Baliklah Balik. Going Home yay !

Sepatutnya cuti start 12 February, & seperti biasa, patut balik 11 Februari lepas kelas la kan. Tapi suka hati saya sajala balik 9 February lagi. Hahaha. Bukan setakat tu, siap ajak gang lagi balik awal (kak Fiza & Ain).

Baiklah, saya tiada mood sejak minggu lepas lagi. Sejak seminggu sebelum balik lagi. My mood, my feeling, my soul, my heart, my mind semua dah berada kat rumah. Cuma tinggal jasad sajala berada di campus.

Isnin : Test Falak Syarie. Lawak-lawak. Dr. Baha buat lawak. Lepas test, mood ni memang tak ada. Tak lunch pun. Sahabat-sahabat sibuk Tanya kenapa tak lunch. Yela, saya kan makan banyak & beria-ria nak pergi lunch. Hari ni lain semacam saja. Balik bilik makan magi saja.

Penat. Lepas kelas petang mesti landing terus. Kadang-kadang terlajak sampai lepas azan asar. Lagi-lagi hari Ahad, Isnin & Rabu. Memang collapse.

Assignment 5 Software Project Management yang kena hantar pada masa cuti, due date 18 Feb. Best bukan ? Cuti, tapi sibuk kena submit assignment by upload kat kelip.udm.edu.my . Bila dah macam ni, kena la guna internet kan. Tapi saya ? Saya yang ketika ini tak ada line internet, macam mana nak upload assignment kan ? That’s why la rajin semacam saja last night buat assignment habis-habisan dengan Syu & Ain sampai tidur lambat. OK Siap ! Macam bagus. Haha

Dah inform mummy awal-awal nak balik hari Selasa. Mummy macam terkejut juga kenapa awal sangat, tapi macam tak terkejut pula bila dah tau saya ni macam mana. Then pagi tadi mummy call

“yes little girl, nanti drive elok-elok, jangan laju-laju. Esok terus pergi renew driving license. Jangan main-main. Siapkan semua kerja yang patut, Jumaat pergi money changer, roadtax kereta macam mana ? & bla bla bla Hehe”

“Ok mom, tapi rasa nak makan pizza la..”

“I knoe~ dah ada dah pizza kat rumah, siap beli dah. Dah tau memang evi balik nak makan pizza”

Hahaha… Roadtax kereta expired since last week. Dad dah renew, but now tu ada kat rumah. So, saya macam slumber je cakap

“takpe, tak payah send kat sini pun. Nak  balik dah..” Maksudnya sudah beberapa hari roadtax saya expired, tapi saya biasa saja kesana kemari. haha

Today : Saya rasa macam class pukul 10. Bangun pukul 7.45am online jap, baca blog, baca paper & all those things. Bila rasa class pukul 10, jadi masa macam banyak lagi. Dah estimate time, sempat je nak iron tudung, iron baju, iron seluar (bajet nak pergi kelas pakai seluar saja hari ni sebab mood nak balik menguasai segala-galanya), nak baca mathurat jap, nak bancuh susu & breakfast. Sekali dekat-dekat pukul 9 macam tergerak hati nak pergi mandi. Dah siap tu, terserempak dengan Syu yang dah siap pakai baju kuliah lengkap. Sekali saya Tanya

“eh Syu awalnya nak pergi kelas” (confident sangat)

“eh awal apanya. Kelas pukul 9 kan”

“eh tak la. Kelas pukul 10” (confident lagi)

“pukul 9 la. Kelas compiler pukul 10. Pukul 9 client-server kan”

Hahahaha. Saya macam duk berkahayal saja kan ? macam apa entah. Mood nak balik yang menguasai segala-galanya. Sekali cepat-cepat bersiap, tak ada iron-iron dah, capai je baju, tudung yang dah siap (tudung baru yang first time pakai), tak breakfast, terus pergi kelas.

Sampai kelas pukul 9.20am orang tengah present. Masuk je, semua pandang. Saya gelabah semacam, terus terlanggar kerusi-kerusi yang kat situ. Hahaha diaorang senyum gelak-gelak je. Lecturer pun senyum je.

Yus sibuk Tanya “ko pehal hari ni hahaha”

“aku silap time. Ingat kelas pukul 10”

“macam pelik, ko tak pernah pakai tudung macam ni pergi kelas”

“haha memang pun”

Angah pula kata : “ko pagi-pagi dah buat lawak. Dah la balik awal”

Kak Sena tak habis-habis gelakkan saya. Tak apa tak apa. haha

Adehh manala saya pernah pakai tudung macam ni pergi kelas. Rasa macam selekeh sangat. Tak formal. Habis je class, terus inform kat lecturer

“encik, class petang esok saya tak datang. Saya balik hari ni”

“ok, tapi bukan awak duk kota bharu ke ?

“a’ah encik. Saya nak balik juga. Saya memang macam ni”

Lecturer senyum je. Haha.. Dah faham dah, saya ni sejak sem lepas lagi memang kalau nak buat kelas hari Khamis tak boleh, sebab saya nak balik. Jadi, saya dah boleh balik. Hommy~~

Tags: ,

Filed under Uncategorized

3 Comments

Leave a Reply