Warkah Buat Bakal Suamiku..
Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…
Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.
Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..





salam..hati ini sungguh tertarik dengan post kali ini. belum sempat nak tulis, evi dah tulis. huhuhu.. bait-bait yang puitis… two thumbs up sis!!
salam.. perghh!! ayat2 untuk entri blog kali nie mmg mmberikan makna2 yg sgt m’dlm bg seorg wanita… sungguh syahdu… sungguh menarik… utk dibaca.. evi, semoga kamu mndpt bakal suami yg kamu impikan itu..~~ wallahu’alam ~~…
yeah, itu dio surat buat suami mu … hahahaha jgn lupo print besar2 nati … letok atas dulang maso demo tunang/nikoh … hahaha
ambo duk klate .. yeahhhh
sue : wslm.. x indah mna pn. byk kesalahan tatabahasa hehe. anyway, thanks. sue wat la jgk, nk bce sue nye version pulak..
lavender_purple : thanks.. doakn smoga sy dpt suami yg mcm tu. supaya kami sme2 dpt menuju ke jalan yg Allah redha. xda makna hidup ni klau Allah x redha..
.. sume tu dr hati yg ikhlas..
ae_ : ahah. betul2. agak2 dia terharu x ahah..
Izinkan saya copy yerk..syukran..
jika kamu ingin mendapat sebaik itu, kamu kene berubah dari sekarang, bukan pada waktu itu..kamu bkn berubah utknya tp jambatan utk lg brtaqwa kepada Allah swt, jngnlah menipu Allah dengn menghalalkan perbuatan yg salah utk alsan blm mndapat org yg dapat mmbri kekuatan kpdmu..
kata Allah aku xkan menerima amalan selain semuanya utk aku, walaupun 1%.. tp jangn kamu ingt Allah bersikap xadil, andai kamu berubah kerana mutlak Allah yg satu, pasti kamu akan dapat terbaik. matlamat hdp bkn itu sahaja, ada lagi yg besar dri itu waktu ini, adakah kamu sudah mmbalas jasa ibu ayahmu walaupun sedikit? sblm sibuk utk melayan kerenah keluargamu nnti, berbaktilah dahulu kpd mereka pada waktu yg msh berbaki ini..kita selalu tertipu dngn permikiran yg berlaku sekarg, lantas atas ukuran apa yg kita sandarkan..
Ikhlaskanlah dirimu hnya utk Allah swt seadanya, bknnya nti! utk mmakai jilbab, tudung yg labuh, tidak mnampkkan lirik tubuh, tidak berhuha dengn lelaki walaupun sedikit dan berbalas komen, tidak rambang mata melihat apa yg ada disekelilingmu tp ramai yg salah faham, berubah apabila sudah bersuami, apbla sudah blik makkah, maka itu sudah terlambat bgmu, maka nantikanlah balasannya tika waktu itu, jangn sesekali nk menipu dengn Allah swt..jika nak berubah ialah sekarang masanya dan bukannya esk atau 20 tahun yg akan dtg..hanya Allah yg tahu mmbalas keadilannya, jadi berubahlah utk Allah bknnya esk atau pun lusa tp sekarang!
nabi suruh ikut segala perintah Allah swt, bkn stengh atau lbh dari itu, akan tetapi semua yg merangkumi pakaian, akhlak, ibadah dan sahsiah diri..semoga kamu beroleh kemengn yg besar disisi Allah swt. bkn berubah mngkut masa dan kesenangn diri yg sesuai dngn kita tp, mutlaq hnya kerana Allah, pedulikan apa yg ada disekelilingmu kerana dunia ibarat penjara bg org muslim, berubahlah seadanya sblum terlambat.. salam
razi : boleh je. xbest pn artikel ni, ayat sendiri, tatabahasa pn xbtol..
