Web Project Presentation & Majlis Hari Raya

Alhamdulillah sudah selesai dua projek terbesar bagi kami iaitu Web Programming Project Presentation & Majlis Hari Raya anjuran kami yang mengambil subject Ethics, Strategic Planning & Communications. Majlis Hari Raya ini adalah assignment untuk ‘Strategic Planning’ dan di ambil kira markah dari semua segi oleh lecturer kami Dr. Fadhilah Ahmad yang juga sponsor pada majlis kali ni. Kitaorang cuma arrange je. ahah :)

Web Programming Project Presentation :

Semestinya kena develop system. System yang kami Design dalam subject Design Engineering & Software Testing, pastu buat sistem untuk subject Web Programming. Pening tak payah cakapla walaupun ada yang kata “ala simple je sistem. Add, Delete, Create, Update Database je” huhu.. Tapi bagi kitaorang ni agak complicated. Kitaorang punya sistem kali ni ‘Newspapers Delivery System’..

Kerja Last Minute~ Biasala tu. Kitaorang pun tak tau kitaorang sibuk dengan apa je selama 2 3 minggu ni. Actually interface dah buat awal-awal tapi entahla. Lastly, guna interface lain juga. Semalam, tidur lambat macam biasa. Tapi saya tidur agak awal la sebab memang tak boleh tahan mengantuk sangat. Yang paling tidur lambat ialah kak Liza, pukul 6 pagi kot. Masa saya tersedar pukul 4 5 pagi, diaorang masih tengah siapkan lagi. adehh curi tulang betul Evi LoLyta. haha ! Ain & Angah dah tertidur juga, cuma tinggal Syu yang masih tekun buat kerja. Kesian pula sahabat-sahabat saya, sampai tidur kat bawah, tapi saya lena je di tempat tidur saya. Sungguh rasa bersalah. Lepas tu saya dah tak ingat apa, sambung tidur balik & tersedar pkul 7.50am. Sudah terlambat ! Lab pukul 8. Saya ingat saya paling lambat sampai pukul 8.15am, tapi rupa-rupanya ramai yang belum datang. Semuanya bangun lambat sebab siapkan system semalam. Ada di antara sahabat saya pun datang Lab tak mandi sebab tak sempat. haha. Actually kitaorang dah biasa datang Lab tak mandi, saya pun pernah macam tu, lagi-lagi bila ada assignment web yang kena siapkan, tidur lambat & bangun lambat. Sungguh tidak terurus kehidupan ni sejak akhir-akhir ni.

Majlis Hari Raya:

Syawal dah habis tapi masih dalam mood raya. Ini project kami bagi subject Ethics, Strategic Planning & Communications. Tak semua yang dijemput, hanya students Diploma Multimedia, students yang ambil subject Operating Systems, Staf PTM, Staf Fakulti Informatik serta Lecturers Fakulti Informatik yang amat kami sayangi.

r

Antara hidangan yang ditempah oleh Dr. Fadhilah Ahmad ialah Laksa Penang, Laksa kuah masak, Nasi Tomato, Kuih-kuih raya, Kek serta yang lain-lain sumbangan dari para pengunjung. :)

r5

Our Lecturers, Staf PTM, Staf Fakulti Informatik. Majlis yang agak meriah, mengeratkan silaturrahim, macam selama ni tak kenal semua lecturers, tak kenal staf PTM, so hari ni baru kenal-kenal. ahah saya lagi la, susah nak cam orang. Tengok banyak kali baru cam :) Guess what ? Hari ni juga saya dapat kenal seorang lagi ayah sepupu saya. Selama ni tahu nama, tahu staf UDM tapi tak pernah berpeluang nak kenal yang mana satu. Hari ni, terbalik pula. Dia yang cam saya dulu iaitu En. Nik Izumi B. Nik Ibrahim. Katanya, ada orang pernah tunjuk saya kat dia. Dia yang juga abang kepada En. Nik Imran & juga suami kepada Puan Rohana iaitu lecturer Web Programming saya. Seperti membina sebuah lagi family dalam UDM ni kan :)

r4

Our Lecturer Puan Norkhairani Bt Abd. Rawi. Sekarang sambung PHD kat UKM. Selama 3 sem beliau jadi lecturer kami untuk subject Internet Technology & Multimedia, Multimedia Authoring and System Analysis & Design. :)

r3

Encik Faisal Amri B. Abidin @ Bharun yang baju batik biru. :) Lecturer baru Fakulti Informatik. Sem ni amik subject Network Security and Data Communications & Networking . En. Faisal memang banyak sabar dengan kerenah kitaorang yang macam-macam hal. Mintak maaf En. Faisal, saya pun banyak pula kerenah. Tak datang buat quiz la, mujur En.Faisal bagi chance buat sekali lagi. Sahabat-sahabat saya yang lain pulak ada tak hantar report Cryptography, tak present Cryptography, macam-macam. Kesian En.Faisal.. Semoga Allah balas jasa baik En.Faisal. hehe

r2

Terima Kasih dari kami semua :)

Filed under MyLife

Leave a Reply