (dengan muka tak puas hati ko), “ko kata nak hack blog aku la, nak ping blog aku sampai down la.” Macam-macam ko tak puas hati. Sedangkan aku langsung tak menyusahkan ko bila buat blog ni. Guna duit aku sendiri & ayah sepupu aku yang manage blog aku ni. Langsung tak menyusahkan ko. Tapi biasala, sebab www.evilolyta.com punya pasal kan.
Comment ko yang terdahulu kat blog aku lebih kurang macam “ko tu budak lagi, tak kerja lagi, entah duit siapa la ko guna aku tak tahu”
Baiklah baiklah. Ada tak aku pernah mintak duit ko ? takde kan. Ko nak aku jawab hidup aku ni aku guna duit siapa ? aku guna duit kerajaan Malaysia yang aku dapat & duit family aku. Puas hati ? lain la ko kan, mana ada ambil loan sebab ko kan dah kaya, anak lecturer lagi tu. Auw, aku ni anak orang biasa-biasa je.
Ko jealous dengan apa aku ada ? means that ko tak puas hati dengan kurniaan Allah pada aku. Ko mempertikaikan pemberian Allah pada orang lain. Aku boleh je nak kutuk, nak hina fizikal ko. Tapi kalau aku buat macam tu seolah-olah nanti aku mengutuk ciptaan Allah. Sedangkan Allah dah ciptakan sebaik-baik kejadian.
Eh, life aku ni best sangat ke ? Aku ni special sangat ke sampai ko sangatla tak puas hati, kacau hidup aku ? Aku ni bukan glamour macam Dato’ Siti Nurhaliza, aku bukan anak sultan Brunei, aku bukan superstar, bukan 10 orang terkaya di dunia. Bukan bukan. Aku ni orang biasa, macam orang-orang lain juga yang bersederhana dalam kehidupan seharian. Jadi takde apa perlu nak jealous dengan hidup aku yang biasa ni.
Aku pasti ramai yang sokong entry aku kali ni. Ko juga kata kan, kalau majoriti macam tu, maksudnya betul la kan. Ok ? Aku minta jangan ganggu hidup aku, aku tak minta ko baca blog aku pun. Tak payah buat huru-hara kat sini. Aku dah cukup senang dengan readers aku yang beratus-ratus orang setiap hari.
Jadi dah puas hati kan aku dah publish semua yang ko nak, semua yang ko minta. Special lagi. Wakakaka. Tapi kan, kalau kau ni jenis berani, kenapa tak attack aku depan-depan je ? kenapa attack kat blog je ? di sebabkan ko attack kat blog, jadi aku pun reply kat blog juga la. Dahla ko tak letak nama betul bila buat comment. Main menyorok pula. Tapi sebab aku & kawan-kaan dah tahu ayat kurang ajar ko & blog ko yang suruh kitaorang baca.
Sekian. Jangan cari pasal lagi dengan mana-mana classmate kita.
Baliklah Balik. Going Home yay !
Sepatutnya cuti start 12 February, & seperti biasa, patut balik 11 Februari lepas kelas la kan. Tapi suka hati saya sajala balik 9 February lagi. Hahaha. Bukan setakat tu, siap ajak gang lagi balik awal (kak Fiza & Ain).
Baiklah, saya tiada mood sejak minggu lepas lagi. Sejak seminggu sebelum balik lagi. My mood, my feeling, my soul, my heart, my mind semua dah berada kat rumah. Cuma tinggal jasad sajala berada di campus.
Isnin : Test Falak Syarie. Lawak-lawak. Dr. Baha buat lawak. Lepas test, mood ni memang tak ada. Tak lunch pun. Sahabat-sahabat sibuk Tanya kenapa tak lunch. Yela, saya kan makan banyak & beria-ria nak pergi lunch. Hari ni lain semacam saja. Balik bilik makan magi saja.
Penat. Lepas kelas petang mesti landing terus. Kadang-kadang terlajak sampai lepas azan asar. Lagi-lagi hari Ahad, Isnin & Rabu. Memang collapse.
