Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Anda Merdeka Di Mana ?
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Ehh kenapa kau bersemangat sangat nak celebrate Merdeka ni wahai evilolyta.com ? got prawn behind the rock lah ! haha !
: Google..
Merdeka di bulan Ramadhan.. Saya merdeka di sana; anda merdeka di mana ? di dalam bilik sorang-sorang ? di atas katil tengah mimpi ? atau merdeka depan laptop saja ?
Saya tak merdeka di mana-mana, Cuma merdeka melihat gelagat manusia di sekeliling pada malam itu. Takde apa pun yang menarik. Aku pandang ko, ko pandang aku. Lepas dah pasti tiada yang menarik, kita pun pulang. Phew~ Seriously, fun je.. Suka walaupun penat habis.
Pagi merdeka; saya dah terpacak depan rumah. Bikin semua kat rumah terkejut. Ehh tiba-tiba je sampai ? bukan nak bagitahu nak balik bila. Asal je mom, dad, adik Tanya bila nak balik, jawapan hanya sama; “tunggulah, surprise. Kalau sampai, sampailah..” maka, dengan izin Ilahi, sampailah depan rumah pada pukul 9am. Macam bagus la boleh bangun awal, balik awal, padahal malam merdeka sebelum tu dah tidur lambat habis.
Hari isnin lecture habis pukul 5.30pm, jadi susah la terus nak bertolak balik. Nak buka puasa lagi. Jadi, balik la keesokannya. (macam alasan je sebenarnya; got prawn behind the rock !) haha..
Kemerdekaan & Kebebasan ? Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Selamat menyambut Ramadhan pada hari yang ke 21.. Dah masuk 10 hari terakhir. Apa lagi ? Jommm…
Facebook Page
*saya tiada facebook* ~ statement yang tak boleh nak di sangkal lagi. Haha !
Baiklah, introducing my new facebook page. Apa guna create page ni ? ingat artis ke apa, ingat model ke apa ? tak tak. Saya tak ingat apa-apa, saya tak ingat sesiapa. Phew~
Saja-saja buat. Nak like, like lah. Tak nak, sudah. Tak paksa. Tak minta, tak suruh, Cuma suggest je.
Percaya atau tidak saya tak guna profile saya yang sebelum ni ? percayalah, langsung tak berdusta. Kenapa ? apa, ingat saya tak boleh hidup tanpa facebook ? boleh je. boleh sangat.
Ok kenapa tak guna facebook profile, kenapa create page, kalau macam tu kenapa tak deactivate saja facebook profile yang lama ? mari sini kita jawab;
Ada orang menasihati saya tentang facebook
Ada orang menyedarkan saya tentang publish photos kat facebook
Ada orang bagi masa supaya saya tak active facebook. (lawan balik boleh ke tak ?) haha..
Ada orang tegur saya layan bukan muhrim kat facebook
Saja tak nak deactivate. Benda sebegitu di kira sentimental value you know ! haha..
Kebiasaannya, seorang lelaki yang soleh tak suka bakal isterinya bersosial di facebook, menayangkan apa yang tak patut, melayan bukan muhrim secara berlebihan.. -kiasan. haha !
Kalau korang perasan, sebenarnya saya dah delete photos, album secara slow. Maybe ada yang tak perasan. Tapi takpela, tak perlu sedar, tak perlu ambil tahu tentang saya. My facebook page was created on 26July2010. Dah sebulan lebih dah. Ni proses migrasi la kiranya. Secara slow. ahah ! Hari ni baru secara rasmi publish pasal ni.
Kenapa active blog ? sayanglah, sebab dah bayar dulu. Haha..
Facebook page ni, hanya orang yang ‘like’ page saya yang boleh post apa sahaja yang mereka tahu. Memang tiada privacy lah, orang yang tak ‘like’ pun boleh tengok saya update status apa. walaupun dia ‘like’ saya, tapi saya tak boleh nak tengok profile mereka. Ini menandakan, saya memang tak berminat nak ambil tahu tentang sesiapa. Saya tak kisah siapa anda sekalipun, saya tak rasa nak stalk profile anda. Jadi, sama je saya ada facebook profile ke tak. Macam biasa, belum tentu saya tengok sesiapa punya status updates dalam friends list saya. Sebab saya memang begitu. Saya dengan dunia saya, dengan apa yang saya buat sahaja. Lagi kita tak ambil tahu hal orang, lagi orang nak ambil tahu pasal kita. phew~
Admin kepada page saya bukanlah account facebook yang dulu. Jadi, tiada kaitan facebook page dengan facebook profile yang dulu. Saya hanya tumpang account yang entah sesiapa entah. Phew~ ..
