Archive for October, 2009

Cousins Talk

Firstly, laptop baru sihat. Tak kritikal pun, cuma demam sikit-sikit. Tak adala heart attack pun haha. Tiba-tiba pagi jumaat ‘windows corrupt’ . Mula-mula macam tak percaya je. Sebab selama 2 tahun lebih laptop tak pernah buat hal, tak pernah di format, tak pernah masuk virus. Jadi cuak sangat bila jadi macam ni. Terus call someone. Bila saya cerita apa prob, dia macam gelak-gelak. Saya pelik jugak. haha.. Mujurla tak termenangis. Tapi takdela sampai nak nangis pun kan. Alhamdulillah, petang tadi dah ok setelah di hantar ke Clinic berdekatan dlm UDM jugak. Thanks for gave ‘the best treatment’ for my laptop :)

Tengah hari semalam, saya menghabiskan masa sampai petang kat rumah aunty saya, che Ani kat Pasir Panjang. Actually dah seminggu saya, kak Shila & kak Jana plan nak jumpa & borak-borak. hoho Womens Talk. ahah.

Kak Shila & kak Jana ni 2 2 cousin sebelah ayah. 2 2 dah bersuami, saya je belum. kak Jana kata  “Evi cepat-cepatla kawen” , “Takde calon lagi la kak Jana”.. Anyway, kak Jana baru je dapat baby nama Nik Aidan Harraz Bin Nik Khalid :) Congrats ey..

nn

Me, Kak Jana & Kak Shila

Kitaorang borak macam-macam. Ahah. Sampai rasa macam tak habis gosip lagi. haha. Yang saya paling suka tentang 2 orang cousin saya ni, 2 2 mummy orang, tapi 2 2 sangatla active main cafe world & farmville kat facebook. Dahla diaorang punya level lagi tinggi dari saya. ahah mummy modern. Borak-borak pun cakap pasal facebook, cafe world semua tu.

Anyway, thanks to all of you my cousins. Kalau nak saya kawen cepat-cepat, carila calon untuk saya. haha ;)

It’s time for study, so turn of your wireless please ;)

Filed under Family

Bowling FIT

Tengah hari tadi ada pertandingan bowling di antara pelajar Fakulti Informatik kat KT Bowl Astaka. ahah actually first time sampai bowling kat sini. hoho lane sikit je, ada 10 je. ahah. Jauh lebih baik kat KB Mall ahah..

Semua diarahkan berkumpul pukul 12pm. Tapi budak-budak ni suka hati je datang lambat. I Hate Waiting. Sampai kat town dah terus zohor & solat zohor kat sana. Toilet tak payah cakap, like hell. Memang amat geli. isk~

My Team~ Ijah, Iqa, Maj. Actually main saja-saja suka-suka. Bukan serious sangat pun ahah.. Di sebelah kiri & kanan adalah lane juniors sem 1.

b3

Yang si baju merah ni la Juara. Memang hebat. Tapi… haha takpe, takpe. Aku simpan rahsia ko. haha. Dia ni my Junior Sem 3. Gang dia memang hebat. Kalau dia tak ada, mesti kami dah menang haha..

b2

b

Pukul 5.30 baru bus sampai datang ambil kitaorang. Dengan jalan jam lagi, pukul 6.40pm baru sampai UDM. Penat tak payah cakap la. Tapi saya sangatla makan banyak hari ni. Pisang Goreng, Prawnballs, Crabmeat, Cup Corn, Fried Mihun at Bora-bora Cafe & Lastly Ice Cream at Mc Donalds. haha. Kat bilik makan nasi ayam lagi. Adehh saya semakin banyak makan sejak akhir-akhir ni.

Dan hari ini juga saya nak share 1 cerita yang nak bagi pengajaran kepada semua readers. Cerita ni actually tak siapa yang tahu, even kawan saya sendiri. Hanya Syuzana & roommate saya pun baru tahu dalam seminggu lepas, tapi diaorang hanya tahu gitu-gitu je. Saya bukan nak buka aib saya sendiri ataupun aib orang lain. Tapi hanya sekadar berkongsi.

Suatu masa dulu, ada seorang staf di sini nak kenal dengan saya. Saya tak nak nyatakan di sini dia staf di kampus Kota @ Kusza. Masa dalam satu program tu dia nampak saya, & dia minta no. fon saya dengan kawan saya di fakulti lain. Mula-mula memang kawan saya tak nak bagi. Pastu kawan saya selalu cakap, dia kirim salam la, pastu dia mintak lagi. Lastly, kawan saya pun bagi la. So dari situ la dia contact saya. Saya tak cam pun dia mula-mula, tapi dia cam saya. Ada sekali tu, dia datang kat blok nak jumpa saya. Sepanjang kenal ni, hanya 3 kali baru jumpa dia.

Memang mula-mula saya ingat dia single. Tapi lama-lama saya rasa macam dia tu suami orang. Sebab dia hanya call time office hour, tapi masa malam pukul 11, 12 malam dia ada SMS juga. Saya pun ignore je & kadang-kadang je contact. Saya pun satu hal, kenapala tak pernah nak tanya apa status dia. Sebab saya memang tak peduli, tak take serious pun sebab bukan rapat sangat. Baru ni masa ada dinner Faculty, dia ada call. Sebab dia tahu Faculty saya ada buat dinner & dia tanya saya pergi ke tak. Tak perlula saya bagitahu readers apa lagi yang kami contact. Sekarang saya nak exam, banyak pula ada SMS tanya study macam mana semua. Saya pun hanya reply macam biasa anggap macam seorang sahabat tanya.

