Happy Birthday Angah + Tired Day

This week asyik entry pasal birthday je. Ini entry ketiga pasal birthday for this week.

First of All, Happy Birthday to my Classmate~ called Angah. Real Name dia Hafizah Noor Bt. Ismail. Saya tak faham la macam mana boleh lekat nama Angah tu. Tu kena Tanya sejarah gang dia sejak sem 1.

Birthday Gurl

Sejak hari Khamis lepas, my classmate (called her Alang), sibuk je duk plan nak pergi beli barang kat town on Saturday. Bila saya dengar diaorang borak-borak, terus saya pun menyibuk nak join. Orang tak ajak, tapi kita sibuk nak join. Haha. Actually sambil nak celebrate birthday Angah juga.

Angah, Syu, Me, Alang. Yus camerawoman~

Hari ni saya keluar dengan gang lama + gang baru. Apa tu gang lama + gang baru ? Sebab gang saya dengan gang Alang exchange member. Haha. So today, kitaorang combine gang la. Haha. Ini semua plan diaorang, saya hanya jadi driver & ikut mana je diaorang nak pergi. Harap maklum. Saya ni macam sahabat yang baik sajala kan ? haha

Kitaorang keluar sejak pukul 10am lagi. First, pergi hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Last week pun hantar Syu kat tempat dia nak pergi. Every week Syu ni sibuk je dengan kerja dia. Haha. Then, diaorang plan nak pergi Pasar Payang. Nak beli keropok la, dodol la, apa la. Saya fikir jap. Macam dah lama saya tak pergi sana. Agak-agak dalam masa 2 sem, sekali pergi. Haha. Orang lain sibuk nak bawa balik buah tangan untuk family kat kampung. Saya ? Tak bawa balik apa-apa, hanya bawa balik sebaldi kain yang belum dibasuh. Ok, itu rutin. Tak payah terkejut kalau tengok saya bawa baldi turun dari aras 3, pastu letak dalam kereta, dengan baldi itu penuh dengan baju. Haha

Punyala lama baru nak sampai kat Pasar Payang. Kejap singgah sana, kejap singgah sini. Macam-macam. Lepas Pasar Payang, pergi MPKT pula. Diaorang ni tak habis-habis beli tudung. Ajak saya join sama kenapa ? Mujur dapat kawal nafsu nak beli tudung nanti. Memang jihad kubra habis la tadi. Sebab teringat masih ada 4 tudung baru yang belum di pakai. Haha.

After that, terus menuju ke Giant sebab tak lunch lagi. Masa ni, real time-estimate la. Haha. Sebab at the same time Syu pun finished kerja dia kat tempat dia tu. Sampai Giant, dah zohor dah. Solat dulu sebelum bersuka ria ok. Kali ni pilih Pizza Hut sebab macam jakun dah lama tak makan pizza. Haha. Kat Gong Badak ada Pizza ke ?

Bila dah kenyang, proceed to shopping. Bukan saya la, diaorang yang shopping. Saya macam baik je hari ni tak ada nafsu shopping. Pergi Mydin Mall beli barang-barang keperluan, Syu nak beli tikus la, macam-macam. Masatu energy saya dah low sangat. Penat tak payah cakap la. Macam kena recharge balik. Recharge means, continue makan ice-cream kat Mc Donalds. Haha. Macam tak kenal erti kenyang saja. Pergi Mc Donalds, Continue pergi Giant balik. Solat asar, jalan-jalan menghabiskan masa lagi. Haih~

Bila Daddy Call suruh pergi rumah aunty saya kat Bukit Besar :

Yesterday, my aunty yang kat KT ni semua balik KB then berkumpul kat sana. Bila di suarakan bahawa saya sebagai anak saudara kedua bongsu yang jarang menjejakkan kaki serta menziarahi ke mana-mana rumah aunty saya di sini, Dad terus call saya. “Evi, pergi rumah aunty. Pergi !” ehh macam garang ? haha. Bukan saya tak nak pergi la. Saya segan. Lagi-lagi saya busy. Lagi saya not that type yang keluar jauh-jauh. Setakat berlegar-legar di kawasan Gong Badak apa sajala kan.

Rumah Che Ani yang macam Castle

Selesai kerja jalan-jalan, terus pergi rumah Che Ani (Toh Puan Sri Nik Mahani Bt Nik Mat Rashid). Dia kakak ketiga ayah saya. Suami Che Ani, iaitu juga Uncle saya, bekas Dato’ Setiawangsa Negeri Terengganu. Che Ani baik je, sporting je. Masa sampai tu, Che Ani tak ada kat rumah, Che Ani ada kat Maahad Tahsin kat depan rumah dia je. Then saya pun pergi sana juga kejap, jumpa aunty sorang lagi, Che Yah (Nik Shamsiah Bt Nik Mat Rashid), kakak sulung pada ayah la.

Then, borak-borak dengan Che Ani, bukan setakat tu, Che Ani siap bagi tazkirah lagi. Baca quran, Baca tafsir, baca dengan tajwid & makhraj yang betul, Solat biar ikhlas, jangan cincai-cincai saja, kena selalu ingat Allah, selalu bersyukur & pelbagai 1001 kata-kata nasihat, ajar doa. Hehe. Walaupun 5 6 kali di ulang doa tu, saya tak ingat dah. Hehe. Kena Tanya sahabat-sahabat saya yang ingat doa tadi tu.

Bertenggek je kat tepi pond

Then makan-makan. Best je duduk sini. Tenang je rasa. Suasana yang di berkati Allah je. Lagi-lagi rasa macam nak terjun dalam swimming pool pun ada. Haha. Sambung borak-borak lagi. Dekat maghrib baru balik.

Ehh.. Kenapa saya rajin sangat type panjang-panjang ni ? Kata penat ? haha.. Patutla penat, silap pakai high heels hari ni. Manala tau diaorang nak jalan banyak sangat.

Okla, saya suka, saya happy, saya gembira. Haha. Sebab saya dapat membahagiakan sahabat-sahabat saya, orang di sekeliling saya.

Filed under Uncategorized

Majlis Makan-makan Sekretariat & UDM-Hotspot

Last night, just simple punya majlis makan-makan sajala untuk secretariat MPP 08/09 kat Pejabat Asrama Baru & saya selaku ‘bekas’ secretariat di bawah exco Helwanis, iaitu Cik Habsah sebagai Big Boss saya haha.

UDM-Hotspot

Baiklah, ini main topic yang saya nak story sebenarnya. Kita semua dah maklum bahawa baru-baru ni wireless macam tak ok kan. Okla, saya nak start story dah ni. Heee

14 Dec 2009 : Masa ni semua student cuti kan. Tapi saya & coursemates dah 2 weeks ada je kat campus, sebab ada kursus Microsoft Sharepoint with Mr. Albert Jeremy (macam teringat saja) haha. Tiba-tiba hari tu blackout. Tak ingat dah berapa lama masa yang di ambil untuk berada dalam ketiadaan electric tu. Sekali, bila dah ada electric balik, wireless pula tak dapat. I mean, tak dapat detect pun signal. Ingat kejap-kejap je. Lagipun, 15 Dec 2009 tu saya pun dah nak balik rumah (balik awal sebab nak fly to Singapore). Tapi yang peliknya, area bilik opposite saya boleh pula online. Confuse~

27 Dec 2009 : Saya balik ke campus. Wireless masih tak dapat juga. Start la complain kat ayah sepupu kat PTM (tak payah bagitahu siapa, orang dah tahu siapa). Then dia kata lebih kurang macam ni, “ok je ni, ada je orang access kat blok sana..” Then macam-macam lagi la saya complain lagi tapi tak berkesan pun. Haha sebab orang lain siap pergi bawa laptop jumpa ayah sepupu saya. Tapi saya ? Masih ego tak nak bawa laptop sebab confident laptop saya tak ada problem pun. Wireless yang ada problem.

