Archive for the ‘MyLife’ Category
One Cold Night~Here I Am
Ada pada suatu malam ni, di suatu tempat.. aku berdiri sorang-sorang tercegat kat situ. Bukan sorang sebenarnya, tapi tunggu kawan aku pergi mana entah. Takdela lama mana, tapi adala dalam plus minus 10 minit kot ? Sebab pastu nak pergi makan.
I was standing there, look at right, look at left. Ohh masa tu aku baru sudah tunggu kawan aku yang sorang lagi, solat tarawikh. So that time aku dengar la ada masjid kat depan sana tak habis tarawikh lagi sebab buat 20 rakaat kan.
Masa aku tercegat kat situ, dengan angin yang sejuk lagi, suddenly~~ I heard a song. Dari mana datang ni ? ehh mix pula dengan bacaan quran & lagu. ohh k ohh k… aku takde nak dapat tangkap mana lagu apa sebab macam tak pernah dengar tapi aku faham lirik tersebut. Layan je la. Takdela berperasaan sangat. Walaupun aku sorang-sorang masa tu, & I’ve got nothing to do. Aku masih tercegat kat situ lagi. Macam sedar tak sedar, layan lirik tu tanpa perasaan, dengan angin yang sejuk di malam hari serta melihat pemandangan sekeliling. ok memang menenangkan lah.
Balik, aku google lirik yang aku ingat tak ingat. Err ada jugala Tanya orang lain juga. Ohh this song rupanya.
Derita Cinta – Jamal Abdillah..
Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasihKiranya panas yang kuharapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercintaDulu aku pernah menderita
Bila hatiku kau lukakan
Oh… oh… kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau pujaPadaku usah kau merayu
Hatiku telah dimilikki
Cukuplah yang kurasa duka
Derita cinta
Tak tahu ada kaitan ke tak. Tak tahu sama ada, ada kaitan nak tuju pada sesiapa atau tak. Maybe ada kaitan dengan masa aku dengar lagu masa tu je. Masa tu, malam tu, saat tu. Yang mana aku suddenly terdengar tu. ok, that time.
Suka lirik ni. Dengar sekali pun, terus suka. Bukan sebab lagu. Tapi sebab kata-kata tu. Yang mana, mungkin aku boleh ambil kata-kata dari lirik tu, buat ayat pastu one day boleh dedicate pada orang yang sepatutnya..
Thanks for the song… Thanks sebab tak tahu…
.. Thanks buat aku happy walaupun dia tak tahu dia yang buat aku happy malam tu. Dia tak perasan. Dia tak nampak aku, but we just text each other. Just a short night but; ..::..
Just sharing a nice song
I Found : Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Please people. Please open your eyes. Buat apa nak teruskan sesuatu perhubungan jika perhubungan tu memang penuh dengan dusta, jika perhubungan tu penuh pura-pura, jika asyik makan hati je setiap masa. Untuk apa nak teruskan kan ?
Kadang-kadang, setegar mana pun kita mempertahankan sesuatu perhubungan tu, jika memang ianya bukan untuk kita, takdir telah menentukan kita tak akan bersama dia, maka sia-sia je kita buang masa fikir pasal dia, buang duit je banyak contact dia.
Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Again, I talked based on my experiences. Yup, I got a lot of experience. Memangla, bila kita sayang orang tu, kita jadi sayang gila kat orang tu. Of course lah kita akan sangatlah hurt bila dia lukakan hati kita. Lagi terluka, pedih, perit bila dia berlalu tinggalkan kita macam tu je.
Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh. Cinta tu boleh buat orang berkorban segala-galanya. Cinta boleh buat seorang hamba Allah lupa pada penciptaNya, cinta boleh buat manusia hilang akal hilang arah tujuan. Ini semua berlaku bila seseorang itu letakkan seluruh hati perasaannya pada sesama manusia, bila manusia lupa bahawa perasaan yang terindah itu datang dari PenciptaNya sendiri.
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilangTak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasihEmbun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugurSeperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahanUsah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Setiap masalah ada penyelesaiannya. For me, perpisahan juga merupakan salah satu jalan penyelesaian. Bukan untuk meleraikan ikatan silaturrahim sesama manusia, tapi sebagai penyelesaian masalah di antara dua pihak, demi kebahagiaan dan ketenangan kedua-dua pihak.
Cakap la banyak mana pun, bincang banyak mana pun, kalau memang dah takde persefahaman, maka tiadalah. Tak guna menegakkan benang yang basah. Juga ibarat seperti mencantumkan serpihan-serpihan kaca yang pecah. Bukankah masih ada kesan-kesan retakan itu ?
About me : lebih senang dengan life macam ni. Sebab saya dah temui kebahagiaan dalam perpisahan itu sejak 8 bulan yang lalu. Walaupun tiada sepatah kata, tiada hitam putih mengatakan yang membawa maksud “putus. Tiada apa-apa lagi”. Hanya tergantung begitu je. Boleh jadi 1001 anggapan, tafsiran tentang ni. Tapi, hanya Allah yang tahu pada hati pihak tersebut. Saya tak tahu, malah saya makin tak faham dengan apa yang terjadi sekarang. Perlukah ?