Nak contact, sila contact di Facebook Page. Best sebab kat sini semua orang boleh tengok, tak boleh nak tipu kalau layan sesiapa, takde orang boleh private message. puas hati pihak sana ? ahah ! Tak perlu SMS saya sebab memang saya pun bukan phone maniac. Selalu tinggal phone di mana-mana sampai ada orang marah. haha !
*di kawal*terkawal* I will follow the rules. Will do anything !
Merdeka ! anda Merdeka di mana ? Saya merdeka di situ . Jumpa lagi ! phew~
Rezeki di Bulan Ramadhan
Hye ! kita bertemu lagi di lewat malam ini. Memang suka update pada lewat malam. Sebab masa ni la aku sangat tenang, bahagia, idea datang mencurah-curah. Kalau tak, tak payah. Kalau di awal malam, mesti perasaan serta kehidupan aku terganggu dengan gangguan dari housemates aku. Haha ! assignment pun entah ke mana, sebab kami lepak-lepak serta menziarahi antara satu sama lain. tak lain tak bukan, bergalok. Ahah
Di bulan yang mulia ini, rezeki datang melimpah ruah. Bulan ramadhan ni, duit tak banyak habis. Sesuai dengan kempen berjimat cermat, simpan duit untuk kawen tahun depan. Ahah. Macam ye je. ada jodoh, adala. Macam aku pernah cakap, “when we met the right person, it’s time for us to get serious” .. tak semestinya nak kena heboh satu dunia yang kita dah ada calon pasangan hidup. Tak semestinya kena berkepit sana sini 24jam, tayang sana sini kat orang. Sekali, tak jadi juga. Bukankah itu akan memalukan diri ? heh, ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Habis. Dah lari tajuk.
Sambung lagi. Bukan setakat bulan Ramadhan, tapi sebelum Ramadhan lagi rumah aku ni memang murah rezeki betul lah. Kalau kat atas meja makan kat luar tu, asyik ada je foods. Entah turun dari mana pun entah. Bukan setakat tu, macam pasar jual buah pun ada. Cakap je nak buah apa, semua ada. Buah rambutan, durian, langsat, duku, apa lagi ?
Di bulan yang mulia ini, kita makan free lagi. Hoyeah, orang yang tak puasa pun dapat makan free. Bukan setakat boleh makan free masa berbuka puasa, juga dapat breakfast & lunch free. Haha. Sabar je lah. Yesterday dah buat iftar kan. The next day, masih ada iftar lagi kah ?
Makanan penuh meja macam biasa.
Thanks to Amy’s mom. Hari tu dah bagi tomyam, kali ni bagi berganda-ganda lagi foods. Semoga Allah permurahkan lagi rezeki Amy sekeluarga. Banyak betul hari ni.
Di saat aku & roommate aku duk fikir nak beli apa untuk berbuka, ehem. Sekali, Amy datang bilik cakap her mom bagi foods. Phew~ syukur.
Rice, sup ayam, telur masak sambal, ikan goreng, sambal lada, ‘solok lada’, ‘butir nako’, ‘puteri mandi’, rojak. Rajin betul her mom masak. Kalau aku, macam tak termampu nak buat semua ni sendiri..
Amal jariah di bulan Ramadhan. Korang macam mana ? sudah keluarkan zakat ? Sekadar peringatan..
17 Ramadhan; Nuzul Quran
Kasih sayang, ukhwah, cinta yang terbina di sebalik 17 Ramadhan 1431H…
Baiklah, kita story pasal 16 Ramadhan dulu. Ehem. Preparation for 17 Ramadhan. Sweet je. petang tu, I went out with my housemates. Diaorang nak pergi Pasar Payang. Aku tak pergi pun, aku just pergi hantar & ambil diaorang. Selebihnya, ehem. Jangan Tanya aku melepak di mana. Ada yang tahu kot, sebab baca facebook aku haha ! that place, sangat cantik lah. Tak nak explain panjang-panjang, tak boleh di sini, by the way, thanks !