Assignment 5 Software Project Management yang kena hantar pada masa cuti, due date 18 Feb. Best bukan ? Cuti, tapi sibuk kena submit assignment by upload kat kelip.udm.edu.my . Bila dah macam ni, kena la guna internet kan. Tapi saya ? Saya yang ketika ini tak ada line internet, macam mana nak upload assignment kan ? That’s why la rajin semacam saja last night buat assignment habis-habisan dengan Syu & Ain sampai tidur lambat. OK Siap ! Macam bagus. Haha
Dah inform mummy awal-awal nak balik hari Selasa. Mummy macam terkejut juga kenapa awal sangat, tapi macam tak terkejut pula bila dah tau saya ni macam mana. Then pagi tadi mummy call
“yes little girl, nanti drive elok-elok, jangan laju-laju. Esok terus pergi renew driving license. Jangan main-main. Siapkan semua kerja yang patut, Jumaat pergi money changer, roadtax kereta macam mana ? & bla bla bla Hehe”
“Ok mom, tapi rasa nak makan pizza la..”
“I knoe~ dah ada dah pizza kat rumah, siap beli dah. Dah tau memang evi balik nak makan pizza”
Hahaha… Roadtax kereta expired since last week. Dad dah renew, but now tu ada kat rumah. So, saya macam slumber je cakap
“takpe, tak payah send kat sini pun. Nak balik dah..” Maksudnya sudah beberapa hari roadtax saya expired, tapi saya biasa saja kesana kemari. haha
Today : Saya rasa macam class pukul 10. Bangun pukul 7.45am online jap, baca blog, baca paper & all those things. Bila rasa class pukul 10, jadi masa macam banyak lagi. Dah estimate time, sempat je nak iron tudung, iron baju, iron seluar (bajet nak pergi kelas pakai seluar saja hari ni sebab mood nak balik menguasai segala-galanya), nak baca mathurat jap, nak bancuh susu & breakfast. Sekali dekat-dekat pukul 9 macam tergerak hati nak pergi mandi. Dah siap tu, terserempak dengan Syu yang dah siap pakai baju kuliah lengkap. Sekali saya Tanya
“eh Syu awalnya nak pergi kelas” (confident sangat)
“eh awal apanya. Kelas pukul 9 kan”
“eh tak la. Kelas pukul 10” (confident lagi)
“pukul 9 la. Kelas compiler pukul 10. Pukul 9 client-server kan”
Hahahaha. Saya macam duk berkahayal saja kan ? macam apa entah. Mood nak balik yang menguasai segala-galanya. Sekali cepat-cepat bersiap, tak ada iron-iron dah, capai je baju, tudung yang dah siap (tudung baru yang first time pakai), tak breakfast, terus pergi kelas.
Sampai kelas pukul 9.20am orang tengah present. Masuk je, semua pandang. Saya gelabah semacam, terus terlanggar kerusi-kerusi yang kat situ. Hahaha diaorang senyum gelak-gelak je. Lecturer pun senyum je.
Yus sibuk Tanya “ko pehal hari ni hahaha”
“aku silap time. Ingat kelas pukul 10”
“macam pelik, ko tak pernah pakai tudung macam ni pergi kelas”
“haha memang pun”
Angah pula kata : “ko pagi-pagi dah buat lawak. Dah la balik awal”
Kak Sena tak habis-habis gelakkan saya. Tak apa tak apa. haha
Adehh manala saya pernah pakai tudung macam ni pergi kelas. Rasa macam selekeh sangat. Tak formal. Habis je class, terus inform kat lecturer
“encik, class petang esok saya tak datang. Saya balik hari ni”
“ok, tapi bukan awak duk kota bharu ke ?
“a’ah encik. Saya nak balik juga. Saya memang macam ni”
Lecturer senyum je. Haha.. Dah faham dah, saya ni sejak sem lepas lagi memang kalau nak buat kelas hari Khamis tak boleh, sebab saya nak balik. Jadi, saya dah boleh balik. Hommy~~