Buka puasa + Tarawikh at Crystal Mosque
Alhamdulillah, trip kali ni happy sangat. Walaupun dari petang semalam mood aku tak berapa ok kan berdasarkan previous entry ni. phew~ tak sia-sia ponteng program usrah haha ! ini yang aku dapat. bacalah..
Petang semalam; seriously aku malas nak pergi bazaar yang mix dengan orang ramai, pastu tak larat nak pegang senduk nak masak nasi. Semua aku tak larat. Aku pun tak selera sangat nak makan, tapi rasa macam lapar sangat. So, nak pujuk mood aku, kat mana lagi ? pergi berbuka puasa kat Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa lah. Kat sini je aku rasa boleh pujuk mood aku untuk ok balik & untuk selera nak makan. Last night buka puasa kan aku tak selera nak makan & makan sikit.
Pastu bagitahu roommate, pastu ajak housemates. Ok semua nak pergi. I mean, kak Yad & Amy lah nak join sama. Thanks sebab semua sporting & sudi nak teman aku. Then terus call Verandah Restaurant, nak booking untuk berbuka puasa, order food siap-siap. Ok done ! nak kat terrace, meja paling tepi. Lagi dan lagi, favourite table ahah. Dapat je. Waitress seakan mengerti. Ahah..
My Housemates & roommate
Sampai je kat sana dah pukul 7pm++ . Amy nak snap photos kat garden & marina. So ikut je lah. Sekali, tadaaa… ada satu actress ni yang selalu berlakon kat tv1, nama apa entah. Selisih gitu je. Tapi kitaorang buat tak tau je, sebab dia tak glamour sangat lah ? ahah
It’s time for buka puasa. Aku tak join buffet ramadhan pun. Tak larat nak makan banyak & price dia pun macam best lah. By the way, buffet ramadhan kat atas, kat Cindai Ballroom. Kat Verandah Restaurant ni untuk ala-carte & kat Bytes Café I’ve no idea, tak pernah pergi.
Ok, just simple fried rice called ‘Nasi Goreng Cek Mek Molek’ tapi price yang tak berapa nak simple (err ada aku kisah ?) + orang chocolate blended. Nyummy~~ no more vanilla milkshake oh k. haha ! diaorang makan pizzas + strawberry milkshake + honeydew juice + Amy mengada nak rojak buah yang banyak gila. Haha ! ohh one more thing, dapat pretzel today ! wow thanks Ri-yaz. Pastu simpan kat Lisa, take away for Lisa that pretzel. Ahah.
Terlantar kekenyangan sambil layan tengok laut !
Then aku dah tak larat, tersadai di terrace tu. Sarah & kak Yad dah pergi solat maghrib dah. Mujur Amy teman aku. Haha ! then pergi bayar, pastu aku nampak macam ada chef semua baru nak serve buffet kat indoor. So aku Tanya la waiter kat situ, that buffet tu untuk apa pula ? ingat ke untuk moreh ke apa kan, so boleh la aku datang next time. But he answered “untuk imam Makkah & MB Terengganu malam nanti”
Ler, yeke ? ahah. Pastu Amy dah buat bijok dah. Dia kata, “imam Makkah tu mesti solat kat masjid crystal kak” … aku macam bangkang, “masjid putih kot ?”
Ahah then solat maghrib kat surau kat Ri-yaz juga. Pastu aku & Amy ni macam dah malas nak pergi tarawikh kan. Tapi di atas ketegasan Sarah, so kitaorang ikut je la. So aku suggest pergi crystal mosque lah, sebab senang sikit, nak pergi masjid putih nanti kan jauh pula kat Bandar. Seriously that time tak tahu pun that Imam Makkah memang solat kat crystal mosque tu.
Sampai je sana, ramai semacam kat sana. Parking pun macam jauh. Suddenly dengar imam dah rakaat pertama solat Isyak. Pecut la aku dengan Sarah tak sabar-sabar lagi-lagi bila dengan suara macam imam arab. Haha. Confirm lah Imam Makkah ok !
Sampai je kat masjid, full sampai luar. So dengan beraninya buat ‘bijok’, aku try usha kat dalam. Ohh rezeki kami. Ngam ngam place untuk empat orang. Ohh Allah. Masa isyak imam baca surah Al-baqarah yang depan-depan. Masa tarawikh imam baca surah Al-Kahfi. Syahdu habis ! bukan senang nak jadi makmum pada imam Makkah ni kan.
Habis solat tarawikh, habis witir, pastu keluar lah kan. Ohh beliau ada dinner kat tepi masjid, kat meja. So Sarah dah excited nak ambil gambar beliau. Then aku pula buat berani pergi dekat sikit tapi tak dapat sangatlah. Then moreh kejap kat masjid, pastu masa nak balik aku nak ambil sekali lagi gambar Sheikh tu. Sekali, tersilap langkah, ada flash pula. Wakaka. Kantoi. Semua satu meja kot pandang ? sekali, ada sorang Pak cik kat meja tu lambai-lambai kat aku. Aku ingat dia nak marah aku curi-curi ambil gambar Sheikh tu. Rupa-rupanya dia ajak aku datang kat meja, ambil gambar Sheikh depan-depan. Haha !
