Posts Tagged ‘birthday’
Seruan Kitchen
Kitchen : Come Evi, Come.. Please use me !
Mood baik semacam saja hari ni. Sejak semalam lagi berperang dalam hati ni, tak sabar nak masak macam-macam.
Pagi ni saya kena pergi JPJ renew driving license, lepas tu daddy pula suruh pergi office kawan dia untuk hantar document nak renew roadtax & insurance kereta mummy. Saya anak yang baik kan, jadi ikut je la mummy daddy suruh. Haha.
Bangun awal je. Macam pelik bangun awal bila kat rumah. Pergi survey apa ada kat kitchen, apa yang tak ada sebab nanti nak masak, nak buat cake. Lepas tu terus pergi kedai yang jual barang-barang cake, pergi borong barang-barang nak buat cake, pergi KK Square beli lauk, sayur. Punyala pusing-pusing dalam KK Square tu sebab tak jumpa ayam kat mana. Blur sangat masa tu. Ni first time pergi beli lauk kat KK Square. Selama ni pergi Tesco sajala. Tapi Tesco macam jauh sikit, jadi malas nak pergi, pergi yang dekat-dekat je.
Then terus pergi JPJ. Punyala macam 20 minit kena tunggu. Lama juga tu. Then pergi office kawan ayah hantar document. Tersilap office masa tu. Pergi masuk office orang lain. Haha. Mujur saya tak main hantar je document semua tu. Bila nak masuk office orang tu, macam tak ada orang la pula. Cuak dah. Dahla panas. Tercegat macam apa entah kat depan tu. Bila call daddy, macam biasala dia busy & tak angkat.
Sampai rumah dalam pukul 12.30, terus start masak. Ok, first saya masak simple –simple je that is Chicken Rice. Yang ni kejap je, tak sampai sejam dah siap. Dah expert kan. Haha
Niat di hati nak bake cupcakes for daddy’s belated birthday. Tak kira la walaupun dah lepas 9 hari dah birthday dia, tapi di sebabkan baru hari ni saya berada kat rumah & ada chance nak bake cupcakes, jadi saya buat juga. Punyala lama stay kat kitchen sampai pukul 5 lebih. Haha. Cup tu kecil-kecil, jadi mengambil masa yang lama nak letak satu-satu.
Rupanya tak menarik sangat, tapi tak apala asalkan sedap. Kenapa biru ? kalau saya buat cake mesti pink kan ? ni daddy punya pasal, dia seorang lelaki, jadi saya pun buat design colour blue je.
Punyala kelam-kabut juga nak siapkan cuppycakes ni. Make sure siap before dad balik kerja. Kalau tak, dia akan sibuk-sibuk jenguk apa daughter dia buat kat dapur. Haha. Bila mummy balik kerja & lil brother balik sekolah, mereka macam teruja. Masak apa ni best sangat bau ni. My lil brother tak payah cakapla, terus terjah je makan chicken rice. Haha
Dad pula, bila sampai rumah, saya siap tunggu dia sambut kat pintu lagi. Dia dah pelik semacam dah. Bila masuk je rumah, terus saya bagi present cuppycakes tu. Haha. Then, dia terus ambil & makan. OK, saya suka, rasa di hargai.
Pondok Pasir Tumboh, Kelantan :
Yesterday kan saya balik rumah. At the same time, Ain join sama sebab dia minta saya hantar dia kat pondok Pasir Tumboh ni. Saya sahabat yang baik bukan ? haha. Well, Ain dah cakap awal-awal, kat sana semua muslimat pakai purdah hitam & mula-mula pintu masuk tu, akan jumpa bahagian muslimin dulu. Saya ni macam blur je. Jadi macam biar sajala.
