Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Second day of Ramadhan 1431H
Entry yang jujur habis. Phew~
Berbuka kat luar lah. Bersama group usrah lain. ada program. Program apa ? tak payah bagitahulah.
Khamis petang; pukul 6.15pm patutnya bertolak pergi ke lokasi tu lah. Tapi, entah macam mana lambat pula diaorang ni. aku benci gila menunggu diaorang macam ni. huh sabar je lah sebab bulan ramadhan. Malas nak sound apa pula kan.
pastu ada yang pergi sekali dengan aku. Tapi aku tak kenal pun diaorang. It’s fine lah nak tumpang aku, aku pun takdela nak berkira. Cuma aku nak cakap la kan, mereka yang tumpang aku ni sumpah sombong. Bukan setakat tu, tak berapa nak tegur. Come on lah, kita ni kan satu campus. Tapi what the hell ? bila sampai sana, sikit sepatah pun tak say thanks ke, senyum ke. Ohh please. Banyak cantik muka. No manners lah korang ni. nama je student pengajian Islam, pakai je tudung labuh, tapi muka macam entah apa. phew~ sia-sia di tarbiyyah, ada group usrah sendiri. yang lain-lain lak, dahla baru junior sem 3 student campus Kota, respect ah aku ni final year student dah. !@#$%^&*
bila sesi taaruf tu, aku jadi berkawan dengan orang lain. hampeh student UniSZA sendiri. Blah ah. Phew~ kalau tak kerana naqibah aku suruh pergi, aku tak pergi dah. Tapi sebab aku respect naqibah aku. Tapi naqibah aku ok je. Aku ok je. And thanks to Zati & Tas yang banyak borak dengan aku masa kat sana.
Iftar; makan dalam talam seramai lima enam orang. Aku tak nak comment pape. Tapi orang yang kenal aku dah tahu la kan respon aku cmana. Aku tak comment pape k. aku tau tu sunnah. Tapi bukan life aku macam ni. memang aku makan sikit. Phew~ tak selera lah.
Then malam ada program, ada ceramah. Bersungguh pula sorang perempuan ni bercakap. Bajet macam tahu semua, bajet macam kami ni tak tahu pape. Takpe, takpe. Aku takde nak dengar sangat orang membebel.
Tidur beralaskan toto je. No comforter. Aku pula kalau takde comforter macam tak boleh. Tapi sabar je. Mujur tak panas, tapi sejuk. Tidur rapat-rapat himpit-himpit. Dah la aku jenis tak boleh tidur ramai-ramai. Jawabnya, tak lena lah tidur.
Pukul 2.30am; mummy & daddy called. Aku ingat kan kenapa, ingat ada kematian ke apa. mujurla aku ni jenis relax. Tak terkejut mana dapat call from family late night macam tu pun. rupa-rupanya;
“evi dah tidur ?”
“dah. Kenapa ?” (jenis relax)
“kat mana tu”
“tidur dengan group usrah, ada program”
“oo k. mummy risau je, mummy mimpi Evi tadi”
“mimpi apa ?”
“mimpi pasal !@#$%^&*”
“oo lek la mummy. Takde pape pun.. ada je ni”
“takdela, risau la. Ramadhan ni pun Evi tak SMS, tak wish ramadhan pun”
“haha saja malas la mummy. Tapi ingat je kat mummy”
“risaula, Evi kan hari tu !@#$%^&*” (adala aku buat hal)
“takdela mummy. Bulan puasa tak buat dah. Haha”
Aku buat hal apa ? adala. Don’t worry, mummy tahu je. Aku kan jenis jujur, bagitahu semua kat mummy daddy. Asalkan jangan marah aku, tapi nasihat slow-slow. Kalau tak, aku melenting memberontak lagi teruk phew~
Qiyam, sahur. Sahur makan dalam talam lagi. Makan nasi pula tu. Ohh k ohh… aku not that type yang makan nasi masa sahur. Takkanla aku nak demand some bread, biscuits ke. Tidak lah tidak. So aku tahan je la. Sudahnya, pagi tadi aku dah gastric semacam. ok fine again.
Dengan tak mandi seharian lagi, nak solat pun tak selesa. Dahla air halus gila. Nak basuh buang air pun tak lepas. Macam geli. Rasa macam tak sempurna solat. Sabar, aku tak mengeluh pun. Mengeluh dalam hati & kat blog je.
Pukul 7.30am sambung ceramah lagi. Ok fine. Aku macam tak boleh nak tahan, tak selesa lah. (lagipun aku ada kerja. Ehem) so aku minta izin elok-elok nak balik. So aku baliklah walaupun orang yang in-charge program tu tak berapa nak bagi. Ada aku peduli cakap sesiapa, ada aku takut ? tak kan. Phew~
So pukul 12.30pm aku balik. Alhamdulillah. Balik, terus cari roommate & housemates. Seriously aku rindu kat housemates aku masa aku kat sana. Aku macam dah sayang gila kat housemates aku. Sebab diaorang best.
Aku balik qada tidur, pastu tadi diaorang datang bilik aku borak-borak, dengar luahan hati aku. Phew~ so mood aku tak berapa nak ok ni. jadi, tonight berbuka puasa kat ? insyaAllah.. biasalah, nak pujuk mood aku, nak pujuk diri aku, dengan satu benda ni je. Pasni ok la aku.
Aku tak larat. Aku lemah. Gastric. Rasa macam-macam dah ni.
Asif jiddan. Aku tahu entry ni kasar. So what ? aku cakap benda betul la kan.
First night & day of Ramadhan
Alhamdulillah. Tadarus = done. 2 juzuk sehari. Semuanya berjalan lancer berdasarkan plan saya. Thanks to my housemates.
Solat Tarawikh with my three housemates (kak Yad, Lisa & Jannah) and my roommate; Sarah. Alhamdulillah. First night dah dapat tarawikh macam ni. rasa tenang sangat, bahagia sangat. Thanks to all of them yang bagi semangat kat saya. Sayang sangat kat housemates. *wink*
By the way, for the past few weeks, I’ve learned a lot. Seriously. Saya rasa dah tiba masa untuk saya jadi lagi lebih matang, untuk jadi diri saya yang sesuai dengan umur saya.
For example; dalam rumah ni, saya ada seorang yang lebih kakak dari saya & lapan adik yang lebih muda dari saya. Jadi takkanlah saya nak buat perangai macam budak-budak lagi kan. Kena la tunjuk contoh yang baik walaupun saya memang kurang baik. Bukan nak jadi hipokrit, Cuma tak nak la adik-adik ni jadi dah terbiasa bila tengok kita buat benda yang kurang baik. Tak buat adik-adik terpengaruh lah kiranya.
Bila bersama housemates yang lagi adik-adik, kita kena lebih banyak mengalah la kiranya. Bila duduk satu rumah macam ni, kita banyak kena berkorban apa-apa je. Contoh macam, share barang-barang, pastu tak boleh nak pentingkan diri sendiri, kena fikir orang lain juga, tak boleh nak kedekut. Bila masak, bila kita makan, kena fikir housemates lain juga, kena share makan-makan semua. That’s why I’ve learned a lot. Saya tak kisah, Cuma saya lebih belajar dengan hidup dalam bermasyarakat.
First berbuka puasa; hari ni lah. Orang lain sibuk pergi bazaar ramadhan, saya takde feeling nak pergi pun. Dah la jauh. Time saya duk sini, dia buat kat sana. Time saya duk Kolej Kediaman lain, bazar tu kat sini. So, masak je la simple-simple kat rumah sorang-sorang. Sambil tunggu diaorang balik, nak tadarus. Sempat lagi basuh baju semua. Hari ni rasa macam saya betul-betul independent habis. Tak caya ? haha
Petang semalam pun saya buat kerja yang tak pernah saya buat. Mop lantai satu rumah ni. haha ! sampai Ain datang rumah pun dia terkejut tengok. Yelah, mana pernah saya nak buat kerja-kerja macam tu. Kalau mummy tahu pun, terkejut juga mummy. Kat rumah tak pernah nak sentuh benda-benda gitu.
So today, berbuka puasa dengan housemates & diaorang bawa gang. Cocktail; I made it. Best lah ! ceyceycey macam puji diri sendiri. By the way, di sebabkan malas nak pergi keluar nak pergi tarawikh, jadi saya solat tarawikh berjemaah kat rumah jelah dengan housemates, roommate & housemate saya bawa gang dia. Dalam 8 orang jugalah. Ohh saya suka suasana macam ni !
Thanks to all of you. sorry kalau akak tegas dengan korang. ahah. Tapi saya still respect kak yad lah
Countdown : 5 hari Menjelang Ramadhan
Saya telah mengabaikan blog ni sejak seminggu yang lalu. Bila ianya dah terabai, maka; traffic pun terabai lah. Kurang dan berkurang dari biasa. Biarlah. Saya tak nak pedulikan apa-apa dah, sesiapa dah. (macam boleh)
Dah two weeks usrah kat rumah naqibah. Tidak lagi di surau dalam campus. Bagus juga macam ni sebab masa untuk usrah tu makin lama lah sikit. Lepas maghrib boleh sambung lagi sampai isyak. Cuma bila balik, kepenatan dan tidur berbelas jam. Phew~
Sahabat usrah
5 hari je lagi Ramadhan akan tiba. Cepatnya masa tak payah cakapla. Berapa banyak dah membazir masa pun tak payah cakap. Skip skip. Puasa tahun lepas dah habis ganti belum ? heh jawab-jawab. Ramai di sekeliling ni sibuk nak ganti puasa. Yelah, ganti lah. Syukur dah habis sebab awal-awal lagi dah nekad nak habiskan cepat-cepat. Malas nak kejar-kejar di saat-saat akhir macam ni.
Puasa untuk mendapatkan taqwa. Memanglah. Habis, buat apa berpuasa ? kalau setakat menahan diri dari makan & minum, tapi still buat benda-benda ‘sebegitu’, baik tak payah puasa. Sia-sia je. Berapa je bonus puasa tu dapat.
Saya tak cakap kat orang lain lah. Saya cakap kat diri saya sendiri. Hope that, this year punya puasa lebih teratur, lebih baik, lebih bagus, lebih mantap, lebih segala-galanya kebaikan dari tahun lepas. Tahun lepas; hampeh. Di sebabkan masalah kesihatan membuatkan puasa saya pun entah pape. Tak teratur. Sedih-sedih. Beribadat pun tak sempurna.
10 hari terawal : rahmat
10 hari pertengahan : maghfirah
10 hari terakhir : di jauhkan api neraka
My housemates; kak Yad, Mun, Lisa, Mar, Amy, Zati, Jannah, Ila & roommate; Sarah. Hope that our plan tu menjadi la ok. all of us should give our commitment. Baru lah menjadi. Korbankan sikit masa bersuka ria. Thanks !
Apa kata korang tentang ramadhan ?
….:….
Suratan atau Kebetulan
More than three days saya tak update blog. Dalam mood sekarang ni pun, saya tak ikhlas pun nak update ni. jadi, tak baca pun takpe. Sebab penulisan yang tak ikhlas memang selamanya tak akan ok pun. But, I have to update it.
Biasala manusia. Makin di larang jangan buat, makin dia buat. Jadi, makin saya cakap jangan baca, lagilah korang makin nak baca kan.
Suratan atau Kebetulan ? Bagi saya masa untuk berfikir sekejap. Bagi saya ruang untuk diri saya sendiri. Bagi saya peluang untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni sekejap. Saya terduduk terdiam terfikir. Semua yang jadi ni; ianya suratan atau kebetulan ?
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulanKita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapanWalau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepatiHingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudusPertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
saya dah tak boleh nak teruskan luahan hati ni. biarkan saya pendam macam ni je. Tak boleh nak teruskan. Dah hilang semua kata-kata. !@#$%^&* ~
& saya tak berniat nak menghukum, nak menyeksa perasaan sesiapa. Tapi saya juga tak boleh nak teruskan dengan keadaan macam ni. tak boleh.
