Menjelang Imtihan

Semua students tengah menunggu hari itu. Semua orang kalau boleh nak tambah seminggu lagi study week. Sebab study week ni bukan sempat study pun. Tapi kena siapkan report, presentation, assignments. Lagi-lagi yang saya suka task yang En. Faisal bagi. ‘Sangatlah saya suka’.. haha.

“En.Faisal, kenapala bagi task macam ni ?”

“Eh, biasala belajar”

Haha.. Baiklah, kalau saya sendiri buat memang sumpah tak menjadi. Mujurla ada orang yang tolong, bagi guide. Thanks la sangat-sangat. Memang Problems Solver ahah..

Kisah semalam (26October2009)

Nak update blog pun tak sempat. Nak main game café world kat Facebook pun tak sempat. Kesian customers saya kelaparan tak ada makanan kat café saya. Nak online pun tak larat. Hari yang sungguh penat dan pening. Semua yang terlibat jadi pening. Sampaikan saya tidur seawal pukul 9pm++ lepas tu bangun pukul 8.30am esoknya. Tapi dalam pada masa tidur tu, sekejap-sekejap saya terjaga, macam tak lena sangat. Lagi-lagi bila ada SMS la, calls la. Saya amat bosan. Sungguh tak ada masa nak melayan benda tak penting. Kecuali benda penting, bolehla saya terima. Saya lagi tak suka pada orang yang tak faham bila saya kata saya busy. Kalau sibuk faham tak ? Kalau setakat nak SMS Tanya “hye, awk wtpe tu” , “awk dh mkn ke” , “nak call awak boleh” & bla bla bla.. Baik tak payah. Saya dah besar,boleh jaga diri saya sendiri.

Langsung terlupa ada kelas ganti Design Engineering & Software Testing pagi ni pukul 8. Mujurla sahabat-sahabat ingatkan. Bangun je subuh tadi terus macam rasa tak ada mood pun nak pergi kelas. Bajet pukul 9 nak pergi Lab sambung buat Cik Snort. Sekali, pukul 8 Syu datang bilik ajak pergi kelas. Saya hanya menggelengkan kepala pastu sambung tidur balik. Beberapa minit kemudian, ada lagi kawan datang bilik ‘knock knock’ . Saya ignore je & sambung tidur. Pukul 8.30 Syu & Ain SMS, “kelas kat Lab Blok A” hah ? kantoi la saya kalau pergi Lab tapi tak pergi kelas. Secara express, terus bersiap & pergi kelas. Sampai je kat sana, lecturer menghabiskan slide terakhir. Haha..

Masa nak present tadi, rasa confident semacam je. En. Faisal angguk tanda betul je apa saya cakap. Saya dah hafal scripts, & memang bersedia pun nak jawab apa. Thanks lagi pada Encik Problems Solver.. Siap boleh main tunjuk-tunjuk pula kat En.Faisal www.evilolyta.com . “Ni la my own hosting.. Tengok ni, baru dalam 4 hari, dah 66 unique IPs, dah 415 hits dah.” Haha En.Faisal layan je, senyum & siap bagi cadangan lagi haha..

Teringat pula nak beli something untuk baby cousin saya yang berumur dalam 45 hari. InsyaAllah hari jumaat ni nak visit baby & mama baby. So pilih la nak bagi apa kat baby ni ahah.. Sungguh saya geram tengok barang-barang baby yang cute sangat-sangat. Tak sabar nak ada baby sendiri. Ooppsss.. Suami pun belum ada. Calon Suami pun tak ada. Bakal suami lagi tak ada. Dulu saya tak suka baby & budak-budak. Sejak tahun lepas kot saya dah suka sikit-sikit dengan cousin yang baby. Ahah tak adala baby sangat, umur dalam 2 tahun dah kot haha. Cepat-cepatla nikah & dapat baby yang comel-comel heee… Lagi la terkilan sebab tengok ramai yang upload gambar baby diaorang kat Facebook, Friendster Ahh kerek Friendster ! haha.. Bila pula turn saya nak upload gambar baby sendiri ? Sungguh rasa keibuan kan ? haha

Kebiasaannya pada musim imtihan, mesti saya melenyapkan diri, melarikan diri dari semua orang. Tapi kali ni saya ada je kat UDM. Haha. “Did you missing something ?” Oyeah, kerja yang bertimbun tu yang mengikat saya terus berada di UDM. Lalala~

“Syu rasa geram nak candid gambar evi, sebab nampak sangat kat wajah evi happy sangat sekarang ni”

Haha. Banyak kerja tension macam ni pun nampak ni happy ke ? Maybe sebab lega ada report, kerja dah siap kot ahah..

Ayah pula sejak akhir-akhir ni macam mengawal & buat spot-check pula.

“Jangan keluar dengan lelaki, jangan contact lelaki. Kalau contact pun, pasal kerja je. Jangan message benda lain”

“Eh, mana ada ayah. Mana ada. Tak layan pun la..”

“Jangan jatuh cinta pulak dengan sesiapa”

“Eh, mana ada jatuh cinta..” (Macam tau-tau je nak ke arah itu) haha.

“Takleh kira Evi ni..”

Haha…. Mujurla saya ni jenis mendengar kata mereka, patuh pada arahan, rules mak ayah. hehe

Tags: ,

Filed under MyLife

Leave a Reply