Ain & Kak Fiza
Sekali masuk gate, masa tu baru masuk waktu asar. Apalagi, ramai sangat muslimin yang tengah jalan nak pergi masjid. Haha. Masa tu mata jadi liar semacam. Tengok muslimin yang baik-baik je, pakai kopiah, serban. Sejuk je mata memandang. Haih~ Kena kawal nafsu nak tengok. Sekali bila teruja sangat duk tengok sana sini, bila balik, baru perasan Barbie casing untuk handphone saya hilang. Saya rasa memang jatuh kat tempat tadi la kot. Haha adehhh
Happy Birthday Angah + Tired Day
This week asyik entry pasal birthday je. Ini entry ketiga pasal birthday for this week.
First of All, Happy Birthday to my Classmate~ called Angah. Real Name dia Hafizah Noor Bt. Ismail. Saya tak faham la macam mana boleh lekat nama Angah tu. Tu kena Tanya sejarah gang dia sejak sem 1.
Birthday Gurl
Sejak hari Khamis lepas, my classmate (called her Alang), sibuk je duk plan nak pergi beli barang kat town on Saturday. Bila saya dengar diaorang borak-borak, terus saya pun menyibuk nak join. Orang tak ajak, tapi kita sibuk nak join. Haha. Actually sambil nak celebrate birthday Angah juga.
Angah, Syu, Me, Alang. Yus camerawoman~
Hari ni saya keluar dengan gang lama + gang baru. Apa tu gang lama + gang baru ? Sebab gang saya dengan gang Alang exchange member. Haha. So today, kitaorang combine gang la. Haha. Ini semua plan diaorang, saya hanya jadi driver & ikut mana je diaorang nak pergi. Harap maklum. Saya ni macam sahabat yang baik sajala kan ? haha
Kitaorang keluar sejak pukul 10am lagi. First, pergi hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Last week pun hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Every week Syu ni sibuk je dengan kerja dia. Haha. Then, diaorang plan nak pergi Pasar Payang. Nak beli keropok la, dodol la, apa la. Saya fikir jap. Macam dah lama saya tak pergi sana. Agak-agak dalam masa 2 sem, sekali pergi. Haha. Orang lain sibuk nak bawa balik buah tangan untuk family kat kampung. Saya ? Tak bawa balik apa-apa, hanya bawa balik sebaldi kain yang belum dibasuh. Ok, itu rutin. Tak payah terkejut kalau tengok saya bawa baldi turun dari aras 3, pastu letak dalam kereta, dengan baldi itu penuh dengan baju. Haha
Punyala lama baru nak sampai kat Pasar Payang. Kejap singgah sana, kejap singgah sini. Macam-macam. Lepas Pasar Payang, pergi MPKT pula. Diaorang ni tak habis-habis beli tudung. Ajak saya join sama kenapa ? Mujur dapat kawal nafsu nak beli tudung nanti. Memang jihad kubra habis la tadi. Sebab teringat masih ada 4 tudung baru yang belum di pakai. Haha.
After that, terus menuju ke Giant sebab tak lunch lagi. Masa ni, real time-estimate la. Haha. Sebab at the same time Syu pun finished kerja dia kat tempat dia tu. Sampai Giant, dah zohor dah. Solat dulu sebelum bersuka ria ok. Kali ni pilih Pizza Hut sebab macam jakun dah lama tak makan pizza. Haha. Kat Gong Badak ada Pizza ke ?
Bila dah kenyang, proceed to shopping. Bukan saya la, diaorang yang shopping. Saya macam baik je hari ni tak ada nafsu shopping. Pergi Mydin Mall beli barang-barang keperluan, Syu nak beli tikus la, macam-macam. Masatu energy saya dah low sangat. Penat tak payah cakap la. Macam kena recharge balik. Recharge means, continue makan ice-cream kat Mc Donalds. Haha. Macam tak kenal erti kenyang saja. Pergi Mc Donalds, Continue pergi Giant balik. Solat asar, jalan-jalan menghabiskan masa lagi. Haih~
Bila Daddy Call suruh pergi rumah aunty saya kat Bukit Besar :
Yesterday, my aunty yang kat KT ni semua balik KB then berkumpul kat sana. Bila di suarakan bahawa saya sebagai anak saudara kedua bongsu yang jarang menjejakkan kaki serta menziarahi ke mana-mana rumah aunty saya di sini, Dad terus call saya. “Evi, pergi rumah aunty. Pergi !” ehh macam garang ? haha. Bukan saya tak nak pergi la. Saya segan. Lagi-lagi saya busy. Lagi saya not that type yang keluar jauh-jauh. Setakat berlegar-legar di kawasan Gong Badak apa sajala kan.