Tadi, saya memang ada SMS sebab pasal saya ada bowling Faculty. Entah macam mana, masa balik, saya tiba-tiba rasa nak tanya seorang staf lain pasal dia. So mula-mula saya tanya biasa-biasa je. Saya pun terkeluar tanya

“Encik, Encik K dah kawin ke” ?

“Dah kawin la. ada 2 3 orang dah anak. Baru dapat baby baru ni. kenapa, awak tak tahu ke ?”

“Encik, biar betul. saya tak pernah tahu pun. habis yang dia contact saya selama ni apa ? jangan tipu..”

“betul la, buat apa saya nak tipu. Mari saya call dia sekarang, awak dengar sendiri”

(then Encik tu call, buat loudspeaker) & bla bla bla… pastu…

“sy tak menghalang. saya hanya bagitahu dia suami orang. terpulang pada awak. rumahtangga kalau tak ada masalah jangan cari masalah. tak salah nak berkawan. tapi pandai-pandai la”

“terima kasih encik. kalau tak, memang saya tak tahu sampai bila entah”

Memang confirm dia suami orang. Saya tak pernah tahu pun selama ni. masa tu juga saya nak SMS dia, tapi fon saya pula battery empty. Ya Allah, tuhan je tahu geramnya rasa. kenapala selama ni tak bagitahu je awak tu dah ada isteri ? Subhanallah.. Balik je, terus saya SMS dia & …..

“dah ada anak tak bgtau pn ey”

“dah tak pernah tanya”

“awak pn bkn nk gtau slma ni dh  ada anak, istri, xpnah cte pn”

“sy igt awk dh dpt agk dr awl”

“sy xtau pn awk dh kwin, xpnh tau pn. sy rsa mcm pnh tny, tp awk mcm xnk jwb. cra awk tu xnmpk pn awk dh kwin. mana sy tau. ni pn tau dr org lain”

“sy tgu evi tny,tp xpnah lak evi tny”

“awk yg xpnah cte. rsa bsalah sgt slma ni duk msg dgn suami org. mlm2 plak”

“spatutnya sy yg rsa bsalah. sy yg mulakan dlu nk knl evi. sy minta maaf dgn apa yg blaku. tpulang pd evi nk go on @ break je”

“awk dh ada istri, knp dulu nk knl dgn evi jgk. xdpt bygkn apa psaan istri awk kalu tau ni. mst awk ada msg dgn student len jgk slain evi kn. mmg evi dh xcya kt laki lg”

“sy knl evi pn scara spontan. xsngka sy knl evi smpai hr ni., igt x serious. utk pgetahuan,slma dsni, evi student first yg plg sy knl rpat. tpulang pd evi nk kata apa. minta maaf spnjang psahabatan kita”

“evi xtau apa tjuan awk nk knl evi sdgkn awk dh ada istri. apa lg yg awk nk. ntahla !”

bla bla bla~

Selama ni maybe salah saya juga tak pernah tanya. Tapi saya pun tak pernah sangka. Dalam ramai-ramai orang masa program tu, dia nak kenal dengan saya. Saya sangka dia single. Saya tak terfikir pula suami orang akan nak kenal dengan saya. Ada juga kadang-kadang tingkahlaku dia tu yang saya rasa macam dia dah ada isteri. saya terfikir nak tanya Abg Ji, tapi saya takut nanti di soal macam-macam. Lagipun saya pun tak nak la heboh-heboh, nanti orang kata ada scandal dengan staf pula. Entah tergerak hati macam mana tadi, terus tanya staf yang satu lagi. huhu.. So pada suami-suami orang, tolongla jangan buat macam ni. tak payah la nak cari masalah ok. Pada perempuan pula, siasat la dulu siapa mereka lelaki itu.

Saya tahu dia akan baca blog saya. Saya tahu dia memang buka blog saya. Tak kisah la dia nak terasa ke, apa ke dengan apa saya katakan. InsyaAllah saya masih simpan rahsia ni. Saya tak akan bagitahu siapa awak, yang mana satu. Mungkin ramai yang kenal awak kalau saya bagitahu kat sini. Tapi saya masih jaga aib awak, cuma tolongla jangan buat lagi.. kesianla kat isteri awak kat rumah.

...baru ni orang ganggu saya punya, sampai saya tak boleh terima lelaki itu lagi. rupa-rupanya dalam masa yang sama saya pun dikira mengganggu orang punya..

Filed under MyLife

Malaysian Idols Blog

blog_award_thumb212

Kali ni mari kita selidik blog mana yang di katakan ‘Malaysian Idols Blog’ . Ini award saja-saja yang saya buat sendiri. Haha.. Hanya 2 blog yang menjadi idola tertinggi saya. Bukan saya tak suka & tak baca blog lain. Saya baca juga, cuma yang ni paling teratas la. Kira semua apa yang ada dalam blog tu ‘the best’. Idola tak bermakna saya meniru blog itu, tak bermakna saya ciplak sumber-sumber cara penulisan dari blog mereka. Tapi ianya sebagai guide untuk saya memantapkan blog ini. Selain itu, apa yang ada dalam blog tu banyak bagi manfaat pada saya juga.