Research session : Yang ini saya pergi Tanya semua orang. Intel Centrino yang tak dapat detect, tak dapat connect. Orang lain yang guna Intel Pentium, Intel, (bermaksud selain Centrino using Intel Pro Wireless), juga using Atheros & Broadcom boleh je online. Lagi-lagi diaorang datang bilik saya, boleh je online. Tapi laptop saya dengan roommate tak dapat pun. Lagi tak puasa hati sebab Centrino should be the best for wireless. Mengadu kat lecturer pasal ni lagi. Haha. Macam pelik. Ke salah configuration ? Suka hati je buat assumption.

Bila dah macam pening kepala, hairan nak fikir. Saya pun dah stop fikir. Sampaila semalam, terjadi la satu kisah yang membolehkan wireless sudah dapat di guna oleh kami. Haha. Selepas saya balik dari majlis makan-makan tu, sampai je kat blok, terus nampak Mawardi dengan Alang kat situ. Then saya pun join la diaorang “korang watpe sini ? “

“buat method”

“oo korang group dengan sape ey ?”

Tiba-tiba senyap.

“ehh, korang group dengan aku kan. Kita sama group”

Hahaha boleh pula saya tak ingat group saya. Muka Mawardi dengan Alang macam dah pelik apa pasal saya ni. Then Mawardi cakap “kena potong markah ni tak ingat group sendiri ni” Hahaha

Then sambung borak-borak, lagi-lagi pasal wireless. Kalau borak dengan si Mawardi ni, mesti pasal computing je. Lepas tu, entah macam mana terfikir, dia suggest : “ko tau tak antenna kat mana ?”

“taula. Kat blok depan aku. Depan bilik aku je”

“ko pergi tengok antenna tu, pergi cari switch dia, lepas tu off, on balik. Sebab tu akan reset balik”

“eh, aku mana tau kat ne. silap off switch baru tau, huru-hara la blok ni. Haha. Ko la g wat”

“mana boleh. Ni blok pempuan. Takkan aku nak masuk kawasan blok pempuan”

“ala takpe. Kejap je. Antenna tu kat blok surau, kat sbelah rumah ustaz”

Then, kitaorang pun pergi la cari antenna tu. Saya just guide dia, then jumpa antenna tu. Sekali lalu depan rumah ustaz, berdebar sangat. Kalau la ustaz tahu, teruk kitaorang kena. Haha. Punyala ikut je pipe wire antenna tu, sampaila hujung blok. Penat lagi, nervous lagi. Rupa-rupanya switch besar tu kat dalam bilik kecil yang gelap. Masa tu dah cuak dah, kalau kena dengan pak guard ke, memang teruk juga kena. Bila dah off on balik, tengok kat laptop alang tak ok juga. Mawardi suruh saya pergi off on sekali lagi. Penat pun penat la. Saya takut dalam bilik gelap tu. Tapi tahan je. Then, terus balik bilik dengan harapan dapat detect signal. Hancur. Sebab tak dapat. Saya pun buat tak tau je. Dalam 2 3 minit, tiba-tiba roommate saya bersuara “eh dah boleh wireless la”

Hahaha. Dalam hati ni “aku Berjaya” haha. At the same time, Win student Multimedia baru datang bilik saya. Kecoh juga la kan. Then, saya pun bagitahu la diaorang apa saya buat dengan wireless ni. Okla, lepas sorang, sorang datang bilik Tanya apa saya buat dengan wireless ni, pastu ada yang YM saya berterima kasih. Simple saja. “Main OFF ON switch saja” haha. Macam stupid je kan ?

Punyala selama ni saya dengan roommate nak baling batu la kat antenna tu sebab geram. Haih vandalisme. Harap-harap ayah sepupu tak baca entry ni. Haha. Lagi la menyalahkan Intel Centrino. Lagi menyalahkan configuration tak betul & macam-macam lagi. Then terus bagitahu ayah sepupu tentang ni. “macam mana buat boleh wireless ?”

“ayah sepupu tahu tak anak sepupu pergi main off on switch kat box tu”

“lorr ingatkan dah check yang tu. Aduss boleh mati ooo fikir hahaha”

“tu pasal. Benda simple je”

“pastu marah2 kat kita ehh”

Memang pun saya macam marah-marah merajuk. Haha. Tapi bukan apa pun, sebab tension kan masa tu. Haha. So, lepas ni, kalau benda ni buat hal lagi, sila pergi off on switch tu. Ok, persoalan lagi. Kenapa laptop lain boleh je wireless, kenapa ada yang tak boleh ? Sebab maybe dia catch access point blok lain. Ok understood ? haha. Kisah ini sangat lawak dan bagi pengajaran juga la.

Kenapala dalam kita ramai-ramai ni tak fikir tentang tu ? Kenapala technician PTM pun tak fikir benda ni ? Kenapa kami student yang boleh detect pasal ni ? Adehh.. Maybe sebab saya saja yang bersemangat nak kaji tentang wireless ni. Orang lain macam relax & redha je wireless tak dapat. Eh kejap, kenapa saya kecoh sangat ? Guna sajala broadband. Haha. Tak tak. Saya rasa saya nak guna juga wireless. Haha. Dan saya rasa saya nak biar semua kawan-kawan saya dapat guna wireless. Ok ?

Sebab dah penat nak jawab persoalan demi persoalan orang datang Tanya apa saya buat dengan ni, jadi lebih baik saya cerita kat blog biar semua orang baca & tak perlu saya nak explain lagi. Walaupun kerja ni agak tak bermoral, lagi-lagi bawa masuk lelaki ke kawasan blok perempuan, tapi ni semua untuk korang juga kan. Bukan saya saja-saja gatal buat ni. Jadi harap perbetulkan impression korang semua yang nampak saya buat apa semalam.

Selamat ber wireless~ Kadang-kadang rasa wireless lagi laju dari broadband. Tapi tak apala, sebab bila guna wireless ni, setiap sejam kena masuk gateway, lepas tu ada certain website kena block, facebook masa office hours tak boleh access & seangkatan dengannya. lalala~

Filed under Uncategorized

Ketika Cinta Bertasbih 2

Kesinambungan movie Ketika Cinta Bertasbih. Sudahla, tak payah bagitau, semua orang dah tau, kalau lepas 1, mestila dua. Lalala~

Dulu lepas tengok KCB1, saya ada buat entry pasal movie ni juga kan. Now dah tengok KCB2, nak comment & summarized pasal this movie pula. Ok, tak payah kecoh, orang lain dah lama tengok movie ni, dah khatam berapa kali dah. Haha

Ada sahabat-sahabat pelik bila saya tengok movie. Sebab saya not that type yang tengok movie, tengok cerita, tengok TV. Bukan bukan. Saya tak minat sebegitu. Saya suka dengan dunia blog saya je. Tapi bila hati saya rasa nak tengok movie tu, means that memang saya betul-betul nak tengok la. Haha. So, certain movies sahaja yang saya layan. Saya tak macam orang lain yang simpan banyak-banyak movie dalam hard disk, dalam external. Tapi tak apala, minat orang lain-lain kan.

