Kita Tahu Tapi Tak Amalkan
Ketika saya menaip entri ini, seluruh anggota badan ini terasa menggeletar, terbayang-bayang dosa-dosa lalu yang pernah saya lakukan, dosa kecil mahupun besar.
Tapi betulkah apa yang ingin di perkatakan nanti ? Layakkah saya untuk berbicara tentang ini, sedangkan diri ini masih melakukan dosa, masih menghampiri perkara mungkar, maksiat serta seluruh perkara yang di larang oleh Allah ? Sungguh rasa tidak layak, tapi saya kuatkan diri saya untuk berkongsi sedikit ilmu apa yang saya tahu, yang mungkin telah semua readers tahu.
Dari kecil kita belajar agama, di didik, di asuh oleh keluarga. Di sekolah pula, kita masih belajar subject Pendidikan Islam, merangkumi ilmu tajwid, akhlak, aqidah, sirah, tauhid, ibadat, al-quran, hadis. Di tambah lagi kelas fardhu ain di waktu petang selepas waktu sekolah, malah saya bersyukur berada di UDM kerana subject university mengandungi Aqidah & akhlak, Fiqh Islami, bahasa Arab & subject elektif sem depan insyaAllah Falak Syarie.
Walaupun sesetengah dari kita bukan dari bidang pengajian Islam, termasuk saya juga, tapi kita tetap orang Islam, dilahirkan dalam nikmat yang paling besar Islam. Mungkin kita tak sampai tahap mendalami ilmu agama sehingga ke peringkat diploma, degree, master. Tapi saya rasa apa yang kita pernah belajar selama ni, kita dah tahu dah tentang asasnya. Yang mana halal, yang mana haram.
Selain itu, juga mengikuti blog-blog yang mengandungi unsur dakwah, tentang agama. Kat mana-mana pun kita boleh belajar agama. Dengan dunia internet yang sangat luas, pelbagai sumber, bahan yang boleh kita cari di sini. Search je kat ‘Abang Google’ .. Setiap masa kita boleh luaskan pengetahuan kita, bukan masa sekolah-sekolah je belajar agama. Tak payah rasa dah mantap ilmu agama kalau setakat “form 3 sekolah agama” tapi dah riak semacam. Macam boleh kata, go to hell awal-awal la senang. Tak payah susahkan hidup orang lain.
Blog berunsurkan dakwah dah banyak di bangunkan. Even ustaz-ustaz UDM pun ada blog sendiri. Tak kurang juga yang paling ramai bloggers adalah di kalangan pelajar-pelajar, sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara. Walau kita dah tahu sekalipun, tak semestinya kita tak payah baca tentang ilmu agama. Sebab apa ? Sebab belum tentu kita amalkan dengan apa yang kita tahu tu. Tak salahkan kalau kita nak memantapkannya, nak mengingatkan kita, nak bagi makanan pada hati kita ni.
Kita Tahu Tapi Tak Amalkan
Kalau kita tahu benda ni salah, haram, tapi kita buat juga, maka dapatla dosa. Lain pula jika kita tak tahu, mungkin tak berdosa & itu atas pertimbangan Allah sejauh mana kita tak tahu atau buat-buat tak tahu. Macam sia-sia je apa kita menuntut ilmu tapi tak amalkan. Dengan senang hati nak langgar semua hukum tu. Saya tak kata orang lain la, tapi merujuk pada diri sendiri. Saya tahu itu salah, itu haram, tapi kenapa saya masih buat ? Mungkin bila nafsu dah menguasai diri, Nafsu menang dari Iman, maka terjadila perkara yang tak patut di lakukan. Tapi bila dah buat, timbul kekesalan di hati.
“Kenapa aku buat ? Aku dah tahu, kenapa ianya terjadi juga. Di mana iman aku ? Lemahnya diri aku ni.”
Kalau readers perasan, readers tersedar la kan, setiap kali kita buat salah, hati kita tak tenang, jiwa ni meronta-ronta, tiada kedamaian jiwa. Malah, asyik fikir tentang dosa yang telah di buat. Itu bagi saya. Apa saya buat, Alhamdulillah Allah masih campakkan kesedaran kat hati saya ni. Tapi saya kesal jika apa yang saya buat, saya tak sedar saya buat dosa. Alangkah malangnya diri ni bila teramat jauh dari rahmat Allah.
