Posts Tagged ‘agama’

Kenapa Orang yang Salah ?

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?

Aku Copy Dari Sini

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Thanks mengajar saya tentang erti hidup ni. Thanks buka mata saya seluasnya. Thanks for everything.. Pengalaman dalam mengenali orang yang salah adalah pengalaman yang terlalu bermakna & pengajaran yang terbaik buat saya.. Thanks kerana mengingatkan saya tentang hari-hari yang mendatang.. Awak buat saya lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja di sekeliling saya..

Bukan hanya untuk kekasih, tetapi juga untuk sahabat. Mengenali sahabat yang salah juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar ;) .. kawan ramai, tapi Sahabat ? … hanya diri kita sendiri yang dapat jawab semua ni.. -sekian. Thanks to F.

Filed under heart

Ubatilah Kelukaan Di Hatimu

Saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak untuk berbicara tentang ni. Tapi saya akan try untuk mempersembahkan tajuk ini dengan baik, sekadar yang termampu. Saya bukan seorang penulis, saya hanya ordinary blogger. Di tambah lagi, sudah lama tak mempersembahkan artikel yang lahir dari hati ni. Lama tak berbicara soal hati. Yang saya selalu update blog hanyala semalam-semalam punya dear diaries.

Petang ni saya ada masa sekejap untuk menulis. Saya tak tengok tv, saya tak tidur, saya tak SMS dengan sesiapa. Jadi saya ada masa untuk bersendirian sekejap. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya pernah lalui serta pemerhatian di sekeliling saya. Sekadar yang termampu, saya persembahkan. Terimalah seadanya.

People around me always asked :

“macam mana nak lupakan seseorang ?”

“macam mana nak buang perasaan ni pada seseorang”

“macam mana nak ubati kelukaan serta kekecewaan di hati ni ?”

“macam mana nak tenangkan hati yang resah gelisah ni ?”

& pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan kelukaan di hati, kekecewaan, kesedihan, merana & mana-mana perasaan –ve. Kalau dah topic macam ni, confirm semua dah understood, semuanya berkaitan dengan cinta, cinta & cinta lagi.

Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? yang meninggalkan atau yang di tinggalkan ? yang bahagia atau yang merasai kekecewaan itu ? kadang-kadang orang kata, “saya meninggalkan dia sebab dia yang buat perangai, sebab saya dah tak boleh nak tahan dengan dia lagi” , tapi bagi pihak yang di tinggalkan pula, “saya sayang dia, cinta dia. Kenapa dia tinggalkan saya. Dia zalim.”

Saya Tanya lagi, siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? siapa yang terlebih dahulu mengecewakan sesiapa ? Antara lelaki & wanita, yang mana lebih ramai merana, yang lebih kecewa ? Siapa yang mengkhianati siapa ? Siapa yang sentiasa menjadi mangsa keadaan ?

Saya di sini, bukan untuk menghukum sesiapa. Saya tampil untuk berkongsi sedikit tentang apa yang saya pernah lalui. Kalau boleh memang saya tak nak ingat lagi benda lalu. Tapi saya manusia biasa, masih berakal & masih belum hilang ingatan. Jadi nak tak nak, benda-benda sebegini kadang-kadang datang bagaikan angin lalu. Alhamdulillah, saya sudah kuat untuk berbicara tentang ni. kalau dulu, saya masih lemah & tak berdaya nak berbicara tentang kelukaan. Tapi sekarang, jika kenangan lalu itu datang pun, ia hanya sekadar datang untuk menziarahi fikiran saya, bukan datang untuk mengganggu pemikiran saya. Bukan.

Saya ingin berkongsi, bagaimana saya handle diri saya, suasana ketika saya terluka, ketika saya kecewa, ketika saya sedih, ketika saya di tinggalkan begitu saja. Tanpa sebarang kata, ianya senyap. Sunyi. Tiada khabar berita. Ah, tak usah ingat lagi.. Akan tetapi, dalam senyap itu, gerak geri saya masih di perhati olehnya, perkembangan saya dari masa ke semasa masih di ikuti olehnya di blog ini, sehingga tengah hari tadi.

Pelbagai cara saya try untuk lupakan kenangan lalu, kenangan yang pahit itu. Tahap klimaks, saat genting semuanya berlaku pada December 2009. Ini bermakna, dah lima bulan berlalu. Tapi berapa lama manakah saya mengambil masa untuk ubati kelukaan ini ? kalau di kira balik, sejak January 2009 lagi saya dah mula makan hati sedikit demi sedikit. Hampir setahun bukan ? Tapi masa yang di ambil untuk saya berusaha merawat luka ini tidak sampai setahun. sekejap saja. kita tengok lepas ni. Saya tak mengerti apa perasaan orang yang suka mengecewakan orang lain. Saya tak faham.

First, fikir balik apa yang pernah kita buat. Maybe Allah nak mengajar kita, nak sedarkan kita tentang kesalahan serta dosa yang pernah kita buat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan. At least, Allah nak bagi lebih baik untuk kita, that’s why Allah hilangkan sesuatu itu. Benar saya sentiasa pujuk diri saya dengan kata-kata macam ni. Percaya pada janji Allah, yakin dengan kurniaan Allah.

Second, bila rasa banyak sangat benda kita buat salah serta dosa masa perhubungan lalu, segera mohon ampun dengan Pencipta kita. Selagi pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah. Mohon ampun, mohon maaf sebanyak yang mungkin. Yakin dengan Allah yang maha penerima taubat. Tak semestinya nak tunggu jadi alim, nak tunggu jadi baik gila baru nak bertaubat. Tidak. Semua orang boleh bertaubat bila-bila masa. Tiada prasyarat orang tu mesti seorang ulamak la, mesti seorang ustaz la, apa la. Tiada. Asalkan betul-betul dah sedar, menyesal & berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi. Kita beragama Islam bukan ?

Third, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Pencipta kita. Dia yang mencipta kita, dia yang memberi nikmat pada kita. Jadi, semestinya pada Dia juga kita kembali. Berharap padanya. Bukan buat benda-benda yang tak berfaedah, yang merosakkan diri sendiri. Itu hanya menyerlahkan lagi kebodohan serta kejahilan sesuatu individu itu. Banyak-banyak ingat Allah, cover balik dosa lalu dengan ibadat wajib serta sunat. Banyakkan berdoa, merayu-rayu padaNya. Titiskanlah air mata untukNya, bukan untuk manusia.

Fourth : cuba untuk cari mana-mana pengganti sebagai hiburan ? terpulang pada individu itu. Tapi bagi saya, ianya tak kekal, tak ikhlas. Sebab, kita perlukan seuatu itu bukan atas kehendak diri sendiri tapi semata-mata untuk hiburkan kita. Bagi saya la, saya pernah try, tapi tak bawa apa-apa makna pun. Selebihnya, sesetengah tu membawa lebih banyak masalah pada kita. Jangan biarkan seperti “sudah jatuh di timpa tangga” . jangan tambah masalah pada diri sendiri lagi. Pada saya, saya lebih senang menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Itu lebih senang pada saya. Bersendirian. Tiada yang mengganggu. Kalau ada pun, ignore je. Jangan di layan.

Seterusnya, buat sesuatu yang boleh melupakan kisah lama. Contohnya menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Juga boleh. Tambahan lagi, buang atau simpan segala benda yang boleh mengingatkan kita pada seseorang tu. Lagu cinta bersama dia, mahupun barang-barang yang pernah dia bagi, serta tempat-tempat bersejarah dengan dia. Elakkan semua tu. Sebab, makin kita tengok, makin kita ke situ, makin kita dengar lagu sebegitu, jadi kita makin akan teringat & membuai-buai perasaan ni. contoh macam saya, saya tak boleh dengar langsung lagu Imran Ajmain “Selamat ulang tahun sayang” . & memang saya tak dengar langsung selama 4 bulan lebih. Bila saya dah rasa saya dah cukup kuat, saya dengar balik, saya dah ok dah. Tak terkesan apa-apa pun kat hati ni. ini bermakna saya dah sihat dari segala kesedihan tu.

