Posts Tagged ‘Advices’

Kita Tahu Tapi Tak Amalkan

Ketika saya menaip entri ini, seluruh anggota badan ini terasa menggeletar, terbayang-bayang dosa-dosa lalu yang pernah saya lakukan, dosa kecil mahupun besar.

Tapi betulkah apa yang ingin di perkatakan nanti ? Layakkah saya untuk berbicara tentang ini, sedangkan diri ini masih melakukan dosa, masih menghampiri perkara mungkar, maksiat serta seluruh perkara yang di larang oleh Allah ? Sungguh rasa tidak layak, tapi saya kuatkan diri saya untuk berkongsi sedikit ilmu apa yang saya tahu, yang mungkin telah semua readers tahu.

Dari kecil kita belajar agama, di didik, di asuh oleh keluarga. Di sekolah pula, kita masih belajar subject Pendidikan Islam, merangkumi ilmu tajwid, akhlak, aqidah, sirah, tauhid, ibadat, al-quran, hadis. Di tambah lagi kelas fardhu ain di waktu petang selepas waktu sekolah, malah saya bersyukur berada di UDM kerana subject university mengandungi Aqidah & akhlak, Fiqh Islami, bahasa Arab & subject elektif sem depan insyaAllah Falak Syarie.

Walaupun sesetengah dari kita bukan dari bidang pengajian Islam, termasuk saya juga, tapi kita tetap orang Islam, dilahirkan dalam nikmat yang paling besar Islam. Mungkin kita tak sampai tahap mendalami ilmu agama sehingga ke peringkat diploma, degree, master. Tapi saya rasa apa yang kita pernah belajar selama ni, kita dah tahu dah tentang asasnya. Yang mana halal, yang mana haram.

Selain itu, juga mengikuti blog-blog yang mengandungi unsur dakwah, tentang agama. Kat mana-mana pun kita boleh belajar agama. Dengan dunia internet yang sangat luas, pelbagai sumber, bahan yang boleh kita cari di sini. Search je kat ‘Abang Google’ .. Setiap masa kita boleh luaskan pengetahuan kita, bukan masa sekolah-sekolah je belajar agama. Tak payah rasa dah mantap ilmu agama kalau setakat “form 3 sekolah agama” tapi dah riak semacam. Macam boleh kata, go to hell awal-awal la senang. Tak payah susahkan hidup orang lain.

Blog berunsurkan dakwah dah banyak di bangunkan. Even ustaz-ustaz UDM pun ada blog sendiri. Tak kurang juga yang paling ramai bloggers adalah di kalangan pelajar-pelajar, sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara. Walau kita dah tahu sekalipun, tak semestinya kita tak payah baca tentang ilmu agama. Sebab apa ? Sebab belum tentu kita amalkan dengan apa yang kita tahu tu. Tak salahkan kalau kita nak memantapkannya, nak mengingatkan kita, nak bagi makanan pada hati kita ni.

Kita Tahu Tapi Tak Amalkan

Kalau kita tahu benda ni salah, haram, tapi kita buat juga, maka dapatla dosa. Lain pula jika kita tak tahu, mungkin tak berdosa & itu atas pertimbangan Allah sejauh mana kita tak tahu atau buat-buat tak tahu. Macam sia-sia je apa kita menuntut ilmu tapi tak amalkan. Dengan senang hati nak langgar semua hukum tu. Saya tak kata orang lain la, tapi merujuk pada diri sendiri. Saya tahu itu salah, itu haram, tapi kenapa saya masih buat ? Mungkin bila nafsu dah menguasai diri, Nafsu menang dari Iman, maka terjadila perkara yang tak patut di lakukan. Tapi bila dah buat, timbul kekesalan di hati.

Kenapa aku buat ? Aku dah tahu, kenapa ianya terjadi juga. Di mana iman aku ? Lemahnya diri aku ni.”

Kalau readers perasan, readers tersedar la kan, setiap kali kita buat salah, hati kita tak tenang, jiwa ni meronta-ronta, tiada kedamaian jiwa. Malah, asyik fikir tentang dosa yang telah di buat. Itu bagi saya. Apa saya buat, Alhamdulillah Allah masih campakkan kesedaran kat hati saya ni. Tapi saya kesal jika apa yang saya buat, saya tak sedar saya buat dosa. Alangkah malangnya diri ni bila teramat jauh dari rahmat Allah.

