Posts Tagged ‘Advices’
Kenapa Orang yang Salah ?
Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?
Aku Copy Dari Sini
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Thanks mengajar saya tentang erti hidup ni. Thanks buka mata saya seluasnya. Thanks for everything.. Pengalaman dalam mengenali orang yang salah adalah pengalaman yang terlalu bermakna & pengajaran yang terbaik buat saya.. Thanks kerana mengingatkan saya tentang hari-hari yang mendatang.. Awak buat saya lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja di sekeliling saya..
Bukan hanya untuk kekasih, tetapi juga untuk sahabat. Mengenali sahabat yang salah juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
.. kawan ramai, tapi Sahabat ? … hanya diri kita sendiri yang dapat jawab semua ni.. -sekian. Thanks to F.
Ubatilah Kelukaan Di Hatimu
Saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak untuk berbicara tentang ni. Tapi saya akan try untuk mempersembahkan tajuk ini dengan baik, sekadar yang termampu. Saya bukan seorang penulis, saya hanya ordinary blogger. Di tambah lagi, sudah lama tak mempersembahkan artikel yang lahir dari hati ni. Lama tak berbicara soal hati. Yang saya selalu update blog hanyala semalam-semalam punya dear diaries.
Petang ni saya ada masa sekejap untuk menulis. Saya tak tengok tv, saya tak tidur, saya tak SMS dengan sesiapa. Jadi saya ada masa untuk bersendirian sekejap. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya pernah lalui serta pemerhatian di sekeliling saya. Sekadar yang termampu, saya persembahkan. Terimalah seadanya.
People around me always asked :
“macam mana nak lupakan seseorang ?”
“macam mana nak buang perasaan ni pada seseorang”
“macam mana nak ubati kelukaan serta kekecewaan di hati ni ?”
“macam mana nak tenangkan hati yang resah gelisah ni ?”
& pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan kelukaan di hati, kekecewaan, kesedihan, merana & mana-mana perasaan –ve. Kalau dah topic macam ni, confirm semua dah understood, semuanya berkaitan dengan cinta, cinta & cinta lagi.
Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? yang meninggalkan atau yang di tinggalkan ? yang bahagia atau yang merasai kekecewaan itu ? kadang-kadang orang kata, “saya meninggalkan dia sebab dia yang buat perangai, sebab saya dah tak boleh nak tahan dengan dia lagi” , tapi bagi pihak yang di tinggalkan pula, “saya sayang dia, cinta dia. Kenapa dia tinggalkan saya. Dia zalim.”
Saya Tanya lagi, siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? siapa yang terlebih dahulu mengecewakan sesiapa ? Antara lelaki & wanita, yang mana lebih ramai merana, yang lebih kecewa ? Siapa yang mengkhianati siapa ? Siapa yang sentiasa menjadi mangsa keadaan ?
Saya di sini, bukan untuk menghukum sesiapa. Saya tampil untuk berkongsi sedikit tentang apa yang saya pernah lalui. Kalau boleh memang saya tak nak ingat lagi benda lalu. Tapi saya manusia biasa, masih berakal & masih belum hilang ingatan. Jadi nak tak nak, benda-benda sebegini kadang-kadang datang bagaikan angin lalu. Alhamdulillah, saya sudah kuat untuk berbicara tentang ni. kalau dulu, saya masih lemah & tak berdaya nak berbicara tentang kelukaan. Tapi sekarang, jika kenangan lalu itu datang pun, ia hanya sekadar datang untuk menziarahi fikiran saya, bukan datang untuk mengganggu pemikiran saya. Bukan.
Saya ingin berkongsi, bagaimana saya handle diri saya, suasana ketika saya terluka, ketika saya kecewa, ketika saya sedih, ketika saya di tinggalkan begitu saja. Tanpa sebarang kata, ianya senyap. Sunyi. Tiada khabar berita. Ah, tak usah ingat lagi.. Akan tetapi, dalam senyap itu, gerak geri saya masih di perhati olehnya, perkembangan saya dari masa ke semasa masih di ikuti olehnya di blog ini, sehingga tengah hari tadi.
Pelbagai cara saya try untuk lupakan kenangan lalu, kenangan yang pahit itu. Tahap klimaks, saat genting semuanya berlaku pada December 2009. Ini bermakna, dah lima bulan berlalu. Tapi berapa lama manakah saya mengambil masa untuk ubati kelukaan ini ? kalau di kira balik, sejak January 2009 lagi saya dah mula makan hati sedikit demi sedikit. Hampir setahun bukan ? Tapi masa yang di ambil untuk saya berusaha merawat luka ini tidak sampai setahun. sekejap saja. kita tengok lepas ni. Saya tak mengerti apa perasaan orang yang suka mengecewakan orang lain. Saya tak faham.
First, fikir balik apa yang pernah kita buat. Maybe Allah nak mengajar kita, nak sedarkan kita tentang kesalahan serta dosa yang pernah kita buat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan. At least, Allah nak bagi lebih baik untuk kita, that’s why Allah hilangkan sesuatu itu. Benar saya sentiasa pujuk diri saya dengan kata-kata macam ni. Percaya pada janji Allah, yakin dengan kurniaan Allah.
Second, bila rasa banyak sangat benda kita buat salah serta dosa masa perhubungan lalu, segera mohon ampun dengan Pencipta kita. Selagi pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah. Mohon ampun, mohon maaf sebanyak yang mungkin. Yakin dengan Allah yang maha penerima taubat. Tak semestinya nak tunggu jadi alim, nak tunggu jadi baik gila baru nak bertaubat. Tidak. Semua orang boleh bertaubat bila-bila masa. Tiada prasyarat orang tu mesti seorang ulamak la, mesti seorang ustaz la, apa la. Tiada. Asalkan betul-betul dah sedar, menyesal & berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi. Kita beragama Islam bukan ?
Third, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Pencipta kita. Dia yang mencipta kita, dia yang memberi nikmat pada kita. Jadi, semestinya pada Dia juga kita kembali. Berharap padanya. Bukan buat benda-benda yang tak berfaedah, yang merosakkan diri sendiri. Itu hanya menyerlahkan lagi kebodohan serta kejahilan sesuatu individu itu. Banyak-banyak ingat Allah, cover balik dosa lalu dengan ibadat wajib serta sunat. Banyakkan berdoa, merayu-rayu padaNya. Titiskanlah air mata untukNya, bukan untuk manusia.
Fourth : cuba untuk cari mana-mana pengganti sebagai hiburan ? terpulang pada individu itu. Tapi bagi saya, ianya tak kekal, tak ikhlas. Sebab, kita perlukan seuatu itu bukan atas kehendak diri sendiri tapi semata-mata untuk hiburkan kita. Bagi saya la, saya pernah try, tapi tak bawa apa-apa makna pun. Selebihnya, sesetengah tu membawa lebih banyak masalah pada kita. Jangan biarkan seperti “sudah jatuh di timpa tangga” . jangan tambah masalah pada diri sendiri lagi. Pada saya, saya lebih senang menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Itu lebih senang pada saya. Bersendirian. Tiada yang mengganggu. Kalau ada pun, ignore je. Jangan di layan.
Seterusnya, buat sesuatu yang boleh melupakan kisah lama. Contohnya menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Juga boleh. Tambahan lagi, buang atau simpan segala benda yang boleh mengingatkan kita pada seseorang tu. Lagu cinta bersama dia, mahupun barang-barang yang pernah dia bagi, serta tempat-tempat bersejarah dengan dia. Elakkan semua tu. Sebab, makin kita tengok, makin kita ke situ, makin kita dengar lagu sebegitu, jadi kita makin akan teringat & membuai-buai perasaan ni. contoh macam saya, saya tak boleh dengar langsung lagu Imran Ajmain “Selamat ulang tahun sayang” . & memang saya tak dengar langsung selama 4 bulan lebih. Bila saya dah rasa saya dah cukup kuat, saya dengar balik, saya dah ok dah. Tak terkesan apa-apa pun kat hati ni. ini bermakna saya dah sihat dari segala kesedihan tu.
Jangan selalu rasa kita sudah berada di zon yang selesa. Jika kita dah senang, dah happy, dah bahagia, tolong jangan lupakan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan ini. Enjoy-enjoy juga, tapi biarlah berpada-pada. Jangan melampau sangat. Prinsip saya : balance dunia akhirat. Lagi boleh, lebihkan akhirat. Macam saya sekarang, walaupun saya dah bahagia, happy dengan apa yang saya ada, dengan orang yang melayani saya dengan baik, tapi saya tak rasa saya berada di puncak yang selamat. Berhati-hati, bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Bukan senang untuk saya buka hati saya balik pada sesiapa. Setelah bertungkus-lumus bina baik hati ni, tak semudah itu saya serahkan balik hati ini ke lembah kelukaan. Saya pasti jaga ianya dengan lebih baik.
Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk kembali pada keadaan normal ? terpulang pada individu itu. Pada saya, ianya mengambil masa lebih kurang 4 bulan sehingga betul-betul saya tough & strong. Dalam masa 4 bulan tu, walaupun dah ok, tapi kadang-kala ada dalam sehari dua tu ada down sekejap. Tapi selepas 4 bulan tu, memang datangla apa pun, memang dah tough & strong habis. Alhamdulillah, 4 bulan bagi saya tak lama sangat. Ada juga yang lain-lain sampaikan bertahun-tahun bagi orang lain.
Ini saya nyatakan bagi benar-benar yang nak ubati luka. Jika benar kamu ingin mengubati rasa kelukaan serta kekecewaan kamu, pasti sedikit sebanyak kamu akan mengambil serba sedikit perkongsian saya ini. Jika tidak, teruskanlah berada dalam dunia kesedihan, kelukaan, kekecewaanmu. Teruskanlah. Terpulang. Tiada siapa yang dapat tolong diri sendiri jika bukan kita yang sendiri berusaha demi kebahagiaan kita. Sayangilah masa depan kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Peluang tak datang banyak kali. Kalau ia datang banyak kali pun, benar Allah betul-betul turunkan rezeki pada kita.
Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta. Siapakah dulu membina harapan & siapa yang memusnahkan impian. Tanpa sebab & alasan kau mainkan perasaan. Bagai taufan tiba-tiba datang & menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam. Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah. – Mimpi yang tak sudah by Ibnor Riza
Work group
Bukan cerita pasal peer-to-peer windows computer network ok.
First of all, congrats & thanks to all my group members, yang setia dengan saya selalunya la that is Syu & Ain. Used to call her Nurul lately. Haha. Sejak sem lepas kami selalu pilih group sama-sama walaupun bukan untuk semua subjects sebab ada certain subject yang lecturer dah tetapkan. For this sem, lagi la kan.
Memangla, pilih group members yang kita suka ni penting. Sebab kalau tak ngam sangat nanti susah nak buat kerja. Bukan ikut gang, bukan ikut puak, tapi perlu ada chemistry la kan between us. Dalam pemilihan tu, (I’m not too choosy) tapi mestila nak choose members yang bagi commitment kan. Takkan nak let the sleeping partner tumpang jadi parasit je kan.
Actually saya tak berkira pun dengan group members ni. sebab kita tak boleh nak count banyak mana dia buat kerja, sikit ke, macam mana ke. uncountable. Macam tiada nilai yang boleh ukur kan banyak mana. Even kalau divide question sekalipun, maybe question ni susah, yang ni senang. Macam-macam kan.
For example, last sem punya task : that time, macam dah semput sangat dah. Nak present security in Linux lagi, nak submit adaptable process model for software testing lagi, lepas tu lecturer tambah modul lagi. So, nak tak nak. Divide la kerja ni kan. Macam saya sorang-sorang pergi settle security in Linux, then Ain, Angah & Syu settle yang software testing ada nak tambah-tambah & nak complete full report. Dahla that time kitaorang tukar tajuk, ada masa tak sampai 2 weeks untuk buat balik full report. Dahla ada sorang muslimin ni complain ambil tajuk project dia, padahal lecturer yang bagi kitaorang tajuk tu sebab group dia tak pernah hantar progress. Ambil tajuk saja, but never submit those progress.
Tak kisahla kan hal tu. Sambung balik. So, bila disscuss balik, saya meredhakan saya sorang buat security in Linux, Ain & Syu pun meredhakan diaorang complete the report. Sebab, kalau tak, memang tak akan siap those works. Jadi, di sini sama-sama menghalalkan. Tanpa mengira banyak mana buat kerja. After that, we all discuss la kan, something like summarize what is all about this security in Linux, what all about completing the report.
Memang betul la, tak best kalau ramai sangat members in group. Tak salahkan sesiapa, sebab memang tak akan terbuat kerja bila dah ramai. Macam dah lebih orang. But for me, ramai sekalipun, kalau tak ada kerja sekalipun, boleh bagi commitment pada group kan. I mean, takdela bila takde kerja, lepas tu terus jadi pasif, duk ceruk lain sorang-sorang buat hal sendiri, online main game ke, gila facebook ke & apa-apa hal yang tak patut buat masa group discussion. At least join, tengok apa yang group members lain buat.
As I told above, saya tak berkira pun. But what if lecturer point to every person and ask the killer questions, lepas tu macam tak tahu apa current progress, the steps. Kalau saya la, nampak sangat tak join the group. But what can I say, semua dah besar. Yeap, manusia perlu di tegur, di ingatkan. But what if orang tu jenis yang tak boleh nak terima ? yela kita ni kena respect orang lagi awal makan garam dari kita kan. Saya tak kata la saya ni bagus sangat buat kerja, saya tak kata saya ni rajin sangat buat kerja. tidak tidak. saya tak rasa pun. Malah, saya selalu rasa saya kurang je dari yang lain.
First, ingat macam saya je yang perasan. Takpela, monolog dalam hati je kot. Bersangka baik sajala kan. Rupa-rupanya members lain perasan juga. Tapi kami jenis senyap & tak huha huha. Let it be la. Kalau setakat selingan sikit-sikit jenguk internet tu it’s ok, fine. Kalau saya la, handphone terus saya tinggal. Lepas tu blog tu, saya open je, tengok traffic untuk beberapa saat. Facebook tu saya tak la kan. *ok saya macam takde facebook* . hahaha.. taktau la kan jika lepas ni saya nak ber Facebook kembali. Let it be. Facebook is not part of my life. tidak tidak.
Lagi satu cerita lain : adala baru-baru ni, baru sangat la. Saya adala tegur sahabat saya ni pasal something. Mula-mula ingat dia marah kan. After that dia SMS, dia kata macam thanks la tegur, dia fikir juga. Lepas tu kami borak lagi sama-sama, sahabat sorang lagi pun kata,
“betul tu awak, betul apa Evi tegur tu”
“yup, apa-apa hal nanti kalau aku salah, tegur la aku”
(Saya jawab) “aku pun sama. Kalau salah ke, tak betul ke, tegur la. Kita kan sahabat. Kita bukan sekadar kawan..”
Saya bersyukur dapat sahabat macam ni. saling tegur antara satu sama lain. Pastu jenis boleh menerima. Boleh differentiate which right which wrong. Bukan kata tegur hari ni, magic dalam beberapa seconds je terus berubah. Bukan bukan. At least boleh terima and give them some times to think & to take the actions. Differ with certain makhluk yang act like nothing happened & do something worse.
Nak share something lagi : saya baru terfikir kan. Contoh bila saya tengok maksiat di depan mata. Dulu saya macam takde la hard sangat feeling ni kan. Tapi sejak beberapa menjak ni kan, saya rasa jadi lagi menyampah, jadi lagi sakit mata, jadi lagi tak suka dengan apa yang berkaitan dengan maksiat. Bukan saya benci orang yang buat tu. Bukan bukan, tapi saya benci tengok maksiat itu. Boleh beza kan ? lepas tu saya fikir lagi, sebagaimana saya benci tengok maksiat itu, mesti orang lain pun benci tengok saya buat maksiat dulu-dulu juga. Saya fikir lagi, kalau manusia lain benci tengok maksiat itu, mesti Allah lagi tak suka tengok maksiat yang kita buat. Ya Allah, saya takut jika Allah benci saya, saya takut. Tapi saya bersangka baik pada Allah, Allah itu maha penyayang. Allah maha penerima taubat. Apa yang saya nak share kat sini, apa yang kita buat,
~~semoga kita dapat beza mana baik mana buruk. Kalaupun kita dah buat benda baik, tapi ada manusia tak suka kita buat baik tu, biarlah mereka tak suka sekalipun. Mana mereka tahu kita dah berubah, kita dah bertaubat sekalipun kan.
~~apa yang kita buat, contoh kat atas tadi, fikir la, adakah Allah suka apa kita buat ni. Jangan sampai Allah benci pada kita, marah sangat pada kita.
Sahabat saya kata : peduli la apa orang kata, orang nak fitnah ke, nak kutuk ke. Peduli peduli. Sebab kalau kita buat baik sekalipun, tak semua orang boleh terima kita buat baik. Ada je yang masalah hati tu, dia still tak puas hati kan. Pedulikan mereka yang nak kutuk ke, nak cakap apa ke, lama-lama senyap la tu. Biarlah manusia tak suka kita pun, benci kita pun, tapi jangan sampai Allah benci kita. Biarlah 1000 manusia benci kita sekalipun, cukupla memadai Allah yang sayang kita. Jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan Allah. Jika kita dah tak boleh terima kebaikan yang orang buat pada kita atau di sekeliling kita, dah tak terima nasihat yang baik, teguran yang membina, means that memang ada problem kat hati tu, hati dah gelap, dah banyak titik hitam, makin terang, makin menyerlah, jadi benda baik macam tak boleh dah nak masuk. Kita tahu kan apa kita perlu buat bila hati dah kotor.
Nak share sikit tentang pengisian dalam usrah petang semalam : Surah Al-Kahfi ayat 49 :
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.
