Archive for the ‘heart’ Category
Tiada Lagi Ulang Tahun
Monolog hati beberapa hari lepas : “Ehh 3 Sept ? Macam pernah ada something je pada date ni. Apa benda ehh ? Ler.. huhu”
Kesinambungan entry 3Sept2009; Kalau rajin, pergi belek blogspot aku sekarang ! haha
Well, Tiada Lagi Ulang tayang sebenarnya. Tapi apa ada pada 3Sept sebenarnya ? recall balik. Ok old story. Yang mana kita tak tahu ianya akan berulang lagi atau tak.
Sorry. Entry kali ni maybe membuatkan sesetengah pihak terasa; lagi-lagi orang yang sayang saya. But I have to. Babe, percayalah, saya tak bermaksud apa-apa. Saya dengan awak, saya dengan awak. Saya dengan dia, saya dengan dia. Saya dengan mereka, saya dengan mereka.
Baiklah, saya bukan sengaja-sengaja gatal-gatal nak ingat balik kisah lalu. Bukan bukan. Ada something saya nak cakap kat bawah-bawah nanti. Kita layan dulu lagu ni.
Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin laluYang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doaAku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar deritaSelamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemuSelamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalanAku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
[[ala, cantikla guitar dalam VC ni ! haha ! (sempat lagi)]]
Kalau tahun lepas, saya suka lagu ni, suka liriknya, very meaningful. Tapi tidak lagi selepas itu. Tidak juga sekarang. Ye, saya tahu dia sudah terbang pulang untuk sementara waktu. Saya tahu itu. Hanya itu kot yang saya tahu ? ~~~
Baiklah, benar ini urusan hidup saya. Tak siapa yang tahu apa yang terjadi sejak akhir-akhir ni, yang tahu hanyalah sahabat terdekat, yang betul-betul rapat dengan saya. Mereka tempat saya meluahkan, tempat saya bertanya pendapat. Korang yang tak berkenaan lagi lah tak perlu tahu. Sebab saya pun tak ganggu hidup korang.
Apa yang saya nak sampaikan kat sini : korang yang tak berkenaan tak perlu mengatur urusan hidup saya. Tak perlu nak bercakap-cakap, tak perlu nak ambil peduli tentang ini. Tak perlu. Kembalikah dia, tidakkah dia, apa jua sekalipun, biar saya yang menguruskannya. Biar saya sendiri yang settle hal ini. Tak payah nak excited, ini bukan kisah cinta snow white, bukan kisah cinta cinderella. Bukan bukan, tapi ini hanya kisah evilolyta.com..
Antara saya dengan dia; Biar kami yang settle sendiri. Tunggu masanya, pasti akan tiba. Jika tak tiba juga, itu takdir Allah. Saya tak nak comment apa-apa di sini. Tidak. Tiada. Nothing.
Memang saya tak expect, tak hope apa-apa pun. Tapi, semuanya berlaku tanpa di sangka. Atau ada yang dah sangka ? saya tahu apa saya buat, saya tahu itu. Saya tak sebodoh itu.
**Tiada lagi Historia De Un Amor, tiada lagi Besame Muchooo…**
Saya tak menanti kepulangan sesiapa. Saya tak mengharapkan apa-apa. Tapi jika benar dia kembali untuk saya, itu takdir Allah. Saya, dia, kamu, mereka; kita semua tak dapat nak lawan ketentuanNya. Saya tak mampu. Sekian.
Tak nak fikir pape. Nak raya dah. Hooray~ saya dengan life saya. I’m strong enough. Saya ignore gitu je dengan mana-mana gangguan. Jadi, tak payah susah-susah ganggu saya, sebab tak menjadi juga. Keh keh keh~
Connection hati; 3Sept~ Selamat Ulang Tahun Sayanggg~…
Kenapa Orang yang Salah ?
Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?
Aku Copy Dari Sini
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Thanks mengajar saya tentang erti hidup ni. Thanks buka mata saya seluasnya. Thanks for everything.. Pengalaman dalam mengenali orang yang salah adalah pengalaman yang terlalu bermakna & pengajaran yang terbaik buat saya.. Thanks kerana mengingatkan saya tentang hari-hari yang mendatang.. Awak buat saya lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja di sekeliling saya..
Bukan hanya untuk kekasih, tetapi juga untuk sahabat. Mengenali sahabat yang salah juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
.. kawan ramai, tapi Sahabat ? … hanya diri kita sendiri yang dapat jawab semua ni.. -sekian. Thanks to F.
Terima ke Tak
Terima ke Tak;
Hye. Blog bukanlah suatu tempat yang terbaik untuk share story yang entah pape, yang macam aku nak cakap lepas ni lah. Tapi dalam mood sekarang ni, (mood sakit perut), suddenly tangan aku ni pantas menaip setiap bait-bait kata yang entah pape. Ok, proceed please. Tiada muqaddimah yang panjang lagi.
