Salam Aidiladha 1430H

Sambutan Aidiladha yang agak meriah walupun tanpa nenek & arwah datuk. Ni kali pertama menyambut aidiladha tanpa datuk tersayang Dato’ Nik Jaafar Bin Nik Mohd Salleh yang telah pergi buat selamanya pada 8 Mac 2009 yang lepas. Nenek pula menyambut aidiladha bersama aunty di Kuching, Sarawak.

Cousins, aunties, uncles tak putus-putus datang rumah. Agak penat tapi happy sangat. Masa ni la nak berkumpul, jumpa bersama-sama. Kalau hari biasa-biasa, susah nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Bila dah jumpa, riuh rendah la dengan diaorang yang bercertita macam-macam.

ra

Ada my aunty ni cakap saya macam nampak lain. Nampak makin berseri la, makin bersopan santun la, apa la. OK *sudah segan, malu* . Ahah saya tak tau la, tak perasan la diri saya ni macam mana. Tapi kalau dah ada orang cakap gitu, betul la kot kan. Orang lebih nampak kita macam mana. Ahah macam makin bahagia, senang hati, sebab tu nampak berseri-seri. No comment. Haha..

Ada juga yang tanya siapa kekasih hati saya la, siapa boyfriend saya la, & pelbagai persoalan yang berkaitan dengan hati & perasaan ni. Sungguh sensitive. ahah. Senyap sudah..

Microsoft Sharepoint menanti~

Tags: ,

Filed under Raya

4 Comments

Leave a Reply