Saya tak tahu jika ada antara kita yang buat dosa tapi tak sedar-sedar juga. Saya sedih, saya bingung memikirkan apa yang terjadi di sekeliling saya. Mungkin ada yang bermegah-megah dengan maksiat yang di lakukan. Sengaja menunjuk-nunjukkan maksiat itu. Tapi siapa saya nak tegah mereka, nak tegur mereka andai diri ini pun juga mendekati maksiat walaupun tidak sampai tahap kritikal ? Mungkin sesetengah orang rasa maksiat tu sampai bersetubuh. Tapi ingat balik dalam surah Al-Israa : “ dan janganlah kamu mendekati Zina” . Bukan setakat zina, malah jangan menghampiri, mendekati benda tu. Kita rasa setakat borak-borak, SMS, keluar dating walaupun tak berpegangan, kita rasa benda tu takpe. Tapi sebenarnya benda tu di kira mendekati zina. Lama-kelamaan, syaitan dengan bijaknya akan goda kita supaya jatuh pada perlakuan itu juga. Mungkin selama ni masih tahan, tapi selama mana bukan ?

Apa yang berlaku pada saya, di sekeliling saya, sudah jelas semuanya. Walaupun kisah orang lain, saya masih ambil pengajaran dari semua tu. Semuanya bermula dari perkenalan antara muslimin & muslimat. Memang susah nak cari, nak jumpa couple yang betul-betul berlandaskan Islam. Mungkin pada mulanya niat baik, untuk ke arah rumahtangga, nak jaga hubungan berlandaskan syariat, tapi akhirnya rebah juga. Cinta yang berlandaskan agama hanya ada pada ‘pernikahan’. Hanya dengan akad yang halal untuk menyalurkan rasa cinta tersebut.

Selama mana iman kita boleh bertahan. Bila dah terbiasa bersama, makin dekat, makin intim, makin rapat, maka terjadilah perkara yang tak di ingini. Tapi bila dah sekali kena, rasa nak lagi. Kata salah seorang sahabat saya, “benda ni addicted” .. Saya sedih bila ada di antara orang yang dekat dengan saya, yang saya kenal, tapi terjerumus dalam perkara ni. Saya harap mereka berubah. Tolong tinggalkan perkara ni. Tolong jangan jadi hamba pada nafsu je. Saya takut, takut jika bila saya dah terbiasa dengar perkara sebegitu, saya pula yang akan lakukannya. Saya takut cepat terpengaruh dengan benda sebegitu.

Saya bersyukur Allah masih selamatkan saya dari perkara sebegini. Apa yang berlaku, apa yang Allah jarakkan, semua ada hikmahnya. Tapi dengan dunia internet yang serba canggih, kita tak dapat lari juga dari benda-benda yang tak elok. Kadang-kadang kita salah guna dengan apa yang kita ada.

Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama ni, semoga Allah menerima taubat saya & taubat kita semua. Semoga Allah terus memberi hidayah pada diri ini, kuatkan iman dalam diri ini supaya menjauhi perkara mungkar.  Banyaknya diri ini buat silap, buat dosa ya Allah. Renjiskan setitis kesabaran pada diri ini untuk menghadapi saat itu ya Allah. Semoga diri ini tidak jatuh sebelum sampai masanya. Semoga saya tak melanggar hukum Allah lagi, semoga saya tak ulangi kesilapan lalu.

Bagi yang berkenaan, jangan dekati saya jika saja-saja. Jangan usik iman saya, jangan gerakkan hati saya. Tolong jangan lemahkan iman saya, diri saya. Kecuali benda penting, saya boleh terima. Lebih dari tu, saya tak nak. Saya pun tak akan mulakan melainkan ianya hal penting. Harap faham. Bukan untuk kepentingan diri saya, tapi juga untuk iman kamu semua juga. Sama-sama istiqamah dalam menjaga pergaulan antara ikhwan & akhowat. Jika saya salah, mungkin saya terlupa, jadi tegurla saya. Bukan menggalakkan saya & biarkan saya dalam kelalaian. Sama-sama kita amalkan apa yang kita tahu, sama-sama memperingatkan antara satu sama lain.

Termasuk sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak berguna untuk dirinya…

Filed under MyLife

Jangan Dengar Sebelah Pihak

Ramai yang suka dengar sebelah pihak je. Rasa macam bila dah tahu 1 cerita ni, rasa betul je. Tak dengar dari pihak lain. Bila seseorang ni bercerita tentang masalah apa-apa je la pun, terus percaya. Terus letak yang ni betul, terus kata pihak yang lain itu salah. Macam la orang yang bercerita itu betul sangat. Betul tak ? Senang & cepat je nak nilai orang, nak hukum orang.

Kita tengok pula dalam kes perbicaraan (mari kita masuk court jap). Ada ke hakim dengar sebelah pihak je, terus jatuhkan hukuman ? Kalau macam tu, tak payah la buat mahkamah, tak payah susah-susah university wujudkan cos law. Tak payah susah-susah belajar law, tak payah hafal, tak payah baca buku undang-undang yang tebal, tak payah lecturer susah-susah nak ajar students. Betul tak ? Maksudnya, dalam apa jua sekalipun, perlu pertemukan dua pihak. Perlukan penjelasan dari kedua-dua pihak. Even kalau tak cukup orang yang di bicarakan, dia tak datang ke, perbicaraan di tangguhkan kan ? Setahu saya la, kalau salah, boleh students Law betulkan. Ahah saya tahu beberapa orang sahabat saya yang dari cos law baca blog saya ni..

