Rumusan Kem Putra 2009

Rumusan Kem Motivasi di Kem putra pada 15-17 October lalu. Rumusan ini lebih kepada tingkah laku serta masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan punca serta sebab yang membuatkan mereka berkelakuan begitu..

Masalah biasa yang dihadapi para remaja yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara masalah terbesar ialah masalah sosial & pergaulan bebas.. Berdasarkan luahan hati & cerita dari mereka, boleh dikatakan hampir 90% mengalami masalah sosial yang agak berat mahupun sederhana.

Couple~ Isu yang biasa di dengar di merata-rata tempat. Pada umur lingkungan sebegitu, perasaan ingin mencuba, merasai kenikmatan cinta, kasih sayang serta belaian. Tak di nafikan saya pun pernah berada dalam lingkungan umur sebegitu serta saya pun pernah terlibat dalam isu couple walaupun ianya tak sampai tahap parah. Saya pernah merasai, memahami gelodak jiwa ini. Cuma bezanya, diri kita, kekuatan diri, tahap keimanan masing-masing yang dapat mengawal semua tingkah laku serta nafsu.

Perasaan~ Siapa yang boleh tolak kalau benda ni dah datang ? Memang susah nak kawal. Orang yang belum kena, belum di uji, senangla cakap. Tapi belum rasa boleh la nak berlagak. Sekali dah kena, entah-entah lagi teruk..

Apa ada pada couple ? Saya sendiri pun tak dapat nak jawab walaupun saya pun pernah merasainya. Selain dapat rasa rindu, cinta, sayang, kasih, manja-manja dengan bukan muhrim yang belum halal, ganjaran buruk iaitu dosa mesti dapat. Ramai yang berkata : “Saya tak berzina. Saya bercinta cara Islam. Tujuan kami untuk menuju ke alam rumah tangga” ermm tapi di hati ni, di mata ini, di telinga ini ? Bukankah zina hati namanya ? Saya tak kata saya cakap ni saya bagus, malah saya pun memang pernah mengalaminya. Talk based on Experience. Tak salah kan ? Kadang-kadang kita sedar, Cuma susah untuk keluar dari belenggu ini bila sekali dah terlibat.

Antara masalah yang dihadapi pelajar muslimat di Kem motivasi ini ialah :

“Saya pernah hisap rokok” pelajar tingkatan 4

“Pakwe saya sudah mencabul kehormatan saya di hadapan kawannya” Pelajar tingkatan 2

“Saya pernah tengok benda lucah”

“Saya pernah naik motor dengan Pakwe”

“Saya pernah tidur dengan lelaki tapi tak buat apa-apa”

“Saya pernah cium, peluk & adegan-adegan lain dengan pakwe”

“Saya sudah bersetubuh dengan 3 orang lelaki” Pelajar tingkatan 4

Astaghfirullahalazim.. Saya terdiam tak terkata. Antara percaya mahupun tidak. Mereka yang masih muda, masih di alam sekolah, mempunyai paras rupa yang agak menarik perhatian, cute, cun, lawa, comel, tapi sayangnya, akhlak tak seindah rupa fizikal. Tapi saya tak dapat nak kata apa. Saya pun bukannya baik sangat, Cuma saya hanya mampu berpesan kepada mereka jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu. Saya pun tak nak mereka mengalami apa yang saya pernah alami.

Antara masalah lain :

“Saya tak cukup solat”

“saya ponteng puasa”

“Saya suka gaduh dengan orang”

“saya tak tutup aurat, tak pakai tudung”

“saya tak tahu nak solat macam mana”

“saya selalu lawan cakap ibu bapa”

“saya suka ponteng kelas, malas nak masuk kelas”

Bagi saya, pada umur sebegini, hati mereka masih lembut, masih boleh berubah, masih boleh di didik, di tarbiyah. Jadi kepada sesiapa, gunakan peluang sebaik mungkin untuk mendidik mereka. Ni juga untuk para ibu bapa serta guru-guru. Lepas ni saya akan bincangkan tentang punca & peranan ibu bapa pula.

