Archive for December, 2009

Warkah Buat Bakal Suamiku..

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Bakal suamiku.. Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal suamiku.. Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.

Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..

My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ’sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Filed under heart

Family is Everything

Family.. They are everything to me.. I really love my big family. I do..

26 Dec 2009 :

Family Gathering lagi. Seronok bila makan beramai-ramai. Pada malam itu kami semua dinner kat Satay Malaysia. Saya pun mood ok & makan banyak sangat. Satay Malaysia, the best satay in Kota Bharu. Most of Kelantanese knew this place that is located at Pengkalan Chepa.

After dinner, diaorang decide nak shopping. Only for women at Wakaf Che Yeh. My cousin & aunty from Kuching yang nak beli tudung semua. So saya pun ikut je la. Tak adala nak shopping sangat, just tengok-tengok je. Actually petang tu dah shopping with mummy & daddy. Haha. Ingat balik from Singapore tak nak shopping lagi dah. Tapi shopping juga. Lalala~

Dah rambang mata tengok tudung banyak sangat. Diaorang pun dah pening tengok. Aunty Jae & Aunty Dah buat lawak je, asyik melayan orang yang jual tu. Kami just dengar & gelak je. Ahah. Tak sedar dah lewat malam. Masa tu dah pukul 12 lebih. Kesian uncle, Aufa & Anas sampai tertidur dalam kereta. Ahah. Then pergi minum-minum & balik.

Balik penat sangat. Terus tidur.. zzZZZzzzz

27 Dec 2009 :

Campus Life. Welcome back to Campus Life. Cepatnya masa berlalu. I’m in second semester of third year. Third year students already~ haih.. Means that tak sampai setahun lagi saya akan meninggalkan campus life. Next sem final project. Oh tidak ! Nak build software apa ni ? Rasa macam sekarang pun dah nak kena fikir. Berat.. Sebab itu otak ini memerlukan ruang yang banyak untuk berfikir tentang belajar. Hanya belajar. Benda lain dah boleh kick-out. Itu semua tak penting. Menuntut ilmu serta Mendekatkan diri kepada Allah swt itu matlamat utama. Berusaha mengumpul ilmu serta mengumpul pahala untuk bekalan di akhirat kelak.

17 jam kredit.. Kurang sikit dari sem lepas. Walaupun kurang, all of subjects memang lebih tough. I need more concentration in my studies. Congratulations sebab koko semua dah lepas. Means that hari sabtu tak perlu berkejar-kejar nak pergi koko. Lepas tu boleh selalu balik rumah. Haha. Assignments, projects mana nak tinggal kalau asyik balik rumah~ haih~

Six subjects for this semester.. I will write down it later. Jadual untuk subject elektif luar fakulti pun belum dapat. Tadi pergi FKI pun ustaz tak keluarkan lagi. Still in courses registration.

“Layarkan ku ke arah CintaMu..Tuntuniku Menggapai Redhamu.. Rimbunan kasihMu ku Berteduh… Leraikan Aku dari Pautan Nafsu.. Biarpun Sukar Bagiku Melamar RedhaMu.. Namun ku Masih Mengharapkan AmpunanMu.. Harapanku Moga Dikurniakan Manisnya Iman yang Berpanjangan..”

Filed under Family

Berehat Sebentar

Berehat Sebentar saja. Tak lama pun. Macam Michael Schumacher juga. Akhirnya kembali ke Formula 1. Haha. Apa cerita Michael Schumacher ? Baiklah. Saya suka. Sebab dia join F1 balik. Go Schumi Go ! Saya bukan puja dia, tapi saya suka sebab dia mantap. What a good driver~

Pelikkah saya suka F1 ? Tak pelik pun. Minat orang lain-lain. Saya minat sejak darjah 6 lagi. Hoho dah 9 tahun dah. 2 3 tahun lepas saya stop F1 sebab Schumi stop. Lagi-lagi Mika Hakkinen pun sudah stop. Team mana saya suka ? Ferrari ? McLaren Mercedes ? Sauber Petronas ? Williams BMW ? Saya layan sajala. Suka tengok diaorang punya driving skill. Sebab itu saya pun bawa kereta macam gila-gila kadang-kadang. Ok bahaya ! Ingat pesan mummy daddy. Welcome back, Formula 1 !