Setiap apa yang kita buat, sebesar zarah sekalipun, tetap akan di catat & akan di perlihatkan di hari perhitungan kelak. Saya bertanya pada naqibah saya : “kalau kita dah bertaubat, dah tinggalkan semua tu macam mana ? adakah kita akan diperlihatkan juga dosa-dosa itu” Jawapannya : “tidak, bila kita dah bertaubat, kesalahan di buku itu telah dipadamkan, dah cancel dah. tidak diperlihatkan lagi” begitula jawapan naqibah saya. Hebatnya Allah maha pengampun. fikir lagi, sanggup ke kita tengok balik benda-benda keji yang kita buat ? sanggup ke semua orang menonton apa kita buat dosa-dosa itu ? mesti rasa segan kan. benar, Allah itu penerima taubat. Bertaubat sebelum matahari terbit dari barat.
Ku meniti awan yang kelabu. Ku tempuhi lorong yang berliku, mencari sinaran yang menerangi kegelapanku. Ku percaya nanti satu masa, sang suria kan menyinar jua. Membawa harapan yang menggunung bersamanya. Kau tiba bagaikan pelangi. Tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Bagai pelangi petang, kau kan pasti pergi jua.. -Pelangi Petang Sudirman-
Bakal Suami Orang Kedah & Unstable…
Teringat kisah kat Balai Cerap Tempoh hari. Masa nak cerap planet tu, lampu semua di tutup & memang gelap gelita la kan. Dr. Baha dah cuak dah sebab risau dalam gelap macam ni takut ada di antara ikhwan yang ambil kesempatan, memandangkan kami akhawat sikit je nak banding dengan diaorang. Walaupun ikhwan semua terdiri dari student Pengajian Islam. Then, masa queue nak tengok planet Zuhal tu, ada la adik-adik ikhwan ni (yang saya kenal), macam tegur-tegur Tanya orang mana. Dengan slumber je saya jawab “kedah” . masa tu diaorang memang tak caya pun saya orang kedah. Manala saya pandai cakap kedah. Ajuk sikit-sikit tapi macam pelik sangat bunyinya. Suddenly Dr. Baha datang
“Sape orang kedah ? mana orang kedah ? sape tu ? (tak nampak sebab gelap). Nik ke tu ? orang kedah ? tipu tu, dia bukan orang kedah, dia orang Kelantan.
Haha masa tu saya dah gelak semacam. Dr. Baha dengar je saya cakap apa ey. Then budak-budak tu menyampuk
“aku kata dah, bukan orang kedah..”
“saya bakal orang kedah” (entah dari mana tiba-tiba datang kuasa macam ni)
“oo bakal orang kedah. Hang ni yang mana satu pula ni ?”
Haha. Saya ingat kisah ni berakhir kat situ je. Tapi bila masuk kuliah, (kuliah dengan adik-adik diploma tak campur, Falak Syarie & Takwim Hijri tak campur), suddenly Dr. Baha ingat lagi.
“haa yang ni, ni nak jadi orang kedah, bakal orang kedah”
“haha. Tak la Dr. , saja je. Budak-budak tu duk sakat, Tanya-tanya.”
“yela, kalau awak tak layan, tak menjadi”
Dr. Baha ni sporting je. Cara cakap pun dah lawak. Adeh saya tak layan pun budak-budak tu. Sekadar jawab pertanyaan sepatah dua. Tahu dah, ingat dah pesan Dr. Baha “awak jaga-jaga dengan ikhwan takwim hijri. Mereka tu nakal-nakal. Nanti asyik usik awak-awak akhawat je” .
Lepas tu saya fikir, eh apesal la boleh pergi mengaku kata bakal orang kedah. Confirm lecturer dah cop saya punya calon orang kedah. Tidak tidak. Pastu fikir lagi, siapa pula ikhwan orang kedah yang saya kenal selain budak kelas saya ? pastu baru teringat, alamak, akh kat Tanta yang YM tu orang kedah, yang sorang lagi kat cairo pun orang kedah. Tidak tidak. Dua dua tak. Janganla masin mulut ni. serahkan segalanya pada Allah.
Balik jumpa lecturer CS kat FIT, boleh pula terserempak dengan adik-adik ikhwan tu. Saya wat tak nampak, wat tak tahu je. Then, ada pula antara mereka tu “orang kedah tu, orang kedah tu” tahan je gelak, buat tak dengar je.
*************************************************************
Selasa : hari ni la, mid-term test compiler. Memandangkan mid-term test research methodology macam agak hancus, jadi saya sangatla takut untuk compiler ni. bikin pening kepala dengan NFA, DFA, parse trees, etc. bangun je pagi semalam, saya paksa diri untuk pergi lecture research methodology. Tidak, tidak. Hari isnin pagi memang susah untuk pergi kelas. Rasanya dah dua kali kot tak pergi kelas pagi isnin ? adehh.. minta-minta la Dr. Nordin tak perasan attendance kosong. Kalau nak ambil master, memang tak ambil research dah, ambil coursework kot ? en. Faisal pun dah suggest supaya ambil coursework. Research ni macam not suitable for me.
Isnin : Balik je kelas, semacam je rasa. Nak kata tak sihat tak juga. Jadi macam tak selera nak makan. Tapi, beli makanan macam biasa, balik makan pun selera macam biasa juga. Haha. Then petang ada lecture software project management lagi. Macam takde mood sangat pun. Balik kelas, order food macam biasa, Cuma tak extra. Biasakan mesti extra itu la ini la. Makan banyak kan.
Sampai bilik, rest kejap & rasa dah mood ni macam lain. Relax lagi. Pastu YM someone. Tak berbalas. Rest lagi. Sampai la dekat maghrib baru YM berbalas. Owh rupanya dia sahabat saya di sana baru balik kuliah. Then sambil tunggu isyak YM sikit Tanya pasal solat istikharah.
istikharah, kita memohon kepada Allah SWT untuk membantu kita dalam membuat pilihan. istikharah tidak dilakukan sekali tetapi berkali2. petunjuknya boleh jadi datang dalam pelbagai bentuk dan bersama petunjuknya itu, akan datang keyakinan yang mantap. jadi, kalau awak mimpi ke, ternampak tanda kat langit ke, apa ke, tapi still ada ragu2 so, itu bukan jawapan istikharah awak. contoh awak mimpi. pastu awak kata: “Takut tersalah tafsirlah.”, “Ish, tadi tu mainan syaitan ke hah?” itu bukan jawapan istikharah. istikharah ni datang dengan yakin. bila kita nampak je tandanya, hati kita automatik yakin. kalau dah nampak tanda, tapi ragu2, takut itu, takut ini, so, apa maknya istikharah tadi. kalau awak ni orang was2 pun, kalau nampak tanda istikharah, awak takkan ragu2. Sebab istikharah itu awak minta Allah tolong pilihkan yang terbaik bukan awak pilih sendiri.
Bila dah settle pasal istikharah, entah macam mana jadi terpanjang cerita, cakap benda lain. Lepas tu, rasa macam tak sesuai kat YM. Tak best, tak sampai apa yang nak di sampaikan. YM, voice call skype, last choice dia call fon lagi senang. Ya Allah, saya rasa macam terharu sangat. Ada sahabat yang duduk jauh di benua lain beribu-ribu batu di Jordan sana sanggup call. Benar, dia seorang sahabat.
First cakap, macam tak boleh nak keluar voice ni. terketar-ketar, berdebar semacam sebab dah lama tak cakap fon dengan bukan mahram. Macam lain rasa. Lain sangat. Time ni macam nak push mood, push semangat balik. Tegas. Memang dia tegas. Saya terima je. Tak terasa pun. People around me always said that, kena orang yang tegas handle saya. Kalau tak, macam tak menjadi. Sebab saya, diri saya macam ni la.
Apa yang jadi semua tu, anggapla Allah nak tegur cara awak selama ni. maybe ada cara awak selama ni ada yang salah, tak betul. Banyakkan ingat Allah, luangkan masa dengan Allah. Biasala manusia tak selalu di atas. Ada kalanya jatuh. Jangan biarkan kejatuhan tu selamanya. Usaha untuk naik balik. Kalau selama ni awak dah berapa lama boleh kuat, takkan tiba-tiba hari ni sebab tu je dah ubah segalanya.
Yup, dia menegaskan apa yang dia kata. Ada lagi lain-lain, tapi tak dapat nyatakan di sini sebab tu macam personal, benda yang melibatkan hati, itu adalah rahsia kami. Kira macam last night dapat motivasi free dari dia. Bukan senang nak dapat motivasi personally dari orang hebat macam dia. Conversation took about 45 minutes. After that, saya rest jap, then pergi study dengan Syu. Bila nak tidur, saya ok je. Memang relax dah. Free je mind ni. bangun pagi pun sama. Ready for mid-term test. Alhamdulillah boleh focus walaupun test postpone tonight.
Fikir balik apa yang semalam : saya di beri masa beberapa saat je untuk fikir. Tak sempat nak fikir lama-lama. Dalam hati cakap, janganla buat perangai blur & pending apa orang cakap. Memang segan habis la cakap dengan orang hebat macam dia.