Imam from Makkah. Mahal gambar ni. Truly from me.
Pastu dah start cakap arab dah. Aku jawab sikit-sikit boleh la. Bila dia Tanya, aku faham. Cuma aku nak jawab balik dalam bahasa arab tu terketar-ketar. Mujur Sarah ada. Phew~ mantap Sarah. Yelah, student usuluddin kan. Haha. Aku rasa hari ni aku bertuah habis dapat borak walaupun sepatah dua dengan Sheikh & dapat jumpa depan-depan dalam jarak 2 3 meter je. Dia senyum kat aku ! phew~ haha ! one more thing, aku dengan Sarah je dapat pergi dekat dengan meja tu. Takde pun orang lain jemaah lain macam tu. Berani gila kan aku ! haha. Cakap aku takut kat siapa je ? ahah
Then sarah, kak Yad & Amy yang makan banyak ni tak habis-habis nak makan lagi. Nak makan chicken chop katanya. Then pergila Bistro kat Pantai Batu Burok. Diaorang semua makan char kuey tiaw la, Kuey tiaw soup la. Aku je tak makan sebab buka puasa kat Ri-yaz tadi dah buat kenyang habis. Ahah.
ohh chicken chop
Thanks to all of you my dear housemates. Aku dah sayang sangat kat diaorang. Happy sangat. Alhamdulillah, syukur di atas segala rezeki yang Allah kurniakan.
p/s : Lisa jangan jealous. Kan dah bagi pretzel from Ri-yaz ! haha. Nanti kita hang out ok sayang !
Second day of Ramadhan 1431H
Entry yang jujur habis. Phew~
Berbuka kat luar lah. Bersama group usrah lain. ada program. Program apa ? tak payah bagitahulah.
Khamis petang; pukul 6.15pm patutnya bertolak pergi ke lokasi tu lah. Tapi, entah macam mana lambat pula diaorang ni. aku benci gila menunggu diaorang macam ni. huh sabar je lah sebab bulan ramadhan. Malas nak sound apa pula kan.
pastu ada yang pergi sekali dengan aku. Tapi aku tak kenal pun diaorang. It’s fine lah nak tumpang aku, aku pun takdela nak berkira. Cuma aku nak cakap la kan, mereka yang tumpang aku ni sumpah sombong. Bukan setakat tu, tak berapa nak tegur. Come on lah, kita ni kan satu campus. Tapi what the hell ? bila sampai sana, sikit sepatah pun tak say thanks ke, senyum ke. Ohh please. Banyak cantik muka. No manners lah korang ni. nama je student pengajian Islam, pakai je tudung labuh, tapi muka macam entah apa. phew~ sia-sia di tarbiyyah, ada group usrah sendiri. yang lain-lain lak, dahla baru junior sem 3 student campus Kota, respect ah aku ni final year student dah. !@#$%^&*
bila sesi taaruf tu, aku jadi berkawan dengan orang lain. hampeh student UniSZA sendiri. Blah ah. Phew~ kalau tak kerana naqibah aku suruh pergi, aku tak pergi dah. Tapi sebab aku respect naqibah aku. Tapi naqibah aku ok je. Aku ok je. And thanks to Zati & Tas yang banyak borak dengan aku masa kat sana.
Iftar; makan dalam talam seramai lima enam orang. Aku tak nak comment pape. Tapi orang yang kenal aku dah tahu la kan respon aku cmana. Aku tak comment pape k. aku tau tu sunnah. Tapi bukan life aku macam ni. memang aku makan sikit. Phew~ tak selera lah.
Then malam ada program, ada ceramah. Bersungguh pula sorang perempuan ni bercakap. Bajet macam tahu semua, bajet macam kami ni tak tahu pape. Takpe, takpe. Aku takde nak dengar sangat orang membebel.
Tidur beralaskan toto je. No comforter. Aku pula kalau takde comforter macam tak boleh. Tapi sabar je. Mujur tak panas, tapi sejuk. Tidur rapat-rapat himpit-himpit. Dah la aku jenis tak boleh tidur ramai-ramai. Jawabnya, tak lena lah tidur.
Pukul 2.30am; mummy & daddy called. Aku ingat kan kenapa, ingat ada kematian ke apa. mujurla aku ni jenis relax. Tak terkejut mana dapat call from family late night macam tu pun. rupa-rupanya;
“evi dah tidur ?”
“dah. Kenapa ?” (jenis relax)
“kat mana tu”
“tidur dengan group usrah, ada program”
“oo k. mummy risau je, mummy mimpi Evi tadi”
“mimpi apa ?”
“mimpi pasal !@#$%^&*”
“oo lek la mummy. Takde pape pun.. ada je ni”
“takdela, risau la. Ramadhan ni pun Evi tak SMS, tak wish ramadhan pun”
“haha saja malas la mummy. Tapi ingat je kat mummy”
“risaula, Evi kan hari tu !@#$%^&*” (adala aku buat hal)
“takdela mummy. Bulan puasa tak buat dah. Haha”
Aku buat hal apa ? adala. Don’t worry, mummy tahu je. Aku kan jenis jujur, bagitahu semua kat mummy daddy. Asalkan jangan marah aku, tapi nasihat slow-slow. Kalau tak, aku melenting memberontak lagi teruk phew~
Qiyam, sahur. Sahur makan dalam talam lagi. Makan nasi pula tu. Ohh k ohh… aku not that type yang makan nasi masa sahur. Takkanla aku nak demand some bread, biscuits ke. Tidak lah tidak. So aku tahan je la. Sudahnya, pagi tadi aku dah gastric semacam. ok fine again.
