Gerhana Matahari Tanda Kekuasaan Allah SWT

15 Januari 2010 : Kalau tak kerana semester ni saya ambil subject Falak Syarie, tak mungkin saya akan berada di perkarangan Masjid UDM sejak pukul 9am-5pm semata-mata mengikuti Program Pencerapan Gerhana Matahari anjuran Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Terdapat beberapa slot ceramah berkaitan dengan gerhana pada sebelah pagi dan juga selepas solat Jumaat.

Memangla, pagi jumaat macam ni lagi suka bersenang lenang di bilik. Ahah. Tapi di sebabkan kami student Dr. Baharuddin Zainol, jadi wajib bagi kami untuk menghadiri program ini dan menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan. Penglibatan ni akan termasuk dalam carry mark untuk final exam nanti. Walaupun penat, tapi ianya sungguh memberi manfaat kepada kami dan membuatkan kami lagi kagum dengan kekuasaan Allah swt. Subhanallah..

Gerhana kali ni hanyalah gerhana separa yang dapat di lihat oleh kami. Gerhana annulus dapat dilihat di sekitar benua Afrika dan India. Gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan dan sesatah yang di namai sebagai penjajaran sempurna. Di mana, bulan berada di tengah-tengah antara bumi dan matahari.

Real picture.. Credits to Syuzana.

Keunikan semasa berlakunya gerhana. Unik kah ? Unik sebab telur ayam boleh berdiri tegak di sebabkan gravity yang selari. Mula-mula memangla kami macam tak percaya je masa lecturer bagitahu dalam kuliah. Jadi diaorang ni tak sabar-sabar nak buat experiment. Memang betul la kan. Tengok la gambar di bawah ni.

Dengan menggunakan binocular, teleskop, serta handmade kanta yang terdiri dari lapisan aluminium mylar atau lapisan polimer, jadi kita boleh melihat matahari secara terus dengan selamat.

Selesai gerhana, kami ke Pantai Teluk Ketapang makan angin dan makan sotong celup tepung. Ahah. Sepatutnya saya ada group discussion pada malamnya, tapi di sebabkan energy dah low sangat, terus tidur lepas maghrib dan mujurla Mr. Group Discussion faham dan bagi saya excuse untuk ponteng discussion itu.. Thank you. Lepas maghrib terus tidur..

Sama-sama mengkagumi serta berfikir tentang kekuasaan Allah serta ciptaanNya..

Tags:

Filed under Uncategorized

2 Comments

Leave a Reply