hamba Allah : syukran di atas comment yg panjang ni. walaupun awk xletak nama awak yg sebenarnya, tp melalui bait kata-kata awak tu, sy dpt agk awk siapa. mungkin btol, mungkin x. hny Allah yg tau. tp sy rsa sy xslp. kata2 yg 1 masa dulu yg selalu terngiang2 di telinga ni. nasihat2 awk semua tu. xmungkin sy dpt lupakan sume tu, cara awak sume tu krn ia dh sebati dgn diri ini, hati ini. sy lbh kenal awk mcm mana dr org lain yg knal awk. xslp kn apa sy ckp ?
hanya Allah yg tau apa perasaan sy. Sy tau saudara pn tau apa sy rsa melalui perbuatan sy. jujur sy katakan, sy msih mengharapkn yg dlu, cuma sy perlu baiki diri blik. sy agk trase dgn kata2 awk, mungkin bg awk, awk xakn menerima lg org yg mcm sy. tp cuba fkir blik, sy jd mcm ni knp ? siapa yg sme2 mengheret sy ke arh tu ? mungkin awk pndng rndh pd sy, awk menilai sy dr segi pemakaian sy. tp awk xtau, xnampk apa perubahan sy, apa sy wat kt sni. sy disni.. menanggung sumenya.. 80% saya berubah. rmai yg tegur dgn perubahan sy. krn sy yg menanggung perit sume tu sedangkn org yg mengkhianati sy itu sedang bersenang lenang.
terpulang pd awk nk menilai sy cmana. tp igt, awk xberhak nk menilai org. sy juga xberhak nk menilai awk. wlapun dgn 1 kesalahan, xsemestinya seseorg tu buruk semuanya. tiada yg sempurna. masih ada kekurangannya. mmg xguna sy menerima org yg byk sakiti sy, menipu sy, & mcm2 lg, andainya org itu pun x blh nk trima sy lg. kn ? sy tau awk fhm & lbh fhm dgn kata2 sy. apa yg berlaku pn sumenya awk tau.
sy redha dgn apa yg jd. walaupun kdg2 sy xkuat utk hadapinya. pd saat ini, sy msih blh menerima org itu, tp terkilan krn pd saat ini org tu senang je lupakan apa yg terjdi ble dh dpt apa yg dia nk, pastu xblh nk trma sy lg. seolah2 sy wat kesalahan bsar yg tiada maaf lg. sdgkn kesalahan itu sume berlaku dgn siapa ?
*bila cinta x lg pdku, bila hati x lg untukku.. aku kn pergi mesti hati x akn rela..
klau saudara dh wat kputusan, trus trang saja. doakn sy supya dpt org yg lbh baik, yg lbh jujur, yg blh trma diri sy seadanya..
llki baik utk perempuan baik. Allah maha penerima taubat.
wallahi, wabillahi, watallahi~ jgn dilupa sumpah kata2 itu. krn ianya x akn terbatal. wallahualam..
jangan dikau harapkan bakal suamimu seperti Nabi Muhammad, andainya dikau tidak mampu menjadi seperti Saidatina Siti Khadijah…
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…
Faris : ceh mcm terharu je ko bce & wat comment kt blog aku. haha. anyway, thnks. thnks d atas kata2 tu. mmg sepatutnya kita sedar kita ni siapa, sedar diri ni mcm mana, xpyh nk hrap lbh2. kn kn~
-Salam.
-Ana terjumpa blog ni kt masa seaching sesuatu kt google. Menarik ana unt. layarinya…
-Ana dpti nti dtg drp family yg backgroundnye ‘elit’, mgkn d KB. (Ana=15200 KB)
-Ana biasa jmpe bdk2 pmpuan cm nti (pndpt ana anti ni kira okla-sederhana), malah yg jauh teruk lg ada ana jumpe cm wlau dr MMP, tp bile dh keje siap rambut kaler, mata pn kaler..enjoy duniawi huu…
-Apa yg dikomen oleh hamba Allah tu betul. Kutip yg baik dr nya. sebolehnya berubah dr skrg. Tp… hakikatnya nk berubah bukan senang…kalu nti dh ada azam, lakukannya skit demi skit…ok? Do it…(ana pn nk hijrahkn lg nafsii ni…)
-Lg satu, psl bab kekecewaan..camni..