Dengan tak mandi seharian lagi, nak solat pun tak selesa. Dahla air halus gila. Nak basuh buang air pun tak lepas. Macam geli. Rasa macam tak sempurna solat. Sabar, aku tak mengeluh pun. Mengeluh dalam hati & kat blog je.
Pukul 7.30am sambung ceramah lagi. Ok fine. Aku macam tak boleh nak tahan, tak selesa lah. (lagipun aku ada kerja. Ehem) so aku minta izin elok-elok nak balik. So aku baliklah walaupun orang yang in-charge program tu tak berapa nak bagi. Ada aku peduli cakap sesiapa, ada aku takut ? tak kan. Phew~
So pukul 12.30pm aku balik. Alhamdulillah. Balik, terus cari roommate & housemates. Seriously aku rindu kat housemates aku masa aku kat sana. Aku macam dah sayang gila kat housemates aku. Sebab diaorang best.
Aku balik qada tidur, pastu tadi diaorang datang bilik aku borak-borak, dengar luahan hati aku. Phew~ so mood aku tak berapa nak ok ni. jadi, tonight berbuka puasa kat ? insyaAllah.. biasalah, nak pujuk mood aku, nak pujuk diri aku, dengan satu benda ni je. Pasni ok la aku.
Aku tak larat. Aku lemah. Gastric. Rasa macam-macam dah ni.
Asif jiddan. Aku tahu entry ni kasar. So what ? aku cakap benda betul la kan.
First night & day of Ramadhan
Alhamdulillah. Tadarus = done. 2 juzuk sehari. Semuanya berjalan lancer berdasarkan plan saya. Thanks to my housemates.
Solat Tarawikh with my three housemates (kak Yad, Lisa & Jannah) and my roommate; Sarah. Alhamdulillah. First night dah dapat tarawikh macam ni. rasa tenang sangat, bahagia sangat. Thanks to all of them yang bagi semangat kat saya. Sayang sangat kat housemates. *wink*
By the way, for the past few weeks, I’ve learned a lot. Seriously. Saya rasa dah tiba masa untuk saya jadi lagi lebih matang, untuk jadi diri saya yang sesuai dengan umur saya.
For example; dalam rumah ni, saya ada seorang yang lebih kakak dari saya & lapan adik yang lebih muda dari saya. Jadi takkanlah saya nak buat perangai macam budak-budak lagi kan. Kena la tunjuk contoh yang baik walaupun saya memang kurang baik. Bukan nak jadi hipokrit, Cuma tak nak la adik-adik ni jadi dah terbiasa bila tengok kita buat benda yang kurang baik. Tak buat adik-adik terpengaruh lah kiranya.
Bila bersama housemates yang lagi adik-adik, kita kena lebih banyak mengalah la kiranya. Bila duduk satu rumah macam ni, kita banyak kena berkorban apa-apa je. Contoh macam, share barang-barang, pastu tak boleh nak pentingkan diri sendiri, kena fikir orang lain juga, tak boleh nak kedekut. Bila masak, bila kita makan, kena fikir housemates lain juga, kena share makan-makan semua. That’s why I’ve learned a lot. Saya tak kisah, Cuma saya lebih belajar dengan hidup dalam bermasyarakat.
First berbuka puasa; hari ni lah. Orang lain sibuk pergi bazaar ramadhan, saya takde feeling nak pergi pun. Dah la jauh. Time saya duk sini, dia buat kat sana. Time saya duk Kolej Kediaman lain, bazar tu kat sini. So, masak je la simple-simple kat rumah sorang-sorang. Sambil tunggu diaorang balik, nak tadarus. Sempat lagi basuh baju semua. Hari ni rasa macam saya betul-betul independent habis. Tak caya ? haha
Petang semalam pun saya buat kerja yang tak pernah saya buat. Mop lantai satu rumah ni. haha ! sampai Ain datang rumah pun dia terkejut tengok. Yelah, mana pernah saya nak buat kerja-kerja macam tu. Kalau mummy tahu pun, terkejut juga mummy. Kat rumah tak pernah nak sentuh benda-benda gitu.
So today, berbuka puasa dengan housemates & diaorang bawa gang. Cocktail; I made it. Best lah ! ceyceycey macam puji diri sendiri. By the way, di sebabkan malas nak pergi keluar nak pergi tarawikh, jadi saya solat tarawikh berjemaah kat rumah jelah dengan housemates, roommate & housemate saya bawa gang dia. Dalam 8 orang jugalah. Ohh saya suka suasana macam ni !
Thanks to all of you. sorry kalau akak tegas dengan korang. ahah. Tapi saya still respect kak yad lah
Malam Terakhir di Bulan Syaaban 1431H
Last night : malam terakhir di bulan Syaaban. Today is Tuesday. So, tonight will be the first night tarawikh lah. Ohh Ramadhan. Syukur Alhamdulillah saya masih berkesempatan menyambut Ramadhan kali ni.