Apa yang saya nak share kat sini : bila fikir balik apa saya kurang sejak akhir-akhir ni, saya rasa macam saya ada kurangkan amalan sunat, saya ada tinggal mathurat 2 3 hari, lepas tu saya banyak complaint tentang assignment banyak. Bila dah complaint tu, mesti ada kaitan dengan lecturer juga kan. Lepas tu ada saya lalai ke, leka sekejap ke. Mix up semua. Saya rasa, sebab tu saya punya mood tak stable. Nampak biasa je kan. actually bagi impact yang besar. Kalau Allah nak tunjuk, Allah memang tunjuk juga. Tak tunggu buat dosa besar baru Allah nak balas. Syukur sebab Allah bagi kesedaran pada saya macam ni.
Alhamdulillah. Saya tak jatuh. Cuma mood terusik sikit. Doesn’t mean I can’t do anything. I still can wake up, I still can attend the class, I still can eat, still can study; still can do my routine every day. Saya macam dah gelabah semacam bila mood tak ok sebab selama ni ok je sejak kekuatan ni kukuh dalam diri. Dan saya rasa itu memang sikit sangat je. Setelah di motivasi oleh sahabat saya yang jauh di sana, saya hanya perlukan beberapa minit untuk berfikir & it’s settle. Syukran jazilan ya akh. Jazakallahukhairan kasira. Semuanya kerana Allah, semuanya dari Allah, Allah yang bantu saya, dan dia adalah sebagai asbabnya.
Yang di katakan SAHABAT
Suddenly saya punya hati tergerak nak create entry macam ni. First of all, syukran jazilan kepada seseorang di Jordan, kerana hasil dari perbincangan dengan dia di YM tadi la saya terfikir tentang Siapa yang di katakan SAHABAT. Siapa dia yang saya maksudkan ? tidak perlu la saya nyatakan di sini. Bimbang jika ia boleh menimbulkan fitnah kerana dia adalah bukan mahram saya. Dia juga seorang blogger yang hebat, penulisannya mantap, dakwah nya indah. Banyak yang saya dapat pengajaran dari penulisan dia selama ni.
Benar, saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini. Tidak. Saya bukan yang sepatutnya. Masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan. Nak di bandingkan dengan orang lain, mereka lebih jauh baik dari saya. Bukan setakat tu, siapala saya nak menasihati sesiapa sekalipun. Tapi, seperti saya nyatakan di atas tadi, dia sahabat saya di Jordan telah menyedarkan saya & memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugas saya, tanggungjawab saya jika saya ingin jadi sahabat kepada sahabat saya.
“tiada prasyarat dalam memberikan nasihat. diri baik ke tak cukup baik ke semua orang bleh bagi nasihat kalau cara bagi nasihat tu betul”
Sebelum itu, saya ada satu short story. Actually a very long story, but I will try to summarize it. Sahabat dan kawan. Apa bezanya ? memangla, semua boleh di katakan kawan bila kita dah kenal seseorang tu. Tapi tak semua mereka adalah sahabat kita. Dan saya juga bukanlah sahabat kepada semua orang walaupun saya adalah kawan kepada mereka semua.
Saya mengenali seorang muslimah ini kerana cita-cita. Kerana cita-cita saya & juga cita-cita dia, kami membina ukhwah di situ. Huluran persahabatan di sambut dengan penuh barakah. Hari makin hari, kami makin memantapkan ukhwah ini. Jika nak di bandingkan dengan saya, perwatakannya jauh lebih sopan dari saya, auratnya jauh lebih terjaga dari saya, dan segala-galanya semuanya jauh lebih baik dari saya.
Holding Hands Together
Masa berlalu dengan begitu pantas, suara-suara sumbang makin kedengaran di sana sini. “kenapa dia begitu, kenapa dia dah berubah, kenapa dia bebas dengan lelaki. Korang tak nasihat dia ke” dan pelbagai soalan yang bertubi-tubi.
Benar, saya tak mampu untuk memberi kata-kata nasihat andai saya pun juga begitu. Walaupun pernah saya menyampaikan secara kiasan, dan saya hanya mendapat feedback “aku tahu. InsyaAllah. Thanks tegur aku.” Siapala saya untuk menyedarkan dia, sedangkan seorang lagi sahabat dia yang lain yang juga jauh lebih baik dari saya bagi nasihat pun, tiada apa terkesan padanya. Ibarat mencurah air ke daun keladi.
Couple : Bila selalu bersama, siang malam berkepit sana sini, tak cukup waktu pembelajaran, sehingga sampai satu masa, saya terkejut dengan satu perkara yang berlaku. Katakan pada masa itu campus saya di Melaka. Dari Melaka, dia pergi KL dengan lelaki itu pada malam itu lebih kurang pukul 10pm. Sedar-sedar, tengah hari esoknya baru balik ke campus balik. Bila di Tanya apa dia buat, dia tidur di mana, rupa-rupanya malam itu tidur berdua di dalam kereta, berhenti di tengah-tengah perjalanan.
Ya, mungkin tak pelik bagi sesetengah pihak. Maybe benda tu dah biasa bagi sesetengah pihak. Tapi dari segi agama, biasakah ? baiklah, saya masih boleh bersangka baik. “Tak buat apa-apa, lagipun dalam kereta je. Tak mungkin sesuatu yang pelik berlaku. Lagipun dia memang baik..” bisik hati kecil saya. Hanya Allah saja yang tahu bukan ? tak mustahil apa-apa pun boleh jadi bila berdua. “bila lelaki & perempuan berdua, di tengah-tengahnya adalah syaitan.”
Bila saya menyuarakan soalan ini, & bertanyakan pendapat kepada sahabat saya di Jordan itu, dia berkata : “Nasihat lagi. Lagi lagi lagi dan lagi. sampai la sampai salah satu dari dua mati atau pun matahari terbit dari dua..”
Baiklah. Siapa dia pada saya sebenarnya ? Dia sahabat saya atau saya ni sahabat dia ? Ataupun saya ni hanya kawan kepada dia, & dia hanya kawan kepada saya ? Kalau saya sahabat, apa tindakan saya ?
Apa yang saya faham dari maksud SAHABAT ialah “mereka yang mendalami kita, mencintai kita, mengasihani kita, mengasihi kita, membawa kita bersama ke arah kebaikan..” Bukan mereka yang membiarkan kita terus hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Tidak di katakan sahabat jika mereka terus menggalakkan kita terus melakukan kesalahan, terus bermaksiat, terus mengheret kita ke arah kejahilan. Tidak, tidak. Mereka bukan di katakan sahabat.
Saya ni sahabat kepada siapa sebenarnya ? Dan siapa sahabat saya sebenarnya ? Baiklah, memang saya tak dapat nak jadi sahabat kepada semua orang. Tapi saya dah try nak jadi sahabat kepada mereka yang rapat dengan saya. Bila saya try untuk tegur mereka, menasihati mereka, mungkin ada yang boleh terima, mungkin ada yang tak boleh terima. Saya ada satu lagi cerita. Saya pernah menasihati seorang muslimah yang lain “jangan keluar dengan lelaki tu lagi. Dia jahat. Saya tahu, kalau awak keluar dengan dia, mesti dia nak ambil kesempatan pada awak. Tolong janji dengan saya awak tak akan keluar dengan dia lagi” Bila jadi macam ni, dia pula yang tipu saya bila saya bertanya :
“awak balik dengan siapa semalam”
“owh, saya balik dengan Siti semalam”
“owh, betul balik dengan Siti ? bukan balik dengan lelaki tu ?” (Sedangkan saya dah tahu dia balik dengan siapa, saja nak uji lagi.)
“mana awak tahu saya balik dengan lelaki tu. Awak nampak ke saya semalam ?”
“takpela. Maybe saya silap kot. A’ah betul la awak balik dengan Siti. Awak tak balik dengan lelaki tu” (Saja nak kenakan balik..)
“ok, saya minta maaf. Memang saya balik dengan lelaki tu. Saya tak berniat nak tipu awak. Tapi saya segan kat awak. Saya malu kat awak. Sebab awak dah pesan kat saya jangan keluar dengan lelaki tu tapi saya buat juga. Saya kata tak nak layan lelaki tu lagi, tapi saya layan juga.”
Lebih kurang beginila situasi nya. Tapi memang saya amat yakin dengan kebenaran dari Allah. Jadi saya tak risau sekalipun manusia menipu kita. Pasti Allah akan tunjuk kebenaran. bila saya cuba untuk jadi sahabat, sekalipun saya ditipu olehnya.
Berbalik pada cerita asal, siapa yang di katakan sahabat ? kalau sekalipun saya ingin rapat dengan dia, cuba untuk menjadi sahabat dia, adakah dia terima ? benar, hati saya mengatakan macam mana saya nak rapat dengan dia sekiranya dia selalu bersama ‘kawan’ dia itu dan selalu berkepit dengan pakwenya. Bila masa pula saya boleh untuk mendekatinya ? sekejap ye sekejap, kenapa saya mesti bersungguh-sungguh untuk menjadi sahabat dia ? kerana satu masa dulu dia pernah tegur saya tentang aurat, pergaulan saya dengan lelaki. Dia pernah menyedarkan saya. Saya menghargai kata-katanya satu masa dulu walaupun sekarang dia juga jauh lagi terlibat dari saya. Walaupun dia tak cakap serupa bikin.
