Kisah Balik Semalam & Hosting Lagi
Kisah Balik Semalam~ Seperti yang diketahui saya balik sorang-sorang bertolak selepas maghrib. Dah berapa kali nak bagitahu, penat dah nak jawab. Memang la pelik kenapa saya buat macam tu, sedangkan ramai yang menghalang, aunty saya, sahabat saya. Tapi entahla. Buat keputusan ikut kepala sendiri. Saya rasa biasa je, saya rasa dah biasa jadi saya tak kisah. Tapi ramai yang risau pasal saya. Lagi-lagi daddy yang memang tak sedap hati nak lepaskan saya pergi balik sorang-sorang. “Evi balik la pagi esok. Ayah risau ni. Kenapa tak nak dengar ayah cakap ni” .. Ayah tetap pujuk tapi saya cakap saya nak balik jugak. adehh.. Dah la memang sepanjang jalan hujan lebat + ribut + jalan sibuk je. huhu
Petang tadi tiba-tiba Abg Ji call. Abg saya ni buat spot-check lagi ? Terus dia tanya
“Kat mana sekarang ni ?”
“Kat UDM la”
“Bila balik ?”
“Semalam”
“Bila ?”
“errr pas maghrib bertolak”
“dengan siapa ?”
“err sorang”
“sorang ? balik ikut jalan pantai gelap tu ?”
“err… a’ah” (habis aku kena soal siasat kali ni)
“eh eh Evi ni. bahaya tau tak. dah la perempuan, malam pulak tu. sorang lagi. kalau jadi pape, macam mana ?”
“InsyaAllah tak jadi pape Abg Ji” (jawab macam tak ada perasaan)
“eh eh.. bahaya tau tak. Abg Ji dengar macam-macam dah jalan tu”
“err ape ?”
“nantila Abg Ji cite. Jangan wat gtu lagi”
“err InsyaAllah” (tak janji tau)
& bla bla bla….
haha. kan dah cakap~ kalu dengan Abg Ji saya terus tak terkata. sebab dia sebagai seorang abang memang agak tegas dengan saya. Dia memang banyak ambil berat pasal saya. Dah faham perangai saya macam mana. Macam dulu saya memang degil, dia yang banyak mendidik saya, merubah saya. Sebab dulu memang tak dengar cakap mak ayah. Tu zaman jahil muda-muda dulu la. hoho tapi cara Abg Ji tu memang boleh lembutkan hati saya. Sehingga la saya yang banyak berubah ke arah kebaikan sampai sekarang, dari Allah tapi asbabnya dia.. Lepas tu sampaila sekarang, banyak merubah saya sampai patuh & tak melawan cakap mak ayah sejak 4 tahun lalu. InsyaAllah lepas ni saya tak buat perangai yang buat semua orang risau kat saya lagi. Nanti saya kena ada suami yang boleh didik saya dengan cara yang baik la. Nak belajar, boleh belajar dengan Abg Ji macam mana uruskan pasal saya ni. ahah.. Saya sebenarnya senang di didik, di tarbiyah tapi biar kena dengan caranya. Tak susah pun. Saya mudah menerima benda yang baik asalkan mengikut tingkah laku saya.
Hosting :
errr Thanks lagi yang tak terhingga kat Mr. Admin saya.. Dia yang banyak pantau perubahan dalam blog ni. Apa yang saya buat dengan blog ni. haha. “saya dah backup template. Sekarang boleh la main edit-edit”.. haha saya ni boleh menjahanamkan coding & tukar ikut suka hati. Mujurla ada Mr. Admin..
Tak sangka kan~ Patutla memahami.. Guess what~ saya punya birthday & Mr. Admin punya birthday pada bulan yang sama & beza 2 hari je & tahun memangla berbeza. ahah. Bila sama-sama bulan June ni memang memahami & boleh baca fikiran ke apa ? ahah.. Saya pun tak tau. Saya main agak je. ahah..
Saya dah pening nak add link banyak sangat, nak add itu, add ini. Jadi memang buat masa ni blog ni tak teratur. Suka hati saya je nak main add. Pastu Mr. Admin yang guide saya, betulkan apa yang saya buat. Terharunya saya..
Dengan web hosting ni, saya terlupa dengan masalah, saya terlupa dengan benda yang menyakitkan hati saya, saya lupa pada cinta manusia si lelaki yang pura-pura. Lebih baik saya bercinta dengan blog. Memang tenang la. ahah.. & Mr. Admin pun bagi tips : “yang penting hati kita tenang. sentiasa senyum, ceria. Jangan sakit hati dengan orang..”
Betul-betul…
Baiklah, esok saya ada re-test Software Testing. re-test ok. Means that, mark test baru ni agak teruk. 1 kelas kena buat re-test. haha.. Open book pula tu. Confirm susah.. Ong Yew Chuan paling tinggi pun dalam 31/65. Kami yang bawah-bawah ni lagi la bawah.
Nantila sambung-sambung edit blog ni.
Tags: Kisah


Sesape yg lahir bulan jun memang memahami, baik hati, sopan, dlm erti kata lain yg lahir bulan ni memang ok la..cukup syarat utk dibuat menantu juz kena pi kursus kawin ja hehe
sume yg bulan jun ni the best la ey ahah
.. ckup syarat wat menantu yg nk dgr tu. tp calon je xda lg ni. ahah..