Majlis Makan-makan Sekretariat & UDM-Hotspot

Last night, just simple punya majlis makan-makan sajala untuk secretariat MPP 08/09 kat Pejabat Asrama Baru & saya selaku ‘bekas’ secretariat di bawah exco Helwanis, iaitu Cik Habsah sebagai Big Boss saya haha.

UDM-Hotspot

Baiklah, ini main topic yang saya nak story sebenarnya. Kita semua dah maklum bahawa baru-baru ni wireless macam tak ok kan. Okla, saya nak start story dah ni. Heee

14 Dec 2009 : Masa ni semua student cuti kan. Tapi saya & coursemates dah 2 weeks ada je kat campus, sebab ada kursus Microsoft Sharepoint with Mr. Albert Jeremy (macam teringat saja) haha. Tiba-tiba hari tu blackout. Tak ingat dah berapa lama masa yang di ambil untuk berada dalam ketiadaan electric tu. Sekali, bila dah ada electric balik, wireless pula tak dapat. I mean, tak dapat detect pun signal. Ingat kejap-kejap je. Lagipun, 15 Dec 2009 tu saya pun dah nak balik rumah (balik awal sebab nak fly to Singapore). Tapi yang peliknya, area bilik opposite saya boleh pula online. Confuse~

27 Dec 2009 : Saya balik ke campus. Wireless masih tak dapat juga. Start la complain kat ayah sepupu kat PTM (tak payah bagitahu siapa, orang dah tahu siapa). Then dia kata lebih kurang macam ni, “ok je ni, ada je orang access kat blok sana..” Then macam-macam lagi la saya complain lagi tapi tak berkesan pun. Haha sebab orang lain siap pergi bawa laptop jumpa ayah sepupu saya. Tapi saya ? Masih ego tak nak bawa laptop sebab confident laptop saya tak ada problem pun. Wireless yang ada problem.

Research session : Yang ini saya pergi Tanya semua orang. Intel Centrino yang tak dapat detect, tak dapat connect. Orang lain yang guna Intel Pentium, Intel, (bermaksud selain Centrino using Intel Pro Wireless), juga using Atheros & Broadcom boleh je online. Lagi-lagi diaorang datang bilik saya, boleh je online. Tapi laptop saya dengan roommate tak dapat pun. Lagi tak puasa hati sebab Centrino should be the best for wireless. Mengadu kat lecturer pasal ni lagi. Haha. Macam pelik. Ke salah configuration ? Suka hati je buat assumption.

Bila dah macam pening kepala, hairan nak fikir. Saya pun dah stop fikir. Sampaila semalam, terjadi la satu kisah yang membolehkan wireless sudah dapat di guna oleh kami. Haha. Selepas saya balik dari majlis makan-makan tu, sampai je kat blok, terus nampak Mawardi dengan Alang kat situ. Then saya pun join la diaorang “korang watpe sini ? “

“buat method”

“oo korang group dengan sape ey ?”

Tiba-tiba senyap.

“ehh, korang group dengan aku kan. Kita sama group”

Hahaha boleh pula saya tak ingat group saya. Muka Mawardi dengan Alang macam dah pelik apa pasal saya ni. Then Mawardi cakap “kena potong markah ni tak ingat group sendiri ni” Hahaha

Then sambung borak-borak, lagi-lagi pasal wireless. Kalau borak dengan si Mawardi ni, mesti pasal computing je. Lepas tu, entah macam mana terfikir, dia suggest : “ko tau tak antenna kat mana ?”