Kerana saya sayang dia. Kerana saya sayang iman dia. Kerana saya sayang dia sebagai seorang muslimah. Jangan Tanya saya lagi kenapa saya kesian pada dia, kerana Allah yang memiliki hati saya, & Allah juga yang menggerakkan hati saya supaya menggapai kembali tangannya dari tangan-tangan yang membawa dia ke arah keburukan. Sahabat saya di Jordan berkata lagi “saya tak rasa kawan rapat dia itu adalah SAHABAT dia” ..
Orang-orang yang berkasih-kasihan di jalan Allah, apabila bertemu lalu akan jelas-menjelaskan satu sama lain, untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin.
Memang saya kesian pada dia. Susah payah orang tua dia mendidik dia, menjaga dia. Tapi akhirnya hanyut begini. Dia terdiri dari family yang baik-baik, ayahnya seorang ustaz. Benar, dia di uji. Mungkin dia tak ingin berada dalam keadaan sebegini. Mungkin dia try untuk keluar dari situasi begini, tapi mungkin dia belum ada kekuatan. Tapi, sudah bertubi-tubi mereka yang lain menasihati dia, kenapa masih tak tergerak hatinya ? ya, dia perlukan masa. Saya tahu dia boleh, kerana satu masa dulu saya juga boleh meninggalkan semua perkara itu, saya juga boleh meninggalkan lelaki itu semua.
Sedarlah sahabat, berkali-kali saya katakan, semuanya sudah faham, sudah tahu. Jodoh pertemuan Allah sudah tentukan. Niat tak menghalalkan cara. Benar, kita hendak buat benda baik, tapi jangan sampai di campur dengan keburukan. Contohnya macam nak tolong mak ayah kat kampung, kita perlukan duit. Lepas tu, pergi mencuri sana sini, dan bagi duit tu untuk mak ayah di kampung. Nak tolong mak ayah tu memang baik, tapi duit yang di gunakan untuk tolong mak ayah itu adalah hasil mencuri. Haram bukan ? begitula perumpamaannya. Bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak akan bersama juga. Saya selalu pesan pada diri saya ni. tak guna nak pertahankan hubungan dengan bukan mahram andainya dia belum tentu menjadi milik kita. Tak guna jika dalam hubungan cinta itu hanya semata-mata di sirami dengan air mata kekecewaan, kesedihan, sentiasa makan hati, di duakan. Sampai bilakah ? semoga cinta manusia tidak mengaburi mata serta hatimu lagi.
Berusahalah menjadi sahabat, Bukan sekadar menjadi seorang kawan. Jika kita mahu orang lain jadi sahabat pada kita, kita terlebih dulu perlu jadi sahabat kepada orang lain. Hiasi peribadi.. Benar, saya sayang kamu, saya mengasihi kamu, saya kesiankan kamu..
Entry penutup Februari 2010. Februari 2010 yang mencatat 1001 kebahagiaan, kemanisan pada saya. Benar, sujud syukur Pada Ilahi atas segala Cinta.. Indahnya nikmat Allah..
UPDATED at 7.35am 28Feb2010 : Sebagai tambahan, boleh merujuk kepada http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh…/ .. Quite similar entry, quite similar story. Entry yang muncul beberapa jam selepas entry saya yang ini. Sekian.
Mengapa Mesti Menipu
Saya tak fahamla kenapa mesti menipu, kenapa mesti berdusta, kenapa mesti memfitnah. Lagi dua kali ganda saya tak faham pada orang yang belajar agama (kita umat Islam memang belajar agama), maksud saya lagi-lagi khusus dalam bidang pengajian Islam.
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Baiklah.. Saya nak cerita ni. Maybe ada yang rasa saya tuju pada sesiapa. Paling tak pun, maybe orang itu sendiri yang akan terasa tahap klimaks bila baca ni. Itupun kalau baca, lagi malang kalau tak terasa pun.
Saya tak faham :
Kata ambil cos Medic tapi sebenarnya ambil usul fiqh :
-Bajet macam hebat la kan bila dengar kata ambil medic. Nanti dapat title doctor. Macam glamour sajala kan. Apa, course syariah usul fiqh tu tak cukup baik ke ?
Kata scholarship JPA, hakikatnya mak bapak dia punya tanggungan :
-Bila sebut scholarship JPA ni, mestila yang pandai-pandai, mantap je result. Hebat la kan.
Kata dapat 11A1 masa SPM, hakikatnya 5A dan bahasa arab serta English dapat C something :
-Macam kepala otak dia. Konon genius la kan. Terror woo 11A1. Result mantap.
Kata family baru beli kereta BMW 5 series padahal proton ezora saja :
-Nak tunjuk high class la. Dengar macam BMW tu mewah je. Berlagak dengan menipu ? Adeh, apa la dia dapat ? Tak faham..
Mengatakan bahawa seorang perempuan ni adalah sepupu sesusu, hakikatnya sahabat lama, tak pun kekasih lama :
-Tak nak la biar orang tahu yang dia ni melayan perempuan. Nak supaya dianggap suci.
Mengaku pergi masjid pada waktu tu, mengaku puasa sunat, pada hari tu, padahal tak pun :
-Bila kata pergi masjid, nampak la baik je solat berjemaah. Konon macam baik la kan puasa sunat. Padahal tak pun. Saya tak faham kenapa boleh buat main-main dalam perkara agama macam ni.
Kata tak pernah couple, tak layan perempuan, hakikatnya pernah je couple, layan je perempuan :
-konon macam suci la kan. Tak pernah couple, tak pernah bercinta, menafikan pernah keluar berdua dengan perempuan, menafikan tak pernah sentuh perempuan.
Menafikan gambarnya bersama seorang perempuan, dan mengatakan bahawa perempuan itu yang edit gambar tu sebab nak fitnah dia. Hakikatnya, itu gambar real :
-untuk melindungi diri sendiri. Lepas tu sanggup fitnah orang yang tak bersalah. Tuduh orang lain yang buat fitnah, padahal dia yang sedang fitnah orang lain.
Dia Sumpah kata dia tak tipu, hakikatnya dia tipu benda yang dia sumpah tak tipu tu :
-main-main dengan sumpah Allah. Macam tak ada apa makna pun sumpah pada diri dia ni
Selalu tipu parents dia
-setiap SMS dari mak dia, mesti mak dia cakap “kamu jangan tipu mak. Kamu cakap betul-betul”. Mak dia pun dah tahu dia banyak tipu.
Cuba untuk membeli cinta perempuan dengan duit. Saja nak tunjuk lagak yang dia ni kayala kan, nak tawan hati perempuan. Betul-betul anak orang hartawan ke ? Haih, Untuk saya, tak payahla. Saya tak sebodoh tu. Saya tak harapla kalau setakat duit orang lain tu, parents saya dah cukup bagi duit untuk saya.
Bila nak tackle perempuan lain, mulala tunjuk baik. Baru je kenal, terus luahkan perasaan, terus tabur janji-janij nak kahwin nanti. Entah dengan berapa perempuan dah. Lepas tu, mulala kata ni cinta pertama la, perempuan pertama la, tak pernah ada perempuan lain la. Heh, kalau dengan saya, saya dah tahu muka tu jenis penipu, tapi perempuan lain yang jenis mudah percaya tu, tak taula nak cakap apa.
Berhutang sana sini. Sampaikan beratus-ratus dinar hutang dengan kawan dia, dah lama tak bayar. Dia buat apa dengan duit ? Mana la nak tau. Nak kata mak bapak dia bagi duit tak cukup, buat apa hantar pergi overseas kan. Faham-faham sendirila. Kalau dah dengan saya pun boleh nak beli cinta hati saya dengan duit, macam la tak boleh nak buat kat orang lain juga.
Dan pelbagai 1001 penipuan, pendustaan lagi selama setahun lebih mengenalinya. Tak pernah nak berubah, tak pernah nak insaf. Sampai sekarang pun, masih lagi dengan cerita yang sama dari sahabatnya. Bukan sekali dua, tapi entah yang ke berapa ratus kali.
Tapi tak apala, Allah itu maha adil. Doa orang dizalimi mudah di makbulkan, terus sampai pada Allah tanpa hijab. Allah itu satu. Semoga Allah beri balasan setimpal pada si dia yang suka mengkhianati orang. Kebenaran dan kemenangan sentiasa di pihak saya.
Kebenaran tetap kebenaran. Hebat kan Allah selalu bagi kebenaran pada saya dalam hal ni. Saya tak semudah itu untuk di tipu, ada je kantoi dengan semua penipuan tu. Tapi saya kesian juga pada perempuan-perempuan lain yang percaya bulat-bulat tanpa bujur pun kat dia. Haha. Perempuan tudung labuh yang pengajian Islam pun boleh tertipu dengan dia. Tak apala, perempuan sebegini lebih percaya pada bukan mahram dari mahram sendiri. Hahaha.