*sigh* Evi LoLyta nak cakap pasal lawyer la, judge la, court la apa hal ? Yang tu lain cerita, kes besar-besar je macam kes bunuh ke, perceraian ke, kes rasuah ke & lain-lain yang besar je masuk court. Takkan kes remeh-temeh pun nak masuk mahkamah ? Takkan gaduh dengan kawan pun nak masuk mahkamah ? Haih~ bukan saya suruh korang setiap ada masalah, gaduh sikit dengan kawan, dengan pakwe makwe suruh masuk mahkamah. Yang saya nak tekankan kat sini, maksudnya, contoh jika si kapak gaduh dengan si pisau, lepas tu si kapak ni pergi bagitahu si gergaji pasal gaduh semua, seolah-olah si kapak ni je betul. Si gergaji pula percaya je, cepat je tuduh-tuduh, hukum si pisau ni. Padahal, belum dengar lagi dari pihak si pisau. Entah-entah si kapak ni menipu je, reka cerita je. Betul tak ?

Mentang-mentangla si kapak ni kawan baik dia ke, punyala percaya. Lagi-lagi si pisau ni pulak nampak jenis stock biasa-biasa, jadi suka hati je buat tanggapan, terus pandang serong kat si pisau ni. Tak ke naya macam tu ?

Tak usah nak mengadili, menghukum seseorang sesuka hati. Tengok bukti dulu. Tapi ada juga kadang-kadang bukti yang di kaburi. Apa-apa pun, pakai otak la. Guna otak. Tak payah bekukan otak simpan dalam kepala je, tak guna. Kalau macam tu, baik jadi binatang, tak ada akal. Seorang hakim, punyala susah nak jatuhkan hukuman. Berbekalkan saksi, dengan lawyer lagi yang soal macam-macam, tapi kita ni yang jenis biasa-biasa suka hati je, senang je nak hukum orang, nak nilai orang. Tak payah la kata gitu, kadang-kadang students yang belajar Law pun tak boleh fikir benda gini. Dia still dengar sebelah pihak pastu terus percaya. Sungguh tidak adil. Tapi itula yang terjadi.

Lagi terkilan bila seorang perempuan ni terlalu percaya pada si lelaki. Sampaikan, bila ada perempuan lain terangkan, bagitahu, tunjuk bukti, masih tak terima. Sanggup gaduh sesame perempuan, semata-mata percaya pada si lelaki. Ye la, sebab si lelaki ni nampak baik, alim, beragama, terus percaya. Macam orang alim ni tak buat dosa, macam orang Islam ni tak menipu. Kita semua ni manusia biasa, masih buat silap, jangan pandang seseorang tu ustaz, imam, dia tak buat dosa. Kita ni bukannya nabi, maksum. Betul tak ? Tak taula kalau ada ustaz-ustaz yang masuk blog saya ni, baca, terus marah saya sebab kata ustaz pun buat dosa. Tak tahula kalau ada ustaz yang rasa dia tak pernah buat dosa, tak buat silap, mentang-mentangla belajar ilmu agama, ilmu paling dekat dengan Allah. Asif ye, saya tak tuju pada sesiapa. Saya Cuma nak gambarkan reality, apa yang terjadi berdasarkan pengalaman. Saya menulis di sini berdasarkan pengalaman, apa yang berlaku di sekeliling saya. Bukan main cakap je. Dan saya tidak sesekali menuduh semua orang sama.

Kalau setuju, tak setuju sekalipun, berila comment. Asalkan ianya membina. Apa yang saya lalui inila yang saya rasa nak share dengan readers.

So pengajaran kat sini, apa-apa yang kita dengar, jangan dengar sebelah pihak je. Sebaik mana orang tu, jangan sangka dia tak pandai buat salah, tak pandai nak menipu, tak pandai nak reka cerita. Menyelesaikan masalah bukan dengan cara mendengar sebelah pihak je, fikir-fikirkanlah.. Kalau rasa tak boleh nak dengar dari pihak lain, tak berkesempatan ke, pandai-pandai la kita jangan nak suka hati juga ikut kepala sendiri jatuhkan hukuman.

Everything Happened For Reasons..

Tapi kalau rasa nak bodohkan diri jugak, teruskanlah dengan cara tu. Kebenaran tetap kebenaran. Allah lebih tahu. Berhati-hati dengan dunia yang penuh tipu daya. What goes around comes around. Dah penat nak tulis benda sama. Banyak je my previous entries ada ayat tu. Apa kita buat, akan balik pada kita balik.

Jangan sangka saya mudah percaya dengan apa saya dengar dari sebelah pihak. Jika berkaitan dengan saya, saya akan cari pihak lain untuk dapatkan penerangan. Tapi jika ia tak berkaitan dengan saya, saya hanya letak benda tu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya tak sesekali nak hukum pihak lain yang saya tak tahu hujung pangkalnya.

Hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai-nilai keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan & kesenangan kita.

Semoga apa yang saya nyatakan di sini dapat beri manfaat pada readers semua walaupun sedikit. Saya bukan seorang muslimah yang layak untuk berbicara tentang agama, saya sedar itu. Banyak lagi yang saya perlu ubah, yang saya perlu belajar. Tapi saya bukan juga seorang yang berlagak mempunyai ilmu agama tinggi tapi cakap tak serupa bikin. Anda tahukan apa itu munafik, & di mana tempat selayaknya untuk orang munafik ? Saya pasti mereka yang lain sudah lebih mengetahui apa itu munafik. Tapi mungkin nanti saya akan buat entri tentang orang munafik.

Walau apa pun, balik pada yang satu. Apa yang kita buat, rujuk pada Allah, hukum Allah.. Kebenaran tetap kebenaran, ia pasti hadir.. Aku pasti, Aku Yakin.. Subhanallah…

Filed under others

Syukran ya Akh

Saya bukan nak bercerita tentang orang, bukan nak memuja orang, tapi saya nak share tentang saya di tarbiyah, di tegur, di nasihati & macam-macam..

Tapi kenapa akh ? kenapa tidak ukh ? Sudah tidak adakah mereka yang boleh berdakwah ? Saya tidak ada jawapan pada itu. Mungkin kebetulan, mungkin ketentuan Ilahi. Tapi yang pasti, dia adalah seorang blogger yang saya suka tengok, baca blog dia tanpa pengetahuan sesiapa. Kira ‘silent reader’ la selama ni. Semuanya kerana Allah, bila saya dapat chat walaupun sekejap, tapi rasa berharga sangat.

Saya ni jenis memendam, sukar untuk meluahkan. Tapi seboleh mungkin saya bertanya sedikit tentang kisah yang saya pernah alami. Walaupun saya di soal siasat macam-macam, saya jujur berterus-terang walupun ianya perit. Paling terasa di lubuk hati ni adalah tentang aurat. Saya masih ingat lagi kata-katanya “kehormatan bermula dari aurat”. Betul, cuma saya ni yang lemah, yang tidak kuat untuk menjaga semua itu. Katanya lagi “kalau boleh,longgarkan sikit pakaian tu” .. Tentang pergaulan, insyaAllah ianya lebih terjaga. Saya akui yang satu itu iaitu aurat, masih dalam ke arah perubahan yang lebih baik. Saya masih perlukan masa.

Memang tak senang & juga tak susah untuk melupakan apa yang berlaku. Tapi kita perlu nekad untuk buat keputusan. Ramai yang tahu, ramai yang selama ni follow blog saya, baca blog saya, mengikuti kisah saya, perkembangan saya, lagi-lagi tentang kisah cinta saya. Memang penat untuk menjawab persoalan demi persoalan. Lagi-lagi sekarang ni saya dah tak banyak nak bercerita tentang cinta. Cuma kali terakhir post tentang pengakuan yang sangatla exclusive pada 3 September lepas. Kalau-kalau la korang ingat, nak tengok, rujuk la balik archive September 2009. Di mana saya membuat pengakuan, artikel tentang seseorang semasa dia berangkat ke Irbid, Jordan.

Mungkin readers ingat kisah itu berlalu di situ sahaja. Tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebalik itu, Bermacam-macam drama lagi selepas tu. Ia betul-betul menguji kesabaran saya. Sudahla bercerita tentang kisah yang tiada penghujung. Sekali lagi saya katakan, ‘kisah yang belum ada penghujung’. Bila orang tanya, bersoal siasat dengan saya, susah saya nak jawab. Buat apa kita nak cerita tentang orang yang……. Erm tak usahla nyatakan di sini.

Ya Allah, tetapkanlah hati ini, Kuatkanlah hati ini, jangan bolak balikkan hati ini. Semoga aku tak merindui sesuatu yg tak halal bagiku.. Tabahkanlah hati ini ya Allah.. Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untukku. HanyaMu ya Allah yang tahu apa ada di dlm hati ini..

Syukur ke hadrat Ilahi, masih ramai yang sudi menegur diri ini, menasihati diri ini, mentarbiyah diri ini. Saya menerima segala teguran, nasihat. Saya tidak menolak, tidak melawan. Malah saya lebih suka bila ada yang selalu ingatkan saya. Tak susah kan untuk mendidik saya ? Asal kena dengan caranya. Doakan saya.. Sebab itu saya mengharapkan seseorang yang sah, yang halal untuk saya supaya memimpin saya ke arah kebenaran, supaya kami sama-sama menuju ke Jannah ciptaan Allah  yang sangat indah.. Tapi bukan pada yang mengheret saya ke arah kebatilan.