9 August 2010 : saya sengaja ponteng lecture. Sebab saya sangat mengantuk & takde mood nak pergi lecture. Phew~ awal-awal dah ponteng. Nanti dah last nanti macam mana entahlah. Sorry to my lecturer; lecture secure web application pula tu. Ada quiz lagi. Ahah.
Sarah; My roommate
In the evening: hanya kami berdua; saya & roommate saya lah, Sarah. Kitaorang rasa nak makan macam-macam. Memang pun. One day before lagi dah plan dah nanti nak makan macam-macam before Ramadhan. Haiyyoo macam tak boleh makan sebulan pula. Biasala, hobby kami sama; suka makan.
Diet, please leave me for a while. Haha ! first place; kitaorang pergi waterfront. Sebab teringin sangat nak makan chicken chop. Tak pasal-pasal. Saya takdela suka sangat chicken chop, Cuma kadang-kadang tu kalau rasa nak makan, jadi makan lah.
Then, kitaorang rasa nak makan fish & chips pula. Seriously, nak makan macam-macam before Ramadhan. Noodle station; that’s the place. Nyummy. Just fish & chips junior, pastu vanilla ice cream. Sangat sweet lah. Sarah pula makan chocolate blueberry ice cream.
Next place; Sarah nak makan pizza. Punyalah baiknya saya sebagai kakak kepada Sarah, saya pun bawa la dia makan pizza pula. Ok, actually saya pun nak makan pizza juga. But not pizza hut lah. Guess what and where ? Ri-yaz lah. Haha ! saya berjaya bawa Sarah pergi Ri-yaz walaupun mula-mula dia macam segan.
Macam ramai jugalah. Kalau kat terrace tu, macam full jugalah tables. I mean yang betul-betul kat tepi kat terrace. Biasa kalau pergi dinner, mesti saya sit kat table yang awal-awal sebelah kanan. Tapi kalau masa hi-tea kat table yang sebelah kiri. Tapi that night, full kan, jadi saya sit kat table favourite saya masa hi-tea ahah.
!@#$%^&* tonight saya happy sangat. Sebab dengan Sarah kot ? juga sebab lain lah. Paling suka bila kat Ri-yaz, sebab ramai yang tegur saya kat sana haha ! Dia, dia & dia. Phew~ takkan nak tulis dialog kat sini kot ? Cuma yang sorang ni serious saya tak perasan langsung dia. Dia yang communicate dengan Sarah guna isyarat tangan. Bila Sarah bagitahu yang orang tu macam kenal saya, saya pandang, tapi serious tak cam. Bila dia bagitahu something, baru saya perasan. Owh, dia rupanya. Yang sorang lagi pula macam excited bila lama tak jumpa saya; “long time no see”. sangat comel.
Saya tertarik dengan satu lagu ni. tertarik dengan lyric lah. Tak tahu tajuk apa, sebab orang lain yang nyanyi. Lepas google, baru tahu. Ohh… Gubahanku by Broery Marantika. Patutlah best. Broery lagi rupanya.
Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubahKu ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan dakuWalau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisaSetahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu
Balik campus, housemate saya nak celebrate birthday kawan dia. Baik betul dia, minta izin nak guna living hall untuk celebrate birthday kawan dia. Juga rezeki saya, dia bagi a piece of blueberry cake. Ohh makan lagi. *wink* Thanks Lisa.
Malam sebelum tu, juga plan saya & Sarah. Saya masak fettucini carbonara with mushrooms. Ohhh sangat best ! hampir kesemua housemates saya try saya punya fettucini carbonara with mushrooms. Senang je, guna Prego punya carbonara je.
Lepas ni, nak buat cocktail pula. Ahah. Tengok, bila saya dah start rajin masak, habislah. Tapi, kalau datang saya punya kemalasan, nak pegang senduk pun haram. Haha !
Dua tiga hari ni asyik makan Italian foods & western foods je. Sengaja letak food pictures supaya nanti review balik masa Ramadhan mesti terliur habis. Haha !
Ramadhan; Month that full of bless & forgiveness.. Ameen..
Holiday Before Ramadhan
Perhentian Island. Macam tahun-tahun lepas juga, mesti ada family punya holiday before Ramadhan. Macam tahun lepas; holiday kat Cameron Highlands one day before Ramadhan, Cuma without daddy & sis Elia sebab daddy pergi UK & sis Elia kerja.
Hye ! Saya Nik Evi. Let’s swim with me
For this time, still sis Elia tak join juga sebab busy, early of month, kena closing account apa entah. Tapi daddy ada yea ! by the way, thanks to mummy & daddy for the gift of this vacation. Sebab saya memang demand nak pergi Perhentian Island since bulan June baru ni. Cuma tak sempat, then daddy punya speed boat still in workshop. Tak siap repair lagi.