That night, kitaorang ada meeting pasal nak buat majlis untuk esoknya. Punyala aku baru terperasan bahawasanya 17 Ramadhan 1431H bersamaan hari Jumaat, bersamaan dengan kitaorang nak buat iftar, bersamaan dengan kitaorang nak buat majlis khatam Quran. Aku tak expect langsung pun pada mulanya sebab aku hanya harap tadarus habis, dapat khatam. Atas kerjasama housemates aku, Alhamdulillah, 16 Ramadhan habis. Jadi, dapatla khatam & iftar pada 17 Ramadhan.
Meeting kat bilik Lisa & Mar. aku pun tak tahu kenapa boleh terlepak di situ. Haha. Harap maklum, bilik mereka gelap sebab memang tak buka lampu, hanya buka study lamp je. jadi suasana romantic dapat di rasai di bilik ini. Bila dah discuss tu, macam-macam menu yang keluar. Itu la, ini la.
Lepas meeting, serious aku rasa haus sangat. Sampai aku rasa macam, I can’t sleep in this situation. Then, we went out to NR. Ohh coconut shake please ! Amy sangat bagus pilih tempat, depan muslimin syariah yang aku kenal habis. Sumpah segan. Boleh pula borak-borak gelak-gelak dengan diaorang. Haha !
Peristiwa Nuzul quran;
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Sumber : http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/17/menghayati-peristiwa-nuzul-al-quran/
So, petang Jumaat tu aku & semua housemates pergi terjah pantry sebab nak prepare foods for iftar. Heh macam menipu la semua sembilan orang pergi masuk pantry. Haha ! manala muat kan. Pantry seciput tu je. Ohh before that kitaorang pergi beli barang-barang untuk iftar nanti.
Kitaorang tak buat pape sangat pun sebab banyak beli kat kedai je. Cake dah siap beli, ayam pun dah siap beli kat bazar. Tunggu makan je semuanya. Haha. Saja menyibukkan diri susun foods dalam pinggan mangkuk.
6.15pm; Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Di mulai dengan bacaan mathurat, start khatam baca surah Ad-dhuha sampai Al-baqarah ayat 1-6, doa khatam quran & doa selamat. Cik Jannah Hasanah yang mengetuai majlis kali ni. Tuan empunya diri seindah namanya juga. Sedih tak dapat nak lead kali ni di atas sebab tertentu yang tak dapat di elakkan.
Kemuncak yang terasa di hati ketika baca doa selamat. Aku serious dah tak boleh tahan, juga housemates aku yang lain. Terasa kat hati masing-masing. Memanglah, siapa yang tak tersentuh dengan alunan ayat suci sebelum tu serta doa yang merayu-rayu begitu. Memang aku dah sebak habis. Ya Allah, ku mengharapkan maghfirah dariMu.. 1001 perkara yang bermain dalam fikiranku pada waktu tu..
Berbuka puasa; tengoklah foods. Serious tak larat. Ni pun tak habis lagi, korang-korang yang tak puasala kena habiskan semua ni esok. Haha. Seronok dapat makan sama-sama dengan semua housemates. Kecuali roommate aku, dia pergi buat biskut raya. Haha.
Nasi putih, sup sayur, ayam pusing, telur masin, sponge cake, dadih, sandwich, nuggets, air syrup, air strawberry, cocktail. Ok puas ? tak larat.. syukur rezeki dari Allah semua ni. Thanks to sponsorship. Buat amal jariah bulan ramadhan ni, besar pahalanya.
Thanks to all of you kak Yat, Mun, Ila, Jannah, Lisa, Ma, Amy & Zati. Aku tak sangka dapat housemates yang best macam ni. Memang first week masuk sini kami terus rapat. Aku tahu sem ni, final sem aku sini, aku banyak bersama dengan diaorang ,dari dengan kawan classmates aku.
Manisnya ukhwah bila ia terbina kerana Allah swt. Ya Allah, selamatkanlah sahabatku, lindungilah mereka ya Allah. Thanks buat aku happy. ukhwahfillah.. Indahnya bila bersama jemaah. Congrats pada korang, sebab korang jugala yang sama-sama menjayakan majlis ni.
Aku happy sebab dapat buat housemate aku happy. Aku lega dapat buat diaorang happy.. Alhamdulillah..