Bagaimana nak lahirkan bayang yang lurus jika kayu pun dah bengkok ? Bagaimana nak hasilkan sebuah keluarga yang soleh, yang bahagia jika asalnya pun sudah di cemari dengan pelbagai dosa noda & juga jika ia terhasil dari cinta yang tidak diredhai Allah ?

Sama-sama renungkan. Juga untuk diri saya yang dhaif ini..

Semoga saya tak jatuh dalam jurang cinta yang belum halal bagi saya.

Filed under heart

Be Careful On The Road

Tak pasal-pasal nak cerita pasal berhati-hati di jalan raya. Macam dah tak ada benda sangat nak cerita, tapi teringin sangat nak update blog. haha

Actually bukan nak update blog sangat pun. Dup dap dup dap menunggu paper OS pagi esok. Sungguh ‘debor’. adehh.. Pening dengan scheduling preemptive, non-preemptive, Deadlock, Batch system, I/O bounds, Time-sharing systems & bla bla tak ada kaitan dengan entri kali ni. Saja nak test memory~ ahah

Semua orang dah tahu rules on the road. Semua belajar undang-undang jalan raya. Kalau tak, takkan lepas test & dapat driving license kan ? Tak taula kalau ada yang ambil ‘lesen terbang’. Doesn’t mean that ‘lesen terbang’ for kapal terbang. Faham-faham sendiri. Even dulu pun ada kes tentang lesen terbang ni. Dan satu kes lagi, tak taula kalau-kalau selama ni memang tak pernah ada lesen kesana kemari. *sigh* sabar-sabar. Gaya tulis macam dah nak marah semacam. ahah

Tak ada makna, tak ada masala saya nak list out rules on the road. Cuma paling-paling saya nak tekankan kat sini, tolongla jangan langgar traffic light. Tak boleh ke sabar ikut turn ? Bukan lama sangat pun. Lagi-lagi traffic light kat main gate UDM. Banyak kali dah saya hampir-hampir terkena dengan orang yang suka hati dia je nak go to hell, tanpa fikir turn orang lain. *sigh* . Pastu buat muka slumber macam langsung tak bersalah. Saya pula yang fikir, eh salah saya ke ? eh bukan turn saya ke ? eh bukan my side ke green light ? Tertanya-tanya pula kawan di sebelah. Ingat ke saya yang tak sedar tengah duk berangan ke apa.

Saya rasa bukan kat saya je kena. Memang pun. Kat sesiapa je la. Even ada 1 kes ni, suka hati je dia teruskan journey dia yang best, but at the same time one car from opposite side ni tengah laju. Hoho belum kena ok la.. heh UDM’s students~ please please please jangan amalkan cara yang amatla tak elok ni. Dah la nak exam ni, jangan nak cari pasal. Juga untuk saya sendiri. Ikut hati dah malas nk keluar ni. Tapi nasi kukus di tengah hari & kopitiam di malam hari melambai-lambai. adehh.. So nak tak nak keluar je la.

Lagi 1 benda : People around me keep talking about Football Finals Tonight between Kelate & N9. haih~ kalau tak kerana esok ada paper OS, mesti saya & Haziqah Auni pun excited nak tengok jugak. ey kenapa Haziqah Auni ? haha. Tak minat sangat, tapi teruja sebab Kelate first time masuk finals kan ? Saya pun tak faham ayah pun sama excited setiap kali ada perlawanan bola kat Stadium kat KB, sure dia pergi bersama uncle saya semua. Saya lagi tak faham bila semua team tak kira international nor local, mesti dia follow jugak. Kenapala channel sports kat Astro tu mesti selalu ada pasal bola ? Memang kebanyakan lelaki suka bola. Baik saya duk senyap-senyap depan laptop, surfing net tak payah jerit-jerit & berdebar-debar tunggu bola masuk goal ke tak. haha. Tapi tak semua lelaki minat bola jugak. Ada je macam saya mengadap laptop je~:) Betul la, minat orang berlainan. So just respect each other, accept people around us just the way they are..

ok~Let’s continue with OS~

Filed under others

Menjaga Hati Wanita Lain

Tak kira, nak post jugak. Nak exam pun, nak post jugak. Takpela, nanti study. hoho jangan tiru cara ni. patutnya study dulu. tinggalkan blog jauh-jauh..

Entri kali ni tak menarik pun. Masih dalam mood exam *sigh*. Saya hanya nak cerita tentang ‘menjaga hati wanita lain’. Tak kirala entri ni untuk saya ke, pasal saya ke, pasal sesiapa ke, saya campur je semua. Kalau ada termasuk kisah korang tu, diam-diam dah la. Jangan nak mengaku pula. haha. Saya buat ni sebab nak bagi pengajaran kat orang lain. heh pengajaran la sangat, bukan melepaskan geram ke ? err tak tak. Nak mengutuk orang sebenarnya. :P

Firstly, saya nak tunjuk saya baik haha. Sebab saya dah jaga hati beberapa wanita @ perempuan macam saya, kaum sejenis saya. Sebab saya tak nak tengok kaum sejenis saya jatuh, sedih, kecewa, terluka. Kira macam nak membela nasib wanita. Nanti boleh buka pusat kebajikan untuk wanita. haha

Baru ni saya dah berjaya menjaga hati seorang wanita. Bagi yang dah beristeri, yang dah bertunang nak nikah tak lama lagi, tak payah pasang angan-angan nak kenal perempuan lain, nak pasang spare part. Lagi saya tak suka lelaki yang curang.