Actually saya dah tengok sejak 2 3 minggu lepas lagi, masa tu kat baiti, balik weekend. KCB2 lagi best dari KCB1 sebab ? Sebab Anna kawen dengan Azzam la. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang menyeronokkan ? hehe

Ain Tanya saya : “nangis tak tengok KCB2”

“eh, pehal nak nangis ? haha. Yang mana ? yang mak azzam meninggal ke ?”

“yang tu sedih juga, tapi lagi sedih yang masa Azzam nak kawen dengan Anna, bila ayah Anna sebut nama Anna. Anna pun sujud syukur”

Syu pula menyampuk : “yela, bayangkan bila akhirnya dapat kawen dengan orang yang dah lama kita sayang, dah lama kita nak. Mestila happy, tak sangka la kan”

Saya berfikir sejenak. A’ah betul juga kan. Saya fikir lagi, kalaula saya berada di tempat Anna ? Akhirnya dapat bersama dengan orang yang saya sayang, yang saya cintai, yang saya kasihi, yang menyenangkan hati saya, yang membahagiakan diri saya, lagi-lagi orang tu dah lama saya impikan untuk bersama dia. Eh kejap kejap. Ada ke yang saya dah lama nak sesiapa ? OK, saya rasa tak ada. Memang, confirm tak ada. Tapi yang bakal ni, insyaAllah ada. Haha Kidding.

Rasa nak tengok lagi movie ni, nak hayati betul-betul. Tapi macam biasala, masih tak punyai masa yang cukup. Kejap itula, kejap inila. Update blog ada je masa ? Ini lain cerita. Tak guna keluarkan duit bayar blog ni kalau saya biarkan ianya bersarang. Haha. Tidak tidak. Saya memang suka blog. Bukan sebab kena bayar.

Ada la part yang sweet sangat, touching je. Terbuai-buai dengan scene tu. Uish, ni dah lain macam ni. Ahah. Berangan sorang-sorang tengok movie ni. Actually, before saya baca novel ni lagi saya dah tertarik & jatuh hati dengan title “Ketika Cinta Bertasbih” . Berbeza dengan “Ayat-ayat Cinta”, saya tak adala tertarik sangat. Tapi KCB ni, terus macam nak sangat baca novel ni, nak tau jalan cerita macam mana. Tajuk pun dah hebat semacam dah.

Furqan.. Saya suka nama Furqan. Even dalam Al-quran pun ada surah Al-Furqan. Nanti nak letak nama baby boy Nik Ahmad Furqan la. Ok bajet macam akan dapat suami Nik juga. Haha. Ini angan-angan sajala. Macam entry lepas-lepas juga yang berangan-angan dapat suami Nik.

Anna Althafunnisa~ Sweet je. Muka dia tak boleh tahan excited semacam bila berada depan Khairul Azzam. Agak-agaknya memang buat muka macam tu & berdebar-debar macam tu ke kat depan orang yang kita suka ? Haha saya macam tak sure sangat hal ni. Pengalaman lalu tu macam tak berguna je sebab not really like that person. Heh~

Khairul Azzam~ Mengapa mesti perempuan-perempuan menyukai watak Azzam ? Mengapa sih ? Ada apa dengan mas Azzam ? haha. Sebab watak utama kot ? Pastu di gambarkan macam perfect je, tulus, jujur, rajin & pelbagai nilai-nilai murni yang kita pernah belajar masa darjah 1 dulu. Haha

Nak rate how many stars for this movie ? tak payah rate la, sebab hati ni memang dah jatuh cinta dengan jalan cerita KCB ni. Congratulations saudara Habiburrahman El Shirazy untuk jalan cerita yang sungguh menyentuh hati, jiwa, sanubari ni. Agak-agak ada tak penulis dari Malaysia pula yang boleh lawan jalan cerita ni ?

Kira senang cakap, memang saya suka Indonesian Songs, Indonesian Movies. Walaupun saya bukan movie addicted, tapi nak compare dengan other movies like English, Malay or anything else, saya lebih layan Indonesian punya movies. Everything related to Indonesian la. Haih semacam je ?

Other Favourite OST of KCB :

*Tuhan Beri Cinta by Ayusitha

*Haramkah by Melly Goeslaw

~Bertuturlah Cinta Mengucap Satu Nama

Bisikan Doaku Dalam Butiran Tasbih

Ketika Cinta Bertasbih Nadiku Berdenyut Merdu

Sujud Syukur PadaMu Atas Segala Cinta~

Filed under Uncategorized

Happy 21st Birthday Ain~

Second birthday on February after my dad~ She is : Nurula’in Bt Ab. Halim..

Rasa Ain tak macam umur 21. Rasa macam budak-budak lagi. Suka hati je saya cakap orang macam budak-budak. Macam la saya matured sangat ? haha..

Kenal Ain since kat Malacca Matriculation College (MMC @ KMM) lagi. Masa tu bukan classmate pun, sebab Ain biological Science, saya physical science. Kitaorang kenal kat surau Perdana KMM. Macam baik je kenal kat surau. Haha.

Gambar yang baru ambil tadi dalam kelas Compiler..

Then, tak sangka pula, masa first day nak register kat campus ni, tiba-tiba Ain tegur dari belakang. Tanya punya Tanya, rupa-rupanya same course. Ahah ada kawan~ Apalagi, sepanjang orientasi tu, asyik borak je pasal kisah kat matrik dulu.

Now, still in same class, still in same group. Haha. Macam baik je kan ? Buat kerja sama-sama, group discussion sama-sama. Lepas tu makan floss bread yang Ain jual. Haha

Ain ni funny la actually. Ada-ada je buat lawak dalam kelas, depan lecturer semua. Kitaorang gelaknya. Kadang-kadang dia cakap pun memang jadi nak gelak.

Mesti ada yang nak tahu status muslimah solehah ni. Ok, status dia,errr.. Tanya dia sendiri la. Walaupun saya dah tahu apa status dia, tapi macam categorized as “it’s complicated” juga la sekarang.

Banyak la kenangan dengan Ain kat sini. Pasal cerita tak payah cakapla, memang macam-macam kitaorang borak. Kalau jalan nak pergi kelas tu, sampai kelas pun tak habis cerita. Gelak-gelak lagi. Haha

On her birthday.. saya doakan semoga Ain sentiasa di dalam redha Ilahi.. Cepat-cepat sampai jodoh haha. And all the best in whatever you do.. Love you always my dear friend.. *Ketenangan Yang Kau Cari Berada Di Lorong Sufi*

Filed under Uncategorized

Happy 51st Birthday Dad !

Daddy.. Ayah.. Siapa tu ? Seorang bapa la. Seorang lelaki, seorang ketua keluarga. Semua orang ada ayah kan. Macam pelik je manusia tanpa ayah, bezanya sama ada ayah masih hidup di dunia atau sudah kembali kepada Pencipta. Wallahualam..