Batik Malaysia
Bila tiba nak raya, mesti nak cakap pasal baju raya.
“baju raya ko dah siap belum ?”
“ko beli ke tempah baju raya tahun ni ?”
“berapa pasang baju raya tahun ni ?”
“apa tema color tahun ni ?”
“baju kurung ke, kebaya ke, jubah ke, kurung moden ke, ape ke ?”
Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, kenapa bila tiba nak raya mesti nak buat baju banyak-banyak ? sebab bagi aku, yang beraya sakan pun sampai raya ketiga je. Biasanya macam tu la. Sebab bila raya keempat, ramai relatives dah balik ke rumah masing-masing, sebab kerja la, budak-budak nak SPM la, apa la. So bila tiba raya kelima dan seterusnya, dah sunyi dah kat kampung ni.
Dah jauh pergi dah. Back to baju raya punya story. Aku takdela nak excited sangat pergi beli baju raya. Sebab bagi aku entah. Tak semestinya raya kena pakai baju baru. kadang-kadang main pakai je baju lama pun. Tak kisah pun. Cuma mesti ada yang Tanya, “eh mana baju raya, ni bukan baju tahun lepas ke ?” habis, kenapanya. Suka hati lah nak pakai baju raya ke tak. Aku kan jenis slumber je..
Sambung pasal batik Malaysia. Satu masa dulu pernah ada zaman kejatuhan batik kan ? aku tak ingat dah masa bila. Tapi, beberapa tahun lepas, konsep batik ni naik balik. Bagi aku, memang batik ni cantik, Cuma tak berapa best bila nak kena jaga batik ni baik-baik. Maksudnya, kena dry cleaning, tak boleh terus humban dalam washing machine. Aku paling malas benda cerewet macam ni. pastu tak boleh pakai sabun basuh baju yang biasa sebab tajam, nanti turun color. ni lagi la aku malas nak jaga. Kesudahannya, aku tak pernah beli batik.
Ada la baru-baru ni aku terpergi masuk dalam satu kedai yang jual batik ni. aku takde plan nak beli pun & memang aku tak beli pun. Cuma kali ni aku rasa macam aku sangat menghargai keunikan batik tersebut, hasil lukisan tangan batik-batik tersebut. Ni yang buat aku spend time lama kat kedai ni.
Baiklah, tolong promote sikit kedai ni sebab orang yang jual kat kedai tu layan dengan baik sangat (maybe dia ingat aku betul-betul nak beli, padahal aku tak beli). Macam-macam jenis nama design batik nih, ada 3D, ada arwana, ada apa entah lagi aku tak ingat dah. Memang Kelantan & Terengganu ni pakar dalam batik lah kiranya.
Kedai ni kat bangunan Paya Keladi, nama kedai Batik Hungga. Ok ni semua kat Kuala Terengganu. Ada lagi cawangan kat lain macam kat bazaar warisan & kat mana lagi entah. Dua tempat ni je yang aku tahu. Selain batik, sutera & songket pun ada. Baju yang dah siap pun ada. Memang sangat berkenan dengan design kat sini, Cuma duit je takde nak beli. Tahan nafsu, tahan. Bulan puasa nih ahah.
Tapi kebanyakannya jenis yang baju kurung Pahang. Tapi yang paling aku suka bila ada sequin. Lagi-lagi yang berangkai-rangkai. Cantiknya !
Minta izin ambil gambar. Nanti nak tiru design macam ni ke. Mana tau, sampai satu seru nanti aku rajin nak jahit sendiri. Haha ! who knows kan ? unexpected. Aku pun dah pernah try jahit benda ni Cuma tak menjadi mana. Tak salah nak try kan. Ok thanks kat orang kedai tu.
Kat mana nak cari baju raya ? kat mana nak beli baju raya ? salah satunya boleh tengok kat kedai ni. Sekian.
Dalam Dilema
Industrial Training; aku dalam dilemma
Which place ? Which company ? yang tu, yang ni, entah…
First of all, Alhamdulillah aku dah dapat yang kat Kota Bharu, dekat je dengan rumah aku dalam 1.5km je. Orang tu pun dah call dua kali dalam masa seminggu minta aku confirm terima ke tak. Kalau ikut parents aku, memang diaorang harap sangat supaya aku stay kat Kota Bharu, kat rumah dengan diaorang, dekat dengan diaorang.