Jangan selalu rasa kita sudah berada di zon yang selesa. Jika kita dah senang, dah happy, dah bahagia, tolong jangan lupakan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan ini. Enjoy-enjoy juga, tapi biarlah berpada-pada. Jangan melampau sangat. Prinsip saya : balance dunia akhirat. Lagi boleh, lebihkan akhirat. Macam saya sekarang, walaupun saya dah bahagia, happy dengan apa yang saya ada, dengan orang yang melayani saya dengan baik, tapi saya tak rasa saya berada di puncak yang selamat. Berhati-hati, bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Bukan senang untuk saya buka hati saya balik pada sesiapa. Setelah bertungkus-lumus bina baik hati ni, tak semudah itu saya serahkan balik hati ini ke lembah kelukaan. Saya pasti jaga ianya dengan lebih baik.

Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk kembali pada keadaan normal ? terpulang pada individu itu. Pada saya, ianya mengambil masa lebih kurang 4 bulan sehingga betul-betul saya tough & strong. Dalam masa 4 bulan tu, walaupun dah ok, tapi kadang-kala ada dalam sehari dua tu ada down sekejap. Tapi selepas 4 bulan tu, memang datangla apa pun, memang dah tough & strong habis. Alhamdulillah, 4 bulan bagi saya tak lama sangat. Ada juga yang lain-lain sampaikan bertahun-tahun bagi orang lain.

Ini saya nyatakan bagi benar-benar yang nak ubati luka. Jika benar kamu ingin mengubati rasa kelukaan serta kekecewaan kamu, pasti sedikit sebanyak kamu akan mengambil serba sedikit perkongsian saya ini. Jika tidak, teruskanlah berada dalam dunia kesedihan, kelukaan, kekecewaanmu. Teruskanlah. Terpulang. Tiada siapa yang dapat tolong diri sendiri jika bukan kita yang sendiri berusaha demi kebahagiaan kita. Sayangilah masa depan kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Peluang tak datang banyak kali. Kalau ia datang banyak kali pun, benar Allah betul-betul turunkan rezeki pada kita.

Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta. Siapakah dulu membina harapan & siapa yang memusnahkan impian. Tanpa sebab & alasan kau mainkan perasaan. Bagai taufan tiba-tiba datang & menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam. Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah. – Mimpi yang tak sudah by Ibnor Riza

Filed under heart

Islam-fr [.] Com

Saya landing di sini kali ni untuk update blog. Bukan macam sebuah flight landing di bumi Madinah untuk bawa passengers. Bukan bukan. Eh, kenapa tiba-tiba mention pasal Madinah ? Ada kaitan ? Lepas ni ada kaitan, kita tengok nak membebel apa untuk entry kali ni.

Nak tahu lebih lanjut, sila surf http://www.islam-fr.com/ . Kat sini, kita boleh tengok setiap waktu solat jemaah yang di upload terus kat website ni. Terdiri dari beberapa tempat iaitu, Masjid An-nabawi di Madinah & Masjidil Haram Mekah. Dua tempat ni je saya perasan. Tak tahu pula kalau terlepas pandang ada lagi kat tempat lain. Lagipun saya baru je explore this site, baru dalam seminggu lebih macam tu kot ? Tapi korang tak payah la nak cari masjid kat kampung korang, takde takde. Haha.

Beberapa orang shaikh yang terdiri dari imam kat sana. Shaykh Husayn al Shaykh, Shaykh ‘Abdul Rahman Sudays, Shaykh ‘Abdul Muhsin al Qasim & lain-lain lagi. Best je dengan suaranya, dengan nadanya. Indah sangat mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Nak tahu, try la buka. Dengar betul-betul.

Macam mana saya dapat tahu website yang best ni ? Ala mesti korang-korang dah lama tahu kan, lagi-lagi bakal-bakal ustaz ustazah ni. Mesti dah lama explore this website right ? Saya je macam lambat sikit. Saya tahu this website dari ehem2. Eh tak la. Saya buat cerita je. Saya tahu ni dari seseorang la. Actually dia baru balik mengerjakan umrah dalam bulan lepas. Juga seorang huffaz dari MTQ Pulai Chondong, Kelantan. Dia memang layan website ni je. Jadi dia share la dengan saya sambil share gambar-gambar dia buat umrah. Eh tak boleh upload gambar dia kat sini. haha. Thanks ye dik. Eh, adik ? Comel !

Masa bulan ramadhan, ada kat TV1 ke TV3, yang live solat tarawikh dari masjidil haram kan. Masa tu dalam pukul 1am macam tu la. Setiap kali ramadhan, tengok dengan ayah, sebab ayah ajak tengok solat tarawikh kat sana. So lepas ni, ajak ayah layan kat internet saja. ahah

Ini sahaja yang saya nak share untuk kali ni. Jimat masa kali ni sebab entry tak panjang. Layan benda yang berfaedah dari layan Facebook tu. (tiba-tiba je tak pasal-pasal nak marah facebook). Sharing is Caring~ Jangan terlebih caring sudah. Bahaya.

Filed under Uncategorized

Jodoh tu Jumpa Macam Mana ?

Siapa yang tak pernah terfikir macam mana diri dia akan bertemu dengan pasangannya. Mesti semua orang pernah terfikir kan.

Kita sering dengar, kita sering ucapkan, “jodoh pertemuan semua Allah tentukan” . Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu berusaha untuk mencarinya. Macam sahabat saya kat Jordan kata, “ini bukan cerita fairy tale, tiba-tiba turun prince charming dari mana entah datang meminang terus nikah..” Bukan bukan. Kita juga perlu berusaha. Ada juga dia cadangkan supaya minta pandangan naqibah usrah tentang ni, minta carikan jodoh. Err saya tak rasa itu cara terbaik untuk saya. Tidak tidak. Macam takde hal tiba-tiba saya nak kemukakan benda sebegini dalam usrah. Ya Allah, saya dengan usrah saya pun entah macam mana nak bagitahu. Macam mana saya boleh ter join, macam mana saya boleh mendekati semua tu, kalau nak cerita panjang pula. Saya tak rasa saya boleh cerita benda ni. It’s personal. Hanya sahabat terdekat yang tau. Walau apa pun, saya redha, saya tahu Allah buat semua elok dah, takdir Allah untuk saya amatla baik dah.

Takde cara yang salah dalam usaha mencari jodoh selagi tidak bertentangan dengan syara’. Dan juga tak salah jika pihak perempuan meminang pihak lelaki sekalipun, kerana ianya tak bertentangan dengan syara’ tapi hanya masyarakat punya mentality saja yang memandang pelik pada perkara sebegini. Lagikan Saidatina Khadijah juga meminang Rasulullah saw.

Jodoh. Kat mana-mana pun boleh jadi asbab jika itu memang jodohnya. Bila-bila masa pun boleh jadi asbabnya jika memang jodoh dah tiba. Jika memang jodohnya, tak pernah jumpa ke, tak pernah cakap ke, tak pernah ada perasaan sekalipun, kalau dah jodoh, bersatu juga. Punyala sayang, cinta, berkasih-kasihan, ke sana ke mari setiap masa, contact 25 jam sehari, 8 hari seminggu sekalipun, kalau bukan jodoh, kalau Allah tak izinkan, tak payah melayan mimpi indah untuk bersama. Buang masa je semua tu.

Ya, buang masa. Saya juga pernah mengalami saat-saat sebegitu. Biasala, kemuncak perasaan pada umur sekitar 18 hingga 22 tahun. Bukan saya saja, tapi itu lumrah kehidupan, lumrah remaja berumur lingkungan itu. Buang masa bila ternanti-nanti orang di sana call, SMS, membuang masa lagi dengan berborak di telefon, menghabiskan masa lagi meluangkan masa-masa yang tak sepatutnya di luangkan bersama pasangan yang belum ada ikatan yang sah & juga belum tentu akan ada ikatan yang sah dengannya nanti.

Baiklah, macam saya katakan di atas tadi, jodoh boleh bertemu di mana-mana, juga pada bila-bila masa saja. Seperti yang selalu saya bisikkan pada diri saya, “semua yang berlaku, Allah buat elok dah. Allah lebih tahu”.

Kebiasaannya mereka bertemu dengan pasangannya di tempat belajar mahupun tempat bekerja. Ini perkara biasa. Dalam suasana belajar, tempat kerja, bercampur lelaki mahupun perempuan. Buat kerja bersama, jeling-jeling, tengok-tengok, intai-intai, maka terjatuhlah cinta itu.

