Syukran ya Akh

Saya bukan nak bercerita tentang orang, bukan nak memuja orang, tapi saya nak share tentang saya di tarbiyah, di tegur, di nasihati & macam-macam..

Tapi kenapa akh ? kenapa tidak ukh ? Sudah tidak adakah mereka yang boleh berdakwah ? Saya tidak ada jawapan pada itu. Mungkin kebetulan, mungkin ketentuan Ilahi. Tapi yang pasti, dia adalah seorang blogger yang saya suka tengok, baca blog dia tanpa pengetahuan sesiapa. Kira ’silent reader’ la selama ni. Semuanya kerana Allah, bila saya dapat chat walaupun sekejap, tapi rasa berharga sangat.

Saya ni jenis memendam, sukar untuk meluahkan. Tapi seboleh mungkin saya bertanya sedikit tentang kisah yang saya pernah alami. Walaupun saya di soal siasat macam-macam, saya jujur berterus-terang walupun ianya perit. Paling terasa di lubuk hati ni adalah tentang aurat. Saya masih ingat lagi kata-katanya “kehormatan bermula dari aurat”. Betul, cuma saya ni yang lemah, yang tidak kuat untuk menjaga semua itu. Katanya lagi “kalau boleh,longgarkan sikit pakaian tu” .. Tentang pergaulan, insyaAllah ianya lebih terjaga. Saya akui yang satu itu iaitu aurat, masih dalam ke arah perubahan yang lebih baik. Saya masih perlukan masa.

Memang tak senang & juga tak susah untuk melupakan apa yang berlaku. Tapi kita perlu nekad untuk buat keputusan. Ramai yang tahu, ramai yang selama ni follow blog saya, baca blog saya, mengikuti kisah saya, perkembangan saya, lagi-lagi tentang kisah cinta saya. Memang penat untuk menjawab persoalan demi persoalan. Lagi-lagi sekarang ni saya dah tak banyak nak bercerita tentang cinta. Cuma kali terakhir post tentang pengakuan yang sangatla exclusive pada 3 September lepas. Kalau-kalau la korang ingat, nak tengok, rujuk la balik archive September 2009. Di mana saya membuat pengakuan, artikel tentang seseorang semasa dia berangkat ke Irbid, Jordan.

Mungkin readers ingat kisah itu berlalu di situ sahaja. Tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebalik itu, Bermacam-macam drama lagi selepas tu. Ia betul-betul menguji kesabaran saya. Sudahla bercerita tentang kisah yang tiada penghujung. Sekali lagi saya katakan, ‘kisah yang belum ada penghujung’. Bila orang tanya, bersoal siasat dengan saya, susah saya nak jawab. Buat apa kita nak cerita tentang orang yang……. Erm tak usahla nyatakan di sini.

Ya Allah, tetapkanlah hati ini, Kuatkanlah hati ini, jangan bolak balikkan hati ini. Semoga aku tak merindui sesuatu yg tak halal bagiku.. Tabahkanlah hati ini ya Allah.. Engkau lebih mengetahui apa yg terbaik untukku. HanyaMu ya Allah yang tahu apa ada di dlm hati ini..

Syukur ke hadrat Ilahi, masih ramai yang sudi menegur diri ini, menasihati diri ini, mentarbiyah diri ini. Saya menerima segala teguran, nasihat. Saya tidak menolak, tidak melawan. Malah saya lebih suka bila ada yang selalu ingatkan saya. Tak susah kan untuk mendidik saya ? Asal kena dengan caranya. Doakan saya.. Sebab itu saya mengharapkan seseorang yang sah, yang halal untuk saya supaya memimpin saya ke arah kebenaran, supaya kami sama-sama menuju ke Jannah ciptaan Allah  yang sangat indah.. Tapi bukan pada yang mengheret saya ke arah kebatilan.

Bagaimana nak lahirkan bayang yang lurus jika kayu pun dah bengkok ? Bagaimana nak hasilkan sebuah keluarga yang soleh, yang bahagia jika asalnya pun sudah di cemari dengan pelbagai dosa noda & juga jika ia terhasil dari cinta yang tidak diredhai Allah ?

Sama-sama renungkan. Juga untuk diri saya yang dhaif ini..

Semoga saya tak jatuh dalam jurang cinta yang belum halal bagi saya.

Tags: ,

Filed under heart

Leave a Reply