Alasan mereka;
duduk rumah parents, senang. Lebih selamat, dekat dengan mom & dad.
Ayah aku tambah lagi (sebab nak pancing aku); nanti minyak kereta pun free, ayah bagi.
Tempat tinggal free dah, tak payah sewa rumah, makan free dah.
Tu cara dia nak pujuk aku. Mom pula kata, nanti kalau aku duk jauh, susah la nak balik, jarang boleh balik, balik kejap-kejap. Nanti stay kat rumah sewa macam mana lagi, kurang itu kurang ini. Chupppp ini mom yang sangat risau, aku tak kisah pun dengan kekurangan yang ada.
Aku ? biasa je. sebab duk campus pun sendiri-sendiri juga. Aku bukan jenis yang call mom & dad, pastu minta diaorang bank-in money for me ke, apa ke. Bukan bukan, aku jenis tak menyusahkan mom & dad macam tu. Kalau susah pun, susah kat sini la. That’s why duk sini aku kena pandai-pandai bajet, jimat. Kadang-kadang, mom pula yang risau, Tanya aku cukup duit ke tak. Sebab dia pelik aku langsung tak minta duit bila aku kat campus. Macam bagus anak bongsu perempuan dia ni. Ini aku cakap pasal life aku kat campus. Kat rumah, perangai mengada-ngada aku lain cerita.
Bila kat rumah; aku jadi macam malas nak buat pape, totally mengharapkan mom & dad & sesiapa yang ada kat rumah. Aku jadi tak berdikari lah kiranya. pastu kalau kat rumah, aku rasa macam aku asyik menyusahkan mom & dad, banyak menghabiskan duit diaorang. Sebab macam senang nak dapat kan. Aku sedar tu. Tapi entah, sebab duk rumah kan. Memang jadi mengada-ngada. Tak boleh nak kawal. Haha. Lagi-lagi bila orang kat rumah layan je, lagi manjakan aku. Aku lagi la best. phew~
But for me, aku rasa nak stay kat Kuala Terengganu je. tak jauh mana kan dari rumah. Pape hal, senang nak balik. Aku pun banyak relatives kat sini. Relatives aku ramai kat Kelantan, Terengganu & KL. Jadi, antara 3 tempat ni jelah aku boleh nak stay. But not KL, mummy tak bagi. Tanya dia kenapa. Phew~ KT, why KT ? jangan Tanya aku kenapa, jangan suka-suka hati judge kenapa aku pilih KT. Alhamdulillah mummy benarkan aku stay in KT & memahami aku. Memanglah, buatnya sekat aku lebih-lebih, kalau aku memberontak macam mana ? aku ada sebab tersendiri kenapa aku nak stay in KT. Antaranya;
Aku nak belajar berdikari, nak rasa susah senang hidup sendiri
Aku tak nak menyusahkan & terlalu bergantung pada parents
Perancangan masa depan aku
& atas sebab-sebab lain yang tak dapat aku nyatakan kat sini. It’s all about my personal life. one day, we will get married also right ? ehem. My privacy. Hanya Allah yang tahu.. aku tak nak cakap pape. But, when you met the right person, it’s time for you to get serious right ? he/she might not be perfect, but he/she might be the right for you. Kira macam kena dengan taste kita juga lah, ada ciri-ciri yang kita nak walaupun tak semua yang kita nak kita dapat.
My eldest sis pun suruh aku stay kat rumah. Bila aku kata yang aku nak berdikari, she replied; “itu bukan cara nak berdikari. Banyak lagi cara lain..” .. aku tahu diaorang tak pernah nak anggap aku seorang yang dah dewasa walaupun umur aku dah 20++. Diaorang masih ingat aku ni budak kecil yang manja kot ? come on, I’m a big girl enough kakak !
Ok, memang dulu aku pun beria, bersetuju nak kat rumah je. but suddenly, last few weeks kot, my mind had changed. Macam aku katala, aku ada sebab tersendiri. When I told mom that, “my lecturer cakap kalau boleh pergi la kat private company, maybe boleh absorb you terus, senang dapat kerja..” my mom said : “it’s not a big deal” ok, maybe sebab mom nak aku sambung masters lagi. Dah penat study mom ! grrrrr haha
Ya Allah, tunjukkan kepadaku jalan mana yang harus ku pilih, apa yang terbaik untukku. Sama ada ikut cakap parents atau ikut hati aku sendiri untuk masa depan aku. Leraikanlah keresahan ini ya Allah..
