Archive for November 6th, 2009
Mungkinkah*
Lagi tak ada story yang menarik pun. Sekadar melayan sedikit perasaan selepas pening study.
Kali ni tukar lagu. Masuk kali ni dah 4 kali kot tukar lagu. Tukar lagu ikut mood. Kali ni lagu lagi jiwang. adeh.. malu-malu. Kenapa saya ter letak lagu macam ni. Mesti macam-macam tafsiran ni. haha…
As usual, I don’t know how to show my feelings. haha. So I just show it through my beloved blog. ‘bermasalah’ bukan ? Sebab ada orang bagitahu saya, bloggers ni bermasalah. Sebab tu buat blog, sebab nak luahkan kat blog. Saya bermasalah kah ? Maybe~ Masalah terlalu memendam & Tak pandai nak luahkan. Sebab tu sahabat saya Haziqah selalu marah saya sebab saya selalu simpan sorang-sorang. haha..
Lagu ni sebenarnya terasa macam nak dedicate pada orang. Tak kira la siapa pun, kalau-kalau terasa saya dedicate pada dia, betul la tu. ahah. Saya rasa dia baca blog saya ni. Bukan rasa, confirm kot. terperasan lebih pula saya ni. haha
So pada sesiapa, ahah kalau tak faham lagu ni pasal apa, dengar la dulu. Tak pun, cari je lirik lagu ni. Mungkinkah by Sheila Abdul. Actually kejap je saya letak lagu ni. Nanti tukar balik. Saya segan letak lagu ni lama-lama. Mungkinkah apa yang saya fikir sama dengan orang itu fikir ? Control yourself Evi, control ! ahah.. Ya Allah, jangan biarkan aku lalai dengan benda sebegini..
Agak-agak ada tak orang yang akan jealous, terasa, sakit hati dengan entri kali ni ? Ikut la nak terasa sakit hati sekalipun.. Bagus jugak kalau rasa macam tu. Supaya ada jugak orang sedar, saya tak semudah di sangka.
Jangan risau, selagi kita letak harapan kita pada Allah, insyaAllah kita tak jatuh, tak kecewa jika apa-apa terjadi. Tapi kalau kita terlalu letak pengharapan pada manusia, ia amat mengecewakan. Allah dah buat elok dah semuanya dengan apa yang berlaku. Kita je kadang-kadang masih kabur~ Perancangan Allah lebih rapi kan.. Readers, doakan saya supaya bertemu jodoh yang baik-baik untuk saya
Supaya Allah mempercepatkan jodoh saya, supaya memelihara saya dari kemaksiatan, memelihara saya dari terlibat dengan bukan muhrim..
“Ya Allah, jika benar dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatiku dengan hatinya, satukanlah kami dalam ikatan yang sah. Jika tidak, jauhkan dia dari pandanganku, luputkan dia dari ingatanku.. Jika kehadirannya dalam hidupku hanya ujian dariMu untukku, aku redha. Semoga aku kuat untuk menghadapi ujianMu ini ya Allah. Sesungguhnya, Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik buatku..”