Pada usia saya 21++ ni, saya bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah, saya masih lagi bersama ayah. Masih lagi boleh menikmati kehidupan yang indah bersama ayah, bersama family. Saya buat entry macam ni sebab saya confident yang ayah akan baca blog saya ni. Disebabkan baru-baru ni adik saya dah hantar report kat saya yang “ayah baca blog ko senyap-senyap. Habis entry ko yang lama-lama dia geledah” errrr sungguh segan~.. Jadi lepas ni macam semua entry kena cover-cover la ok.

1 Februari 2010, genap umur ayah 51tahun. Nik Suhaimi Bin Nik Mat Rashid. Seorang ayah yang banyak berkorban demi membesarkan saya & adik-beradik yang lain. Bila terkenangkan balik zaman kanak-kanak dulu, saya tersenyum sorang-sorang, teringat tentang kedegilan saya, kenakalan saya yang mana ayah sabar je melayan saya. Memang saya seorang anak yang degil sangat. Saya tahu ayah banyak pening kepala & sabar je dengan perangai saya. Tapi saya nak buat macam mana ? Jiwa saya ni jiwa teenagers, eh teenagers ? Bukan dah boleh categorized as adult ke ? haha.

Mummy pernah cerita, dulu masa kecil, saya selalu mengada-ngada nak ayah yang buatkan susu. Kalau orang lain buat, saya tak nak minum. “nak ayah buat susu. Tak nak orang lain buat susu” . Mummy cakap, saya manja sangat dengan ayah, suka ayah dukung. Sikit-sikit ayah, itu ayah, ini ayah. Semua ayah. Blood group pun ikut blood group ayah juga. Memang betul-betul anak ayah. Original made from heaven. Ahah. Tapi bila dah besar, my little brother meragut tempat bermanja saya dengan ayah. Dia dah ambil tempat tu, dia yang selalu bodek ayah lebih-lebih. Sungguh tak puas hati~

Dad & his daughter

Ayah selalu kata “ayah tengok Evi ni, ayah nampak duit je” .. haha. Macam kantoi saja saya ni seorang anak yang materialistic. Tak ada la macam tu. Saya jenis memahami, tak nak bebankan ayah pun. Ayah kata “kalau ayah ada duit banyak, ayah bagi je semua apa yang anak-anak nak” . Saya terfikir jap, eh apa lagi yang saya tak cukup ? Rasa macam dad & mum dah bagi macam-macam apa saya nak. Kereta dah di beri, clothes dah bertimbun penuh wardrobe yang tak pakai lagi pun ada, yang pakai sekali je pun ada, handphone lebih dari satu, camera pink dah ada, laptop dah ada, GPS pun saya rembat. Apa lagi yang saya nak ? Semua ayah dah bagi, cukup dah, lebih dari keperluan, malah memenuhi kehendak dah. Baru saya teringat, satu lagi saya tak dapat, “ayah, saya tak ada suami lagi, kahwinkan saya !” hahaha.. Yang ini macam nak kena ketuk kepala je minta suami dengan ayah. Belajar pun tak habis lagi. haha

Saya tak suka mana-mana perempuan, wanita yang bukan mahram bercakap dengan ayah. Ini macam pelik sikit la statement ni. Yang ni, selama ni tak ada orang tak tau saya berperasaan macam ni. Kali ni baru pecah rahsia saya berperasaan macam ni. Haha. Ayah ni macam mesra alam sikit. Jadi kalau pergi kedai ke, jumpa kawan lama ke, mesti dia borak Tanya khabar. Saya macam jadi pantang sangat kalau mana-mana perempuan cakap dengan ayah, tak suka ! Pasti saya akan buat muka, buat muka jelek je. Rasa macam “woi ko pehal nak cakap dengan ayah aku”. Saya tak taula kenapa saya ni anti sangat. Padahal nothing pun. Saya yang over. Eh kenapa my mind ni typical malay sangat ni ? haha. OK, sorry terkasar bahasa.

Kadang-kadang sedih juga bila baru je nak call, cakap dengan ayah, tapi ayah selalu busy. “ye, apa dia. Cepat-cepat cakap, ayah banyak kerja ni” . Yang ni macam simpan dalam hati je walaupun tak pernah bagitahu ayah direct apa saya rasa. Adeh.. kalau kat rumah pun, time bila boleh cakap tu, baru la story habis-habis kat ayah. Ayah dengar je la. Tapi kalau start saya macam kutuk orang yang saya tak suka, mesti ayah ingatkan “jangan cakap macam tu kat orang. Tengok diri kita macam mana”

Dad & mom on Star Cruise

On his birthday, Saya tak tahu nak bagi present apa untuk ayah. Saya rasa macam ayah dah ada semuanya. Ada lebih dari apa yang saya ada (memangla). Boleh kata macam ayah la patut bagi pada saya. Haha. Tak pun, kira macam saya print entry ni pastu letak dalam frame & bagi hadiah kat ayah. Agak-agak ayah terharu dan menangis-nangis tak baca special entry dari anak dia yang solehah ni ? hahaha.. Okla, Hanya doa yang mampu saya hadiahkan kepada ayah setiap lima waktu sehari..

Like last year, i baked a chocolate cake for him & wrote on that “hpy bday ayah” . But for this year, i’m not in home right now, so i can’t bake a cake for him. If not, i’ll bake some cute cupcakes for him. And i know that i’ll finish eating all those cupcakes. Not him. haha..

For this time, saya rasa saya nak minta maaf secara global pada ayah. Biar semua orang tahu, kali ni saya minta maaf semua salah silap selama ni, semua kedegilan saya, bantahan saya, bertindak sebagai pembangkang ke haha, dan apa-apa je yang mengguris hati ayah selama ni. Kira macam nak minta maaf depan-depan tu macam tak la. Sebab saya segan, dan ego saya yang melambung-lambung tinggi. And I Really Love You Dad ! Thanks for everything..

To all of you yang still ada bapa, let’s appreciate him. Jangan sampai satu masa kita sangat menyesal dengan apa yang kita buat selama ni. Masa tu dah tak guna dah. Of course yang baca this entry mesti dah mumayyiz. Means dah boleh differentiates which right, which wrong. Do remember, sejahat mana or seburuk mana ayah kita pun, he is still our dad.. Let’s take care of our dad..

Semoga Allah mengurniakan sakinah, mawaddah, rahmah, hidayah, rezeki yang halal, kesihatan yang baik, serta panjangkan umur ayah.. Ameen.. May you always in Allah’s Love..

Happy Birthday Dad !

Filed under Uncategorized

Jalan-jalan KT

Macam jakun je saya lama tak pergi town KT. Memang pun. Lagipun, saya jenis yang bukan suka melepak di town KT. Err kejap. Nak shopping apa je kat town KT ? haha. Lepak kat area Gong Badak sudah.

Pagi-pagi lagi Syu minta hantar dia kat town. So, Haziqah & My roommate Madihah pun join sama. Macam bagus je saya & Madi bangun awal, tak sambung mimpi indah di pagi weekend macam ni. Haha. Pukul 8.20 kami gerak & sampai town terus hantar Syu kat tempat dia nak pergi la.

Kami ni macam tak tau nak pergi mana seawall pagi macam tu. Kedai pun macam tak buka lagi kan. Then pergi la round kat Pantai Batu Buruk. Tiba-tiba je macam hujan rintik-rintik. Terus cancel plan nak jalan-jalan tepi pantai.