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah : 216
Where to Park ?
Nak make complaint sikit. Sikit je. Tak banyak. Car park di blok asrama baru agak sempit. Harap maklum. Bukan aku sorang cakap, tapi ramai je cakap gitu. Takpe, my car kecil je. Muat je Cuma kena slow-slow la kan. Small car is easy to manage. (memangla kecil, tak kata besar. Kesian pada mereka yang mengata-ngata small car padahal mereka sendiri pun takde car tapi cakap je lebih.) chupp tak menghina sesiapa, Cuma pada mereka yang suka mengata dulu, takde pape tapi cakap lebih. Phew. Faham bukan ? susah bagi orang yang terlebih pandai ni, dia punya kefahaman tinggi, lebih apa dari yang kita cakap.
Semua kalau boleh nak park kat tempat teduh, yang berbumbung, bawah pokok ke, pape je la. Tapi campus ni tak provide tempat yang berbumbung lagi-lagi kat asrama baru. Yelah, they have their own reasons, takkan nak demand lebih-lebih kan. Apa yang aku nak cakap kat sini, kat mana nak parking.
Ok first, suka parking kat depan blok ni, macam porch la kalau kat rumah-rumah kita. Pastu makin ramai parking, jadi kita share la, ambil space sikit-sikit, bagi orang lain juga. Muat-muat untuk empat je. Tapi ada yang kelima datang. Okla, ni bukan kita punya tempat kan, so kalau ada yang dah ambil that place biarlah kan. First come first serve. Takkan nak pergi serang cakap jangan parking situ kan. Takdela, tak kisah pun. Ada rezeki, parking la kat situ. Takde, parking kat lain.
Sebenarnya dah lama berkenan dengan parking kat blok E ni. terus nampak dari my room. Dekat lagi, senang. Pagi teduh kejap, petang teduh juga kejap sebab lindung dengan blok F ni. parking banyak situ tapi tak berapa nak gemar bila hanya untuk two cars je. Selebihnya, besi-besi entah pape yang landing situ.
Selain tu, berkenan sebab tak sempit, tak payah masuk lorong-lorong macam kat depan blok F ni. tak payah pusing-pusing. Nak kena bajet kiri kanan lagi. Kalau nak cepat, lagi la ?
tapi kat tepi blok E selalu full, yelah. Sebab two cars je kan boleh muat. Full lah. Jadi beberapa hari lepas, aku telah memberanikan diri ambil tempat tu. Wahh sorry untuk pemilik white car yang aku pun tak tahu siapa pemiliknya. Maybe yang duk blok E juga ? jangan marah.
Jadi, harap besi-besi yang entah pape ni tidak lagi landing di situ. Kitaorang nak parking. Tak nak berebut-rebut..
Kalau aku parking kat mana-mana, kalau my car ada ke tak, kenapa perlu kisah ? Suka hati la aku nak keluar ke, nak pergi mana ke, nak pergi blok depan sana dengan car ke, itu hak aku. Aku pelik la orang yang concern gila aku pergi mana, menyibuk je. Aku pun tak pernah ambil tahu korang ni ada ke tak, tak pernah nak siasat korang punya car ada ke tak, korang pergi mana ke ? Pelik. Kalau my car takde kat sini pun, mana tau aku pergi blok lain pergi ziarah friends aku ke ? ….. :: ……
11 Ramadhan
Alhamdulillah. Still puasa lah. Cuma ada macam makin tak larat, tak berapa nak sihat sangat.
Last Thursday; Presentation of FYP proposal. Alhamdulillah dah lepas. Baru first step. Banyak lagi step lain mengikut gantt chart tersebut. (macam ikut gantt chart sangat). Supervisor ok, lecturer penilai pun ok. Cuma aku rasa macam aku ada kelentong sikit-sikit kot. Haha. Entah. Sebab lepas buat slides semua, study semua, baru aku terperasan bahawasanya memang aku silap faham tentang project scope. Tapi takpelah.
Semalam tak tidur buat kerja (macam buat sangat), pagi tidur kejap, then pergi bilik Yaya lepak sana buat kerja. Kalau kat bilik sendiri confirm tidur. Thanks to Yaya & Syu yang banyak tolong aku. Syu lagi la, terpaksa melayan pertanyaan aku sampai pukul 2am. Haha.