But for this time, pergi dengan speed boat kecil je. Another one yang Bayliner still in workshop kot ? kalau dulu before 2004, every year pergi Perhentian Island with Bayliner or scamper speed boat. Then 2004 tsunami kan, so macam gerun sikit nak pergi, then last time I went there on 2007. Ok dah three years saya tak pergi Perhentian Island, lagi-lagi around that year juga daddy punya Bayliner baiki, speed boat buat hal. Seriously I miss Bayliner boat. Sangat best. Tak kecil sangat, tak besar sangat. Medium. Capacity about 8-10 people. Kalau this speed boat only 4 people je. Punyala lama baiki Bayliner, itula, ini la. Baiki speed boat bukan macam baiki kereta biasa, cost pun bukan macam baiki kereta biasa, maintenance lagi, quite highly maintenance., phew~ daddy kena budget juga lah, takkan nak spend money only for that Bayliner je kan.
Last Thursday, saya sepatutnya join program motivasi abg Ji. Suddenly, two days before that, mummy & daddy called me.
“evi, jadi pergi program abg Ji ?”
“insyaAllah, why”
“kalau cancel pergi program abg Ji cmana ? ni nak pergi Perhentian Island. This time je sempat, speed boat pun baru siap baiki. Next week dah nak puasa. Ni pun sebab Evi juga kan nak pergi baru ni lagi..”
“ohhh really ! thanks mummy daddy for this vacation !”
Memang terharu habislah. Baru ni saya demand nak present for my birthday, nak holiday trip to Perhentian Island. Sekali, seriously dapat. Sayang sangat mummy daddy. I got what I want. Love them. Saya kan beaches and islands lover.
View from D’Lagoon Chalets
Oklah Friday : pergi ke jeti Kuala Besut seawal pukul 7am. Diaorang from Kota Bharu takpela, dekat sikit dalam 55km je. Saya yang dari KT ni 90km. phew~ tapi sebab saya boleh laju sikit kan, diaorang tak boleh laju sebab ada speed boat sama. Jadi timing punya lah accurate, sampai serentak kat sana ahah.
Ombak tak besar sangatlah, biasa-biasa. Tapi saya dah start macam pening sikit-sikit. Tapi memang bezalah, agak kuat lah this speed boat pumping bila ada ombak. Sampai je sana, pergi Long Beach terus. Resort pun tak sempat booking sebab last minute punya plan kan. Kat long beach, paling best mestila Bubu Beach Resort. Tapi full lah. Sebab sana semua ambil yang package. Ohh yea, kami tak ambil package sebab pergi dengan personal speed boat kan. Senang ada transport sendiri, nak pergi tempat tu, tempat ni. if not, kena charge macam-macam & need to follow the schedule.
Long Beach
Long beach tempat paling cantik kat Perhentian Island. Air dia jernih macam air dalam gelas yang kita minum setiap hari tu. Haha. But unfortunately, chalets kat sana fullhouse. So, kami stay kat D’Lagoon, tak jauh sangatla dari long beach, tapi still kena naik boat lah. Kalau rajin, swimming jela. Tapi saya tak sanggup, mesti penat habis. Kat D’Lagoon ni banyak coral, memang best la kalau nak snorkeling.
Tapi mummy dah pesan awal-awal :
“jangan duk berani sangat la nak snorkeling semua, kan dah lama Evi tak snorkeling, tak swimming”
Ok, mummy memang dah risau semacam dah. Sebab saya lama tak practice swimming. Skill swimming tu macam dah kurang dah. Mummy memang risau dengan saya punya keberanian, sebab keberanian dan keganasan saya sukar di jangka. Kalau rasa nak terjun, saya terjun. Haha. Lagi satu, orang lain pakai life jacket, tapi saya tolak life jacket jauh-jauh, kalau nak tenggelam pun, tenggelam je tanpa ada security langsung. Saya suka guna surfboard jelah. Tu pun kadang-kadang.
Snorkeling time
Phew~ snorkeling. Ohh I still can swim lah. Hooray ! no life jacket please. Fins pun saya tak suka pakai. Hanya snorkel mask & diri saya semata-mata. Corals.. indahnya ciptaan Ilahi.
Tapi bila dah tua sikit ni, dah tak active macam masa muda-muda dulu macam masa umur belasan tahun dulu. Kalau dulu boleh swim lama-lama sampai empat lima jam, tapi sekarang dua jam pun dah semput dah.
Kali ni datang bukan lagi excited nak mandi. Melayan perasaan pun tak sangat. Tapi asyik lapar je. Saya pun tak tahu kenapa boleh selera habis makan. Kejap-kejap nak makan. Sampai malam, if I’m not mistaken, empat kali makan kot ? menu dia semua menyelerakan saya; spaghetti, macaroni cheese, sandwiches, pancakes, coconut milk shake, mars bar milk shake mihun goreng biasa pun jadi sedap bila makan kat tepi pantai. Sumpah langsung tak diet. Then malam tu dinner kat tepi pantai lagi, sambil borak dengan mummy until midnight. Daddy dengan adik dah terbungkang tidur tepi pantai. Breakfast the next day kat Moonlight Resort kat Long Beach. View dia~phew~ and of course ! Banana pancake ! datang untuk makan je ! haiyyoo…
Moonlight Resort
Saya suka bila berjemur di bawah cahaya matahari yang sangat panas. Saya tak kisah sun burn. Memang saya suka skin yang tan. Suka. But for this time, saya punya muka tak jadi tan sangat lah. I want to be look more tan ! memang kulit muka saya ni susah nak burn. Tapi, kalau kat tangan senang habis nak burn. Grrr~~~
Saya suggest : dad, why not you place your Bayliner at ri-yaz marina ? haha ! dad answered : buat apa letak sana, lainla kalau stay kat KT. Ni duk KB, jauh. Macam best kalau boleh parking Bayliner pun kat sana. Suka tengok orang lain place their yachts, boat kat sana.