Kenapa close blog ? Kenapa evilolyta.com down ? kenapa bla bla bla. Haha. Penat nak jawab. Sahabat-sahabat Tanya, aunty saya pun Tanya. Ingat blog saya rosak ke ? haha. Tak mungkin la itu. Saya ada Mr. Admin yang sentiasa jaga blog saya. Macam jaga saya jugala. Haha. Kidding. Bila hati ni meronta-ronta nak close blog, terus dapat close. Hati je meronta, orang lain yang tolong close. No facebook, no online, no YM. Macam betul saja. Memang pun. Sebab tu ada yang tercari-cari saya. Kita off handphone nak ? haha. Macam boleh saja.

Thanks kepada sahabat-sahabat yang keep calling, messaging me & bla bla bla. Ok, ramai yang sayang saya ! haha. Kita relax saja. Orang yang risau pasal kita. Pelbagai nasihat tak payah cakap.. Asif pada seorang akh yang tiba-tiba hilang mood. Sebab saya ke ? Maybe.. Dengan apa yang saya cakap, dengan kata-kata saya & saya degil tak ikut nasihat. Thanks kepada semua la ok.

Result ? Jangan sedih sahabat. Jika gagal, bukan kita yang gagal. Tapi ia hanyalah percubaan kita yang gagal. Bangkitla sahabat.. Usah risau. Ia hanya dunia. Jangan biar kita gagal di akhirat. Alhamdulillah, saya menerima result dengan hati terbuka & penuh redha. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Allah masih tolong saya, sujud syukur kerana tiada yang gagal. Terima Kasih lecturer saya, Cik Fatimah Ghazali & Puan Rohana. Tak lupa juga pada Dr. Fadhilah, En. Faisal Amri (lecturer untuk rakyat) & En. Mohd Nor. Operating Systems.. Syukur. Dengan carry mark saya tak tahu, dengan saya kurang faham dengan subject ni, tapi Alhamdulillah, ia lebih tinggi dari yang lain. Rasa macam magic saja. Tapi tak pelik pun. Sebab memang saya takut & struggle for this subject. Marila, jatuh cinta dengan OS pula. Haha

New Sem ? New Life ? Macam bagus saja saya nak bagi nasihat untuk sahabat-sahabat semua. Sekadar peringatan.. Tahniah untuk mereka yang sudah sedar & ingin bangkit kembali. Tinggalkan sem 1 2009/2010 dengan rela hati, bermula sem 2 2009/2010 dengan penuh azam baru. Awal Muharram, New Year, New Sem, New Hopes. Everything new.. Jika saya leka, ingatkan saya sahabat.. Semoga kita tak datang kelas lambat lagi, tak main-main dalam lab lagi, tak hantar assignments lambat lagi & seangkatan dengannya. Kita boleh buat.. Seniors Juniors semua boleh buat. Kita juga boleh, walaupun kita batch yang nakal~

New Sem lagi.. lecturer yang hebat & strict. Wake up Friends. Kita bukan budak-budak lagi. Kita bukan batch seperti budak sekolah yang diperkatakan oleh sesetengah lecturer. Kita pelajar Universiti. We are Computer Science’s students. Kita bakal Programmer, bakal Software Engineer, bakal Software Tester, bakal System Analyst, bakal Database Administrator, bakal Network Engineer, bakal Software Developer.. Semua kita..

Dan saya.. Saya tetap di sini. Hamba Allah, khalifah Allah di bumi ini. Menjalani hidup seperti biasa. Seperti orang lain juga. Tiada apa yang istimewa. Meneruskan perjuangan, menuntut ilmu, membahagiakan ibu bapa, menyenangkan hati orang di sekeliling..

Saya adalah saya. Saya tetap saya. Saya diri saya. Evi tetap Evi. “Evi LoLyta, hidup ini penuh pura-pura. Kamu seorang muslim, seorang muslimah. Sayangi diri kamu, sayangi orang yang menyayangi kamu. Kerana dia rugi melepaskanmu. Kerana kamu.. Permata yang di cari.. Kebenaran tetap kebenaran. Janji Allah.. Itu yang pasti.”

“Mana Evi LoLyta saya yang 1 masa dulu seorang wanita terhebat ? Saya nak Evi LoLyta saya yang dulu..”

“Saya disini. Mendaki puncak itu kembali. Tunggu saya di mahligai sana..”

Sahabat, jom join kuliah on9 dari ustaz di Mesir.

Masa.. Kita semua perlukan masa. Dan saya.. Saya juga perlukan masa. Perlu ruang untuk diri sendiri bernafas. Tapi masa tak tunggu kita. Kita yang perlu pandai menguruskan masa. Jangan terlalu kesian pada orang lain. Jangan jadi baik sangat. Jangan berlembut sangat. Wanita~Bisa Menggoncang dunia..