Apa blog nya ? Banyak cakap pula Evi LoLyta ni. Bagitahu je la blog mana ? haha. Assobru Minal Iman. Well, 2 Malaysian Idols Blogs are :

http://nurulism.com/ & http://ms.langitilahi.com/

Pernah visit tak these blogs ? Best kan.. Bagi yang tak pernah, dipersilakan. Ahah promote blog orang pula haha.. Kedua-dua web hosting sendiri. Macam saya juga. Lalala~ haha perasan je. haha

Actually, kedua-dua blog’s owner saya tak pernah jumpa. Saya tak kenal pun. Confirm lagi diaorang tak kenal saya. Lagi diaorang tak tahu saya follow blog diaorang, tengok latest updates. Saya tahu blog diaorang ni pun dari sahabat-sahabat saya. Sejak terbaca kali pertama, jadi nak baca banyak kali pula. Sampaila sekarang.

http://nurulism.com/ :

Tentang blog ini, saya suka baca, tengok gambar, sebab life author ni sangat wonderful. Nak tahu, bacala kat blog dia. Tak boleh la saya nak cerita pasal orang yang saya tak kenal kat sini pula. Nanti tersilap cerita lain pula. Ahah. Dia juga seorang perempuan macam saya. Cuma beza, dia dah bersuami. Saya belum lagi. Nanti saya dah ada suami, saya pun nak letak banyak-banyak gambar suami saya yang handsome tu. Hehe.. Congratulations Puan Nurul sebab Berjaya buat ramai readers addicted to your blog.

http://ms.langitilahi.com/ :

Tuan punya blog ni lagi la saya tak kenal. Dia pun berada jauh di benua lain, Negara lain. Saya suka sebab blog ni provide Islamic information & juga ada tentang motivasi. Setahu saya, dia adalah seorang penulis buku. No wonder la blog pun hebat, sebab memang seorang penulis. Tapi saya tak pernah baca buku dia. Saya pun tak suka baca buku, tapi saya suka baca artikel dekat blog, senang cerita kat laptop, kat internet. Buku digantikan dengan laptop. Boleh tak ? haha dah saya ni Computer Science’s people. Itu minat saya, even study pun kat laptop. Ahah.. Tentang motivasi, banyak juga ke arah motivasi. Bukankah saya minat motivasi ? hoho no comment. Banyak lagi perlu dimotivasi & perlu belajar. Congratulations untuk adik Hilal Asyraf yang Berjaya bagi manfaat pada readers & juga saya.

Apala Evi LoLyta ni, banyak lagi blog lain. Kenapa 2 blog ni je yang di jadikan idola ? Dahla tu, kedua-dua hosting sendiri. Tak minat dengan blog orang yang guna blogspot ke, wordpress ke, livejournal ke ? Hoho baiklah. Mestila saya suka juga. Bagi blogspot, yang paling top bagi saya adala http://puteraazhari.blogspot.com/

Nak tau lebih lanjut, please visit this blog. Blog ni saya terjumpa masa tengah tengok-tengok blog lain. Entah link dari mana pun saya tak ingat, tapi dari sahabat-sahabat saya di Mesir la. First visits tu saya dah suka. Rasa nak selalu baca. Artikel hebat, berunsurkan jiwa remaja juga la. Ada juga diselitkan pasal cinta. Saya agak, dia seorang pelajar juga, & mesti berumur dalam lingkungan saya. Itu tak penting, sama ada kenal author ni atau tak. Yang penting, penulisan dia yang dapat bagi kebaikan pada saya.

Seperti yang diketahui, saya paling tak suka blog yang suka ambil copy paste artikel orang lain. Saya suka yang guna ayat sendiri, cara persembahan tersendiri walaupun isi lebih kurang sama. Congratulations to these 3 bloggers sebab Berjaya buat saya suka blog kamu semua. Ahah .. Keep blogging.. ;)

Filed under others

Menjelang Imtihan

Semua students tengah menunggu hari itu. Semua orang kalau boleh nak tambah seminggu lagi study week. Sebab study week ni bukan sempat study pun. Tapi kena siapkan report, presentation, assignments. Lagi-lagi yang saya suka task yang En. Faisal bagi. ‘Sangatlah saya suka’.. haha.

“En.Faisal, kenapala bagi task macam ni ?”

“Eh, biasala belajar”

Haha.. Baiklah, kalau saya sendiri buat memang sumpah tak menjadi. Mujurla ada orang yang tolong, bagi guide. Thanks la sangat-sangat. Memang Problems Solver ahah..

Kisah semalam (26October2009)

Nak update blog pun tak sempat. Nak main game café world kat Facebook pun tak sempat. Kesian customers saya kelaparan tak ada makanan kat café saya. Nak online pun tak larat. Hari yang sungguh penat dan pening. Semua yang terlibat jadi pening. Sampaikan saya tidur seawal pukul 9pm++ lepas tu bangun pukul 8.30am esoknya. Tapi dalam pada masa tidur tu, sekejap-sekejap saya terjaga, macam tak lena sangat. Lagi-lagi bila ada SMS la, calls la. Saya amat bosan. Sungguh tak ada masa nak melayan benda tak penting. Kecuali benda penting, bolehla saya terima. Saya lagi tak suka pada orang yang tak faham bila saya kata saya busy. Kalau sibuk faham tak ? Kalau setakat nak SMS Tanya “hye, awk wtpe tu” , “awk dh mkn ke” , “nak call awak boleh” & bla bla bla.. Baik tak payah. Saya dah besar,boleh jaga diri saya sendiri.