Ini bukan summary, tapi ini climax of the story. Moral of the story pun boleh lah. Pape je yang korang rasa boleh letak. Sekali lagi; not necessary tuju pada sesiapa, tapi hanya untuk pengajaran buat diri ini & juga anda semua. Sebab aku tahu aku pun bukanlah seorang yang layak untuk bercakap benda yang baik gila sampai nak menghukum orang sekalipun sebegini lagi-lagi orang-orang yang agak dekat-dekat dengan aku, walaupun orang itu terus !@#$%^&* aku. Huhu
Oklah, sebab aku tahu aku ni siapa, aku tahu diri aku ni macam mana, aku tahu aku manusia yang selalu buat silap, jadi; sekalipun sesiapa buat silap, aku macam, “ok fine” . aku tak menghina mereka yang buat silap, sebab kemungkinan besar aku pun akan buat benda sebegitu juga nanti. Who knows kan ?
Kalau aku boleh terima sesiapa saja buat silap, lagi-lagi kalau aku boleh terima orang yang rapat dengan aku buat silap sekalipun, kenapa tidak pihak sana ? aku bukan nak list kan pun kelemahan serta keburukan orang, Cuma aku nak buat comparison, aku nak nyatakan apa yang aku fikir, apa yang ada dalam pemikiran aku ni. logic thinking lah kiranya. – ok tiada kaitan dengan logic thinking.
Sekalipun aku tahu dia pernah buat silap besar, benar aku tahu, bukan aku menuduh, malah dari pengakuannya sendiri, bukan setakat tu; sampaikan aku punyala tak percaya dengan semua ni; sampaikan lama juga la baru aku percaya.
Aku tak pernah rasa kat hati aku ni, kat pemikiran aku ni, tak pernah pun aku rasa jijik ke, geli ke, tak nak mendekati lagi ke orang itu sekalipun pengakuan yang dia pernah buat silap dia pernah berzina. Harap maaf ye, di sini aku beri perumpaan. Aku masih menyimpan rahsia yang tak aku cerita pada sesiapa, aku masih jaga aib orang. (walaupun aku tahu dia pun takde simpan sangat rahsia aku). Aku masih anggap biasa, aku tak ungkit, aku tak fikir pun. Sebab aku tahu, aku juga manusia biasa, walaupun tak pernah buat benda gitu (nauzubuillahi min zalik), kita manusia tak berhak nak hukum sesiapa.
Aku tak nak bagi banyak contoh sebab banyak benda lain lagi aku nak buat. Ni aku just bagi satu contoh yang senang bagi semua orang faham. Cukup hanya contoh di atas.
It’s ok sekalipun orang pandang tinggi pada orang tu, it’s ok orang lain pandang rendah sekalipun pada orang yang lain pula. Setakat pandangan masyarakat, bukan boleh bawa bersama amalan ke kubur pun, so just watch out. Yang kat atas sana punya pandangan lagi berguna, lagi mantap, lagi hebat.
Selagi aku boleh berfikir, selagi jasad masih bernyawa, selagi itu aku boleh menerima orang-orang di sekeliling aku, sekalipun dia buat silap besar, selagi dia tidak mengkhianati aku. But once they betrayed me, I’m sorry goodbye.
Terlalu ramai orang yang boleh jadi hipokrit di sekeliling ni. Terlalu ramai yang boleh buat talam dua muka. Kalau kat depan-depan, boleh senyum-senyum, tegur-tegur, buat muka cam sweet je, tapi kalau kat belakang hampeh. Biasala, sebab bila perlukan pertolongan, bila nak ambil kesempatan, mula la buat baik. Gitu je sebenarnya. Bukan nak ungkit, tapi rasa macam seolah-olah tak di hargai, tak pernah bagi pertolongan. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Memanglah, kalau hal orang lain, dia la nombor satu yang kutuk, yang nampak kesalahan orang lain. – Thanks to the informer.
Tak Suka Lagi Cari;
Pelikkan manusia ni. Lagi tak suka lagi cari, lagi nak tahu. Walaupun kita tak ambil kisah pasal diaorang, tak cakap dengan diaorang, tapi diaorang ambil kisah pasal kita. Bagi aku lah kan, dan juga bagi bloggers lain juga, prinsip kami, kalau tak suka sesuatu blog tu, tak payah baca. Tak payah membazir masa untuk baca, susah-susah nak baca. Macam aku, aku pun takde masa nak ambil tahu pasal orang yang aku tak suka. Macam lantak lah kan nak buat apa. Bukan berkaitan dengan aku pun. Sekalipun aku tulis apa kat blog ni, setakat kat blog ni lah. Bukan aku pergi cakap depan korang, bukan aku pergi merendahkan orang lain. Sekali lagi aku kata, tak suka tak payah tengok, tak payah baca. Aku heran pada orang yang ada masalah hati ni. Kesian juga. Sebab takde pasal kan. Tapi biasalah, macam satu blog yang aku suka baca nih. Blog dia ni glamour. Dia tak buat pape pun, dia just update pasal dia. Tapi still ada yang tak suka. Jadi tak pelik pun. Sebab manusia yang busuk hati, yang ada bermasalah jiwa raga je akan bertindak sebegitu. Aku tak paksa, tak minta tetamu yang tak di undang ni baca blog aku. Tapi kalau setakat nak masuk, baca, bagus juga sebab boleh tambah income nuff aku. weeeee~~~ Patutlah bertambah-tambah.