25 December 2009 :

Aunty, cousins dan nenek pulang dari Kuching, Sarawak. Saya tak pergi airport menyambut mereka kerana keadaan saya tak mengizinkan. Dalam pada masa yang sama, sahabat lama saya datang menziarahi saya, that is future doctor Ameerah Nabilah yang study di Jakarta, Indonesia. Kali ni dapat hadiah telekung solat lagi. Cantik. Saya suka. Thank you so much dear. Sampai malam kami lepak bersama, pergi rumah nenek, share all those stories. She makes me happy. Alhamdulillah saya semakin sihat, jadi saya make decision nak lepak kat luar. At first, Ameerah risau saya nak keluar, memandangkan saya nak drive pun macam tak boleh. Puas saya meyakinkan dia, akhirnya kami keluar. Bukan kami berdua, tapi saya juga mengajak sahabat lama saya di KMM dulu. Sepatutnya kami nak jumpa 3 4 hari lepas. Masih masalah kesihatan, saya tak dapat keluar. Malam itu kami lepak di Mamak Spicy saja.

Bila seorang doctor & seorang pilot wannabe di depan saya, saya sangat happy. Masih berkongsi cerita. Bila orang yang membahagiakan saya di depan saya, akhirnya air mata ini jatuh juga. Mereka menaikkan semangat saya, menasihati saya. Dan saya ? Masih tak mampu nak berkata-kata. Lepak sampai dekat pukul 12am dan terus hantar Ameerah balik rumah. Dan sahabat saya escort saya sampai balik rumah. Thanks.

“Bila Cinta tak Lagi Untukku. Bila Hati Tak Lagi Padaku.. Aku kan Pergi meski Hati tak akan Rela..”

26 December 2009:

Ada majlis makan-makan di rumah saya. Family gathering. Saya ? Masih tidak berada dalam keadaan baik. Semua orang dah siap makan, tapi akhirnya lewat itu baru saya turun join. Semua bertanyakan saya, di mana puteri bongsu ? Kenapa saya tak makan lagi dan pelbagai soalan lagi. Saya hanya mampu diam. Masih tidak banyak bercakap. Ada juga yang menegur kenapa saya makin kurus, kenapa ? Saya diet ke ? Saya masih senyap. Perubahan pada diri saya. Biarlah mereka yang dekat-dekat sahaja nampak.

Mereka ? Masih berbicara tentang jodoh. Masih bertanyakan hal itu pada saya. Saya tak mampu nak jawab. Harap mereka faham. Dan saya ? Masih tak mampu nak bertahan. Masih juga menitiskan airmata bila persoalan sebegitu tercetus.

Sepatutnya hari ini saya pulang ke campus. Tapi saya postponed. Keadaan masih tak mengizinkan.

Readers~ Doakan saya…

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Filed under others

.:Singapore:.

This is not my first time I’ve been to Singapore. If I’m not mistaken, this is my fourth or fifth time I’ve been there. Jadi kali ni pergi Singapore tak adala excited sangat. Macam biasa saja. Saja jalan-jalan luar dari Malaysia. Bukan jauh pun. Haha. Lagi 1, cost of living memang agak tinggi. Currency rate Malaysia Singapore : $1 = RM2.50 . around macam tu la. 2 kali ganda lebih. Tapi tak payah fikir la pasal itu. Kalau nak berkira, baik tak payah pergi jalan-jalan, duduk rumah sajala kan. Jadi saya pun jadi tak berkira juga.

Macam lambat saja saya update blog ni kan. Memang pun~ Sebab saya teramat la penat. Sejak hari khamis Flight MAS pukul 6.45am, pukul 5.15am dah pergi airport. KL-Singapore pula pukul 11.50am, jalan-jalan lagi, tidur tak cukup, tak cukup rest, lastly balik flight KL-KB sampai pukul 11.30pm. I told u~ MAS more better than AirAsia. Tapi kalau budget tak cukup, saya naik je AirAsia juga. Ahah..

Kali ni saya tak pasti la nak update panjang ke tak. Saya cerita sikit-sikit sajala. Tapi kalau terlebih & tak suka tu, skip sajala ok. Ada orang lain yang lebih nak saya cerita panjang-panjang. Ada yang saya letak gambar sama, so tengokla keindahan ciptaan Allah SWT.

