Happy 51st Birthday Dad !

Daddy.. Ayah.. Siapa tu ? Seorang bapa la. Seorang lelaki, seorang ketua keluarga. Semua orang ada ayah kan. Macam pelik je manusia tanpa ayah, bezanya sama ada ayah masih hidup di dunia atau sudah kembali kepada Pencipta. Wallahualam..

Pada usia saya 21++ ni, saya bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah, saya masih lagi bersama ayah. Masih lagi boleh menikmati kehidupan yang indah bersama ayah, bersama family. Saya buat entry macam ni sebab saya confident yang ayah akan baca blog saya ni. Disebabkan baru-baru ni adik saya dah hantar report kat saya yang “ayah baca blog ko senyap-senyap. Habis entry ko yang lama-lama dia geledah” errrr sungguh segan~.. Jadi lepas ni macam semua entry kena cover-cover la ok.

1 Februari 2010, genap umur ayah 51tahun. Nik Suhaimi Bin Nik Mat Rashid. Seorang ayah yang banyak berkorban demi membesarkan saya & adik-beradik yang lain. Bila terkenangkan balik zaman kanak-kanak dulu, saya tersenyum sorang-sorang, teringat tentang kedegilan saya, kenakalan saya yang mana ayah sabar je melayan saya. Memang saya seorang anak yang degil sangat. Saya tahu ayah banyak pening kepala & sabar je dengan perangai saya. Tapi saya nak buat macam mana ? Jiwa saya ni jiwa teenagers, eh teenagers ? Bukan dah boleh categorized as adult ke ? haha.

Mummy pernah cerita, dulu masa kecil, saya selalu mengada-ngada nak ayah yang buatkan susu. Kalau orang lain buat, saya tak nak minum. “nak ayah buat susu. Tak nak orang lain buat susu” . Mummy cakap, saya manja sangat dengan ayah, suka ayah dukung. Sikit-sikit ayah, itu ayah, ini ayah. Semua ayah. Blood group pun ikut blood group ayah juga. Memang betul-betul anak ayah. Original made from heaven. Ahah. Tapi bila dah besar, my little brother meragut tempat bermanja saya dengan ayah. Dia dah ambil tempat tu, dia yang selalu bodek ayah lebih-lebih. Sungguh tak puas hati~

Dad & his daughter

Ayah selalu kata “ayah tengok Evi ni, ayah nampak duit je” .. haha. Macam kantoi saja saya ni seorang anak yang materialistic. Tak ada la macam tu. Saya jenis memahami, tak nak bebankan ayah pun. Ayah kata “kalau ayah ada duit banyak, ayah bagi je semua apa yang anak-anak nak” . Saya terfikir jap, eh apa lagi yang saya tak cukup ? Rasa macam dad & mum dah bagi macam-macam apa saya nak. Kereta dah di beri, clothes dah bertimbun penuh wardrobe yang tak pakai lagi pun ada, yang pakai sekali je pun ada, handphone lebih dari satu, camera pink dah ada, laptop dah ada, GPS pun saya rembat. Apa lagi yang saya nak ? Semua ayah dah bagi, cukup dah, lebih dari keperluan, malah memenuhi kehendak dah. Baru saya teringat, satu lagi saya tak dapat, “ayah, saya tak ada suami lagi, kahwinkan saya !” hahaha.. Yang ini macam nak kena ketuk kepala je minta suami dengan ayah. Belajar pun tak habis lagi. haha

Saya tak suka mana-mana perempuan, wanita yang bukan mahram bercakap dengan ayah. Ini macam pelik sikit la statement ni. Yang ni, selama ni tak ada orang tak tau saya berperasaan macam ni. Kali ni baru pecah rahsia saya berperasaan macam ni. Haha. Ayah ni macam mesra alam sikit. Jadi kalau pergi kedai ke, jumpa kawan lama ke, mesti dia borak Tanya khabar. Saya macam jadi pantang sangat kalau mana-mana perempuan cakap dengan ayah, tak suka ! Pasti saya akan buat muka, buat muka jelek je. Rasa macam “woi ko pehal nak cakap dengan ayah aku”. Saya tak taula kenapa saya ni anti sangat. Padahal nothing pun. Saya yang over. Eh kenapa my mind ni typical malay sangat ni ? haha. OK, sorry terkasar bahasa.

Kadang-kadang sedih juga bila baru je nak call, cakap dengan ayah, tapi ayah selalu busy. “ye, apa dia. Cepat-cepat cakap, ayah banyak kerja ni” . Yang ni macam simpan dalam hati je walaupun tak pernah bagitahu ayah direct apa saya rasa. Adeh.. kalau kat rumah pun, time bila boleh cakap tu, baru la story habis-habis kat ayah. Ayah dengar je la. Tapi kalau start saya macam kutuk orang yang saya tak suka, mesti ayah ingatkan “jangan cakap macam tu kat orang. Tengok diri kita macam mana”

Dad & mom on Star Cruise

On his birthday, Saya tak tahu nak bagi present apa untuk ayah. Saya rasa macam ayah dah ada semuanya. Ada lebih dari apa yang saya ada (memangla). Boleh kata macam ayah la patut bagi pada saya. Haha. Tak pun, kira macam saya print entry ni pastu letak dalam frame & bagi hadiah kat ayah. Agak-agak ayah terharu dan menangis-nangis tak baca special entry dari anak dia yang solehah ni ? hahaha.. Okla, Hanya doa yang mampu saya hadiahkan kepada ayah setiap lima waktu sehari..

Like last year, i baked a chocolate cake for him & wrote on that “hpy bday ayah” . But for this year, i’m not in home right now, so i can’t bake a cake for him. If not, i’ll bake some cute cupcakes for him. And i know that i’ll finish eating all those cupcakes. Not him. haha..

For this time, saya rasa saya nak minta maaf secara global pada ayah. Biar semua orang tahu, kali ni saya minta maaf semua salah silap selama ni, semua kedegilan saya, bantahan saya, bertindak sebagai pembangkang ke haha, dan apa-apa je yang mengguris hati ayah selama ni. Kira macam nak minta maaf depan-depan tu macam tak la. Sebab saya segan, dan ego saya yang melambung-lambung tinggi. And I Really Love You Dad ! Thanks for everything..

To all of you yang still ada bapa, let’s appreciate him. Jangan sampai satu masa kita sangat menyesal dengan apa yang kita buat selama ni. Masa tu dah tak guna dah. Of course yang baca this entry mesti dah mumayyiz. Means dah boleh differentiates which right, which wrong. Do remember, sejahat mana or seburuk mana ayah kita pun, he is still our dad.. Let’s take care of our dad..

Semoga Allah mengurniakan sakinah, mawaddah, rahmah, hidayah, rezeki yang halal, kesihatan yang baik, serta panjangkan umur ayah.. Ameen.. May you always in Allah’s Love..

Happy Birthday Dad !

Tags:

Filed under Uncategorized

2 Comments

Leave a Reply