Web Application Server Success

Saya nak rehat.. Tolong bagi masa untuk saya rehat. Saya nak rehat dari khamis petang sampai ahad pagi. Thanks..

Life yang makin busy. Busy ? Busy dengan dunia saja ? Siang hari busy dengan dunia, Malam busy dengan akhirat. InsyaAllah.. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah..

Group Assignment yang kena present. Client-Server Computing : Web Application Server. Best betul task kali ni. Saya suka. Sebab tak melibatkan coding. Saya suka networking. Bila suka, bila minat, mestila bersemangat & excited sangat. Saya buat connection saja, yang web tu group members lain yang buat.

Siang malam sejak hari ahad lagi ada group discussion. Macam-macam halangan. Cable tak cukup la, itu la, ini la. Sabar je la kan. Sabar la ni. Kalau tak sabar, dah lama saya baling semua switch, laptop, cable. Haha.

Pagi ni kelas pukul 8. Bukan kelas saja, tapi ada quiz. Malam semalam saya penat. Kami penat. Penat bergelak ketawa sambil buat kerja. Bila berkumpul ramai-ramai, campur dengan group lain lagi, macam-macam la jadinya. Memang happening. Lagi-lagi bila datang junior yang ‘galok’. Macam-macam buat lawak secara spontan diaorang ni. Hahaha.. Saya gelak tak tahan. Haih~

Pagi ni macam nak bangun awal sebab nak study untuk quiz. Awal. Tapi macam ter YM pula. Bila dah mengantuk sangat, tertidur lepas subuh dan sedar pukul 7.45am. Sangat best. 15 minit, rush pergi kelas. Mujur Syu baik hati tunggu saya sambil bagitahu saya apa yang kena study masa bersiap nak pergi kelas.. Sampai kat kelas, semua dah start quiz. Haih~

Kalau sesiapa yang tengok saya pergi kelas dressing tak match baju kurung, tudung dan apa-apa berkaitan, harap maklum. Itu bermaksud saya ada masalah di waktu pagi iaitu terbangun lambat, tak sempat nak pilih baju, tak sempat nak iron & bla bla bla. Haha. Macam hari ni la, dressing bertaburan.

Saya roommate yang baik (perasan). Saya busy macam mana sekalipun, saya masih ada masa untuk bawa roommate pergi clinic sebab dia tak sihat. Caring kan saya. Ini macam puji diri sendiri la. Roommate saya macam serba salah juga la kan nampak saya kalut ke sana ke mari. Saya tak kisah pun. Tapi, untuk roommate tersayang, saya berkorban je. Hehe sayang Madi.

Kehidupan yang tak terurus. Jangan tengok dressing. Peduli la pakai long cardigan saja & sleep pants pun masa group discussion. Haha. Hidup yang berserabut dengan all those things. Inila client-server.

Sambung discussion sampai tengah hari. Begitula. Saya memang tegas bila masa buat kerja. Walaupun di lain masa saya macam main-main, saya relax, tapi bila saya serious, serious la. Saya tak suka bila saja-saja nak datang lambat masa discussion. Sorry to all of you my group members, bilamana saya tiba-tiba tegas teramat sangat ke, itu la ini la. Sampai kak Liza pun kata takut dengan saya. Adeh.. sorry.. Tapi semua boleh terima sebab ni pun untuk kebaikan semua. Thanks..

Presentataion : En. Faisal hentam soalan macam-macam. Saya suka. Sebab buatkan kami berfikir, buat kami lagi nak tahu. Sangat cuak bila suggest supaya 7 client access web at the same time. Cuak sebab laptop saya itu adalah server. Haha. “habisla hang laptop aku. Habis..” Ni untuk tahu apa jadi pada server kalau ramai client access at the same time. Hang ke, slow ke, hancur ke. haha..

Harap maklum, memerlukan laptop yang banyak, dan straight cable, switch.. Berserabut tapi fun.

Tapi bila diaorang access at the same time, make registration, ok pula. Saya pun macam tak percaya. Ok je masuk data dalam database. Lecturer pun Tanya soalan lagi, “Evi, your laptop used processor core 2 duo ?” “bagi reasons kenapa your server ok”..

Saya ni dalam sedar tak sedar. Haha. Saya jawab “saya rasa la kan Encik, sebab processor ni bla bla bla” Macam pandai pula reka ayat. Ahah..

Anyway, congrats to all of us, Me, Ain, Syu, Kak Iqa, Angah & kak Liza. Sorry pada mana yang terlebih, terkurang. Just accept me the way I am. Thanks sebab bagi commitment semua tu.

Focus.. Saya boleh focus dengan sepenuhnya dengan apa yang saya buat. Kerana apa ? Kerana dalam mind saya ni, saya dah kick-out semua benda yang tak berfaedah. Dah tak ada nak ingat si lelaki itu ini. Tak ada. Tapi perasaan itu adala. Saya normal la. Handphone~saya campak saja ke mana-mana. Tiada masa nak melayan SMS tak penting. Saya, diri saya, tugas saya. Itu saja yang saya perlukan.

Saya ada discussion lagi ni. Last for this week.. Lepas tu, Saya nak rehat…

Tags: ,

Filed under Uncategorized

4 Comments

Leave a Reply