Sampai saja di Changi Airport, agak teruja. Haha. Walaupun ini kali kedua saya sampai ke Changi Airport, tapi rasa macam lain saja. Banyak dah upgrade lagi. Rasa macam KLIA tu dah best, dah hebat, dah besar sangat tak larat nak jalan. Tapi Changi Airport lagi besar, ada 3 terminal + Budget Terminal. Di antara terminal pula dihubungkan dengan Skytrain. Boleh naik Skytrain pusing-pusing ke semua terminal dengan free. Haha. Tapi saya tak adala jakun nak macam tu macam Malaysia tak ada train, LRT, macam tak pernah naik saja kan. Harap maklum la, KLIA ada aerotrain yang menghubungkan terminal yang Gate C itu saja. Kalau LCCT lagi tak ada semua tu. Jalan naik tangga saja masuk Aeroplane.

Okla, sampai saja di Singapore, terus check-in hotel kat Geylang. This is first time stay kat Geylang. Geylang tak macam dulu lagi kan. Dulu-dulu selalu stay kat area Orchard Road. Petang itu rest jap, lepas tu malam keluar lepak kat Suntec City Mall. Punyala bagus GPS buat hal. *sigh*.. Macam mana nak jalan-jalan. Susah bukan without GPS ni. So buat-buat ingat saja jalan nak pergi balik ke Suntec City. Pagi esoknya, ayah tak puas hati, lepas tu terus pergi beli GPS baru. Haha. Yang peliknya, mula-mula memang boleh saja guna GPS dalam Singapore. Masa malam tu GPS ni buat hal. Saja gedik. *sigh*

Suntec City Mall. Tak dapat nak imagine rupa bentuk this building. Connection underground with other building lagi, boleh sampai Esplanade Mall, Marina Square, Milennia Walk & other building, shopping complex. Memang besar sangat. Kat tengah-tengah tu ada Fountain of Wealth. Boleh buat wish semua kononnya la. Saya sebagai seorang Muslim, saya tak percaya la benda sebegitu, karut semuanya. Tapi sekadar nak tengok view dia tu ok la.

The Next Day, Sentosa Island here I Come. Masuk kali ni dah kali ketiga saya sampai di Sentosa Island. Tapi kali ini lain sikit, lagi banyak telah upgrade. Saya paling suka the 3 beaches here Siloso Beach, Palawan Beach & Tanjong Beach. Tempat paling relax is Siloso Beach, tapi tempat paling cun ialah Palawan Beach. Tanjong Beach tu paling hujung.

Siloso Beach

Nak travel around the Island, ada tram. Kalau dulu ada monorail, sekarang dah tak ada monorail, di ganti dengan tram. Sampai saja di Siloso Beach, rasa nak terjun saja ke dalam laut. Tapi costume saya tak sesuai la ok. Haha. Relaxing my Mind there~ Merenung keindahan ciptaan Ilahi..

Underwater World & Fort Siloso~ Underwater World macam biasala, ada Marine Life. Fort Siloso pula ada kubu pertahanan zaman perang dulu. Ada Surrender Chamber, patung-patung yang menggambarkan kehidupan zaman dulu-dulu. Kali ni saya tak masuk both that place pun. Sebab dah 2 kali saya pergi sana. Kali ni pergi Sentosa Island try benda baru saja.

Next Place SkyRide & Luge. Memang benda baru. Yang ni best & syok je. Naik dengan SkyRide & turun dengan Luge. Kat puncak tu boleh nampak pemandangan di sekeliling Sentosa Island. Hebatnya ciptaan Ilahi. Tak putus-putus mengagumi ciptaan Ilahi.

SkyRide

Luge

Palawan Beach~ Lunch kat one of the restaurant kat sini. Susah betul nak makan, banyak yang tak halal. Yucks. Makan di tepi pantai, di tepi laut sebegini, memang romantic. Haha. Dengan hembusan angin laut lagi, berselera sangat makan. Kat sini juga The Southern Most Point of Continental Asia.

Palawan Beach

At night~ saya pergi Night Safari. Ini juga first time sebab ni tempat baru. Agak jauh juga sebab dia kat North Singapore kat Woodlands. Price nak masuk sini~ perghh.. Macam membazir saja. Guess what~ $32 for adult with tram. $32 X 2.5 = RM80 seorang. Ahah. Apa yang best ? Best sebab boleh tengok wild animals secara live. I mean, seolah-olah kita berada dalam hutan. Macam jungle Trekking saja. Animals tu dia lepas macam tu je without fence. Haha. So boleh tengok terus macam tu je. Mencabar bukan ?