Juga pelik juga pada sesetengah bloggers ni yang mana dia pun bloggers juga lah. Dia pun kutuk blogger lain, blog lain sebab isi-isi dalam mana-mana blog. Padahal, apa yang ada dalam blog dia, isu dalam blog dia pun lebih kurang sama, still update pasal diri sendiri, pasal apa dia buat, dia pergi mana. Tapi itulah, manusia yang tak berapa nak sedar diri kan. Dia buat takpe, orang lain tak boleh lebih dari dia ok ! Tak boleh tau ! Ingat tu. Jangan lawan blogger yang bagus macam mereka ok. ahah !
Reason aku meng‘detail’kan ayat dalam blog; Sebab bila orang search kat google, senang terus masuk dalam blog kita. Kadang-kadang top, kadang-kadang ada next page. Bagi yang serious nak cari info tentang keywords yang dia search tu, dia akan cari juga sampai ke page ke berapa pun. Ini tips blogging. Bukankah cara ini juga menambahkan traffic ? Tak kurang juga menambahkan income nuff. Jadi, tak salah untuk aku update tempat yang aku pergi, tentang foods, juga tentang apa sekalipun sebab akan ada je orang search yang berkaitan dengan tu yang kebetulan diaorang nak tau kan. Tapi takpela, maybe sesetengah pihak tak berapa nak terfikir pasal ni. Juga untuk tambah income pada aku. Fine then bye !
p/s: yang top posts kat sebelah ni adalah hasil dari mana-mana search engines. Sebab kalau visitor masuk blog aku, bukan direct pada mana-mana entry, tapi hanya kat main page. Kalau yang dari search engines tu yang terus masuk kat mana-mana entry. weeeeeee
Penantian di Bulan June
Welcome June. Nearly half way of 2010 dah. Rasa macam baru je January. & I’m going 22 soon ! hehe. Getting older right ?
Yesterday, aku flu lagi. Last month on 4th May pun aku flu for a week. 1st June aku flu pula. Haih~ weather memang panas, tapi Alhamdulillah aku tak demam. Aku larat je ke mana-mana. Berselera je makan walaupun masa flu ni macam tak rasa sangat flavor foods tu. Ya Allah, get well soon Evi. Weekend ni long journey~
1st June should ada entry baru. Tapi aku out of ideas & that entry tergantung macam tu je. Sebab entry tu entry dari hati ke hati. Jadi aku kena feeling habis untuk menulis. Tapi aku macam tak boleh nak focus untuk teruskan that entry. Kalau entry berupa dear diaries ni, tak kisah. Tengah tak betul pun boleh write down apa-apa pun.
Last night tengok tv9 sekejap. I mean, late night. Macam biasala, late night before sleep, mesti aku tengok tv kejap & terus tidur. Dah rutin harian macam tu. Then ada Elyana dengan siapa entah duet lagu Penantian by Harmoni. Lagu ni dah lama, aku dah pernah dengar dulu-dulu. Cuma kali ni lain sikit sebab duet & seriously voice that guy sangat best. Aku sukeeeee…. Feeling habis walaupun tiada kaitan dengan diri aku buat masa ni. But maybe ada certain lyrics tu yang meaningful habis.
Penantian by Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup dirikuBerapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepiPenantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
I’m sick of people yang tak faham bahasa. Berkali-kali aku explain, aku kata aku tak nak involve with those things anymore, aku takde feelings pun kat dia, aku takde pape dengan dia. Even aku tak layan pun. Tapi aku tak layan pun, ianya makin menjadi-jadi. Aku tak angkat calls, tak reply SMS. Boleh pula dia kata kat aku : “awak tipu diri sendiri, saya tahu awak ada perasaan kat saya, saya tahu awak sayang saya. tolong jangan tipu diri sendiri. saya tahu awak rasa perasaan yang sama dengan saya rasa” .. ya Allah, aku tak tahu nak explain macam mana lagi. Kalau aku kata aku ada orang lain sekalipun, dia still tak percaya. Dia bajet aku memang berperasaan pada dia. Seriously aku tak pernah ada sikit pun rasa lebih dari kawan. Maybe dia yang salah anggap dengan layanan aku. Even selama ni pun, jarang je SMS, contact. Tapi kenapa dia begitu berperasaan ?
Aku rasa aku suka life macam ni, I mean my single life. Sebab aku penat, malas nak kena jaga hati orang tu orang ni. Buat hal sendiri lagi bagus. If one day I need to push it away, I’ll push it. Jangan try untuk tambah problem pada diri sendiri & orang lain. Sunyi ke, sepi ke, Allah tetap bersama kita. Innalla hama ana~
Kita sering di beri pilihan. Sometimes, aku takut untuk buat pilihan & keputusan. Aku takut tersalah pilih, tersalah buat keputusan. Kalau ada yang lebih baik, lebih terbaik, kenapa kita pilih yang kurang baik ? one day, aku harap orang yang aku pilih tu lebih appreciate aku. Sebab aku pilih dia, di antara banyak pilihan, aku pilih dia. Jadi jangan sia-siakan aku yang pilih dia sedangkan dalam pilihan yang banyak itu, dia yang terpilih. Faham bukan ?