==========================================
5-8 August, saya sepatutnya join abg Ji punya program motivasi di Kota Bharu. Kita semua daie & kita perlu meneruskan perjuangan mendidik generasi muda. Tapi seriously saya rasa saya tak layak. Dengan apa yang berlaku baru-baru ni lagi, lagi saya rasa saya langsung tak layak nak pikul tanggungjawab ni. saya rasa !@#$%^&* worst sangat. Tapi saya perlu. Cuma saya dah hilang keyakinan pada diri saya. Macam mana saya nak jawab, nak cakap pada adik-adik supaya jangan buat itu, jangan buat ini sedangkan saya buat lebih dari itu lagi. Saya tak layak. Masih ada beberapa adik-adik di bawah didikan saya yang masih contact saya, minta nasihat, pendapat. Masih berada di bawah tanggungjawab saya, amanah yang abang Ji beri untuk saya. Tapi saya masih rasa saya langsung tak layak. Tak siapa yang tahu.
Naqibah usrah saya cadangkan supaya saya ambil adik-adik usrah lain di bawah saya. Saya tak mampu. Bukan saya mengalah sebelum saya buat. Bukan saya dah kata saya tak boleh sebelum saya try. Tapi saya tahu kemampuan diri saya, saya tahu apa yang saya buat yang mana orang lain tak tahu, yang mana hanya Allah yang tahu. Saya tak nak jadi hipokrit. Saya nak jadi diri saya sendiri. Macam saya kata di atas tadi, saya cakap kat orang lain jangan buat, tapi saya buat sebaliknya dengan lebih lagi. Saya tak nak macam tu.
Iman sering berperang dengan nafsu. Iman kata jangan buat perkara haram, nafsu kata buatla perkara haram. Iman kata perbanyakkan pahala, nafsu kata perbanyakkanlah dosa. Dua benda yang selalu berperang dalam diri saya, dalam hati saya, dalam jiwa saya. Saya tak tahula pada orang lain. bila saya buat sesuatu yang saya rasa itu memang dosa, cepat-cepat saya tersedar & saya rasa bersalah pada diri saya, iman saya, pada pencipta saya. Sebab tu saya perlukan ruang untuk diri saya muhasabah diri saya balik. Sekalipun kita terpaksa meninggalkan sesuatu yang kita sayang, yang kita kasih, cinta.
Saya punya tarbiyah lain, awak punya tarbiyah lain, mereka punya tarbiyah pun lain. Semua lain-lain. tapi semua berada di bawah ad-din yang sama.
Saya tahu saya tak layak nak bercakap pasal ni. Cuma saya nak luahkan apa yang saya rasa. Apa yang terjadi, memberi 1001 pengajaran pada kita. Kita sendiri yang menentukan jalan mana yang kita perlu pilih. Nak terus berada dalam kemungkaran; atau balik kepada fitrah insani. saya takut saya jatuh lagi. Saya takut kalau saya ulangi kesilapan lalu lagi. Saya takut.
Water crisis & YM crisis
Two types of crisis yang aku rasa sangat besar untuk aku sejak akhir-akhir ni. phew~
Kita cakap pasal water crisis dulu. Oklah ok. air ni macam chipsmore pula. Sekejap ada, tapi lama takde. Dari first week lagi tak settle pun pasal air ni. orang lain asyik sibuk datang rumah aku nak guna air. Aku ok jelah sebab bukan aku yang bayar bil air pun kan.
Iyerlah, di sebabkan rumah aku ni aras bawah, dan rumah yang bernombor 1, jadi macam air pun sampai kat sini dulu. Ok syukur. Dan memang rumah aku ni lah yang menjadi target students untuk datang mandi & buat apa yang patut. Phew~ busy betul toilet kami.
Sejak dua tiga hari ni, makin melampau jadinya hal air ni. makin takde. Haih !@#$%^&* ok sabar Evi sabar ! punyala bayar sewa rumah ni mahal, tapi hampeh. Ok UniSZA, jawab sekarang ! haha. (kalau orang atasan baca blog ni habis aku !)
Ok sambung balik. Yang bestnya, dah dua kali dah benda ni terjadi kat aku. Dua kali aku nak mandi, setiap kali aku nak mandi tu lah ada air cukup-cukup untuk aku. Lepas tu takde. Ok rezeki aku lah. syukur. Magic pula rasa.
Dalam rumah ni kan ada five rooms. Jadi, aku ada nine housemates lah kan. My room paling hujung & cute sikit. Haha. Memang privacy lah this room sebab paling hujung & orang yang lalu takkan nampak apa kitaorang buat dalam bilik. Tak tutup pintu pun takpe. Phew~
Yang tak bestnya, awal-awal pagi semalam, tengah aku syok tidur, suddenly aku terjaga sebab bunyi bising kat living hall. Macam apa hal kan ? rupa-rupanya ramai yang datang rumah kitaorang sebab nak guna air. Kali ni aku dah start tak selesa dah. Satu sebab mengganggu tidur aku, satu lagi sebab bila ramai keluar masuk aku rasa tak selamatlah barang-barang kitaorang. Ok fine lah kalau kitaorang punya friends, Cuma tak berapa nak suka pada mereka yang langsung kami tak kenali. Strangers lah.
Bukan nak kedekut air, tapi tadi kami dah buat meeting dah. Sampaikan kami pun tak terguna air. Thanks to my housemates sebab selalu simpan air dalam baldi. Aku selaku paling senior, suka hati je guna air & mandi dengan selesa sekali sampai berbaldi-baldi habis air. Haha. Ok lah, dengan housemate aku langsung tak berkira. Kitaorang pun jenis main-main share je barang yang ada kat living hall, toilet & pantry.
Oklah crisis air. UniSZA harap dapat solve this problem. Kalau tak nak solve, boleh. Kurangkan charge pada kolej kediaman. Haha !