Dipertemukan oleh parents, family or friends. Ini juga perkara biasa yang kita dengar. Ada yang parents kenalkan, ada yang abang kakak adik cousin yang kenalkan, tak kurang juga sahabat mereka yang kenalkan. Kawan kepada kawan, kawan punya abang, kawan punya kakak, kawan punya adik & seangkatan dengannya.

Ada juga yang jenis terjumpa sebab terlanggar bahu ke, lepas tu sebab tersalah ambil barang ke, tolong angkat barang ke, tolong selamatkan dari orang jahat ke & pelbagai jenis cara pertemuan that can be categorized as pertemuan yang tak di sengajakan. Macam cari asbab je jenis-jenis pertemuan yang tak di sengajakan tu.

Dunia moden : Social Networking. Beberapa tahun lepas, mula-mula macam pelik bila mereka berkenal-kenalan di Social Networking lepas tu terus nikah. Memangla pelik. Tapi sekarang macam dah biasa dah. Tak kira la social networking tu Friendster ke, Facebook ke, Myspace ke, mahupun blog. Kira macam kenal dalam internet world la. Not exactly can be categorized as Social Networking, but more to internet World. Ada orang memandang lekeh dengan cara sebegini. Dulu saya pun memandang lekeh dengan cara sebegini. Tapi bila fikir balik, nak buat macam mana, memang dah tu jodoh dia. Allah dah tetapkan cara macam tu mereka bertemu dengan pasangannya.

Memangla kalau boleh, saya pun tak nak cara sebegini. Kalau la sekarang berada dalam fairy tale punya story, boleh la saya choose, boleh la saya create kat tempat mana, masa bila & macam mana saya nak jumpa dengan bakal suami saya. Kalau boleh saya nak jumpa pada tahun 2012, di tempat itu, di hadapan itu, di perkenalkan oleh mereka, & di situ menjadi saksi segala-galanya. Indah bukan ? Ok, keluar la dari dunia fantasi. Hehe. Lagi nak tambah, nak ciri suami yang macam mana pula kan ? Itu tunggu entry seterusnya. Ciri-ciri suami pilihan dah ada dalam draft, dah berapa bulan dah, Cuma tak publish je lagi.

Setakat ni itu saja la jenis macam mana bertemu jodoh. Tak pasti pula kalau ada yang lebih pelik selain tu. Ada sesiapa nak share ?

Di sini saya tampilkan gambar yang entah apa-apa. Actually, before saya pergi melayan perasaan di pantai, ada la orang tu kan dia rindu kat Pantai Tok Jembal kat sini. Jadi dia mintak letak gambar sekali. Tapi saya lebih-lebih letak gambar saya, bukan gambar di sekitar sana. Yela, orang tu entah bila boleh ambil angin di Pantai Tok Jembal lagi. Orang tu dah pergi Cairo tengok konsert Maher Zain. Hehe.

************************************************

Saya ada cerita lagi, cerita lain pula. Cerita baru tentang Facebook. Tidak tidak. Bukan facebook saya. Kalau kita takde facebook sekalipun, kita still boleh tengok profile orang lain kan, lagi-lagi yang public profile. Baiklah, mula-mula saya tengok blog & YM. Dengan orang yang saya cerita dalam entry sebelum ni, yang saya kata nak YM tiba-tiba tu. Tak payah bagitahu la kan sejak bila YM dengan orang tu. Saya juga tengok blog dia walaupun teramat jarang dia update. Then, saya nampak je Facebook Badge dia kat blog tu, Cuma selama ni saya macam tak rasa pun nak tengok. Sekali, petang tadi tiba-tiba rasa nak tengok. Memang la tak add pun, just tengok macam tu je. Tengok & tengok. Baik punya orang ni. Ada seramai 200++ dalam friends list dia, tapi tak sampai 10 pun muslimat dalam friends list dia. Bukan saya baru perasan, dah lama perasan kat blog dia, seingat saya takde pun link blog akhawat. Saya tak rasa dia takde sahabat akhawat, even dia seorang pemimpin yang hebat, semestinya banyak terlibat dengan anak buah yang juga terdiri dari akhawat. Saya tahu, dia amat menjaga.

Rupanya masih ada lelaki sebaik itu, sesuci itu. Ya Allah, bukan saya nak puji ke, puja ke. Bukan bukan. Ye, mesti dia filter mana-mana muslimat yang add dia. Memang saya bersangka baik habis dengan dia selama ni. Sangatla beruntung pada sesiapa yang berdamping dengan dia. Bukan saya kata lelaki lain tak baik. Bukan, saya tak maksudkan begitu. Dan saya juga tak kata dia perfect. Tapi itula dia. Susah kan nak cari lelaki umur sebaya saya yang memang siqoh macam tu.

Ya Allah, ini kah dikatakan jodoh ? Haha berangan pulak~ Tiada tiada. Saya tak layak degan orang sebaik dia walaupun dia melayan saya dengan baik. Saya masih teringat kata-kata dia “saya busy macam mana sekalipun, tapi saya tetap ada masa untuk berdakwah..”

Last night saya YM dengan dia bukan apa. Macam dalam entry sebelum ni, saya macam takde mood nak study. Jadi macam luahkan la sikit pasal tu. Then bla bla bla. Nak push up balik semangat.. syukran :)

Filed under Uncategorized

Tak Update~

Tidak akan menulis mencurahkan idea untuk beberapa hari.

Baiti Jannati. Memang sibuk membuat jasa kepada mummy & daddy..

Sayala bibik, sayala driver, sayala Chef. Semua saya la di rumah ni. Patutla mummy sangat memerlukan saya balik this week.

Uridu An-naum al-an..

Tafaddhal ya habibati. ehem2..

Saja reka dialog. Tiada kaitan. Tiada tiada dalam fikiran ni. Tiada.

“Apabila kamu teringat akan seseorang, maka banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR.. Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT… Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memadang, banyakkanlah SOLAT DHUHA...”

******************************************************************

Di sebabkan entry ni tak panjang, jadi saja memangjang-manjangkan supaya menghabis-habiskan masa orang yang membacanya haha. Di sini saya nak share :

Adin Nordin : al-Imam Tahtawi r.a. menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti r.a. :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Perhatikanlah hatimu kerana ia akan menjadi fikiranmu !

Perhatikanlah fikiranmu kerana ia akan menjadi perkataanmu !

Perhatikanlah perkataanmu kerana ia akan menjadi perbuatanmu !

Perhatikanlah perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaanmu !

~Syukran Uzumaki Naruto, Cairo Egypt.

Filed under Uncategorized

Mahram ke Muhrim ?

Just nak share sikit pasal ni. Nampak simple je kan. Mahram ke Muhrim. Bukan Mahram ke Bukan Muhrim.

Selalu orang akan sebut mahram atau muhrim untuk di maksudkan dengan orang yang selamanya haram nikah dengan kita. Contohnya ibu bapa dan ke atas, serta adik-beradik. Sebaliknya pula yang boleh nikah dengan kita.

Masa sekolah dulu, belajar subject Pendidikan Islam, seingat saya memang di sebutkan bukan muhrim di maksudkan dengan orang yang boleh nikah dengan kita, menerangkan tentang batasan aurat juga. Lepas tu, saya tak ingat dah siapa yang perbetulkan pada saya, bahawa muhrim tu salah, tapi yang betulnya mahram. Lepas tu ada pula kata yang mahram tu salah, yang sebetulnya adalah muhrim. Bila saya guna perkataan bukan muhrim, lepas tu akh kat Tanta pun tegur, dia kata yang betulnya mahram.

Nak jadi kisah pula, awal pagi tadi suddenly ada la someone ni call saya di pagi hari. Saya ni macam teragak-agak nak angkat, sebab macam “apehal call ? ada benda penting ke” bermonolog dalam hati. Then, saya pun jawab je la call. Sekadar bertanya khabar rupanya. Tapi sepatah di Tanya, sepatah juga saya jawab. Macam nak tak nak je cakap. Actually dalam pukul 3am++ dia ada SMS saya, subuh baru saya baca & saya tak reply pun. Saya tak rasa satu keperluan untuk saya reply SMS yang berupakan sekadar macam tu. Sehari sebelum tu ada juga dapat SMS kosong darinya. Lepas tu la dia call bila saya tak reply SMS.