Bila dah pukul 9 lebih macam tu, we all decide nak breakfast kat KFC. Di sebabkan saya ni memang perut typical malay, Nasi Lemak KFC juga jadi pilihan. Haha.

After breakfast, hujan pun dah stop, then continue our plan yang nak jogging kat Bukit Besar. Where is Bukit Besar ? Bukit yang Besar kat depan Mydin tu la.. Konon macam nak jogging la kan. Dah la baru lepas heavy breakfast. Actually, this is my first time jogging kat sini. Macam la saya selalu jogging. Macam boleh kata langsung tak la. Tapi kali ni teringin nak kenal Bukit Besar sebab Haziqah selalu datang sini.

View From Bukit Besar

Tapi naik sampai separuh je. Tak larat. Saya punya skill naik bukit tu tak payah cakapla. Haha. Gelak la gelak wahai Haziqah & Madihah.. Ok dah penat !

Madihah & Haziqah Si Kembar

Muka penat~

Next place : Mydin Mall. Langsung tak ada niat di hati nak shopping. Tapi bila tengok tudung tu, err macam berkenan juga la kan. Ok, disini saya terbeli something yang sebijik macam adik sedara saya punya. Punya la pagi tadi lepas subuh YM dengan dia, story-story, then pergi Mydin Mall, terjumpa benda yang diceritakan tu. Jadi dah berkenan & beli je la. Habis duit~ ..

Lunch : KFC lagi. Macam tak betul je makan KFC lagi. Haih~ Lunch kat KFC. Tak sedar dah pukul 2 lebih dah. Solat pun belum lagi. Then terus balik, sampaila campus pukul 3pm. 3.30pm keluar lagi pergi pick-up my beloved lecturer.

Err sebagai panduan, saya menggunakan si GPS sebagai penunjuk jalan trip kali ni. Nanti ada pula yang Tanya GPS tu apa ? GPS-Global Positioning System. Just point your destination, then dia akan guide kita turn left ke turn right ke, take second exit on roundabout ke, go to hell ke. Eh bukan bukan. Yang tu bukan. Kira tak payah la susah-susah nak baca signboard lagi. Well, macam jauh saja nak pergi, setakat pergi KT baik tak payah nak guna GPS. Dahla berbelit-belit. Tak correct pun ada. Tapi hari tu guna GPS ni kat Singapore ok je~

Sekarang saya sudah penat sangat ~ Hari ni enjoy saja sebagai qada sudah beberapa minggu hanya spent time dengan group discussion. Jadi hari ni qada habis-habis.

Filed under Uncategorized

Hari Pembuka Majlis Ilmu

Saja bagi title macam pening sikit nak faham. Saja putar belit syntax sentence tu supaya pening. Straight to the point, hari ni ada dua majlis ilmu. Macam biasala, hari selasa memang dua majlis ilmu sahaja. Satu Client-server Computing, satu lagi Compiler. Majlis ilmu juga kan ? Tak semestinya majlis agama saja di panggil majlis ilmu bukan ?

Pembuka Majlis Ilmu ? Kira Saya ni pembuka majlis ilmu la hari ni. Lebih tepat lagi, group saya, di sebabkan hari ni kedua-dua subject ni ada presentation untuk satu kelas. Maybe di sebabkan hari ni saya dress-up baju kurung black and red, jadi ia macam memberi semangat luar biasa pada saya. Haha merepek. Bukankah red means brave and black means elegant ?

At first, class pukul 9am subject Client-Server Computing. Masuk je class, mukaddimah sikit-sikit, lepas tu lecturer nak choose la group mana & tajuk apa yang kena present dulu. Masa saya tengah kalut-kalut nak insert pendrive kat laptop, tiba-tiba je lecturer sebut “ok CORBA” .. Err maksudnya itu group saya la. Group saya first yang kena present. Dengan confident saya jawab “En.Faisal, give me a minute to prepare”.. ahah.. Well, CORBA means : Common Object Request Broker Architecture that is, a middleware or mechanism that allows different language application to communicate to each other. Saya tak adala nak kata ready sangat untuk this presentation, tapi tiba-tiba je macam boleh buat ‘bijok’ . haha. Tapi bila lecturer laser power questions, err err err juga la kan..

Ok dah habis class Client-Server Computing. Kita move pada class Compiler pula. Masuk je class, macam biasala, saya akan choose tempat favourite saya that is second row, second column. Macam tak biasa saja pilih sit paling depan. Hari ni kena present simple program yang terdiri dari coding C language. U know what, tiba-tiba jadi revise, study balik C language yang telah ditinggalkan sejak sem 2 yang lepas. Haha..

Baru je nak compile and run program, tiba-tiba je dengar lecturer cakap “ok, group nik eda present dulu”. Secara automatic tanpa sedar, saya terus bagi respon “haaaaa…” Terkejut tahu tak. Kuat pula tu. Habis orang lain gelak, lecturer pun senyum je. Memang respon ini memalukan saya. Saya pun tak tahula kenapa bertindak di luar kawalan macam tu. Lagi-lagi bila sebut nama saya, kalau sebut nama another member in the group ok juga. Haha. Diaorang cakap “selalu orang first present hari ni..” nasib-nasib… Kalau tak, boleh plagiat idea orang yang dah present. Ahah

Group discussion : orang sama sajala, kira gang saya la, that are Ain & Syu for four subjects. Another two subjects ialah group dengan orang lain atas inisiatif lecturer yang tetapkan. I can say that, every night I have discussion with my group. Untuk siapkan assignment la, untuk apa lagi.

Characteristics of my group discussion :

-venue discussion mesti di bilik Syuzana di sebabkan saya akan bermasalah bila discuss di bilik sendiri. Bilik saya ni privacy. Selain tu, saya tak boleh focus di bilik sendiri.

-masa yang di ambil mestila memadai dengan apa yang kena buat.

-mesti diselangi dengan borak-borak untuk menghilangkan boring. Haha. Perempuan~ Biasala, mestila borak-borak, bukan mengumpat ok. Maksud saya, share opinions, Tanya soalan pelik-pelik yang berkaitan dengan perempuan, lelaki dan perkahwinan. Haha

-masa nak buat task, saya tak boleh guna laptop saya, sebab nanti saya tak buat kerja. Nanti saya akan terasa miang untuk tengok blog saya yang entah apa-apa. Jadi tak boleh focus.

-Kalau kerja typing ni, serahkan saja pada orang lain. Saya tak bisa untuk kerja typing walaupun blog ni concept typing juga. Ahah. Kalau blog, saya rajinla. Kalau assignments, orang lain type, saya bagi idea, saya menjawab soalan, menambah-nambah fakta menjadi auta. Ahah

Jadi, setiap malam saya tak berada di bilik, saya online tapi tak berada bersama laptop.

Ok la, ini rules yang saya buat sendiri. Jangan tiru jika rasa ianya tak bermanfaat.

Saya tersuka lirik lagu Haramkah by Melly Goeslaw sebab meaningful. Saya tahu lagu ni pun dari movie Ketika Cinta Bertasbih 2. Saya suka semua lagu dalam movie KCB 1 2, kira senang kata, I like Indonesian Songs.. Err boleh tak saya nak dedicate lagu ni untuk bakal suami saya yang saya belum tahu siapa dia. Kira macam pada sesiapa yang rasa nak tahu kenapa saya suka lagu ni, dengar lagu ni pastu rasa debaran tu, betul la tu dia bakal suami saya. Haha.