Balik dari Night Safari, mid-night at Merlion Park opposite to Esplanade. Macam kota bercahaya. Di sekeliling penuh dengan cahaya dari bangunan berdekatan. Hembusan angin malam yang sejuk & mendamaikan jiwa~

The Next Day, Shopping Time ! Takashimaya, Paragon, The Heeren & all around the Orchard Road. Ramai sangat orang. Macam lautan manusia saja. Shopping tak payah cakapla. Kalau ikut Singapore Dollar memang murah. Tapi nanti convert la pada Malaysia Ringgit. Haha. Tapi shopping saja la kan. Ahah. Yang paling best masa kat GAP. Lama sangat shopping kat situ. Lagi best bila Promoter GAP tu Philippines yang handsome. Sabar saja melayan kerenah saya nak baju tu, baju ni. Haha.

The Last Day, selamat pulang ke Malaysia. Tunggu flight di Changi Airport sampai saya tertidur. Sebab penat sangat tak cukup rest. Anyway, thanks to mummy daddy yang banyak spend for this holiday. Syukur pada Allah juga kerana kurniakan rezeki kepada kami. Alhamdulillah.

Selebihnya, boleh tengok gambar di Facebook saya. Tak larat nak panjang-panjang kat sini. & di Facebook hanya orang tertentu saja boleh tengok~

Filed under Vacation

Welcome Back CuppyCakes

“Selamat Pulang ke rumah kak Evi.. Ni cuppycakes untuk kak Evi tersayang…” Haha bajet macam betul la dialog itu kan. Macam betul saja adik saya menyambut kepulangan saya ke rumah dengan cara begitu. Sungguh mustahil..

Okla, tak nak cakap banyak sangat. Penat sangat hari ni. Dari pukul 9am-5.30pm Softskill Class. Lepas tu pukul 6pm terus drive balik rumah. Punyala mengantuk. Tapi tahan je. Syukur selamat.. Esok ada lagi Softskill Class. Tapi saya tak pergi, saya balik awal sebab saya ada nak pergi somewhere. Tunggu sajala. ahah. Macam surprise sajala kan.

Balik rumah boleh makan Cuppycakes. Thanks untuk adik saya yang macam faham saja saya ni teringin nak makan Cuppycakes. Terus dia order & setibanya saya di rumah boleh la saya makan banyak-banyak. 2 Boxes of Cuppycakes. nyum2..

c1

c

Thanks adik ! ahah. Cuppycakes Lover~

Filed under foods

Tiada Mood BerBlog

Macam Tak Ikhlas Saja nak update Blog ni. Tapi saya try untuk ikhlaskan hati ni. Bukan apa, nanti 2 3  hari lagi saya tak akan update blog dalam masa paling lama seminggu. Kenapa ? Saya pergi mana ? Saya buat apa ? Nantila tau. Biarkan itu dulu. Kita hanya merancang. Selebihnya Allah yang menentukan.

Saya pun tak tahu la kenapa mood jatuh merudum 2 3 hari ni. Mood Blogging saja jatuh merudum. Mood lain naik semacam. I mean, graph dari segi lain tinggi semacam. Bukan begitu ke wahai sahabat saya ae_ ? haha. Seperti yang diketahui, saya betul-betul sakit kepala. Sakit sebab php Server tu punya pasal la. Dari pagi sampai malam duk buat tak jadi-jadi. Masalah apache ke, mysql ke, apa ke, I don’t know la. Lupakan saja niat untuk buat ‘bijok’. haha.. Sampai ayah sepupu pun dah suruh saya stop buat yang tu sebab saya sakit kepala pasal tu je.

Terima kasihla kepada junior KMM saya dulu yang send lagu Cinta Terakhir by Aiman pada saya. Saya dah letak kat Blog ni pun lagu tu. Tapi saya belum faham apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam lagu tu. Tak sempat nak faham betul-betul lagi. Sebab sibuk dengan benda lain. haha.

For the time being~ sujud syukur ke hadrat Ilahi. Saya makin sihat. Alhamdulillah. Selain itu, ketenangan dari Allah serta petunjuk dari Allah yang tak putus-putus. Ya Allah, hebatnya kuasaMu Ya Allah. Kebenaran demi kebenaran datang. Aku redha dengan ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku kerana Engkau yang menciptaku. Biarlah semua itu berlalu begitu sahaja. Semoga Engkau menerima taubat nasuhaku.