YM Crisis
Ini masalah peribadi. Tapi tak berapa nak peribadi lah bila melibatkan orang yang aku tak kenal. Oh please lah. Sejak 2 3 weeks nih, ramai pula suddenly add aku kat YM. Masalah besarnya, orang yang aku tak kenal & entah pape. Hadoiii.. sama-sama tak kenal & baru nak kenal. Tak tak. Aku tak suka. Aku tak boleh nak layan orang macam ni.
YM tu kira agak privacy untuk aku lah. Aku pun takdela macam orang lain suka hati letak YM id lah, Skype id lah kat blog, tayang secara besar-besaran. Oh tidak. Aku punyala nak sorok aku punya YM id sebab aku malas lah nak YM nih. Malas nak type. Type blog takpe. Haha. YM tu hanya untuk benda penting je in case aku nak bagitahu pape. Tapi saja-saja nak YM borak-borak tu macam tak lah untuk aku. Aku pun tak suka YM lama-lama.
Bila aku Tanya mana dapat YM id aku, diaorang kata dari website invisible.ir . apa dia nih ? aku tak pernah tau pun website ni. takkan glamour sangat id nih sampai kat sana. Aku pun tak pernah join. Sesiapa tahu kenapa jadi macam ni ? atau tahu macam mana tak nak YM id kita ada kat sana ? haiyyooo.. annoying sungguh lah.
Aku punyala filter habis nak bagi YM id kat sesiapa. Tapi aku suka sangat kalau orang yang aku suka add aku kat YM. Haha ! sangatlah ramai dalam ignore list aku ni. sangat ramai ok ! mujurlah takde limit. Kalau tak, mana aku nak campak semua id yang sungguh annoying nih. Memang aku sangat suka ignore sesiapa & block sesiapa yang aku tak selesa.
By the way, aku punya YM id ni memang dari email lama. Email sejak form 2 lagi, means that 8 years ago lah. Aku pun tak tahu kenapa aku guna this one for YM. Kalau nak tukar kan macam susah pula. Malas nak add balik ramai-ramai.
Ok, help me !
Convocation UMT & UniSZA
Hye ! we meet again here. Ok, aku dah ada masa nak update sekejap. Baru bangun tidur nih. So tired + sleepy. Tu pun bila kak Huda datang menjerit kat bilik aku panggil aku. Rumah aku ni kan kat aras bawah, bilik pula paling hujung, kira macam dekat gateway lah. Orang keluar masuk blok, nak pergi mana-mana mesti aku boleh usha. Phew~
Tak dapat tidur sangatlah petang ni. kejap-kejap terjaga. Sekejap ada orang SMS, sekejap ada orang datang kat tepi bilik, kat tingkap ni panggil aku. Macam-macam lah. Aku ok je. Tak marah pun. Cuma nak tergelak. Haha
25July2010 : Kita story pasal hari semalam dulu. All lectures cancelled. Alhamdulillah. Susah pula aku nak pergi sana sini kalau terikat dengan lectures kan. Terbangun lambat macam takde hal. Aku pun tak tahu macam mana boleh terbangun lambat. Lunch tengah hari pun orang lain tolong belikan & hantar kat bilik aku. Kan aku dah cakap, senang. Pass ikut window je. Tak payah aku susah-susah pergi bersiap keluar dari rumah. Haha.
Then petang aku tertidur lagi. Serious tak larat. Dan memanglah, aku start tak sihat sejak malam semalam sampailah sekarang ni. sabar-sabar. Get well soon Evi. Dalam pukul 4pm++ aku pergi tapak pesta Convo UniSZA. Sebab nak jumpa someone lah. Orang luar lah. Bukan terpaksa jumpa, Cuma tak suka dengan cara mendesak macam ni. memang aku nak jumpa, yelah datang dari jauh kan. Then borak-borak kejap pastu pergi UMT sebab nak pergi wish congratulations to my bestfriend lah, Ainni. Her convocation. Aku pergi dengan kak Iqa.
congratulations sayangsss~
Lambat pula convo sesi petang nih habis. Dapat jumpa Ainni, her mom & her sister kejap je. Terharu rasa sebab yelah, gila punya bestfriend kan dengan dia since 2005. Last week pun dia stay dengan aku, kat bilik aku, tidur dengan aku, bedtime story dengan aku. Haha. So close lah.
with her mom & her sis
Then, balik campus. Aku terlantar terbaring sampai maghrib. Ya Allah, serious tak larat. Then hujan lebat. Ingat malam tu nak pergi pesta Convo UniSZA lagi. Yelah ye. Nak pergi. Then nak dinner. Keluar dinner jap kat Seberang Takir (tak best sangat pun. Kedai dia bukan standard aku lah), then terus pergi pesta Convo UniSZA. Tak syok pun. Sebab entah. Macam takde pape. Ada show dikir barat mula-mula tu.
Dah la hujan rintik-rintik. Macam duk mandi hujan gitu je aku ni. then jalan-jalan teman budak-budak ni nak beli itu ini. Aku tengok je la. Tak tau nak beli apa. bukan taste aku lah. Then suddenly aku rasa macam best je dengar macam music macam live band gitu. Ceyceycey pantang dengar. Terus heret budak-budak ni pergi kat stage. Ohh lupa. Semalam aku kuar dengan Angah , her roommate & kawan roommate dia student Usuluddin. Universal betul, dengan siapa-siapa pun aku boleh hang out.
Owh, sekali, Ana Raffali rupanya. Aku tak kenal pun siapa dia. Tapi memang cun lah. Phew~ cantik lah. Gorgeous lah. Best je dia main guitar. Ohh one of the guitarist is Aidit Alfian. Lagu macam underground gitu pun, aku takde suka sangatlah. Tapi layan je. Pastu ada la junior sorang ni SMS nak jumpa la, apa la. So layan je dengan dia, kawan dia. Ehh handsome juga kawan dia. Haha. Adik-adik je la semua.