Saya dah berusaha untuk jaga hati orang lain. Tapi memang pun, bukan senang nak jaga hati semua orang. Ada 1 kisah yang saya nk story kat sini. Kisah tentang seseorang yang pernah singgah di hati ni 2 tahun lalu. Terpaksa melepaskan sebab tak ada persefahaman di antara 2 pihak. Bukan sebab orang ke-3, sungguh tidak, sebab dia amatla baik, jujur, setia. Tak seperti yang baru ini hanya tahu nak pasang perempuan lain. Sambung cerita, saya tumpang gembira sebab tak lama lagi dia akan bertunang dengan pilihannya. Saya sentiasa doakan dia bahagia, & perempuan itu amatla baik, sungguh lagi baik dari saya. Saya tak kecewa pun, tak rasa apa pun, lagipun kami tetap sahabat sampai bila-bila. Pelik bukan, bila boleh bersahabat dengan ex-bf, lagi-lagi dia akan menjadi hak orang tak lama lagi. Tapi, saya rasa tak patut teruskan macam ni. Mesti kekasih dia terasa kan. Memang la dah tak ada apa-apa antara kami, tapi untuk wanita itu, (kalau-kalau la dia baca), usah risau, usah jealous. Saya tak akan ambil hak orang pun, sebab sungguh saya tak suka ganggu hak orang, & saya pun tak suka orang ganggu hak saya.. Tapi kalau di minta untuk putuskan persahabatan ni, saya tak kisah. Seperti saya katakan, saya nak jaga hati kaum saya sendiri.

Setakat berkorban benda kecil macam ni, apala sangat. Tak susah pun. Kita jaga hati orang, insyaAllah nanti orang lain akan jaga hati kita juga. Remember, ‘Do not Hurt Others, Nor Others May Hurt U’. Tapi pelik kan, dalam kes saya yang lain baru ni, sorang ni bajet nak jugak, tak nak tinggalkan. Dia siap kata lagi “saya ni dulu sekolah agama (tapi sampai form 3 je sekolah agama bajet ilmu banyak), tak payah cakap pasal agama dengan saya, saya lagi tahu dari kak Evi. Hebatla sangat agama akak tu. Saya je layak untuk dia. Akak tak layak untuk dia kalau diri akak macam ni. Sebab tu dia pilih saya” . Kenapala betina ni sombong macam nak mati nak cari pasal dengan aku. Ok2, readers baca lagi ni. Sungguh dia ditipu terang-terang. Dalam masa yang sama si jantan itu masih contact saya, nak saya, pujuk saya, dalam masa sama jugak, pujuk betina itu. heh layak panggil betina @ jantan je. Punyala si betina ni percaya kat laki ni, tapi tak apala, biarkan dia dengan dunia dia. Satu hari nanti, kebenaran pasti muncul juga. Tak lama pun, terus muncul kebenaran tu. Tinggal la dia sorang-sorang kat situ. Lagi 1, dia bajet dia seorang muslimah, siapa la dia nak tentukan layak tak layak ni kan. Senang kata, setakat orang kampung kat ceruk hulu Perak tu, boleh bla la. heh Evi mengutuk orang ni. Siapa cari pasal dengan saya, akan dapat kata-kata macam ni dari saya. Tanyala kawan-kawan kat sini yang tak pernah cari pasal dengan saya, tak pernah pun kan saya keluarkan kata-kata macam ni ? Tapi saya lagi pelik bila si jantan ni masih mengganggu saya, merayu lepas tu call 10 kali, 20 kali sehari malas nak layan. eh betina, ko nak lagi ke jantan macam ni yang terhegeh-hegeh kat aku ? haha. fikir sendiri. yang jantan ni pula, dah pernah pasang orang lain, kenapa tinggal dia pulak, cari aku jugak ? 10 kali ganda tak faham ok. Let it be.. Sumpah kata-kata ko tu kat aku, balik kat ko balik 20 kali ganda ok ! haha. perghh segan saya tulis macam ni kat blog haha.

Baiklah, berdasarkan pengalaman, kalau jadi macam ni, kalau saya di tempat dia, saya akan lepaskan orang tu pergi. Sebab, saya akan jaga hati wanita lain, saya tak sesekali nak bina kebahagiaan atas kebahagiaan orang lain. Tapi saya tak minta pun untuk macam tu, lagipun saya tak akan terima orang tu lagi. owh please~ masih ramai lagi di luar sana k. haha..