1) Ada pmpuan yg setia tp laki yg x setia…
2) ada laki yg setia tp pmpuan yg x setia…
jd kalu ada yg kecewa, jangan salahkan gender tp salahkanlah diri sendiri dn individu yg x setia tu…
ada org terutamanya yg pmpuanla, bila dh kecewa, dia salahkan semua kaum laki…ini adalah satu ‘kebodohan’…kita hidup bukan kerana manusia tp kerana Allah…jd teruskan hidup, redha dan teruskan usaha mencari jodoh yg sesuai…jgn sesekali putus asa…
-Okla, ana komenla sbb bole submit komen…salam…
Errr, nk tambah lg …sbnrnya, kalu laki yg baik agamanya, memang dia akan ambil berat sgt2 psl pemakaian dn pergaulan…tp ana komen pemakainla…
ana perhati,
1)biasanya pmpuan kurg ambil berat psl sarung kaki dn sarung lengan…sila pakai..ia menutup aurat antunna.
2)longgarkan baju dan seluar.
3)labuhkn tudung. Cth pakai tudung tigasegi labuh. bukannya yg tersangkut di bahu. dan ternganga di tengkuk…
terserahla nk terima dan amal atau tidak tp itulah yg ana dpt sampaikan…
Sekian, salam.
wslm.. anyway, thanks di atas nasihat2 tu. Alhamdulillah sy belum pergi jauh lg. cuma sume tu ujian buat sy. tak sume bnda kita kuat utk amalkan, insyaAllah skadar termampu. nk berubah bkn utk shari 2, tp utk slamanya. perlu istiqamah. insyaAllah, smoga Allah sentiasa bg hidayah pd sy. thanks again. jazakallah.
ttg hati, psaan, setia, xsetia.. itu lumrah khidupan. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita..
Salam..
1stly, perubahan itu satu anjakan paradigma yg penting. thumbs up bwat akak!
Perubahan pula perlukan masa.. so, pada pandangan saya la, brubah slow2.. tpi istiqamah.. better dari brubah scara mengejut tapi tak istiqamah.. sbb kita adalah manusia.. fragile.. iman itu bertambah dan berkurang.. so, dgn brubah scara sdkit2, memudahkan rohani dan jasmani utk menerima perubahan itu. So, I guess, da btol la akak try tu.. slow2.. mantain~
Anyway, pada pandangan sy juga.. ada bbrapa ciri yg sy tak suka pada golongan pendakwah.. antaranya, mereka gemar menilai melalui luaran. Benar, aqidah yg sejahtera yg dilatih dgn ibadah yg benar melahirkan akhlak yg mantap. Tetapi, kita still kena kaji keadaan org yg hendak didakwah. Takkan baru nampak satu kesalahan, dah tertutup seribu kebaikan? Kita perlu menyelami apa masalah yg ada pada mad’u kita.. well.. sy bukanlah org pling layak untuk ckp bab ini. Wallahu a3lam~
Salam..
lupa tambah satu isi tadi.. heee~
Firman Allah SWT:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan pelajaran yang BAIK dan bantahlah mereka dengan cara yang BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [QS 16:125]
peace, no hard feeling~
waalaikummussalam..
btol2, xguna brubh byk sgt2 tp x istiqamah. & xbermakna juga jika d dpan org rmai, brubh. tp hakikatnya hipokrit.
second paragraph ni mmg best. bkn dgn 1 kslhn, maka buruk semuanya. bkn dr segi fizikal, luaran smata2. even yg bertudung, berkopiah pn kdg kala lbh truk akhlaknya dr yg xpki tdung. mayb org yg x pki tdung tu cma krg kesedaran. sdgkn dr segi lain, ok.
wallahualam.. syukran ya akhi
aslm ukhti…bagus bgt slm knal yah
ws.. trimas
Assalamu’alaikum Evi,
maafkan saya sebab terlalu lewat memenuhi hajat kamu untuk meletakkan komen di artikel ini.
Tulisan kamu sangat baik.
Senang ada perempuan seperti kamu begini.
Semoga Allah redha dengan kamu.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf