By Ratu Syahadah on 17th October, 2009
15-17 October 2009~ Seramai 48 orang pelajar dari sebuah sekolah di Pasir Puteh menyertai kem motivasi di Kem PUTRA Kg. Chengal, Peringat, KB. Pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 4 yang juga merupakan pelajar yang agak bermasalah. Memang agak pening nak uruskan mereka. Tapi dengan kesabaran dan tujuan mendidik, serta sokongan dari Ketua kami Abg Ji, Alhamdulillah kami sabar & tabah untuk uruskan mereka yang bermacam-macam perangai.
Kem PUTRA~ Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini adalah 4 tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2005. Kami semua pelajar tingkatan 5 dihantar ke sini sebelum trial SPM untuk dimotivasi

.. Tempat ni best sangat. Tenang je, ada sungai, kolam.
Tempat ni yang banyak merubah saya sejak 4 tahun lalu.
Kali ni saya datang lagi, datang dengan untuk membantu adik-adik saya~
Di sini la dimana saya mengenali Abg Ji, Abg Azhar, Kak Mah serta beberapa orang fasi yang lain yang sampai sekarang
menjadi seperti sebuah keluarga. Tak dinafikan di antara mereka, saya paling rapat dengan Abg Ji, semua orang tahu sejak sekolah lagi, guru-guru, ustazah, ustaz serta family saya sendiri. Tapi kami hanya sebagai abang & adik, & semua orang tahu Abg Ji pun sudah berumahtangga & mempunyai seorang anak yg comel sangat Iman Al-hafiz
Kali ini, saya dijemput lagi oleh Abg Ji. Mula-mula saya macam nak tak nak je datang. Saya pun tak tahu kenapa. Dengan alasan saya nak balik rumah. Padahal, sekarang ni saya duk sorang-sorang kat rumah. Tidur pun sorang-sorang sebab semua orang tak ada, pergi holiday. Sehari sebelum berangkat ke sini, saya minta excuse dari Abg Ji & mummy saya. Evi LoLyta buat hal lagi ! Dan saya tahu jawapannya, “Evi kena datang”. Mummy pula kata “U Must join Abg Ji’s program !” adehh.. Jadi saya pun merajuk & tak nak bercakap dengan sesiapa dalam masa sehari. haha.. Malam sebelum datang sini Abg Ji call lagi, spot-check keadaan saya. err “Evi ok, Evi ok Abg Ji. Evi akan pergi kem..” heh gedik macam budak-budak la Evi ! Bila nak matang & tak menyusahkan orang lain fikir pasal Evi.
Barisan Fasi yang terdiri dari 6 muslimat dan 2 muslimin. Sorang lagi muslimin yang tengah ambil gambar. Asif, 2 muslimin ini telah mempunyai seorang isteri & 3 masih kosong. haha. Saya & Ain dari UDM. Kak Mira adalah lecturer dari KTB, Kak Afrah dari Politeknik Jitra Kedah serta Wanti & Kak Zatil dari UiTM. 2 orang muslimin lagi iaitu Abg Ji & Abg Azhar. hoho yang kat belakang tu adalah Abg Ji ok~ Kami semua anak buah Abg Ji & Abg Azhar~

15 October : Saya tiba di Kem Putra bersama Ain.
Mengimbau kembali semua detik kenangan itu ahah

Boleh pula tak ingat jalan mana nak masuk. haha. Abg Ji pun pening dengan Evi. Ain pun sama. Sebesar-besar signboard tak nampak. Signboard kubur jugak Evi nampak. haha. Tenang sangat bila melangkah masuk ke kawasan ni. Terus terlupa tentang masalah, tentang exam & tentang masalah hati..
Malam pertama di Kem Putra : Sesi kenal-mengenal antara 1 sama lain. Biasala, adegan sentuh-sentuh & cium dahi untuk merapatkan ukhwah.. Saya digandingkan dengan seorang pelajar tingkatan 4. Pelajar yang mempunyai paras rupa yang agak cute
Dia tidak mempunyai kakak & dengan sentuhan serta pelukan dari saya itu membuatkan dia mengalirkan airmata. “Saya tak pernah merasai belaian dari seorang kakak seperti ini” err pandainya Evi belai-belai orang nih. haha.. Memang terharu apabila dia meletakkan kepalanya di atas riba saya & menangis teresak-esak. Saya mendapat penghargaan dari Abg Ji sebab pandai treat budak ni sampai jadi macam tu hehe. Evi LoLyta kan caring !