Ala tertinggal camera. Tak dapatlah capture gambar Ana Raffali. Takpe, saya grab photo ni dari facebook staf PTM UniSZA. Staf PTM, minta halal eh hehe.
26July2010 : awal-awal pagi aku dah bangun pergi airport. Pergi ambil senior aku punya parents. Yelah, dia kena pergi DABS awal pagi lagi, so aku lah yang pergi ambil. With this one aku langsung tak berkira sebab dia baik sangat dengan aku & memang banyak tolong aku pun selama ni. then, hantar his parents kat DABS & aku balik sambung tidur.
Plan dengan kak Iqa & Angah dalam pukul 10.30am nak pergi DABS, nak pergi jumpa seniors yang Convo lah. Then tukar pukul 11am, sekali pukul 10.30am kak Iqa datang kejut & aku pun baru bangunlah bersiap nak pergi DABS.
Dengan muka mengantuk, aku jalan-jalan macam tu je. Dahla tak pasal-pasal bangun-bangun, ada orang tengah tension & SMS marah-marah kat aku. Padahal aku tak bersalah pape. Biarlah. Ikutlah kan kalau rasa nak lepaskan marah pun. Aku ni jenis tak fragile, jadi macam biarlah kan. Tapi try kalau aku buat gitu kat dia, sumpah seminggu gaduh tak akan contact. Tapi kalau dia buat, takpe pula.
Ok, meet the graduates. Tapi sorrylah, tadi memang aku mengaku aku agak sombong tadi. Malas nak tegur sesiapa. Ada yang aku buat tak tahu je. Bukan apa, aku macam mamai lagi. Mengantuk lagi. Sorry bila aku dah start buat muka sombong aku. Phew~
Sabir Senget haha
ohh Ejattt
Malas nak explain banyak. Tengok photos dah la. Korang pun malas nak baca banyak kan. Korang mesti asyik nak tengok photos je hehe. kat Facebook lagi banyaklah.
Next, lepak depan DABS. Macam-macam oranglah jumpa tadi. Secret admirer dulu-dulu lah macam-macam. Then, adala sorang ni berdiri depan aku sambil pegang Nikon DSLR dia. Oklah, photographer campus kot. Aku pun takdela nak perhati sangat sebab kat seberang sana ada abang aku kan, abang Ji. Tengah tungguh abang Ji nak jumpa. Abang Ji kan pegawai tadbir UniSZA kat Campus Kota.
Sekali, aku pun macam terpandanglah photographer depan aku nih. Dia pun macam pandang juga. Aku pandang lagi. Jeling-jeling senyum-senyum. Cey ! macam nak flirt orang pula aku ni. sekali, 3 kali pandang baru aku macam terperasan siapa. Tak tahula macam mana boleh tiba-tiba teringat secara spontan aku terjerit nama dia “nikkkkkk !!!” .. haha. Mujur aku dah tak pergi tampar-tampar lengan dia depan orang ramai. Haha.
Oklah, nikwafdi. Photographer yang aku ter kenal masa aku lepak Ri-yaz hari tu. Yelah, nak cam macam mana, hari tu costume lain, hari ni costume lain. hari ni nampak lebih handsome sampai tak cam dah. Boleh pula dia siap perli-perli nak ambil gambar kitaorang. Yelah, macam perli kitaorang ni photo mania kan. Ahah
Then di pendekkan story, masa nak balik tu, abang Ji pula SMS nak ambil gambar. Aku pun patah balik la sebab nak ambil gambar jugalah. Cuma aku segan tadi. Yelah, tadi kan depan orang ramai depan staf UniSZA, depan orang-orang besar UniSZA. Takkan aku nak menggedik kat situ. Then ambil gambar, siap dengan photographer staf PTM lagi. Ok lah, ok.
with Abg Ji.
Then pukul 1pm++ baru pergi lunch. Lewat dah. Aku dahla macam tak sihat sangat kan. Balik jalan kaki je from DABS sebab my friend used my car and went out with his family. aku ok je. Macam aku kata lah, dengan dia sorang ni aku tak berkira, walaupun dengan certain people aku memang berkira pun. Ahah.
Petang pukul 3pm pergi hantar dia pergi airport dengan family dia. Fly to KL. Goodbye, thanks for everything. Adala something dia bagi yang buat aku terharu jugalah. Aku tak boleh nak story kat sini, hanya friends terdekat je tahu.
Thanks for everything & congratulations to graduates of UniSZA. Next year turn aku pula insyaAllah. Ameen..
10 hours Enough For Us
Friday. Hari yang aku tunggu. Penat. Bangun awal pagi, pergi sana, pergi sini, pergi breakfast kat Mc Donald’s, had some pancakes & pukul 9am pergi lab ! weekend pun pergi lab. Sambung kerja sniffing yang belum settle pada hari Khamis. Kesian kat internet, kat network. Yang paling best masa nak sniff tu, dapat tahu yang Pusat Seni & ada fakulti lain pun guna network sama. Habis lah. Haha.
Friday evening. Sepatutnya 3 hours, tapi tersilap jadi 10 hours. Tanpa dirancang lah. Semuanya berlaku secara spontaneous. Ohh k !
Friday. It’s hi-tea time at Ri-yaz. As usual. Lagi-lagi nak celebrate birthday kakak dua orang nih. Belated birthday la kiranya. Yang keberapa tak boleh nak bagitahu sebab mereka tak nak bagitahu. Haha.
The birthday girls !
Hari ni aku bawa gang ramai sangat. Siap booking lagi sebab takut full lah kan. Betul lah, sebab ada function kat terrace. Ok lah ok. one table for two, one table for six. Eh mestila aku kat table for six. Table for two is for my best friend.
Table for two for Ainni & Tawfiq Helmi !
