Posts Tagged ‘beach’
Holiday Before Ramadhan
Perhentian Island. Macam tahun-tahun lepas juga, mesti ada family punya holiday before Ramadhan. Macam tahun lepas; holiday kat Cameron Highlands one day before Ramadhan, Cuma without daddy & sis Elia sebab daddy pergi UK & sis Elia kerja.
Hye ! Saya Nik Evi. Let’s swim with me
For this time, still sis Elia tak join juga sebab busy, early of month, kena closing account apa entah. Tapi daddy ada yea ! by the way, thanks to mummy & daddy for the gift of this vacation. Sebab saya memang demand nak pergi Perhentian Island since bulan June baru ni. Cuma tak sempat, then daddy punya speed boat still in workshop. Tak siap repair lagi.
But for this time, pergi dengan speed boat kecil je. Another one yang Bayliner still in workshop kot ? kalau dulu before 2004, every year pergi Perhentian Island with Bayliner or scamper speed boat. Then 2004 tsunami kan, so macam gerun sikit nak pergi, then last time I went there on 2007. Ok dah three years saya tak pergi Perhentian Island, lagi-lagi around that year juga daddy punya Bayliner baiki, speed boat buat hal. Seriously I miss Bayliner boat. Sangat best. Tak kecil sangat, tak besar sangat. Medium. Capacity about 8-10 people. Kalau this speed boat only 4 people je. Punyala lama baiki Bayliner, itula, ini la. Baiki speed boat bukan macam baiki kereta biasa, cost pun bukan macam baiki kereta biasa, maintenance lagi, quite highly maintenance., phew~ daddy kena budget juga lah, takkan nak spend money only for that Bayliner je kan.
Last Thursday, saya sepatutnya join program motivasi abg Ji. Suddenly, two days before that, mummy & daddy called me.
“evi, jadi pergi program abg Ji ?”
“insyaAllah, why”
“kalau cancel pergi program abg Ji cmana ? ni nak pergi Perhentian Island. This time je sempat, speed boat pun baru siap baiki. Next week dah nak puasa. Ni pun sebab Evi juga kan nak pergi baru ni lagi..”
“ohhh really ! thanks mummy daddy for this vacation !”
Memang terharu habislah. Baru ni saya demand nak present for my birthday, nak holiday trip to Perhentian Island. Sekali, seriously dapat. Sayang sangat mummy daddy. I got what I want. Love them. Saya kan beaches and islands lover.
View from D’Lagoon Chalets
Oklah Friday : pergi ke jeti Kuala Besut seawal pukul 7am. Diaorang from Kota Bharu takpela, dekat sikit dalam 55km je. Saya yang dari KT ni 90km. phew~ tapi sebab saya boleh laju sikit kan, diaorang tak boleh laju sebab ada speed boat sama. Jadi timing punya lah accurate, sampai serentak kat sana ahah.
Ombak tak besar sangatlah, biasa-biasa. Tapi saya dah start macam pening sikit-sikit. Tapi memang bezalah, agak kuat lah this speed boat pumping bila ada ombak. Sampai je sana, pergi Long Beach terus. Resort pun tak sempat booking sebab last minute punya plan kan. Kat long beach, paling best mestila Bubu Beach Resort. Tapi full lah. Sebab sana semua ambil yang package. Ohh yea, kami tak ambil package sebab pergi dengan personal speed boat kan. Senang ada transport sendiri, nak pergi tempat tu, tempat ni. if not, kena charge macam-macam & need to follow the schedule.
Long Beach
Long beach tempat paling cantik kat Perhentian Island. Air dia jernih macam air dalam gelas yang kita minum setiap hari tu. Haha. But unfortunately, chalets kat sana fullhouse. So, kami stay kat D’Lagoon, tak jauh sangatla dari long beach, tapi still kena naik boat lah. Kalau rajin, swimming jela. Tapi saya tak sanggup, mesti penat habis. Kat D’Lagoon ni banyak coral, memang best la kalau nak snorkeling.
Tapi mummy dah pesan awal-awal :
“jangan duk berani sangat la nak snorkeling semua, kan dah lama Evi tak snorkeling, tak swimming”
Ok, mummy memang dah risau semacam dah. Sebab saya lama tak practice swimming. Skill swimming tu macam dah kurang dah. Mummy memang risau dengan saya punya keberanian, sebab keberanian dan keganasan saya sukar di jangka. Kalau rasa nak terjun, saya terjun. Haha. Lagi satu, orang lain pakai life jacket, tapi saya tolak life jacket jauh-jauh, kalau nak tenggelam pun, tenggelam je tanpa ada security langsung. Saya suka guna surfboard jelah. Tu pun kadang-kadang.