Biar Hilang Cinta Manusia, Jangan Hilang Cinta Ilahi.. Syukran kepada sahabat-sahabat saya terutama ae_, akh Farid & akh Hafiz kat Mesir, ayah sepupu saya & sesiapa sahaja yang banyak bagi nasihat kepada saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya tak nak menyusahkan orang, tak nak cari orang untuk luahkan. Tapi kalau orang tanya, baru saya bagitahu. Lagi-lagi setelah kena paksa dengan antara mereka, lagi saya kena luahkan. Memangla, kelemahan saya apabila saya terlalu memendam sesuatu. Tapi bila saya cuba untuk luahkan sedikit demi sedikit, ianya makin lega. Tapi tak semua benda saya luahkan, & kepada setiap orang, saya luahkan dengan cara berbeza & dari sudut berlainan, topic berlainan. Haha. Banyak betul cerita saya.

Okla, sudah panjang. Kata tak ada mood nak update blog. Tapi panjang semacam saja. Sekarang tengah layan satu drama yang panjang kat YouTube. haha. Semoga drama ini memberi pengajaran pada saya. Tak lain tak bukan, saya hanya melayan drama @ movie yang boleh bagi pengajaran pada saya, yang berunsurkan Islamic. Kalau tak, habisla saya cepat terpengaruh dengan benda yang lagha. Mari kita sama-sama pelihara Iman kita.

Kembali Kita Berjauhan.. Sayangmu Merendang.. Jauh Begini.. Hati Teruji.. Cinta Madinah dalam Lembayung, dalam terlarang, tersinar yang Agung.. Di Bumi Madinah Menjadi Saksi.. Cinta Madinah Mekar Berseri.. Sinaran Malar Terik Mentari.. Di Jurai dingin malam Terukir Setiamu. Cinta Madinah Menyebar Harum.. Semarak dalam Kasih Cinta Madinah..

Messages, Calls~ saya tak mampu nak ignore. Tapi Alhamdulillah saya biarkan ia berlalu begitu saja. Saya tak layan perasaan itu lagi.. Senyumlah… :)

Study la.. Esok Test MS Sharepoint…

Filed under heart

Pancaragam

Sudah 2 hari tak update blog. Baru 2 hari la. Bukan 2 minggu, bukan 2 bulan. Tapi macam penat nak jawab soalan dari 2 3 orang yang tanya kenapa tak update blog. Hidup saya bukan hanya untuk blog la. haha. Tiada apa yang best pada blog ni. Sekadar suka-suka. Tapi kalau ada yang minat nak baca tu, terima kasih la sangat-sangat.

Selebihnya, tak semua benda saya boleh publish kat blog. Tentang kisah hidup saya ni kadang-kadang ianya terlalu peribadi untuk di ceritakan. Ada juga saya update kat status Facebook. Tapi itu hanya untuk tatapan orang yang saya kenal saja. Facebook tu pun hanya orang yang saya kenal dalam Friends List saya. Kalau nak kira saya reject people yang add saya, tak terkira banyaknya.

Actually ada je stories dalam draft ni. Cuma belum publish. Dalam MS Word dalam laptop ni pun ada. Cuma belum publish saja. Nantila. Ada masa, saya edit lagi. Ni pun dah lewat malam baru saya nak post. Saya buat apa je 2 hari cuti ni. Macam banyak kerja saja. Tapi sebenarnya, saya duk dalam bilik je. ermm…

Tak panjang pun entri kali ni. Tengok je la gambar bawah ni ok. Tak larat nak cerita panjang-panjang. Malam ini macam sakit kepala saja. Tadi dinner kat kopitiam, rasa semacam saja nak makan American Pancake with Ice-cream. Tak plan pun nak pergi Stadium Tertutup Gong Badak ni. Tapi Kak Iqa ajak pergi, katanya ada pancaragam apa entah. So, dari tak buat apa, saya pun pergi je la. Rasa macam sakit kepala, tapi biarla. haha. Okla, tengok je la gambar kat bawah ni.

12

11

Persembahan diaorang ni memang la mantap. Macam susah saja nak buat 2 3 perkara dalam 1 masa. I mean, sambil nak gerak, sambil nak tiup saxophone tu.

Filed under others

Goodbye MS Sharepoint

Goodbye MS Sharepoint. Macam sedih saja rasa. Macam sebak pun ada. Sensitif sungguh sejak akhir-akhir ni. haha. Alhamdulillah selesai sudah kursus ini petang tadi. Habis je, terus balik tidur. Berakhirnya kursus hari ni bererti tak payah pergi lab seawal pukul 8.45am & berada di lab sampai pukul 5pm. Kira macam 8 jam mengadap computer saja. Belajar hanya 2 3 jam, selebihnya online & blogwalking. haha. YM pun ada juga la sikit-sikit. Lepas tu layan perasaan. Apakah itu perasaan ? haha

s2

Mr. Albert Jeremy.. A very good trainer/instructor. Memang ‘bijok’ la. haha. Lepas tu tak kisah menjawab segala persoalan. Lagi-lagi saya yang memang banyak tanya. We have a very great time with u Sir. Macam sedih pula nak berpisah. haha. Control Evi, control.