Mula-mula memang plan nak pergi hi-tea je. Tapi diaorang ni cakap nak pergi tengok pertandingan shuffle pula kat pantai Batu Burok. Aku cakapla nak balik dulu lepas hi-tea then pergi balik. Bila fikir balik, buat bazir minyak kereta je ulang-alik macam tu. Baik stay sana terus. Masa tu juga la aku pergi ambil baju sebab nak tukar lah. Takkan nak pergi pakai mini kurung macam ni. mujurlah apartment aku ground floor. Kalau tak, dah semput dah turun naik tangga. (macam tak biasa)
Sampai dah lewatlah kat sana. Sebab tunggu si jejaka dua orang nih balik solat jumaat. Kalau tak, takde driver. Siapa nak drive ? sebab aku dah start mengada-ngada malas nak drive. Haha. Makan-makan macam biasa. Borak-borak macam biasa. Tiada yang luar biasa. Tak payah story benda sama, sebab memang sama, takde yang lain.
heh Rapunzel lah ! *wink*
Stay sampai pukul 6pm, kak Huda & alang gila photoshoot. Kak Iqa dah senyap landing atas rumput. Dia malas nak layan kitaorang. Haha. Aku macam biasa, steady. Kat mana-mana pun aku akan bergalok.
Frenzy ! eh semua ‘H’. Hidayah, Huda, Haziqah !
Then terus pergi Giant. Karaoke. Sejam je. Tak larat lah lama-lama. Ni pun dah penat dengan diaorang semua. Just for fun lah, before the busiest time arrive.
Fun dowh
After maghrib, terus pergi pantai Batu Burok, ada Festival Shuffle 1 Malaysia. Shuffle tu apa ? macam menari-nari berjoget-joget gitu. Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Tapi macam bosan. Aku tak minat sangatlah tempat bising macam ni & mix with orang yang entah pape. Ohh tidak. Tak boleh.
After that, pergi waterfront. Kan aku dah cakap. Selepas Ri-yaz, waterfront lah tempat aku suka. Petang pergi Ri-yaz, malam pergi waterfront. Complete life aku hari ni haha. Tapi aku tak makan pun. Gila nak makan lagi. Heh diet lah ! then, Saja menikmati keindahan alam ciptaan Allah di tengah malam sambil layan perasaan sambil borak-borak gelak-gelak dengan diaorang. Haha.
Proceed to another place. Ceyceycey. World Gamelan Festival kat Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Yang ni pun bukan aku minat pun nak tengok. Memang diaorang bising-bising nak pergi tengok tapi aku macam tak layan sangat. Masa lepas pergi waterfront tu, memang nak balik. Tapi aku pula yang nak pergi kat dataran Shahbandar sebab…. Adalah sebabnya. Sekali, benda yang aku nak tu takde, tapi terpacak kat sana pula tengok gamelan. Haha.
Oklah, that’s all for last night. For today ? tengoklah. Pesta convo UniSZA & pesta convo UMT. Jomlah. This week aku banyak menghabiskan masa & menghabiskan duit. Errr, mummy daddy, tolong sponsor sikit !
Furthermore, July, August & September Ri-yaz punya promotion sangat best ! nak pergi ! Jom !
Second week of semester 7
Jangan bosanlah. Story aku hanya pasal apa aku buat this week. Dah takde enjoy dah. Takde. Biar last night ada enjoy sekejap dengan !@#$%^&* kat kopitiam. Taklah, aku follow Ainni je. Haha !
Resume : baru sudah submit tadi. Thanks Yaya !
Final Year Project (FYP) : phew~ langsung tak terfikir dalam kepala nak buat tajuk ni. Walaupun aku major in Software Development, tapi semestinya aku langsung tak nak buat FYP berkaitan dengan web based system & apa-apa berkaitan dengan programming. Ok networking. Aku suka ! walaupun tak pandai mana, tapi aku suka sangat. Bagi aku, nak develop web based system ni macam susah. Tapi, lecturer aku cakap, network configurations lagi susah dari nak develop system. Tapi bagi aku, terbalik pula. Thanks tu supervisor, also thanks to En. Faisal lah semestinya. Kalau tak, aku terkial-kial lagi cari tajuk. Yelah, pesanannya “pasni kena rajin sikit, kena serious, kena buat betul-betul” .. haha
Assignment 1 : username & password sniffing. Wireshark lagi. Benda ni la buat aku ulang-alik pergi lab. Orang lain pergi lab pukul 8am, 9am. Aku pergi lab pukul 11am. Dahla lecture pukul 10am semalam aku terponteng, terlajak tidur. Haih.
Ok, aku rasa aku dah rajin sikitlah sekarang ni. dah rajin pergi jumpa lecturer Tanya itu ini. Walaupun aku sangat mengada-ngada pergi faculty, pergi lab, mesti pergi dengan kereta. Dah malas gila jalan kaki sekarang. Kadang-kadang zuhud, jalan tengah panas sorang-sorang pergi lab sampai junior aku pun terkejut. Tapi kadang-kadang sangat mengada-ngada tak boleh kena panas langsung. Aku pun tak tahu. Ikut mood lah. Juga aku malas nak pergi dengan kereta sebab susah nak cari parking. Phew~
Lagi apa lagi ? ohh aku tak sabar tunggu hari Jumaat. Specifically, pagi jumaat. Ok tunggulah.
Got to go. Nak pergi lab !
Majlis Taaruf Freshies 2010
Sem 1 = Freshies
Sem 3 = Junior
Sem 5 = Senior
Sem 7 = Super Senior
Sem 9 = Super Duper Senior
hahaha. sumpah bukan aku yang bagi nama Super Duper Senior pada student sem 9. Aku pun terkejut bila dengar diaorang tanya mana “super duper senior” haha.. pandaila sangat diaorang ni.
ok freshies, welcome to UniSZA. Welcome to our club, Bachelor Degree in Computer Science (Software Development). ahah.
some of my classmates. we are super seniors
Last night ada majlis taaruf freshies. When Seniors meet Freshies. Jeling-jeling dari jauh je la. Tak terkecuali aku. haha. Tapi budak-budak kan, so takde nak excited sangat. Not bad lah. Tapi ada sorang ni~ phew. sebijik muka macam !@#$%^&*. ok mereka-mereka je tahu. Tak boleh nak story kat sini. Masa tu aku dah cuak habis. Aku tak boleh nak pandang pun. Kesian dia, tak bersalah pun. haha..