Snorkeling time
Phew~ snorkeling. Ohh I still can swim lah. Hooray ! no life jacket please. Fins pun saya tak suka pakai. Hanya snorkel mask & diri saya semata-mata. Corals.. indahnya ciptaan Ilahi.
Tapi bila dah tua sikit ni, dah tak active macam masa muda-muda dulu macam masa umur belasan tahun dulu. Kalau dulu boleh swim lama-lama sampai empat lima jam, tapi sekarang dua jam pun dah semput dah.
Kali ni datang bukan lagi excited nak mandi. Melayan perasaan pun tak sangat. Tapi asyik lapar je. Saya pun tak tahu kenapa boleh selera habis makan. Kejap-kejap nak makan. Sampai malam, if I’m not mistaken, empat kali makan kot ? menu dia semua menyelerakan saya; spaghetti, macaroni cheese, sandwiches, pancakes, coconut milk shake, mars bar milk shake mihun goreng biasa pun jadi sedap bila makan kat tepi pantai. Sumpah langsung tak diet. Then malam tu dinner kat tepi pantai lagi, sambil borak dengan mummy until midnight. Daddy dengan adik dah terbungkang tidur tepi pantai. Breakfast the next day kat Moonlight Resort kat Long Beach. View dia~phew~ and of course ! Banana pancake ! datang untuk makan je ! haiyyoo…
Moonlight Resort
Saya suka bila berjemur di bawah cahaya matahari yang sangat panas. Saya tak kisah sun burn. Memang saya suka skin yang tan. Suka. But for this time, saya punya muka tak jadi tan sangat lah. I want to be look more tan ! memang kulit muka saya ni susah nak burn. Tapi, kalau kat tangan senang habis nak burn. Grrr~~~
Saya suggest : dad, why not you place your Bayliner at ri-yaz marina ? haha ! dad answered : buat apa letak sana, lainla kalau stay kat KT. Ni duk KB, jauh. Macam best kalau boleh parking Bayliner pun kat sana. Suka tengok orang lain place their yachts, boat kat sana.
Be like me; Beaches and Islands Lover.
Shopping & Santai
Last night pergi teman Zaty shopping. Macam teman lah. I rasa I yang over juga menghabiskan duit. Baru lepas birthday kan. Dapat la duit sikit-sikit. Setakat beli tudung tu lepas la. Tapi kalau nak beli new car tu tak lepas la. Wakaka.
Ok, pergi mana lagi kalau bukan Wakaf Che Yeh (WCY). Tudung gila banyak kan. Sampai pening tak tahu nak pilih mana. I pun tak tahu why I kept beli tudung. Why eh ? macam tak terpakai juga. Kat Terengganu pun I beli tudung, balik hometown pun beli tudung. Like what ? haha tudung mania.
Ainni & Afiq pun join sama. Macam safe sikit la kan ada bodyguard sorang. Sorry zaty, I called your boyfriend bodyguard. Haha. Anyway, zaty asked me to wait at 7 eleven kan. So I ni macam betul la kan terus pergi tercegat kat depan 7 e tu. Rupa-rupanya 7 e yang satu lagi kat dalam WCY. I tunggu kat 7 e kat luar WCY. Sekali nak patah balik pergi sana, tadaaaaa… jumpa 4 jejaka yang mengejutkan I. dua I kenal, dua lagi I kurang kenal. Teka siapa ? staf PTM & staf FIT UDM. Haha.
Diaorang yang start dulu cakap “ehh macam kenal” , then I pun dengan terkejut sambil pegang phone “errr staf PTM kan ni ?” haha. !@#$%^&* .. boleh pula one of them wat naka kat situ. Adeiii
Okla, shopping. Tudung. Rambang mata. I pun takdela expert sangat kedai kat sana. Terpusing-pusing juga. Dah berapa kali pergi sana pun still tak ingat. Pening la bila banyak kedai gitu. Lagi-lagi hari ni I bawa people yang tak familiar with this place. I macam jadi tourist guide la kiranya.
Ok, I’ve bought tudung lagi & tak di sangka-sangka I’ve bought two slippers ‘butat’ . haha I don’t know why I called that slippers like that. Should that slippers have their own cute name ler. Ehh baru ni pun I dah beli a slipper lagi. Phew. Kali ni dah 3 slippers dah. Slippers murah-murah je, that’s why boleh beli sampai 3. If not, takde maknanya la. Thinking of nak pergi ‘sana’ on July nanti I nak pakai those slippers. Ow yeah. Anyway, that two slippers dapat discount habis. Sebab tu kedai kawan Afiq. Actually I kenal je that guy, kisah lama masa form 3 dulu. I pun tak cam dia, dia pun tak cam I. Tu pun Afiq yang bagitahu I nama dia. Haha used to be scandal la kot dulu. Pernah jumpa sekali je kot ? Cuma SMS, calls je. Ehh kisah 7 years ago, I macam tak peduli langsung pun. Life I macam ni la.