Konon dah bertaubat. Bertaubat kepala otak dia la ok. Macam tak tau ke sampai berapa kali Allah terima bertaubat benda sama tapi buat lagi ? eh, kata bangga diri ilmu dah mantap, mendalami ilmu agama, kata huffaz. Uish.. macam tempah hell awal-awal saja la kan. Tapi biasala, bila dah terbiasa buat kerja keji macam ni, benda tu dah sebati dalam hati, dalam jiwa, dalam diri. Jadi, kalau buat lagi pun, dah biasa dah, dah tak bagi kesan dah. Dah lekat sangat-sangat dalam hati ni. Sifat keji tu dah jadi kawan baik dalam hati dah.
Terima kasih yang teramat sangat pada mereka yang terus bertanyakan saya, yang jujur berterus-terang pada saya bila dia meminta sahabat dia bersubahat. Tak ada orang nak join sifat munafik dia. Saya memang lebih percaya pada sahabat dia dari dia, dan sahabat dia pun lebih percaya saya dari dia. Sahabat dia kat sana pun contact saya, Tanya kisah sebenar pada saya. Kami semua yang kenal dia ni, semua dah menyampah sangat dengan sifat hipokrit dia. Kenapa mereka percaya saya ? Sebab saya ni tak pandai nak menipu, tak pandai nak berdusta macam dia. Tapi ada je perempuan stupid yang lebih percaya dia dari saya. Kah Kah Kah. Akhirnya, perempuan itu pun terkena juga. Masa ni saya senyum lebar semacam.
Saya tak fahamla kenapa orang macam ni tak ada perasaan bila menipu ni, macam la kebenaran tu tak ada. Macam la orang lain tak boleh nak Tanya orang yang pernah kenal dia. Tapi tak apala, biar semua orang pulaukan dia macam yang pernah terjadi di sini suatu masa dulu. Sampaikan sahabat dia pun lari dari dia sebab tak tahan dengan perangai dia yang cukup lengkap 1 package sifat munafik. Hina bangat orang sebegini.
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn.’Amr.
Perlukah saya cakap macam ni ? Perlukah macam buka aib orang saja ? Bukan itu tujuan saya. Cuma saya nak share dengan readers tentang experience saya, juga nak bagi pengajaran kepada semua readers tentang ni. So bacala elok-elok, faham betul-betul hakikat sebenar, supaya lepas ni more careful with people like this.. Lagi satu, nak explain pada semua orang true story, dari orang yang dengar false story dari orang sebegini.
Ku tak bisa memilih dan bersama orang sebegini. Tak apa, saya suka bila orang macam ini dah nyah dari hidup saya. Mujurla dia tak tergilakan saya macam dulu lagi. Sampaikan sahabat dia yang saya baru borak minggu lepas, sahabat dia pelik kenapala dia gila sangat kat saya. Apa la ada pada diri saya ni. Sedangkan dari dulu lagi saya tak sabar-sabar nak dia berambus dalam hidup ni. Alhamdulillah, sudah berambus. Dan Allah pun sudah meredhakan hati saya untuk semua ini. Syukur ke hadrat Ilahi..
People around me always said that “u deserve better Evi”.. insyaAllah.. doa banyak-banyak, yakin dengan janji Allah.
Macam best saja saya cakap pasal orang. Apa, diri ni dah ok sangat ke ? Saya tak kata saya macam tu. Heh, at least saya tak menipu, tak mendusta, tak memfitnah, semata-mata untuk melindungi diri. Bagi saya, KEJUJURAN itu adalah segala-galanya. Kalau orang tanya soalan terlalu peribadi, saya hanya diam, tak jawab, tak kata apa. Mengiyakan pun tak, menafikan pun tak, menipu lagi tak, mendusta juga tak. Susah ke nak JUJUR ni ? Bagi saya tak susah, senang sangat. Senang bila kita tau apa balasan untuk orang munafik ni..
Sahabat-sahabat saya serta sahabat-sahabat dia kata lebih kurang macam ni : “dia tipu semua tu, berlagak semua tu sebab dia nak biar setaraf dengan awak, nak sekufu dengan awak. Dia tak nak nampak dia kurang dari awak.. Dia nak ada macam apa yang awak ada”
Yang ini macam nak gelak double. Eh, ada ke saya bagi syarat pada sesiapa untuk berdamping dengan saya, untuk kenal saya, hatta untuk jadi suami saya nanti, saya letak syarat yang dia kena setaraf, sekufu dengan saya. Ada ke ? Tolonglah. Tak ada makna pun la ok. Saya ni jenis membina ukhwah dengan semua orang tak kira tahap mana. Peduli apa dengan apa yang saya ada ? Apala orang macam ni nak dalam hidup dia. Menipu semua tu, berlagak semata-mata nak dapatkan cinta hati saya, nak setaraf sekufu dengan saya. Tak terfikir langsung saya nak macam tu.
Kisah ni bukan melibatkan dua tiga watak saja. tapi berpuluh-puluh watak. Macam filem pula. Bukan saja bagi pengajaran pada saya, tapi juga pada mereka semua yang terlibat. Saya tak menyalahkan takdir. Saya anggap ini hanyala ujian untuk saya, benar ia lebih mematangkan saya. Kita di uji dengan pelbagai cara, kita di uji dengan cara berbeza-beza. Selain tu, Allah uji saya macam ni sebab Allah nak saya tackle cinta Allah balik. Nice bukan ?
ok, habis dah. Best hentam orang kali ni. Kalau saya mula berbicara, memangla panjang. Ahah.. Mesti ada yang tegur bila saya sengaja mengkasarkan bahasa dalam blog ni..
Bila Kau Rasa Begitu
Bila Cinta Tak Lagi Untukku.. Bila Hati Tak Lagi Padaku.. Aku Kan Pergi Mesti Hati Tak Akan Rela
Bila kau rasa kau lebih baik dariku, bila aku tak lagi baik padamu..
Bila kau rasa kau lebih beriman dariku..
Bila kau rasa akhlakmu jauh lebih elok dariku..
Bila kau rasa aqidahmu jauh lebih kukuh dariku
Bila kau rasa ilmu mu jauh lebih tinggi dariku..
Bila kau rasa agamamu lebih mantap dariku
Bila kau rasa kau ada segala-galanya
Bila kau yakin kau akan dapat apa yang kau ingini..
Bila kau mengharapkan sesuatu yang sempurna untuk dirimu..
Bila kau rasa kau boleh menawan hati sesiapa
Bila kau mungkir segala janji-janjimu..
Bila kau menafikan sumpahmu atas nama Allah
Bila kau tanpa bersalah melawan hukum Allah
Bila kau angkuh, riak, bangga dengan nikmat yang Allah kurniakan padamu
Bila kau sudah merasai nikmat manisnya madu, lalu kau buang sepahnya
Bila kau sudah dapat apa yang kau mahukan..
Bila kau puas dengan apa yang telah kau lakukan
Bila kau senang untuk lupakan apa yang berlaku
Bila kau tidak lagi mahu bertanggungjawab dengan apa yang pernah kau lakukan
Bila kau bangga dengan apa yang kau ada
Bila kau rasa kau sudah mempunyai segala-galanya yang cukup sempurna
Bila kau rasa cintamu jauh lebih hebat dariku
Bila kau bercakap, tapi kau dustakan segala-galanya
Bila kau sanggup menabur fitnah demi mempertahankan dirimu..
Bila kau menafikan segala kebenaran
Bila kau menegakkan kebatilan..
Bila kau rasa rupa parasmu adalah paling terbaik..
Bila kau gunakan nikmat yang Allah bagi untuk tujuan lain..
Bila kau mendustai nikmat Allah
Bila kau tak bersyukur dengan nikmat Allah
Bila kau mengkhianati orang yang banyak membantumu
Bila aku yakin sememangnya aku mengenali siapa dirimu yang sebenarnya.. Dan mereka juga mengenali siapa dirimu yang sebenarnya..
Percayalah.. Tak Semestinya kau akan dapat apa yang kau inginkan. What goes around comes Around. Apa yang kau telah mengkhianati, menzalimi, menyakiti orang lain, semua itu akan berbalik padamu. Allah hanya SATU, Allah maha adil. Doa orang yang di zalimi mudah di makbulkan.. Kebenaran sentiasa menyebelahi saya..
Saya tak takut, saya tak gentar, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Pergilah engkau dengan dunia munafikmu..
Fikir dan renungkan.. Adakah kita termasuk dalam salah satu kategori itu ? Ataupun dua, tiga ataupun kesemuanya ?
Kerana yang Terindah Hanyalah Sementara. Tiada yang kekal di dunia ini.. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik segala nikmat yang kita sedang nikmati sekarang..
Kembali ke fitrah insani.. InsyaAllah…
Warkah Buat Bakal Suamiku..
Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.
Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
Perubahan Itu…
Dah lama saya nak post entri ni. Entri ni bukan nak mengangkat diri atau nak membangga diri, tapi seperti biasa, sekadar berkongsi. Sharepoint la kira. Haha
Ok serious ! Jangan bermain dengan kata-kata lagi. Kata-kata yang manis itu hakikatnya pahit kalau tak di tunaikan. Janji-janji manis itu sungguh susah untuk di tunaikan.