Rumah Che Ani yang macam Castle
Selesai kerja jalan-jalan, terus pergi rumah Che Ani (Toh Puan Sri Nik Mahani Bt Nik Mat Rashid). Dia kakak ketiga ayah saya. Suami Che Ani, iaitu juga Uncle saya, bekas Dato’ Setiawangsa Negeri Terengganu. Che Ani baik je, sporting je. Masa sampai tu, Che Ani tak ada kat rumah, Che Ani ada kat Maahad Tahsin kat depan rumah dia je. Then saya pun pergi sana juga kejap, jumpa aunty sorang lagi, Che Yah (Nik Shamsiah Bt Nik Mat Rashid), kakak sulung pada ayah la.
Then, borak-borak dengan Che Ani, bukan setakat tu, Che Ani siap bagi tazkirah lagi. Baca quran, Baca tafsir, baca dengan tajwid & makhraj yang betul, Solat biar ikhlas, jangan cincai-cincai saja, kena selalu ingat Allah, selalu bersyukur & pelbagai 1001 kata-kata nasihat, ajar doa. Hehe. Walaupun 5 6 kali di ulang doa tu, saya tak ingat dah. Hehe. Kena Tanya sahabat-sahabat saya yang ingat doa tadi tu.
Bertenggek je kat tepi pond
Then makan-makan. Best je duduk sini. Tenang je rasa. Suasana yang di berkati Allah je. Lagi-lagi rasa macam nak terjun dalam swimming pool pun ada. Haha. Sambung borak-borak lagi. Dekat maghrib baru balik.
Ehh.. Kenapa saya rajin sangat type panjang-panjang ni ? Kata penat ? haha.. Patutla penat, silap pakai high heels hari ni. Manala tau diaorang nak jalan banyak sangat.
Okla, saya suka, saya happy, saya gembira. Haha. Sebab saya dapat membahagiakan sahabat-sahabat saya, orang di sekeliling saya.
Happy 21st Birthday Ain~
Second birthday on February after my dad~ She is : Nurula’in Bt Ab. Halim..
Rasa Ain tak macam umur 21. Rasa macam budak-budak lagi. Suka hati je saya cakap orang macam budak-budak. Macam la saya matured sangat ? haha..
Kenal Ain since kat Malacca Matriculation College (MMC @ KMM) lagi. Masa tu bukan classmate pun, sebab Ain biological Science, saya physical science. Kitaorang kenal kat surau Perdana KMM. Macam baik je kenal kat surau. Haha.
Gambar yang baru ambil tadi dalam kelas Compiler..
Then, tak sangka pula, masa first day nak register kat campus ni, tiba-tiba Ain tegur dari belakang. Tanya punya Tanya, rupa-rupanya same course. Ahah ada kawan~ Apalagi, sepanjang orientasi tu, asyik borak je pasal kisah kat matrik dulu.
Now, still in same class, still in same group. Haha. Macam baik je kan ? Buat kerja sama-sama, group discussion sama-sama. Lepas tu makan floss bread yang Ain jual. Haha
Ain ni funny la actually. Ada-ada je buat lawak dalam kelas, depan lecturer semua. Kitaorang gelaknya. Kadang-kadang dia cakap pun memang jadi nak gelak.
Mesti ada yang nak tahu status muslimah solehah ni. Ok, status dia,errr.. Tanya dia sendiri la. Walaupun saya dah tahu apa status dia, tapi macam categorized as “it’s complicated” juga la sekarang.