Lepas cakap tu, dia SMS lagi. Dan saya rasa saya perlu berterus-terang mengatakan saya tak selesa nak SMS dengan bukan mahram saya tanpa benda penting. Lebih kurang ginila saya SMS :

“sory kalau tadi saya macam layan tak layan, lagi-lagi awak bukan mahram pada saya…….”

“bukan mahram tu salah. Bukan muhrim. Mahram tu orang yang pakai pakaian ihram”

(lepas tu saya bertegas lagi) “sahabat saya kat Mesir kata bukan mahram”

“ustaz saya kat mesir juga”

Then, that thing end up macam tu je. Lagipun dia yang tegur saya tu memang sekolah agama. After that saya tak puas hati & terus bertanya pada akh kat Tanta. Akh kat Tanta pun jawab, “mahram yang betul. Muhrim tu salah”

Lagi saya nak Tanya orang lain lagi. Bukan saya tak percaya pada orang yang saya dah Tanya, Cuma saya nak kumpul kesahihan lagi. Petang tadi saya YM, Tanya lagi someone yang presiden…….kat Jordan tu. Dia pun explain la :

“kalau ikut wazan, bukan mahram yg sebetulnya. tp huruf malaysia bukan muhrim. tp hakikatnya yg betul bukan mahram iaitu ajnabi. muhrim ialah perkara yg diharamkan kpd orang yg mengerjakan haji yg masih lgi memakai ihram. Kesimpulannya, bukan mahram = ajnabi. Muhrim tu orang yang berihram”

Then, saya Tanya lagi sorang sahabat saya kat Jordan yang merupakan seorang daie yang hebat bagi saya. Juga jawapan yang sama, iaitu mahram sebetulnya.

ok, dah puas hati dah tanya pada mereka student Syariah, Usul wa Fiqh, Usuluddin.

Ye, memang benda ni simple. Even ada yang tak terfikir pun pasal ni kan. Tapi pada mereka yang dah tahu, tak kisahla. Mungkin korang ni lebih tahu dari saya yang cetek ilmu agama ni kan. Yang ni saya nak share pada mereka yang belum tahu, yang ragu-ragu saja.

Buangkan sifat ego & malu dalam menuntut ilmu.

Syukran untuk semua sahabat saya di atas.. Jazakallah..

Filed under Uncategorized

Work group

Bukan cerita pasal peer-to-peer windows computer network ok.

First of all, congrats & thanks to all my group members, yang setia dengan saya selalunya la that is Syu & Ain. Used to call her Nurul lately. Haha. Sejak sem lepas kami selalu pilih group sama-sama walaupun bukan untuk semua subjects sebab ada certain subject yang lecturer dah tetapkan. For this sem, lagi la kan.

Memangla, pilih group members yang kita suka ni penting. Sebab kalau tak ngam sangat nanti susah nak buat kerja. Bukan ikut gang, bukan ikut puak, tapi perlu ada chemistry la kan between us. Dalam pemilihan tu, (I’m not too choosy) tapi mestila nak choose members yang bagi commitment kan. Takkan nak let the sleeping partner tumpang jadi parasit je kan.

Actually saya tak berkira pun dengan group members ni. sebab kita tak boleh nak count banyak mana dia buat kerja, sikit ke, macam mana ke. uncountable. Macam tiada nilai yang boleh ukur kan banyak mana. Even kalau divide question sekalipun, maybe question ni susah, yang ni senang. Macam-macam kan.

For example, last sem punya task : that time, macam dah semput sangat dah. Nak present security in Linux lagi, nak submit adaptable process model for software testing lagi, lepas tu lecturer tambah modul lagi. So, nak tak nak. Divide la kerja ni kan. Macam saya sorang-sorang pergi settle security in Linux, then Ain, Angah & Syu settle yang software testing ada nak tambah-tambah & nak complete full report. Dahla that time kitaorang tukar tajuk, ada masa tak sampai 2 weeks untuk buat balik full report. Dahla ada sorang muslimin ni complain ambil tajuk project dia, padahal lecturer yang bagi kitaorang tajuk tu sebab group dia tak pernah hantar progress. Ambil tajuk saja, but never submit those progress.

Tak kisahla kan hal tu. Sambung balik. So, bila disscuss balik, saya meredhakan saya sorang buat security in Linux, Ain & Syu pun meredhakan diaorang complete the report. Sebab, kalau tak, memang tak akan siap those works. Jadi, di sini sama-sama menghalalkan. Tanpa mengira banyak mana buat kerja. After that, we all discuss la kan, something like summarize what is all about this security in Linux, what all about completing the report.

Memang betul la, tak best kalau ramai sangat members in group. Tak salahkan sesiapa, sebab memang tak akan terbuat kerja bila dah ramai. Macam dah lebih orang. But for me, ramai sekalipun, kalau tak ada kerja sekalipun, boleh bagi commitment pada group kan. I mean, takdela bila takde kerja, lepas tu terus jadi pasif, duk ceruk lain sorang-sorang buat hal sendiri, online main game ke, gila facebook ke & apa-apa hal yang tak patut buat masa group discussion. At least join, tengok apa yang group members lain buat.

As I told above, saya tak berkira pun. But what if lecturer point to every person and ask the killer questions, lepas tu macam tak tahu apa current progress, the steps. Kalau saya la, nampak sangat tak join the group. But what can I say, semua dah besar. Yeap, manusia perlu di tegur, di ingatkan. But what if orang tu jenis yang tak boleh nak terima ? yela kita ni kena respect orang lagi awal makan garam dari kita kan. Saya tak kata la saya ni bagus sangat buat kerja, saya tak kata saya ni rajin sangat buat kerja. tidak tidak. saya tak rasa pun. Malah, saya selalu rasa saya kurang je dari yang lain.

First, ingat macam saya je yang perasan. Takpela, monolog dalam hati je kot. Bersangka baik sajala kan. Rupa-rupanya members lain perasan juga. Tapi kami jenis senyap & tak huha huha. Let it be la. Kalau setakat selingan sikit-sikit jenguk internet tu it’s ok, fine. Kalau saya la, handphone terus saya tinggal. Lepas tu blog tu, saya open je, tengok traffic untuk beberapa saat. Facebook tu saya tak la kan. *ok saya macam takde facebook* . hahaha.. taktau la kan jika lepas ni saya nak ber Facebook kembali. Let it be. Facebook is not part of my life. tidak tidak.

Lagi satu cerita lain : adala baru-baru ni, baru sangat la. Saya adala tegur sahabat saya ni pasal something. Mula-mula ingat dia marah kan. After that dia SMS, dia kata macam thanks la tegur, dia fikir juga. Lepas tu kami borak lagi sama-sama, sahabat sorang lagi pun kata,

“betul tu awak, betul apa Evi tegur tu”

“yup, apa-apa hal nanti kalau aku salah, tegur la aku”

(Saya jawab) “aku pun sama. Kalau salah ke, tak betul ke, tegur la. Kita kan sahabat. Kita bukan sekadar kawan..”

Saya bersyukur dapat sahabat macam ni. saling tegur antara satu sama lain. Pastu jenis boleh menerima. Boleh differentiate which right which wrong. Bukan kata tegur hari ni, magic dalam beberapa seconds je terus berubah. Bukan bukan. At least boleh terima and give them some times to think & to take the actions. Differ with certain makhluk yang act like nothing happened & do something worse.

Nak share something lagi : saya baru terfikir kan. Contoh bila saya tengok maksiat di depan mata. Dulu saya macam takde la hard sangat feeling ni kan. Tapi sejak beberapa menjak ni kan, saya rasa jadi lagi menyampah, jadi lagi sakit mata, jadi lagi tak suka dengan apa yang berkaitan dengan maksiat. Bukan saya benci orang yang buat tu. Bukan bukan, tapi saya benci tengok maksiat itu. Boleh beza kan ? lepas tu saya fikir lagi, sebagaimana saya benci tengok maksiat itu, mesti orang lain pun benci tengok saya buat maksiat dulu-dulu juga. Saya fikir lagi, kalau manusia lain benci tengok maksiat itu, mesti Allah lagi tak suka tengok maksiat yang kita buat. Ya Allah, saya takut jika Allah benci saya, saya takut. Tapi saya bersangka baik pada Allah, Allah itu maha penyayang. Allah maha penerima taubat. Apa yang saya nak share kat sini, apa yang kita buat,

~~semoga kita dapat beza mana baik mana buruk. Kalaupun kita dah buat benda baik, tapi ada manusia tak suka kita buat baik tu, biarlah mereka tak suka sekalipun. Mana mereka tahu kita dah berubah, kita dah bertaubat sekalipun kan.