Lagi pelik bila seorang kekasih dengan seorang perempuan simpanan boleh berbaik. Tak percaya kan ? Tapi betul tau. Drama tu berlaku di depan saya sendiri. haha. Lagi satu pula, dah tahu juga hak orang, tapi tak boleh nak lepaskan juga, nak bersama juga. Heh unpredictable kisah-kisah di sekeliling saya ni.

Baik hidup saya macam sekarang. Tak melayan sesiapa, hanya bersama my girlfriends & family. Tak payah cari masalah. Senang hati, makan pun banyak, tak lama lagi chubby. Tunggula, tak lama dah. haha. Sekarang status single, jadi saham pun naik. Sorry, form untuk cari pengganti tak dikeluarkan lagi. Tunggu saya habis degree. Saya ramai kawan, tapi saya tak mudah untuk jatuh cinta & menerima seseorang lebih dari kawan. Harap faham~

Readers, expecially women~ Please please please.. Behave yourself. Tak payah nak sombong berlagak angkuh lagi-lagi sesama kaum sendiri. So stupid la fighting because of Guys. Kita perlu sombong dengan lelaki, jangan bagi muka sangat. haha.

lalala~ malam ni tak study sebab petang tadi dah study. saya punya otak limited bandwidth haha

Filed under MyLife

Rumusan Kem Putra 2009

Rumusan Kem Motivasi di Kem putra pada 15-17 October lalu. Rumusan ini lebih kepada tingkah laku serta masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan punca serta sebab yang membuatkan mereka berkelakuan begitu..

Masalah biasa yang dihadapi para remaja yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara masalah terbesar ialah masalah sosial & pergaulan bebas.. Berdasarkan luahan hati & cerita dari mereka, boleh dikatakan hampir 90% mengalami masalah sosial yang agak berat mahupun sederhana.

Couple~ Isu yang biasa di dengar di merata-rata tempat. Pada umur lingkungan sebegitu, perasaan ingin mencuba, merasai kenikmatan cinta, kasih sayang serta belaian. Tak di nafikan saya pun pernah berada dalam lingkungan umur sebegitu serta saya pun pernah terlibat dalam isu couple walaupun ianya tak sampai tahap parah. Saya pernah merasai, memahami gelodak jiwa ini. Cuma bezanya, diri kita, kekuatan diri, tahap keimanan masing-masing yang dapat mengawal semua tingkah laku serta nafsu.

Perasaan~ Siapa yang boleh tolak kalau benda ni dah datang ? Memang susah nak kawal. Orang yang belum kena, belum di uji, senangla cakap. Tapi belum rasa boleh la nak berlagak. Sekali dah kena, entah-entah lagi teruk..

Apa ada pada couple ? Saya sendiri pun tak dapat nak jawab walaupun saya pun pernah merasainya. Selain dapat rasa rindu, cinta, sayang, kasih, manja-manja dengan bukan muhrim yang belum halal, ganjaran buruk iaitu dosa mesti dapat. Ramai yang berkata : “Saya tak berzina. Saya bercinta cara Islam. Tujuan kami untuk menuju ke alam rumah tangga” ermm tapi di hati ni, di mata ini, di telinga ini ? Bukankah zina hati namanya ? Saya tak kata saya cakap ni saya bagus, malah saya pun memang pernah mengalaminya. Talk based on Experience. Tak salah kan ? Kadang-kadang kita sedar, Cuma susah untuk keluar dari belenggu ini bila sekali dah terlibat.

Antara masalah yang dihadapi pelajar muslimat di Kem motivasi ini ialah :

“Saya pernah hisap rokok” pelajar tingkatan 4

“Pakwe saya sudah mencabul kehormatan saya di hadapan kawannya” Pelajar tingkatan 2

“Saya pernah tengok benda lucah”

“Saya pernah naik motor dengan Pakwe”

“Saya pernah tidur dengan lelaki tapi tak buat apa-apa”

“Saya pernah cium, peluk & adegan-adegan lain dengan pakwe”

“Saya sudah bersetubuh dengan 3 orang lelaki” Pelajar tingkatan 4

Astaghfirullahalazim.. Saya terdiam tak terkata. Antara percaya mahupun tidak. Mereka yang masih muda, masih di alam sekolah, mempunyai paras rupa yang agak menarik perhatian, cute, cun, lawa, comel, tapi sayangnya, akhlak tak seindah rupa fizikal. Tapi saya tak dapat nak kata apa. Saya pun bukannya baik sangat, Cuma saya hanya mampu berpesan kepada mereka jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu. Saya pun tak nak mereka mengalami apa yang saya pernah alami.