Ni last dapat join Majlis taaruf with course mates. next year tiada lagi..~
Nak cepat. Nak kena study untuk final year project (FYP). current mood : resah. huhu
Pertandingan Bintang Klasik Zon Timur 2010
Today sangat penat. Dah tertidur lepas balik lecture. Jadi, entry kali ni pun tak boleh nak cakap banyak. Sesuai dengan kepenatan yang di alami. Phew~
Baiklah, entry ni macam berdebar sikit. Bukan berdebar nak update. Tapi berdebar bila visitors baca. Haha. Baca sekali imbas je la ey. Jangan tilik puas-puas. Nanti memudaratkan mata hati jiwa perasaan. Haha. Ok merepek saja.
Oklah, last night ! we went to Taman Budaya Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ohh we ? I mean, me, Kak Pah Degree Law Sem 7, her roommate Faizuri Degree Islamic Finance Sem 5, my classmates Syu, Kak Iqa & Alang. Ok, ramai aku bawa gang semalam. Memanglah, pergi mana-mana selalu bawa gang ramai-ramai. Haha
Ok sambung. Taman Budaya ni kat Kuala Ibai lah. (aku tahu aku ulang balik ayat kat atas). Dekat je dengan Masjid Terapung Kuala Ibai. Nama apa entah masjid tu aku tak ingat dah. First time lah datang sini. Macam takde hal kalau aku nak datang saja-saja. aku datang bersebab lah. Sebab yang sangat besar. Phew~ lagipun, kalau nak di kira, memang jauh lah Kuala Ibai ni dari campus aku. Kalau aku duk campus Kota dekatlah juga.
Ok, tak sampai maksud sebab lagi kenapa datang sini. Last night kan ada Pertandingan Bintang Klasik 2010 Peringkat Zon Timur. Lagi aku cakap, macam takde sebab lah suddenly aku nak pergi sini kalau tiada sebab yang lebih besar kan. Lagi-lagi mix dengan orang ramai. Phew~ tak nak expose sangatlah. Tak boleh tak boleh. Bahaya.
Syu, Alang, Kak Iqa
Ok, di sebabkan kami kan stay jauh & itu ini, so lambatlah sampai sana. Tak lambat sangatlah, tapi there’s no more seats in an auditorium. Kak Pah kan cable RTM, so ramai lah dia kenal orang-orang kat sana. Tapi tak dapat jugaklah.
Budak-budak ni asyik gelak je kat beberapa peserta tu. Aku pun nak tergelak juga, tapi takdelah nak gelak over sangat. Haha. Dan aku pun kurang fahamlah kenapa diaorang gelak habis sampai orang sekeliling pandang. Ok, maybe sebab some of them tu klasik habis la kot ? haha
Saja buat muka haha
Actually, dah tahu pasal pertandingan ni sebulan lepas dah. Tak plan nak pergi pun. Macam aku cakaplah, tak nak expose lah. Pagi semalam pun duk main-main lagi tak nak pergi lah, malas lah. Tu pun kak Iqa yang beria menyuarakan hasrat & bagi ayat sikit kat aku sampai aku pun setuju nak pergi. Tu pun buat decision last minute punya. Ajak gang lain. Kebetulan pula saja pergi message kak Pah, then kebetulan dia pun nak pergi Taman Budaya walaupun asalnya dia pun tak tahu apa ada kat Taman Budaya malam tu. Dia nak pergi sebab one of the DJ Terengganu fm yang bagitahu. Ok detail pula aku story, kak Pah jangan marah ey. Aku tengah excited ni.
Sorang, sorang berlalu. Ada yang handsome. Takleh bagitahu la yang mana handsome. Tapi handsome lah. Haha. Ok, yang aku tunggu-tunggu tak keluar lagi lah. Takpe, kita cuci mata tengok orang lain dulu. Haha. Dekat-dekat last tu, ok keluarlah orang yang aku tunggu. Phew~ handsome juga lah. Haha
Kak Pah siap cakap aku feeling masa ni. eh takdelah. Aku macam ni la. Focus. Ceyceycey. Then, habis. Tunggu result lah. That time, aku rasa macam !@#$%^&*. Ok aku tak nak bagitahu lah apa aku rasa. Cuma mereka-mereka je lah tahu. Tapi apa yang aku rasa tu tak betul lah sebenarnya. Mainan perasaan aku je.
Then, nak announce result lah. Sambil tunggu tu, ada persembahan dari Azlina Aziz & Nassier Wahab. Handsome ! Ok tunggu, tengok, dengar. Sekali, nak announce siapa juara. Aku relax je. Ceyceycey. Steady je. Maintain macam ni. sekali~~ ok, inilah juara. Ye ye. Congrats k congrats. Dialah, Tuan Izatt Izzuddin.
My friends pula yang kecoh. Aku relax je. Relax la, dia yang menang. Haha. Nak kecoh kat aku buat apa. bukan aku apa pun. Haha..
in auditorium
Then !@#$%^&*. Pastu aku cari kak Pah & kak Iqa. Alang & Syu cakap diaorang dah masuk auditorium dah. Aku pun masuk jugala. Ceyceycey tak payah cakapla. Aku kan tak nampak & tak cam orang dari jauh. Memang aku tak nampaklah manala juara ni. haha.
Sekali tengok, haih. Kak Pah & kak Iqa dah pegang camera aku ready nak ambil gambar. Tak pasal-pasal. Sumpah segan. Kantoilah. Mestila dia cam camera aku. Lagi-lagi aku tak bagitahu pun dia aku nak datang. Saja surprise ceyceycey.
Then, aku tercari-cari tak nampak kan. My friends pula yang lebih-lebih nampak. Diaorang tolong bagitahu aku mana dia. Aku pun, owh. Tengok ramai orang kat sekeliling dia, ramai orang tegur dia, ambil gambar dengan dia. Haha. Takpe, aku dah ready dari segi mental fizikal dah. Sabar je. Takpe. Sabar lagi. Walaupun macam !@#$%^&*. Habis, takkanlah aku nak buat perangai kat situ kan, dahla minggu lepas gaduh besar sampai 4days tak contact. Nak pergi dekat segan. So, SMS je lah, jelling-jeling. Haha.