Saya tak tahu jika ada antara kita yang buat dosa tapi tak sedar-sedar juga. Saya sedih, saya bingung memikirkan apa yang terjadi di sekeliling saya. Mungkin ada yang bermegah-megah dengan maksiat yang di lakukan. Sengaja menunjuk-nunjukkan maksiat itu. Tapi siapa saya nak tegah mereka, nak tegur mereka andai diri ini pun juga mendekati maksiat walaupun tidak sampai tahap kritikal ? Mungkin sesetengah orang rasa maksiat tu sampai bersetubuh. Tapi ingat balik dalam surah Al-Israa : “ dan janganlah kamu mendekati Zina” . Bukan setakat zina, malah jangan menghampiri, mendekati benda tu. Kita rasa setakat borak-borak, SMS, keluar dating walaupun tak berpegangan, kita rasa benda tu takpe. Tapi sebenarnya benda tu di kira mendekati zina. Lama-kelamaan, syaitan dengan bijaknya akan goda kita supaya jatuh pada perlakuan itu juga. Mungkin selama ni masih tahan, tapi selama mana bukan ?
Apa yang berlaku pada saya, di sekeliling saya, sudah jelas semuanya. Walaupun kisah orang lain, saya masih ambil pengajaran dari semua tu. Semuanya bermula dari perkenalan antara muslimin & muslimat. Memang susah nak cari, nak jumpa couple yang betul-betul berlandaskan Islam. Mungkin pada mulanya niat baik, untuk ke arah rumahtangga, nak jaga hubungan berlandaskan syariat, tapi akhirnya rebah juga. Cinta yang berlandaskan agama hanya ada pada ‘pernikahan’. Hanya dengan akad yang halal untuk menyalurkan rasa cinta tersebut.
Selama mana iman kita boleh bertahan. Bila dah terbiasa bersama, makin dekat, makin intim, makin rapat, maka terjadilah perkara yang tak di ingini. Tapi bila dah sekali kena, rasa nak lagi. Kata salah seorang sahabat saya, “benda ni addicted” .. Saya sedih bila ada di antara orang yang dekat dengan saya, yang saya kenal, tapi terjerumus dalam perkara ni. Saya harap mereka berubah. Tolong tinggalkan perkara ni. Tolong jangan jadi hamba pada nafsu je. Saya takut, takut jika bila saya dah terbiasa dengar perkara sebegitu, saya pula yang akan lakukannya. Saya takut cepat terpengaruh dengan benda sebegitu.
Saya bersyukur Allah masih selamatkan saya dari perkara sebegini. Apa yang berlaku, apa yang Allah jarakkan, semua ada hikmahnya. Tapi dengan dunia internet yang serba canggih, kita tak dapat lari juga dari benda-benda yang tak elok. Kadang-kadang kita salah guna dengan apa yang kita ada.
Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama ni, semoga Allah menerima taubat saya & taubat kita semua. Semoga Allah terus memberi hidayah pada diri ini, kuatkan iman dalam diri ini supaya menjauhi perkara mungkar. Banyaknya diri ini buat silap, buat dosa ya Allah. Renjiskan setitis kesabaran pada diri ini untuk menghadapi saat itu ya Allah. Semoga diri ini tidak jatuh sebelum sampai masanya. Semoga saya tak melanggar hukum Allah lagi, semoga saya tak ulangi kesilapan lalu.
Bagi yang berkenaan, jangan dekati saya jika saja-saja. Jangan usik iman saya, jangan gerakkan hati saya. Tolong jangan lemahkan iman saya, diri saya. Kecuali benda penting, saya boleh terima. Lebih dari tu, saya tak nak. Saya pun tak akan mulakan melainkan ianya hal penting. Harap faham. Bukan untuk kepentingan diri saya, tapi juga untuk iman kamu semua juga. Sama-sama istiqamah dalam menjaga pergaulan antara ikhwan & akhowat. Jika saya salah, mungkin saya terlupa, jadi tegurla saya. Bukan menggalakkan saya & biarkan saya dalam kelalaian. Sama-sama kita amalkan apa yang kita tahu, sama-sama memperingatkan antara satu sama lain.
Termasuk sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak berguna untuk dirinya…
Tags: Advices, agama, kata-kata