Perubahan. Apa itu perubahan ? Perubahan itu di mana keadaan selepas itu tak sama dengan keadaan asalnya ataupun sebelum itu. Setiap orang mengalami perubahan. Sama ada berubah ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Setiap masa kita mengalami perubahan. Tak percaya ? Umur kita setiap detik meningkat, & setiap detik itula yang makin mendekatkan kita pada ajal maut kita. Bila-bila masa saja nadi kita akan berhenti berdenyut mengikut ketentuan Allah. Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tak sedar. Kalau sedar, Alhamdulillah. Kalau masih belum sedar, sama-sama kita doakan supaya golongan itu di beri petunjuk dari Allah swt.
Saya bukan orang yang layak nak bercakap tentang agama dengan lebih mendalam. Sebelum ada yang mengutuk saya & tak suka saya bercakap tentang agama, lebih baik saya beri notis awal-awal yang saya memang tak layak. Bukan mengaku kalah, tapi tak nak di katakan tunjuk hebat.
Sudahla cakap benda yang tak berkaitan. Apa sebenarnya kali ni Evi nak sampaikan ? Saya nak sampaikan tentang apa orang kata tentang perubahan pada diri saya, terutamanya sahabat-sahabat sejak dari sekolah. Bukan sorang dua, tapi ramai yang menegur. Kalau sahabat di KMM tu ada juga sikit-sikit perasan tentang perubahan saya & menegurnya. Tapi sahabat UDM tak ada kot. Diaorang tak perasan ataupun memang diaorang kenal saya dah macam ni, yang saya dah berubah. Macam ni tu macam mana ye ?
Saya tak perasan sepenuhnya apa perubahan pada diri saya. Mungkin ada sikit-sikit yang saya sedar saya dah berubah. Apa-apa pun, orang lain lebih nampak kan kita ni macam mana ? Saya dah penat nak jawab persoalan demi persoalan dari sahabat-sahabat lama saya. Sungguh. Bukan sahaja dari sahabat, juga dari kalangan family members. Sampai saya rimas dengan persoalan ini. Hati saya bagaikan mencucuk-cucuk bila di Tanya persoalan yang tajam sebegitu. Mahupun memuji tentang perubahan saya itu. Tak kurang yang perli pun ada. Saya tak mengharapkan pujian lebih-lebih lagi perli tentang perubahan saya. Saya buat semua ni kerana Allah. Bukan nak show-off pada orang lain, bukan sengaja nak berlagak baik, bukan minta supaya orang puji, bukan buat sebab orang suruh, bukan saja-saja ikut orang, tapi semuanya kerana Allah swt. Kerana hidayah yang amat besar yang Allah kurniakan pada saya. Saya tak marah dengan segala persoalan itu, namun saya anggap, itu adalah ujian untuk saya supaya saya lebih kuat untuk amalkan kebaikan. Kerana syaitan itu sangat tidak suka jika manusia melakukan kebaikan.
Kenapa teruja sangat, excited sangat, obsess sangat dengan perubahan saya ? Saya tak faham. Bukannya saya berubah 100%. Malah saya rasa baru beberapa peratus je, maybe dalam 30% je. Sedangkan banyak lagi yang saya perlu ubah. Tapi gaya macam saya ni totally changed. Saya masih seperti dulu, masih lagi Evi LoLyta seperti dulu. Kenapa terkejut sangat kalau saya berubah ke arah kebaikan ? Sebelum ni nampak saya macam tak akan berubah ke arah kebaikan ke ? Saya tak tahula apa tafsiran diaorang semua.
Apa-apa pun, thanks di atas sokongan kamu semua. Soalan-soalan biasa yang di ajukan :
“Evi dah banyak berubah sekarang. Macam mana boleh jadi macam ni ?”
“Saya teringin nak berubah macam awak. Tapi saya tak ada kekuatan lagi. Macam mana ye ?”
“Saya suka tengok perubahan awak. Harap awak kekal macam ni. Bila la saya nak jadi macam awak”
“Aku tak sangka ko berubah betul-betul macam ni. Dulu aku ingat ko main-main je nak berubah, aku ingat ko berubah kejap je”
& bla bla bla
Ya Allah, janganla korang pandang saya sebegitu sekali. Macam la saya ni berubah ke arah kebaikan, terus meninggalkan keburukan, macam tak pernah buat dosa lepas lagi. Siapa tahu saya tak macam tu ? Saya ni manusia biasa (ayat biasa), kadang-kadang terlepas pandang juga, terlepas perbuatan juga. Banyak lagi dosa yang saya buat, masih bergelumang dengan maksiat, zina hati, zina mata, walaupun tak sampai tahap zina, tapi masih ada perlakuan yang mendekati zina. Kepada sahabat-sahabat lama, Tolongla jangan pandang saya macam saya tak ulangi lagi perlakuan tak elok.. Korang tak bersama saya, korang hanya tengok saya di blog, di facebook, tapi korang tak bersama saya setiap hari. Malah, di blog & facebook, mesti la saya cover, tak mungkin saya nak buka aib saya sendiri. Betul bukan ? Bukan nak hipokrit, tapi masih menjaga aib sendiri. Lagipun, saya tak pernah mengaku saya ni muslimah yang solehah, saya tak pernah anggap saya macam tu. & saya tak faham kalau ada orang boleh berbangga mengangkat dirinya teramat la baik, solehah sangat. Siapa kita ni nak menilai diri kita ni solehah ? Kita nampak ke dosa pahala kita ? Kita tahu ke berapa jumlahnya ?
Kepada yang minta pandangan saya macam mana nak berubah nak jadi lebih baik, sungguh saya malu nak jawab, segan sangat. Sebab saya masih jauh lagi, masih banyak yang perlu diperbetulkan, sentiasa perlu di tarbiyah, sentiasa perlu di ingatkan, di tegur berulang kali. Saya doakan kepada sahabat-sahabat saya yang ingin berubah, teruskan niat sucimu itu, banyak-banyak doa pada Allah, minta pertolongan Allah, minta hidayah Allah. Jangan putus asa untuk minta, minta & minta lagi. Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa.
Ingatla sahabat, jika Allah makbulkan doamu, bererti Dia menyayangiMu. Tapi jika Allah tidak makbulkan doamu, bererti Dia ingin kurniakan seseuatu yang lebih baik untukmu. Sebaliknya, jika Allah lambat makbulkan doamu, bererti Allah suka kamu berdoa padaNya. Yakinlah pada Allah yang mencipta kita. Sentiasa mengingati Allah ketika susah & senang.
Ramai yang kagum dengan perubahan saya dari segi aurat. Aurat ? Saya masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Mungkin pandangan mereka sebegitu kerana dulu masa sekolah saya free hair bila keluar, dressing saya tak payah cakapla. Itu semua saya dah tinggalkan jauh. Nak dibandingkan dulu, maybe ada sedikit perubahan walaupun sekarang masih belum sempurna menutup aurat. Tapi masih dalam proses. Faktor persekitaran & kadang-kadang bila iman lemah, maka nak menutup aurat dengan lebih sempurna itu susah nak di amalkan. Biarla orang nak kata apa, biar sikit perubahan asalkan istiqamah. Tak guna kalau berubah banyak-banyak tapi tak istiqamah. Istiqamah bukan benda yang senang. Perlu kekuatan jiwa & hati serta perlu sentiasa melawan nafsu & letak iman di atas. Tapi kita, masih lagi manusia biasa, kadang kala masih kalah dengan nafsu.
Faktor perubahan ? Kenapa macam ni ? Apa yang menyebabkan perubahan itu ? Yang paling saya senang nak jawab, yang paling saya yakin ialah hidayah Allah swt. Allah hanya beri hidayah kepada hambaNya yang terpilih saja. Bila kita di pilih oleh Allah untuk di beri hidayah, sungguh beruntung bukan ? Hidayah itu tak ternilai. Tak boleh didapati di mana-mana melainkan hanya dari Allah. Di samping itu kita perlu berusaha untuk mendapat hidayah Allah. Juga seperti iman, bukan boleh diwarisi. Sealim mana pun seorang bapa, belum tentu anaknya dapat mewarisi iman ayahnya. Tak di nafikan, masih ada asbab lain yang berlaku perubahan itu. Tapi itu hanyala asbab, semuanya datang dari Allah. Allah menghantar hamba-hambaNya untuk di sampaikan kepada saya. Tak payah cakapla siapa dia, di mana dia, tak dinafikan lagi yang banyak beri bimbingan pada saya, menegur saya ialah di kalangan kaum Muslimin. Bukan seorang, bukan 2 orang, bukan 3 orang, tapi beberapa orang. Kenapa muslimin ? Kenapa tak muslimat ? Macam dah tak ada muslimat ke ? Muslimin itu pula, sucikah niat mereka ? Wallahualam. Memang ada juga dari muslimat, Cuma bilangannya kecil sahaja. Kalau ada pun, yang selebihnya selepas menasihati saya, ada juga yang dua kali lima buat malah lebih teruk dari saya.