Then, dia kena pergi live interview kat radio pula. Aku macam malas je nak tunggu. Tapi my friends sporting je lagi-lagi kak Pah. Otai habis. Haha. Kak Pah slumber pergi Tanya kawan dia yang kerja kat RTM, cakap nak pergi ambil gambar kat stage. Diaorang ni aku perasan sejak mula-mula lagi, sorang duk berkenan kat vespa kat atas stage, sorang berkenan kat macam pondok atas stage. Sekali, nah. Pergilah korang posing atas stage.
Aku pun ikut je la. Takkan aku nak tercegat macam patung sorang-sorang kat situ kan. Then posing situ, posing sini. Sekali, aku pula yang terberani pergi kat tengah-tengah nak ambil gambar. Ambik ko, aku dah cover malu aku, buat-buat segan. Sekali, aku pula yang lebih berani dari korang. Diaorang gelak je kat aku kata “ini dah melampau dah ni” haha.
Pastu, tunggu lagi la kan kejap. Duduk kejap. Ok, dia dah habis interview. Takpe. Aku nak duduk sini je. (boleh pula aku nak juga buat ego masa tu). “datang la sini” (dalam hati berkatalah).. haha
So, on the way dia nak datang sini, phew. Yang itulah, yang inilah tegur dia, nak ambil gambar lah. Ok lah ok, takpe. Aku nak duk sini juga. Aku takkan bergerak. Haha. Gila sombong aku masa tu. Takpe, saja. selepas melalui liku-liku nak sampai kat aku, akhirnya sampai la kat aku. Ok yess ! haha
Then, biasala, ambil gambar. Pastu aku rasa macam masa tu aku dah !@#$%^&*. Ok, hanya my friends & orang kat situ tahu. Haha. Excited lebih macam tak terkawal dah. Serious malu. My friends yang tak biasa tengok aku gedik macam tu pun macam terkejut kot ? haha..
Juara semalam. Susah ni nak ambil gambar dengan juara ni haha
Oklah, kita pendekkan cerita. Adeh. Yang ni part paling malu buat aku. Dia suruh aku jumpa family dia, mak dia lah. Aku macam !@#$%^&*. “tak nak tak nak” . tapi bila dia dah buat muka garang kat situ, aku macam, “ok ok” . malas lah kan nak buat perangai situ. Takkan aku nak bergaduh kat situ kot, takkan nak buat muka kat situ kot. Dengan syarat, bawa gang aku sekali jumpa. Haha. Then borak-borak kejap & baliklah.
Meet the family. Gila segan
Dah lewat. Dekat pukul 12am dah. Konon lewatlah. Padahal awal-awal aku dah plan nak pergi supper kat waterfront. Ok tempat aku paling suka selepas Ri-yaz. Sebab dua-dua tempat view air kan. Furthermore, duk kat waterfront nampak Ri-yaz, duk kat Ri-yaz nampak waterfront. Sebab seberang sana & sini je. Ahah
Lepak waterfront. Ok, two of my friends nih, boyfriend dia dah macam marah sikit bila tahu keluar malam tak balik lagi. Haha. Aku ? slumber je lah. Aku keluar dengan perempuan, bukan dengan lelaki. Ada siapa nak halang, nak sekat aku ? kalau ada pun, aku tak peduli juga. Haha.
Lepak kejap, makan-makan, borak-borak. Ok, Aku penat. Lagi-lagi kak Pah banyak buat lawak. Aku tak makan sangatlah walaupun aku rasa nak makan macam-macam. Diet ok diet. Haha. Kalau ikut hati, macam-macam dah aku nak makan. Tapi aku tak nak gemuk macam sekarang. Aku nak slim sikit. Wanna decrease my weight lah.
Then balik lah. Aku macam biasalah, jalan straight tak pandang kiri kanan. Style aku lah tu. Haha. Peduli apa aku orang sekeliling kan ? sekali, kak Pah cakap “tak nampak ke tadi meja tu ada Azlina Aziz, Nassier Wahab” . aku macam “hah ? ye ke kak ? tak perasan”
Pastu !@#$%^&* . di pendekkan cerita. Aku tak nak story pasal yang memalukan aku. Tapi rezeki kami, then kak Pah punya cable RTM ada situ juga. Then, jumpalah. Borak-borak. Pastu adalah story lain pasal kak iqa & Alang. Haha. Macam-macam friends aku nih. Kisah tiga-tiga. Haha. Then, pukul 1am gitu kot balik.
with Azlina Aziz & Nassier Wahab
Ok, last night aku macam tak boleh nak tidur sangat. Macam biasalah, syndrome tak boleh tidur datang lagi. Dahla lecture tadi pukul 11am. Pukul 10.40am baru aku tersedar. Kalut. Pakai tudung semalam. Segan. Segan sebab !@#$%^&*. Ok dah. Ada lab lagi petang tadi. Lecture Formal Method sampai pukul 5. Balik lectures, aku zzZZZzzzz~~
Oklah, ada orang tu sangat mengada-ngada hari ni. aku tak reply SMS sikit, lambat reply sikit, dia dah mengada dah itu la, ini la. Eh kenapa ni ? takkan selepas semalam jadi gini kot ? tapi memang mengada sejak 2 3 minggu lepas lagi. Tadi aku penat sangat, tertidurlah. Merajuk pula la sebab tak reply. Takpelah, nanti dia baca entry ni mesti dia terharu habis. Haha.. pastu mesti dia SMS aku. Haha. Bluwwek perasan.
Entry ni, cover sikit-sikit je, tapi expose habis-habis. Phew~ eh, kata penat ? Tapi panjang semacam entry nih haha




























