Bila Kau Rasa Begitu

Bila Cinta Tak Lagi Untukku.. Bila Hati Tak Lagi Padaku.. Aku Kan Pergi Mesti Hati Tak Akan Rela

Bila kau rasa kau lebih baik dariku, bila aku tak lagi baik padamu..

Bila kau rasa kau lebih beriman dariku..

Bila kau rasa akhlakmu jauh lebih elok dariku..

Bila kau rasa aqidahmu jauh lebih kukuh dariku

Bila kau rasa ilmu mu jauh lebih tinggi dariku..

Bila kau rasa agamamu lebih mantap dariku

Bila kau rasa kau ada segala-galanya

Bila kau yakin kau akan dapat apa yang kau ingini..

Bila kau mengharapkan sesuatu yang sempurna untuk dirimu..

Bila kau rasa kau boleh menawan hati sesiapa

Bila kau mungkir segala janji-janjimu..

Bila kau menafikan sumpahmu atas nama Allah

Bila kau tanpa bersalah melawan hukum Allah

Bila kau angkuh, riak, bangga dengan nikmat yang Allah kurniakan padamu

Bila kau sudah merasai nikmat manisnya madu, lalu kau buang sepahnya

Bila kau sudah dapat apa yang kau mahukan..

Bila kau puas dengan apa yang telah kau lakukan

Bila kau senang untuk lupakan apa yang berlaku

Bila kau tidak lagi mahu bertanggungjawab dengan apa yang pernah kau lakukan

Bila kau bangga dengan apa yang kau ada

Bila kau rasa kau sudah mempunyai segala-galanya yang cukup sempurna

Bila kau rasa cintamu jauh lebih hebat dariku

Bila kau bercakap, tapi kau dustakan segala-galanya

Bila kau sanggup menabur fitnah demi mempertahankan dirimu..

Bila kau menafikan segala kebenaran

Bila kau menegakkan kebatilan..

Bila kau rasa rupa parasmu adalah paling terbaik..

Bila kau gunakan nikmat yang Allah bagi untuk tujuan lain..

Bila kau mendustai nikmat Allah

Bila kau tak bersyukur dengan nikmat Allah

Bila kau mengkhianati orang yang banyak membantumu

Bila aku yakin sememangnya aku mengenali siapa dirimu yang sebenarnya.. Dan mereka juga mengenali siapa dirimu yang sebenarnya..

Percayalah.. Tak Semestinya kau akan dapat apa yang kau inginkan. What goes around comes Around. Apa yang kau telah mengkhianati, menzalimi, menyakiti orang lain, semua itu akan berbalik padamu. Allah hanya SATU, Allah maha adil. Doa orang yang di zalimi mudah di makbulkan.. Kebenaran sentiasa menyebelahi saya.. :) Saya tak takut, saya tak gentar, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Pergilah engkau dengan dunia munafikmu..

Fikir dan renungkan.. Adakah kita termasuk dalam salah satu kategori itu ? Ataupun dua, tiga ataupun kesemuanya ?

Kerana yang Terindah Hanyalah Sementara. Tiada yang kekal di dunia ini.. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik segala nikmat yang kita sedang nikmati sekarang..

Kembali ke fitrah insani.. InsyaAllah… :)

Tags: ,

Filed under heart

Leave a Reply