~~apa yang kita buat, contoh kat atas tadi, fikir la, adakah Allah suka apa kita buat ni. Jangan sampai Allah benci pada kita, marah sangat pada kita.

Sahabat saya kata : peduli la apa orang kata, orang nak fitnah ke, nak kutuk ke. Peduli peduli. Sebab kalau kita buat baik sekalipun, tak semua orang boleh terima kita buat baik. Ada je yang masalah hati tu, dia still tak puas hati kan. Pedulikan mereka yang nak kutuk ke, nak cakap apa ke, lama-lama senyap la tu. Biarlah manusia tak suka kita pun, benci kita pun, tapi jangan sampai Allah benci kita. Biarlah 1000 manusia benci kita sekalipun, cukupla memadai Allah yang sayang kita. Jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan Allah. Jika kita dah tak boleh terima kebaikan yang orang buat pada kita atau di sekeliling kita, dah tak terima nasihat yang baik, teguran yang membina, means that memang ada problem kat hati tu, hati dah gelap, dah banyak titik hitam, makin terang, makin menyerlah, jadi benda baik macam tak boleh dah nak masuk. Kita tahu kan apa kita perlu buat bila hati dah kotor.

Nak share sikit tentang pengisian dalam usrah petang semalam : Surah Al-Kahfi ayat 49 :

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

Setiap apa yang kita buat, sebesar zarah sekalipun, tetap akan di catat & akan di perlihatkan di hari perhitungan kelak. Saya bertanya pada naqibah saya : “kalau kita dah bertaubat, dah tinggalkan semua tu macam mana ? adakah kita akan diperlihatkan juga dosa-dosa itu” Jawapannya : “tidak, bila kita dah bertaubat, kesalahan di buku itu telah dipadamkan, dah cancel dah. tidak diperlihatkan lagi” begitula jawapan naqibah saya. Hebatnya Allah maha pengampun. fikir lagi, sanggup ke kita tengok balik benda-benda keji yang kita buat ? sanggup ke semua orang menonton apa kita buat dosa-dosa itu ? mesti rasa segan kan. benar, Allah itu penerima taubat. Bertaubat sebelum matahari terbit dari barat.

Ku meniti awan yang kelabu. Ku tempuhi lorong yang berliku, mencari sinaran yang menerangi kegelapanku. Ku percaya nanti satu masa, sang suria kan menyinar jua. Membawa harapan yang menggunung bersamanya. Kau tiba bagaikan pelangi. Tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Bagai pelangi petang, kau kan pasti pergi jua.. -Pelangi Petang Sudirman-

Filed under Uncategorized

Yang di katakan SAHABAT

Suddenly saya punya hati tergerak nak create entry macam ni. First of all, syukran jazilan kepada seseorang di Jordan, kerana hasil dari perbincangan dengan dia di YM tadi la saya terfikir tentang Siapa yang di katakan SAHABAT. Siapa dia yang saya maksudkan ? tidak perlu la saya nyatakan di sini. Bimbang jika ia boleh menimbulkan fitnah kerana dia adalah bukan mahram saya. Dia juga seorang blogger yang hebat, penulisannya mantap, dakwah nya indah. Banyak yang saya dapat pengajaran dari penulisan dia selama ni.

Benar, saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini. Tidak. Saya bukan yang sepatutnya. Masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan. Nak di bandingkan dengan orang lain, mereka lebih jauh baik dari saya. Bukan setakat tu, siapala saya nak menasihati sesiapa sekalipun. Tapi, seperti saya nyatakan di atas tadi, dia sahabat saya di Jordan telah menyedarkan saya & memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugas saya, tanggungjawab saya jika saya ingin jadi sahabat kepada sahabat saya.

“tiada prasyarat dalam memberikan nasihat. diri baik ke tak cukup baik ke semua orang bleh bagi nasihat kalau cara bagi nasihat tu betul”

Sebelum itu, saya ada satu short story. Actually a very long story, but I will try to summarize it. Sahabat dan kawan. Apa bezanya ? memangla, semua boleh di katakan kawan bila kita dah kenal seseorang tu. Tapi tak semua mereka adalah sahabat kita. Dan saya juga bukanlah sahabat kepada semua orang walaupun saya adalah kawan kepada mereka semua.

Saya mengenali seorang muslimah ini kerana cita-cita. Kerana cita-cita saya & juga cita-cita dia, kami membina ukhwah di situ. Huluran persahabatan di sambut dengan penuh barakah. Hari makin hari, kami makin memantapkan ukhwah ini. Jika nak di bandingkan dengan saya, perwatakannya jauh lebih sopan dari saya, auratnya jauh lebih terjaga dari saya, dan segala-galanya semuanya jauh lebih baik dari saya.

Holding Hands Together

Masa berlalu dengan begitu pantas, suara-suara sumbang makin kedengaran di sana sini. “kenapa dia begitu, kenapa dia dah berubah, kenapa dia bebas dengan lelaki. Korang tak nasihat dia ke” dan pelbagai soalan yang bertubi-tubi.

Benar, saya tak mampu untuk memberi kata-kata nasihat andai saya pun juga begitu. Walaupun pernah saya menyampaikan secara kiasan, dan saya hanya mendapat feedback “aku tahu. InsyaAllah. Thanks tegur aku.” Siapala saya untuk menyedarkan dia, sedangkan seorang lagi sahabat dia yang lain yang juga jauh lebih baik dari saya bagi nasihat pun, tiada apa terkesan padanya. Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Couple : Bila selalu bersama, siang malam berkepit sana sini, tak cukup waktu pembelajaran, sehingga sampai satu masa, saya terkejut dengan satu perkara yang berlaku. Katakan pada masa itu campus saya di Melaka. Dari Melaka, dia pergi KL dengan lelaki itu pada malam itu lebih kurang pukul 10pm. Sedar-sedar, tengah hari esoknya baru balik ke campus balik. Bila di Tanya apa dia buat, dia tidur di mana, rupa-rupanya malam itu tidur berdua di dalam kereta, berhenti di tengah-tengah perjalanan.

Ya, mungkin tak pelik bagi sesetengah pihak. Maybe benda tu dah biasa bagi sesetengah pihak. Tapi dari segi agama, biasakah ? baiklah, saya masih boleh bersangka baik. “Tak buat apa-apa, lagipun dalam kereta je. Tak mungkin sesuatu yang pelik berlaku. Lagipun dia memang baik..” bisik hati kecil saya. Hanya Allah saja yang tahu bukan ? tak mustahil apa-apa pun boleh jadi bila berdua. “bila lelaki & perempuan berdua, di tengah-tengahnya adalah syaitan.”

Bila saya menyuarakan soalan ini, & bertanyakan pendapat kepada sahabat saya di Jordan itu, dia berkata : “Nasihat lagi. Lagi lagi lagi dan lagi. sampai la sampai salah satu dari dua mati atau pun matahari terbit dari dua..”

Baiklah. Siapa dia pada saya sebenarnya ? Dia sahabat saya atau saya ni sahabat dia ? Ataupun saya ni hanya kawan kepada dia, & dia hanya kawan kepada saya ? Kalau saya sahabat, apa tindakan saya ?

Apa yang saya faham dari maksud SAHABAT ialah “mereka yang mendalami kita, mencintai kita, mengasihani kita, mengasihi kita, membawa kita bersama ke arah kebaikan..” Bukan mereka yang membiarkan kita terus hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tidak di katakan sahabat jika mereka terus menggalakkan kita terus melakukan kesalahan, terus bermaksiat, terus mengheret kita ke arah kejahilan. Tidak, tidak. Mereka bukan di katakan sahabat.