Macam duduk lepak saja dalam lab. Dengan pelbagai posing. Petang tadi saya tertidur dalam lab. Penat la ok ! Macam ngantuk sangat. ahah. Selalu je online, cuma tolak masa tidur saja. Balik bilik online lagi. Tapi, pukul 12am dah kena offline, kena off laptop, kena off lampu, kena baring, lepas tu saya di dodoi sampai tertidur. Selagi tak tidur, tak akan letak phone. Siapakah itu ? Rahsia. Baik sungguh dapat saudara macam ni ahah. Bagus juga, bangun pagi rasa fresh sangat. Semangat nak pergi lab.

s

Ok, Congratulations & thank you so much. Saya dah grad dah. Dah grad MS Sharepoint. Pasni boleh kerja terus. haha. Bajet macam dah terror sangat. Pre-test tadi pun tak dapat full mark, 1 soalan salah. Orang lain ramai yang betul semua & dapat full mark. Itula Evi, tak focus sangat ! Main-main lagi.

Next week real exam, real test, the final one. Jom la study. Tapi sir dah cakap awal-awal “i don’t trust that you will study” . haha.. memang betul pun. Malam nak exam baru study. Classmate saya ni macam dah ‘bijok semacam sebab tu study last minute.

Sir excited nak snap class photo. Jadi kita pun lebih excited juga. Pilih tempat yang macam best, depan block G. Macam ala-ala garden gitu. ahah. Mesti terus nampak saya yang mana 1. Hari ni pakai baju cos jadi macam menyerlah sangat. Sampai tadi masa lunch pun kena tegur dengan tauke kat cafe, dia katamenyerlah baju awak. dalam ramai-ramai, awak paling nampak..” haha.. malu sudah saya.

s3

To Mr. Albert Jeremy~ Thanks for being so nice trainer to us. You are such a workaholic, brilliant trainer. Thanks for everything, thanks for the useful knowledge. All of that meant a lot to us. We will practice what u had teaches us. Thanks for known me as Evi LoLyta. Thanks for always mentioned, use example of my blog. We appreciates u a lot.. See you in Singapore next week sir ! haha..

Filed under UDM

Movie Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama… Bisikkan Doaku Dalam Butiran Tasbih… Ketika Cinta Bertasbih.. Dan Ketika Itu… Nadiku Berdenyut Merdu.. Sujud syukur padaMu Atas Segala CINTA…

Walaupun hari ni masih berada dalam lab, menghabiskan hari-hari terakhir MS Sharepoint sebelum exam next week, saya tetap ada masa untuk menghayati filem ni. Lunch break selama sejam setengah dah cukup untuk saya habiskan separuh dari movie tu.

Instructor saya pun tahu saya layan movie ni. Sebab masa tu dia pun tak keluar lab lagi. Maybe dia dengar macam bahasa Indonesia, then dia tegur. Haha. Pergh Evi~ Slumber betul.

Dia siap Tanya lagi, “do you understand indo language ?”

“a little sir. Quite familiar with certain words. Eventhough, it’s not different enough with malay language. Before this, I’ve watched ayat-ayat cinta, Eiffel I’m in Love & bla bla bla”

Lepas itu saya tak puas hati sebab tak habis tengok, minta real player punya installer dengan Kak Sena sebab nak download terus all those parts. Yea~ complete 12 parts !

Heh masa tengah tengok tu, ada la one of my friend ni Tanya “ko tak teringat kat dia ke bila tengok movie ni ?”

“ingat apa pula ?”

“yela, kan dia yang bagi ko dua novel ketika cinta bertasbih tu”

Lepas itu saya senyap sudah..

Yang ini tak payah tanyala. Tipu sangatla kalau saya tak ingat pada orang yang bagi saya novel tu. Menipu besar la kalau kata tak ingat. Boleh di katakan setiap hari juga ingat. Tapi apa je yang mampu kita buat kan ? Selebihnya berserah pada Allah swt. Sebab ia semakin jauh, jauh & jauh.. Hanya Allah yang tahu..

ketika cinta bertasbih cast

Selalu orang compare Ketika Cinta Bertasbih dengan Ayat-ayat Cinta. Tapi memang ramai yang suka dengan ayat-ayat cinta. Entah kenapala saya ni lebih jatuh hati dengan Ketika Cinta Bertasbih. Dari segi lagu, lirik lagu pun saya suka Ketika Cinta Bertasbih. Kira semuala saya suka dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih. Lagu Tuhan Beri Cinta pun dalam cerita ni juga.