See you for the next few days. Tak tahu bila akan update blog lagi. depends on my mood~
Ubatilah Kelukaan Di Hatimu
Saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak untuk berbicara tentang ni. Tapi saya akan try untuk mempersembahkan tajuk ini dengan baik, sekadar yang termampu. Saya bukan seorang penulis, saya hanya ordinary blogger. Di tambah lagi, sudah lama tak mempersembahkan artikel yang lahir dari hati ni. Lama tak berbicara soal hati. Yang saya selalu update blog hanyala semalam-semalam punya dear diaries.
Petang ni saya ada masa sekejap untuk menulis. Saya tak tengok tv, saya tak tidur, saya tak SMS dengan sesiapa. Jadi saya ada masa untuk bersendirian sekejap. Saya berbicara berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya pernah lalui serta pemerhatian di sekeliling saya. Sekadar yang termampu, saya persembahkan. Terimalah seadanya.
People around me always asked :
“macam mana nak lupakan seseorang ?”
“macam mana nak buang perasaan ni pada seseorang”
“macam mana nak ubati kelukaan serta kekecewaan di hati ni ?”
“macam mana nak tenangkan hati yang resah gelisah ni ?”
& pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan kelukaan di hati, kekecewaan, kesedihan, merana & mana-mana perasaan –ve. Kalau dah topic macam ni, confirm semua dah understood, semuanya berkaitan dengan cinta, cinta & cinta lagi.
Siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? yang meninggalkan atau yang di tinggalkan ? yang bahagia atau yang merasai kekecewaan itu ? kadang-kadang orang kata, “saya meninggalkan dia sebab dia yang buat perangai, sebab saya dah tak boleh nak tahan dengan dia lagi” , tapi bagi pihak yang di tinggalkan pula, “saya sayang dia, cinta dia. Kenapa dia tinggalkan saya. Dia zalim.”
Saya Tanya lagi, siapa yang patut di persalahkan dalam hal ni ? siapa yang terlebih dahulu mengecewakan sesiapa ? Antara lelaki & wanita, yang mana lebih ramai merana, yang lebih kecewa ? Siapa yang mengkhianati siapa ? Siapa yang sentiasa menjadi mangsa keadaan ?
Saya di sini, bukan untuk menghukum sesiapa. Saya tampil untuk berkongsi sedikit tentang apa yang saya pernah lalui. Kalau boleh memang saya tak nak ingat lagi benda lalu. Tapi saya manusia biasa, masih berakal & masih belum hilang ingatan. Jadi nak tak nak, benda-benda sebegini kadang-kadang datang bagaikan angin lalu. Alhamdulillah, saya sudah kuat untuk berbicara tentang ni. kalau dulu, saya masih lemah & tak berdaya nak berbicara tentang kelukaan. Tapi sekarang, jika kenangan lalu itu datang pun, ia hanya sekadar datang untuk menziarahi fikiran saya, bukan datang untuk mengganggu pemikiran saya. Bukan.
Saya ingin berkongsi, bagaimana saya handle diri saya, suasana ketika saya terluka, ketika saya kecewa, ketika saya sedih, ketika saya di tinggalkan begitu saja. Tanpa sebarang kata, ianya senyap. Sunyi. Tiada khabar berita. Ah, tak usah ingat lagi.. Akan tetapi, dalam senyap itu, gerak geri saya masih di perhati olehnya, perkembangan saya dari masa ke semasa masih di ikuti olehnya di blog ini, sehingga tengah hari tadi.
Pelbagai cara saya try untuk lupakan kenangan lalu, kenangan yang pahit itu. Tahap klimaks, saat genting semuanya berlaku pada December 2009. Ini bermakna, dah lima bulan berlalu. Tapi berapa lama manakah saya mengambil masa untuk ubati kelukaan ini ? kalau di kira balik, sejak January 2009 lagi saya dah mula makan hati sedikit demi sedikit. Hampir setahun bukan ? Tapi masa yang di ambil untuk saya berusaha merawat luka ini tidak sampai setahun. sekejap saja. kita tengok lepas ni. Saya tak mengerti apa perasaan orang yang suka mengecewakan orang lain. Saya tak faham.
First, fikir balik apa yang pernah kita buat. Maybe Allah nak mengajar kita, nak sedarkan kita tentang kesalahan serta dosa yang pernah kita buat. Allah tahu apa yang terbaik buat kita kan. At least, Allah nak bagi lebih baik untuk kita, that’s why Allah hilangkan sesuatu itu. Benar saya sentiasa pujuk diri saya dengan kata-kata macam ni. Percaya pada janji Allah, yakin dengan kurniaan Allah.
Second, bila rasa banyak sangat benda kita buat salah serta dosa masa perhubungan lalu, segera mohon ampun dengan Pencipta kita. Selagi pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah. Mohon ampun, mohon maaf sebanyak yang mungkin. Yakin dengan Allah yang maha penerima taubat. Tak semestinya nak tunggu jadi alim, nak tunggu jadi baik gila baru nak bertaubat. Tidak. Semua orang boleh bertaubat bila-bila masa. Tiada prasyarat orang tu mesti seorang ulamak la, mesti seorang ustaz la, apa la. Tiada. Asalkan betul-betul dah sedar, menyesal & berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu lagi. Kita beragama Islam bukan ?
Third, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Pencipta kita. Dia yang mencipta kita, dia yang memberi nikmat pada kita. Jadi, semestinya pada Dia juga kita kembali. Berharap padanya. Bukan buat benda-benda yang tak berfaedah, yang merosakkan diri sendiri. Itu hanya menyerlahkan lagi kebodohan serta kejahilan sesuatu individu itu. Banyak-banyak ingat Allah, cover balik dosa lalu dengan ibadat wajib serta sunat. Banyakkan berdoa, merayu-rayu padaNya. Titiskanlah air mata untukNya, bukan untuk manusia.
Fourth : cuba untuk cari mana-mana pengganti sebagai hiburan ? terpulang pada individu itu. Tapi bagi saya, ianya tak kekal, tak ikhlas. Sebab, kita perlukan seuatu itu bukan atas kehendak diri sendiri tapi semata-mata untuk hiburkan kita. Bagi saya la, saya pernah try, tapi tak bawa apa-apa makna pun. Selebihnya, sesetengah tu membawa lebih banyak masalah pada kita. Jangan biarkan seperti “sudah jatuh di timpa tangga” . jangan tambah masalah pada diri sendiri lagi. Pada saya, saya lebih senang menjauhkan diri dari mana-mana lelaki. Itu lebih senang pada saya. Bersendirian. Tiada yang mengganggu. Kalau ada pun, ignore je. Jangan di layan.
Seterusnya, buat sesuatu yang boleh melupakan kisah lama. Contohnya menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Juga boleh. Tambahan lagi, buang atau simpan segala benda yang boleh mengingatkan kita pada seseorang tu. Lagu cinta bersama dia, mahupun barang-barang yang pernah dia bagi, serta tempat-tempat bersejarah dengan dia. Elakkan semua tu. Sebab, makin kita tengok, makin kita ke situ, makin kita dengar lagu sebegitu, jadi kita makin akan teringat & membuai-buai perasaan ni. contoh macam saya, saya tak boleh dengar langsung lagu Imran Ajmain “Selamat ulang tahun sayang” . & memang saya tak dengar langsung selama 4 bulan lebih. Bila saya dah rasa saya dah cukup kuat, saya dengar balik, saya dah ok dah. Tak terkesan apa-apa pun kat hati ni. ini bermakna saya dah sihat dari segala kesedihan tu.
Jangan selalu rasa kita sudah berada di zon yang selesa. Jika kita dah senang, dah happy, dah bahagia, tolong jangan lupakan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan ini. Enjoy-enjoy juga, tapi biarlah berpada-pada. Jangan melampau sangat. Prinsip saya : balance dunia akhirat. Lagi boleh, lebihkan akhirat. Macam saya sekarang, walaupun saya dah bahagia, happy dengan apa yang saya ada, dengan orang yang melayani saya dengan baik, tapi saya tak rasa saya berada di puncak yang selamat. Berhati-hati, bila-bila masa Allah boleh tarik balik nikmat tu. Bukan senang untuk saya buka hati saya balik pada sesiapa. Setelah bertungkus-lumus bina baik hati ni, tak semudah itu saya serahkan balik hati ini ke lembah kelukaan. Saya pasti jaga ianya dengan lebih baik.
Berapa lama masa yang perlu di ambil untuk kembali pada keadaan normal ? terpulang pada individu itu. Pada saya, ianya mengambil masa lebih kurang 4 bulan sehingga betul-betul saya tough & strong. Dalam masa 4 bulan tu, walaupun dah ok, tapi kadang-kala ada dalam sehari dua tu ada down sekejap. Tapi selepas 4 bulan tu, memang datangla apa pun, memang dah tough & strong habis. Alhamdulillah, 4 bulan bagi saya tak lama sangat. Ada juga yang lain-lain sampaikan bertahun-tahun bagi orang lain.
Ini saya nyatakan bagi benar-benar yang nak ubati luka. Jika benar kamu ingin mengubati rasa kelukaan serta kekecewaan kamu, pasti sedikit sebanyak kamu akan mengambil serba sedikit perkongsian saya ini. Jika tidak, teruskanlah berada dalam dunia kesedihan, kelukaan, kekecewaanmu. Teruskanlah. Terpulang. Tiada siapa yang dapat tolong diri sendiri jika bukan kita yang sendiri berusaha demi kebahagiaan kita. Sayangilah masa depan kita. Jangan sia-siakan apa yang kita ada. Peluang tak datang banyak kali. Kalau ia datang banyak kali pun, benar Allah betul-betul turunkan rezeki pada kita.
Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta. Siapakah dulu membina harapan & siapa yang memusnahkan impian. Tanpa sebab & alasan kau mainkan perasaan. Bagai taufan tiba-tiba datang & menghilang. Kau bayang-bayang masa nan silam. Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah. – Mimpi yang tak sudah by Ibnor Riza
Pelikkah Sebegini ?
Draft on 5th January 2010 :
Saja nak cerita, nak bagi contoh tentang peliknya manusia ni. Tapi sikit-sikit jela. Tak Banyak pun. Nanti saya pula yang jadi pelik kenapa saya tulis macam ni. Ok dah pelik dah. Merepek saja~
Pelik bukan, bila orang tu tipu kita, curang dengan kita, tapi kita masih sayang, cinta orang tu lagi. Betul la, Love Is Blind.
Pelik bukan, ada orang baik sangat, menghargai kita, sayang kita, tapi kita tak ada pun perasaan macam tu kat orang tu. Betul la kan, Love Can’t Force
Pelik bukan, kita sayang orang tu, cinta orang tu, tapi kita layan dia macam musuh, layan dia kasar-kasar, kita ego, tak nak tunjuk pun kita sayang dia, padahal dalam hati ni Allah je tau. Secret of Love
Pelik bukan, bila seseorang ni sayang kita, cinta kita, layan kita dengan baik sangat, nampak sangat dia sayang kita, selalu contact kita, tapi sebenarnya kat belakang kita dia layan orang lain juga. Banyak masa dia, duit dia nak layan lebih dari sorang. Love is for everyone
Pelik bukan, dalam masa yang singkat je terus dapat cari orang lain, terus dapat pengganti. Semudah itu saja tanpa terkesan pun. Owh, Love is to Replace..
Pelik bukan, bila kita dah tahu dia tu hak orang, suami orang, tunangan orang, tapi kita tetap nak ganggu, nak kacau jugak, nak runtuhkan jugak kebahagiaan orang tu. Love is to Share
Pelik bukan, bila kita dah buang orang tu jauh-jauh, dump habis-habis, but then, cari balik orang yang kita pernah buang dia suatu masa dulu. Love is To Throw & To Take Back.
Pelik bukan, bila tiba-tiba je kita ada perasaan pada orang tu. Sedangkan tiada apa yang menarik pada orang itu. Malah, keburukan demi keburukan pun, kita tetap ada perasaan pada orang tu. Tak tahu la dari segi mana kita ada perasaan pada orang tu. Memangla, Love is Unpredictable.
Lastly, saya pun pelik. Kenapa kita Cinta orang lain, sayang orang lain, suka orang lain, tapi kita layan orang lain, rapat dengan orang lain, bermanja dengan orang lain, meluahkan masalah pada orang lain, di tegur orang lain, di nasihati orang lain. Semua itu orang lain-lain, yang terdiri dari 3 4 5 orang lain-lain. Memangla. Kerana, orang yang kita cinta sayang kasih tu tak dapat jadi apa yang kita nak, tak dapat layan mengikut diri kita dan tak banyak masa bersama kita, tak menghargai kita, tak pernah ambil kira nasihat serta peringatan kita & telah menghancurkan hati kita. Pulangla hati orang itu balik.. Jangan simpan serpihan-serpihan hati tu. Tak guna dah. Cantum sekalipun, masih ada kesan retak itu. Broken Heart Has No Spareparts
**I Locked Away My Heart. Don’t Try To Come Near To Me Anymore..
Bila Kau Rasa Begitu
Bila Cinta Tak Lagi Untukku.. Bila Hati Tak Lagi Padaku.. Aku Kan Pergi Mesti Hati Tak Akan Rela
Bila kau rasa kau lebih baik dariku, bila aku tak lagi baik padamu..
Bila kau rasa kau lebih beriman dariku..
Bila kau rasa akhlakmu jauh lebih elok dariku..
Bila kau rasa aqidahmu jauh lebih kukuh dariku
Bila kau rasa ilmu mu jauh lebih tinggi dariku..
Bila kau rasa agamamu lebih mantap dariku
Bila kau rasa kau ada segala-galanya
Bila kau yakin kau akan dapat apa yang kau ingini..
Bila kau mengharapkan sesuatu yang sempurna untuk dirimu..
Bila kau rasa kau boleh menawan hati sesiapa
Bila kau mungkir segala janji-janjimu..
Bila kau menafikan sumpahmu atas nama Allah
Bila kau tanpa bersalah melawan hukum Allah
Bila kau angkuh, riak, bangga dengan nikmat yang Allah kurniakan padamu
Bila kau sudah merasai nikmat manisnya madu, lalu kau buang sepahnya
Bila kau sudah dapat apa yang kau mahukan..