Aku orang ketiga present. Pas habis present aku macam tertidur dalam lab. Then, petang tu juga sempat cakap dengan mummy jap. Lama tak call mummy.
“bila evi balik raya ?”
“errr tak tahu lagi la”
“balik la awal sikit. Kalau boleh, 31aug tu biar dah ada kat rumah la..”
“insyaAllah. Takut ada kelas la 1 september tu..”
“buka puasa cmana, ok ? makan apa ?”
“entah, macam jarang makan nasi. Macam malas. Macam tak selera..”
“pergi tarawikh tak ? pergi la. Jangan tak pergi”
“ehh pergi je. Cuma ada la sekali dua baru ponteng hehe”
“ok, nanti raya nak tudung baru tak ?”
“nakkkkk… nak Ariani..”
“ok, nanti balik kita pergi beli tudung k.. mummy nak juga”
“ohh thanks mummy !”
Mummy ! thank you so much. Ceyceycey macam mummy pujuk. Baru ni dah beli dah, ingat untuk raya, tapi aku dah selalu pakai dah. Phew~ dulu takde minat sangat tudung siap macam tu. Pakai sekali sekala ok la. Tapi sejak mummy belikan tudung Ariani ni, rasa dah tak nak pakai tudung lain dah. Nak yang Ariani je.
Thinking of nak beli colour apa ? thinking lagi, mana nak campak all those tudung lama ? sayanggg lagi !
Ohh k. balik presentation, terlantar tidur tak sedarkan diri sampai pukul 7.45pm baru bangun. Lambat buka puasa that day. Phew~ then after maghrib baru pergi makan dengan Syu. Ohhh sotong masak pedas. Delicious. Thinking of nak makan ikan pari, tapi besar gila. Mana nak habis sorang !
Friday; berbuka puasa biasa-biasa. Still tak larat. Kalau ikut hati nak je pergi makan kat luar tapi tak larat nak drive. Then malam pergi tarawikh, someone forced me. Then bla bla bla !@#$%^&* ~ ok finish ~
Not Western; But Loves Italian
ohh spaghetti bolognaise, ohh fettucini carbonara, ohh seafood alfredo, ohh macaroni, ohh pizzas~ nyummy~~ ok enough talking about foods during ramadhan. Memang takkan habis. macam-macam benda nak makan.
but i do, i really do, these italian foods. Kalau orang lain pelik macam takpe ke tak makan nasi masa buka puasa ? kalau jawapan aku : ok je~ ahah
spaghetti bolognaise; my handmade
Other favourite Italian foods :
- Custards pudding
- Butter Cookies
- Tart
- Meatballs
- Salads
Nanti kawen dengan Italian. Apa macam ? haha.. Takdenya nak bermimpi nak kawen dengan Italian. Tapi kalau dapat maid Italian pun takpe. heh lagi berangan. Lagi bagus kalau dapat suami yang pandai masak Italian foods. nyummy !
*takde mood nak update panjang-panjang*
Second day of Ramadhan 1431H
Entry yang jujur habis. Phew~
Berbuka kat luar lah. Bersama group usrah lain. ada program. Program apa ? tak payah bagitahulah.
Khamis petang; pukul 6.15pm patutnya bertolak pergi ke lokasi tu lah. Tapi, entah macam mana lambat pula diaorang ni. aku benci gila menunggu diaorang macam ni. huh sabar je lah sebab bulan ramadhan. Malas nak sound apa pula kan.
pastu ada yang pergi sekali dengan aku. Tapi aku tak kenal pun diaorang. It’s fine lah nak tumpang aku, aku pun takdela nak berkira. Cuma aku nak cakap la kan, mereka yang tumpang aku ni sumpah sombong. Bukan setakat tu, tak berapa nak tegur. Come on lah, kita ni kan satu campus. Tapi what the hell ? bila sampai sana, sikit sepatah pun tak say thanks ke, senyum ke. Ohh please. Banyak cantik muka. No manners lah korang ni. nama je student pengajian Islam, pakai je tudung labuh, tapi muka macam entah apa. phew~ sia-sia di tarbiyyah, ada group usrah sendiri. yang lain-lain lak, dahla baru junior sem 3 student campus Kota, respect ah aku ni final year student dah. !@#$%^&*
bila sesi taaruf tu, aku jadi berkawan dengan orang lain. hampeh student UniSZA sendiri. Blah ah. Phew~ kalau tak kerana naqibah aku suruh pergi, aku tak pergi dah. Tapi sebab aku respect naqibah aku. Tapi naqibah aku ok je. Aku ok je. And thanks to Zati & Tas yang banyak borak dengan aku masa kat sana.