Banyak la kenangan dengan Ain kat sini. Pasal cerita tak payah cakapla, memang macam-macam kitaorang borak. Kalau jalan nak pergi kelas tu, sampai kelas pun tak habis cerita. Gelak-gelak lagi. Haha
On her birthday.. saya doakan semoga Ain sentiasa di dalam redha Ilahi.. Cepat-cepat sampai jodoh haha. And all the best in whatever you do.. Love you always my dear friend.. *Ketenangan Yang Kau Cari Berada Di Lorong Sufi*
Happy 51st Birthday Dad !
Daddy.. Ayah.. Siapa tu ? Seorang bapa la. Seorang lelaki, seorang ketua keluarga. Semua orang ada ayah kan. Macam pelik je manusia tanpa ayah, bezanya sama ada ayah masih hidup di dunia atau sudah kembali kepada Pencipta. Wallahualam..
Pada usia saya 21++ ni, saya bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah, saya masih lagi bersama ayah. Masih lagi boleh menikmati kehidupan yang indah bersama ayah, bersama family. Saya buat entry macam ni sebab saya confident yang ayah akan baca blog saya ni. Disebabkan baru-baru ni adik saya dah hantar report kat saya yang “ayah baca blog ko senyap-senyap. Habis entry ko yang lama-lama dia geledah” errrr sungguh segan~.. Jadi lepas ni macam semua entry kena cover-cover la ok.
1 Februari 2010, genap umur ayah 51tahun. Nik Suhaimi Bin Nik Mat Rashid. Seorang ayah yang banyak berkorban demi membesarkan saya & adik-beradik yang lain. Bila terkenangkan balik zaman kanak-kanak dulu, saya tersenyum sorang-sorang, teringat tentang kedegilan saya, kenakalan saya yang mana ayah sabar je melayan saya. Memang saya seorang anak yang degil sangat. Saya tahu ayah banyak pening kepala & sabar je dengan perangai saya. Tapi saya nak buat macam mana ? Jiwa saya ni jiwa teenagers, eh teenagers ? Bukan dah boleh categorized as adult ke ? haha.
Mummy pernah cerita, dulu masa kecil, saya selalu mengada-ngada nak ayah yang buatkan susu. Kalau orang lain buat, saya tak nak minum. “nak ayah buat susu. Tak nak orang lain buat susu” . Mummy cakap, saya manja sangat dengan ayah, suka ayah dukung. Sikit-sikit ayah, itu ayah, ini ayah. Semua ayah. Blood group pun ikut blood group ayah juga. Memang betul-betul anak ayah. Original made from heaven. Ahah. Tapi bila dah besar, my little brother meragut tempat bermanja saya dengan ayah. Dia dah ambil tempat tu, dia yang selalu bodek ayah lebih-lebih. Sungguh tak puas hati~
Dad & his daughter
Ayah selalu kata “ayah tengok Evi ni, ayah nampak duit je” .. haha. Macam kantoi saja saya ni seorang anak yang materialistic. Tak ada la macam tu. Saya jenis memahami, tak nak bebankan ayah pun. Ayah kata “kalau ayah ada duit banyak, ayah bagi je semua apa yang anak-anak nak” . Saya terfikir jap, eh apa lagi yang saya tak cukup ? Rasa macam dad & mum dah bagi macam-macam apa saya nak. Kereta dah di beri, clothes dah bertimbun penuh wardrobe yang tak pakai lagi pun ada, yang pakai sekali je pun ada, handphone lebih dari satu, camera pink dah ada, laptop dah ada, GPS pun saya rembat. Apa lagi yang saya nak ? Semua ayah dah bagi, cukup dah, lebih dari keperluan, malah memenuhi kehendak dah. Baru saya teringat, satu lagi saya tak dapat, “ayah, saya tak ada suami lagi, kahwinkan saya !” hahaha.. Yang ini macam nak kena ketuk kepala je minta suami dengan ayah. Belajar pun tak habis lagi. haha
Saya tak suka mana-mana perempuan, wanita yang bukan mahram bercakap dengan ayah. Ini macam pelik sikit la statement ni. Yang ni, selama ni tak ada orang tak tau saya berperasaan macam ni. Kali ni baru pecah rahsia saya berperasaan macam ni. Haha. Ayah ni macam mesra alam sikit. Jadi kalau pergi kedai ke, jumpa kawan lama ke, mesti dia borak Tanya khabar. Saya macam jadi pantang sangat kalau mana-mana perempuan cakap dengan ayah, tak suka ! Pasti saya akan buat muka, buat muka jelek je. Rasa macam “woi ko pehal nak cakap dengan ayah aku”. Saya tak taula kenapa saya ni anti sangat. Padahal nothing pun. Saya yang over. Eh kenapa my mind ni typical malay sangat ni ? haha. OK, sorry terkasar bahasa.