Langsung terlupa ada kelas ganti Design Engineering & Software Testing pagi ni pukul 8. Mujurla sahabat-sahabat ingatkan. Bangun je subuh tadi terus macam rasa tak ada mood pun nak pergi kelas. Bajet pukul 9 nak pergi Lab sambung buat Cik Snort. Sekali, pukul 8 Syu datang bilik ajak pergi kelas. Saya hanya menggelengkan kepala pastu sambung tidur balik. Beberapa minit kemudian, ada lagi kawan datang bilik ‘knock knock’ . Saya ignore je & sambung tidur. Pukul 8.30 Syu & Ain SMS, “kelas kat Lab Blok A” hah ? kantoi la saya kalau pergi Lab tapi tak pergi kelas. Secara express, terus bersiap & pergi kelas. Sampai je kat sana, lecturer menghabiskan slide terakhir. Haha..

Masa nak present tadi, rasa confident semacam je. En. Faisal angguk tanda betul je apa saya cakap. Saya dah hafal scripts, & memang bersedia pun nak jawab apa. Thanks lagi pada Encik Problems Solver.. Siap boleh main tunjuk-tunjuk pula kat En.Faisal www.evilolyta.com . “Ni la my own hosting.. Tengok ni, baru dalam 4 hari, dah 66 unique IPs, dah 415 hits dah.” Haha En.Faisal layan je, senyum & siap bagi cadangan lagi haha..

Teringat pula nak beli something untuk baby cousin saya yang berumur dalam 45 hari. InsyaAllah hari jumaat ni nak visit baby & mama baby. So pilih la nak bagi apa kat baby ni ahah.. Sungguh saya geram tengok barang-barang baby yang cute sangat-sangat. Tak sabar nak ada baby sendiri. Ooppsss.. Suami pun belum ada. Calon Suami pun tak ada. Bakal suami lagi tak ada. Dulu saya tak suka baby & budak-budak. Sejak tahun lepas kot saya dah suka sikit-sikit dengan cousin yang baby. Ahah tak adala baby sangat, umur dalam 2 tahun dah kot haha. Cepat-cepatla nikah & dapat baby yang comel-comel heee… Lagi la terkilan sebab tengok ramai yang upload gambar baby diaorang kat Facebook, Friendster Ahh kerek Friendster ! haha.. Bila pula turn saya nak upload gambar baby sendiri ? Sungguh rasa keibuan kan ? haha

Kebiasaannya pada musim imtihan, mesti saya melenyapkan diri, melarikan diri dari semua orang. Tapi kali ni saya ada je kat UDM. Haha. “Did you missing something ?” Oyeah, kerja yang bertimbun tu yang mengikat saya terus berada di UDM. Lalala~

“Syu rasa geram nak candid gambar evi, sebab nampak sangat kat wajah evi happy sangat sekarang ni”

Haha. Banyak kerja tension macam ni pun nampak ni happy ke ? Maybe sebab lega ada report, kerja dah siap kot ahah..

Ayah pula sejak akhir-akhir ni macam mengawal & buat spot-check pula.

“Jangan keluar dengan lelaki, jangan contact lelaki. Kalau contact pun, pasal kerja je. Jangan message benda lain”

“Eh, mana ada ayah. Mana ada. Tak layan pun la..”

“Jangan jatuh cinta pulak dengan sesiapa”

“Eh, mana ada jatuh cinta..” (Macam tau-tau je nak ke arah itu) haha.

“Takleh kira Evi ni..”

Haha…. Mujurla saya ni jenis mendengar kata mereka, patuh pada arahan, rules mak ayah. hehe

Filed under MyLife

Study Week + Finals

Final Exam Sem 1 09/10

Here is my Final Exam Timetable~

Bachelor of Computer Science (Software Development) Sem 5

1 Nov 2009 2.30-5.30pm : Data Communication & Networking OTH03

3 Nov 2009 9.00-11.30am: Web Programming AH08

8 Nov 2009 9.00-11.30am : Operating Systems AH01

11 Nov 2009 9.00-11.30am : Network Security AH08

12 Nov 2009 2.30-5.00pm : Design Engineering & Software Testing OTH01

19 Nov 2009 9.00-11.30pm : Ethics, Communication & Strategic Planning DABS

Wish you all the best for finals. Sorry for everything of any mistakes that I’ve done, whether I realized or not.. Do pray for our success. :)

Study Week :23-31 Oct 2009

Saya setia berada di UDM. Tak balik & tak rasa nak balik pun. Ada kawan-kawan yang pelik & tanya saya tak balik ke study week. Ahah pelik ke ? Sebab kalau hal balik, mesti saya orang first yang balik. En.Faisal pun dah faham dan siap tanya “tak balik rumah ke minggu ni ?” haha.. Sebab setiap kali dia nak buat kelas ganti masa weekend, mesti saya cakap “En.Faisal, saya balik rumah minggu ni. Tak boleh buat kelas masa weekend” .. haha..

Saya tak balik sebab banyak kerja & saya rasa buat penat je balik kena drive lagi. Lainla kalau ada orang volunteer nak jadi driver saya hantar & ambil saya untuk balik. Baik jadi masa sem 1 dulu, ayah datang ambil & datang hantar. Bila masuk sem 2, semua kena buat sendiri. Bila saya minta ayah saya hantar, dia akan cakap “ayah boleh hantar, kereta tu hantar balik rumah, tak payah guna kereta” .. haha.. Nak ke ? Habis nak pergi makan macam mana ? haha..