Aku cinta pada dirinya, cinta pandang pertama. Sifat manusia yang ada pada diriku, aku bukan tuhan. Aku tetap ingin dirimu. Tak mungkin hatiku berdusta. Aku hanya ingin cinta yang halal di mata dunia dan akhirat.. Aku hanya ingin cinta yang halal dengan dia tentu atasi zina. Ketika Cinta Bertasbih tuhan beri aku cinta, Ku Menanti Cinta

Dari saya si hati kosong~lalala…

Filed under Uncategorized

Mengapa Mesti Menipu

Saya tak fahamla kenapa mesti menipu, kenapa mesti berdusta, kenapa mesti memfitnah. Lagi dua kali ganda saya tak faham pada orang yang belajar agama (kita umat Islam memang belajar agama), maksud saya lagi-lagi khusus dalam bidang pengajian Islam.

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Baiklah.. Saya nak cerita ni. Maybe ada yang rasa saya tuju pada sesiapa. Paling tak pun, maybe orang itu sendiri yang akan terasa tahap klimaks bila baca ni. Itupun kalau baca, lagi malang kalau tak terasa pun.

Saya tak faham :

Kata ambil cos Medic tapi sebenarnya ambil usul fiqh :

-Bajet macam hebat la kan bila dengar kata ambil medic. Nanti dapat title doctor. Macam glamour sajala kan. Apa, course syariah usul fiqh tu tak cukup baik ke ?

Kata scholarship JPA, hakikatnya mak bapak dia punya tanggungan :

-Bila sebut scholarship JPA ni, mestila yang pandai-pandai, mantap je result. Hebat la kan.

Kata dapat 11A1 masa SPM, hakikatnya 5A dan bahasa arab serta English dapat C something :

-Macam kepala otak dia. Konon genius la kan. Terror woo 11A1. Result mantap.

Kata family baru beli kereta BMW 5 series padahal proton ezora saja :

-Nak tunjuk high class la. Dengar macam BMW tu mewah je. Berlagak dengan menipu ? Adeh, apa la dia dapat ? Tak faham..

Mengatakan bahawa seorang perempuan ni adalah sepupu sesusu, hakikatnya sahabat lama, tak pun kekasih lama :

-Tak nak la biar orang tahu yang dia ni melayan perempuan. Nak supaya dianggap suci.

Mengaku pergi masjid pada waktu tu, mengaku puasa sunat, pada hari tu, padahal tak pun :

-Bila kata pergi masjid, nampak la baik je solat berjemaah. Konon macam baik la kan puasa sunat. Padahal tak pun. Saya tak faham kenapa boleh buat main-main dalam perkara agama macam ni.

Kata tak pernah couple, tak layan perempuan, hakikatnya pernah je couple, layan je perempuan :

-konon macam suci la kan. Tak pernah couple, tak pernah bercinta, menafikan pernah keluar berdua dengan perempuan, menafikan tak pernah sentuh perempuan.

Menafikan gambarnya bersama seorang perempuan, dan mengatakan bahawa perempuan itu yang edit gambar tu sebab nak fitnah dia. Hakikatnya, itu gambar real :

-untuk melindungi diri sendiri. Lepas tu sanggup fitnah orang yang tak bersalah. Tuduh orang lain yang buat fitnah, padahal dia yang sedang fitnah orang lain.

Dia Sumpah kata dia tak tipu, hakikatnya dia tipu benda yang dia sumpah tak tipu tu :

-main-main dengan sumpah Allah. Macam tak ada apa makna pun sumpah pada diri dia ni

Selalu tipu parents dia

-setiap SMS dari mak dia, mesti mak dia cakap “kamu jangan tipu mak. Kamu cakap betul-betul”. Mak dia pun dah tahu dia banyak tipu.

Cuba untuk membeli cinta perempuan dengan duit. Saja nak tunjuk lagak yang dia ni kayala kan, nak tawan hati perempuan. Betul-betul anak orang hartawan ke ? Haih, Untuk saya, tak payahla. Saya tak sebodoh tu. Saya tak harapla kalau setakat duit orang lain tu, parents saya dah cukup bagi duit untuk saya.

Bila nak tackle perempuan lain, mulala tunjuk baik. Baru je kenal, terus luahkan perasaan, terus tabur janji-janij nak kahwin nanti. Entah dengan berapa perempuan dah. Lepas tu, mulala kata ni cinta pertama la, perempuan pertama la, tak pernah ada perempuan lain la. Heh, kalau dengan saya, saya dah tahu muka tu jenis penipu, tapi perempuan lain yang jenis mudah percaya tu, tak taula nak cakap apa.

Berhutang sana sini. Sampaikan beratus-ratus dinar hutang dengan kawan dia, dah lama tak bayar. Dia buat apa dengan duit ? Mana la nak tau. Nak kata mak bapak dia bagi duit tak cukup, buat apa hantar pergi overseas kan. Faham-faham sendirila. Kalau dah dengan saya pun boleh nak beli cinta hati saya dengan duit, macam la tak boleh nak buat kat orang lain juga.

Dan pelbagai 1001 penipuan, pendustaan lagi selama setahun lebih mengenalinya. Tak pernah nak berubah, tak pernah nak insaf. Sampai sekarang pun, masih lagi dengan cerita yang sama dari sahabatnya. Bukan sekali dua, tapi entah yang ke berapa ratus kali.

Tapi tak apala, Allah itu maha adil. Doa orang dizalimi mudah di makbulkan, terus sampai pada Allah tanpa hijab. Allah itu satu. Semoga Allah beri balasan setimpal pada si dia yang suka mengkhianati orang. Kebenaran dan kemenangan sentiasa di pihak saya.

Kebenaran tetap kebenaran. Hebat kan Allah selalu bagi kebenaran pada saya dalam hal ni. Saya tak semudah itu untuk di tipu, ada je kantoi dengan semua penipuan tu. Tapi saya kesian juga pada perempuan-perempuan lain yang percaya bulat-bulat tanpa bujur pun kat dia. Haha. Perempuan tudung labuh yang pengajian Islam pun boleh tertipu dengan dia. Tak apala, perempuan sebegini lebih percaya pada bukan mahram dari mahram sendiri. Hahaha.

Konon dah bertaubat. Bertaubat kepala otak dia la ok. Macam tak tau ke sampai berapa kali Allah terima bertaubat benda sama tapi buat lagi ? eh, kata bangga diri ilmu dah mantap, mendalami ilmu agama, kata huffaz. Uish.. macam tempah hell awal-awal saja la kan. Tapi biasala, bila dah terbiasa buat kerja keji macam ni, benda tu dah sebati dalam hati, dalam jiwa, dalam diri. Jadi, kalau buat lagi pun, dah biasa dah, dah tak bagi kesan dah. Dah lekat sangat-sangat dalam hati ni. Sifat keji tu dah jadi kawan baik dalam hati dah.