Kadang-kadang sedih juga bila baru je nak call, cakap dengan ayah, tapi ayah selalu busy. “ye, apa dia. Cepat-cepat cakap, ayah banyak kerja ni” . Yang ni macam simpan dalam hati je walaupun tak pernah bagitahu ayah direct apa saya rasa. Adeh.. kalau kat rumah pun, time bila boleh cakap tu, baru la story habis-habis kat ayah. Ayah dengar je la. Tapi kalau start saya macam kutuk orang yang saya tak suka, mesti ayah ingatkan “jangan cakap macam tu kat orang. Tengok diri kita macam mana”
Dad & mom on Star Cruise
On his birthday, Saya tak tahu nak bagi present apa untuk ayah. Saya rasa macam ayah dah ada semuanya. Ada lebih dari apa yang saya ada (memangla). Boleh kata macam ayah la patut bagi pada saya. Haha. Tak pun, kira macam saya print entry ni pastu letak dalam frame & bagi hadiah kat ayah. Agak-agak ayah terharu dan menangis-nangis tak baca special entry dari anak dia yang solehah ni ? hahaha.. Okla, Hanya doa yang mampu saya hadiahkan kepada ayah setiap lima waktu sehari..
Like last year, i baked a chocolate cake for him & wrote on that “hpy bday ayah” . But for this year, i’m not in home right now, so i can’t bake a cake for him. If not, i’ll bake some cute cupcakes for him. And i know that i’ll finish eating all those cupcakes. Not him. haha..
For this time, saya rasa saya nak minta maaf secara global pada ayah. Biar semua orang tahu, kali ni saya minta maaf semua salah silap selama ni, semua kedegilan saya, bantahan saya, bertindak sebagai pembangkang ke haha, dan apa-apa je yang mengguris hati ayah selama ni. Kira macam nak minta maaf depan-depan tu macam tak la. Sebab saya segan, dan ego saya yang melambung-lambung tinggi. And I Really Love You Dad ! Thanks for everything..
To all of you yang still ada bapa, let’s appreciate him. Jangan sampai satu masa kita sangat menyesal dengan apa yang kita buat selama ni. Masa tu dah tak guna dah. Of course yang baca this entry mesti dah mumayyiz. Means dah boleh differentiates which right, which wrong. Do remember, sejahat mana or seburuk mana ayah kita pun, he is still our dad.. Let’s take care of our dad..
Semoga Allah mengurniakan sakinah, mawaddah, rahmah, hidayah, rezeki yang halal, kesihatan yang baik, serta panjangkan umur ayah.. Ameen.. May you always in Allah’s Love..
Happy Birthday Dad !
Happy BB Miss Fatimah Ghazali
Happy Belated Birthday to Miss Fatimah Ghazali. Who is Miss Fatimah Ghazali ? She is my lecturer for subject Design Engineering & Software Testing.