Kerja yang kena buat :

1. Hantar complete Testing system “Newspaper Delivery”

2. Report MANET ad-hoc

3. Report Demilitarized Zone (DMZ)

4. Install IDS & Hacking Tools dalam LINUX

Anything else that I’ve missing ? Owh kata-kata lecturer yang saya perlu ingat :

“Baca apa yang saya ajar je untuk final nanti. Tak payah baca lebih-lebih”

“Siapa rasa diri dia lemah, datangla jumpa saya before paper nanti”

Saya paling takut paper Operating Systems & Web Programming. Tapi sekarang saya lebih focus pada Operating Systems. Tidur pun bersama buku OS. haha. Web Programming tu sebab entahla. Tak boleh nak study lagi. adeh.. Study coding dalam hosting ni jela boleh tak ? haha.. Tapi sejak akhir-akhir ni saya agak bersemangat nak study. Study online. Means that, tak faham, tanya je orang kat YM. Terus boleh jawab. Kalah Abg Google ! :) .. Selain tu, bila kita discuss benda yang berfaedah, pasal ilmu lagi-lagi dengan orang yang berilmu, memang kita makin rasa semangat nak belajar, makin rasa nak tahu. Thank God ! Semoga saya sabar & terus bersemangat~ Because I Like to Learn Something New & Unique ahah..

All the Best for Finals peeps.. ;)

Filed under UDM

FIT Annual Dinner

Faculty of Informatics Annual Dinner at Riyaz Heritage Pulau Duyong ;)

Hoho themes colours : Black, White & Red

qqq

My Classmates~ Tapi ada lagi ramai yang tak datang..

Penat Nak cerita panjang-panjang. So Sleepy & nak YM huhu…

Filed under UDM

Lunch At Kak Ila’s House

Hari Jumaat yang penuh bermakna, penuh kebahagiaan, bunga-bunga kemesraan~ Haha tak ada kaitan langsung dengan ayat ni. Hari ni saya lunch kat rumah cousin saya, Nazaitul Shila Bt Rasit aka Kak Ila. Kak Ila ni lecturer kat UMT, Jabatan Teknologi Alam Sekitar. Kak Ila adalah cousin sebelah ayah saya :)

1

Kak Ila ada 2 orang anak lelaki yang comel, sorang nama Engku Adam (3 tahun) & sorang lagi Engku Iman (6 bulan). Suami Kak Ila, Engku Ahmad Rizani tak ada kat rumah, sebab offshore. So kita-kita je makan-makan, borak-borak & bla bla bla hehe.. Kak Ila ni muda lagi, so memang sporting.

Thanks to kak Ila, susah-susah masakkan untuk saya.. Last night kak Ila called & invite saya ke rumah dia. Ahah terharu rasa. Seronoknya bila mempunyai cousin, saudara-mara yang baik hati. Lagi-lagi saya yang suka bersaudara, suka kenal saudara-mara.

2

Baby Iman. Bestnya dukung & peluk baby. Tak sabar pula nak ada baby sendiri. haha. Tapi calon pun belum ada lagi. Tapi ada gaya tak nak jadi seorang ibu mithali & isteri yang solehah nanti ? Doakan ye supaya bertemu jodoh cepat-cepat. haha

Di sebabkan kakak saya punya calon suami bukan dari Nik’s Family, jadi saya kenala ikut kata parents saya kalau boleh cari yang Nik’s Family juga. :) Saya tak kisah, asalkan boleh terima diri saya seadanya, boleh memahami saya & yang paling penting jujur & setia. Itu dah lebih dari cukup. Saya tak pandang pada harta, pangkat, darjat. Sebab kita semua sama di sisi Allah, cuma beza keimanan & ketaqwaan kita pada Allah.. Tapi dah kalau jodoh saya bukan dari Nik’s Family, nak buat macam mana kan. Bukankah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ?

Filed under MyLife

Web Project Presentation & Majlis Hari Raya

Alhamdulillah sudah selesai dua projek terbesar bagi kami iaitu Web Programming Project Presentation & Majlis Hari Raya anjuran kami yang mengambil subject Ethics, Strategic Planning & Communications. Majlis Hari Raya ini adalah assignment untuk ‘Strategic Planning’ dan di ambil kira markah dari semua segi oleh lecturer kami Dr. Fadhilah Ahmad yang juga sponsor pada majlis kali ni. Kitaorang cuma arrange je. ahah :)

Web Programming Project Presentation :

Semestinya kena develop system. System yang kami Design dalam subject Design Engineering & Software Testing, pastu buat sistem untuk subject Web Programming. Pening tak payah cakapla walaupun ada yang kata “ala simple je sistem. Add, Delete, Create, Update Database je” huhu.. Tapi bagi kitaorang ni agak complicated. Kitaorang punya sistem kali ni ‘Newspapers Delivery System’..

Kerja Last Minute~ Biasala tu. Kitaorang pun tak tau kitaorang sibuk dengan apa je selama 2 3 minggu ni. Actually interface dah buat awal-awal tapi entahla. Lastly, guna interface lain juga. Semalam, tidur lambat macam biasa. Tapi saya tidur agak awal la sebab memang tak boleh tahan mengantuk sangat. Yang paling tidur lambat ialah kak Liza, pukul 6 pagi kot. Masa saya tersedar pukul 4 5 pagi, diaorang masih tengah siapkan lagi. adehh curi tulang betul Evi LoLyta. haha ! Ain & Angah dah tertidur juga, cuma tinggal Syu yang masih tekun buat kerja. Kesian pula sahabat-sahabat saya, sampai tidur kat bawah, tapi saya lena je di tempat tidur saya. Sungguh rasa bersalah. Lepas tu saya dah tak ingat apa, sambung tidur balik & tersedar pkul 7.50am. Sudah terlambat ! Lab pukul 8. Saya ingat saya paling lambat sampai pukul 8.15am, tapi rupa-rupanya ramai yang belum datang. Semuanya bangun lambat sebab siapkan system semalam. Ada di antara sahabat saya pun datang Lab tak mandi sebab tak sempat. haha. Actually kitaorang dah biasa datang Lab tak mandi, saya pun pernah macam tu, lagi-lagi bila ada assignment web yang kena siapkan, tidur lambat & bangun lambat. Sungguh tidak terurus kehidupan ni sejak akhir-akhir ni.

Majlis Hari Raya:

Syawal dah habis tapi masih dalam mood raya. Ini project kami bagi subject Ethics, Strategic Planning & Communications. Tak semua yang dijemput, hanya students Diploma Multimedia, students yang ambil subject Operating Systems, Staf PTM, Staf Fakulti Informatik serta Lecturers Fakulti Informatik yang amat kami sayangi.

r

Antara hidangan yang ditempah oleh Dr. Fadhilah Ahmad ialah Laksa Penang, Laksa kuah masak, Nasi Tomato, Kuih-kuih raya, Kek serta yang lain-lain sumbangan dari para pengunjung. :)

r5

Our Lecturers, Staf PTM, Staf Fakulti Informatik. Majlis yang agak meriah, mengeratkan silaturrahim, macam selama ni tak kenal semua lecturers, tak kenal staf PTM, so hari ni baru kenal-kenal. ahah saya lagi la, susah nak cam orang. Tengok banyak kali baru cam :) Guess what ? Hari ni juga saya dapat kenal seorang lagi ayah sepupu saya. Selama ni tahu nama, tahu staf UDM tapi tak pernah berpeluang nak kenal yang mana satu. Hari ni, terbalik pula. Dia yang cam saya dulu iaitu En. Nik Izumi B. Nik Ibrahim. Katanya, ada orang pernah tunjuk saya kat dia. Dia yang juga abang kepada En. Nik Imran & juga suami kepada Puan Rohana iaitu lecturer Web Programming saya. Seperti membina sebuah lagi family dalam UDM ni kan :)

r4

Our Lecturer Puan Norkhairani Bt Abd. Rawi. Sekarang sambung PHD kat UKM. Selama 3 sem beliau jadi lecturer kami untuk subject Internet Technology & Multimedia, Multimedia Authoring and System Analysis & Design. :)

r3

Encik Faisal Amri B. Abidin @ Bharun yang baju batik biru. :) Lecturer baru Fakulti Informatik. Sem ni amik subject Network Security and Data Communications & Networking . En. Faisal memang banyak sabar dengan kerenah kitaorang yang macam-macam hal. Mintak maaf En. Faisal, saya pun banyak pula kerenah. Tak datang buat quiz la, mujur En.Faisal bagi chance buat sekali lagi. Sahabat-sahabat saya yang lain pulak ada tak hantar report Cryptography, tak present Cryptography, macam-macam. Kesian En.Faisal.. Semoga Allah balas jasa baik En.Faisal. hehe

r2

Terima Kasih dari kami semua :)

Filed under MyLife

Rumusan Kem Putra 2009

Rumusan Kem Motivasi di Kem putra pada 15-17 October lalu. Rumusan ini lebih kepada tingkah laku serta masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan punca serta sebab yang membuatkan mereka berkelakuan begitu..

Masalah biasa yang dihadapi para remaja yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara masalah terbesar ialah masalah sosial & pergaulan bebas.. Berdasarkan luahan hati & cerita dari mereka, boleh dikatakan hampir 90% mengalami masalah sosial yang agak berat mahupun sederhana.

Couple~ Isu yang biasa di dengar di merata-rata tempat. Pada umur lingkungan sebegitu, perasaan ingin mencuba, merasai kenikmatan cinta, kasih sayang serta belaian. Tak di nafikan saya pun pernah berada dalam lingkungan umur sebegitu serta saya pun pernah terlibat dalam isu couple walaupun ianya tak sampai tahap parah. Saya pernah merasai, memahami gelodak jiwa ini. Cuma bezanya, diri kita, kekuatan diri, tahap keimanan masing-masing yang dapat mengawal semua tingkah laku serta nafsu.

Perasaan~ Siapa yang boleh tolak kalau benda ni dah datang ? Memang susah nak kawal. Orang yang belum kena, belum di uji, senangla cakap. Tapi belum rasa boleh la nak berlagak. Sekali dah kena, entah-entah lagi teruk..

Apa ada pada couple ? Saya sendiri pun tak dapat nak jawab walaupun saya pun pernah merasainya. Selain dapat rasa rindu, cinta, sayang, kasih, manja-manja dengan bukan muhrim yang belum halal, ganjaran buruk iaitu dosa mesti dapat. Ramai yang berkata : “Saya tak berzina. Saya bercinta cara Islam. Tujuan kami untuk menuju ke alam rumah tangga” ermm tapi di hati ni, di mata ini, di telinga ini ? Bukankah zina hati namanya ? Saya tak kata saya cakap ni saya bagus, malah saya pun memang pernah mengalaminya. Talk based on Experience. Tak salah kan ? Kadang-kadang kita sedar, Cuma susah untuk keluar dari belenggu ini bila sekali dah terlibat.