Antara masalah lain :

“Saya tak cukup solat”

“saya ponteng puasa”

“Saya suka gaduh dengan orang”

“saya tak tutup aurat, tak pakai tudung”

“saya tak tahu nak solat macam mana”

“saya selalu lawan cakap ibu bapa”

“saya suka ponteng kelas, malas nak masuk kelas”

Bagi saya, pada umur sebegini, hati mereka masih lembut, masih boleh berubah, masih boleh di didik, di tarbiyah. Jadi kepada sesiapa, gunakan peluang sebaik mungkin untuk mendidik mereka. Ni juga untuk para ibu bapa serta guru-guru. Lepas ni saya akan bincangkan tentang punca & peranan ibu bapa pula.

Apakah punca sebenar masalah ini ? Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan begini ? Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran ni. Tapi punca utama adalah masalah keluarga. “semuanya bermula dari rumah” . Macam mana didikan di rumah ? Tentang masalah keluarga :

“Saya ada 18 orang adik beradik. Ayah saya ada 4 isteri. Ayah duk Terengganu. Sebulan sekali je balik. Saya tinggal bersama ibu saya, ada 2 adik-beradik. Abang saya belajar di Politeknik..”

“Saya tinggal bersama nenek saya. Ibu bapa saya bekerja di KL”

“Saya tinggal bersama ibu saudara & bapa saudara saya sejak kecil. Ibu saya menyerahkan saya kepada mereka sejak kecil lagi”

“Ayah & ibu saya selalu bergaduh, saya bosan bila berada di rumah”

“Pakwe saya berumur 26. Saya umur 16. Pakwe saya kerja kat stesen minyak. Dia selalu bawa saya keluar jalan-jalan”

“Ayah & ibu saya dah bercerai. Saya tinggal bersama ayah sahaja”

“Ibu @ bapa suka marah saya tak tentu pasal. Bila saya buat salah, saya dipukul dengan batang paip”

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, saya belum menjadi ibu bapa, belum berumahtangga, tak ada pengalaman dalam berumahtangga, nak menguruskan rumahtangga. Saya sendiri pun tak pernah mengalami masalah keluarga yang serius sampai tahap itu. Semua orang mempunyai masalah, tipula tak pernah ada masalah kata family saya happy je, tak ada gaduh-gaduh. Cuma beza masalah besar atau kecil je. Saya memang tak berhak nak menilai orang lain macam mana mereka uruskan keluarga mereka serta cara hidup mereka. Cuma apa yang saya nak nyatakan sini untuk bakal-bakal suami, isteri, ibu, bapa, jadikan coretan hidup orang lain sebagai pengajaran pada masa hadapan. Bersedia untuk menjadi ketua keluarga sebaik mungkin, didik keluarga dengan agama, bukan dengan kesenangan dunia semata-mata. Tengokla apa kesan pada anak-anak jika ianya berterusan berlaku, maka di mana pelapis masyarakat yang akan menjadi pemerintah, pendidik di masa akan datang. Lengkapkan diri dengan agama, mantapkan iman sebagai persediaan mendidik generasi yang akan datang.

Remaja~terlalu mengikut perasaan, terlalu mengikut hawa nafsu, belum matang & tidak berfikiran panjang. Ibu bapa seharusnya mengawasi dengan cara yang baik, bukan dengan kekasaran, hukuman yang berat. Jika tidak, itu akan lebih buat mereka memberontak. Didiklah mereka dengan penuh hikmah.

Kepada adik-adikku, bersabar dengan ujian Allah. Saya dah tekankan, ujian adalah tarbiyah dari Allah, Allah uji kita bermakna Allah sayang kita. Tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menuntut ilmu, jika keluarga kita gagal, jangan biarkan kita juga gagal. Siapa nak tolong kita suatu hari nanti ? Cuba lupakan masalah keluarga, jaga diri, jangan jadikan masalah keluarga penyebab adik-adik semua untuk bertindak bebas, melepaskan tekanan dengan cara yang salah. Balik kepada yang asal, minta pertolongan dari Allah. Ketenangan, kedamaian jiwa semuanya datang dari Allah swt. Banyakkan berdoa, Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa. Jangan putus asa dengan apa yang berlaku. Allah maha pengampun. Semua manusia buat silap, Cuma jangan ulangi benda lalu. Pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah..

Bila kita ingin berubah, akan ada je cabaran-cabaran di sekeliling kita. Jangan pedulikan suara-suara sumbang yang hanya nak menjatuhkan kita bila kita nak menuju ke arah kebaikan. Bersyukur dengan hidayah Allah. Bukan senang nak dapat hidayah Allah. Allah hanya beri kepada hamba yang Dia mahu sahaja.

Asif jiddan jika ada tersilap kata. Saya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Bukan hipokrit, tapi tak nak generasi akan datang akan melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan.. Iman pun turun naik. Susah nak istiqamah dalam melakukan sesuatu. Bertaubat, kadang-kadang buat lagi. Masih banyak yang perlu dibaiki.. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih buka hati saya, saya masih sedar bila buat silap, bukan hanyut jauh begitu sahaja.

Alhamdulillah..

Sekian~by *Ratu Syahadah*

Filed under MyLife