Saya ni kan kurang layan movie, drama & seangkatan dengannya. Tapi kalau saya rasa nak layan, mesti ianya special. Memang special pun la. Sebab saya bukan Movies Lover. Tapi saya ni Beaches & Islands Lover, also a Faithful Lover. haha. Tak ada kaitan.

Sungguh saya kagum dengan watak Khairul Azzam. Masih adakah lelaki setegar itu ? Cerita ni banyak bagi pengajaran pada saya. Kalau boleh, saya pun nak jadi macam Anna Althafunnisa. Sungguh suci wanita seperti itu. Cerita ni menguatkan kepercayaan saya bahawa kalau dah jodoh tak kemana. Seperti Anna, walaupun dah menjadi isteri yang sah pada Furqan, tapi jodoh dengan Khairul Azzam kuat sangat. Akhirnya, bersatu juga. Begitu juga tentang kisah saya, kehidupan saya. Usah saya risau tentang itu. Kalau dah jodoh, tak kemana. Berpisah bertahun-tahun sekalipun, jauh sekalipun, kalau dah jodoh tak kemana. Depan mata sendiri pun boleh jadi jodoh kita. Sia-sia saja pertahankan sesuatu hubungan selama ini jika hakikatnya ia bukan jodoh. Kalau bukan jodoh, bercinta bertahun-tahun pun, tak akan bersatu juga.

Jadi, marila kita layan movie ni & ambil pengajaran darinya..

Sharing~Sharepoint:

Rasa nak selitkan sikit la kisah ni. Lagipun 2 hari je lagi nak habis. Tapi fahamnya tidak. Makin tak faham adala. haha. Sebab banyak sangat. Complicated. Baik programming. At least nampak juga walaupun system saya tak lepas-lepas, database dua kali ganda tak lepas. Ahah 2 3 hari ni macam gedik semacam dalam lab. Bukan saya yang gedik, tapi tangan ini gedik. Mata pun sama. Always blind + Typing error. Bila dah typing error, bile check balik, masih tak nampak & tak sedar typing error. Lepas tu mengadu kat sir kata tak dapat buat, ada error la, unsuccessful la. Bila sir datang check tengok, rupa-rupanya typing error. Kadang-kadang bila sir baru nak check, saya sendiri yang dapat kesan pula. Sungguh segan. Lepas tu complain lagi kata tak dapat lagi, sir pun tanya “try check if any typing error”. “eh no sir. no typing error”. Confident sangat la jawab. Sekali bila sir check, a’ah la typing error. Lepas tu tangan ni suka sangat gatal tekan spacebar. Semua nak spacebar. Macam bagi ruang pada diri sendiri la kira. haha. Lagi 1 masalah, tak boleh nak beza / dengan \ . Sir pun dah faham masalah saya. Dia terus cakap “try check if any backslash” haha. Memang betul pun. Saya sendiri tak sedar, sir pula yang dah boleh agak masalah saya ni dari jauh walaupun tak tengok saya type apa. haha. Izah jangan jealous. Kak Zimah & Kak QB jangan perli-perli. haha

Memang la saya ni *Nik Evi LoLyta* .. Dengan sesiapa sahaja saya boleh tackle jadi friend. haha

Filed under others

Happy BB Miss Fatimah Ghazali

Happy Belated Birthday to Miss Fatimah Ghazali. Who is Miss Fatimah Ghazali ? She is my lecturer for subject Design Engineering & Software Testing.

Actually birthday Miss Fatimah is on 2nd December. Ingat nak celebrate on 2nd December. Tapi beliau ada bengkel SMSKPP kat Kelantan. So, hari ni 7 Dec baru celebrate. Kitaorang celebrate kat corner depan FKI je. Sebab tak sempat nak keluar. Lunch break kejap sangat..

1

Blueberry Cake yang kitaorang sponsor untuk our beloved lecturer

Here she is~ We always pray for your happiness, May you always in Allah’s LOVE. Thanks for everything. Tak ternilai dengan sebiji cake nak dibandingkan dengan ilmu yang terlalu banyak Miss bagi pada kitaorang. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki serta sentiasa dalam kesihatan yang baik..

Doakan kami supaya berjaya, grad dalam masa di tetapkan & lagi-lagi doakan kami supaya tak fail subject Design Engineering & Software Testing. haha..

2

Saya sayang Miss Fatimah Ghazali…

Filed under UDM