“taula. Kat blok depan aku. Depan bilik aku je”

“ko pergi tengok antenna tu, pergi cari switch dia, lepas tu off, on balik. Sebab tu akan reset balik”

“eh, aku mana tau kat ne. silap off switch baru tau, huru-hara la blok ni. Haha. Ko la g wat”

“mana boleh. Ni blok pempuan. Takkan aku nak masuk kawasan blok pempuan”

“ala takpe. Kejap je. Antenna tu kat blok surau, kat sbelah rumah ustaz”

Then, kitaorang pun pergi la cari antenna tu. Saya just guide dia, then jumpa antenna tu. Sekali lalu depan rumah ustaz, berdebar sangat. Kalau la ustaz tahu, teruk kitaorang kena. Haha. Punyala ikut je pipe wire antenna tu, sampaila hujung blok. Penat lagi, nervous lagi. Rupa-rupanya switch besar tu kat dalam bilik kecil yang gelap. Masa tu dah cuak dah, kalau kena dengan pak guard ke, memang teruk juga kena. Bila dah off on balik, tengok kat laptop alang tak ok juga. Mawardi suruh saya pergi off on sekali lagi. Penat pun penat la. Saya takut dalam bilik gelap tu. Tapi tahan je. Then, terus balik bilik dengan harapan dapat detect signal. Hancur. Sebab tak dapat. Saya pun buat tak tau je. Dalam 2 3 minit, tiba-tiba roommate saya bersuara “eh dah boleh wireless la”

Hahaha. Dalam hati ni “aku Berjaya” haha. At the same time, Win student Multimedia baru datang bilik saya. Kecoh juga la kan. Then, saya pun bagitahu la diaorang apa saya buat dengan wireless ni. Okla, lepas sorang, sorang datang bilik Tanya apa saya buat dengan wireless ni, pastu ada yang YM saya berterima kasih. Simple saja. “Main OFF ON switch saja” haha. Macam stupid je kan ?

Punyala selama ni saya dengan roommate nak baling batu la kat antenna tu sebab geram. Haih vandalisme. Harap-harap ayah sepupu tak baca entry ni. Haha. Lagi la menyalahkan Intel Centrino. Lagi menyalahkan configuration tak betul & macam-macam lagi. Then terus bagitahu ayah sepupu tentang ni. “macam mana buat boleh wireless ?”

“ayah sepupu tahu tak anak sepupu pergi main off on switch kat box tu”

“lorr ingatkan dah check yang tu. Aduss boleh mati ooo fikir hahaha”

“tu pasal. Benda simple je”

“pastu marah2 kat kita ehh”

Memang pun saya macam marah-marah merajuk. Haha. Tapi bukan apa pun, sebab tension kan masa tu. Haha. So, lepas ni, kalau benda ni buat hal lagi, sila pergi off on switch tu. Ok, persoalan lagi. Kenapa laptop lain boleh je wireless, kenapa ada yang tak boleh ? Sebab maybe dia catch access point blok lain. Ok understood ? haha. Kisah ini sangat lawak dan bagi pengajaran juga la.

Kenapala dalam kita ramai-ramai ni tak fikir tentang tu ? Kenapala technician PTM pun tak fikir benda ni ? Kenapa kami student yang boleh detect pasal ni ? Adehh.. Maybe sebab saya saja yang bersemangat nak kaji tentang wireless ni. Orang lain macam relax & redha je wireless tak dapat. Eh kejap, kenapa saya kecoh sangat ? Guna sajala broadband. Haha. Tak tak. Saya rasa saya nak guna juga wireless. Haha. Dan saya rasa saya nak biar semua kawan-kawan saya dapat guna wireless. Ok ?

Sebab dah penat nak jawab persoalan demi persoalan orang datang Tanya apa saya buat dengan ni, jadi lebih baik saya cerita kat blog biar semua orang baca & tak perlu saya nak explain lagi. Walaupun kerja ni agak tak bermoral, lagi-lagi bawa masuk lelaki ke kawasan blok perempuan, tapi ni semua untuk korang juga kan. Bukan saya saja-saja gatal buat ni. Jadi harap perbetulkan impression korang semua yang nampak saya buat apa semalam.

Selamat ber wireless~ Kadang-kadang rasa wireless lagi laju dari broadband. Tapi tak apala, sebab bila guna wireless ni, setiap sejam kena masuk gateway, lepas tu ada certain website kena block, facebook masa office hours tak boleh access & seangkatan dengannya. lalala~

Tags:

Filed under Uncategorized

Leave a Reply