Actually birthday Miss Fatimah is on 2nd December. Ingat nak celebrate on 2nd December. Tapi beliau ada bengkel SMSKPP kat Kelantan. So, hari ni 7 Dec baru celebrate. Kitaorang celebrate kat corner depan FKI je. Sebab tak sempat nak keluar. Lunch break kejap sangat..

Blueberry Cake yang kitaorang sponsor untuk our beloved lecturer
Here she is~ We always pray for your happiness, May you always in Allah’s LOVE. Thanks for everything. Tak ternilai dengan sebiji cake nak dibandingkan dengan ilmu yang terlalu banyak Miss bagi pada kitaorang. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki serta sentiasa dalam kesihatan yang baik..
Doakan kami supaya berjaya, grad dalam masa di tetapkan & lagi-lagi doakan kami supaya tak fail subject Design Engineering & Software Testing. haha..

Saya sayang Miss Fatimah Ghazali…
Second Day With Sharepoint
Sekarang musim sejuk di UDM & wujudla tasik semulajadi di sekitar UDM. di mana-mana sahaja ada tasik. bertuah bukan ? haha. Belakang lab kitaorang @ depan FKI pun ada tasik. Beautiful scenery..
All of us third year students Faculty of Informatics joined the course Microsoft Sharepoint. There are two groups, and our group uses Lab FKI at Blok E. Our instructor is Mr. Albert Jeremy from Indonesia.. He is Brilliant, can solve the problems fast & well in explanation.. What is Microsoft Sharepoint ? Ahah you can ask Abg Google la. Nak summarized this entry, jadi tak nak cerita panjang lebar~
From 9am till 5pm stay dalam lab, mengadap computer, balik bilik after lab mengadap laptop kat bilik lagi, smpaila tidur. haha. Asyik online je sampai dah tak tahu nak surf apa. Cuma Facebook, update blog tu kena buat kat bilik la. Tak sesuai di lab.
Baru je dua hari, tapi dah macam-macam berlaku dalam lab. Saya ni macam tak boleh duduk dalam lab lama-lama. Mesti ada je yang tak kena. Dulu kisah kelakar yang semua orang ingat dengan lecturer web programming yang : “siapa pulak yang main pukul-pukul ni” . Today pula incident yang lebih kurang best juga la. Haha. Masa break 15 minutes, pergi berjalan-jalan menziarahi sahabat-sahabat di table lain, sekali nak balik ke my place, then boleh pula terberlari sampai nak terlanggar my instructor. Saya tak nampak la. haha. Yang ini sungguh memalukan. Mujur sempat break. Diaorang hanya tengok & gelak~ haha
Yang paling best, saya duduk paling depan sekali. Biasala, dalam lab kena duk depan-depan. Kalau kat belakang memang tak boleh nak concentrate. Lagipun, bukan ke saf depan lebih afdhal ? haha. Hari ni best sebab instructor gunakan example www.evilolyta.com sepanjang explanation dia. Best bukan ? heh kenapa promote blog kat instructor ? bukan promote, tapi tertanya soalan yang berkaitan hosting & terpaksa bagi je la address blog ni.
ok ok~ instructor dah tahu blog saya ! haha
Sudahla cerita pasal diri sendiri. Kita cerita pasal other friends. Diaorang ni macam-macam bunyi buat dalam lab. instructor pun senyum je dengan diaorang yang slumber je. Ada yang kantoi tiba-tiba dengar lagu jepun la. Macam-macam. Memang fun la bersama diaorang. Tak pressure pun walaupun sekarang orang lain tengah best holiday tapi kita kena attend this course.
Lebih kurang 11 bulan lagi nak industrial training tapi saya, haziqah, hidayah & syuzana dah kecoh nak cari tempat nak industrial training. haha. Macam bersemangat sangat tiba-tiba. Oit final project apa cerita ? Fikir yang tu dulu la. haha
1 December~
Happy birthday to Abg Ji yang ke-29 & Syuzana yang ke-21. Sama-sama 1 december. Syuzana punya birthday kitaorang celebrate dalam lab juga. haha. Awal-awal pagi masuk lab, siap makan chocolate cake lagi.