16 October 2009 : Saya ditugaskan untuk mengetuai senam robik untuk riadah pada pagi itu. Suka hati je, Apalagi, pasang lagu yang sesuai dan bersenam robik la dengan cara sendiri. Sumpah malu perangai seorang kakak macam ni ! haha.. Seterusnya, LDK pertama pada pagi itu adalah aktiviti “Life Line”. Respon mereka bagus, cuma ada sorang 2 yang agak pasif. Selepas tu ada ceramah dari Ustaz Izani
Ustaz yang single lagi. Memang siqoh sangat ustaz ni. adehh masih ada lagi lelaki yang soleh suci murni

Kak Afrah & Evi LoLyta
Kak Afrah sporting sangat-sangat.
Mind dia adehh.. haha~
Petang selepas solat Jumaat ada
permainan ILT. susun-susun kadbod tu. Nampak je senang tapi~ ahaha.. Riadah petang tu pula dilakukan di kawasan riadah di kem yang memang saya cakap, memang sesuai sangat-sangat untuk riadah. Ey apa saya cakap ni berbelit-belit.. haha.. Kesian budak-budak ni abg Azhar suruh baring atas tar yang memang panas huhu..
Pengisian antara maghrib & isyak. Abg Ji ambil alih untuk pengisian waktu ni.
Memang menusuk kalbu. Dengan Evi sekali terkesan dengan kata-kata Abg Ji. Seperti 1 masa dulu juga, disini jugala saya di tarbiyah.

Tazkirah & kata-kata keinsafan dari Abg Ji..
Evi pun terasa sama.
Memang patut saya hadir majlis ilmu sebegini..
LDK seterusnya pada malam itu adalah TAKDIR. Panjang pula nak explain macam mana aktiviti ni. Tapi saya berjaya buat adik-adik saya tersentuh & apalagi, menangisla diaorang. Maaf dik, kata-kata akak tu hanya nak buat awak sedar & cuba untuk terima takdir Allah, ketentuan Allah yang kita tak dapat nak halang..

Selesai LDK pada malam itu,
ada BBQ untuk kami & adik-adik semua & sesi makan bersama adik-adik.. hoho.. Thanks to Abg Ji sebab buat BBQ untuk kitaorang. Kami bergembira betul malam itu hoho..
17 October 2009 : Hari terakhir di kem PUTRA. Masa yang cepat sangat berlalu tak payah cakapla kan. LDK terakhir adalah saya sebagai kakak kena tulis kata-kata semangat untuk adik-adik saya ni. Penat juga menulis untuk 8 orang adik ni. Tapi diaorang punya pasal, saya rajinkan diri
Selepas itu, aktiviti terakhir di dalam dewan adalah potret IBU. Aktiviti yang pernah saya lalui 1 masa dulu.

Potret IBU~
“Saya berjanji IBU, saya akan……..”
11am : Majlis Penutup~.. huhu Masa ni tak payah cakapla, dengan saya sekali termenangis terharu. Saya tak boleh nak pandang wajah-wajah mereka. Sungguh.. & tibala sesi berpelukan yang tak payah cakapla erat sangat. Lagi-lagi bila ramai-ramai datang peluk saya, menangis di bahu saya. Memang habis basah tudung saya. Perpisahan~ sungguh menyakitkan..
Lunch bersama Abg Ji, Abg Azhar, Ain, Kak Mira, Kak Afrah, Kak Zatil & Wanti. ahah..
Thanks kepada semua sahabat sekerja, & orang yg paling saya hormati Abg Ji. Saya tenang, happy sangat selama 3 hari 2 malam berada di sini. Evi punya selera makan tak payah cakap. haha. Hati saya bahagia sangat kot kat sini sampai makan banyak sangat-sangat. Abg Ji cakap “bagus Evi” haha.. ada pula yang menjawab “Kenapa Evi, sape yang ada kat sini sampai selera sangat ni” Subhanallah.. jauh betul diaorang fikir. Tapi memang saya bahagia. Saya pun tak tahu kenapa hati ni tenang sangat, jiwa ni damai sangat. Menghabiskan masa bersama selama 3 hari 2 malam, makan bersama, berada dalam tempat yang sama & bla bla bla..
Saya sayang adik-adik saya. Boleh pula termenangis lepas solat tadi sebab rindukan diaorang semua. Akak sentiasa doakan adik-adik..
Hoho malam ni saya tidur sorang-sorang kat umah. 2 hari kat umah duk sorang-sorang.. Berani tak saya ? Ahah.. well Evi LoLyta~ I’m A Strong & Tough Gurl Enough
Saya mendapat jemputan majlis makan-makan dari seorang sahabat muslimin saya di KMM dulu. Ada 2 majlis di rumahnya~ Asif, saya tak dapat pergi sebab program di Kem PUTRA habis lambat. Memang niat saya nak pergi, tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Memang terkejut dengan undangan itu, rasa macam entahla. hoho janganla merajuk saya tak datang, jangan tuduh saya tak nak pergi. Tapi saya betul-betul perlu selesaikan tugas ini…
Tags: kem
You can leave a response, or trackback from your own site.
Assalamualaikum..
nice story here..
harap dapat jmpa..
salam,macam knai jea????/hahahahha
ws.. ow yeke ? spe ey ? huhu