Persekitaran juga memainkan peranan penting. Seperti di KMM & sekarang, banyak mentarbiyah saya. Bila di sekeliling kita macam ni, mesti hati kita pun terdetik ke arah itu. Suka melihat pada kebaikan. Hati & jiwa ni meronta-ronta nak ke arah kebaikan. Cuma nak amalkan je belum ada kekuatan sepenuhnya. Itulah hikmahnya mengapa Allah menempatkan saya di tempat-tempat sebegini. ‘Everything happened for reasons’ . Just agree with that..
Bila ia berlaku ? Yang ni saya pun susah nak nyatakan bila jangka masanya. Benda ni bukan boleh di kira dengan masa. Tak boleh nak kata cepat ke, lambat ke. Yang penting, jangan lakukan ia secara drastik. Seperti saya kata, sikit pun takpe, asalkan istiqamah. Mungkin ia sejak tahun 2005 di mana saya di tarbiyah di sebuah kem. maybe dari situ. Saya pun tak pasti. Yang saya tahu, yang saya yakin, semuanya takdir dari Allah. Jika pada masa tu Allah nak kurniakan hidayah, masa tu la kita dapat.
Saya rasa saya sudah menjawab segala persoalan demi persoalan. Saya sudah penat untuk ulang benda sama. Sekali lagi saya kata, saya tak marah, bukan saya tak suka, Cuma kadang-kadang saya rasa lemah dengan pertanyaan itu semua. Memang seorang daie tidak akan berhenti, tidak mengenal erti penat lelah untuk meneruskan dakwah. Seperti Rasulullah yang tak pernah berputus asa dalam berdakwah walaupun pelbagai rintangan, cabaran, dugaan, malah tohmahan serta kata-kata keji yang dilemparkan pada beliau. Tapi beliau masih meneruskan dakwah demi untuk agama Islam.
Apa yang saya nak sampaikan di sini, hidup ni tak lama. Dunia ni penuh dengan tipu daya. Nyawa kita hanya ibarat waktu antara azan dan iqamah. Kalau nak ganti balik, qada balik dengan solat yang kita pernah tinggal, puasa yang kita tinggal, nak cover balik semua dosa, belum tentu sempat kita nak cover semua. Tapi ingatla, Allah itu maha pengampun. Pintu taubat masih terbuka, Allah masih menerima taubat hamba-hambaNya. Allah maha pemurah bukan ? Dah banyak Allah bagi nikmat pada kita, tapi kita seringkali terlalai, leka dengan keindahan dunia semata-mata. Kita tak sedar yang syurga itu berkali-kali ganda nikmatnya, indahnya nak dibandingkan dengan di dunia ni. Kita nak kebahagiaan yang sementara atau selamanya ? Kasih sayang Allah ada 100 bahagian, 99 Allah simpan, hanya 1 yang Allah turunkan kepada manusia. Tapi dengan 1 bahagian itula manusia rasa nikmatnya kasih-sayang itu. Saya tak kata orang lain, tapi saya pun merasainya. Saya pun tak dapat nak menafikan kasih sayang itu, saya tak dapat nak tolak cinta manusia, fitrah manusia. Tapi, selagi ia belum halal, saya perlu kawal, saya perlu jaga. Namun, kadang kala saya tewas juga dengan cinta manusia yang penuh tipu daya, terlanjur juga dengan cinta manusia, terlanjur juga dengan perbuatan yang di larang Allah.
Asif jiddan jika saya tersilap kata. Yang mana salah, harap diperbetulkan.. Wassalam
*Evi LoLyta*…
Terima Kasih Anti…
Nice la. I said nice la ok. Haha Sekajap entri baik, sekejap entri gedik pula. Tak adala, zaman gedik dah habis. Kini zaman gedik advance pula. Kidding..
Terima Kasih Anti… Siapa pula yang berterima kasih kat saya ni ? Sabar la. Kita cakap pasal lain dulu la nak ? haha. ok la, tak nak buat orang penat baca entri panjang-panjang. Kita pendekkan saja entri kali ni. Entri sebelum ni panjang sangat kan. Saya harap saya dapat cut jadi summary. Tapi kalau terjadi sebuah novel, asif jiddan..
Okla, kira senang kita copy paste je apa offline message kat YM yang saya terima dari seorang muslimat ni. Tak payah la kita cakap siapa dia, readers pun tak kenal la dia siapa ok. Lagipun kita bukan nak cakap pasal tuannya. Tak baik cakap pasal orang, lagi-lagi orang baik, orang yang tak bersalah. Kalau kita cakap pasal orang jahat, orang yang boleh go to hell tu, boleh la. haha Kidding. Jangan buat gitu la. Not Nice..
Kenapa saya dapat message macam ni ? Sebab saya faham perasaan dia & bataskan persahabatan saya dengan bakal tunang dia la.
Ini katanya :
“Assalamualaikum..ana rsa anti knl siapa ana..tujuan ana bg msg kt anti nie, bkn sebab ana nk sakitkn hti anti atau nk wat anti mrah..ana sbnrnye nk ucapkan trima ksih sgt2 kt anti sbb anti fham prasaan ana..ana jgk nk mnta maaf klau ana ada lukakn hti anti atau sakitkn hti anti sblom nie, wlaupown kte x pnh knl..smue tu bkn niat ana..trus trang ana ckp, ana xpnh anggap anti msuh ana..xde sbb pown ana nk wat anti mcm tu..skali lg ana mntak maaf sgt2 kt anti..ana xnk ada org yg mrh ana atau trase hti ngn ana..ana mmg xske mcm tu..so, ana hrp anti dpt maafkn ana..ana pown skrg nie, tgh exam spm..erm, mgkin anti pown twu, ana mmg slalu follow blog anti..ana ske bce entry2 anti..lg2 sbb dy wrne pink, cntik sgt, wrne fav ana..ana pn da bce entry anti psl ana…skali lg, trima ksih yer anti…
ana bknla prmpn yg baik sgt pown..mnusia bse jer, byak wat kslhan, dosa, khilaf..sme jer smue, xde bze pown..mgkin anti jaoh lbey baik dr ana, siapa thu kn..Allah jer yg maha mngetahui, thu sgla galanye..ok la, ana mnta maaf sbb da amik msa anti dn thanks sudi bce msg ana yg x brfedah nie..asif, klau apa yg ana ckp kt ats td dah wat anti trse..maaf yer..baik dan bruk pd ana smuenye dtg dr Allah..thanks so much, assalamualaikum….”
Nice la ayat dia. Sejuk hati yang membaca ni. Lagi-lagi orang yang macam saya yang lembut hatinya. ok kita angkat bakul lagi. haha. Kalaula semua perempuan di dunia ni macam dia, alangkah bahagianya. Kalau bermadu pun tak sakit hati. ehh tak tak. Tak nak. Saya cakap je. haha. Bertuahla kepada dia yang bakal memiliki gadis ini. Buatnya perempuan kat dunia ni semua macam si betina ceruk hulu perak tu, huru-hara la dunia. Jangan la tiru perangai yang sebegitu k.
Alhamdulillah, saya dah pun reply email dia. Siap type panjang-panjang dalam MS Word, pastu attach kat email. Eh tak boleh la saya ni nak cakap sikit-sikit. Mesti nak heret sampai panjang juga. Itu rahsia saya dengan dia la. Tak boleh nak attach kat sini juga. ahah
Baiklah, kali ni kita boleh jaga hati wanita lain lagi. Seronoknya bila tak buat orang sakit hati dengan saya. Saya harap orang lain pun dapat jaga hati saya sebagaimana saya jaga hati orang lain. I deserve better right ?
Readers, come & contohi this attitude, I mean our attitude la. haha. Saya suka bila dia tak ego untuk mita maaf, dia tak anggap musuh, pastu dia suka blog saya (*shy*), pastu dia tak angkat diri dia baik, dia tak riak dia lebih beragama, malah dia kata Allah lebih tahu. Bagusla. Marila kita sama-sama doakan muslimat seperti dia sentiasa dalam jagaan Allah, sentiasa dalam rahmat Allah. Nice bukan ? Ok, saya dapat sahabat baru lagi.
Itu je la yang saya nak share untuk hari ni. But readers, saya tahu dia lebih baik dari saya la. Saya rasa macam tu. Sebab saya tak pernah rasa diri saya ni bagus sangat, baik, alim, solehah. Betul, siapa kita nak menilai orang lain kan. Bagusla tak menghina orang lain, tak mengangkat diri lebih-lebih macam alim sangat tapi hancus.
Current mood :
1) Teruskanlah by Agnes Monica
2) Rawan by Azharina
3) Aku Wanita Biasa by Kris Dayanti
4) Separuh Jiwaku Pergi by Anang
Kalau rasa nak faham saya, nak tahu apa saya rasa, fahami lirik lagu semua tu. Itu la apa yang saya rasa sekarang. lalala~ Untuk masa sekarang beberapa hari ni je ok. Bukan untuk selalu la.



