Iftar; makan dalam talam seramai lima enam orang. Aku tak nak comment pape. Tapi orang yang kenal aku dah tahu la kan respon aku cmana. Aku tak comment pape k. aku tau tu sunnah. Tapi bukan life aku macam ni. memang aku makan sikit. Phew~ tak selera lah.
Then malam ada program, ada ceramah. Bersungguh pula sorang perempuan ni bercakap. Bajet macam tahu semua, bajet macam kami ni tak tahu pape. Takpe, takpe. Aku takde nak dengar sangat orang membebel.
Tidur beralaskan toto je. No comforter. Aku pula kalau takde comforter macam tak boleh. Tapi sabar je. Mujur tak panas, tapi sejuk. Tidur rapat-rapat himpit-himpit. Dah la aku jenis tak boleh tidur ramai-ramai. Jawabnya, tak lena lah tidur.
Pukul 2.30am; mummy & daddy called. Aku ingat kan kenapa, ingat ada kematian ke apa. mujurla aku ni jenis relax. Tak terkejut mana dapat call from family late night macam tu pun. rupa-rupanya;
“evi dah tidur ?”
“dah. Kenapa ?” (jenis relax)
“kat mana tu”
“tidur dengan group usrah, ada program”
“oo k. mummy risau je, mummy mimpi Evi tadi”
“mimpi apa ?”
“mimpi pasal !@#$%^&*”
“oo lek la mummy. Takde pape pun.. ada je ni”
“takdela, risau la. Ramadhan ni pun Evi tak SMS, tak wish ramadhan pun”
“haha saja malas la mummy. Tapi ingat je kat mummy”
“risaula, Evi kan hari tu !@#$%^&*” (adala aku buat hal)
“takdela mummy. Bulan puasa tak buat dah. Haha”
Aku buat hal apa ? adala. Don’t worry, mummy tahu je. Aku kan jenis jujur, bagitahu semua kat mummy daddy. Asalkan jangan marah aku, tapi nasihat slow-slow. Kalau tak, aku melenting memberontak lagi teruk phew~
Qiyam, sahur. Sahur makan dalam talam lagi. Makan nasi pula tu. Ohh k ohh… aku not that type yang makan nasi masa sahur. Takkanla aku nak demand some bread, biscuits ke. Tidak lah tidak. So aku tahan je la. Sudahnya, pagi tadi aku dah gastric semacam. ok fine again.
Dengan tak mandi seharian lagi, nak solat pun tak selesa. Dahla air halus gila. Nak basuh buang air pun tak lepas. Macam geli. Rasa macam tak sempurna solat. Sabar, aku tak mengeluh pun. Mengeluh dalam hati & kat blog je.
Pukul 7.30am sambung ceramah lagi. Ok fine. Aku macam tak boleh nak tahan, tak selesa lah. (lagipun aku ada kerja. Ehem) so aku minta izin elok-elok nak balik. So aku baliklah walaupun orang yang in-charge program tu tak berapa nak bagi. Ada aku peduli cakap sesiapa, ada aku takut ? tak kan. Phew~
So pukul 12.30pm aku balik. Alhamdulillah. Balik, terus cari roommate & housemates. Seriously aku rindu kat housemates aku masa aku kat sana. Aku macam dah sayang gila kat housemates aku. Sebab diaorang best.
Aku balik qada tidur, pastu tadi diaorang datang bilik aku borak-borak, dengar luahan hati aku. Phew~ so mood aku tak berapa nak ok ni. jadi, tonight berbuka puasa kat ? insyaAllah.. biasalah, nak pujuk mood aku, nak pujuk diri aku, dengan satu benda ni je. Pasni ok la aku.
Aku tak larat. Aku lemah. Gastric. Rasa macam-macam dah ni.
Asif jiddan. Aku tahu entry ni kasar. So what ? aku cakap benda betul la kan.