Apakah punca sebenar masalah ini ? Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan begini ? Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran ni. Tapi punca utama adalah masalah keluarga. “semuanya bermula dari rumah” . Macam mana didikan di rumah ? Tentang masalah keluarga :

“Saya ada 18 orang adik beradik. Ayah saya ada 4 isteri. Ayah duk Terengganu. Sebulan sekali je balik. Saya tinggal bersama ibu saya, ada 2 adik-beradik. Abang saya belajar di Politeknik..”

“Saya tinggal bersama nenek saya. Ibu bapa saya bekerja di KL”

“Saya tinggal bersama ibu saudara & bapa saudara saya sejak kecil. Ibu saya menyerahkan saya kepada mereka sejak kecil lagi”

“Ayah & ibu saya selalu bergaduh, saya bosan bila berada di rumah”

“Pakwe saya berumur 26. Saya umur 16. Pakwe saya kerja kat stesen minyak. Dia selalu bawa saya keluar jalan-jalan”

“Ayah & ibu saya dah bercerai. Saya tinggal bersama ayah sahaja”

“Ibu @ bapa suka marah saya tak tentu pasal. Bila saya buat salah, saya dipukul dengan batang paip”

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, saya belum menjadi ibu bapa, belum berumahtangga, tak ada pengalaman dalam berumahtangga, nak menguruskan rumahtangga. Saya sendiri pun tak pernah mengalami masalah keluarga yang serius sampai tahap itu. Semua orang mempunyai masalah, tipula tak pernah ada masalah kata family saya happy je, tak ada gaduh-gaduh. Cuma beza masalah besar atau kecil je. Saya memang tak berhak nak menilai orang lain macam mana mereka uruskan keluarga mereka serta cara hidup mereka. Cuma apa yang saya nak nyatakan sini untuk bakal-bakal suami, isteri, ibu, bapa, jadikan coretan hidup orang lain sebagai pengajaran pada masa hadapan. Bersedia untuk menjadi ketua keluarga sebaik mungkin, didik keluarga dengan agama, bukan dengan kesenangan dunia semata-mata. Tengokla apa kesan pada anak-anak jika ianya berterusan berlaku, maka di mana pelapis masyarakat yang akan menjadi pemerintah, pendidik di masa akan datang. Lengkapkan diri dengan agama, mantapkan iman sebagai persediaan mendidik generasi yang akan datang.

Remaja~terlalu mengikut perasaan, terlalu mengikut hawa nafsu, belum matang & tidak berfikiran panjang. Ibu bapa seharusnya mengawasi dengan cara yang baik, bukan dengan kekasaran, hukuman yang berat. Jika tidak, itu akan lebih buat mereka memberontak. Didiklah mereka dengan penuh hikmah.

Kepada adik-adikku, bersabar dengan ujian Allah. Saya dah tekankan, ujian adalah tarbiyah dari Allah, Allah uji kita bermakna Allah sayang kita. Tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menuntut ilmu, jika keluarga kita gagal, jangan biarkan kita juga gagal. Siapa nak tolong kita suatu hari nanti ? Cuba lupakan masalah keluarga, jaga diri, jangan jadikan masalah keluarga penyebab adik-adik semua untuk bertindak bebas, melepaskan tekanan dengan cara yang salah. Balik kepada yang asal, minta pertolongan dari Allah. Ketenangan, kedamaian jiwa semuanya datang dari Allah swt. Banyakkan berdoa, Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa. Jangan putus asa dengan apa yang berlaku. Allah maha pengampun. Semua manusia buat silap, Cuma jangan ulangi benda lalu. Pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah..

Bila kita ingin berubah, akan ada je cabaran-cabaran di sekeliling kita. Jangan pedulikan suara-suara sumbang yang hanya nak menjatuhkan kita bila kita nak menuju ke arah kebaikan. Bersyukur dengan hidayah Allah. Bukan senang nak dapat hidayah Allah. Allah hanya beri kepada hamba yang Dia mahu sahaja.

Asif jiddan jika ada tersilap kata. Saya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Bukan hipokrit, tapi tak nak generasi akan datang akan melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan.. Iman pun turun naik. Susah nak istiqamah dalam melakukan sesuatu. Bertaubat, kadang-kadang buat lagi. Masih banyak yang perlu dibaiki.. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih buka hati saya, saya masih sedar bila buat silap, bukan hanyut jauh begitu sahaja.

Alhamdulillah..

Sekian~by *Ratu Syahadah*

Tags:

Filed under MyLife

Leave a Reply