Saya ni sahabat kepada siapa sebenarnya ? Dan siapa sahabat saya sebenarnya ? Baiklah, memang saya tak dapat nak jadi sahabat kepada semua orang. Tapi saya dah try nak jadi sahabat kepada mereka yang rapat dengan saya. Bila saya try untuk tegur mereka, menasihati mereka, mungkin ada yang boleh terima, mungkin ada yang tak boleh terima. Saya ada satu lagi cerita. Saya pernah menasihati seorang muslimah yang lain “jangan keluar dengan lelaki tu lagi. Dia jahat. Saya tahu, kalau awak keluar dengan dia, mesti dia nak ambil kesempatan pada awak. Tolong janji dengan saya awak tak akan keluar dengan dia lagi” Bila jadi macam ni, dia pula yang tipu saya bila saya bertanya :

“awak balik dengan siapa semalam”

“owh, saya balik dengan Siti semalam”

“owh, betul balik dengan Siti ? bukan balik dengan lelaki tu ?” (Sedangkan saya dah tahu dia balik dengan siapa, saja nak uji lagi.)

“mana awak tahu saya balik dengan lelaki tu. Awak nampak ke saya semalam ?”

“takpela. Maybe saya silap kot. A’ah betul la awak balik dengan Siti. Awak tak balik dengan lelaki tu”  (Saja nak kenakan balik..)

“ok, saya minta maaf. Memang saya balik dengan lelaki tu. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi saya segan kat awak. Saya malu kat awak. Sebab awak dah pesan kat saya jangan keluar dengan lelaki tu tapi saya buat juga. Saya kata tak nak layan lelaki tu lagi, tapi saya layan juga.”

Lebih kurang beginila situasi nya. Tapi memang saya amat yakin dengan kebenaran dari Allah. Jadi saya tak risau sekalipun manusia menipu kita. Pasti Allah akan tunjuk kebenaran. bila saya cuba untuk jadi sahabat, sekalipun saya ditipu olehnya.

Berbalik pada cerita asal, siapa yang di katakan sahabat ? kalau sekalipun saya ingin rapat dengan dia, cuba untuk menjadi sahabat dia, adakah dia terima ? benar, hati saya mengatakan macam mana saya nak rapat dengan dia sekiranya dia selalu bersama ‘kawan’ dia itu dan selalu berkepit dengan pakwenya. Bila masa pula saya boleh untuk mendekatinya ? sekejap ye sekejap, kenapa saya mesti bersungguh-sungguh untuk menjadi sahabat dia ? kerana satu masa dulu dia pernah tegur saya tentang aurat, pergaulan saya dengan lelaki. Dia pernah menyedarkan saya. Saya menghargai kata-katanya satu masa dulu walaupun sekarang dia juga jauh lagi terlibat dari saya. Walaupun dia tak cakap serupa bikin.

Kerana saya sayang dia. Kerana saya sayang iman dia. Kerana saya sayang dia sebagai seorang muslimah. Jangan Tanya saya lagi kenapa saya kesian pada dia, kerana Allah yang memiliki hati saya, & Allah juga yang menggerakkan hati saya supaya menggapai kembali tangannya dari tangan-tangan yang membawa dia ke arah  keburukan. Sahabat saya di Jordan berkata lagi “saya tak rasa kawan rapat dia itu adalah SAHABAT dia” ..

Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.

Memang saya kesian pada dia. Susah payah orang tua dia mendidik dia, menjaga dia. Tapi akhirnya hanyut begini. Dia terdiri dari family yang baik-baik, ayahnya seorang ustaz. Benar, dia di uji. Mungkin dia tak ingin berada dalam keadaan sebegini. Mungkin dia try untuk keluar dari situasi begini, tapi mungkin dia belum ada kekuatan. Tapi, sudah bertubi-tubi mereka yang lain menasihati dia, kenapa masih tak tergerak hatinya ? ya, dia perlukan masa. Saya tahu dia boleh, kerana satu masa dulu saya juga boleh meninggalkan semua perkara itu, saya juga boleh meninggalkan lelaki itu semua.

Sedarlah sahabat, berkali-kali saya katakan, semuanya sudah faham, sudah tahu. Jodoh pertemuan Allah sudah tentukan. Niat tak menghalalkan cara. Benar, kita hendak buat benda baik, tapi jangan sampai di campur dengan keburukan. Contohnya macam nak tolong mak ayah kat kampung, kita perlukan duit. Lepas tu, pergi mencuri sana sini, dan bagi duit tu untuk mak ayah di kampung. Nak tolong mak ayah tu memang baik, tapi duit yang di gunakan untuk tolong mak ayah itu adalah hasil mencuri. Haram bukan ? begitula perumpamaannya. Bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak akan bersama juga. Saya selalu pesan pada diri saya ni. tak guna nak pertahankan hubungan dengan bukan mahram andainya dia belum tentu menjadi milik kita. Tak guna jika dalam hubungan cinta itu hanya semata-mata di sirami dengan air mata kekecewaan, kesedihan, sentiasa makan hati, di duakan. Sampai bilakah ? semoga cinta manusia tidak mengaburi mata serta hatimu lagi.

Berusahalah menjadi sahabat, Bukan sekadar menjadi seorang kawan. Jika kita mahu orang lain jadi sahabat pada kita, kita terlebih dulu perlu jadi sahabat kepada orang lain. Hiasi peribadi.. Benar, saya sayang kamu, saya mengasihi kamu, saya kesiankan kamu..

Entry penutup Februari 2010. Februari 2010 yang mencatat 1001 kebahagiaan, kemanisan pada saya. Benar, sujud syukur Pada Ilahi atas segala Cinta.. Indahnya nikmat Allah..

UPDATED at 7.35am 28Feb2010 : Sebagai tambahan, boleh merujuk kepada http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh…/ .. Quite similar entry, quite similar story. Entry yang muncul beberapa jam selepas entry saya yang ini. Sekian.

Filed under Uncategorized

Mengapa Mesti Menipu

Saya tak fahamla kenapa mesti menipu, kenapa mesti berdusta, kenapa mesti memfitnah. Lagi dua kali ganda saya tak faham pada orang yang belajar agama (kita umat Islam memang belajar agama), maksud saya lagi-lagi khusus dalam bidang pengajian Islam.

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Baiklah.. Saya nak cerita ni. Maybe ada yang rasa saya tuju pada sesiapa. Paling tak pun, maybe orang itu sendiri yang akan terasa tahap klimaks bila baca ni. Itupun kalau baca, lagi malang kalau tak terasa pun.

Saya tak faham :

Kata ambil cos Medic tapi sebenarnya ambil usul fiqh :

-Bajet macam hebat la kan bila dengar kata ambil medic. Nanti dapat title doctor. Macam glamour sajala kan. Apa, course syariah usul fiqh tu tak cukup baik ke ?

Kata scholarship JPA, hakikatnya mak bapak dia punya tanggungan :

-Bila sebut scholarship JPA ni, mestila yang pandai-pandai, mantap je result. Hebat la kan.

Kata dapat 11A1 masa SPM, hakikatnya 5A dan bahasa arab serta English dapat C something :

-Macam kepala otak dia. Konon genius la kan. Terror woo 11A1. Result mantap.

Kata family baru beli kereta BMW 5 series padahal proton ezora saja :

-Nak tunjuk high class la. Dengar macam BMW tu mewah je. Berlagak dengan menipu ? Adeh, apa la dia dapat ? Tak faham..

Mengatakan bahawa seorang perempuan ni adalah sepupu sesusu, hakikatnya sahabat lama, tak pun kekasih lama :

-Tak nak la biar orang tahu yang dia ni melayan perempuan. Nak supaya dianggap suci.

Mengaku pergi masjid pada waktu tu, mengaku puasa sunat, pada hari tu, padahal tak pun :

-Bila kata pergi masjid, nampak la baik je solat berjemaah. Konon macam baik la kan puasa sunat. Padahal tak pun. Saya tak faham kenapa boleh buat main-main dalam perkara agama macam ni.

Kata tak pernah couple, tak layan perempuan, hakikatnya pernah je couple, layan je perempuan :

-konon macam suci la kan. Tak pernah couple, tak pernah bercinta, menafikan pernah keluar berdua dengan perempuan, menafikan tak pernah sentuh perempuan.

Menafikan gambarnya bersama seorang perempuan, dan mengatakan bahawa perempuan itu yang edit gambar tu sebab nak fitnah dia. Hakikatnya, itu gambar real :

-untuk melindungi diri sendiri. Lepas tu sanggup fitnah orang yang tak bersalah. Tuduh orang lain yang buat fitnah, padahal dia yang sedang fitnah orang lain.