Antara masalah yang dihadapi pelajar muslimat di Kem motivasi ini ialah :

“Saya pernah hisap rokok” pelajar tingkatan 4

“Pakwe saya sudah mencabul kehormatan saya di hadapan kawannya” Pelajar tingkatan 2

“Saya pernah tengok benda lucah”

“Saya pernah naik motor dengan Pakwe”

“Saya pernah tidur dengan lelaki tapi tak buat apa-apa”

“Saya pernah cium, peluk & adegan-adegan lain dengan pakwe”

“Saya sudah bersetubuh dengan 3 orang lelaki” Pelajar tingkatan 4

Astaghfirullahalazim.. Saya terdiam tak terkata. Antara percaya mahupun tidak. Mereka yang masih muda, masih di alam sekolah, mempunyai paras rupa yang agak menarik perhatian, cute, cun, lawa, comel, tapi sayangnya, akhlak tak seindah rupa fizikal. Tapi saya tak dapat nak kata apa. Saya pun bukannya baik sangat, Cuma saya hanya mampu berpesan kepada mereka jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu. Saya pun tak nak mereka mengalami apa yang saya pernah alami.

Antara masalah lain :

“Saya tak cukup solat”

“saya ponteng puasa”

“Saya suka gaduh dengan orang”

“saya tak tutup aurat, tak pakai tudung”

“saya tak tahu nak solat macam mana”

“saya selalu lawan cakap ibu bapa”

“saya suka ponteng kelas, malas nak masuk kelas”

Bagi saya, pada umur sebegini, hati mereka masih lembut, masih boleh berubah, masih boleh di didik, di tarbiyah. Jadi kepada sesiapa, gunakan peluang sebaik mungkin untuk mendidik mereka. Ni juga untuk para ibu bapa serta guru-guru. Lepas ni saya akan bincangkan tentang punca & peranan ibu bapa pula.

Apakah punca sebenar masalah ini ? Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan begini ? Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran ni. Tapi punca utama adalah masalah keluarga. “semuanya bermula dari rumah” . Macam mana didikan di rumah ? Tentang masalah keluarga :

“Saya ada 18 orang adik beradik. Ayah saya ada 4 isteri. Ayah duk Terengganu. Sebulan sekali je balik. Saya tinggal bersama ibu saya, ada 2 adik-beradik. Abang saya belajar di Politeknik..”

“Saya tinggal bersama nenek saya. Ibu bapa saya bekerja di KL”

“Saya tinggal bersama ibu saudara & bapa saudara saya sejak kecil. Ibu saya menyerahkan saya kepada mereka sejak kecil lagi”

“Ayah & ibu saya selalu bergaduh, saya bosan bila berada di rumah”

“Pakwe saya berumur 26. Saya umur 16. Pakwe saya kerja kat stesen minyak. Dia selalu bawa saya keluar jalan-jalan”

“Ayah & ibu saya dah bercerai. Saya tinggal bersama ayah sahaja”

“Ibu @ bapa suka marah saya tak tentu pasal. Bila saya buat salah, saya dipukul dengan batang paip”

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana, saya belum menjadi ibu bapa, belum berumahtangga, tak ada pengalaman dalam berumahtangga, nak menguruskan rumahtangga. Saya sendiri pun tak pernah mengalami masalah keluarga yang serius sampai tahap itu. Semua orang mempunyai masalah, tipula tak pernah ada masalah kata family saya happy je, tak ada gaduh-gaduh. Cuma beza masalah besar atau kecil je. Saya memang tak berhak nak menilai orang lain macam mana mereka uruskan keluarga mereka serta cara hidup mereka. Cuma apa yang saya nak nyatakan sini untuk bakal-bakal suami, isteri, ibu, bapa, jadikan coretan hidup orang lain sebagai pengajaran pada masa hadapan. Bersedia untuk menjadi ketua keluarga sebaik mungkin, didik keluarga dengan agama, bukan dengan kesenangan dunia semata-mata. Tengokla apa kesan pada anak-anak jika ianya berterusan berlaku, maka di mana pelapis masyarakat yang akan menjadi pemerintah, pendidik di masa akan datang. Lengkapkan diri dengan agama, mantapkan iman sebagai persediaan mendidik generasi yang akan datang.

Remaja~terlalu mengikut perasaan, terlalu mengikut hawa nafsu, belum matang & tidak berfikiran panjang. Ibu bapa seharusnya mengawasi dengan cara yang baik, bukan dengan kekasaran, hukuman yang berat. Jika tidak, itu akan lebih buat mereka memberontak. Didiklah mereka dengan penuh hikmah.

Kepada adik-adikku, bersabar dengan ujian Allah. Saya dah tekankan, ujian adalah tarbiyah dari Allah, Allah uji kita bermakna Allah sayang kita. Tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menuntut ilmu, jika keluarga kita gagal, jangan biarkan kita juga gagal. Siapa nak tolong kita suatu hari nanti ? Cuba lupakan masalah keluarga, jaga diri, jangan jadikan masalah keluarga penyebab adik-adik semua untuk bertindak bebas, melepaskan tekanan dengan cara yang salah. Balik kepada yang asal, minta pertolongan dari Allah. Ketenangan, kedamaian jiwa semuanya datang dari Allah swt. Banyakkan berdoa, Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa. Jangan putus asa dengan apa yang berlaku. Allah maha pengampun. Semua manusia buat silap, Cuma jangan ulangi benda lalu. Pintu taubat masih terbuka, maka bertaubatlah..

Bila kita ingin berubah, akan ada je cabaran-cabaran di sekeliling kita. Jangan pedulikan suara-suara sumbang yang hanya nak menjatuhkan kita bila kita nak menuju ke arah kebaikan. Bersyukur dengan hidayah Allah. Bukan senang nak dapat hidayah Allah. Allah hanya beri kepada hamba yang Dia mahu sahaja.