Haus sangat sebab jalan banyak sangat. Then lepak Mc Donald’s dengan Ainni. Zaty & Afiq balik dah. Macam biasala, strawberry shake. Tapi tak cukup rasa. Nak lagi. Haha. Borak-borak with Ainni, sesi meluahkan perasaan. Takde tapis pun story dengan dia. When I’m with her, I dah tak jadi seorang yang memendam sangat. I cakap je I nak cakap apa. sebab memang dia betul faham I. Nearly 12am I pun balik.
Petang tadi I & my friends bersantai sambil makan ‘colek’ kat PCB yang best. Ramai sangat orang, parking pun full. Ohh dah lama I tak datang sini. Tak berkesempatan. Today I enjoy with my girlfriends ~ ina, dyla, zaty & zaty punya afiq. Hehe. Thanks friends~
Ina, Zaty, Afiq
grrr galok ! haha
Gemuukkk~~ Grrrr
Ok, penat nak update panjang-panjang. Penat bersuka ria with friends. See you then.
Self-Family-Beach Photoshoot
Location : Pantai Bachok
Time : 6.oopm
People Involved : Daddy + Mummy + Sis Nik Elia + Bro Nik Ezwan + Bro in Law Fizi + Cousin Nik Ellina Nik Hassan + Cousin Wan Mohd Izzat Wan Norazmee.
Cameras : Nikon DSLR + Canon EOS + My Pinky Olympus
Nak pergi Beach !!! Bukan Bitch ! ok ? haha
Presenting : New Bride + Bridegroom.
Kakak & Adik
Family Members
Daddy + Mummy + Kak Ina
Siblings + New member : Bro in law~Fizi
Cousin : Izzat..
Love Them~
Sweet~ Romantic~ Bro Fizi tahan je Sis Elia berat. haha
Nik E, Nik F, Nik E
Jelajah Pantai
Selamat pulang ke second home saya di Kuala Terengganu tercinta. haha. Perjalanan dari rumah ke Kuala Terengganu yang hanya jarak 140 km dan mengambil masa selama 2 jam pada biasanya tetapi bertukar menjadi 4 jam setengah pada hari ini. Semuanya sebab menjelajah dua pantai sepanjang perjalanan tersebut.. Mujur dua pantai je yang nice. Kalau ada 3 lagi pantai yang lebih nice sepanjang perjalanan tu, ketiga-tiga pantai tu jugak saya singgah~ I’m A Beaches Lover..
Kali ini balik ke Kuala Terengganu bersama classmate saya iaitu Kak Fiza, macam biasala. Kadang-kadang ada juga balik sorang-sorang, kadang-kadang bersama kak Fiza. Biasa kitaorang balik straight je, non-stop sebab selalu nak kejar masa. Kali ni kitaorang tak rush pun. That’s why boleh main-main singgah sana sini.

First, pergi pantai Bukit Keluang kat Besut macam gambar kat atas ni. Saya sangat suka tempat ni, sebab berbukit & berbatu. Pastu ada bridge boleh jalan-jalan. haha. View dia sangat cun. Inila keindahan ciptaan Allah swt.. Merenung ciptaan Ilahi, hebatnya kuasa Allah kan. Ni baru sikit, sedangkan banyak lagi yang lain-lain..

Saya di temani oleh kak Fiza yang sporting & best. Sabar melayan kerenah saya~ thanks kak !
Kami menyambung perjalanan kami. Dah plan awal-awal nak stop kat pantai Penarek. Pantai ni pun sungguh wonderful view dia. Kat sini sepanjang pantai tu ada kedai sotong celup tepung, ICT & pelbagai celup tepung la. Sungguh sedap ! Setiap kali ulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, masa tengah drive pun terpegun je dengan view sepanjang pantai tu. Masa tengah drive pun asyik nak pandang je air laut yang sungguh mempesonakan~ ahah.. Sungguh bahaya tak concentrate masa driving~

Hari ini sungguh memberi ketenangan hati, mendamaikan jiwa ini~ lalala~
Inila keindahan pantai-pantai di sebelah timur berbanding pantai-pantai di sebelah barat~ Betul tak ?
