Terima kasih yang teramat sangat pada mereka yang terus bertanyakan saya, yang jujur berterus-terang pada saya bila dia meminta sahabat dia bersubahat. Tak ada orang nak join sifat munafik dia. Saya memang lebih percaya pada sahabat dia dari dia, dan sahabat dia pun lebih percaya saya dari dia. Sahabat dia kat sana pun contact saya, Tanya kisah sebenar pada saya. Kami semua yang kenal dia ni, semua dah menyampah sangat dengan sifat hipokrit dia. Kenapa mereka percaya saya ? Sebab saya ni tak pandai nak menipu, tak pandai nak berdusta macam dia. Tapi ada je perempuan stupid yang lebih percaya dia dari saya. Kah Kah Kah. Akhirnya, perempuan itu pun terkena juga. Masa ni saya senyum lebar semacam.

Saya tak fahamla kenapa orang macam ni tak ada perasaan bila menipu ni, macam la kebenaran tu tak ada. Macam la orang lain tak boleh nak Tanya orang yang pernah kenal dia. Tapi tak apala, biar semua orang pulaukan dia macam yang pernah terjadi di sini suatu masa dulu. Sampaikan sahabat dia pun lari dari dia sebab tak tahan dengan perangai dia yang cukup lengkap 1 package sifat munafik. Hina bangat orang sebegini.

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn.’Amr.

Perlukah saya cakap macam ni ? Perlukah macam buka aib orang saja ? Bukan itu tujuan saya. Cuma saya nak share dengan readers tentang experience saya, juga nak bagi pengajaran kepada semua readers tentang ni. So bacala elok-elok, faham betul-betul hakikat sebenar, supaya lepas ni more careful with people like this.. Lagi satu, nak explain pada semua orang true story, dari orang yang dengar false story dari orang sebegini.

Ku tak bisa memilih dan bersama orang sebegini. Tak apa, saya suka bila orang macam ini dah nyah dari hidup saya. Mujurla dia tak tergilakan saya macam dulu lagi. Sampaikan sahabat dia yang saya baru borak minggu lepas, sahabat dia pelik kenapala dia gila sangat kat saya. Apa la ada pada diri saya ni. Sedangkan dari dulu lagi saya tak sabar-sabar nak dia berambus dalam hidup ni. Alhamdulillah, sudah berambus. Dan Allah pun sudah meredhakan hati saya untuk semua ini. Syukur ke hadrat Ilahi..

People around me always said that “u deserve better Evi”.. insyaAllah.. doa banyak-banyak, yakin dengan janji Allah.

Macam best saja saya cakap pasal orang. Apa, diri ni dah ok sangat ke ? Saya tak kata saya macam tu. Heh, at least saya tak menipu, tak mendusta, tak memfitnah, semata-mata untuk melindungi diri. Bagi saya, KEJUJURAN itu adalah segala-galanya. Kalau orang tanya soalan terlalu peribadi, saya hanya diam, tak jawab, tak kata apa. Mengiyakan pun tak, menafikan pun tak, menipu lagi tak, mendusta juga tak. Susah ke nak JUJUR ni ? Bagi saya tak susah, senang sangat. Senang bila kita tau apa balasan untuk orang munafik ni..

Sahabat-sahabat saya serta sahabat-sahabat dia kata lebih kurang macam ni : “dia tipu semua tu, berlagak semua tu sebab dia nak biar setaraf dengan awak, nak sekufu dengan awak. Dia tak nak nampak dia kurang dari awak.. Dia nak ada macam apa yang awak ada”

Yang ini macam nak gelak double. Eh, ada ke saya bagi syarat pada sesiapa untuk berdamping dengan saya, untuk kenal saya, hatta untuk jadi suami saya nanti, saya letak syarat yang dia kena setaraf, sekufu dengan saya. Ada ke ? Tolonglah. Tak ada makna pun la ok. Saya ni jenis membina ukhwah dengan semua orang tak kira tahap mana. Peduli apa dengan apa yang saya ada ? Apala orang macam ni nak dalam hidup dia. Menipu semua tu, berlagak semata-mata nak dapatkan cinta hati saya, nak setaraf sekufu dengan saya. Tak terfikir langsung saya nak macam tu.

Kisah ni bukan melibatkan dua tiga watak saja. tapi berpuluh-puluh watak. Macam filem pula. Bukan saja bagi pengajaran pada saya, tapi juga pada mereka semua yang terlibat. Saya tak menyalahkan takdir. Saya anggap ini hanyala ujian untuk saya, benar ia lebih mematangkan saya. Kita di uji dengan pelbagai cara, kita di uji dengan cara berbeza-beza. Selain tu, Allah uji saya macam ni sebab Allah nak saya tackle cinta Allah balik. Nice bukan ?

ok, habis dah. Best hentam orang kali ni. Kalau saya mula berbicara, memangla panjang. Ahah.. Mesti ada yang tegur bila saya sengaja mengkasarkan bahasa dalam blog ni..

Filed under Uncategorized

First weekend 2010 at Home

Dah lama tak balik rumah sejak awal sem hari tu. Dah sebulan dah. Lama ke ? haha. Bila saja nak balik, ada je assignments la, itu la, ini la. Jadi minggu ni, tak kira, saya nak balik juga. Kerinduan membuak-buak terhadap mummy, daddy & other family members.

Kenikmatan berada di rumah~ Relax saja. Semua orang lain yang buatkan lagi-lagi makan minum. Macam princess pula tak perlu buat apa-apa. Betul-betul rest. Selebihnya, mengadap laptop, online, sambil tu borak dengan mummy seharian. Haha..

Friday : Lepak bilik mummy je. Solat, online, tidur semua kat sini. Macam mengada-ngada bermanja-manja sangat-sangat la dengan mummy ok. Haha..

Saturday : Pagi ni sunyi sikit. Adik kena pergi sekolah. Mummy kena pergi office, extra work. Daddy busy with workers for my room maintenance.. Jadi saya relax di bilik kat bawah, sleep, online & doing all those things here.

Afternoon : Tertidur lagi. Dad dah pesan awal-awal nanti pergi ambil adik sekolah sebab dad busy. Suddenly, aunty Yah datang visit saya. Saja datang semata-mata untuk borak-borak dengan saya. Hehe. Saya kan niece yang baik & pandai melayan aunties. (puji diri sendiri) Haha. Dia datang, masuk bilik & kejut saya. Pastu kami borak-borak, & seangkatan dengannya. Tak lama selepas tu, dengar home bell “ting tong” . Rupa-rupanya, aunty Ros pula datang visit saya, siap bawa fried mihun untuk saya yang dia masak. Actually aunty Ros dah nak balik KL flight pukul 4pm, tapi sempat lagi datang lepak-lepak dengan saya.

Aunties saya baik-baik & memang sayang saya la kan. Haha. Then kami bertiga borak-borak lagi. Seronok bukan dapat aunties yang sporting macam ni. Terasa dihargai. Ahah. Ni suka balik rumah ni, seronok di layan sebegini, di manjakan sebegini. Saya sihat je, tapi orang datang visit saya macam apa pula. ahah. Then pergi ambil adik kat sekolah dalam pukul 1 lebih, dengan keadaan saya langsung tak bersiap. Driving license pun tak bawa.