Dia Sumpah kata dia tak tipu, hakikatnya dia tipu benda yang dia sumpah tak tipu tu :

-main-main dengan sumpah Allah. Macam tak ada apa makna pun sumpah pada diri dia ni

Selalu tipu parents dia

-setiap SMS dari mak dia, mesti mak dia cakap “kamu jangan tipu mak. Kamu cakap betul-betul”. Mak dia pun dah tahu dia banyak tipu.

Cuba untuk membeli cinta perempuan dengan duit. Saja nak tunjuk lagak yang dia ni kayala kan, nak tawan hati perempuan. Betul-betul anak orang hartawan ke ? Haih, Untuk saya, tak payahla. Saya tak sebodoh tu. Saya tak harapla kalau setakat duit orang lain tu, parents saya dah cukup bagi duit untuk saya.

Bila nak tackle perempuan lain, mulala tunjuk baik. Baru je kenal, terus luahkan perasaan, terus tabur janji-janij nak kahwin nanti. Entah dengan berapa perempuan dah. Lepas tu, mulala kata ni cinta pertama la, perempuan pertama la, tak pernah ada perempuan lain la. Heh, kalau dengan saya, saya dah tahu muka tu jenis penipu, tapi perempuan lain yang jenis mudah percaya tu, tak taula nak cakap apa.

Berhutang sana sini. Sampaikan beratus-ratus dinar hutang dengan kawan dia, dah lama tak bayar. Dia buat apa dengan duit ? Mana la nak tau. Nak kata mak bapak dia bagi duit tak cukup, buat apa hantar pergi overseas kan. Faham-faham sendirila. Kalau dah dengan saya pun boleh nak beli cinta hati saya dengan duit, macam la tak boleh nak buat kat orang lain juga.

Dan pelbagai 1001 penipuan, pendustaan lagi selama setahun lebih mengenalinya. Tak pernah nak berubah, tak pernah nak insaf. Sampai sekarang pun, masih lagi dengan cerita yang sama dari sahabatnya. Bukan sekali dua, tapi entah yang ke berapa ratus kali.

Tapi tak apala, Allah itu maha adil. Doa orang dizalimi mudah di makbulkan, terus sampai pada Allah tanpa hijab. Allah itu satu. Semoga Allah beri balasan setimpal pada si dia yang suka mengkhianati orang. Kebenaran dan kemenangan sentiasa di pihak saya.

Kebenaran tetap kebenaran. Hebat kan Allah selalu bagi kebenaran pada saya dalam hal ni. Saya tak semudah itu untuk di tipu, ada je kantoi dengan semua penipuan tu. Tapi saya kesian juga pada perempuan-perempuan lain yang percaya bulat-bulat tanpa bujur pun kat dia. Haha. Perempuan tudung labuh yang pengajian Islam pun boleh tertipu dengan dia. Tak apala, perempuan sebegini lebih percaya pada bukan mahram dari mahram sendiri. Hahaha.

Konon dah bertaubat. Bertaubat kepala otak dia la ok. Macam tak tau ke sampai berapa kali Allah terima bertaubat benda sama tapi buat lagi ? eh, kata bangga diri ilmu dah mantap, mendalami ilmu agama, kata huffaz. Uish.. macam tempah hell awal-awal saja la kan. Tapi biasala, bila dah terbiasa buat kerja keji macam ni, benda tu dah sebati dalam hati, dalam jiwa, dalam diri. Jadi, kalau buat lagi pun, dah biasa dah, dah tak bagi kesan dah. Dah lekat sangat-sangat dalam hati ni. Sifat keji tu dah jadi kawan baik dalam hati dah.

Terima kasih yang teramat sangat pada mereka yang terus bertanyakan saya, yang jujur berterus-terang pada saya bila dia meminta sahabat dia bersubahat. Tak ada orang nak join sifat munafik dia. Saya memang lebih percaya pada sahabat dia dari dia, dan sahabat dia pun lebih percaya saya dari dia. Sahabat dia kat sana pun contact saya, Tanya kisah sebenar pada saya. Kami semua yang kenal dia ni, semua dah menyampah sangat dengan sifat hipokrit dia. Kenapa mereka percaya saya ? Sebab saya ni tak pandai nak menipu, tak pandai nak berdusta macam dia. Tapi ada je perempuan stupid yang lebih percaya dia dari saya. Kah Kah Kah. Akhirnya, perempuan itu pun terkena juga. Masa ni saya senyum lebar semacam.

Saya tak fahamla kenapa orang macam ni tak ada perasaan bila menipu ni, macam la kebenaran tu tak ada. Macam la orang lain tak boleh nak Tanya orang yang pernah kenal dia. Tapi tak apala, biar semua orang pulaukan dia macam yang pernah terjadi di sini suatu masa dulu. Sampaikan sahabat dia pun lari dari dia sebab tak tahan dengan perangai dia yang cukup lengkap 1 package sifat munafik. Hina bangat orang sebegini.

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn.’Amr.

Perlukah saya cakap macam ni ? Perlukah macam buka aib orang saja ? Bukan itu tujuan saya. Cuma saya nak share dengan readers tentang experience saya, juga nak bagi pengajaran kepada semua readers tentang ni. So bacala elok-elok, faham betul-betul hakikat sebenar, supaya lepas ni more careful with people like this.. Lagi satu, nak explain pada semua orang true story, dari orang yang dengar false story dari orang sebegini.

Ku tak bisa memilih dan bersama orang sebegini. Tak apa, saya suka bila orang macam ini dah nyah dari hidup saya. Mujurla dia tak tergilakan saya macam dulu lagi. Sampaikan sahabat dia yang saya baru borak minggu lepas, sahabat dia pelik kenapala dia gila sangat kat saya. Apa la ada pada diri saya ni. Sedangkan dari dulu lagi saya tak sabar-sabar nak dia berambus dalam hidup ni. Alhamdulillah, sudah berambus. Dan Allah pun sudah meredhakan hati saya untuk semua ini. Syukur ke hadrat Ilahi..

People around me always said that “u deserve better Evi”.. insyaAllah.. doa banyak-banyak, yakin dengan janji Allah.

Macam best saja saya cakap pasal orang. Apa, diri ni dah ok sangat ke ? Saya tak kata saya macam tu. Heh, at least saya tak menipu, tak mendusta, tak memfitnah, semata-mata untuk melindungi diri. Bagi saya, KEJUJURAN itu adalah segala-galanya. Kalau orang tanya soalan terlalu peribadi, saya hanya diam, tak jawab, tak kata apa. Mengiyakan pun tak, menafikan pun tak, menipu lagi tak, mendusta juga tak. Susah ke nak JUJUR ni ? Bagi saya tak susah, senang sangat. Senang bila kita tau apa balasan untuk orang munafik ni..

Sahabat-sahabat saya serta sahabat-sahabat dia kata lebih kurang macam ni : “dia tipu semua tu, berlagak semua tu sebab dia nak biar setaraf dengan awak, nak sekufu dengan awak. Dia tak nak nampak dia kurang dari awak.. Dia nak ada macam apa yang awak ada”

Yang ini macam nak gelak double. Eh, ada ke saya bagi syarat pada sesiapa untuk berdamping dengan saya, untuk kenal saya, hatta untuk jadi suami saya nanti, saya letak syarat yang dia kena setaraf, sekufu dengan saya. Ada ke ? Tolonglah. Tak ada makna pun la ok. Saya ni jenis membina ukhwah dengan semua orang tak kira tahap mana. Peduli apa dengan apa yang saya ada ? Apala orang macam ni nak dalam hidup dia. Menipu semua tu, berlagak semata-mata nak dapatkan cinta hati saya, nak setaraf sekufu dengan saya. Tak terfikir langsung saya nak macam tu.

Kisah ni bukan melibatkan dua tiga watak saja. tapi berpuluh-puluh watak. Macam filem pula. Bukan saja bagi pengajaran pada saya, tapi juga pada mereka semua yang terlibat. Saya tak menyalahkan takdir. Saya anggap ini hanyala ujian untuk saya, benar ia lebih mematangkan saya. Kita di uji dengan pelbagai cara, kita di uji dengan cara berbeza-beza. Selain tu, Allah uji saya macam ni sebab Allah nak saya tackle cinta Allah balik. Nice bukan ?

ok, habis dah. Best hentam orang kali ni. Kalau saya mula berbicara, memangla panjang. Ahah.. Mesti ada yang tegur bila saya sengaja mengkasarkan bahasa dalam blog ni..