Be like me; Beaches and Islands Lover.
Sem 7. Final Sem, Final Year.
Ohh hye ! I’m a final year student ler ! macam tak percaya sangat. Bukan setakat final year student, tapi final sem dah kat sini. Sem depan dah takde kat campus. Dah tak perlu buat assignments, dah tak perlu ambil final exam. Sebab sem 8 nanti dah industrial training. Macam best !
Ok, sem 7. Kita story pasal sem 7 je. Sem 8 January nanti kita story. Bila dah masuk sem 7 ni, rasa macam senior sangat dah. Yelah, banyak course sampai 6 sem je. Hanya beberapa degree courses yang 8 sem termasuklah my course. 4 years tu. Macam lama. Tapi tak pun sebab masa berlalu dengan begitu pantas. Macam tak puas aku duk sini lagi haha.
New sem, sem 7. New year, fourth year. Bukan nama UDM lagi, tapi dah tukar nama jadi UniSZA. Boleh main tukar-tukar nama pula. Haha. Biarlah. Dah tak kisah lagi sebab dah final year kan. Haha. Tak habis-habis dengan final year.
Oklah, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) -> Universiti Darul Iman Malaysia (UDM Campus KUSZA) -> Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Ok sekarang UniSZA ok. Sebab dah terbiasa sebut UDM kan.
Dapat hostel baru. Asrama baru. Apa lagi baru ? roommate baru, housemate baru. Boyfriend baru ? ceyceycey takdelah. Macam mana nak ada, semua junior masuk semua budak-budak, lagi adik dari aku. Haha. Asrama jauh dengan class. Memang jauh pun. Tapi agak dekat dengan café baru. Boleh lah. Tapi takde nak lepak café sangat. Pergi beli, bungkus, balik makan kat bilik.
16 credit hours. Boleh la tahan. Four subjects + a final year project. Phew~ Another four subjects are :
TKE4243 Data Mining
TKS4173 Web Secure Application
TKS4183 Formal method in Software Development
TKS4193 Topik-topik Khas
TXF4994 Final project
My roommate course Usuluddin. haha first time dapat roommate FKI. Usuluddin sem berapa, dip or degree ? Tak boleh bagitahu. yang penting, boleh jugala korek rahsia sikit-sikit. haha.. Memang relate lah dengan story dulu-dulu.
New sem, new hopes. Awal-awal sem dah buat perangai dah. Memang pun. rahsia. tu last kot aku buat ? haha tak tau. banyak nyamuk blok ni. nak tidur pun susah~~~
All The Best Friends !
Nik Azura’s Wedding – akad nikah
Hello bloggers. How are you ? few days ni I tak active sangat dengan blog. By the way, from the title, of course readers tak sabar nak tau story about this wedding. Ok, let’s story..
10 July 2010; my cousin’s punya akad nikah ceremony at her home, in Damansara Heights. My cousin is Nik Azura Nik Aminaldin & her husband, Erwan Datuk Azizi.
Azura & Erwan
There are some photos of akad nikah ceremony. Enjoy the photos..
The Pelamin
The Hantarans’
Akad nikah after maghrib
Cousins, aunties
My Family
The Cupcakes
I Love this !
Me & Ajai. Ajai is the one of Hulubalang. Special request, he played piano & sang the song titled Aku Cinta Aku Rindu. Thanks Farid for the photo.
More photos in my Facebook..
Congratulations Chik ! we all love you.. Semoga berbahagia selamanya.
Accidentally…
Err.. first time. Tak teruklah. Kalau teruk, tak dapatnya I nak update blog. Ramai yang message Tanya I kat mana dah, kenapa tak sampai lagi kat Kuala Terengganu & pelbagai persoalan yang I tak dapat nak jawab. Actually I tak nak update blog pasal ni. tapi I dah tak larat nak menjawab segala persoalan. So, I story kat sini, korang bacalah. Tak payah I ulang banyak kali hehe.
“Alhamdulillah, syukur I selamat. Macam I kata, tak teruk sangatlah. But, it’s miracle ok. Miracle. I pun macam tak percaya..”
Ok, my plan mula-mula nak pergi KT nak pergi hantar barang & my car lah kat campus. Then, dekat-dekat pukul 1pm, I drive sorang-sorang nak pergi KT. Macam biasalah berulang-alik macam ni, jalan biasa. Sekali, sampai kat one place ni entahla macam mana, ada satu truck polis ni, masa tu jalan agak sempit kan sebab jalan kampung kat area Binjai. Truck ni dari arah bertentangan, dia nak potong lori kat depan dia, then dia macam masuk ke jalan I lah sikit. That time juga ada motor kat depan I, sekali tanpa disedari, semuanya berlaku dalam masa 1 saat je, macam truck tu kena kereta I sebelah tepi, kena side mirror & side mirror tu kena cermin sebelah driver~ phew pecah. Kena my face & seluruh badan I penuh dengan kaca bertaburan. Terpana sekejap, tapi mujur I tak panic & slow-slow pergi berhenti ke tepi & ada pakcik tu suruh stop kat masjid kat sebelah kiri ni.