Pukul 3 mummy balik. Happy la. Sebab rasa macam nak borak macam-macam lagi. Tak puas stay with mummy lagi. 10 minit lepas tu, uncle saya uncle Aminaldin pula baru sampai from KL. Kerja saya hari ni buka pintu, tutup pintu, menyambut orang datang. Hehe. Then borak-borak dengan uncle lagi. Malam ni kan perlawanan bola Red Warriors VS Johor FC kat stadium, and uncle Din as bendahari KAFA. Diaorang pergi la tengok, saya tak pun.

Lepas tu saya keluar dengan dad lagi, pergi shopping house items. Best sebab saya dapat apa yang saya nak. Thanks dad. Tapi ada lagi la 2 3 items lagi yang tak sempat nak beli. Then malam, dinner with mummy at Ichiban Kopitiam nyummy..

Err sorry to anyone yang call saya dari pagi sampai petang, even sampai malam. Memang dari pagi saya tercampak handphone entah kemana. Saya dah tak berminat nak guna handphone sekarang. Saya macam tak minat nak melayan sesiapa. Entah berapa banyak missed calls, messages, saya ignore, tak reply. Lagi-lagi SMS gedik yang hanya Tanya buat apa la, itu la ini la. Macam tak penting. Owh please.. Tak payahla susah-susah nak SMS, dan jangan terasa kalau saya tak respon pun. Harap faham semua. Saya keluar pun saya tak bawa Handphone ok. Handphone dah bukan kepentingan untuk saya. Sampai saya pun macam dah terlupa saya ni ada handphone. Saya dah jadi macam orang zaman dulu balik tak guna handphone. Haha

YM, FB.. Memangla saya online. Kenikmatan berada di rumah bila wireless laju. Jadi saya online jela. Not necessary saya berada di depan laptop.

Sangat menikmati kegembiraan bila berada di rumah. Syukur di atas kurniaan Ilahi.. Alhamdulillah.. Family is everything OK !

***Saya tak sangka la saya mempunyai adik saudara yang study kat Jordan University of Science & Technology (JUST), taking medical in second year. Then YM semua. Dia pun Nik juga la. Dia sangatla baik. Ok, saya kan suka explore Nik’s Family, suka kenal-kenal dengan Nik’s Family. Terasa makin sayang pada members of Nik’s Family.. :) What a Big Family..

Filed under Uncategorized

Web Application Server Success

Saya nak rehat.. Tolong bagi masa untuk saya rehat. Saya nak rehat dari khamis petang sampai ahad pagi. Thanks..

Life yang makin busy. Busy ? Busy dengan dunia saja ? Siang hari busy dengan dunia, Malam busy dengan akhirat. InsyaAllah.. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah..

Group Assignment yang kena present. Client-Server Computing : Web Application Server. Best betul task kali ni. Saya suka. Sebab tak melibatkan coding. Saya suka networking. Bila suka, bila minat, mestila bersemangat & excited sangat. Saya buat connection saja, yang web tu group members lain yang buat.

Siang malam sejak hari ahad lagi ada group discussion. Macam-macam halangan. Cable tak cukup la, itu la, ini la. Sabar je la kan. Sabar la ni. Kalau tak sabar, dah lama saya baling semua switch, laptop, cable. Haha.

Pagi ni kelas pukul 8. Bukan kelas saja, tapi ada quiz. Malam semalam saya penat. Kami penat. Penat bergelak ketawa sambil buat kerja. Bila berkumpul ramai-ramai, campur dengan group lain lagi, macam-macam la jadinya. Memang happening. Lagi-lagi bila datang junior yang ‘galok’. Macam-macam buat lawak secara spontan diaorang ni. Hahaha.. Saya gelak tak tahan. Haih~

Pagi ni macam nak bangun awal sebab nak study untuk quiz. Awal. Tapi macam ter YM pula. Bila dah mengantuk sangat, tertidur lepas subuh dan sedar pukul 7.45am. Sangat best. 15 minit, rush pergi kelas. Mujur Syu baik hati tunggu saya sambil bagitahu saya apa yang kena study masa bersiap nak pergi kelas.. Sampai kat kelas, semua dah start quiz. Haih~

Kalau sesiapa yang tengok saya pergi kelas dressing tak match baju kurung, tudung dan apa-apa berkaitan, harap maklum. Itu bermaksud saya ada masalah di waktu pagi iaitu terbangun lambat, tak sempat nak pilih baju, tak sempat nak iron & bla bla bla. Haha. Macam hari ni la, dressing bertaburan.

Saya roommate yang baik (perasan). Saya busy macam mana sekalipun, saya masih ada masa untuk bawa roommate pergi clinic sebab dia tak sihat. Caring kan saya. Ini macam puji diri sendiri la. Roommate saya macam serba salah juga la kan nampak saya kalut ke sana ke mari. Saya tak kisah pun. Tapi, untuk roommate tersayang, saya berkorban je. Hehe sayang Madi.

Kehidupan yang tak terurus. Jangan tengok dressing. Peduli la pakai long cardigan saja & sleep pants pun masa group discussion. Haha. Hidup yang berserabut dengan all those things. Inila client-server.

Sambung discussion sampai tengah hari. Begitula. Saya memang tegas bila masa buat kerja. Walaupun di lain masa saya macam main-main, saya relax, tapi bila saya serious, serious la. Saya tak suka bila saja-saja nak datang lambat masa discussion. Sorry to all of you my group members, bilamana saya tiba-tiba tegas teramat sangat ke, itu la ini la. Sampai kak Liza pun kata takut dengan saya. Adeh.. sorry.. Tapi semua boleh terima sebab ni pun untuk kebaikan semua. Thanks..

Presentataion : En. Faisal hentam soalan macam-macam. Saya suka. Sebab buatkan kami berfikir, buat kami lagi nak tahu. Sangat cuak bila suggest supaya 7 client access web at the same time. Cuak sebab laptop saya itu adalah server. Haha. “habisla hang laptop aku. Habis..” Ni untuk tahu apa jadi pada server kalau ramai client access at the same time. Hang ke, slow ke, hancur ke. haha..

Harap maklum, memerlukan laptop yang banyak, dan straight cable, switch.. Berserabut tapi fun.

Tapi bila diaorang access at the same time, make registration, ok pula. Saya pun macam tak percaya. Ok je masuk data dalam database. Lecturer pun Tanya soalan lagi, “Evi, your laptop used processor core 2 duo ?” “bagi reasons kenapa your server ok”..

Saya ni dalam sedar tak sedar. Haha. Saya jawab “saya rasa la kan Encik, sebab processor ni bla bla bla” Macam pandai pula reka ayat. Ahah..

Anyway, congrats to all of us, Me, Ain, Syu, Kak Iqa, Angah & kak Liza. Sorry pada mana yang terlebih, terkurang. Just accept me the way I am. Thanks sebab bagi commitment semua tu.

Focus.. Saya boleh focus dengan sepenuhnya dengan apa yang saya buat. Kerana apa ? Kerana dalam mind saya ni, saya dah kick-out semua benda yang tak berfaedah. Dah tak ada nak ingat si lelaki itu ini. Tak ada. Tapi perasaan itu adala. Saya normal la. Handphone~saya campak saja ke mana-mana. Tiada masa nak melayan SMS tak penting. Saya, diri saya, tugas saya. Itu saja yang saya perlukan.

Saya ada discussion lagi ni. Last for this week.. Lepas tu, Saya nak rehat…

Filed under Uncategorized