May Allah bless u always~ Do pray for our success..
Happy Birthday Sis Elia
Happy 26th Birthday to my sister Nik Elia Farida Bt Nik Suhaimi on 8th Nov
On your birthday :
*May All your wishes come true
*May you always in Allah’s love
*All the best in everything u d0

Elia ni teramatla menjadi anak sulung perempuan kebanggaan ayah & mummy. This picture was taken during her third Convocation at KLCC. 3 kali dia convo dalam hidup dia, 2 kali kat UiTM & another one is this ACCA’s convocation. Saya sekali pun belum pernah lagi. Memang la dia jauh lagi pandai dari saya, lagi terror dari saya. She completed her ACCA within 3 years only. Nak compare dengan saya yang banyak main-main, tak serious masa study. adehh.. She’s so workaholic tak payah cakap. ahah
Saya & kakak banyakla sangat bezanya. Beza dari banyak segi tak payah cakapla. Umur kitaorang pun beza 5 tahun. So opinions pun berbeza. Gaduh-gaduh tu biasala, pastu saya suka merajuk dengan dia, pastu dia akan perli-perli saya & dia akan pujuk jugak saya akhirnya. haha. Dia tak adala kedekut sangat, tapi sejak bakal nak kahwin ni, dia kedekut sikit. Katanya nak simpan duit untuk kahwin, tak nak susahkan mak ayah. *sigh* . Lagi beza, dia banyak independent compared with me yang lebih manja & mengada-ngada dari dia. Tapi dia garang, tegas sangat pastu suka marah-marah saya & adik. Saya & adik pula suka check handphone dia tengok msg dia, gambar dia pastu kitaorang report kat ayah & mummy haha. Lagi-lagi saya yang memang suka report kat ayah & mummy pasal siblings saya. Lagi nak cakap pasal Elia, dia suka rompak + curik baju & handbag saya. Mujur long pants saya dia tak ambil sebab tak muat. Yes ! haha. Kalau dia balik rumah, mesti dia akan explore my wardrobe pastu tengok-tengok sambil buat muka nak pakai. *sigh* Dia suka sangat layan movie, TV & sangatla berbeza dengan saya yang langsung tak layan movie + TV tapi saya hanya layan internet & game. More different between us is, I Like cooking, baking cakes & everything with kitchen & foods, spend my time at kitchen, tapi tak payah la suruh dia buat cake, confirm tak pandai ! haha. Dia hanya tahu “Evi, tolong buat choc cake, aku nak makan. Please prepare some foods, I want to eat” *sigh* ingat saya ni chef ke ?Anyway, dia tahu hanya buat macaroni cheese je kot, tapi saya lagi tahu masak Spaghetti. ahah.. Macam-macam lagi la dengan dia tu

Now, please vote who is more gorgeous ? haha. Tapi harap maklum, kami memang mempunyai paras rupa yang agak berbeza. Sorang ikut ayah, sorang lagi ikut mummy. Tapi mummy & ayah ada iras tak sikit-sikit~ haih ? ahah mummy & ayah sebenarnya dua pupu. Biasala, nikah sama-sama NIK juga la kan zaman-zaman dulu.
My brother & I used to called her “harimau” sometimes, sebab dia garang dengan kitaorang. Tapi touching sangat one day ni, at her FB wall post, she wrote “I always love u my sis Evi & my bro Ezwan. Even though both of you always called me singa la, harimau la, but you are still my siblings, I Love both of u so much” haha kesian juga kat dia kitaorang suka kutuk dia kat belakang. Bila bagitahu mummy pasal apa dia tulis kat FB, mummy gelak je haha..
Sorry for everything sis Elia. U are the only one sister dunia akhirat
