Bila kau puas dengan apa yang telah kau lakukan
Bila kau senang untuk lupakan apa yang berlaku
Bila kau tidak lagi mahu bertanggungjawab dengan apa yang pernah kau lakukan
Bila kau bangga dengan apa yang kau ada
Bila kau rasa kau sudah mempunyai segala-galanya yang cukup sempurna
Bila kau rasa cintamu jauh lebih hebat dariku
Bila kau bercakap, tapi kau dustakan segala-galanya
Bila kau sanggup menabur fitnah demi mempertahankan dirimu..
Bila kau menafikan segala kebenaran
Bila kau menegakkan kebatilan..
Bila kau rasa rupa parasmu adalah paling terbaik..
Bila kau gunakan nikmat yang Allah bagi untuk tujuan lain..
Bila kau mendustai nikmat Allah
Bila kau tak bersyukur dengan nikmat Allah
Bila kau mengkhianati orang yang banyak membantumu
Bila aku yakin sememangnya aku mengenali siapa dirimu yang sebenarnya.. Dan mereka juga mengenali siapa dirimu yang sebenarnya..
Percayalah.. Tak Semestinya kau akan dapat apa yang kau inginkan. What goes around comes Around. Apa yang kau telah mengkhianati, menzalimi, menyakiti orang lain, semua itu akan berbalik padamu. Allah hanya SATU, Allah maha adil. Doa orang yang di zalimi mudah di makbulkan.. Kebenaran sentiasa menyebelahi saya..
Saya tak takut, saya tak gentar, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Pergilah engkau dengan dunia munafikmu..
Fikir dan renungkan.. Adakah kita termasuk dalam salah satu kategori itu ? Ataupun dua, tiga ataupun kesemuanya ?
Kerana yang Terindah Hanyalah Sementara. Tiada yang kekal di dunia ini.. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik segala nikmat yang kita sedang nikmati sekarang..
Kembali ke fitrah insani.. InsyaAllah…
Saya Tak Diet Pun
Saya tak diet pun, saya makan macam biasa. Saya entah…
Sudah penat nak jawab soalan serta teguran sesiapa saja di sekeliling. Tak marah pun. Biasa je. Dah terbiasa dah. Perubahan mendadak sejak bulan Februari 2009 kot.
Saya tak perasan pun dengan perubahan sifat fizikal diri ni. Tapi bila ramai orang sekeliling yang tegur, baru saya terperasan. Betul la kot kan. Bila tengok weight saya, memang banyak juga turun.
Bermula dari form 4, berat saya 46kg. Memang chubby macam apa entah. Lagipun masa sekolah ni, nak pergi sekolah, breakfast mesti minum susu. Bila dah naik form 5, rasa macam konon nak kurangkan chubby la kan. So stop minum susu. Bila tengok susu, tahan, tahan. Kawal nafsu tak nak minum susu. Bila dah masuk kolej matrikulasi, berat makin naik semacam. Makan banyak tak payah cakap la kan. Hati senang, bahagia. Haha. Terus naik sampai 48kg.
Seingat saya, lepas tu masuk UDM la kan. Bulan puasa October 2007, saya turun hingga 45kg. Average dalam 3kg atau 4kg biasanya turun bila bulan puasa. Lepas tu naik balik macam biasa. Awal tahun 2008, saya masih maintain 45kg, sebab masa tu macam dah makan hati sikit-sikit dengan seseorang. Ok, maintain 45kg. Ramadhan tiba lagi pada September 2008. Yang ni makan banyak semacam bila berbuka. Sahur makan lagi & bla bla bla. Kira macam ramadhan 2008 ni langsung tak turun weight ni. Maintain lagi. Haha.. Hati bahagia semacam la kot kan ? Saya pun tak tau.
Februari 2009. Masa ni saya dah terperasan yang saya kurang makan. Kenapa ? Entahla. Sebab makan hati dengan orang yang lain pula kot kan. Tiba bulan April, May, June 2009, makin menjadi-jadi kurangnya makan. Masa ni berat dah 43kg kot. Masuk sem 5, macam makin menjadi-jadi juga. Makan masih tak menentu. Dan macam-macam la yang terjadi between July 2009 until December 2009. Yang saya pasti, sekarang berat saya hanya 40kg. ok Fullstop.
Sebab itu ramai yang tegur.
“awak nampak makin kurus la”
“awak nampak makin kecik la”
“macam mana boleh jadi kurus ni, lain sangat ni”
“apa petua kurus ?” (yang ni macam boleh saja ketuk kepala. Haha. Ingat saya saja ke ?)
“Evi diet ke, slim je sekarang”
& pelbagai soalan, teguran yang saya dah sampai jadi terbiasa dan tak berperasaan lagi.
Ya Allah, kalaula orang lain tahu apa sebab sebenarnya ? Hanya Allah & saya yang tahu. Orang-orang terdekat tahu juga la kot sikit-sikit. Maybe ada yang dah boleh agak dah. Boleh kira jawab soalan macam ni la “senang je nak kurus, makan hati berulam jantung banyak-banyak” haha. Buat la kalau nak buat. Rasa la kalau nak rasa. “sebab terlebih makan cinta hati, jadi tak makan makanan biasa” .. “study banyak sangat, kelas banyak sangat siang malam..”