Masa tu baru I perasan yang seluruh badan I penuh dengan kaca. Muka I pun kena kaca. Kaki I tak payah cakapla. Baru rasa sakit kat paha sebab kena kaca, kira macam duduk atas kaca. I nak bangun pun susah. That time terus call daddy. Beberapa orang pak cik kat situ suruh I keluar. Bila tengok my car, takde kemek pun, takde. Cuma side mirror & cermin sebelah driver pecah. Hancur. Macam hati yang hancur. Ceyceycey.. takde kaitan.
Then, pak cik kat situ baik-baik je. Diaorang tolong bersihkan my car, buang kaca semua. I relax je. I takdela panic sangat. Tapi begitulah, macam terkejut & kalut call daddy semua. Then, I drive balik rumah.
Sampai rumah, dad ok je. Ingat nak tukar bawa other car for a week, tunggu my car baiki. Then mummy tak bagi. Dia risau lagi. Ada ke patut mummy suggest;
“tak payah la guna kereta seminggu. Nanti mummy pergi hantar your car next week”
“ehh susah mummy. Nanti nak angkat barang lagi, kelas pun jauh, nanti nak pergi makan susah. Kena guna car semua tu”
“alah, habis orang lain boleh je takde car”
“errr mummy !”
Ini macam tak patut untuk I. sebab memang I rasa hidup sangat susah tanpa vehicle. So, discuss semua, cepat-cepat dad pergi baiki, beli cermin semua. Cuma side mirror je tak sempat nak baiki sebab petang tu dah nak bertolak pergi KT & terus pergi KL. I rasa macam bersalah pula. Banyaknya I menyusahkan my parents. Kena spend money untuk repair my car lagi, dahla selama duduk di rumah, berapa banyak dah I ni, sikit-sikit money, money please. Pasni I rasa macam nak insaf sikit la. Tak nak buat perangai mengada-ngada sangat nak itu ini.
Baiklah, bila tengok balik kejadian ni, I anggap ianya satu teguran dari Allah. Adalah tu salah silap I selama ni. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan apa dosa yang I buat, ini Hanya ujian yang kecil untuk I nak di bandingkan dengan banyak lagi ujian yang besar yang Allah boleh timpakan untuk I. Allah masih selamatkan I. kalau lah ajal I kat situ, maka kembalilah I kepada pencipta. Tapi setakat tu saja Allah uji I. Berkali-kali I panjatkan kesyukuran padaNya.
I tak sedar pun, tapi mummy yang sedar & sebut, I ni di kira selamat habis dah. Mummy said “Evi selamat banyak dah, banyak dah Allah tolong Evi, sebab mummy tahu Evi selalu dengan quran, tak pernah tinggal quran..”
Yeap, quran yang menyelamatkan I, pendinding I. kalau tak, memang kena teruk lagi kot. Even that time pun, both my beloved Quran pun ada dengan I masa tu. That’s why I kata, based on my experiences la ni, don’t ever leave recite quran. Seriously. Juga amalkan beberapa surah penting setiap hari like yaasin, ar-rahman, al-waqiah & malam recite al-mulk. It helps us a lot !
Ok, cirri-ciri yang I telah di selamatkan :
- Diri I selamat. Syukur. Mujur mata tak masuk kaca sebab I pakai sunglass.
- I tak cedera walaupun kaca teruk bertaburan seluruh badan I. kaca kena terpercik kat muka I, mujur tak calar, Cuma pedih kejap je.
- Orang baik-baik tolong I masa tu. Pakcik yang baik-baik. Kalau orang jahat, habisla I kena rompak semalam dengan laptop lagi ada, lagi-lagi jewelerries, gold on me worth about 15K. syukur selamat, rezeki I.
- Masa I stop tu, betul-betul kat depan masjid. Ya Allah, berkatnya. Orang-orang masjid juga yang tolong I.
- Kereta tak habis banyak sangatla repair. Syukur. Rezeki I lagi.
- Kalau tengok kat dashboard in my car, teruk calar-calar dalam tu. Tapi tak boleh nak imagine bila my face, my body ok. memang Allah selamatkan I habis-habis. Ya Allah syukurnya. Macam ada pendindind membuatkan badan I tak cedera.
That’s all. I ok, last night pun ok, still I can drive go back to KT, letak my car kat sana. Tapi pagi ni I rasa macam entah. Pelik rasa feeling ni. fobia juga la lagi-lagi bila selisih dengan other cars around me walaupun bukan I yang drive that time.
Be careful peeps. Tapi kalau benda dah memang nak kena, kenalah. Kun fayakun. Banyak-banyak doa. Anything can happened dalam 1 second pun.

