Asif jiddan jika ada tersilap kata. Saya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Bukan hipokrit, tapi tak nak generasi akan datang akan melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan.. Iman pun turun naik. Susah nak istiqamah dalam melakukan sesuatu. Bertaubat, kadang-kadang buat lagi. Masih banyak yang perlu dibaiki.. Tapi saya bersyukur kerana Allah masih buka hati saya, saya masih sedar bila buat silap, bukan hanyut jauh begitu sahaja.

Alhamdulillah..

Sekian~by *Ratu Syahadah*

Filed under MyLife

Kisah Balik Semalam & Hosting Lagi

Kisah Balik Semalam~ Seperti yang diketahui saya balik sorang-sorang bertolak selepas maghrib. Dah berapa kali nak bagitahu, penat dah nak jawab. Memang la pelik kenapa saya buat macam tu, sedangkan ramai yang menghalang, aunty saya, sahabat saya. Tapi entahla. Buat keputusan ikut kepala sendiri. Saya rasa biasa je, saya rasa dah biasa jadi saya tak kisah. Tapi ramai yang risau pasal saya. Lagi-lagi daddy yang memang tak sedap hati nak lepaskan saya pergi balik sorang-sorang. “Evi balik la pagi esok. Ayah risau ni. Kenapa tak nak dengar ayah cakap ni” .. Ayah tetap pujuk tapi saya cakap saya nak balik jugak. adehh.. Dah la memang sepanjang jalan hujan lebat + ribut + jalan sibuk je. huhu

Petang tadi tiba-tiba Abg Ji call. Abg saya ni buat spot-check lagi ? Terus dia tanya

“Kat mana sekarang ni ?”

“Kat UDM la”

“Bila balik ?”

“Semalam”

“Bila ?”

“errr pas maghrib bertolak”

“dengan siapa ?”

“err sorang”

“sorang ? balik ikut jalan pantai gelap tu ?”

“err… a’ah” (habis aku kena soal siasat kali ni)

“eh eh Evi ni. bahaya tau tak. dah la perempuan, malam pulak tu. sorang lagi. kalau jadi pape, macam mana ?”

“InsyaAllah tak jadi pape Abg Ji” (jawab macam tak ada perasaan)

“eh eh.. bahaya tau tak. Abg Ji dengar macam-macam dah jalan tu”

“err ape ?”

“nantila Abg Ji cite. Jangan wat gtu lagi”

“err InsyaAllah” (tak janji tau)

& bla bla bla….

haha. kan dah cakap~ kalu dengan Abg Ji saya terus tak terkata. sebab dia sebagai seorang abang memang agak tegas dengan saya. Dia memang banyak ambil berat pasal saya. Dah faham perangai saya macam mana. Macam dulu saya memang degil, dia yang banyak mendidik saya, merubah saya. Sebab dulu memang tak dengar cakap mak ayah. Tu zaman jahil muda-muda dulu la. hoho tapi cara Abg Ji tu memang boleh lembutkan hati saya. Sehingga la saya yang banyak berubah ke arah kebaikan sampai sekarang, dari Allah tapi asbabnya dia.. Lepas tu sampaila sekarang, banyak merubah saya sampai patuh & tak melawan cakap mak ayah sejak 4 tahun lalu. InsyaAllah lepas ni saya tak buat perangai yang buat semua orang risau kat saya lagi. Nanti saya kena ada suami yang boleh didik saya dengan cara yang baik la. Nak belajar, boleh belajar dengan Abg Ji macam mana uruskan pasal saya ni. ahah.. Saya sebenarnya senang di didik, di tarbiyah tapi biar kena dengan caranya. Tak susah pun. Saya mudah menerima benda yang baik asalkan mengikut tingkah laku saya.

Hosting :

errr Thanks lagi yang tak terhingga kat Mr. Admin saya.. Dia yang banyak pantau perubahan dalam blog ni. Apa yang saya buat dengan blog ni. haha. “saya dah backup template. Sekarang boleh la main edit-edit”.. haha saya ni boleh menjahanamkan coding & tukar ikut suka hati. Mujurla ada Mr. Admin..

Tak sangka kan~ Patutla memahami.. Guess what~ saya punya birthday & Mr. Admin punya birthday pada bulan yang sama & beza 2 hari je & tahun memangla berbeza. ahah. Bila sama-sama bulan June ni memang memahami & boleh baca fikiran ke apa ? ahah.. Saya pun tak tau. Saya main agak je. ahah..

Saya dah pening nak add link banyak sangat, nak add itu, add ini. Jadi memang buat masa ni blog ni tak teratur. Suka hati saya je nak main add. Pastu Mr. Admin yang guide saya, betulkan apa yang saya buat. Terharunya saya..

Dengan web hosting ni, saya terlupa dengan masalah, saya terlupa dengan benda yang menyakitkan hati saya, saya lupa pada cinta manusia si lelaki yang pura-pura. Lebih baik saya bercinta dengan blog. Memang tenang la. ahah.. & Mr. Admin pun bagi tips : “yang penting hati kita tenang. sentiasa senyum, ceria. Jangan sakit hati dengan orang..” :) Betul-betul…

Baiklah, esok saya ada re-test Software Testing. re-test ok. Means that, mark test baru ni agak teruk. 1 kelas kena buat re-test. haha.. Open book pula tu. Confirm susah.. Ong Yew Chuan paling tinggi pun dalam 31/65. Kami yang bawah-bawah ni lagi la bawah.

Nantila sambung-sambung edit blog ni. :)

Filed under MyLife