Don’t be Stupid la ok. Tak habis-habis isu kurus ni ahah
Marila kita sama-sama jaga kesihatan. Makan ikut waktu, makan dengan kuantiti yang sebetulnya. Tolongla jangan ada gangguan lain lagi. Anyway, Saya tak nak mummy risau tengok saya kurang makan. Sorry mummy daddy~
Now ? Saya baru lepas makan. Kenyang ni.. Alhamdulillah… Lepas ni nak makan lagi. Itu tandanya orang bahagia. Haha. Bahagia tanpa cinta manusia yang penuh pura-pura, bahagia dengan cinta Allah yang tiada tandingannya. Marila mencipta kebahagiaan untuk diri sendiri. Dan juga bahagia dengan new blog layout. Jom makan jeruk yang one of the UDM’s blogger from penang baru je bagi saya tadi. Guess who~?
Warkah Buat Bakal Suamiku..
Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.
Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
Tiada Mood BerBlog
Macam Tak Ikhlas Saja nak update Blog ni. Tapi saya try untuk ikhlaskan hati ni. Bukan apa, nanti 2 3 hari lagi saya tak akan update blog dalam masa paling lama seminggu. Kenapa ? Saya pergi mana ? Saya buat apa ? Nantila tau. Biarkan itu dulu. Kita hanya merancang. Selebihnya Allah yang menentukan.
Saya pun tak tahu la kenapa mood jatuh merudum 2 3 hari ni. Mood Blogging saja jatuh merudum. Mood lain naik semacam. I mean, graph dari segi lain tinggi semacam. Bukan begitu ke wahai sahabat saya ae_ ? haha. Seperti yang diketahui, saya betul-betul sakit kepala. Sakit sebab php Server tu punya pasal la. Dari pagi sampai malam duk buat tak jadi-jadi. Masalah apache ke, mysql ke, apa ke, I don’t know la. Lupakan saja niat untuk buat ‘bijok’. haha.. Sampai ayah sepupu pun dah suruh saya stop buat yang tu sebab saya sakit kepala pasal tu je.
Terima kasihla kepada junior KMM saya dulu yang send lagu Cinta Terakhir by Aiman pada saya. Saya dah letak kat Blog ni pun lagu tu. Tapi saya belum faham apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam lagu tu. Tak sempat nak faham betul-betul lagi. Sebab sibuk dengan benda lain. haha.
For the time being~ sujud syukur ke hadrat Ilahi. Saya makin sihat. Alhamdulillah. Selain itu, ketenangan dari Allah serta petunjuk dari Allah yang tak putus-putus. Ya Allah, hebatnya kuasaMu Ya Allah. Kebenaran demi kebenaran datang. Aku redha dengan ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku kerana Engkau yang menciptaku. Biarlah semua itu berlalu begitu sahaja. Semoga Engkau menerima taubat nasuhaku.
Biar Hilang Cinta Manusia, Jangan Hilang Cinta Ilahi.. Syukran kepada sahabat-sahabat saya terutama ae_, akh Farid & akh Hafiz kat Mesir, ayah sepupu saya & sesiapa sahaja yang banyak bagi nasihat kepada saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya tak nak menyusahkan orang, tak nak cari orang untuk luahkan. Tapi kalau orang tanya, baru saya bagitahu. Lagi-lagi setelah kena paksa dengan antara mereka, lagi saya kena luahkan. Memangla, kelemahan saya apabila saya terlalu memendam sesuatu. Tapi bila saya cuba untuk luahkan sedikit demi sedikit, ianya makin lega. Tapi tak semua benda saya luahkan, & kepada setiap orang, saya luahkan dengan cara berbeza & dari sudut berlainan, topic berlainan. Haha. Banyak betul cerita saya.
Okla, sudah panjang. Kata tak ada mood nak update blog. Tapi panjang semacam saja. Sekarang tengah layan satu drama yang panjang kat YouTube. haha. Semoga drama ini memberi pengajaran pada saya. Tak lain tak bukan, saya hanya melayan drama @ movie yang boleh bagi pengajaran pada saya, yang berunsurkan Islamic. Kalau tak, habisla saya cepat terpengaruh dengan benda yang lagha. Mari kita sama-sama pelihara Iman kita.
Kembali Kita Berjauhan.. Sayangmu Merendang.. Jauh Begini.. Hati Teruji.. Cinta Madinah dalam Lembayung, dalam terlarang, tersinar yang Agung.. Di Bumi Madinah Menjadi Saksi.. Cinta Madinah Mekar Berseri.. Sinaran Malar Terik Mentari.. Di Jurai dingin malam Terukir Setiamu. Cinta Madinah Menyebar Harum.. Semarak dalam Kasih Cinta Madinah..
Messages, Calls~ saya tak mampu nak ignore. Tapi Alhamdulillah saya biarkan ia berlalu begitu saja. Saya tak layan perasaan itu lagi.. Senyumlah…
Study la.. Esok Test MS Sharepoint…












