Hari Pembuka Majlis Ilmu

Saja bagi title macam pening sikit nak faham. Saja putar belit syntax sentence tu supaya pening. Straight to the point, hari ni ada dua majlis ilmu. Macam biasala, hari selasa memang dua majlis ilmu sahaja. Satu Client-server Computing, satu lagi Compiler. Majlis ilmu juga kan ? Tak semestinya majlis agama saja di panggil majlis ilmu bukan ?

Pembuka Majlis Ilmu ? Kira Saya ni pembuka majlis ilmu la hari ni. Lebih tepat lagi, group saya, di sebabkan hari ni kedua-dua subject ni ada presentation untuk satu kelas. Maybe di sebabkan hari ni saya dress-up baju kurung black and red, jadi ia macam memberi semangat luar biasa pada saya. Haha merepek. Bukankah red means brave and black means elegant ?

At first, class pukul 9am subject Client-Server Computing. Masuk je class, mukaddimah sikit-sikit, lepas tu lecturer nak choose la group mana & tajuk apa yang kena present dulu. Masa saya tengah kalut-kalut nak insert pendrive kat laptop, tiba-tiba je lecturer sebut “ok CORBA” .. Err maksudnya itu group saya la. Group saya first yang kena present. Dengan confident saya jawab “En.Faisal, give me a minute to prepare”.. ahah.. Well, CORBA means : Common Object Request Broker Architecture that is, a middleware or mechanism that allows different language application to communicate to each other. Saya tak adala nak kata ready sangat untuk this presentation, tapi tiba-tiba je macam boleh buat ‘bijok’ . haha. Tapi bila lecturer laser power questions, err err err juga la kan..

Ok dah habis class Client-Server Computing. Kita move pada class Compiler pula. Masuk je class, macam biasala, saya akan choose tempat favourite saya that is second row, second column. Macam tak biasa saja pilih sit paling depan. Hari ni kena present simple program yang terdiri dari coding C language. U know what, tiba-tiba jadi revise, study balik C language yang telah ditinggalkan sejak sem 2 yang lepas. Haha..

Baru je nak compile and run program, tiba-tiba je dengar lecturer cakap “ok, group nik eda present dulu”. Secara automatic tanpa sedar, saya terus bagi respon “haaaaa…” Terkejut tahu tak. Kuat pula tu. Habis orang lain gelak, lecturer pun senyum je. Memang respon ini memalukan saya. Saya pun tak tahula kenapa bertindak di luar kawalan macam tu. Lagi-lagi bila sebut nama saya, kalau sebut nama another member in the group ok juga. Haha. Diaorang cakap “selalu orang first present hari ni..” nasib-nasib… Kalau tak, boleh plagiat idea orang yang dah present. Ahah

Group discussion : orang sama sajala, kira gang saya la, that are Ain & Syu for four subjects. Another two subjects ialah group dengan orang lain atas inisiatif lecturer yang tetapkan. I can say that, every night I have discussion with my group. Untuk siapkan assignment la, untuk apa lagi.

Characteristics of my group discussion :

-venue discussion mesti di bilik Syuzana di sebabkan saya akan bermasalah bila discuss di bilik sendiri. Bilik saya ni privacy. Selain tu, saya tak boleh focus di bilik sendiri.

-masa yang di ambil mestila memadai dengan apa yang kena buat.

-mesti diselangi dengan borak-borak untuk menghilangkan boring. Haha. Perempuan~ Biasala, mestila borak-borak, bukan mengumpat ok. Maksud saya, share opinions, Tanya soalan pelik-pelik yang berkaitan dengan perempuan, lelaki dan perkahwinan. Haha

-masa nak buat task, saya tak boleh guna laptop saya, sebab nanti saya tak buat kerja. Nanti saya akan terasa miang untuk tengok blog saya yang entah apa-apa. Jadi tak boleh focus.

-Kalau kerja typing ni, serahkan saja pada orang lain. Saya tak bisa untuk kerja typing walaupun blog ni concept typing juga. Ahah. Kalau blog, saya rajinla. Kalau assignments, orang lain type, saya bagi idea, saya menjawab soalan, menambah-nambah fakta menjadi auta. Ahah

Jadi, setiap malam saya tak berada di bilik, saya online tapi tak berada bersama laptop.

Ok la, ini rules yang saya buat sendiri. Jangan tiru jika rasa ianya tak bermanfaat.

Saya tersuka lirik lagu Haramkah by Melly Goeslaw sebab meaningful. Saya tahu lagu ni pun dari movie Ketika Cinta Bertasbih 2. Saya suka semua lagu dalam movie KCB 1 2, kira senang kata, I like Indonesian Songs.. Err boleh tak saya nak dedicate lagu ni untuk bakal suami saya yang saya belum tahu siapa dia. Kira macam pada sesiapa yang rasa nak tahu kenapa saya suka lagu ni, dengar lagu ni pastu rasa debaran tu, betul la tu dia bakal suami saya. Haha.

Aku cinta pada dirinya, cinta pandang pertama. Sifat manusia yang ada pada diriku, aku bukan tuhan. Aku tetap ingin dirimu. Tak mungkin hatiku berdusta. Aku hanya ingin cinta yang halal di mata dunia dan akhirat.. Aku hanya ingin cinta yang halal dengan dia tentu atasi zina. Ketika Cinta Bertasbih tuhan beri aku cinta, Ku Menanti Cinta

Dari saya si hati kosong~lalala…

Tags: ,

Filed under Uncategorized

Leave a Reply