Filed under Uncategorized

Untukmu Iman

Iman.. Apakah itu ? Siapa dia ? Kekasih baru saya ? Seseorang di hati saya ? Peneman hidup saya ? Cinta hati saya ? Bilakah dia muncul dalam hidup saya ? Ianya sungguh membahagiakan saya.. Biarlah saya berterus-terang siapa iman sebenarnya dalam hidup saya selama ni..

Terima kasih iman.. Saya sayang iman saya.. Saya cintakan iman saya. Iman adalah segala-galanya bagi saya dunia akhirat. Iman penyelemat saya, Iman membuatkan hari-hari saya semakin ceria. Iman selalu bersama saya, menemani saya dalam apa jua keadaan sekalipun. Iman yang jaga saya, jaga diri saya, yang lindungi saya selama ni. Tanpa iman, hidup saya kucar-kacir, hidup saya berserabut, hidup saya tak tenang serta berlaku peperangan dalam diri ni..

Cuma saya yang kadang-kadang tak hargai iman. Saya tinggalkan iman. Saya tak berusaha nak jaga iman. Sedangkan iman yang jaga saya selama ni juga. Saya biarkan iman, saya tak pedulikan iman. Bila saya begitu, iman pun pergi makin jauh dari saya. Iman merajuk dengan saya. Bila iman dah tak rapat dengan saya, dah tak intim sangat dengan saya, iman dah tak ada untuk jaga perlakuan saya, akhlak saya, perangai saya. Maka saya bebas buat apa je. Saya dah tak kisah. Suka hati saya nak buat apa, tak fikir apa pun bila nak lakukan sesuatu.. Iman, tolong jangan tinggalkan saya macam ni. Tolong jangan biarkan saya macam ni. Saya perlukan iman..

Bila iman dah jauh merajuk pergi dari saya, mulala hidup saya terkapai-kapai. Kenapa saya macam ni, kenapa saya buat ni, kenapa saya rasa berserabut, kenapa rasa banyak masalah, kenapa berat kepala ni, kenapa hati ni tak tenang dan macam-macam lagi perasaan negative yang saya rasa. Bila saya lagi tak nampak iman, kadang-kadang rasa tak nak hidup lagi. Iman, tolong.. saya nak iman.. Saya perlukan iman. Saya mohon, tolong kembali pada saya balik macam suatu masa dulu, di saat-saat kita rapat sangat, intim sangat..

Tak guna saya memujuk, merayu, menangis air mata darah sekalipun jika iman dah jauh merajuk pergi dari saya. Iman tak akan datang sendiri macam tu. Iman tak akan kembali dengan pujuk rayu saya. Iman sensitive sangat. Bila dia dah jauh pergi, dia tak nak toleh ke belakang lagi. Dia tak akan datang melutut pada saya. Iman tak ego, tapi iman nak beri pengajaran pada saya. Bila iman makin jauh menghilang, saya turunkan ego saya, saya cuba untuk cari iman. Saya yang kena usaha cari iman walau apa jua sekalipun. Saya cuba, cuba dan cuba lagi. Memang iman senang lari dari saya, tapi iman susah nak kembali pada saya.

Saya tahu saya yang salah, saya yang selama ni abaikan iman. Jadi, tiada siapa yang dapat tolong saya untuk kembalikan iman saya. Saya sendiri yang perlu berusaha, saya yang kena bekerja keras untuk pujuk iman supaya balik bersama saya balik. Siang malam saya usaha supaya saya dapat iman saya balik. Alhamdulillah, berkat usaha saya, dengan izin dariNya, akhirnya iman makin kembali pada saya. Dia kembali, bukan juga kembali, tapi saya yang berkorban pergi cari iman. Saya yang cuba untuk dapatkan dia balik. Macam saya kata, saya merayu macam mana sekalipun, dia tak akan datang balik ke arah saya, tapi saya yang kena pergi pada iman.

Bila saya dah dapat iman saya balik, bila iman dah sudi berada dekat dengan diri saya, dekat dalam hati saya, maka saya akan cuba untuk jaga dia sebaik mungkin. Saya cuba untuk hargai dia, saya nak pelihara dia elok-elok. Saya tak nak dia pergi jauh dari saya macam dulu lagi. Saya amat terasa dengan kehilangan dia suatu masa dulu. Saya terasa peritnya, sakitnya, pedihnya hati bila dia jauh dari saya. Berbekalkan dengan usaha saya, saya dapat jumpa dia balik. Bukan usaha yang sedikit untuk dapatkan iman kembali, tapi banyak yang saya perlu korbankan untuk dapatkan iman balik. Bermacam-macam pengorbanan yang saya buat semata-mata untuk dapatkan iman balik. Saya harap, berbaloi dengan usaha saya untuk dapatkan iman balik.

Supaya iman sudi untuk bersama saya kembali, Saya perlu tinggalkan si mungkar, saya perlu jauhkan diri dari si maksiat, saya perlu halau si mazmumah. Sebab iman dah awal-awal beri amaran, iman nak dia je berada dalam diri ni. Dia tak nak share dengan si mungkar, tak nak berada bersama si maksiat, tak nak berkawan dengan mazmumah. Kalau tak, iman akan memberontak, iman akan marah sangat. Iman tak nak bersubahat. Iman tertekan sangat. Iman terpukul-pukul dalam hati ni. Iman meronta-ronta nak keluar dari diri ni bila mana saya lebihkan tiga sifat buruk itu dalam diri saya. Bila saya syok layan tiga sifat buruk itu, iman mengundur diri dari saya..

Saya mengaku, ini bukan kali pertama, bukan kali kedua, bukan juga kali ketiga iman pergi jauh dari saya. Tapi, sudah berkali-kali saya tinggalkan iman, sudah banyak kali saya tak jaga elok-elok iman. Untuk kali ini, dengan sedaya upaya saya, dengan setulus hati saya, sepenuh jiwa saya, saya akan jaga iman.. Saya tak nak perkara-perkara lalu berulang kembali.

Iman, jagalah saya, tolong kawal perbuatan saya, tolong awasi tingkah laku saya. Tolong iman.. saya merayu.. Saya teramat memerlukan iman. Saya tahu, sebanyak mana pun duit saya ada, setinggi mana pun pangkat saya, saya tahu saya tak dapat beli iman, saya tahu iman tak boleh di tukar ganti dengan apa jua sekalipun…

Terima kasih imanku kerana masih sudi menerima saya, masih sudi untuk terima saya yang penuh dengan dosa noda ini.

Imanku.. Kerana Iman lah saya masih berada di landasan agama. Kerana iman yang menguatkan saya untuk beribadat, kerana iman juga saya masih menuntut ilmu.. Kerana iman yang mengingatkan saya tentang solat, kerana iman yang mengejutkan saya tika dinihari untuk beribadat kepadaNya.. Kerana iman yang kuatkan hati saya untuk tabah menempuhi segala ujian, cabaran, dugaan. Kerana iman yang menyekat saya melakukan perkara mungkar walaupun kadang-kala saya lawan iman saya. Saya membiarkan bisikan larangan iman. Saya ikut nafsu jahat. Kerana iman jugalah yang pinta saya untuk menutup aurat  walaupun saya masih tidak melakukannya dengan sempurna. Masih lagi kerana.. Iman adalah segala-galanya pada saya. Iman penyelamat hidup saya, pelindung diri saya, pengawal hidup saya..

Seboleh mungkin saya tak nak lawan iman lagi. Saya akan cuba, cuba dan cuba lagi. Saya akan patuh pada iman. Saya tak nak buat perkara yang iman tak suka. Tapi iman, maafkan saya jika kadang-kala saya lemah, saya tak ikut iman, maafkan saya jika saya kalah dengan nafsu..

Kerana dialah Iman untuk saya, pada diri saya.. “Membenarkan di hati, mengaku dengan lidah, mengamalkan dengan perbuatan”

Sama-sama pelihara iman kita.. Sama-sama Merasai nikmat Kemanisan iman itu.. Semuanya datang dari Allah, iman juga ciptaan Allah. Allah paling utama.. InsyaAllah..

Filed under Uncategorized